es
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 16 314 suscriptores, ocupando la posición 968 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 352 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 16 314 suscriptores.

Según los últimos datos del 12 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -126, y en las últimas 24 horas de -3, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 4.19%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener N/A% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 684 visualizaciones. En el primer día suele acumular 0 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 13 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

16 314
Suscriptores
-324 horas
-257 días
-12630 días
Archivo de publicaciones
photo content

photo content

Main bukan sekadar bermain, Ada imaginasinya dan dunianya.... Sepah bukan sebarang sepah, Ada idea besarnya... Conteng bukan sekadar conteng, Ada formula rahsianya... Hanya dia yang tahu, Hanya Tuhan yang tahu. Rule dan batasan sebenarnya untuk pelihara emosi kita agar tak terbabas teruk sangat, sebab geram aja 😅. Bagaimana lah nak buat, beri rule/batasan namun dalam masa sama membenarkan mereka berkarya. Namun percayalah takkan rugi, Waktu usia emas ini maksudnya hasilnya nanti, Seperti pelaburan emas, Pelaburan masa, tenaga, sabar dan memahaminya kita ini. Hasilnya nanti di kemudian hari. . Yakinnya dia, Gembiranya dia, Passion nya dia, dan berwibawanya dia. Kerja kita cuma fahami, Benarkan, Wujudkan suasana membantu diri kita dan dia saja. 😄😄😄 Saksikan malam ini, 9 malam Bersama pakar Creative Arts and Play Therapy Dalam membenarkan elemen fitrah ini kepada anak-anak kita, Yang rupanya bakal seorang animator, seorang pilot, seorang doktor pakar, seorang analyst, seorang artis, seorang businessman, seorang guru - hebat semuanya. Malam ini 9 malam ya Temujanji kita, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

EKSKLUSIF: BERMAIN DENGAN ANAK SECARA HUMANISTIK DAN ITULAH PROFESYEN KERJAYANYA NANTI? Anak-anak kita semenjak kecil lagi memang suka bermain, dan pekerjaan mereka selain buat sampah dan conteng, adalah bermain! Ini tidak pelik, semua kanak-kanak suka bermain. Malah kajian sains dan perkembangan neuro telah membuktikan peranan bermain dalam perkembangan sihat dan holistik seorang kanak-kanak. Kita, individu dewasa juga akan lega banyak bila dapat melepaskan tenaga kita dengan satu-satu aktiviti yang ada unsur bermain. Dalam pada anak kita bermain secara natural, mereka juga sebenarnya meluahkan apa yang mereka fikir, rasa dan alami melalui aktiviti bermain mereka. Adalah sangat baik bila ibu ayah boleh membenarkan, dan menyokong minat anak, yang dapat dilihat secara konsisten melalui aktiviti bermain mereka dari kecil hingga remajanya. Mengenali anak, memahami minatnya dan terbuka dalam pemilihan bidang dan kerjaya anak boleh membuatkan bukan saja anak selesa, gembira dan puas dalam laluan kerjayanya malahan mengurangkan rasa beban dan rasa bersalah ibu ayah bila anak tidak salah bidang malahan terus maju (sukses) dalam bidang yang mereka minat dan cintai (passion), kerana kerjaya adalah satu kehidupan. Tidakkah kita mahu memberikan hadiah terbesar kepada anak, iaitu gembira, dan berjaya dalam bidang kerjaya mereka nanti? Bagaimana elemen bermain dan pendekatan pemusatan anak ('child-centered') boleh membantu ibu bapa memainkan peranan terbaik mereka sebagai coach kepada anak sendiri? Setuju, yang kita tidak mahu terus saja meletakkan nilai kita atau cita-cita tak tercapai kita ke dalam hidup anak hingga akhirnya mereka menyalahkan kita pula nanti? Mari bersama kami, Persatuan ACAPTM (Association of Creative Arts and Play Therapy Malaysia) dan Pn Maznah Ibrahim, dalam sesi bicara santai keibubapaan dalam slot khusus, julung kali ini dengan Dr Azizah Abdullah, seorang pakar dalam Creative Arts and Play Therapy yang luas pengalaman dalam bidang ini (global), juga merupakan Presiden ACAPTM dalam membentuk kemajuan kerjaya anak-anak lelaki beliau (3 orang). Bersama kami juga adalah Mr Zahin Ammar, anak kedua beliau, akan turut bersama bagi berkongsi rasa dan pengalaman diri dalam menuju cita-citanya nanti (multimedia kreatif, animasi). .... "Bersama saya berkongsi bagaimana kaedah bermain antara saya dengan anak-anak sedari kecil menentukan langkah-langkah kerjaya mereka kini. Perkongsian interaksi kami anak-beranak termasuk ketika di negara empat musim THE UNTOLD STORY. BASED ON REAL-LIFE EXPERIENCES....TRUE STORY... In sya Allah berbagai Rahsia & Tips akan saya kongsikan... Semoga bermanfaat kepada parents/ teachers & care takers....." - Dr Azizah ............................................. Bila tu? Isnin, 26 Julai 2021 9.00 malam Live di : facebook.com/maznahibrahimofficial facebook.com/ACAPTM Salam kasih sayang, Maznah Ibrahim p/s Tolong kongsikan kepada ramai rakan kenalan kita ya...Terima kasih.

photo content

Kita Belajar untuk Pilih Respon, Bukan 'React' Kerapkali reaksi spontan kita kepada aksi mencabar anak adalah agak negatif. Kita sendiri 'overwhelmed', kan. 'So let us breath in, breath out'. Usaha untuk 'pause'. . 'Pause' terbaik ialah : Tarik Nafas, Hembus, Kemudian baru respon. InsyaAllah respon setelah tarik nafas dan 'tune in' ('same level : eye to eye communication') akan 'much better'. . Saya pun bila nak cepat, Mudah aja terbabas. . Bila dalam keadaan stabil emosi kita (sebab cukup rehat, cukup senaman dan pemakanannya, cukup amalan spiritualnya) Boleh lakukan 'breath in, breath out'. Haa… Memang mulut boleh senyap, hahaha. Cubalah aja. . Saya 'convert posting' lama ini, 'update' sikit ayatnya untuk kita sama-sama ingati ya. . CARE, Maznah Ibrahim. . °°°°°°°°°°°°°°°°°°°° * Komunikasi positif macamni hanya boleh berlaku setelah : 1. Emosi diurus dahulu (switch emotions): berita baiknya cara paling berkesan, cepat dan percuma ialah pernafasan in out walau 1 kali sahaja 2. Baru communicate. Ucapan akan lebih baik bila emosi lebih baik. T.mazn.me/chan

photo content

Perspektif positif kepada setiap tingkahlaku anak yang kita nampak ya. Saya telah senaraikan 14 karektor sukar anak yang sering kita salah label dan perlunya kita ganti dengan sudut pandang yang positif kepada si anak dengan menyebut-nyebut ayat ini selalu kepada diri dan pasangan. Kemudian lakukanlah siri latihan yang perlu kita lakukan (solusi) (kesemuanya| Alhamdulillah memang telah kami lakukan). https://maznahibrahim.com/14-sikap-anak-yang-sering-buat-kita-hilang-sabar/

Jum refresh mengenai Pillow Talk Session dengan anak 😊😍 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1822295201278389&id=477
Jum refresh mengenai Pillow Talk Session dengan anak 😊😍 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1822295201278389&id=477691842405405

Last Call 🎊👏💝 Jemput mempelajari Ilmu Karektor melalui ilmu Personaliti Genetik STIFIn, pada 24 Julai 2021, esok Sabtu. 1) Test dulu STIFIn, mesin terdekat di lokasi: ada senarai mesin di T.me/STIFInMalaysia 2) Hadiri PIS (sehari) (boleh juga belum test STIFIn tapi test nanti) 3) Refresh banyak kali dengan trainer lain-lain 4) Hadir tematik khusus seperti Couple, Parenting, Teaching, Learning yang kita perlukan ilmunya. Parenting kita pada 21 Ogos 2021. InsyaAllah yang dah pernah hadir boleh refresh, dengan bayaran RM30, Program Intro STIFIn (PIS) secara Zoombinar, 24 Julai 2021 9 pagi - 4.00 petang Link daftar: https://tinyurl.com/pisjulai2021 Pertanyaan Lanjut: whatsap: https://wa.me/60123500094?text=PIS24Julai

photo content

photo content

Menjadi seorang ibu yang penuh dengan emosi turun naiknya, bukanlah mudah. Adakalanya, ada hari-hari kita burst, just out of me, menjadi bukan diri sebenar. Buat silap, penat sangat, hilang kool kita. Dan kadangkala ada harinya kita rasa diri sendiri hilang.. Namun, walau bagaimana sukar sekalipun setiap hari kita, Kita tetap bangkit dan muncul di depan mata anak-anak. Di hujung ceritanya, tiada siapa yang boleh lakukan tugas kita itu melainkan diri kita sendiri, Dan tiada siapa yang boleh sayang anak kita seperti kita sayang anak kita dengan cara unik kita. Maka sebab itulah kita bergelar IBU. Sebab kita MAMPU. Saksikan 'Live Talk Sharing': Dari Ibu kepada Ibu ['Struggle' Kita, Siapa Yang Tahu] Petang ini, Khamis (22 Julai 2021), 5.30 petang Sejam kita bersama berkongsi rasa Dan pengalaman. Mungkin apa yang dikongsi nanti boleh membantu kita mendapat sedikit idea dan solusi bagi diri kita. Kita sama-sama dalam satu 'boat' yang kukuh, Walau dilanda gelombang dan badai, Tetap dalam 'track' dan sampai ke destinasi kita nanti. Pastikan temujanji kita bersama nanti ya. Khamis, 22 Julai 2021, 5.30 petang. FB: https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/

photo content

'Struggle' Kita, Kita Saja Yang Tahu.. Penjumpaan kepada solusi kadangkala berlaku tanpa kita sedari. Buka hati dan minda untuk mencari solusi. Jawapan juga ada dalam diri. Tanya hati dan rasakan ia. Ada lah ia. . Dikongsikan satu dari tips untuk keibubapaan kita hari ini. Tips Nak Jadikan Anak Dengar Kata. Ramai 'struggle' bab ini. Saya boleh katakan, lakukanlah 'Special Time In'. Bukan 'Time Out' ya.😉 Biasanya saya katakan, berikan 10-20 mins untuk setiap anak, dengan tanpa gangguan dari adik-beradik lain. Kita pilih masanya (yang kita dah renung: bila kita mampu beri fokus masa kepada si anak, dan anak juga mungkin sesuai), dan anak pilihkan aktivitinya apa. Walau sekadar mewarna bersama-sama, atau menyorok kira 1-20 bersama-sama, ia pasti mem'boost'kan emosi positif dan sekaligus buatkan hubungan (bonding) dengan anak meningkat. Anak yang dengar kata, juga adalah dari hubungan dan ikatan yang kuat, dan percaya yang tinggi dari anak kepada ibu bapa dan vice versa. Lakukanlah mungkin beberapa hari sekali. Setiap anak berbeza aktiviti digemari, anak yang usia 5,6 ke atas mungkin sudah boleh beritahu aktiviti apa mereka sukai, manakala anak kecil lagi 3-4 ke bawah kita boleh tentukan dari apa kita kenal kesukaan si anak. Aktiviti paling mudah, tapi paling disukai anak, cuba tanyakan mereka. Pasti mereka sukai. Lakukan secara konsisten/rutin, insyaAllah anak akan sangat-sangat gembira dan 'mood' mereka akan berubah 'super' baik, maka dengar lah dia kepada apa kita katakan... Anak remaja? Tanyakan, mereka lagi ada preference mereka, mungkin rasa macam 'jauh' dengan dunia mereka, kita boleh 'initiate' kan, cadangkan sekiranya dia tak beritahu. Just 15 mins aja Kakak/Abang, boleh? Bila seronok, boleh 'up' kan sehingga 1-2 jam mungkin, hanya sekali seminggu. Cubalah. => anak kecil, kita tak cari dia, dia cari kita, dia tarik kita nak beraktiviti, hunger sangat for special time => anak besar, kita lah yang cari dia dan ajak untuk special time ini. => mudahan ini mungkin antara usaha kita yang menjadi solusi atau pembuka (fattah) kepada permasalahan kita yang lain yang kita rasa buntu, kita rasa buat special time in ni macam tak ada kena mengena, tapi secara tidak langsung mungkin inilah 'pembuka lorong yang hampir gelap' kita...... ada cahaya. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan *satu dari penulisan/artikel mengenai solusi dengan Time In https://maznahibrahim.com/contohtimeinkomunikasiberkesan/

photo content

Alhamdulillah, syukur kita masih dapat meraikan Hari Raya Aidil Adha seadanya, Walau tidak dapat bergabung dengan keluarga-keluarga kita yang lain... Kita syukuri nikmat yang ada, walau ujian kesihatan, atau ujian kewangan, atau ujian emosi, Semua pun adalah tanda dekatNya Allah itu dan solusinya dalam diri kita... Apabila kita hanya kembali dan mencariNya Dan tiada yang sia-sia setiap usaha kecil kita dalam membantu diri dan ahli keluarga, anak-anak dan pasangan kita, kan. Apabila setiap detik nafas kita mengingatiNya. Allah, Allah, Allah. Apalah sangat ujianku ini Ya Allah, Berbanding ujian para Nabi, Rasul dan Sahabat Baginda.. Limpahkan kami semua dengan kemudahan, dalam pelaksanaan keibubapaan kami Ya Allah, Kurniakan kami kekuatan dan kesihatan tubuh badan, Ketenangan dan kelapangan hati dan serta akal fikiran, Agar diri kami dapat melaksana peranan kami sebagai ibubapa yang menjadi contoh dan pautan anak-anak, Yang mesra dan stabil, kukuh utuh, Di bawah limpah rahmat dan kurniaan rezeki luas Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.. . Salam Eid Adha kepada semua, walau di mana jua anda berada. Kita ucapkan syukur dan doa tak putus agar semuanya akan berakhir dengan baik nanti ya. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

photo content

3. Bantu anak dengan skil baru, ambil peluang ini untuk lihat seandainya anak boleh ucapkan skrip asertif: "Adik beritahu abang elok-elok, Abang adik nak minta main sekejap boleh? Nanti adik pulangkan semula, boleh la ya Abang". Sekiranya anak berjaya ucapkan, mintalah si seorang lagi (abang contohnya) beri, sebab adik telah minta elok-elok, peraturannya ialah : "Bila orang minta kita, minta elok-elok, kita kena bagi, sebab dia minta izin, kan?" 4. Puji tindakan si anak, yang berjaya ucapkan skrip asertif dan si anak satu lagi yang sudi beralah dan menerima permintaan. Dua-dua pihak dipuji. 5. Pengukuhan pada masa lain, apabila salah satu pihak lagi pula berasa sedih, marah, tak puas hati, juga tetap didengari, diberi respon dan diajar skrip asertif. Maka lama-lama semua anak pun akan pelajari skil mengurus konflik kecil di dalam rumah, sekolah kecil mereka yang unik, dengan setiap kanak-kanak berusia berbeza, bukan sama usia.... Dan ibu ayah adalah pengetua, atau majikan, atau coach emosi mereka yang dipercayai untuk mereka minta pertolongan.... Sharekan sekurangnya sama-sama kita dapat manfaat ya. Saya berkata ini kerana aspek asertif dan emosi ini telah lama saya latih dalam kursus staf, dan juga saya praktikkan kepada anak-anak sejak usia 2 tahun. Dan sebenarnya anak-anak kecil kita ini sangat mampu aplikasikannya dengan sangat baik, sebab mereka 'hunger for new skills', untuk kategori 'life skill' mereka yang sememangnya amat terhad, yang bermula di 'sekolah rumah'. Kitalah pengetuanya, kitalah HR Manager / CEO nya dan kitalah coach nya.... Siapa lagi? Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan #termometeremosi *Skor termometer yang biasa saya praktikkan, ialah nombor 0-10, dan boleh saja jika anda nak buat skor 1-5, Skor 1-10 pula dari artikel jurnal ini: Burg, J. E. (2005). The Emotions Thermometer. Journal of Family Psychotherapy, 15(4), 47–56. doi:10.1300/j085v15n04_04

Parenting Maznah Ibrahim - Estadísticas y analítica del canal de Telegram @ehsabar