en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 15 974 subscribers, ranking 965 in the Family & Children category and 2 309 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 15 974 subscribers.

According to the latest data from 06 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -110 over the last 30 days and by -1 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 4.28%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 1.98% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 683 views. Within the first day, a publication typically gains 316 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 07 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

15 974
Subscribers
-124 hours
-297 days
-11030 days
Posts Archive
Rebonding - dengan anak bila ada aja rasa 'gap' sedikit. Adakan kembali sesi one-to-one secara eksklusif dengan si anak, insyaAllah ia bantu 'repair' awal luka emosi mereka. *Kita ibubapa ada anugerah 'rasa'/'instict', boleh rasa jika ada sikit isu/problem/gap/perubahan diri/anak *Kita takmo ia semakin mendalam/merebak, dan sukar nak repair bila anak dah dewasa kelak. CARE ❤, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

juga pernah saya tulis, boleh search di telegram ini ya 😊👍🏻

KISAH ADIK BERADIK BERGADUH: MILIK SIAPAKAH KHEMAH ITU? . Sedang lidah lagi tergigit, kan. Lidah dan gigi duduk satu ruang sama 😁. Inikan pula adik beradik 😊. Cantik peribahasa lama. . Ini kisah mengenai Fateh dan Khairunnisa. ---------------------- Haritu Fateh dan KN gaduh sungguh pasal khemah pokedot ni. Saya tak dapat masuk campur awalnya sebab tengah handle Baby Yumna, Macam biasalah, suara KN nyaring penuh dengan emosi kesakitan 😅 (sakit hati sesangat). . Usai handle Yumna, saya pun terus ke arah mereka dan guna 'kuasa veto' dan teknik solusi, saya buat keputusan untuk minta mereka berdua keluar dan lipat khemah, maka khemah ini tiada siapa boleh jadi pemiliknya. . *Oh ya, isu mereka dua ialah 'masing masing tegas mengaku khemah ini milik mereka' (orang Thinking dan kuasa takhta/ pemilikannya😆) . Milik Siapakah Khemah Itu? ~~~~~~~~~~~~~~ Tidak lama selepas tu, pabila saya dan budak berdua sudah tenang, saya berfikir yang ini tak boleh dibiarkan begitu saja, ini tak betul. Kalau saya tak buat sesuatu, saya yakin perkara ini akan berulang, maka saya perlu lakukan sesuatu.🤔 (ting 💡, storytelling menerpa di minda). . Jadi saya pun mulakan macam ni. . "Fateh, ceritakan apa berlaku". Fateh pun cerita dengan panjang lebar. Ok, yang saya faham, Fateh sedar khemah itu memang saya beli untuk dia masa dia kecik kecik dulu. Cumanya Fateh 'pantang' (marah) sebab Kakak tak minta izin untuk masuk khemah. Okay, itulah puncanya.🤗 Jadi kalau kakak minta izin, Fateh akan beri masuk? Ya kata dia. . Kemudian saya menoleh kepada Khairunnisa'. "Kakak, ceritakan apa yang berlaku" Kakak pun cerita dengan sungguh sungguh dia. Kesimpulan yang sayadapat, si Kakak yang egosentrik ni (barang dia milik dia, barang orang milik dia juga😅), yakin yang ini khemah dia sebab warna merah (Thinking akan reasoning), Abang kan suka warna biru? (punyala alasan logik benau dia beri 😁😂, waduh) . Okay, Kemudian saya pun memulakan cerita. . Mummy kahwin ayah, Mummy dapat anak 1, Abang Fateh. Khemah tu Mummy beli untuk anak Mummy. Lepas tu Mummy dapat anak kedua, Kakak, maka khemah ini untuk anak Mummy nama Fateh dan Khairunnisa. Kemudian Mummy dapat anak no 3 nama Yumna, maka khemah ni jadi milik 3 orang anak Mummy yg comel tu, nanti akan datang Mummy dapat anak ke 4 nama Luqman Al Hakim ke, maka khemah ni milik 4 orang lah, kan? . Allah ada berapa? Satu. Matahari ada berapa? Satu. Siapa pemilik matahari? Allah, kata Fateh. Matahari untuk siapa? Semua manusia ciptaan Allah. Banyak tak? Banyak, juta juta. Mummy ada berapa? Satu Khemah ni milik Mummy sebab Mummy yg beli. Anak Mummy ada berapa? 3 kata KN. Jadi khemah ni milik Mummy tapi dikongsi 3 orang buat masa ini. Boleh, boleh? Boleh. Terus Fateh pergi ke tempat simpanan khemah dan buka khemah. Dan KN (Ti) berlatih minta izin, skripnya elok, maka Fateh pun bagi masuk. (Fateh Te ada benchmark dia). Bereh. Alhamdulillah.😊 -------------- Refleksi: 1) Saya gunakan kuasa veto dan teknik solusi terus sebab itu yang terbaik buat masa itu. Emosi saya tak ok, anak anak juga semakin 'parah' pertelingkahannya. 2) Bila dah tenang, dan anak anak dah tenang (tak lama, dalam beberapa minit saja, sebab saya bergerak banyak maka energi mengalir keluar pantas), saya buat storytelling jenis 'narrative story'. 3) On the spot Allah ilhamkan saya metafora yang sesuai saya kaitkan iaitu matahari dan naungan di bawahnya yang meliputi seluruh alam mendapat rahmat. 4) Kerap dan sentiasa kaitkan dengan spiritual sebab manusia tetap berbatas, dan mungkin tidak cukup adil dan standard. i. Allah suka, ii. Rasulullah suka, iii. ibubapa suka. 5) Untuk mendorong fitrah anak kecil yang sukakan kebaikan, sukakan perasaan 'disukai', buat baik (please) sebab nak disukai, nak perhatian, banyakkan keyword 'SUKA' kerana ia positif, buat orang rasa seronok (bukan marah, benci, murka, neraka dsb.). Maznah Ibrahim. p/s jika idea ini boleh diguna bersama, kongsikan dengan rakan dan pasangan anda ya T.mazn.me/chan Kalau cari penulisan berkaitan adik beradik bergaduh, ada berpuluh

photo content

Bila terbuat silap, Mulakan aja yang baru Maafkan diri dan terus maju. Anak-anak amat ringan emosi dan pemaaf orangnya, Sedang Tuhan juga Maha Pengasih Penyayang dan Pemaaf kepada hambaNya, kan. Semoga kita semua sentiasa Sabar dan Berhikmah dalam menguruskan aksi anak-anak kita sehari-hari. We are the best parents for our own children😊🌟🌟🌟 Care ❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

3 SEBAB 'SELF ESTEEM' IALAH PERISAI KEPADA KESELAMATAN PERIBADI ANAK KITA Apabila anak rendah 'self esteem', anak sebenarnya sukar nak ‘apply’ apa-apa skil pertahanan diri yang kita beri kepada mereka seperti skil pertahanan diri fizikal (taekwando, silat) mahupun skil pertahanan peribadi seperti ‘Personal Safety’ (Keselamatan Peribadi untuk pencegahan buli dan penderaan seperti seksual). Bacaan penuh: https://maznahibrahim.com/3-sebab-self-esteem-ialah-perisai-kepada-keselamatan-peribadi-anak-kita/

Teruskan Usaha Perbuat Usah Mengalah 💪💪💪 Semoga apa jua hasrat/cita-cita/impian kita semua akan tercapai bila tiba masanya. CARE ❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

an besar-besar tau. Kalau terlepas tu memang rakaman akan lambat sedikit dapatnya, kan.

BETULKAH PENDEKATAN KITA KEPADA ANAK KITA SELAMA INI? Sebagai individu biasa seperti mana-mana manusia, yang saya tahu saya adalah pemimpin. Memimpin diri sendiri. Kemudian apabila saya membentuk keluarga, suami merupakan pemimpin dan saya jadi pimpinannya. Atau saya Timbalan Pimpinan, membantu bersama-sama untuk memimpin (selalu saya metaforakan suami sebagai Perdana Menteri dan saya Timbalan Perdana Menteri keluarga kecil kami la, heheh). Setelah menjadi ibubapa, saya menjadi pemimpin kepada anak-anak pula. Untuk memimpin anak, secara logiknya saya berhak, iaitu boleh ‘arah’kan anak. Mengarahkan anak menuju halatuju tertentu yang saya nak bawa dia ke arah kebaikan. Ya lah, dia kan anak saya, kenapa saya tak boleh arah dia? Saya kan lebih dulu makan garam. Setelah bertahun-tahun memipin anak, memiliki anak dua, tiga, baru saya tahu ada pasangan tertentu ibubapa-anak tidak semestinya sesuai ‘mengarah’kan anak. Lagi arah, lagi keras, lagi patah retak ibaratnya. Ada ‘feeling’ yang sama macam saya? Rupanya ada 5 aksi sukses dalam parenting, yang mana saya tidak sesuai terus arahkan anak (maksud erti kata: saya spontan arah aja, otomatik anak terus ikut arahan: wah anak soleh kan?), kerana mengarahnya akan membuatkan saya banyak frust, geram, marah, dan seperti mencurah air di di keladi…. (sabar ajaaaa). Dan ia tidak sama untuk keadaan spesifik saya dan ibubapa lain dengan anak mereka pula. Ada setengah ibubapa anak A ini dia arah, anak terus buat, ikut (sejuk perut ibu mengandung, kan?). Tetapi ibubapa sama ini anak B dia buat metod yang sama, anak ini tak dengar, atau anak ini melawan, memberontak di depan, ataupun anak ini "hmm ya ya" macam ikut di depan, tapi di belakang rupanya dia tak buat pun. Haaa… ada ‘feeling’ macam sama atau pengalaman yang hampir sama? Semua kita nak anak yang soleh, solehah dan dengar kata kan? Ada ‘feeling’ yang sama ? (Dalam doa harian kita, kita letak skrip ini, kan). Kat sini saya nak berkongsi dengan anda semua yang saya kasihi, akan 5 option yang ada, selain ‘mengarah’ anak, kita juga mungkin sesuai untuk guna ‘pendekatan’ atau aksi yang lain. Dan kesesuaian saya dan anak-anak saya ini, ialah jenis ke-5. Haaa pendekatan ke-5 yang tak pernah terfikir pun ianya paling sesuai untuk saya. Ia meruntuhkan ego saya sebagai seorang ibubapa yang semangat belajar macam-macam untuk ajar anak. Mahu tahu? Nantikan pengumumannya, saya akan buka pendaftaran untuk webinar tertutup eksklusif saya dengan contoh ibubapa lain (sebab saya mempunyai limitasi dengan perkongsian saya dengan 3 anak ini), yang mungkin, atau saya yakin boleh membantu memberi pencerahan kepada anda semua akan aksi lain sebagai ibubapa agar sukses dalam memimpin anak ini dengan pendekatan lain pula. Pendekatan lain sebagai ‘core method’ (kaedah utama sesuai pakai, boleh aja pakai pendekatan lain tapi ‘feeling’ nya suam suam aja, syok sendiri pun ada, geram pun ada lah banyak, hasilnya mungkin 20% aja - saya telah alaminya). Minat nak tahu? Just ikut aja, setkan 'nak notification' dan 'set see first', page ini dan terus masuk telegram channel saya ini agar tak ketinggalan semasa saya membuka pendaftarannya ya. Saya ikhlas berkongsi dan menginisiatifkan webinar ini dengan menjemput sahabat-sahabat saya yang mempunyai anak 6 orang, 4 orang dan 3 orang macam saya untuk berkongsi 1 contoh pendekatan, iaitu pengalaman berharga mereka dalam menggunakan pendekatan berbeza ini di dalam webinar tertutup ini. Ia amatlah mahal, tak semudah mana mereka nak kongsi secara terbuka (termasuk saya). Dan ia ilmu di zaman moden ini yang tiada pada zaman mak pak kita dulu, dan kita, tahun 2020 ini amat bertuah kerana berezeki, dan sudah ada kajian dan keberhasilannya di masa ini. Syukur Alhamdulillah. Stay tune ya… Jangan lupa tag pasangan dan kenalan anda🥰😍😍. CARE ❤, Maznah Ibrahim. Telegram channel saya: t.mazn.me/chan *Oh ya ia percuma aja macam Webinar Penat Emosi hari itu, saya sentiasa akan berikan yang terbaik dan penting untuk semua, sedang siapkan tool teknikal yang lebih baik. Save the date ya. Masuk kalendar bulat k

photo content

Siapakah Main Player dalam Pengasuhan Anak-anak? Pokok Utama Ialah Ibubapa Yang Memimpin Diri dan Anak-anak, hingga menjadi buah yang meranum dan bertumbuh lagi. . Hargai dan sayangilah diri sendiri dahulu, baru hargai dan sayangi diri anak-anak kita. Kerana dengan memberi penghargaan dan kasih sayang kepada diri sendiri dahulu, Kita sebagai ibubapa akan mampu untuk memberi LEBIH LAGI kepada anak-anak, Ini kerana : 💐 Kita yakin kita dah lakukan yang betul dan terbaik -->♡ tingkatkan SELF ESTEEM IBUBAPA sendiri sebagai ibubapa yang kompeten 💐 Kita TENANG, dan aman damai dalam hati kerana kita tidak lupa akan keperluan diri sendiri dahulu 💐 Semakin memberi, semakin KAYA (rezeki positif minda dan kasih sayang) maka semakin MUDAH untuk anak dengar kata dan berkerjasama sebenarnya 💐 Orang yang mampu berasa kasih dan hargai dirinya sendiri lebih STABIL EMOSI sesuai jadi coach/guru emosi anak-anak (inilah yang didambakan oleh seorang kanak-kanak dari ibubapanya). Jum sentiasa lakukan dua ini ♥️ kasih dan sayang diri sendiri ♥️ hargai usaha diri sendiri 💐 Syabas, Well Done Semua 😍👍🏻 CARE, MAZNAH IBRAHIM p/s: Jemput masuk ke telegram channel saya untuk tak ketinggalan info parenting dan psikologi anak anak di t.mazn.me/chan

photo content

Sayang Anak Tanpa Syarat, Bagaimana ? FAHAM dengan Jelas Akan 7 Poin Ini... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1580604772114101&id=477691842405405 T.mazn.me/chan

photo content

Hypnoscript Makan dan Anakanda Pn Qahira Ijlal, Khalid 2 Tahun 😍😍😍 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2712791558960096&id=100006878353850 Syabas Puan Qahira, Semoga terus istiqamah mencatat rekod perjalanan perkembangan dan parenting puan dan suami. Saham pahala berpanjangan untuk Puan, Amin.. Usaha tak pernah silap, Hasil Allah tentukan bila dan bagaimana caranya. Skil diasah lama-lama amat mudah dilaksana, InsyaAllah apa jua situasi / struggle kita. Ucapan/ungkapan tetap satu DOA DAN KEPERCAYAAN KITA SENDIRI. Maznah Ibrahim Https://hypnoscript.cc

KENAPA PERLU SABAR UNTUK KELETAH ANAK USIA 2-3 TAHUN? Jum fahami apa sebab kena SABAR tu ? Di sini saya share 1 video kecil akan HASIL/KESAN kita sabar tu untuk kebaikan perkembangan seluruh dia dan diri kita sendiri. https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/373123770360126 Sharekan dengan pasangan Dan kenalan anda. CARE, Maznah Ibrahim #GoldenAgeParenting T.mazn.me/chan