ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 304 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 965,并在 马来西亚 地区排名第 2 355

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 304 名订阅者。

根据 15 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -126,过去 24 小时变化为 -5,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.63%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 755 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 16 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 304
订阅者
-524 小时
-237
-12630
帖子存档
photo content

APA YANG PENTING ? Penting untuk jelas-diri di sepanjang perjalanan keibubapaan kita, Kenal diri, Kenal supporter anda, Dahan anda berpaut, Pokok anda berteduh melepas lelah. Kalau belum ada, memintalah bertanyalah. Allah kan ada. Maznah Ibrahim ....🍁🍁🍁.... Kelas komunikasi ibubapa-anak, maklumat lanjut di sini Go.mazn.me/chan Telegram channel keibubapaan dan psikologi anak di sini: T.mazn.me/chan

photo content

Dah Main Dengan Anak Semasa Weekend? Walau main sorok-sorok, main bola sepak dalam rumah, main kejar-kejar, man teka teki, main cuit cuit, main suap-suap, main kuda-kuda, main masak-masak, main tembak-tembak air, main doktor-pesakit, dll. Cipta Momen Yang Best dan Happy dengan anak. Ia satu proses membantu dalam perjalanan keibubapaan (dari anak lahir sampai kita mati) dari aspek : 🎞 Bina perhubungan baik, kukuh dan utuh 🎞 Baiki perhubungan untuk jadi baik (ubat/heal) kelak (boleh ekstrak, digunakan semula) 🎞 Hadiah paling mahal dalam tangki emosi anak: masa dan layanan (percuma dan long lasting) Maznah Ibrahim ........ 🎈🎈🎈 ........ Webinar Komunikasi dengan Anak: Go.mazn.me/dengarlahanakku Telegram Parenting dan Psikologi Anak : T.mazn.me/chan

photo content

Rajinnya ayah tu melayan anak kecilnya... Itulah yang nantinya membuatkan sama ada anak itu lebih rapat (bonding kuat) dengan ibu dan / ayahnya, Hasil dari sporting ibu dan / ayahnya menuruti fitrah keperluan si anak, dan menyantuni mereka dengan penuh hormat. Melihat gambar ini membuatkan saya membayangkan si anak kelak menyantuni si ayah (sekiranya uzur kerana faktor usia, duduk di kerusi roda), memakaikan kasut si ayah. Kita? Berapa ramai merendahkan lututnya ke lantai dan membantu si anak memakai kasut agar sempurna/selesa pemakaiannya? Say "I, Alhamdulillah". Refleksi, Maznah Ibrahim .........🍁🍁🍁........ Webinar khusus komunikasi anak dengar kata pada 22 Ogos depan di sini maklumat lanjutnya : Go.mazn.me/dengarlahanakku Telegram channel parenting dan psikologi anak di sini: T.mazn.me/chan

photo content

Terima kasih pihak NLC kerana meng'highlight' kan topik ini. Link Live bersama Pn Siti Khadijah dari National Lactation Centre sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Pusat Laktasi Kebangsaan Tahun 2020. "Anak Kuat Mengempeng" (dari Sudut Psikologi) Beberapa aspek penting saya kupaskan juga merangkumi ✔ cara kendali mengempeng secara berhikmah pada waktu awal tidur ✔ attachment - jenis secure berbanding avoidance, anxious/disordered. ✔ perkembangan sosio-emosi: trust dan mistrust ✔ kebaikan mengempeng untuk jangka masa panjang, seawal usia prasekolah, remaja dan dewasanya ✔ kepuasan oral sesuai dengan usia 0-2 untuk kognitif sensorimotor dan oral untuk perkembangan psikoseksual anak ✔ bila usia sewajarnya optimum mereka layak untuk mengempeng dan maksimum boleh Memahami ini akan buatkan kita tahu keputusan kita adalah berdasarkan ilmu, juga serentak dengan kemampuan dan keadaan semasa kita. Jum silakan share... https://youtu.be/eOJibdU3PUc

Jumpa esok 10 pagi Live di FB Page National Lactation Centre ya 'Anak Kuat Mengempeng' (dari Sudut Psikologi) *Jauh saya melihat sudut pandang mengempeng ini sehingga ke sudut kesihatan mental jangka masa panjang kelak 😅😁😊

photo content
+1

Anak Kita Ni Selalu Melawan Cakap Kita. Ada sesuatu yang dia percayakan dan dia pertahankan, Kita cuma perlu : 👍 fahami jenis karektor ini, 👍 fahami peringkat kognitif dan emosi usia anak ini (mungkin ia normal aja semua anak cth usia 2-7 egosentrik) 👍 juga fahami apa yang dia percayakan / pegang tu (ini sama ada agak sebab kenal karektor anak atau yang dah boleh bercakap dengan baik usia 3 ke atas tu kita tanyakan saja. Sebab tulah skil komunikasi dengan anak ni amat penting sebab kita nak extract apa dalam pemikiran kecil dia yang unik tu, kan). . Kemudian tanyalah diri, Sedang kita juga mungkin seorang yang banyak pantang larang dan prinsipnya kan? . . Macam Mana Nak Berkomunikasi dengan Anak Yang Kita Rasa Tak Dengar Kata, Melawan dan Sebagainya? ⏩⏩⏩ Go.mazn.me/dengarlahanakku Telegram channel parenting dan psikologi anak di sini: ⏩⏩⏩ T.mazn.me/chan

photo content

Fasa IbuBapa Geram Kepada Anak Usia 2 Tahun Mencabar, Namun Sebenarnya Fasa Kritikal untuk Rasa Jaya Diri dan Estim Diri. . Perasan kan, anak nak dekat usia 2 lebih strong willed, mahu itu ini dengan cara dia sendiri. . Itu dipanggil fasa autonomi vs ragu-ragu. . Sokong, dia rasa best dan puas sebab dapat buat sendiri . Dihalang, dia akan jadi ragu-ragu, eh boleh ke aku buat ni? . Ingat lagi fasa usia Fateh setahun lebih dan seterusnya, rupanya ibubapa Intuiting macam saya memang akan beri ruang dan peluang. . ✓Masak nasi (ceduk beras, basuh dan petik api periuk elektrik), ✓Potong sayur dengan pisau sebenar, ✓Tumbuk lesung, ✓Mengacau masakan panas dengan senduk/sudip, ✓Blender, ✓Menyapu, mengemop bagai, ✓Menggunting gunting sebenar, ✓Menyidai baju, ✓Gosok gigi sendiri, mandi sabun sendiri . Semua lah yang orang dewasa buat. . Key nya saya mahu dia experienced. Berpengalaman. Alami. Pengalaman mahal dan tak boleh diganti, since dia minat nak buat sama, kan? Fitrah anak usia sebelum 2 minat amat kerja orang dewasa yang dia nampak. . Hasil, memang dia expert dan boleh buat. Tunggu besar nanti aja sudi buat dengan tak kekok 😋 untuk berdikari asrama/ nanti bantu isteri. . Khairunnisa' juga sama. . Semua atas tu dia dah buat juga. . Sebenarnya memang ada halang sedikit, tapi, 10% dari seluruh kerja itu dia cuba buat, Kita beri ruang dan peluang, 90% itu kita murnikan kerjanya, of course. Dia cuma nak merasa saja.... Lepas merasa biasanya dia tinggalkan. Beri ruang. Kini anak ketiga Yumna pula. Lagi dahsyat dan advance. Semua yang kakak dia expert buat usia 3 dia mula buat usia sebelum 2 dan expert buat usia 2 lebih. Kini usianya 2 thn 3 bulan. . Kita pun sentiasa belajar juga. . ❤ Maznah Ibrahim Channel Parenting dan Psikologi Anak 🧩🧩🧩T.mazn.me/chan . Kelas komunikasi ibubapa-anak 🧩🧩🧩Go.mazn.me/dengarlahanakku

photo content

Betapa kerap berlaku anak seolah nak MENGAMBIL PERHATIAN kita dengan sama ada : 🙆‍♂️ Buat hal macam-macam termasuk sakitkan adiknya, 🙆‍♂️ Mencelah, menyampuk, menyelit, mengacau kerja yang sedang kita lakukan, 🙆‍♂️ Beremosi tiba-tiba. . . Elak salahkan dia dan tuduh dia 'sengaja cari perhatian'. . . Ketahuilah dia cuma nak connect dengan kita, kan? Betapa kita juga sukar memahami mengapa mereka melakukan begitu dan menganggap dia sengaja tidak memahami situasi kita, Sedangkan kitalah yang lebih perlu bijak memahami iceberg di sebalik perlakuan dia dan bijak mengendalikan keperluan utama dia. . . Caranya, mungkin boleh cuba begini : ⏩ Stop kerja / aktiviti kita sedang lakukan, ⏩ Berpaling kepadanya, beri muka anda full (bukan half ya) sambil rendahkan badan, ⏩ Tanyakan : Ya sayang ada apa boleh Mama/Papa bantu 😄 (as if kita ni kaunter khidmat pelanggan laaa nak cegah komplen lebih lanjut berlaku) ⏩ Lakukan apa dia perlu/mahu, beri perhatian kepadanya, ⏩ 5 minit dah spent masa dengan dia, katakan Mama/Papa ada kerja sebentar lagi, Boleh sayang ....bagi Mama/Papa siapkan kerja Mama/Papa ? ⏩ Ucapkan terima kasih padanya, usap dan touch mana-mana bahagian muka dia (hidung, pipi, dahi). . Refleksi, Maznah Ibrahim Channel Telegram Parenting dan Psikologi Anak di sini ya: T.mazn.me/chan Kelas webinar komunikasi dengan anak secara Live dan Eksklusif, boleh klik di sini untuk maklumat lanjut: Https://Go.mazn.me/dengarlahanakku

photo content

Macam Mana Nak Buat Sesi Feedback dengan Anak Saya scroll post lama saya dan terjumpa post ini. Saya dapati ini salah satu skill komunikasi yang biasa saya buat sejak anak usia 2 tahun lebih. Maka bila kita nak minta anak kurangkan guna gajet main game, atau apa jua perlakuan dia, kita mudah lakukan kerana anak sudah biasa berbicara gaya begini (matang dan penuh hormat). "Tadi Fateh (5 tahun) kata dia ada 4 perkara silap yang dia dilakukan,... https://maznahibrahim.com/macam-mana-buat-sesi-reflection-dengan-anak-5-tahun/

photo content

photo content

Terlambatkah Kita Untuk Perbaiki Kesilapan Kita Pada Anak Kita? Menonton video kisah Oprah Winfrey, tentang kemaafan kepada ibunya dan childhood trauma membuatkan saya menulis tentang ini. https://maznahibrahim.com/terlambatkah-kita-baiki-kesilapan-kita-pada-anak/