en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 16 012 subscribers, ranking 968 in the Family & Children category and 2 311 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 16 012 subscribers.

According to the latest data from 27 August, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -117 over the last 30 days and by -4 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 5.06%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.24% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 810 views. Within the first day, a publication typically gains 359 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 28 August, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

16 012
Subscribers
-424 hours
-277 days
-11730 days
Posts Archive
Baru hari ini saya sempat berkongsi sedikit tentang Webinar Payung Emosi Sabtu lepas. Beberapa hari kebelakangan ini agak padat dengan tugasan, perjalanan dan beberapa undangan perkongsian berkaitan kesihatan mental. Tetapi saya tidak mahu minggu ini berlalu tanpa mengucapkan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa bersama saya malam itu. Salah satu nikmat terbesar sebagai seorang kaunselor ialah apabila melihat sesuatu konsep yang dikongsikan mula hidup dalam diri orang lain. Saya sangat tersentuh membaca maklum balas daripada para peserta. Mas, yang bertugas dalam bidang kesihatan, berkongsi, "Di saat emosi sedang ribut dan berkabus beberapa minggu ni, Allah gerakan hati mengikut webinar ni. Webinar yang sangat engaging dan berkesan." Saya doakan semoga Allah terus mempermudahkan urusan beliau dan memberi kekuatan menghadapi hari-hari yang mendatang. Izzati pula menulis, "Setiap emosi yang kita rasa adalah valid... bagaimana kita memberi reaksi kepada emosi itu adalah personal journey masing-masing." Membaca ayat itu membuatkan saya bersyukur. Kerana itulah antara perkara yang saya benar-benar berharap dapat difahami oleh setiap peserta. Emosi bukan musuh. Yang penting ialah bagaimana kita memilih untuk memberi respons terhadap emosi itu. Saya juga gembira membaca perkongsian daripada Mimi, yang ingin menggunakan aktiviti Payung Emosi bersama anak-anak .Dan Shas, seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, yang tidak sabar untuk mencubanya bersama murid-murid di sekolah .Sebagai seorang pendidik, itulah harapan saya .Semoga ilmu yang dikongsikan tidak berhenti pada seorang peserta sahaja .Tetapi terus memberi manfaat kepada anak-anak, keluarga, murid dan komuniti di sekeliling mereka .Saya berdoa semoga setiap Payung Emosi yang dibina malam itu benar-benar menjadi teman apabila hadirnya sedih, marah, takut, risau atau kecewa .Kerana kita mungkin tidak dapat mengawal cuaca kehidupan .Tetapi kita sentiasa boleh belajar menyediakan payung untuk melaluinya Jika anda tidak sempat bersama kami Sabtu lepas, saya tinggalkan maklumat lanjut di sini. Semoga ia juga memberi manfaat kepada anda atau seseorang yang sedang memerlukannya 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung Antara perkongsian penuh pesert Mas (P&P, Kementerian Kesihatan Malaysia) "Di saat emosi sedang ribut dan berkabus beberapa minggu ni, Allah gerakan hati mengikut webinar ni. Webinar yang sangat engaging dan berkesan. Kita selalu baca di dalam buku parenting, untuk acknowledge child emotion, tapi kita ibu bapa sendiri tak pernah belajar bagaimana untuk acknowledge emosi sendiri dan belajar mengawal/ memayungi emosi sendiri. Alhamdulillah" terima kasih Puan." Izzati (Executive HR) "Apa yang saya belajar dari seminar ini adalah, setiap emosi yang kita rasa adalah valid dan perlu diabsahkan. Bagaimana kita memberi reaksi kepada emosi itu adalah personal journey masing-masing and Payung Emosi yang Dr Maznah ajarkan dalam sesi ini adalah merupakan tool yang sangat baik untuk saya bersedia dan menangani emosi saya nanti. Acknowledge the emotion and give an option on how to react." Mimi (Suri Rumah) "Alhamdulillah. Pengalaman berbeza belajar coping skill. Sangat menarik. Saya lebih faham cara-cara yang boleh dilakukan ketika beremosi. Nak cuba buat aktiviti ini dengan anak-anak pula." Shas (Guru Bimbingan dan Kaunseling) "Saya dapat tambah ilmu tentang coping skills. Tak sabar nak cuba bersamamurid di sekolah Isnin nanti."

photo content

Malam ini kita bertemu. ☂️ Mudah-mudahan sesi malam ini menjadi permulaan untuk kita membina "Payung Emosi" yang boleh memban
Malam ini kita bertemu. ☂️ Mudah-mudahan sesi malam ini menjadi permulaan untuk kita membina "Payung Emosi" yang boleh membantu menghadapi pelbagai "cuaca" kehidupan. Jika anda ingin bersama kami, pendaftaran masih dibuka. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung 🤍 Jumpa malam ini, insya-Allah.

Tinggal 2 hari lagi. Jika anda ingin membina "Payung Emosi" untuk diri sendiri, saya alu-alukan penyertaan anda. KLIK>> https
Tinggal 2 hari lagi. Jika anda ingin membina "Payung Emosi" untuk diri sendiri, saya alu-alukan penyertaan anda. KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/payung?utm_campaign=pyg-tc17

Ada satu perkara yang saya sangat suka tentang konsep Payung Emosi. Ia mengingatkan saya bahawa... tidak semua orang memerlukan "payung" yang sama. Ada individu yang akan berasa lebih tenang selepas berjalan kaki. Ada yang memilih membaca al-Quran. Ada yang menulis jurnal. Ada yang melukis. Ada juga yang hanya memerlukan seseorang untuk mendengar tanpa menghakimi. Semuanya boleh menjadi strategi daya tindak atau coping skills. Yang penting... ia benar-benar membantu diri kita apabila emosi datang bertandang. Sebab itu saya tidak begitu percaya kepada ayat, "Ini cara yang paling berkesan untuk semua orang." Kerana setiap daripada kita mempunyai pengalaman hidup, kekuatan dan keperluan yang berbeza. Apa yang menjadi "payung" untuk saya... belum tentu menjadi "payung" untuk anda. Dan itu tidak mengapa. Bagi saya, yang lebih penting ialah kita mengenali diri sendiri. Apabila kita tahu apa yang benar-benar membantu... kita akan lebih bersedia menghadapi "cuaca" kehidupan yang berubah-ubah. ---- Dalam Webinar Payung Emosi, saya akan berkongsi bagaimana kita boleh mula mengenal pasti dan membina "Payung Emosi" yang benar-benar sesuai dengan diri sendiri, bukan sekadar meniru apa yang berkesan untuk orang lain. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung?utm_campaign=pyg-tg16 . . .

photo content

Bagaimana Bila Kita Ada Trauma Lama dan Mahu Membina Karektor Diri dan Anak Kita? Dengarkan slot Podcast Bila ST Bersuara, dari HCTM TV, Siri yang ke 11. Ia merupakan rakaman dari tahun lalu yang baru sahaja ini dilancarkan. Kongsikan kepada kawan-kawan kita yang lain ya agar sama-sama beroleh manfaat ya ❤️‍🩹🌷. https://youtu.be/ZdaJCLWUXlU?si=hC7bcxea9B20Y0Fo

Bagaimana jika masalahnya bukan pada emosi... tetapi pada cara kita memberi respons apabila emosi itu hadir? Apabila sedih... setiap orang akan bertindak balas. Apabila marah... setiap orang juga akan memberi respons. Itu sebahagian daripada menjadi manusia. Yang lebih membimbangkan ialah apabila respons itu berlaku terlalu pantas... sehingga kita sendiri tidak sedar apa yang sedang kita lakukan. Ada yang terus meninggikan suara. Ada yang memendam sehingga memakan diri. Ada yang menjauhkan diri daripada orang yang mereka sayang. Bukan kerana mereka mahu. Tetapi kerana itulah cara yang selama ini mereka kenal. Saya percaya... emosi bukanlah perkara yang paling perlu kita takuti. Sebaliknya, kita perlu belajar mengenali corak respons kita sendiri. Kerana apabila kita mula sedar bagaimana kita biasanya bertindak balas... di situlah perubahan boleh bermula. --- Dalam Webinar Payung Emosi, kita akan belajar bagaimana mengenali corak respons diri dan membina pilihan yang lebih sihat apabila emosi hadir. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung . . .

photo content

Ada orang meminta maaf kerana sedang bersedih. Saya pernah mendengar seseorang berkata, "Maaf... saya terlalu emosional hari ini." Saya tertanya-tanya... Bilakah kita mula percaya bahawa sedih perlu meminta maaf? Atau marah. Atau takut. Hakikatnya... setiap emosi datang membawa mesej. Sedih mungkin sedang memberitahu bahawa kita kehilangan sesuatu yang bermakna. Takut mungkin sedang mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati. Marah pula mungkin sedang menunjukkan bahawa ada sempadan yang telah dilanggar. Bagi saya... emosi bukan musuh. Asalkan ia tidak melampaui batas sehingga memudaratkan diri sendiri atau orang lain. Yang lebih penting ialah bagaimana kita memilih untuk memahami dan mengurus emosi itu apabila ia hadir. ---- Kita mungkin tidak dapat memilih cuaca yang datang. Tetapi kita masih boleh memilih bagaimana kita melalui cuaca itu. Jom sertai saya dalam Webinar Payung Emosi bulan depan. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung? . . .

photo content

Mengapa kadang-kadang kita lebih mudah marah kepada orang yang kita sayang? Ada yang pernah bertanya, "Kenapa saya boleh bersabar dengan orang lain... tetapi mudah hilang sabar di rumah?" Saya rasa itu satu soalan yang sangat jujur. Kerana ramai sebenarnya pernah mengalaminya. Di luar rumah... kita berusaha mengawal kata-kata. Menahan rasa. Menyimpan penat. Apabila pulang... kadang-kadang benteng yang kita bina sepanjang hari mula runtuh sedikit demi sedikit. Lalu emosi yang dipendam mencari ruang untuk keluar. Malangnya... orang yang paling dekat dengan kita sering berada di situ ketika emosi itu muncul. Bukan kerana mereka paling banyak menyakitkan hati kita. Tetapi kerana bersama merekalah kita berasa cukup selamat untuk menunjukkan sisi diri yang paling rapuh. Itulah sebabnya menjaga emosi bukan sekadar penting untuk diri sendiri. Ia juga satu cara menjaga hubungan dengan orang yang paling kita sayang. --- Mungkin malam ini... luangkan sedikit masa untuk bertanya kepada diri sendiri, "Apa yang sebenarnya saya bawa pulang hari ini?" p/s: Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput daftar Webinar Payung Emosi. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung . .

photo content

Trauma bukan pengakhiran cerita. Ada satu perkara yang sering membuat saya berfikir. Mengapa ada orang yang melalui zaman kanak-kanak yang sangat sukar... tetapi apabila dewasa, dia masih mampu menjalani kehidupan dengan baik? Dia masih bekerja. Masih membina keluarga. Masih mampu bangun semula selepas diuji. Sedangkan ada juga individu yang mengalami pengalaman yang hampir sama, tetapi kesannya terasa lebih berat sehingga ke hari ini. Apakah bezanya? Sepanjang saya bertemu pelbagai individu... saya semakin percaya bahawa trauma bukanlah penentu mutlak kehidupan seseorang. Ia mungkin meningkatkan risiko. Tetapi masih ada sesuatu yang boleh menjadi pelindung. Dalam bidang psikologi, kita mengenalinya sebagai coping skills. Iaitu cara seseorang menghadapi emosi dan tekanan apabila "cuaca kehidupan" berubah. Sebab itulah saya sangat menyukai metafora payung. Payung tidak mampu menghentikan hujan. Tetapi payung membantu kita terus berjalan walaupun hujan masih turun. Begitu juga dengan kehidupan. Kita mungkin tidak dapat mengubah apa yang pernah berlaku. Tetapi kita masih boleh membina "payung" yang membantu kita menghadapi apa yang bakal datang. --- Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk membina payung masing-masing, sedikit demi sedikit. Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput baca maklumat lanjut mengenai Webinar Payung Emosi. Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/payung?utm_campaign=pyg-tc12 . .

photo content

Saya jarang bertanya, "Apa masalah awak?" Sepanjang mengendalikan sesi kaunseling... ada satu soalan yang lebih saya gemari. Bukan, "Apa masalah awak?" Tetapi, "Apa yang biasanya membantu awak apabila keadaan menjadi sukar?" Pada mulanya... ramai yang terdiam. Ada yang mengambil masa untuk berfikir. Dan ada juga yang menjawab, "Saya tak pasti." Jawapan itu membuatkan saya sedar satu perkara. Kadang-kadang... bukan kerana seseorang itu tidak kuat menghadapi kehidupan. Tetapi kerana dia belum benar-benar mengenali apa yang membantunya apabila emosi menjadi terlalu berat. Sebab itulah setiap orang memerlukan "payung" yang berbeza. Ada yang berasa lebih tenang selepas berjalan kaki. Ada yang memilih membaca al-Quran. Ada yang menulis jurnal. Ada yang menelefon seseorang yang dipercayai. Tiada satu jawapan yang sesuai untuk semua orang. Yang penting... kita mengenali "payung" kita sendiri sebelum cuaca kehidupan berubah. ---- Mungkin hari ini kita boleh bertanya kepada diri sendiri, "Apa yang benar-benar membantu saya apabila keadaan menjadi sukar?" p/s: Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput bersama saya dalam Webinar Payung Emosi. Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/payung . .

photo content

Mengapa sesetengah orang begitu sukar meminta bantuan? Antara perkara yang sering saya perhatikan sepanjang bertemu pelbagai individu... bukan semua orang yang sedang bergelut akan meminta bantuan. Malah, ada yang memilih untuk memendam terlalu lama. Bukan kerana mereka tidak mahu dibantu. Tetapi kerana mereka bimbang akan dianggap lemah. Atau merasakan masalah mereka "belum cukup besar" untuk diceritakan kepada orang lain. Sedangkan apabila kereta rosak... kita tidak teragak-agak menghantarnya ke bengkel. Apabila gigi sakit... kita mencari doktor gigi. Tetapi apabila emosi sendiri mula terasa berat... ramai memilih untuk menunggu. Menunggu sehingga keadaan menjadi semakin sukar untuk diurus. Dalam bidang psikologi, mendapatkan sokongan juga merupakan salah satu bentuk coping skills. Ia bukan tanda kelemahan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa kita sedang berusaha menjaga diri sebelum keadaan menjadi lebih berat. ---- Semoga kita semua sentiasa diberi keberanian untuk meminta bantuan apabila memerlukannya. p/s: Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput baca maklumat lanjut mengenai Webinar Payung Emosi. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung . . .

photo content

Tangki anak kosong... kadang-kadang kerana tangki ibu ayah juga sudah lama kosong. Ramai ibu bapa membaca poster pagi tadi lalu berfikir... "Aku kena isi tangki emosi anak." Betul. Tetapi ada satu perkara yang saya selalu perhatikan. Sukar untuk kita terus memberi... apabila diri sendiri sudah terlalu lama kehabisan. Orang yang letih... lebih mudah meninggikan suara. Orang yang terlalu penat... lebih mudah hilang sabar. Bukan kerana dia tidak sayang. Tetapi kerana dia juga sedang berjuang. Sebab itu... menjaga diri bukan bererti mementingkan diri. Kadang-kadang ia adalah cara kita memastikan masih ada kekuatan untuk terus hadir kepada orang yang kita sayang. Dan mungkin... apa yang kita perlukan bukan sekadar berehat. Tetapi mempunyai cara yang lebih sihat untuk menghadapi saat-saat apabila emosi menjadi terlalu berat. P/S: Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput baca maklumat lanjut mengenai Webinar Payung Emosi. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung?utm_campaign=pyg-tc9 . .