ru
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 16 015 подписчиков, занимая 966 место в категории Семья и дети и 2 309 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 16 015 подписчиков.

Согласно последним данным от 26 августа, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -119, а за последние 24 часа — -4, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 4.98%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.27% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 798 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 363 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 27 августа, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

16 015
Подписчики
-424 часа
-277 дней
-11930 день
Архив постов
Bagaimana Bila Kita Ada Trauma Lama dan Mahu Membina Karektor Diri dan Anak Kita? Dengarkan slot Podcast Bila ST Bersuara, dari HCTM TV, Siri yang ke 11. Ia merupakan rakaman dari tahun lalu yang baru sahaja ini dilancarkan. Kongsikan kepada kawan-kawan kita yang lain ya agar sama-sama beroleh manfaat ya ❤️‍🩹🌷. https://youtu.be/ZdaJCLWUXlU?si=hC7bcxea9B20Y0Fo

Bagaimana jika masalahnya bukan pada emosi... tetapi pada cara kita memberi respons apabila emosi itu hadir? Apabila sedih... setiap orang akan bertindak balas. Apabila marah... setiap orang juga akan memberi respons. Itu sebahagian daripada menjadi manusia. Yang lebih membimbangkan ialah apabila respons itu berlaku terlalu pantas... sehingga kita sendiri tidak sedar apa yang sedang kita lakukan. Ada yang terus meninggikan suara. Ada yang memendam sehingga memakan diri. Ada yang menjauhkan diri daripada orang yang mereka sayang. Bukan kerana mereka mahu. Tetapi kerana itulah cara yang selama ini mereka kenal. Saya percaya... emosi bukanlah perkara yang paling perlu kita takuti. Sebaliknya, kita perlu belajar mengenali corak respons kita sendiri. Kerana apabila kita mula sedar bagaimana kita biasanya bertindak balas... di situlah perubahan boleh bermula. --- Dalam Webinar Payung Emosi, kita akan belajar bagaimana mengenali corak respons diri dan membina pilihan yang lebih sihat apabila emosi hadir. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung . . .

photo content

Ada orang meminta maaf kerana sedang bersedih. Saya pernah mendengar seseorang berkata, "Maaf... saya terlalu emosional hari ini." Saya tertanya-tanya... Bilakah kita mula percaya bahawa sedih perlu meminta maaf? Atau marah. Atau takut. Hakikatnya... setiap emosi datang membawa mesej. Sedih mungkin sedang memberitahu bahawa kita kehilangan sesuatu yang bermakna. Takut mungkin sedang mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati. Marah pula mungkin sedang menunjukkan bahawa ada sempadan yang telah dilanggar. Bagi saya... emosi bukan musuh. Asalkan ia tidak melampaui batas sehingga memudaratkan diri sendiri atau orang lain. Yang lebih penting ialah bagaimana kita memilih untuk memahami dan mengurus emosi itu apabila ia hadir. ---- Kita mungkin tidak dapat memilih cuaca yang datang. Tetapi kita masih boleh memilih bagaimana kita melalui cuaca itu. Jom sertai saya dalam Webinar Payung Emosi bulan depan. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung? . . .

photo content

Mengapa kadang-kadang kita lebih mudah marah kepada orang yang kita sayang? Ada yang pernah bertanya, "Kenapa saya boleh bersabar dengan orang lain... tetapi mudah hilang sabar di rumah?" Saya rasa itu satu soalan yang sangat jujur. Kerana ramai sebenarnya pernah mengalaminya. Di luar rumah... kita berusaha mengawal kata-kata. Menahan rasa. Menyimpan penat. Apabila pulang... kadang-kadang benteng yang kita bina sepanjang hari mula runtuh sedikit demi sedikit. Lalu emosi yang dipendam mencari ruang untuk keluar. Malangnya... orang yang paling dekat dengan kita sering berada di situ ketika emosi itu muncul. Bukan kerana mereka paling banyak menyakitkan hati kita. Tetapi kerana bersama merekalah kita berasa cukup selamat untuk menunjukkan sisi diri yang paling rapuh. Itulah sebabnya menjaga emosi bukan sekadar penting untuk diri sendiri. Ia juga satu cara menjaga hubungan dengan orang yang paling kita sayang. --- Mungkin malam ini... luangkan sedikit masa untuk bertanya kepada diri sendiri, "Apa yang sebenarnya saya bawa pulang hari ini?" p/s: Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput daftar Webinar Payung Emosi. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung . .

photo content

Trauma bukan pengakhiran cerita. Ada satu perkara yang sering membuat saya berfikir. Mengapa ada orang yang melalui zaman kanak-kanak yang sangat sukar... tetapi apabila dewasa, dia masih mampu menjalani kehidupan dengan baik? Dia masih bekerja. Masih membina keluarga. Masih mampu bangun semula selepas diuji. Sedangkan ada juga individu yang mengalami pengalaman yang hampir sama, tetapi kesannya terasa lebih berat sehingga ke hari ini. Apakah bezanya? Sepanjang saya bertemu pelbagai individu... saya semakin percaya bahawa trauma bukanlah penentu mutlak kehidupan seseorang. Ia mungkin meningkatkan risiko. Tetapi masih ada sesuatu yang boleh menjadi pelindung. Dalam bidang psikologi, kita mengenalinya sebagai coping skills. Iaitu cara seseorang menghadapi emosi dan tekanan apabila "cuaca kehidupan" berubah. Sebab itulah saya sangat menyukai metafora payung. Payung tidak mampu menghentikan hujan. Tetapi payung membantu kita terus berjalan walaupun hujan masih turun. Begitu juga dengan kehidupan. Kita mungkin tidak dapat mengubah apa yang pernah berlaku. Tetapi kita masih boleh membina "payung" yang membantu kita menghadapi apa yang bakal datang. --- Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk membina payung masing-masing, sedikit demi sedikit. Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput baca maklumat lanjut mengenai Webinar Payung Emosi. Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/payung?utm_campaign=pyg-tc12 . .

photo content

Saya jarang bertanya, "Apa masalah awak?" Sepanjang mengendalikan sesi kaunseling... ada satu soalan yang lebih saya gemari. Bukan, "Apa masalah awak?" Tetapi, "Apa yang biasanya membantu awak apabila keadaan menjadi sukar?" Pada mulanya... ramai yang terdiam. Ada yang mengambil masa untuk berfikir. Dan ada juga yang menjawab, "Saya tak pasti." Jawapan itu membuatkan saya sedar satu perkara. Kadang-kadang... bukan kerana seseorang itu tidak kuat menghadapi kehidupan. Tetapi kerana dia belum benar-benar mengenali apa yang membantunya apabila emosi menjadi terlalu berat. Sebab itulah setiap orang memerlukan "payung" yang berbeza. Ada yang berasa lebih tenang selepas berjalan kaki. Ada yang memilih membaca al-Quran. Ada yang menulis jurnal. Ada yang menelefon seseorang yang dipercayai. Tiada satu jawapan yang sesuai untuk semua orang. Yang penting... kita mengenali "payung" kita sendiri sebelum cuaca kehidupan berubah. ---- Mungkin hari ini kita boleh bertanya kepada diri sendiri, "Apa yang benar-benar membantu saya apabila keadaan menjadi sukar?" p/s: Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput bersama saya dalam Webinar Payung Emosi. Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/payung . .

photo content

Mengapa sesetengah orang begitu sukar meminta bantuan? Antara perkara yang sering saya perhatikan sepanjang bertemu pelbagai individu... bukan semua orang yang sedang bergelut akan meminta bantuan. Malah, ada yang memilih untuk memendam terlalu lama. Bukan kerana mereka tidak mahu dibantu. Tetapi kerana mereka bimbang akan dianggap lemah. Atau merasakan masalah mereka "belum cukup besar" untuk diceritakan kepada orang lain. Sedangkan apabila kereta rosak... kita tidak teragak-agak menghantarnya ke bengkel. Apabila gigi sakit... kita mencari doktor gigi. Tetapi apabila emosi sendiri mula terasa berat... ramai memilih untuk menunggu. Menunggu sehingga keadaan menjadi semakin sukar untuk diurus. Dalam bidang psikologi, mendapatkan sokongan juga merupakan salah satu bentuk coping skills. Ia bukan tanda kelemahan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa kita sedang berusaha menjaga diri sebelum keadaan menjadi lebih berat. ---- Semoga kita semua sentiasa diberi keberanian untuk meminta bantuan apabila memerlukannya. p/s: Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput baca maklumat lanjut mengenai Webinar Payung Emosi. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung . . .

photo content

Tangki anak kosong... kadang-kadang kerana tangki ibu ayah juga sudah lama kosong. Ramai ibu bapa membaca poster pagi tadi lalu berfikir... "Aku kena isi tangki emosi anak." Betul. Tetapi ada satu perkara yang saya selalu perhatikan. Sukar untuk kita terus memberi... apabila diri sendiri sudah terlalu lama kehabisan. Orang yang letih... lebih mudah meninggikan suara. Orang yang terlalu penat... lebih mudah hilang sabar. Bukan kerana dia tidak sayang. Tetapi kerana dia juga sedang berjuang. Sebab itu... menjaga diri bukan bererti mementingkan diri. Kadang-kadang ia adalah cara kita memastikan masih ada kekuatan untuk terus hadir kepada orang yang kita sayang. Dan mungkin... apa yang kita perlukan bukan sekadar berehat. Tetapi mempunyai cara yang lebih sihat untuk menghadapi saat-saat apabila emosi menjadi terlalu berat. P/S: Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput baca maklumat lanjut mengenai Webinar Payung Emosi. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung?utm_campaign=pyg-tc9 . .

photo content

Kalau hanya sempat isi SATU tangki hari ini... yang mana satu? Kita rasa menjadi ibu bapa yang baik memerlukan banyak perkara. > Perlu banyak masa. > Perlu banyak duit. > Perlu banyak ilmu. Sedangkan ada hari... kita hanya mampu buat satu perkara sahaja. Mungkin hari ini kita tak sempat bermain lama dengan anak. Tak sempat keluar berjalan. Tak sempat belikan apa-apa. Tetapi mungkin kita masih sempat... memberi satu pelukan. Atau mengucapkan satu penghargaan yang ikhlas. Jika hari ini hanya sempat mengisi satu tangki, anda akan pilih yang mana? . .

photo content

Ramai orang ingat orang yang kuat ialah orang yang jarang menangis. Saya kurang bersetuju. Menangis bukan tanda seseorang itu lemah. Kadang-kadang... yang lebih memenatkan ialah apabila seseorang terpaksa berpura-pura kuat sepanjang masa. Dia tetap pergi kerja. Tetap senyum. Tetap melayan orang seperti biasa. Tetapi dalam diam... dia sedang memikul beban yang orang lain tidak nampak. Sebab itu saya percaya... kekuatan bukan bermaksud kita tidak pernah sedih. Kekuatan ialah apabila kita tahu bagaimana hendak menghadapi kesedihan itu dengan cara yang sihat. Kerana semua orang akan melalui "cuaca" yang berbeza dalam kehidupan. Yang membezakan kita bukan cuaca itu. Tetapi bagaimana kita melaluinya. Semoga Allah mengurniakan kita hati yang lembut, tetapi tetap kuat menghadapi setiap ujian. p/s: Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput baca maklumat lanjut mengenai Webinar Payung Emosi di sini: 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung?utm_campaign=pyg-tc8 . .

photo content

Ada orang yang hidupnya tidak kurang cabaran. Tetapi dia kelihatan lebih tenang. Pernah tak kita terfikir... Kenapa ada orang yang melalui pelbagai ujian kehidupan, namun masih mampu berfungsi dengan baik? Masalah tetap ada. Komitmen tetap banyak. Cabaran tetap datang silih berganti. Tetapi dia tidak mudah hanyut apabila berdepan kesukaran. Sedangkan ada masanya... Perkara yang jauh lebih kecil pun terasa cukup berat untuk kita hadapi. Adakah kerana hidupnya lebih mudah? Tidak semestinya. Adakah kerana dia tidak pernah sedih, kecewa atau takut? Sudah tentu tidak. Mungkin bezanya bukan pada apa yang berlaku dalam hidup mereka. Tetapi pada bagaimana mereka menghadapi apa yang berlaku. Kerana hakikatnya... Kita tidak boleh mengawal semua perkara yang akan berlaku dalam kehidupan. Tetapi kita boleh belajar membina kemahiran untuk menghadapinya dengan lebih baik. Seperti payung yang tidak menghentikan hujan... Tetapi membantu kita meneruskan perjalanan walaupun hujan turun. .... Saya percaya, ketenangan bukan bermaksud hidup tanpa masalah. Kadang-kadang ketenangan datang apabila kita mempunyai cara yang lebih baik untuk menghadapi masalah yang hadir. Jika topik ini dekat di hati anda, saya jemput baca maklumat lanjut mengenai Webinar Payung Emosi: 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi setiap cuaca kehidupan.