uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi 👉 Belgini ko‘rmoqchi bo‘lsangiz, obuna bo‘ling

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Parenting Maznah Ibrahim analitikasi

Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 15 801 obunachidan iborat bo'lib, Oilalar & Bolalar toifasida 973-o'rinni va Malayziya mintaqasida 2 346-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 15 801 obunachiga ega bo‘ldi.

14 Oktabr, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -128 ga, so‘nggi 24 soatda esa 0 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 3.67% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.09% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 580 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 331 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 15 Oktabr, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Oilalar & Bolalar toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

15 801
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-267 kun
-12830 kun
Postlar arxiv
photo content

“Mulai hari ni, mama nak adik lebih bertanggungjawab.” Niat kita jelas. Tapi cuba kita tengok daripada sudut anak pula. “Lebih bertanggungjawab” tu... kena buat apa? Kemas mainan sendiri? Letak kasut di tempatnya? Bawa pinggan ke sinki selepas makan? Siapkan beg sekolah sebelum tidur? Kadang-kadang kita tahu perubahan besar yang kita mahu lihat pada anak. Tetapi bagi anak, perubahan itu mungkin perlu bermula dengan sesuatu yang lebih kecil dan lebih jelas. Dalam pengurusan tingkah laku, antara prinsip yang saya kongsikan ialah: matlamat perlu jelas dan khusus, kemudian dipecahkan kepada sasaran yang lebih mudah. Jadi daripada mahu anak terus menjadi “lebih bertanggungjawab”.. mungkin kita boleh mula dengan satu tingkah laku yang anak benar-benar tahu apa yang perlu dibuat Nampak kecil Tetapi perubahan tingkah laku memang tak semestinya perlu bermula dengan sesuatu yang besar Dalam Tegas Dalam Hikmah, kita akan lihat pengurusan tingkah laku anak dengan lebih tersusun, daripada prinsip asas sehinggalah kepada teknik-teknik yang boleh digunakan 📌 Tarikh baru 📅 Sabtu, 12 September 202 🕣 8.30 malam | Live Online Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Dr. Maznah Ibrahim . . >

photo content

Kalau anak buat salah, kita selalu fikir apa yang perlu kita buat kepada anak. Tegur? Beri consequence? Tarik sesuatu yang dia suka? Tetapi ada satu lagi keadaan yang menarik untuk kita fikirkan. Bila emosi anak sedang tinggi, adakah waktu itu dia benar-benar bersedia untuk menerima apa yang kita mahu sampaikan? Dalam Tegas Dalam Hikmah, saya kongsikan satu pendekatan yang dipanggil Peace Corner. Namanya mungkin kedengaran seperti tempat untuk anak yang sedang “buat perangai”. Tetapi sebenarnya, Peace Corner bukan tempat menghukum atau mengasingkan anak. Ia adalah ruang yang disediakan untuk membantu anak menenangkan perasaan dan bersantai, termasuk selepas dia melakukan kesilapan. Menarik kan? Anak baru buat salah.. tetapi kita masih menyediakan ruang yang selamat untuk emosinya Kenapa pendekatannya begitu? Dan bagaimana pula kita nak gunakan ruang seperti ini tanpa anak menganggap dia boleh buat apa sahaja Yang itu kita explore dalam Tegas Dalam Hikmah nanti � 📌 Tarikh baru 📅 Sabtu, 12 September 202 🕣 8.30 malam | Live Online Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Dr. Maznah Ibrahim . .

Kalau anak buat salah, kita selalu fikir apa yang perlu kita buat kepada anak. Tegur? Beri consequence? Tarik sesuatu yang dia suka? Tetapi ada satu lagi keadaan yang menarik untuk kita fikirkan. Bila emosi anak sedang tinggi, adakah waktu itu dia benar-benar bersedia untuk menerima apa yang kita mahu sampaikan? Dalam Tegas Dalam Hikmah, saya kongsikan satu pendekatan yang dipanggil Peace Corner. Namanya mungkin kedengaran seperti tempat untuk anak yang sedang “buat perangai”. Tetapi sebenarnya, Peace Corner bukan tempat menghukum atau mengasingkan anak. Ia adalah ruang yang disediakan untuk membantu anak menenangkan perasaan dan bersantai, termasuk selepas dia melakukan kesilapan. Menarik kan?Anak baru buat salah.. .tetapi kita masih menyediakan ruang yang selamat untuk emosinya .Kenapa pendekatannya begitu ?Dan bagaimana pula kita nak gunakan ruang seperti ini tanpa anak menganggap dia boleh buat apa sahaja ?Yang itu kita explore dalam Tegas Dalam Hikmah nanti � �📌 Tarikh bahar u📅 Sabtu, 12 September 202 6🕣 8.30 malam | Live Onlin eDaftar :webinar.maznahibrahim.com/tegas?utm_campaign=tdh-tc5 2Dr. Maznah Ibrahim

photo content

Bila anak buat salah, cepat kita nampak. Mainan tak dikemas. Baju dibiarkan atas lantai. Bergaduh dengan adik. Dipanggil berkali-kali tak datang. Semua ini mudah menarik perhatian kita. Tapi cuba fikir satu lagi perkara. Hari anak letak kasut di tempatnya tanpa disuruh. Hari dia berkongsi dengan adik. Hari dipanggil sekali, dia terus datang. Adakah kita perasan juga? Dalam sehari, mungkin ada banyak tingkah laku anak yang kita sebenarnya mahu lihat lebih kerap. Cuma kerana ia tidak menimbulkan masalah, ia lebih mudah berlalu begitu sahaja. Dalam pengurusan tingkah laku, kita bukan hanya melihat bagaimana hendak mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Kita juga perlu melihat bagaimana hendak meningkatkan tingkah laku yang kita mahu anak lakukan lebih kerap. Dua-duanya penting. Dan dalam Tegas Dalam Hikmah, kita akan lihat beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk tujuan ini. 📅 Sabtu, 12 September 2026 (Tarikh Baru) 🕣 8.30 malam | Live Online Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Dr. Maznah Ibrahim . .

photo content

Atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan, webinar live Tegas Dalam Hikmah yang dijadualkan malam ini terpaksa saya tunda ke minggu hadapan. 📅 Tarikh baharu: Sabtu, 12 September 2026 🕣 8.30 malam | Live Online Saya mohon maaf atas perubahan ini dan segala kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas kefahaman anda. Insya-Allah kita jumpa minggu hadapan. 🙏 Dr. Maznah Ibrahim

photo content

Malam ni kita jumpa 😊 Sepanjang beberapa minggu ini, saya banyak berkongsi tentang tingkah laku anak. Tentang perkara-perkara kecil yang berlaku setiap hari. Anak tak mahu ikut arahan. Perkara yang sama perlu diulang. Kita dah cuba satu cara, kemudian cuba cara yang lain. Dan ada waktunya kita sendiri tertanya-tanya, “Apa lagi yang aku tak nampak?” Malam ini, saya mahu kita duduk dan melihat tingkah laku anak dengan lebih tersusun. Bukan untuk mencari ibu bapa yang sempurna. Bukan juga supaya selepas webinar nanti anak terus berubah semuanya. Tetapi supaya apabila berdepan sesuatu situasi dengan anak, kita mempunyai lebih banyak kefahaman tentang apa yang sedang berlaku dan apa yang boleh kita lakukan. Itulah yang saya harap {$name} boleh bawa pulang daripada Tegas Dalam Hikmah malam ini. Kalau dah mendaftar, jumpa malam ni 😊 Kalau masih belum, pendaftaran masih dibuka: 📅 Hari ini, Sabtu 5 September 2026 🕣 8.30 malam | Live Online Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Dr. Maznah Ibrahim . . .

photo content

Tak semua arahan kepada anak perlu menggunakan kata-kata. Biasanya bila kita mahu anak berhenti melakukan sesuatu, kita akan bercakap. “Jangan.” “Berhenti.” “Dah, cukup.” Kalau anak masih buat, kita ulang lagi. Tetapi ada keadaan di mana kita sebenarnya boleh menyampaikan mesej kepada anak tanpa perlu menambah banyak kata-kata. Salah satu caranya ialah melalui isyarat bahasa tubuh. Nampak kecil. Tetapi apabila anak sudah memahami maksud sesuatu isyarat, kita tak semestinya perlu mengulang arahan yang sama berkali-kali. Dan ini antara perkara yang menarik dalam pengurusan tingkah laku anak. Ada teknik yang nampak sangat simple, tetapi kita perlu tahu bagaimana dan bila hendak menggunakannya. Esok dalam Tegas Dalam Hikmah, saya akan kongsikan beberapa pendekatan praktikal yang boleh digunakan dalam situasi harian bersama anak. Esok kita jumpa 😊 📅 Sabtu, 5 September 2026 🕣 8.30 malam | Live Online Jika anda belum mendaftar: Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Dr. Maznah Ibrahim . . .

photo content

“Pergi mandi. Lepas tu pakai baju. Jangan lupa letak baju kotor dalam bakul. Kemudian turun makan.” Kita rasa kita baru beri arahan yang cukup jelas. Beberapa minit kemudian... Anak masih belum mandi. Baju kotor entah di mana. Kita pun mula rasa, “Tadi mama dah cakap semua, kan?” Ada masanya kita melihat keadaan begini sebagai anak tidak mendengar arahan. Tetapi saya suka mengajak ibu bapa melihat satu perkara lagi. Berapa banyak sebenarnya yang kita minta anak lakukan dalam satu masa? Sesuatu yang nampak mudah dan tersusun dalam fikiran kita, belum tentu diterima dengan cara yang sama oleh anak. Sebab dalam membimbing tingkah laku, bukan sekadar apa yang kita minta anak lakukan. Cara kita menyampaikan arahan juga memainkan peranan. Ada beza antara anak yang tahu kita sedang bercakap... dengan anak yang benar-benar jelas apa yang perlu dibuat selepas itu. Sabtu nanti dalam Tegas Dalam Hikmah, kita akan tengok perkara-perkara praktikal seperti ini dan bagaimana ia boleh digunakan dalam situasi harian bersama anak. 2 hari lagi 😊 Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Dr. Maznah Ibrahim

photo content

Bila anak tak dengar, kita biasanya buat apa? “Adik, kemas kasut.” Tak bergerak. “Adik... mama cakap kemas kasut.” Masih tak bergerak. Suara kita pun mula naik. Sebab secara spontan kita rasa... kalau anak tak dengar, mungkin kita kena cakap lebih kuat. Tapi menariknya, ada keadaan di mana mendapatkan perhatian anak tak semestinya memerlukan kita menambah volume suara. Malah ada pendekatan yang melakukan sebaliknya. Kita merendahkan suara. Kenapa pula bercakap lebih perlahan boleh digunakan apabila kita mahu anak memberi perhatian? Yang itu saya simpan untuk kita cuba sama-sama dalam Tegas Dalam Hikmah nanti 😊 Ada banyak perkara kecil seperti ini yang mungkin nampak simple, tetapi cara kita menggunakannya boleh memberi pengalaman yang berbeza dalam interaksi dengan anak. 2 hari lagi. Sabtu ini. KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Dr. Maznah Ibrahim . .

photo content

“Dah siap kemas mainan, boleh tengok TV.” Anak terus kemas. Nampak macam menjadi. Tapi ada satu soalan yang menarik untuk kita fikirkan: Apa sebenarnya yang membuatkan anak mahu mengulangi sesuatu tingkah laku? Adakah kerana dia sudah faham apa yang kita harapkan? Atau kerana apa yang berlaku selepas dia melakukannya? Dalam pengurusan tingkah laku, perkara yang berlaku selepas sesuatu tindakan boleh mempengaruhi sama ada tingkah laku itu akan berlaku lagi atau tidak. Ini memang antara asas yang dibawa dalam TDH. Dan di sinilah menariknya. Perkara yang nampak mudah seperti ganjaran, pujian atau konsekuen sebenarnya bukan sekadar soal “bagi atau tak bagi”. Cara kita menggunakannya juga penting. Yang itu kita simpan untuk kita explore dalam Tegas Dalam Hikmah Sabtu ini 😊 Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas?utm_campaign=tdh-tc45 Dr. Maznah Ibrahim . .

photo content

Parenting Maznah Ibrahim - Telegram kanali @ehsabar statistikasi va tahlili