en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 16 013 subscribers, ranking 959 in the Family & Children category and 2 310 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 16 013 subscribers.

According to the latest data from 26 August, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -119 over the last 30 days and by -4 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 4.98%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.27% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 798 views. Within the first day, a publication typically gains 363 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 27 August, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

16 013
Subscribers
-424 hours
-277 days
-11930 days
Posts Archive
photo content

Ada hari... Anak yang biasanya mudah diajak mandi... Tiba-tiba membantah. Anak yang selalu boleh berkongsi... Hari itu langsung tidak mahu mengalah. Kita mungkin menggunakan ayat yang sama. Nada yang sama. Pendekatan yang sama. Tetapi hasilnya berbeza. Bukan semestinya kerana anak sengaja mahu menyusahkan kita. Ada masanya... Keadaan yang sedang dilalui anak pada waktu itu mempengaruhi cara dia memberi reaksi. Dan itulah yang tidak selalu dapat kita lihat hanya daripada tingkah lakunya. Sebab itu... Membimbing anak bukan sekadar mencari satu cara yang “berkesan”. Tetapi belajar mengenal pasti... Bila sesuatu pendekatan itu sesuai digunakan. Dan bila kita perlu melihat anak daripada sudut yang lain. Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, insya-Allah saya akan kongsikan bagaimana memahami keadaan di sebalik tingkah laku anak dapat membantu kita memilih pendekatan dengan lebih tepat dan lebih berhikmah. KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Semoga bermanafaat, Dr. Maznah Ibrahim

photo content

Tidak semua ketegasan perlu datang dengan suara yang tinggi. Ada masanya... Anak bukan tidak mendengar kerana kita kurang tegas. Tetapi kerana dia sendiri tidak jelas... Apa yang sebenarnya kita harapkan daripadanya. Hari ini boleh. Esok tidak boleh. Kadang-kadang ditegur. Kadang-kadang dibiarkan. Akhirnya... Anak juga mungkin keliru tentang batas yang sedang cuba kita bina. Menjadi tegas bukan semestinya tentang siapa yang paling kuat bersuara. Ada ketegasan yang hadir melalui kejelasan. Melalui kata-kata yang tenang. Dan melalui batas yang anak dapat fahami, sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini mengajak kita melihat bahawa... Tegas bukan lawan kepada hikmah. Kadang-kadang, hikmah itulah yang menjadikan ketegasan lebih sampai kepada hati anak. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, saya akan berkongsi bagaimana memahami tingkah laku anak membantu ibu bapa membimbing dengan lebih jelas dan tenang, tanpa perlu bergantung kepada marah semata-mata. Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

photo content

Ramai ibu bapa bertanya... "Macam mana nak bagi anak lebih mendengar?" Saya pula sering terfikir satu persoalan yang lain. Sebelum anak mendengar kata-kata kita... Adakah dia sudah benar-benar merasakan hubungan dengan kita? Kerana... Apabila kita terlalu fokus membetulkan tingkah laku... Ada satu perkara yang kadang-kadang tertinggal. Hubungan. Boleh jadi... Itulah sebabnya dua orang ibu bapa menggunakan kata-kata yang hampir sama... Tetapi diterima dengan cara yang berbeza oleh anak. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini mengajak kita mengingati bahawa... Sebelum kita berharap anak lebih mudah menerima bimbingan... Hubungan itu juga perlu terus dipelihara. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: jika anda berkelapangan pada malam 5 September nanti, saya akan kongsikan bagaimana hubungan yang baik dan kefahaman terhadap tingkah laku anak saling melengkapi dalam membantu ibu bapa membimbing mereka dengan lebih tenang. Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

photo content

photo content

Ada beza... Di antara anak yang tidak mahu bekerjasama... Dengan anak yang belum mampu bekerjasama. Bezanya nampak kecil. Tetapi cara kita bertindak boleh menjadi sangat berbeza. Apabila kita percaya anak sengaja melawan... Kita cenderung menambah tekanan. Namun jika kita berhenti seketika... Dan mula tertanya, "Adakah dia benar-benar tidak mahu... atau sebenarnya dia masih belum mampu?" Soalan itu mungkin mengubah seluruh cara kita melihat situasi. Bukan semua tingkah laku berlaku kerana anak sengaja mahu mencabar kita. Ada masanya... Mereka sendiri sedang bergelut dengan sesuatu yang belum mampu mereka uruskan. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini mengajak kita menangguhkan sedikit kesimpulan... Dan memberi ruang untuk memahami sebelum bertindak. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: jika anda berkelapangan pada malam 5 September nanti, saya akan kongsikan bagaimana memahami sebab di sebalik tingkah laku dapat membantu ibu bapa memilih pendekatan yang lebih sesuai ketika membimbing anak. Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

photo content

"Saya rasa macam anak saya dah berubah..." Itu antara ayat yang pernah saya dengar daripada seorang ibu. "Dulu dia mudah dengar cakap." "Sekarang... semuanya macam susah." Saya tidak terus bertanya... "Apa yang anak puan buat?" Sebaliknya saya lebih tertanya-tanya... Apa yang telah berubah dalam kehidupan anak itu? Kerana... Apabila anak semakin membesar... Bukan sekadar tubuhnya yang berubah. Cara dia melihat dunia... Cara dia memahami sesuatu... Dan cara dia memberi reaksi juga turut berkembang. Mungkin sebab itulah... Pendekatan yang pernah berkesan beberapa tahun dahulu... Tidak lagi memberi kesan yang sama hari ini. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini mengajak kita melihat bahawa... Apabila anak berubah... Mungkin kita juga perlu belajar memahami perubahan itu. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: jika anda berkelapangan pada malam 5 September nanti, saya akan kongsikan bagaimana memahami perubahan dalam perkembangan anak dapat membantu ibu bapa memilih pendekatan yang lebih sesuai ketika membimbing mereka. Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

photo content

Jika kita sambungkan titik-titik kecil... Kadang-kadang barulah kita nampak keseluruhan gambar. Hari Isnin... Anak mudah merajuk. Hari Rabu... Anak cepat marah. Hari Jumaat... Anak enggan bercakap. Jika setiap kejadian itu dilihat secara berasingan... Semuanya kelihatan seperti masalah yang berbeza. Tetapi apabila kita mula menyambungkan setiap "titik" itu... Mungkin kita akan sedar bahawa semuanya sedang bercerita tentang perkara yang sama. Sebab itulah... Ada masanya kita terlalu sibuk menyelesaikan satu demi satu tingkah laku... Sehingga terlupa mencari corak yang menghubungkannya. Mungkin... Apa yang anak perlukan bukan pendekatan yang berbeza setiap hari. Tetapi seorang ibu bapa yang mula melihat keseluruhan gambaran. Mudah-mudahan Allah membantu kita menjadi ibu bapa yang bukan sekadar bertindak apabila masalah muncul... Tetapi juga belajar memahami corak yang sedang terbentuk dalam kehidupan anak. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, insya-Allah saya akan kongsikan bagaimana melihat corak tingkah laku anak dapat membantu ibu bapa membuat keputusan dengan lebih tenang dan lebih berhikmah. Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

photo content

Ada kalanya... Sesuatu yang kelihatan seperti kebetulan... Sebenarnya sedang membentuk satu corak. Contohnya... Setiap kali anak pulang dari sekolah... Dia lebih mudah marah. Atau... Setiap kali tiba waktu hendak tidur... Dia mula membantah. Pada hari-hari tertentu... Dia kelihatan ceria. Tetapi pada waktu-waktu tertentu... Dia seolah-olah menjadi orang yang berbeza. Jika kita melihat setiap kejadian secara berasingan... Semuanya nampak seperti masalah yang perlu diselesaikan segera. Namun apabila kita melihatnya sebagai satu keseluruhan... Kadang-kadang kita mula nampak bahawa tingkah laku itu bukan berlaku secara rawak. Ada corak yang sedang berulang. Dan mungkin... Corak itulah yang sedang cuba memberitahu sesuatu kepada kita. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini mengajak kita berhenti seketika daripada melihat satu peristiwa... Lalu mula melihat keseluruhan perjalanan anak. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: dalam webinar Tegas Dalam Hikmah. Insya-Allah saya akan kongsikan bagaimana mengenal pasti corak seperti ini dapat membantu ibu bapa memilih pendekatan yang lebih sesuai dalam membimbing anak. Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

photo content

Situasi yang sama... Tidak semestinya melahirkan reaksi yang sama. Ada anak yang terus menangis. Ada anak yang memilih untuk diam. Ada yang membantah. Ada pula yang seolah-olah tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Sedangkan... Apa yang berlaku kepada mereka hampir sama. Mengapa reaksi mereka boleh begitu berbeza? Semakin lama saya mendampingi ibu bapa... Semakin saya percaya bahawa kita tidak boleh memahami anak hanya dengan melihat tingkah laku yang muncul di hadapan mata. Kerana sebelum sesuatu tingkah laku berlaku... Ada sesuatu yang sedang berlaku di dalam diri mereka. Mungkin itulah sebabnya... Pendekatan yang berkesan untuk seorang anak... Belum tentu memberi kesan yang sama kepada anak yang lain. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini mengajak kita melihat anak daripada satu sudut yang sedikit berbeza. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: Jika anda berkelapangan malam 5 September nanti, jom sertai saya dalam webinar Tegas Dalam Hikmah. Insya-Allah saya akan kongsikan bagaimana dengan memahami perkara ini, dapat membantu ibu bapa memilih pendekatan yang lebih sesuai dalam mengurus tingkah laku anak. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . . .

photo content

Kadang-kadang... Semakin kita cuba menghentikan sesuatu tingkah laku... Semakin kuat tingkah laku itu muncul. Anak semakin membantah. Semakin merajuk. Semakin mengamuk. Pernah tak kita tertanya... Mengapa? Kalau tingkah laku itu benar-benar tidak memberi apa-apa kepada anak... Bukankah lebih mudah untuk dia berhenti? Mungkin... Ada sesuatu yang sedang cuba dipenuhi melalui tingkah laku itu. Bukan kerana anak sengaja mahu menyusahkan kita. Tetapi mungkin kerana pada ketika itu... Itulah cara yang dia tahu. Apabila kita hanya melihat tingkah laku... Kita mungkin sibuk menghentikannya. Tetapi apabila kita mula bertanya apa yang sebenarnya sedang dicari oleh anak... Cara kita membimbing mereka juga mungkin berubah. Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, saya akan membawa ibu bapa melihat tingkah laku anak daripada sudut psikologi. Bukan sekadar apa yang berlaku di luar... Tetapi apa yang mungkin sedang berlaku di dalam diri mereka. Kerana apabila kita memahami puncanya... Barulah kita lebih mudah memilih pendekatan yang tepat, tenang dan berhikmah. Saya mengalu-alukan kehadiran anda dalam webinar Tegas Dalam Hikmah. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . . .

photo content