en
Feedback
Tadabbur Kalamullah

Tadabbur Kalamullah

Open in Telegram

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Tadabbur Kalamullah

Channel Tadabbur Kalamullah (@tadabburkalamullah) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 11 609 subscribers, ranking 7 712 in the Religion & Spirituality category and 3 137 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 11 609 subscribers.

According to the latest data from 07 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -67 over the last 30 days and by -3 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 5.32%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.40% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 618 views. Within the first day, a publication typically gains 279 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 08 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Religion & Spirituality category.

11 609
Subscribers
-324 hours
-87 days
-6730 days

Data loading in progress...

Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
September '26
September '26
+5
in 0 channels
August '26
+7
in 0 channels
Get PRO
July '26
+20
in 0 channels
Get PRO
June '26
+5
in 0 channels
Get PRO
May '26
+12
in 0 channels
Get PRO
April '26
+12
in 0 channels
Get PRO
March '26
+7
in 0 channels
Get PRO
February '26
+50
in 0 channels
Get PRO
January '26
+19
in 0 channels
Get PRO
December '25
+51
in 0 channels
Get PRO
November '25
+40
in 0 channels
Get PRO
October '25
+21
in 0 channels
Get PRO
September '25
+8
in 0 channels
Get PRO
August '25
+5
in 0 channels
Get PRO
July '25
+16
in 0 channels
Get PRO
June '25
+25
in 0 channels
Get PRO
May '25
+23
in 0 channels
Get PRO
April '25
+13
in 1 channels
Get PRO
March '25
+24
in 1 channels
Get PRO
February '25
+9
in 0 channels
Get PRO
January '25
+17
in 0 channels
Get PRO
December '24
+14
in 0 channels
Get PRO
November '24
+15
in 1 channels
Get PRO
October '24
+15
in 0 channels
Get PRO
September '24
+35
in 0 channels
Get PRO
August '24
+35
in 0 channels
Get PRO
July '24
+47
in 0 channels
Get PRO
June '24
+64
in 0 channels
Get PRO
May '24
+55
in 0 channels
Get PRO
April '24
+57
in 0 channels
Get PRO
March '24
+76
in 1 channels
Get PRO
February '24
+57
in 0 channels
Get PRO
January '24
+103
in 1 channels
Get PRO
December '23
+52
in 0 channels
Get PRO
November '23
+108
in 0 channels
Get PRO
October '23
+59
in 0 channels
Get PRO
September '23
+71
in 0 channels
Get PRO
August '23
+73
in 0 channels
Get PRO
July '23
+75
in 0 channels
Get PRO
June '23
+68
in 0 channels
Get PRO
May '23
+73
in 0 channels
Get PRO
April '23
+97
in 0 channels
Get PRO
March '23
+117
in 0 channels
Get PRO
February '23
+77
in 0 channels
Get PRO
January '23
+101
in 0 channels
Get PRO
December '22
+89
in 0 channels
Get PRO
November '22
+76
in 0 channels
Get PRO
October '22
+91
in 0 channels
Get PRO
September '22
+118
in 0 channels
Get PRO
August '22
+82
in 0 channels
Get PRO
July '22
+73
in 0 channels
Get PRO
June '22
+79
in 0 channels
Get PRO
May '22
+67
in 0 channels
Get PRO
April '22
+110
in 0 channels
Get PRO
March '22
+86
in 0 channels
Get PRO
February '22
+85
in 0 channels
Get PRO
January '22
+99
in 0 channels
Get PRO
December '21
+94
in 0 channels
Get PRO
November '21
+129
in 0 channels
Get PRO
October '21
+103
in 0 channels
Get PRO
September '21
+116
in 0 channels
Get PRO
August '21
+176
in 0 channels
Get PRO
July '21
+133
in 0 channels
Get PRO
June '21
+150
in 0 channels
Get PRO
May '21
+179
in 0 channels
Get PRO
April '21
+308
in 0 channels
Get PRO
March '21
+168
in 0 channels
Get PRO
February '21
+207
in 0 channels
Get PRO
January '21
+261
in 0 channels
Get PRO
December '20
+13 024
in 0 channels
Date
Subscriber Growth
Mentions
Channels
08 September0
07 September0
06 September0
05 September+3
04 September+2
03 September0
02 September0
01 September0
Channel Posts
#Sabda Rasulullah saw: "Demi Tuhan yang jiwaku di dalam genggamanNya, sesiapa yang memerangi mereka (tentera orang musyrik) pada hari ini, kemudian dia terbunuh dalam keadaan penuh kesabaran dan ikhlas, terus maju dan tidak lari dari medan pertempuran, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga" #Kemudian peperangan berakhir dengan kemenangan di pihak orang Islam. Kira-kira 70 orang musyrik telah terbunuh termasuk ketua mereka yang paling tegar dengan kesyirikannya iaitu Abu Jahal. Turut terbunuh sebahagian pemimpin mereka. Mereka yang ditawan pula kira-kira 70 orang. ♡Semoga Allah menjadikan kita seorang pejuang yang bersatu padu dalam meninggikan syariat dan syiar Islam serta sentiasa berusaha mendaulatkan agama Allah swt hingga ke titisan darah yang terakhir♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

2
☆Tadabbur Kalamullah 26 Rabiulawal 1448H☆ وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرࣲ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةࣱۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ "Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)" [Surah Āli-ʿImrān 123] #Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. la bermula apabila Nabi saw mempelawa para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah. Misi asal sekatan itu bukannya dengan tujuan peperangan. #Walau bagaimanapun kafilah yang diketuai oleh Abu Sufian tersebut telah terselamat daripada sekatan orang Islam. Namun Abu Sufian sebelum itu telah mengutuskan utusan kepada Quraisy untuk keluar melindungi kafilahnya. #Rentetan permintaan tersebut, Quraisy telah keluar dengan bilangan kira-kira 1000 orang tentera. Antaranya 600 orang tentera berbaju perisai, 100 ekor kuda yang dipakaikan 100 baju perisai. Ini tidak termasuk baju perisai tentera pejalan kaki dan 700 ekor unta. Mereka turut membawa penyanyi-penyanyi perempuan yang memukul gendang dan menyanyi mengutuk orang Islam. #Ahli sirah dan tafsir sepakat bahawa bilangan para sahabat yang menyertai Perang Badar, semoga Allah meredai mereka, adalah seramai tiga ratus bidh‘ah ‘Asyar. Di mana perkataan 'bidh‘ah' (بضعة) menurut ahli bahasa membawa maksud bilangan antara tiga hingga sembilan. #Imam al-Bukhari dan lain-lain meriwayatkan daripada Sayidina al-Bara’ bin ‘Azib r.huma: كُنَّا أَصْحَابَ مُحَمَّدٍ ﷺ، نَتَحَدَّثُ: أَنَّ عِدَّةَ أَصْحَابِ بَدْرٍ عَلَى عِدَّةِ أَصْحَابِ طَالُوتَ الَّذِينَ جَاوَزُوا مَعَهُ النَّهَرَ، وَلَمْ يُجَاوزْ مَعَهُ إلا مُؤْمِنٌ بِضْعَةَ عَشَرَ وَثَلاثَ مِائَةٍ "Kami, para sahabat Muhammad saw, sering berbicara bahawa bilangan sahabat dalam Perang Badar adalah seperti bilangan pengikut Thalut yang menyeberangi sungai bersamanya dan tiada yang menyeberangi bersamanya melainkan orang beriman seramai tiga ratus bidh‘ah ‘asyar orang" #Dalam riwayat at-Tirmizi disebut:  ثلاثمائة وثلاثة عشر رجلا  "Tiga ratus tiga belas orang lelaki" #Terdapat juga beberapa riwayat lain yang menyebut jumlah yang berbeza: Ada yang mengatakan empat belas, ada yang mengatakan lima belas, tujuh belas, dan juga sembilan belas. #Dalam satu riwayat oleh Ibn Jarir disebut bahawa mereka berjumlah tiga ratus enam orang. Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari  menghimpunkan semua riwayat ini dan menyimpulkan bahawa jumlah sebenar yang hadir dalam pertempuran adalah lima atau enam orang lebih daripada tiga ratu (305 atau 306 orang), seperti yang dinyatakan oleh Ibn Jarir. Ini kerana sebahagian yang disebut tidak turut serta dalam pertempuran secara langsung. #Contohnya Rasulullah saw sendiri tidak dihitung dalam bilangan tersebut. Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat lapan orang yang dikira sebagai ahli Badar walaupun tidak menyertai pertempuran, kerana Rasulullah saw memberi mereka bahagian harta rampasan (ghanimah) disebabkan mereka menjalankan tugas-tugas penting yang diarahkan oleh baginda. Antaranya ialah: Sayidina Uthman bin ‘Affan, Talhah bin ‘Ubaidillah, Sa‘id bin Zaid, Abu Lubabah, dan ‘Asim bin ‘Adi. #Ada juga yang dihitung bersama mereka meskipun tidak diizinkan menyertai pertempuran kerana terlalu muda, seperti al-Barra’ bin ‘Azib, Ibn ‘Umar dan Anas bin Malik. #Justeru, perbezaan bilangan ini hanyalah dari segi lafaz dan cara penghitungan. Bilangan yang benar-benar menyertai pertempuran secara langsung ialah tiga ratus enam orang, manakala selebihnya berada dalam tugasan yang memberi manfaat kepada umat Islam, dan mereka tetap diberi ganjaran serta bahagian harta rampasan. #Kebanyakan tentera Islam daripada golongan Ansar. Mereka membawa 70 ekor unta dan dua atau tiga ekor kuda sahaja. Mereka bergilir-gilir dalam kumpulan-kumpulan kecil menaiki unta tersebut dari satu masa ke satu masa.
89
3
☆Tadabbur Kalamullah 25 Rabiulawal 1448H☆ ٱلرِّجَالُ قَوَّ ٰ⁠مُونَ عَلَى ٱلنِّسَاۤءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲ وَبِمَاۤ أَنفَقُوا۟ مِنۡ أَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتࣱ لِّلۡغَیۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُۚ "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.." [Surah an-Nisāʾ 34] #Allah swt berfirman bahawa lelaki adalah pemimpin dan pelindung kepada wanita kerana kelebihan yang diberikan dan kerana mereka memberi nafkah. Wanita yang solehah adalah yang taat kepada Allah dan suami, serta memelihara kehormatan diri ketika suami tiada. Ketaatan kepada suami adalah wajib selagi tidak melanggar hukum dan perintah Allah swt. #Berkata Sayidatina Ummu Salamah r.ha kepada suaminya Sayidina Abu Salamah: "Telah sampai kepadaku bahawa tiada seorang perempuan yang kematian suaminya, suaminya itu pula dari kalangan ahli syurga, lalu perempuan itu tidak berkahwin lagi selepas kematiannya, maka pasti Allah akan menghimpunkan mereka berdua di dalam syurga." Sambung Ummu Salamah lagi: "Mari wahai suamiku, mari kita berjanji bahawa kamu tidak akan berkahwin lagi selepas kematianku. Aku juga tidak akan berkahwin lagi selepas kematian mu". Jawab Sayidina Abu Salamah kepada isterinya: "Apakah kamu taat kepadaku?" Jawab Ummu Salamah: "Ya". Sayidina Abu Salamah menyambung: "Jika aku yang meninggal terlebih dahulu, kamu berkahwinlah (dengan orang lain)". Seterusnya Sayidina Abu Salamah berdoa:  اللَّهُمَّ ارْزُقْ أُمَّ سَلَمَةَ بَعْدِي رَجُلًا خَيْرًا مِنِّي، لَا يُحْزِنُهَا وَلَا يُؤْذِيهَا "Ya Allah, rezekikanlah kepada isteriku Ummu Salamah selepas kematianku seorang suami yang lebih baik daripadaku, yang tidak mendatangkan kesedihan kepadanya dan tidak menyakitinya". #Cerita Sayidatina Ummu Salamah lagi: Apabila Sayidina Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata: "Siapakah lelaki yang lebih baik dari Sayidina Abu Salamah?" Selang beberapa hari, tiba-tiba datang utusan Rasulullah saw, berdiri di hadapan pintu, menyatakan pinangan baginda saw kepada Sayidatina Ummu Salamah melalui anak saudara atau anak Ummu Salamah. Berkata Sayidatina Ummu Salamah: "Apakah aku perlu menolak pinangan Rasulullah saw atau aku bawa keluargaku (anak-anakku) bersama Baginda saw". Kemudian baginda datang pada keesokan harinya meminang" (Lihat: Siyar A'lam an-Nubalaa') #Atas dasar mentaati wasiat suaminya, akhirnya Sayidatina Ummu Salamah menjadi isteri Baginda saw. #Ummu Salamah Hind binti Abu Umayyah bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqazah bin Murrah al-Makhzumiyyah. Beliau adalah anak saudara kepada Sayidina Khalid bin al-Walid dan juga anak saudara kepada Abu Jahal bin Hisyam.  Sebelum berkahwin dengan Nabi saw, beliau adalah isteri kepada Abu Salamah bin ‘Abd al-Asad al-Makhzumi yang merupakan adik-beradik susuan Baginda dan Abu Salamah juga ialah seorang lelaki yang soleh. #Nabi saw mula menggauli Ummu Salamah sebagai suami isteri pada tahun ke-4 Hijrah. Tambahan lagi, Ummu Salamah merupakan antara perempuan yang paling cantik dan paling mulia nasabnya dalam kalangan Arab. #Beliau juga merupakan isteri Baginda saw yang terakhir sekali meninggal dunia. Beliau diberi umur yang panjang. Beliau hidup kira-kira 90 tahun. Beliau meninggal dunia pada bulan Zulkaedah tahun 59 Hijrah. ♡Wajib mentaati suami samada dalam keadaan suka atau tidak selagimana arahannya tidak bertentangan dengan aturan syarak♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
315
4
Semua tempat ada wakil yang diutuskan kerana kami mendapat tahu tentang nabi tersebut akan datang ke tempat kamu ini. Kerana itu kami sampai di sini.". Tanya Bahira: "Apakah di belakang kamu semua ada orang yang lebih baik dari kamu semua (yang datang ke sini dari Rom bukan untuk mencari nabi kahir zaman dan hendak membunuhnya)?" Jawab orang itu: "Kami hanya diberitahu kanak-kanak yang akan dibangkitkan sebagai nabi akhir zaman itu akan sampai di tempat kamu ini." Kata Bahira kepada mereka: "Apakah kamu semua merasakan ada sesuatu perkara yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku, ada pula seseorang lain yang dapat menghalangnya dari berlaku? Mereka menjawab: "Tiada (seseorang pun yang dapat menghalangnya)." Lalu mereka (rombongan Quraisy) berjanji akan menjaga Nabi Muhammad saw, mereka berlindung dengan Bahira beberapa hari. Bahira bertanya kepada mereka: "Dengan nama Allah siapakah penjaga budak ini (Nabi saw)?" Mereka menjawab: Abu Talib. Bahira berterusan meminta Abu Talib memelihara baginda sehinggalah Abu Talib membawa baginda pulang semula ke Mekah."  ♡Orang Yahudi memusuhi Baginda saw sejak Baginda kecil lagi hinggalah hari kiamat. Jangan sesekali terpedaya dengan agenda Yahudi yang sentiasa memusuhi Islam dan penganutnya. Yahudi adalah musuh umat Islam yang nyata♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
430
5
☆Tadabbur Kalamullah 24 Rabiulawal 1448H☆ وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡیَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)..." [Surah al-Baqarah 120] #Tanggal tahun 42 sebelum Hijrah bersamaan 581 Masihi, ketika Nabi saw berumur 12 tahun, bapa saudara baginda Abu Talib bermusafir ke Busra di Sham atas urusan perniagaan dan membawa baginda bersamanya. Ketika sampai di Busra, mereka melalui seorang pendeta bernama Bahira (بَحيرَا) boleh disebut Buhaira berdasarkan sebutan yang masyhur, seorang yang alim kitab Injil dan memiliki pengalaman yang banyak. Bahira melihat Nabi saw ketika itu, beliau memerhati dan bersembang dengan baginda saw. Setelah itu Bahira pergi kepada Abu Talib dan bertanya: "Siapa dia budak bersama dengan kamu ini?"  Jawab Abu Talib: Anakku (kerana terlalu sayang dengan baginda). Kata Bahira: Dia sepatutnya bukan anakmu. Sepatutnya bapa budak ini tidak hidup lagi. Jawab Abu Talib: Dia anak saudaraku. Kata Bahira: Bagaimana dengan bapa budak ini?   Jawab Abu Talib: Bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih di dalam kandungan ibunya. Kata Bahira: Benar katamu. Kerana itu bawalah dia pulang ke negerinya dan awasi dia dari orang-orang Yahudi. Demi Allah, jika mereka melihat budak ini di sini pasti mereka berbuat buruk terhadapnya, kerana anak saudara kamu ini memiliki kedudukan yang besar. Abu Talib segera bergegas pulang ke Mekah.  #Al-Imam at-Tirmizi meriwayatkan: Bahawa Abu Talib keluar menuju ke Sham dan beliau membawa bersamanya Nabi saw untuk menyertai perjalanan tersebut yang disertai oleh pembesar-pembesar dan orang-orang berpengaruh Quraisy. Apabila mereka menghampiri tempat Bahira, mereka singgah di situ dan membuka barang-barang perniagaan mereka. Ketika itu pendeta Bahira datang kepada mereka. Sebelum itu, ketika mereka hampir dengan Bahira, beliau tidak pergi kepada mereka. Ketika mereka membuka dan menurunkan barangan perniagaan mereka, Bahira datang kepada mereka dan mencelah masuk dalam kumpulan mereka dan mendapatkan Nabi saw, memegang tangan baginda dan berkata:  هذا سيِّدُ العالَمين، هذا رسولُ ربِّ العالَمين، يبعَثُه اللهُ رحمةً للعالَمين "Budak ini adalah penghulu sekelian alam. Budak ini adalah utusan Tuhan sekelian alam. Allah akan mengutusnya membawa rahmat untuk sekelian alam" Lalu pembesar-perbesar Quraisy yang bersama dalam rombongan tersebut bertanya kepadanya: Bagaimana kamu tahu?" Jawab beliau: "Ketikamana kamu semua menghampiri Aqabah, tiada sepohon pokok dan batu melainkan tunjuk sujud (menghormati baginda). Mereka tidak akan tunduk sujud melainkan kepada seorang Nabi. Sesungguhnya  aku juga kenal beliau dengan cop kenabian yang ada pada atas papan bahunya seperti buah epal. Kemudian Bahira pulang ke rumahnya dan membuatkan makanan untuk baginda. Ketika beliau datang semula, baginda saw ketika itu telah berada di atas unta. Kata Bahira: "Panggil budak itu (Nabi saw)." Maka Nabi saw datang kepadanya, ketika itu terdapat sekumpulan awan yang menaungi baginda. Apabila baginda menghampiri mereka, baginda mendapati mereka telah pun mendahului baginda berteduh di bawah sepohon pokok. Apabila Rasulullah saw duduk, ranting-ranting pokok itu condong kepada baginda (menaungi baginda dari panas). Kata Bahira: "Lihatlah ranting-ranting pokok itu, condong kepadanya". Beliau terus berkata dalam keadaan berdiri dan bersumpah supaya jangan dibawa baginda pergi ke Rom. Kerana di Rom, jika orang-orang Yahudi melihat baginda sudah pasti mereka mengenali baginda dengan sifat yang ada pada baginda dan mereka akan menbunuh baginda. (Bahira bercerita kepada mereka) terdapat tujuh orang rombongan dari Rom yang telah datang ke situ dan beliau menyambut mereka dan berkata: "Apa urusan kamu semua datang ke sini?" Mereka  menjawab: "Kami datang ke sini kerana nabi akhir zaman akan keluar (bermusafir ke sini) dalam bulan ini (ketika ia masih kanak-kanak).
348
6
☆Tadabbur Kalamullah 23 Rabiulawal 1448H☆ وَٱللَّهُ یَهۡدِی مَن یَشَاۤءُ إِلَىٰ صِرَ ٰ⁠طࣲ مُّسۡتَقِیمٍ "Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)" [Surah al-Baqarah 213] #Kata Sayidina Abu Hurairah r.a, ketika mana orang-orang Muhajirin dan Ansar berkumpul suatu hari di sisi Rasulullah saw, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a berkata: “....Ketika mana aku hampir baligh, bapaku, Abu Quhafah memegang tanganku dan membawa aku masuk ke sebuah bilik yang terdapat berhala di dalamnya, lalu dia berkata kepadaku: "Inilah tuhan-tuhanmu, sujud kepadanya". Lalu dia pergi dan membiarkan aku keseorangan. Aku menghampiri berhala tersebut dan berkata kepadanya: "Aku ini lapar, berikan makanan kepadaku! Namun berhala itu tidak menjawab apa-apa. (Aku berkata lagi) aku ini dahaga, berikan minuman kepadaku! Namun berhala itu tidak menjawab apa-apa. (Aku berkata lagi) aku ini tidak berpakaian, berikan pakaian kepadaku, Namun berhala itu tidak menjawab apa-apa. Lalu aku mengambil seketul batu dan berkata: "Aku akan balingkan batu ini kepadamu, jika kamu benar-benar tuhan, cegahlah ia darimu". Namun berhala itu tidak menjawab apa-apa. Akupun membaling batu itu kepadanya, jatuhlah ia tersembam mukanya ke bumi" (Lihat: Anba’ Nujaba’ al-Abna) #Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a, ketika masih kecil, diasuh agar bertuhankan berhala Hubal. Namun segala permintaan dan pertanyaannya tidak dijawab oleh berhala Hubal walau sepatah. Lalu semenjak hari itu beliau membesar bukan di atas agama orang-orang Quraisy. Sayidina Abu Bakar as-Siddiq hidup persis sahabatnya Baginda saw. #Dari hal ini, sangat jelaslah bagi kita, hidayah hanyalah milik Allah dan Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakinya. Barangsiapa yang Allah beri hidayah, tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang telah Allah sesatkan, tidak ada seorang pun yang dapat memberi hidayah kepadanya. وَٱللَّهُ یَهۡدِی مَن یَشَاۤءُ إِلَىٰ صِرَ ٰ⁠طࣲ مُّسۡتَقِیمٍ "Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)" [Surah al-Baqarah 213] #Hidayah (petunjuk) adalah hak mutlak milik Allah swt yang diberikan kepada sesiapa sahaja di kalangan hambaNya yang Dia kehendaki. ♡Semoga Allah swt sentiasa memberikan hidayah kepada kita dan orang-orang yang ada disekeliling kita. Aamiiin♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
410
7
☆Tadabbur Kalamullah 22 Rabiulawal 1448H☆ لَقَدۡ كَانَ فِی قَصَصِهِمۡ عِبۡرَةࣱ لِّأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِۗ "Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran..." [Surah Yūsuf 111] #Salah seorang anak perempuan Nabi saw bernama Sayidatina Ruqayyah r.ha. Beliau adalah puteri kedua Rasulullah saw yang lahir dari rahim Sayidatina Khadijah binti Khuwailid r.ha. Ia membesar di masa Jahiliyyah, jauh sebelum cahaya Islam menerangi Jazirah Arab. Sejak kecil, Sayidatina Ruqayyah dikenal seorang yang lemah lembut, sopan dan penuh ketenangan, sifat yang kelak semakin memancar dalam perjalanan hidupnya. #Ketika menginjak usia dewasa, beliau dikahwinkan dengan sepupu Rasulullah saw, iaitu Utbah bin Abu Lahab. Namun, pernikahan itu tidak berlangsung lama. Saat Rasulullah saw diangkat menjadi utusan Allah dan Abu Lahab menunjukkan permusuhan yang terang-terangan terhadap baginda, turunlah Surah Al-Lahab yang mengecam sikap dan perbuatan jahat Abu Lahab serta isterinya. #Kemurkaan Abu Lahab pun semakin memuncak. Dalam amarahnya, ia memerintahkan puteranya, Utbah, untuk menceraikan Sayidatina Ruqayyah. Perintah itu pun dilaksanakan dan Ruqayyah kembali ke rumah ayahnya dengan hati yang terluka, namun tetap dalam keteguhan dan kesabaran. #Tidak lama kemudian, Allah swt menggantikan kesedihan itu dengan kebahagiaan yang lebih besar. Sayidatina Ruqayyah dinikahkan dengan Sayidina Uthman bin ‘Affan, salah seorang sahabat Nabi yang dikenali kerana kekayaan, kelembutan, dan ketaqwaannya. Dari pernikahan inilah Sayidatina Ruqayyah menemukan ketenangan dan kebersamaan yang penuh cinta. #Ketika tekanan dan penganiayaan kaum Quraisy terhadap kaum Muslimin semakin keras, Sayidatina Ruqayyah dan Sayidina Uthman termasuk di antara mereka yang berhijrah ke Habsyah (Ethiopia). Hijrah itu bukan sekadar perpindahan tempat, melainkan pengorbanan besar demi mempertahankan iman. Di negeri asing tersebut, mereka dikaruniakan seorang putera yang diberi nama Abdullah. #Setelah beberapa waktu, mereka kembali ke Mekah, lalu berhijrah lagi ke Madinah bersama kaum Muslimin lainnya. Di sanalah kehidupan mereka berlanjutan dalam suasana persaudaraan dan keimanan yang semakin kuat. Namun kebahagiaan itu kembali diuji. Abdullah meninggal dunia pada usia yang sangat muda, sekitar enam tahun. Pemergian anak tercinta menjadi duka mendalam bagi Sayidatina Ruqayyah dan Sayidina Uthman, tetapi keduanya menerima takdir itu dengan kesabaran dan keteguhan iman. #Menjelang Perang Badar, Sayidatina Ruqayyah jatuh sakit. Rasulullah saw memerintahkan Sayidina Uthman untuk tidak ikut berangkat ke medan perang dan tetap tinggal di Madinah untuk merawat isterinya. Sayidina Uthman patuh, setia mendampingi Ruqayyah di saat-saat terakhir hidupnya. #Pada bulan Ramadhan tahun 2H, bertepatan dengan berlangsungnya Perang Badar, Sayidatina Ruqayyah wafat. Kesedihan menyelimuti hati Sayidina Uthman, begitu juga Rasulullah saw yang kehilangan salah seorang puteri tercintanya. #Sayidatina Ruqayyah meninggal dunia ketika berusia 22 tahun dan disemadikan di tanah perkuburan Baqi', Madinah al-Munawwarah. #Dalam sejarah Islam, Sayidatina Ruqayyah dikenang sebagai sosok wanita yang setia, sabar dan taat beribadah. Perjalanan hidupnya bersama Sayidina Uthman menjadi teladan tentang keteguhan iman, kesabaran dalam cubaan, dan pengorbanan demi kebenaran. ♡Contohilah keteguhan iman dan kehebatan kesabaran puteri Nabi saw. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiiin♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
425
8
*BANTUAN MANGSA KEBAKARAN RUMAH ATAS AIR, NUMBAK, KOTA KINABALU, SABAH* Klik dan sumbang: https://toyyibpay.com/BantuanKebakaranRumahAtasAir *DANA DIPERLUKAN: RM30,000* 🕐KEJADIAN: 30 OGOS 2026 | 1.40 PAGI 📍LOKASI: KG LOK BUTA • KG LOK PORING • KG SABANG LAMA 💔KEMUSNAHAN: 200 BUAH RUMAH MUSNAH 🕊️MANGSA: 3 ORANG DISAHKAN MENINGGAL DUNIA Bayangkan… Dalam sekelip mata, rumah yang menjadi tempat berteduh bertahun-tahun hangus dijilat api. Harta benda musnah. Pakaian tiada. Tempat tidur hilang. Dapur yang menjadi tempat menyediakan rezeki keluarga turut menjadi abu. Dan yang paling menyayat hati… ada nyawa yang tidak sempat diselamatkan. Hari ini mereka bukan sekadar kehilangan sebuah rumah. Mereka kehilangan tempat untuk pulang. Ketika kita masih mempunyai bumbung untuk berteduh, makanan untuk dimakan dan tempat tidur untuk berehat, ada saudara kita di Numbak yang sedang menanggung peritnya kehilangan. 🤲 Jangan biarkan mereka menghadapi musibah ini sendirian. Mungkin sumbangan kita tidak mampu mengembalikan rumah mereka seperti sediakala. Tetapi RM10, RM20, RM50 atau RM100 daripada kita mungkin menjadi sebab sebuah keluarga mampu makan, mendapatkan keperluan asas dan meneruskan kehidupan selepas tragedi ini. Jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Jangan tunggu banyak untuk membantu. Bantulah sekadar yang kita mampu. Kerana kadang-kadang, sedekah kecil daripada kita adalah pertolongan besar buat mereka yang sedang kehilangan segalanya. *❤️ AYUH KITA BERSAMA-SAMA RINGANKAN BEBAN MANGSA KEBAKARAN NUMBAK.* 🤲 Semoga setiap ringgit yang kita hulurkan menjadi pahala yang terus mengalir dan menjadi saksi bahawa kita pernah membantu saudara kita ketika mereka berada dalam kesusahan. Aamiiin *SEDEKAH ANDA, HARAPAN BUAT MEREKA. 🤲❤️* *Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:* https://toyyibpay.com/BantuanKebakaranRumahAtasAir *Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor *Maybank_5629_9101_9074 *Cimb_8604_7707_81 *Remark: BANTUAN KEBAKARAN RUMAH ATAS AIR *SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:* 📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/BantuanKebakaranRumahAtasAir 📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BantuanKebakaranRumahAtasAir 📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BantuanKebakaranRumahAtasAir 📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BantuanKebakaranRumahAtasAir *ANDA HULUR, KAMI SALUR*
450
9
No text...
337
10
☆Tadabbur Kalamullah 21 Rabiulawal 1448H☆ وَقَرۡنَ فِی بُیُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِیَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ وَأَقِمۡنَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتِینَ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِعۡنَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۤۚ إِنَّمَا یُرِیدُ ٱللَّهُ لِیُذۡهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَیۡتِ وَیُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِیرࣰا "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)" [Surah al-Aḥzāb 33] #Terdapat beberapa pendapat ulamak dalam menentukan siapakah Ahlul Bait Nabi saw. Sebahagian ulamak mengatakan Ahlul Bait ialah Isteri-isteri Nabi saw, anak-anak baginda, Bani Hashim, Bani Abdul Mutallib dan Maula-Maula mereka. Sebahagian para ulamak yang lain pula tidak memasukkan isteri Nabi dalam Ahlul Bait. Manakala sebahagian yang lain pula mengatakan Ahlul Bait Nabi ialah kaum Quraisy. Terdapat juga di kalangan para ulamak yang mengatakan Ahlul Bait Nabi ialah orang-orang yang bertaqwa di kalangan umat baginda. Sebahagian yang lain lagi mengatakan mereka ialah kesemua umat Nabi saw. #Berdasarkan pendapat yang lebih kuat (القول الراجح) di sisi sebahagian ulamak, isteri-isteri Nabi saw termasuk di dalam Ahlul Bait baginda. Ini kerana Allah swt menyuruh isteri-isteri Nabi saw memakai hijab, berdiam di rumah dan melaksanakan perintah yang lain sebagaimana ayat diatas. #Adapun Bani Abdul Muttalib, terdapat riwayat daripada Imam Ahmad yang menunjukkan mereka itu termasuk Ahlul Bait Nabi saw. Ini juga merupakan pendapat al-Imam as-Syafie rahimahullah. #Berdasarkan pendapat yang dinilai lebih kuat oleh sebahagian ulamak, Bani Abdul Muttalib juga termasuk di dalam Ahlul Bait Nabi saw. Dalilnya adalah riwayat daripada Sayidina Jubair bin Mut'im r.a: "Aku dan Uthman bin Affan pergi berjumpa Rasulullah saw lalu kami bertanya: "Wahai Rasulullah, anda telah memberi kepada Bani Abdul Muttalib dan anda meninggalkan kami, sedangkan kami dan mereka dengan anda dalam satu kedudukan". Maka sabda Nabi saw: "Adapun Bani Abdul Muttalib dan Bani Hashim sesuatu yang sama" (HR al-Bukhari dan an-Nasaie) #Termasuk juga di dalam Ahlul Bait itu Bani Hashim bin Abdul Manaf. Mereka ialah keluarga 'Ali, keluarga 'Abbas, keluarga Ja'far, keluarga 'Uqail dan keluarga al-Harith bin Abdul Muttalib. #Terdapat riwayat daripada Imam Ahmad bahawasanya ditanya kepada Sayidina Zaid bin Arqam r.a siapakah keluarga Nabi wahai Zaid? Apakah bukan isteri-isteri baginda itu daripada keluarga baginda?" Jawab Sayidina Zaid: "Sesungguhnya isteri-isteri baginda sememangnya dari keluarga baginda, akan tetapi Ahlul Bait baginda adalah sesiapa yang diharamkan sedekah selepas (kewafatan) Baginda". Ditanya kepadanya lagi: "Siapakah mereka itu?" Jawab Zaid: "Mereka ialah keluarga 'Ali, keluarga 'Uqail, keluarga Ja'far dan keluarga 'Abbas." Ditanya kepadanya: "Apakah semua mereka diharamkan daripada sedekah?" Jawab Zaid: "Ya" (HR Ahmad) #Adapun Maula-Maula mereka terdapat riwayat daripada Mihran Maula Nabi saw katanya, sabda rasulullah saw: "Sesungguhnya kami keluarga Muhammad tidak dihalalkan kepada kami sedekah dan Maula bagi sesuatu kaum itu termasuk daripada mereka" (HR Ahmad) #Maka keluarga Nabi saw ialah:  1. Isteri-isteri baginda 2. Zuriat-zuriat baginda 3. Bani Hashim 4. Bani Abdul Muttalib 5. Maula-Maula mereka ♡Semoga Allah memuliakan mereka dan kita semua dunia akhirat. Aamiin♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
449
11
☆Tadabbur Kalamullah 20 Rabiulawal 1448H☆ وَأَنكِحُوا۟ ٱلۡأَیَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِینَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَاۤىِٕكُمۡۚ إِن یَكُونُوا۟ فُقَرَاۤءَ یُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمࣱ "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui" [Surah an-Nūr 32] #Ketika menafsirkan ayat ini al-Imam Ibn Kathir berkata: Dan firman Allah swt: "Jika mereka miskin, Allah akan cukupkan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (pemberiannNya) lagi Maha Mengetahui" Ali bin Abi Talhah berkata: daripada Sayidina Ibn ‘Abbas: "Allah menggalakkan berkahwin dan Dia mengarahkannya kepada yang merdeka mahupun yang hamba. Dan Dia juga berjanji kepada mereka semua dengan kekayaan dengan firmannya: "Jika mereka miskin Allah akan cukupkan mereka dengan kurniaanNya". Ibn Abi Hatim berkata: Menceritakan kepada kami Mahmud bin Khalid al-Azraq, menceritakan kepada kami ‘Umar bin ‘Abdul Wahid, daripada Sa'ied iaitulah Ibn ‘Abd al-‘Aziz katanya: Telah sampai kepadaku bahawa Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a berkata:"Taatilah Allah dalam apa yang diperintahkanNya kepada kamu semua dalam urusan perkahwinan. Dia akan kurniakan kepada kamu semua apa-apa yang dijanjikanNya dari kekayaan. Dia berfirman: "Jika mereka miskin Allah akan cukupkan mereka dengan kurniaanNya". #Daripada Sayidina Ibn Mas’ud yang berkata: الْتَمِسُوا الْغِنَى فِي النِّكَاحِ "Carilah kekayaan pada perkahwinan". Allah swt berfirman: "Jika mereka miskin Allah akan cukupkan mereka dengan kurniaanNya". #Ayat ini mengajar kita supaya jangan biarkan wanita dan lelaki hidup bersendirian lama-lama. Kalau ada anak dara yang sudah cukup umur, carikan lelaki yang sesuai untuk mereka. Dan kalau ada anak teruna, suruh mereka berkahwinlah dengan segera. Kalau sudah janda atau duda, usahakan supaya mereka juga berpasangan kembali. #Tetapi ini bukanlah paksaan. Tentulah kita tidak boleh hendak memaksa sesiapa berkahwin tanpa keinginan mereka. Cuma kita boleh galakkan sahaja, dan mudahkan perkahwinan itu. Kita hanya boleh menasihati dan berikan hujah-hujah kenapa perkahwinan itu penting. Ia dapat menjaga mata, menjaga hati dan menjaga kemaluan kita dari melakukan perkara terlarang. #Maka Allah ‎swt beritahu, jangan risau tentang perkahwinan. Mereka mungkin hidup susah apabila bersendirian tetapi Allah ‎swt berjanji dalam ayat ini yang apabila mereka berkahwin, Allah akan cukupkan untuk mereka daripada segi keperluan mereka. Asalkan kahwin sahaja dahulu. #Ayat ini juga sebagai nasihat kepada para wali dan wanita janganlah risau kalau yang datang meminang itu bukan orang kaya. Janganlah bimbang kerana semua rezeki datangnya dari Allah ‎swt. Kalau lelaki itu orang yang susah hidupnya, Allah ‎swt akan bantu dengan memberikan rezeki yang mencukupi bagi mereka. Kalau mereka nampak orang yang baik dan soleh, maka jalankan sahaja pernikahan itu. #Sayidina Ibn Abbas r.a berkata: "Kalau hendak menjadi kaya, maka berkahwinlah". ♡Yakinlah akan kurniakan Allah swt bahawa pemberianNya amatlah luas untuk diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Berkahwinlah, nescaya akan dimurahkan rezeki!!♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
458
12
☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiulawal 1448H☆ وَكُلࣰّا نَّقُصُّ عَلَیۡكَ مِنۡ أَنۢبَاۤءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَۚ وَجَاۤءَكَ فِی هَـٰذِهِ ٱلۡحَقُّ وَمَوۡعِظَةࣱ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِینَ "Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman" [Surah Hūd 120] #Ayat ini menjelaskan bahawa kisah-kisah para rasul terdahulu diceritakan di dalam al-Quran untuk meneguhkan dan menetapkan hati Nabi Muhammad saw serta orang yang beriman dalam menghadapi cabaran dakwah. #Ini menunjukkan bahawa kisah-kisah dan cerita-cerita orang dahulu menjadi nasihat dan peringatan yang berguna buat orang-orang yang beriman agar mengambil iktibar daripada sejarah umat terdahulu serta meneguhkan jiwa. #Imam Ibnu Khalikan dalam mukaddimah kitabnya Wafayatul A’yan yakni kitab tentang biografi para ulamak yang mulia berkata: "Aku ceritakan kisah sekelompok orang-orang mulia yang telah aku saksikan dan aku nukil khabar daripada mereka, atau mereka yang sezaman denganku tetapi aku belum pernah bertemu dengan mereka, adalah agar orang yang datang setelahku dapat mengetahui keadaan mereka" (Mukaddimah Wafayahl al-A’yan) #Sesungguhnya membaca biografi ulamak adalah pengubat jiwa. Padanya terdapat kesembuhan bagi mereka yang kehausan akan suri tauladan dan padanya terdapat cahaya sebagai petunjuk jalan kebaikan. Tak lupa, mengetahui kehidupan para ulama berfungsi sebagai cermin yang akan memperlihatkan kelemahan diri yang nantinya sebagai bahan perbaikan. #Sayidina Umar bin al-Khattab r.a berkata: "Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang orang-orang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan padanya terdapat kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa" (‘Ainul Adab wa As-Siyasah). #Imam al-Baihaqi, Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menulis secara khusus tentang biografi Imam asy-Syafi’e. Sedangkan Imam Ibnul Jauzi menulis manaqib Imam Ahmad. *Manaqib ialah kisah riwayat hidup, biografi, atau catatan mengenai budi pekerti yang baik, akhlak mulia, serta amal soleh seseorang ulamak atau wali. #Ada pula sebahagian ahli ilmu yang menempuh cara lain yakni mereka menulis biografi ulamak berdasarkan thabaqat (tingkatan) ulamak dari segi masa hidup, daerah, ilmu atau mazhabnya yang sama. #Ada juga penulisan berdasarkan disiplin ilmu tertentu seperti Thabaqat al-Mufassirin, yang mana ad-Dawudi dan as-Suyuti telah menulisnya. #Thabaqah para hafiz hadis, terdapat kitab Tazkirah al-Huffaz karangan az-Zahabi. Az-Zahabi juga ada menulis thabaqah para qari (ahli al-Quran) yakni Ma’rifah al-Qurra’al-Kibar. #Sedangkan thabaqah ahli nahu, padanya terdapat karangan as-Suyuti berjudul Bughyah al-Wu’ah. Ada pula yang menulis secara khusus para ulamak di daerah atau tempat tertentu, seperti Tarikh Baghdad karangan Khatib al-Baghdadi. Tarikh Dimasyqi oleh Ibnu Asakir. Akhbar Ashfahan karangan Abu Nu’aim. Bughyah at-Thalab fi Tarikh Halab oleh Ibnul ‘Adim dan Tarikh Irbil oleh Ibnul Mustaufi". Dan masih banyak lainnya. #Ali bin Abdur Rahman bin Huzail berkata: "Ketahuilah, bahawa membaca kisah-kisah dan sejarah-sejarah tentang orang yang memiliki keutamaan akan memberikan kesenangan dalam jiwa seseorang. Kisah-kisah tersebut akan melegakan hati serta mengisi kehampaan. Membentuk watak yang penuh semangat dilandasi kebaikan, serta menghilangkan rasa malas" (Lihat: 'Ainul Adab wa As-Siyasah). #Oleh kerana itu wahai saudaraku, cubalah engkau membaca kisah-kisah para ulama', nescaya engkau akan mendapatkan penyejuk jiwa. Maka cubalah, nescaya engkau akan mendapatkan bukti ucapan saya". ♡Jom hayati kisah para Nabi dan RasulNya, kisah Tabien, kisah ulamak dan kisah orang yang baik-baik, moga di sepanjang kehidupan kita sentiasa beroleh keberkatan dariNya. Aamiiin♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
538
13
☆Tadabbur Kalamullah 18 Rabiulawal 1448H☆ إِذَا جَاۤءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ * وَرَأَیۡتَ ٱلنَّاسَ یَدۡخُلُونَ فِی دِینِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجࣰا "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai" [Surah an-Naṣr 1-2] #Peristiwa bersejarah pembukaan kota Mekah pada Ramadhan 8H yang dikenali sebagai Ummul Qura dianggap sebagai ibu kemerdekaan yang dilakukan oleh Rasulullah dengan toleransi yang amat tinggi, yang patut ditulis dengan tinta emas kerana mengembalikan hak insani dan karamah basyariyyah (kemuliaan manusia). #Syeikh Sofiyyurahman al-Mubarakfuri menyebut peristiwa tersebut dalam kitabnya seperti berikut: Setelah kota Mekah dibuka dan Rasulullah bersama umat Islam memasukinya, Baginda lalu menuju ke Masjidil Haram. Di sana Baginda kemudian bertawaf mengelilingi Kaabah. Baginda menjatuhkan berhala-berhala menggunakan busur panah sambil berkata: جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا "Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap" [Surah al-Haj 81] Pada masa yang sama berhala-berhala pun jatuh dan tumbang, hancur berkecai. Selepas menyempurnakan bilangan tawaf, Baginda lalu masuk ke dalam Kaabah. Baginda mendapati di dalamnya gambar-gambar serta ukiran kayu seekor burung merpati, lalu Baginda memecahkannya. Manakala gambar-gambar di dalam Kaabah diperintah supaya dipadamkan. Selepas itu Baginda Rasulullah menutup pintu Kaabah dalam keadaan Baginda masih di dalam Kaabah bersama Sayidina Usamah bin Zaid dan Sayidina Bilal bin Rabah. Di situ Baginda berdiri dengan membelakang pintu Kaabah dan bersembahyang. Setelah itu, Baginda berjalan-jalan di dalamnya, bertakbir di setiap penjurunya dan menyebut kalimah Tauhid. Kemudian barulah Baginda membuka pintu Kaabah. Pada masa itu, kaum Quraisy sedang memenuhi ruang masjid secara bersaf sambil menunggu apa yang hendak dilakukan oleh Rasulullah ke atas mereka. Rasulullah memegang pintu Kaabah, manakala khalayak Quraisy menunggu di bawah. Baginda lalu bersabda: لَا إِلَه إِلَّا اللَّه وَحْده لَا شَرِيك لَهُ صَدَقَ وَعْده وَنَصَرَ عَبْده وَهَزَمَ الْأَحْزَاب وَحْده "Tiada Tuhan melainkan Allah. Tiada sekutu bagiNya, benar janjiNya, membantu hambaNya, mengalahkan golongan Ahzab sendiriNya" "Ingatlah setiap warisan lama, setiap warisan Jahiliah sama ada harta benda atau darah kesemuanya sekarang berada di bawah kakiku ini, kecuali kuasa untuk mengurus Kaabah dan memberi minum kepada orang ramai yang berhaji. Fahamilah, membunuh itu adalah salah sama sekali, sama ada dengan pembunuhan yang disengajakan, dengan menggunakan senjata ataupun kayu pemukul. Jika hal ini berlaku, maka hukuman berat akan dikenakan, iaitu seratus unta, yang mana 40 daripadanya adalah anak yang masih dalam kandungannya. Wahai orang-orang Quraisy! sesungguhnya Allah telah pun melenyapkan dari kamu kesombongan jahiliah, sikap bermegahan dengan baka keturunan. Semua manusia sebenarnya adalah berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Kemudian Baginda membaca Surah al-Hujurat ayat 13. Kemudian sambung Baginda dengan sabdanya: "Wahai orang-orang Quraisy! Apakah yang kamu fikirkan akan kulakukan terhadap kamu semua?". Jawab mereka: "Tentulah baik, kerana engkau seorang saudara yang mulia dan anak kepada saudara yang mulia" Jawab Nabi saw: "Sesungguhnya aku berkata kepada kamu sepertimana Yusuf telah berkata kepada saudara-saudaranya:" Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu" Ayuh beredarlah. Kamu semua bebas" (Lihat: Sirah Ibn Hisyam dan al-Rahiq al-Makhtum) ♡SALAM KEMERDEKAAN KE 69. Moga bumi Malaysia sentiasa dirahmati Allah dan bercahaya dengan cahaya Islam. Demi Islam!!♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
553
14
☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiulawal 1448H☆ وَٱلۡوَ ٰ⁠لِدَ ٰ⁠تُ یُرۡضِعۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ حَوۡلَیۡنِ كَامِلَیۡنِۖ "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu..." [Surah al-Baqarah 233] #Dalam ayat ini Allah swt menyebut tentang tempoh penyusuan. Ibu yang menyusukan bayi dianjurkan menyusukan anak mereka selama dua tahun penuh bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. #Ibn Ishaq menyebut bahawa Halimah as-Sa'diyah menceritakan pengalamannya semasa menyusukan Rasulullah saw, katanya setelah beliau menyusukan Rasulullah saw: "Kami terus mendapat tambahan dan keberkatan daripada Allah sehinggalah usia Rasulullah saw berlalu dua tahun dan berhenti menyusu. Rasulullah saw membesar dengan cepat, tidak seperti kanak- kanak lain. Tidak sampai dua tahun, Rasulullah saw telah menjadi seorang kanak-kanak yang berhenti menyusu. Setelah itu, kami pun membawanya kepada ibunya sedangkan kami sangat ingin agar Rasulullah saw terus menetap bersama-sama kami disebabkan kami melihat sendiri keberkatannya. Lalu kami sampaikan hasrat kami kepada ibunya. Aku berkata, "Tinggalkanlah anak ini dengan saya sehingga dia besar, kerana saya bimbang nanti dia ditimpa wabak penyakit di Makkah. Kami terus memujuk ibunya sehingga akhir beliau bersetuju untuk mengembalikan anak itu kepada kami. (Lihat: al-Sirah al- Nabawiyyah oleh Ibn Hisham) #Nabi Muhammad saw tinggal di perkampungan Bani Sa'ad, Taif selama lima tahun. Dalam tempoh itu, tubuh Baginda sihat dan membesar dengan baik. (Lihat: Fiqh al-Sirah oleh al-Ghazali) #Sewaktu Baginda Nabi saw berada dalam jagaan ibu susuannya, Baginda juga mengalami peristiwa ajaib iaitu dada baginda dibelah oleh malaikat Jibril Alaihissalam sehingga menimbulkan ketakutan kepada keluarga Halimah sehingga menyebabkan mereka menghantar Nabi semula kepada bondanya di Mekah. #Sayidina Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah saw telah didatangi oleh malaikat Jibril ketika baginda saw sedang bermain-main bersama budak-budak kecil yang lain. Maka, Jibril telah mengambil baginda saw lalu merebahkan baginda saw. Kemudian, Jibril telah membelah dada baginda saw dengan mengeluarkan segumpal darah daripada jantung hati baginda saw sambil berkata: "Ini adalah bahagian syaitan yang terdapat di dalam dirimu". Kemudian Jibril menyucikannya di dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada emas dengan menggunakan air zamzam. Setelah itu, Jibril menjahitnya kembali dan mengembalikan baginda saw di tempat permainannya tadi. Budak-budak kecil yang bermain bersama baginda saw tadi pergi mengadu kepada ibunya dengan mengatakan bahawa: "Muhammad telah dibunuh". Orang ramai menyambut baginda saw yang dalam keadaan pucat kerana baginda masih di dalam ketakutan. Anas berkata: "Aku telah melihat kesan jahitan tersebut di dada baginda saw" (HR Muslim) ♡Nabi Muhammad saw mempunyai dua ibu susuan utama iaitu Thuwaibah Al-Aslamiyyah dan Halimah As-Sa'diyah yang sangat dihormati dan dikenang jasa mereka oleh baginda sepanjang hayat. Contohilah baginda saw dalam memuliakan orang yang berjasa pada Baginda saw♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
550
15
☆Tadabbur Kalamullah 16 Rabiulawal 1448H☆ مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٖ مِّن رِّجَالِكُمۡ وَلَٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّـۧنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٗا "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi" [Surah al-Ahzab 40] #Nabi Muhammad saw adalah merupakan Rasul dan Nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah swt kepada umat manusia. #Ayat diatas menunjukkan bahawa tidak ada nabi lagi sesudahnya. Sekiranya tidak ada lagi nabi selepasnya, maka tidak adanya rasul selepasnya adalah lebih-lebih lagi kerana maqam al-Risalah adalah lebih khusus berbanding maqam al-Nubuwwah. Hal ini kerana setiap rasul itu merupakan nabi, sedangkan nabi belum tentu lagi adalah rasul. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir). #Bilamana Allah menyebut ‘خَاتَمَ النَّبِيِّينَ’, jelas menunjukkan tiada lagi nabi selepas Rasulullah saw, kerana ia adalah khatam. #Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:  أَنَا خَاتَمُ النَّبَيِّينَ، لَا نَبِيَّ بَعْدِي "Aku adalah penutup segala Nabi-nabi. Tidak ada Nabi lagi selepasku" (HR at-Tabarani) #Dikatakan bahawa Nabi Isa Alaihissalam adalah nabi terakhir sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw. Dengan sebab itu antara  tugas  diutuskan Nabi Isa adalah menyampaikan berita gembira akan kedatangan Rasul selepasnya iaitu Nabi Muhammad saw. Firman Allah swt: وَإِذۡ قَالَ عِیسَى ٱبۡنُ مَرۡیَمَ یَـٰبَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ إِنِّی رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَیۡكُم مُّصَدِّقࣰا لِّمَا بَیۡنَ یَدَیَّ مِنَ ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَمُبَشِّرَۢا بِرَسُولࣲ یَأۡتِی مِنۢ بَعۡدِی ٱسۡمُهُۥۤ أَحۡمَدُۖ فَلَمَّا جَاۤءَهُم بِٱلۡبَیِّنَـٰتِ قَالُوا۟ هَـٰذَا سِحۡرࣱ مُّبِینࣱ "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!" [Surah aṣ-Ṣaff 6] #Tempoh ketiadaan nabi setelah Nabi Isa diangkat oleh Allah swt ke langit sehingga diutuskan Nabi Muhammad saw adalah selama 600 tahun sebagaimana sabda Rasulullah saw: فَتْرَةٌ بَيْنَ عِيسَى، وَمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِمَا وَسَلَّمَ، سِتُّ مِائَةِ سَنَة "Jarak fatrah (ketiadaan Nabi) antara (Nabi) Isa dan (Nabi) Muhammad saw adalah 600 tahun" (HR al-Bukhari) #Zaman Fatrah ( فترة ) iaitu suatu tempoh masa di antara kewafatan seorang Nabi dengan saat kemunculan Nabi yang baru. Mereka hidup di suatu zaman yang tiada di sana perutusan mana-mana Rasul. #Golongan ini walaupun melakukan penyembahan berhala, akan tetap terselamat daripada seksaan neraka menurut jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan firman Allah swt: وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً .... "....Dan tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan buat mereka seorang Rasul yang menyampaikan seruan Islam" [Surah al Isra' 15] ♡Allah swt mengutus para Nabi dan Rasul adalah untuk menyampaikan hidayah dan risalah kepada umat manusia. Oleh itu, manfaatkanlah segala risalah yang dibawa untuk beroleh hidayah dan petunjukNya agar kita dikurniakan kebahagiaan dan kejayaan didunia dan di akhirat kelak♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
609
16
☆Tadabbur Kalamullah 15 Rabiulawal 1448H☆ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ "Nabi Muhammad saw ialah Rasul Allah" [Surah al-Fath 29] #Nabi Muhammad saw ialah nabi dan rasul terakhir dalam agama Islam yang diutus oleh Allah swt untuk membimbing seluruh umat manusia kepada kebenaran. #Sesungguhnya Allah swt telah menyebutkan di dalam al-Quran dua nama daripada nama-nama Nabi saw iaitu Ahmad dan Muhammad. #Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan seolah-olah ia merupakan isyarat bahawa kedua-dua nama ini adalah yang paling masyhur antara nama-namanya yang lain dan nama Muhammad adalah yang paling masyhur antara kedua-dua nama ini (Lihat: Fath al-Bari) #Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan daripada al-Qadi ‘Iyadh bahawa: Rasulullah saw adalah Ahmad (manusia paling terpuji) sebelum menjadi Muhammad (yang dipuji)… kerana penamaannya sebagai Ahmad terdapat di dalam kitab-kitab terdahulu (kitab samawi yang lain). Manakala penamaannya sebagai Muhammad terdapat di dalam al-Quran. Dan perkara itu kerana Nabi saw telah memuji Tuhannya sebelum manusia memuji dirinya. Begitu juga di akhirat kelak, Baginda saw (terlebih dahulu) akan memuji Tuhannya, maka Allah swt akan memberi syafaat kepadanya. Oleh itu, manusia memujinya" (Lihat: Fath al-Bari) #Imam al-Suyuti juga telah memetik kata-kata al-Qadi ‘Iyadh bahawa kedua nama ini iaitu Muhammad dan Ahmad termasuk salah satu tanda kebesaran Allah swt dan keistimewaan bagi baginda. Allah swt telah menjaga kedua nama tersebut daripada digunakan oleh seorang pun sebelum zamannya (kelahiran baginda). Sebelum baginda lahir, tidak ada seorang pun bangsa Arab mahupun bangsa lain yang menggunakan nama tersebut melainkan setelah tersebar khabar berita bahawa nabi yang akan diutuskan ini namanya Muhammad. Oleh itu, sebahagian kecil bangsa Arab telah menamakan anak-anak mereka dengan nama tersebut dengan harapan merekalah orang yang dimaksudkan. Dan Allah swt Maha Mengetahui kepada siapa yang akan diberikan risalahNya. (Lihat: al-Nahjah al-Sawiyyah fi al-Asma’ al-Nabawiyyah) #Imam Ibn ‘Asakir telah menyebutkan di dalam kitabnya daripada riwayat Ibn ‘Abbas r.a bahawa: "Apabila Nabi saw dilahirkan, Abdul Muttalib telah melakukan akikah ke atas baginda dengan menyembelih kibasy dan menamakannya Muhammad. Ditanyakan kepadanya: Wahai Abu al-Harith apakah yang menyebabkan engkau memberinya nama Muhammad dan bukan dengan nama nenek moyangnya?. Jawabnya: "Aku ingin agar Allah memujinya di langit dan juga manusia memujinya di bumi" (Lihat: Tarikh Dimashq) #Dalam Sahih al-Bukhari, Kitab Manaqib al-Ansar, Bab Pengutusan Nabi saw disebut: مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّه بْنِ عَبْدِ المُطَّلِبِ بْنِ هَاشِمِ بْنِ عَبْدِ مَنَافِ بْنِ قُصَيِّ بْنِ كِلاَبِ بْنِ مُرَّةَ بْنِ كَعبِ بْنِ لؤَيِّ بْنِ غالِبِ بْنِ فِهْرِ بْنِ مَالِكِ بْنِ النَّضْرِ بْنِ كِنَانَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ بْنِ مُدْرِكَةَ بْنِ إِلْيَاسَ بْنِ مُضَرَ بْنِ نِزَارِ بْنِ مَعَدِّ بْنِ عَدْنَانَ (Nabi Muhammad saw bernama): Muhammad Bin Abdullah bin ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim bin ‘Abdu Manaf bin Qusai Bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib Bin Fihr bin Malik bin Al-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah Bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan. (Lihat: Sahih al-Bukhari) ♡Dengan mengenali Nabi saw, ia akan menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap Baginda saw, kerana "tak kenal maka tak cinta". Moga Nabi saw juga mengenali kita dan memberi syafaatnya kepada kita di Mahsyar kelak. Aamiiin♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
574
17
*SEKAMPIT BERAS UNTUK ASNAF DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN* Klik dan Sumbang: https://toyyibpay.com/SEKAMPIT-BERAS-UNTUK-ASNAF DANA DIPERLUKAN: RM10,000 Ada insan yang setiap hari memikirkan: “Esok masih ada makanan untuk anak-anak aku?” Ada ibu yang terpaksa menahan sebak apabila melihat beras di dapur semakin berkurang. Ada ayah yang diam seribu bahasa kerana tidak mampu memenuhi keperluan keluarganya. Mereka mungkin tidak meminta, mungkin malu untuk mengadu… tetapi mereka juga ingin makan dan hidup seperti kita. Hari ini, kita mungkin pulang ke rumah dengan dapur yang penuh. Tetapi di luar sana, ada keluarga yang hanya mampu berharap kepada sedikit bantuan daripada kita. Sekampit beras mungkin kecil nilainya di mata kita, tetapi besar maknanya bagi sebuah keluarga yang sedang kelaparan. Dengan hanya satu sumbangan, kita mungkin menjadi sebab sebuah keluarga dapat memasak nasi untuk anak-anaknya. Dengan sedikit yang kita hulurkan, mungkin ada seorang ibu yang tidak lagi tidur dalam keadaan menangis memikirkan makanan untuk esok. Jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Jangan tunggu banyak untuk memberi. RM10, RM20, RM50, RM100 — setiap ringgit yang disumbangkan insya-Allah akan menjadi sebahagian daripada usaha menyediakan keperluan asas buat golongan asnaf dan mereka yang memerlukan. 🌾 AYUH KITA ISIKAN DAPUR MEREKA DENGAN REZEKI. 🤲 JADILAH SEBAB SEBUAH KELUARGA MAMPU MENJAMU NASI HARI INI. Kerana kita tidak tahu… mungkin beras yang kita hulurkan hari ini, menjadi saksi kebaikan kita di hadapan Allah pada hari yang tiada lagi wang dan harta berguna. Sumbanglah sekampit. Bantulah sekadar mampu. Jangan biarkan mereka berjuang sendirian. Daripada Sayidina Aisyah r.ha, bahawa Rasulullah saw bersabda: اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ “Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma” (HR Ahmad) .................. *Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:* https://toyyibpay.com/SEKAMPIT-BERAS-UNTUK-ASNAF *Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor *Maybank_5629_9101_9074 *Cimb_8604_7707_81 *Remark: SEKAMPIT BERAS UNTUK ASNAF *SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:* 📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/SekampitBerasUntukAsnaf 📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SekampitBerasUntukAsnaf 📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SekampitBerasUntukAsnaf 📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SekampitBerasUntukAsnaf *ANDA HULUR, KAMI SALUR*
639
18
+1
No text...
595
19
☆Tadabbur Kalamullah 14 Rabiulawal 1448H☆ فَأَمَّا ٱلۡیَتِیمَ فَلَا تَقۡهَرۡ "Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya" [Surah aḍ-Ḍuḥā 9] #Allah swt memerintahkan kita semua agar tidak berlaku sewenang-wenang, kasar, atau menindas anak yatim. Perkataan 'la taqhar' bermaksud jangan menzalimi, memaksa, atau merendahkan anak yatim kerana kelemahan diri mereka. #Ketahuilah bahawa Nabi Muhammad saw merupakan anak yatim. Baginda telah kehilangan ayahnya, Abdullah semasa usianya baru dua bulan di dalam kandungan. Ada juga pendapat mengatakan ayahnya meninggal dunia semasa baginda baru dua bulan selepas dilahirkan. Manakala ibunya, Aminah pula meninggal dunia semasa usia baginda enam tahun. #Selepas ibunya meninggal dunia, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib sehinggalah datuknya meninggal dunia ketika baginda berusia lapan tahun. Kemudian, baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib. #Terdapat beberapa pandangan ulamak tentang hikmah baginda dilahirkan dalam keadaan yatim, antaranya ialah: 1. Syeikh Abdul Hamid Kiysk berkata: "Supaya Nabi saw sentiasa menyebut Tuhannya" 2. Supaya Allah swt secara langsung mentarbiah dan mendidik Rasulullah tanpa campur tangan manusia. Sabda Rasulullah saw: "Aku dididik oleh Tuhanku, yang mendidikku dengan sempurna." 3. Supaya Rasulullah saw hanya bertawakkal dan bergantung kepada Tuhannya. 4. Syeikh al-Buti berkata: "Berlaku keyatiman bukan secara kebetulan, tetapi mengikut takdir Ilahi dan hikmahnya" 5. Antaranya ialah menjauhkan tangan-tangan yang cuba memanjainya, menjauhkan wang, harta kekayaan yang cuba dimewahkan kehidupannya. 6. Dr. Aidh al-Qarni berkata: "Rasulullah saw dilahirkan dalam keadaan yatim untuk menjadi teladan dan contoh bagi anak-anak yatim lain sehingga mereka yakin bahawa keadaan yatim bukanlah 'aib, cacat dan bukan juga kemurkaan dari Allah swt" (Lihat: Makrifah Rasulullah saw) ♡Jom muliakan, hormati anak yatim, memelihara serta memberi bantuan kepada mereka kerana Allah swt memerintahkan kita supaya tidak menindas, tidak menghina dan tidak mencela anak yatim. Nabi saw sangat menyayangi anak yatim. Jom contohi sunnah Baginda saw♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
639
20
☆Tadabbur Kalamullah 13 Rabiulawal 1448H☆ وَمَا تِلۡكَ بِیَمِینِكَ یَـٰمُوسَىٰ * قَالَ هِیَ عَصَایَ أَتَوَكَّؤُا۟ عَلَیۡهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِی وَلِیَ فِیهَا مَـَٔارِبُ أُخۡرَىٰ "Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?". Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu" [Surah Ṭā-Hā 17-18] #Ayat ini menjelaskan tentang Nabi Musa pernah menggembalakan kambing di Madyan sebagai sebahagian daripada mahar (mas kahwin) pernikahannya dan juga sebagai latihan kepemimpinan daripada Allah swt. #Nabi Muhammad saw menjelaskan bahawa hampir semua para nabi pernah menjadi gembala kambing. Sabda Nabi saw: "Tidaklah seorang nabi pun melainkan dia pernah menggembala kambing". Para sahabat bertanya: "Engkau juga wahai Rasulullah?" كُنتُ أَرْعَاهَا عَلَى قَرَارِيْطَ لِأَهْلِ مَكَّةَ Baginda menjawab: "Ya, aku juga pernah menggembala kambing untuk penduduk Makkah dengan upah beberapa Qirath (dinar)" (HR al-Bukhari) #Ini bermaksud majoriti, bahkan hampir semua nabi, melalui fasa menjadi gembala kambing. #Rasulullah saw juga pernah menggembala kambing bersama saudara susuannya di perkampungan Bani Sa'ad di mana berlakunya peristiwa dua malaikat yang datang membelah dada Baginda. #Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Abdillah r.huma, katanya: "Pada suatu ketika, kami bersama Nabi saw di tempat bernama Marr Zahran, kami memetik buah yang matang dari pohon bernama al-Araak. Lalu Nabi saw berkata: "Pilihlah yang berwarna hitam: Kami pun bertanya. "Wahai Rasulullah, seolah-olah Baginda pernah menggembala kambing?" Baginda menjawab: "Ya, tidak ada seorang Nabi kecuali telah menjadi penggembala kambing, atau hampir itulah maksudnya. (Lihat: Sahih Muslim) #Diriwayatkan juga bahawa sejak usia kanak-kanak lagi, Nabi saw mengembala kambing milik Ibn Abu Mu'ith dengan upah segenggam kurma. Semua nabi yang diutuskan oleh Allah swt memang pernah mengembala kambing. #Sebahagian ulamak berkata: Terdapat beberapa keutamaan di sebalik pekerjaan mengembala kambing, antaranya ialah: Mengembala kambing dapat menjadikan jiwa seseorang itu menjadi lembut, tabah dan rendah hati. Oleh itu, lazimnya, orang yang pernah bekerja sebagai pengembala kambing, pasti memiliki sifat rendah diri. #Kedegilan mengatur kambing dapat dijadikan sebagai medan latihan yang nantinya dapat memimpin dan mentadbir kehidupan umat manusia dengan baik. Oleh kerananya, Rasulullah saw berjaya menjadi pemimpin umat manusia dengan berjaya. #Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: "Hikmah di sebalik pengembalaan kambing sebelum masa kenabian tiba adalah terbiasa mengatur kambing, yang nanti dengan sendirinya akan terbiasa menangani permasalahan umat manusia." (Lihat: Fath al-Bari) ♡Mengembala kambing merupakan antara sebaik-baik pekerjaan. Dan hampir semua Nabi adalah pengembala kambing. Rasulullah saw adalah pengembala kambing dan utusan Allah yang agung♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
646