☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiulawal 1448H☆
وَكُلࣰّا نَّقُصُّ عَلَیۡكَ مِنۡ أَنۢبَاۤءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَۚ وَجَاۤءَكَ فِی هَـٰذِهِ ٱلۡحَقُّ وَمَوۡعِظَةࣱ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِینَ
"Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman" [Surah Hūd 120]
#Ayat ini menjelaskan bahawa kisah-kisah para rasul terdahulu diceritakan di dalam al-Quran untuk meneguhkan dan menetapkan hati Nabi Muhammad saw serta orang yang beriman dalam menghadapi cabaran dakwah.
#Ini menunjukkan bahawa kisah-kisah dan cerita-cerita orang dahulu menjadi nasihat dan peringatan yang berguna buat orang-orang yang beriman agar mengambil iktibar daripada sejarah umat terdahulu serta meneguhkan jiwa.
#Imam Ibnu Khalikan dalam mukaddimah kitabnya Wafayatul A’yan yakni kitab tentang biografi para ulamak yang mulia berkata:
"Aku ceritakan kisah sekelompok orang-orang mulia yang telah aku saksikan dan aku nukil khabar daripada mereka, atau mereka yang sezaman denganku tetapi aku belum pernah bertemu dengan mereka, adalah agar orang yang datang setelahku dapat mengetahui keadaan mereka"
(Mukaddimah Wafayahl al-A’yan)
#Sesungguhnya membaca biografi ulamak adalah pengubat jiwa. Padanya terdapat kesembuhan bagi mereka yang kehausan akan suri tauladan dan padanya terdapat cahaya sebagai petunjuk jalan kebaikan. Tak lupa, mengetahui kehidupan para ulama berfungsi sebagai cermin yang akan memperlihatkan kelemahan diri yang nantinya sebagai bahan perbaikan.
#Sayidina Umar bin al-Khattab r.a berkata: "Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang orang-orang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan padanya terdapat kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa"
(‘Ainul Adab wa As-Siyasah).
#Imam al-Baihaqi, Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menulis secara khusus tentang biografi Imam asy-Syafi’e. Sedangkan Imam Ibnul Jauzi menulis manaqib Imam Ahmad.
*Manaqib ialah kisah riwayat hidup, biografi, atau catatan mengenai budi pekerti yang baik, akhlak mulia, serta amal soleh seseorang ulamak atau wali.
#Ada pula sebahagian ahli ilmu yang menempuh cara lain yakni mereka menulis biografi ulamak berdasarkan thabaqat (tingkatan) ulamak dari segi masa hidup, daerah, ilmu atau mazhabnya yang sama.
#Ada juga penulisan berdasarkan disiplin ilmu tertentu seperti Thabaqat al-Mufassirin, yang mana ad-Dawudi dan as-Suyuti telah menulisnya.
#Thabaqah para hafiz hadis, terdapat kitab Tazkirah al-Huffaz karangan az-Zahabi. Az-Zahabi juga ada menulis thabaqah para qari (ahli al-Quran) yakni Ma’rifah al-Qurra’al-Kibar.
#Sedangkan thabaqah ahli nahu, padanya terdapat karangan as-Suyuti berjudul Bughyah al-Wu’ah. Ada pula yang menulis secara khusus para ulamak di daerah atau tempat tertentu, seperti Tarikh Baghdad karangan Khatib al-Baghdadi. Tarikh Dimasyqi oleh Ibnu Asakir. Akhbar Ashfahan karangan Abu Nu’aim. Bughyah at-Thalab fi Tarikh Halab oleh Ibnul ‘Adim dan Tarikh Irbil oleh Ibnul Mustaufi". Dan masih banyak lainnya.
#Ali bin Abdur Rahman bin Huzail berkata: "Ketahuilah, bahawa membaca kisah-kisah dan sejarah-sejarah tentang orang yang memiliki keutamaan akan memberikan kesenangan dalam jiwa seseorang. Kisah-kisah tersebut akan melegakan hati serta mengisi kehampaan. Membentuk watak yang penuh semangat dilandasi kebaikan, serta menghilangkan rasa malas"
(Lihat: 'Ainul Adab wa As-Siyasah).
#Oleh kerana itu wahai saudaraku, cubalah engkau membaca kisah-kisah para ulama', nescaya engkau akan mendapatkan penyejuk jiwa. Maka cubalah, nescaya engkau akan mendapatkan bukti ucapan saya".
♡Jom hayati kisah para Nabi dan RasulNya, kisah Tabien, kisah ulamak dan kisah orang yang baik-baik, moga di sepanjang kehidupan kita sentiasa beroleh keberkatan dariNya. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah