Tadabbur Kalamullah
📈 تحلیل کانال تلگرام Tadabbur Kalamullah
کانال Tadabbur Kalamullah (@tadabburkalamullah) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 11 617 مشترک است و جایگاه 7 718 را در دسته دین و مذهبی و رتبه 3 136 را در منطقه ماليزيا دارد.
📊 شاخصهای مخاطب و پویایی
از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 11 617 مشترک جذب کرده است.
بر اساس آخرین دادهها در تاریخ 05 سپتامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -64 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر 3 بوده و همچنان دسترسی گستردهای حفظ شده است.
- وضعیت تأیید: تأیید نشده
- نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 5.26% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.39% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب میکند.
- دسترسی پستها: هر پست به طور میانگین 611 بازدید دریافت میکند. در اولین روز معمولاً 278 بازدید جمعآوری میشود.
- واکنشها و تعامل: مخاطبان بهطور فعال حمایت میکنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.
📝 توضیح و سیاست محتوایی
نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاههای شخصی توصیف میکند:
“Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim”
به لطف بهروزرسانیهای پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 06 سپتامبر, 2026)، کانال همواره بهروز و دارای دسترسی بالاست. تحلیلها نشان میدهد مخاطبان بهطور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته دین و مذهبی تبدیل کردهاند.
در حال بارگیری داده...
| تاریخ | رشد مشترکین | اشارات | کانالها | |
| 06 سپتامبر | 0 | |||
| 05 سپتامبر | +3 | |||
| 04 سپتامبر | +2 | |||
| 03 سپتامبر | 0 | |||
| 02 سپتامبر | 0 | |||
| 01 سپتامبر | 0 |
| 2 | ☆Tadabbur Kalamullah 22 Rabiulawal 1448H☆
لَقَدۡ كَانَ فِی قَصَصِهِمۡ عِبۡرَةࣱ لِّأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِۗ
"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran..." [Surah Yūsuf 111]
#Salah seorang anak perempuan Nabi saw bernama Sayidatina Ruqayyah r.ha. Beliau adalah puteri kedua Rasulullah saw yang lahir dari rahim Sayidatina Khadijah binti Khuwailid r.ha. Ia membesar di masa Jahiliyyah, jauh sebelum cahaya Islam menerangi Jazirah Arab. Sejak kecil, Sayidatina Ruqayyah dikenal seorang yang lemah lembut, sopan dan penuh ketenangan, sifat yang kelak semakin memancar dalam perjalanan hidupnya.
#Ketika menginjak usia dewasa, beliau dikahwinkan dengan sepupu Rasulullah saw, iaitu Utbah bin Abu Lahab. Namun, pernikahan itu tidak berlangsung lama. Saat Rasulullah saw diangkat menjadi utusan Allah dan Abu Lahab menunjukkan permusuhan yang terang-terangan terhadap baginda, turunlah Surah Al-Lahab yang mengecam sikap dan perbuatan jahat Abu Lahab serta isterinya.
#Kemurkaan Abu Lahab pun semakin memuncak. Dalam amarahnya, ia memerintahkan puteranya, Utbah, untuk menceraikan Sayidatina Ruqayyah. Perintah itu pun dilaksanakan dan Ruqayyah kembali ke rumah ayahnya dengan hati yang terluka, namun tetap dalam keteguhan dan kesabaran.
#Tidak lama kemudian, Allah swt menggantikan kesedihan itu dengan kebahagiaan yang lebih besar. Sayidatina Ruqayyah dinikahkan dengan Sayidina Uthman bin ‘Affan, salah seorang sahabat Nabi yang dikenali kerana kekayaan, kelembutan, dan ketaqwaannya. Dari pernikahan inilah Sayidatina Ruqayyah menemukan ketenangan dan kebersamaan yang penuh cinta.
#Ketika tekanan dan penganiayaan kaum Quraisy terhadap kaum Muslimin semakin keras, Sayidatina Ruqayyah dan Sayidina Uthman termasuk di antara mereka yang berhijrah ke Habsyah (Ethiopia). Hijrah itu bukan sekadar perpindahan tempat, melainkan pengorbanan besar demi mempertahankan iman. Di negeri asing tersebut, mereka dikaruniakan seorang putera yang diberi nama Abdullah.
#Setelah beberapa waktu, mereka kembali ke Mekah, lalu berhijrah lagi ke Madinah bersama kaum Muslimin lainnya. Di sanalah kehidupan mereka berlanjutan dalam suasana persaudaraan dan keimanan yang semakin kuat. Namun kebahagiaan itu kembali diuji. Abdullah meninggal dunia pada usia yang sangat muda, sekitar enam tahun. Pemergian anak tercinta menjadi duka mendalam bagi Sayidatina Ruqayyah dan Sayidina Uthman, tetapi keduanya menerima takdir itu dengan kesabaran dan keteguhan iman.
#Menjelang Perang Badar, Sayidatina Ruqayyah jatuh sakit. Rasulullah saw memerintahkan Sayidina Uthman untuk tidak ikut berangkat ke medan perang dan tetap tinggal di Madinah untuk merawat isterinya. Sayidina Uthman patuh, setia mendampingi Ruqayyah di saat-saat terakhir hidupnya.
#Pada bulan Ramadhan tahun 2H, bertepatan dengan berlangsungnya Perang Badar, Sayidatina Ruqayyah wafat. Kesedihan menyelimuti hati Sayidina Uthman, begitu juga Rasulullah saw yang kehilangan salah seorang puteri tercintanya.
#Sayidatina Ruqayyah meninggal dunia ketika berusia 22 tahun dan disemadikan di tanah perkuburan Baqi', Madinah al-Munawwarah.
#Dalam sejarah Islam, Sayidatina Ruqayyah dikenang sebagai sosok wanita yang setia, sabar dan taat beribadah. Perjalanan hidupnya bersama Sayidina Uthman menjadi teladan tentang keteguhan iman, kesabaran dalam cubaan, dan pengorbanan demi kebenaran.
♡Contohilah keteguhan iman dan kehebatan kesabaran puteri Nabi saw. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 327 |
| 3 | *BANTUAN MANGSA KEBAKARAN RUMAH ATAS AIR, NUMBAK, KOTA KINABALU, SABAH*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BantuanKebakaranRumahAtasAir
*DANA DIPERLUKAN: RM30,000*
🕐KEJADIAN: 30 OGOS 2026 | 1.40 PAGI
📍LOKASI: KG LOK BUTA • KG LOK PORING • KG SABANG LAMA
💔KEMUSNAHAN: 200 BUAH RUMAH MUSNAH
🕊️MANGSA: 3 ORANG DISAHKAN MENINGGAL DUNIA
Bayangkan…
Dalam sekelip mata, rumah yang menjadi tempat berteduh bertahun-tahun hangus dijilat api.
Harta benda musnah. Pakaian tiada. Tempat tidur hilang. Dapur yang menjadi tempat menyediakan rezeki keluarga turut menjadi abu.
Dan yang paling menyayat hati… ada nyawa yang tidak sempat diselamatkan.
Hari ini mereka bukan sekadar kehilangan sebuah rumah. Mereka kehilangan tempat untuk pulang.
Ketika kita masih mempunyai bumbung untuk berteduh, makanan untuk dimakan dan tempat tidur untuk berehat, ada saudara kita di Numbak yang sedang menanggung peritnya kehilangan.
🤲 Jangan biarkan mereka menghadapi musibah ini sendirian.
Mungkin sumbangan kita tidak mampu mengembalikan rumah mereka seperti sediakala. Tetapi RM10, RM20, RM50 atau RM100 daripada kita mungkin menjadi sebab sebuah keluarga mampu makan, mendapatkan keperluan asas dan meneruskan kehidupan selepas tragedi ini.
Jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Jangan tunggu banyak untuk membantu. Bantulah sekadar yang kita mampu. Kerana kadang-kadang, sedekah kecil daripada kita adalah pertolongan besar buat mereka yang sedang kehilangan segalanya.
*❤️ AYUH KITA BERSAMA-SAMA RINGANKAN BEBAN MANGSA KEBAKARAN NUMBAK.*
🤲 Semoga setiap ringgit yang kita hulurkan menjadi pahala yang terus mengalir dan menjadi saksi bahawa kita pernah membantu saudara kita ketika mereka berada dalam kesusahan. Aamiiin
*SEDEKAH ANDA, HARAPAN BUAT MEREKA. 🤲❤️*
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*
https://toyyibpay.com/BantuanKebakaranRumahAtasAir
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: BANTUAN KEBAKARAN RUMAH ATAS AIR
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/BantuanKebakaranRumahAtasAir
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BantuanKebakaranRumahAtasAir
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BantuanKebakaranRumahAtasAir
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BantuanKebakaranRumahAtasAir
*ANDA HULUR, KAMI SALUR* | 390 |
| 4 | بدون متن... | 299 |
| 5 | ☆Tadabbur Kalamullah 21 Rabiulawal 1448H☆
وَقَرۡنَ فِی بُیُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِیَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ وَأَقِمۡنَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتِینَ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِعۡنَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۤۚ إِنَّمَا یُرِیدُ ٱللَّهُ لِیُذۡهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَیۡتِ وَیُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِیرࣰا
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)" [Surah al-Aḥzāb 33]
#Terdapat beberapa pendapat ulamak dalam menentukan siapakah Ahlul Bait Nabi saw. Sebahagian ulamak mengatakan Ahlul Bait ialah Isteri-isteri Nabi saw, anak-anak baginda, Bani Hashim, Bani Abdul Mutallib dan Maula-Maula mereka. Sebahagian para ulamak yang lain pula tidak memasukkan isteri Nabi dalam Ahlul Bait.
Manakala sebahagian yang lain pula mengatakan Ahlul Bait Nabi ialah kaum Quraisy. Terdapat juga di kalangan para ulamak yang mengatakan Ahlul Bait Nabi ialah orang-orang yang bertaqwa di kalangan umat baginda. Sebahagian yang lain lagi mengatakan mereka ialah kesemua umat Nabi saw.
#Berdasarkan pendapat yang lebih kuat (القول الراجح) di sisi sebahagian ulamak, isteri-isteri Nabi saw termasuk di dalam Ahlul Bait baginda. Ini kerana Allah swt menyuruh isteri-isteri Nabi saw memakai hijab, berdiam di rumah dan melaksanakan perintah yang lain sebagaimana ayat diatas.
#Adapun Bani Abdul Muttalib, terdapat riwayat daripada Imam Ahmad yang menunjukkan mereka itu termasuk Ahlul Bait Nabi saw. Ini juga merupakan pendapat al-Imam as-Syafie rahimahullah.
#Berdasarkan pendapat yang dinilai lebih kuat oleh sebahagian ulamak, Bani Abdul Muttalib juga termasuk di dalam Ahlul Bait Nabi saw. Dalilnya adalah riwayat daripada Sayidina Jubair bin Mut'im r.a:
"Aku dan Uthman bin Affan pergi berjumpa Rasulullah saw lalu kami bertanya: "Wahai Rasulullah, anda telah memberi kepada Bani Abdul Muttalib dan anda meninggalkan kami, sedangkan kami dan mereka dengan anda dalam satu kedudukan". Maka sabda Nabi saw: "Adapun Bani Abdul Muttalib dan Bani Hashim sesuatu yang sama" (HR al-Bukhari dan an-Nasaie)
#Termasuk juga di dalam Ahlul Bait itu Bani Hashim bin Abdul Manaf. Mereka ialah keluarga 'Ali, keluarga 'Abbas, keluarga Ja'far, keluarga 'Uqail dan keluarga al-Harith bin Abdul Muttalib.
#Terdapat riwayat daripada Imam Ahmad bahawasanya ditanya kepada Sayidina Zaid bin Arqam r.a siapakah keluarga Nabi wahai Zaid? Apakah bukan isteri-isteri baginda itu daripada keluarga baginda?" Jawab Sayidina Zaid:
"Sesungguhnya isteri-isteri baginda sememangnya dari keluarga baginda, akan tetapi Ahlul Bait baginda adalah sesiapa yang diharamkan sedekah selepas (kewafatan) Baginda". Ditanya kepadanya lagi: "Siapakah mereka itu?" Jawab Zaid: "Mereka ialah keluarga 'Ali, keluarga 'Uqail, keluarga Ja'far dan keluarga 'Abbas." Ditanya kepadanya: "Apakah semua mereka diharamkan daripada sedekah?" Jawab Zaid: "Ya" (HR Ahmad)
#Adapun Maula-Maula mereka terdapat riwayat daripada Mihran Maula Nabi saw katanya, sabda rasulullah saw: "Sesungguhnya kami keluarga Muhammad tidak dihalalkan kepada kami sedekah dan Maula bagi sesuatu kaum itu termasuk daripada mereka" (HR Ahmad)
#Maka keluarga Nabi saw ialah:
1. Isteri-isteri baginda
2. Zuriat-zuriat baginda
3. Bani Hashim
4. Bani Abdul Muttalib
5. Maula-Maula mereka
♡Semoga Allah memuliakan mereka dan kita semua dunia akhirat. Aamiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 354 |
| 6 | ☆Tadabbur Kalamullah 20 Rabiulawal 1448H☆
وَأَنكِحُوا۟ ٱلۡأَیَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِینَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَاۤىِٕكُمۡۚ إِن یَكُونُوا۟ فُقَرَاۤءَ یُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَ ٰسِعٌ عَلِیمࣱ
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui" [Surah an-Nūr 32]
#Ketika menafsirkan ayat ini al-Imam Ibn Kathir berkata:
Dan firman Allah swt: "Jika mereka miskin, Allah akan cukupkan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (pemberiannNya) lagi Maha Mengetahui"
Ali bin Abi Talhah berkata: daripada Sayidina Ibn ‘Abbas: "Allah menggalakkan berkahwin dan Dia mengarahkannya kepada yang merdeka mahupun yang hamba. Dan Dia juga berjanji kepada mereka semua dengan kekayaan dengan firmannya: "Jika mereka miskin Allah akan cukupkan mereka dengan kurniaanNya".
Ibn Abi Hatim berkata: Menceritakan kepada kami Mahmud bin Khalid al-Azraq, menceritakan kepada kami ‘Umar bin ‘Abdul Wahid, daripada Sa'ied iaitulah Ibn ‘Abd al-‘Aziz katanya: Telah sampai kepadaku bahawa Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a berkata:"Taatilah Allah dalam apa yang diperintahkanNya kepada kamu semua dalam urusan perkahwinan. Dia akan kurniakan kepada kamu semua apa-apa yang dijanjikanNya dari kekayaan. Dia berfirman: "Jika mereka miskin Allah akan cukupkan mereka dengan kurniaanNya".
#Daripada Sayidina Ibn Mas’ud yang berkata:
الْتَمِسُوا الْغِنَى فِي النِّكَاحِ
"Carilah kekayaan pada perkahwinan". Allah swt berfirman: "Jika mereka miskin Allah akan cukupkan mereka dengan kurniaanNya".
#Ayat ini mengajar kita supaya jangan biarkan wanita dan lelaki hidup bersendirian lama-lama. Kalau ada anak dara yang sudah cukup umur, carikan lelaki yang sesuai untuk mereka. Dan kalau ada anak teruna, suruh mereka berkahwinlah dengan segera. Kalau sudah janda atau duda, usahakan supaya mereka juga berpasangan kembali.
#Tetapi ini bukanlah paksaan. Tentulah kita tidak boleh hendak memaksa sesiapa berkahwin tanpa keinginan mereka. Cuma kita boleh galakkan sahaja, dan mudahkan perkahwinan itu. Kita hanya boleh menasihati dan berikan hujah-hujah kenapa perkahwinan itu penting. Ia dapat menjaga mata, menjaga hati dan menjaga kemaluan kita dari melakukan perkara terlarang.
#Maka Allah swt beritahu, jangan risau tentang perkahwinan. Mereka mungkin hidup susah apabila bersendirian tetapi Allah swt berjanji dalam ayat ini yang apabila mereka berkahwin, Allah akan cukupkan untuk mereka daripada segi keperluan mereka. Asalkan kahwin sahaja dahulu.
#Ayat ini juga sebagai nasihat kepada para wali dan wanita janganlah risau kalau yang datang meminang itu bukan orang kaya. Janganlah bimbang kerana semua rezeki datangnya dari Allah swt. Kalau lelaki itu orang yang susah hidupnya, Allah swt akan bantu dengan memberikan rezeki yang mencukupi bagi mereka. Kalau mereka nampak orang yang baik dan soleh, maka jalankan sahaja pernikahan itu.
#Sayidina Ibn Abbas r.a berkata: "Kalau hendak menjadi kaya, maka berkahwinlah".
♡Yakinlah akan kurniakan Allah swt bahawa pemberianNya amatlah luas untuk diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Berkahwinlah, nescaya akan dimurahkan rezeki!!♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 403 |
| 7 | ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiulawal 1448H☆
وَكُلࣰّا نَّقُصُّ عَلَیۡكَ مِنۡ أَنۢبَاۤءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَۚ وَجَاۤءَكَ فِی هَـٰذِهِ ٱلۡحَقُّ وَمَوۡعِظَةࣱ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِینَ
"Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman" [Surah Hūd 120]
#Ayat ini menjelaskan bahawa kisah-kisah para rasul terdahulu diceritakan di dalam al-Quran untuk meneguhkan dan menetapkan hati Nabi Muhammad saw serta orang yang beriman dalam menghadapi cabaran dakwah.
#Ini menunjukkan bahawa kisah-kisah dan cerita-cerita orang dahulu menjadi nasihat dan peringatan yang berguna buat orang-orang yang beriman agar mengambil iktibar daripada sejarah umat terdahulu serta meneguhkan jiwa.
#Imam Ibnu Khalikan dalam mukaddimah kitabnya Wafayatul A’yan yakni kitab tentang biografi para ulamak yang mulia berkata:
"Aku ceritakan kisah sekelompok orang-orang mulia yang telah aku saksikan dan aku nukil khabar daripada mereka, atau mereka yang sezaman denganku tetapi aku belum pernah bertemu dengan mereka, adalah agar orang yang datang setelahku dapat mengetahui keadaan mereka" (Mukaddimah Wafayahl al-A’yan)
#Sesungguhnya membaca biografi ulamak adalah pengubat jiwa. Padanya terdapat kesembuhan bagi mereka yang kehausan akan suri tauladan dan padanya terdapat cahaya sebagai petunjuk jalan kebaikan. Tak lupa, mengetahui kehidupan para ulama berfungsi sebagai cermin yang akan memperlihatkan kelemahan diri yang nantinya sebagai bahan perbaikan.
#Sayidina Umar bin al-Khattab r.a berkata: "Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang orang-orang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan padanya terdapat kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa" (‘Ainul Adab wa As-Siyasah).
#Imam al-Baihaqi, Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menulis secara khusus tentang biografi Imam asy-Syafi’e. Sedangkan Imam Ibnul Jauzi menulis manaqib Imam Ahmad.
*Manaqib ialah kisah riwayat hidup, biografi, atau catatan mengenai budi pekerti yang baik, akhlak mulia, serta amal soleh seseorang ulamak atau wali.
#Ada pula sebahagian ahli ilmu yang menempuh cara lain yakni mereka menulis biografi ulamak berdasarkan thabaqat (tingkatan) ulamak dari segi masa hidup, daerah, ilmu atau mazhabnya yang sama.
#Ada juga penulisan berdasarkan disiplin ilmu tertentu seperti Thabaqat al-Mufassirin, yang mana ad-Dawudi dan as-Suyuti telah menulisnya.
#Thabaqah para hafiz hadis, terdapat kitab Tazkirah al-Huffaz karangan az-Zahabi. Az-Zahabi juga ada menulis thabaqah para qari (ahli al-Quran) yakni Ma’rifah al-Qurra’al-Kibar.
#Sedangkan thabaqah ahli nahu, padanya terdapat karangan as-Suyuti berjudul Bughyah al-Wu’ah. Ada pula yang menulis secara khusus para ulamak di daerah atau tempat tertentu, seperti Tarikh Baghdad karangan Khatib al-Baghdadi. Tarikh Dimasyqi oleh Ibnu Asakir. Akhbar Ashfahan karangan Abu Nu’aim. Bughyah at-Thalab fi Tarikh Halab oleh Ibnul ‘Adim dan Tarikh Irbil oleh Ibnul Mustaufi". Dan masih banyak lainnya.
#Ali bin Abdur Rahman bin Huzail berkata: "Ketahuilah, bahawa membaca kisah-kisah dan sejarah-sejarah tentang orang yang memiliki keutamaan akan memberikan kesenangan dalam jiwa seseorang. Kisah-kisah tersebut akan melegakan hati serta mengisi kehampaan. Membentuk watak yang penuh semangat dilandasi kebaikan, serta menghilangkan rasa malas" (Lihat: 'Ainul Adab wa As-Siyasah).
#Oleh kerana itu wahai saudaraku, cubalah engkau membaca kisah-kisah para ulama', nescaya engkau akan mendapatkan penyejuk jiwa. Maka cubalah, nescaya engkau akan mendapatkan bukti ucapan saya".
♡Jom hayati kisah para Nabi dan RasulNya, kisah Tabien, kisah ulamak dan kisah orang yang baik-baik, moga di sepanjang kehidupan kita sentiasa beroleh keberkatan dariNya. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 446 |
| 8 | ☆Tadabbur Kalamullah 18 Rabiulawal 1448H☆
إِذَا جَاۤءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ * وَرَأَیۡتَ ٱلنَّاسَ یَدۡخُلُونَ فِی دِینِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجࣰا
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai" [Surah an-Naṣr 1-2]
#Peristiwa bersejarah pembukaan kota Mekah pada Ramadhan 8H yang dikenali sebagai Ummul Qura dianggap sebagai ibu kemerdekaan yang dilakukan oleh Rasulullah dengan toleransi yang amat tinggi, yang patut ditulis dengan tinta emas kerana mengembalikan hak insani dan karamah basyariyyah (kemuliaan manusia).
#Syeikh Sofiyyurahman al-Mubarakfuri menyebut peristiwa tersebut dalam kitabnya seperti berikut:
Setelah kota Mekah dibuka dan Rasulullah bersama umat Islam memasukinya, Baginda lalu menuju ke Masjidil Haram. Di sana Baginda kemudian bertawaf mengelilingi Kaabah. Baginda menjatuhkan berhala-berhala menggunakan busur panah sambil berkata:
جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
"Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap" [Surah al-Haj 81]
Pada masa yang sama berhala-berhala pun jatuh dan tumbang, hancur berkecai. Selepas menyempurnakan bilangan tawaf, Baginda lalu masuk ke dalam Kaabah. Baginda mendapati di dalamnya gambar-gambar serta ukiran kayu seekor burung merpati, lalu Baginda memecahkannya. Manakala gambar-gambar di dalam Kaabah diperintah supaya dipadamkan.
Selepas itu Baginda Rasulullah menutup pintu Kaabah dalam keadaan Baginda masih di dalam Kaabah bersama Sayidina Usamah bin Zaid dan Sayidina Bilal bin Rabah. Di situ Baginda berdiri dengan membelakang pintu Kaabah dan bersembahyang. Setelah itu, Baginda berjalan-jalan di dalamnya, bertakbir di setiap penjurunya dan menyebut kalimah Tauhid.
Kemudian barulah Baginda membuka pintu Kaabah. Pada masa itu, kaum Quraisy sedang memenuhi ruang masjid secara bersaf sambil menunggu apa yang hendak dilakukan oleh Rasulullah ke atas mereka. Rasulullah memegang pintu Kaabah, manakala khalayak Quraisy menunggu di bawah. Baginda lalu bersabda:
لَا إِلَه إِلَّا اللَّه وَحْده لَا شَرِيك لَهُ صَدَقَ وَعْده وَنَصَرَ عَبْده وَهَزَمَ الْأَحْزَاب وَحْده
"Tiada Tuhan melainkan Allah. Tiada sekutu bagiNya, benar janjiNya, membantu hambaNya, mengalahkan golongan Ahzab sendiriNya"
"Ingatlah setiap warisan lama, setiap warisan Jahiliah sama ada harta benda atau darah kesemuanya sekarang berada di bawah kakiku ini, kecuali kuasa untuk mengurus Kaabah dan memberi minum kepada orang ramai yang berhaji. Fahamilah, membunuh itu adalah salah sama sekali, sama ada dengan pembunuhan yang disengajakan, dengan menggunakan senjata ataupun kayu pemukul. Jika hal ini berlaku, maka hukuman berat akan dikenakan, iaitu seratus unta, yang mana 40 daripadanya adalah anak yang masih dalam kandungannya.
Wahai orang-orang Quraisy! sesungguhnya Allah telah pun melenyapkan dari kamu kesombongan jahiliah, sikap bermegahan dengan baka keturunan. Semua manusia sebenarnya adalah berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Kemudian Baginda membaca Surah al-Hujurat ayat 13.
Kemudian sambung Baginda dengan sabdanya: "Wahai orang-orang Quraisy! Apakah yang kamu fikirkan akan kulakukan terhadap kamu semua?". Jawab mereka: "Tentulah baik, kerana engkau seorang saudara yang mulia dan anak kepada saudara yang mulia"
Jawab Nabi saw: "Sesungguhnya aku berkata kepada kamu sepertimana Yusuf telah berkata kepada saudara-saudaranya:" Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu"
Ayuh beredarlah. Kamu semua bebas" (Lihat: Sirah Ibn Hisyam dan al-Rahiq al-Makhtum)
♡SALAM KEMERDEKAAN KE 69. Moga bumi Malaysia sentiasa dirahmati Allah dan bercahaya dengan cahaya Islam. Demi Islam!!♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 503 |
| 9 | ☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiulawal 1448H☆
وَٱلۡوَ ٰلِدَ ٰتُ یُرۡضِعۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ حَوۡلَیۡنِ كَامِلَیۡنِۖ
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu..." [Surah al-Baqarah 233]
#Dalam ayat ini Allah swt menyebut tentang tempoh penyusuan. Ibu yang menyusukan bayi dianjurkan menyusukan anak mereka selama dua tahun penuh bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
#Ibn Ishaq menyebut bahawa Halimah as-Sa'diyah menceritakan pengalamannya semasa menyusukan Rasulullah saw, katanya setelah beliau menyusukan Rasulullah saw: "Kami terus mendapat tambahan dan keberkatan daripada Allah sehinggalah usia Rasulullah saw berlalu dua tahun dan berhenti menyusu. Rasulullah saw membesar dengan cepat, tidak seperti kanak- kanak lain. Tidak sampai dua tahun, Rasulullah saw telah menjadi seorang kanak-kanak yang berhenti menyusu. Setelah itu, kami pun membawanya kepada ibunya sedangkan kami sangat ingin agar Rasulullah saw terus menetap bersama-sama kami disebabkan kami melihat sendiri keberkatannya. Lalu kami sampaikan hasrat kami kepada ibunya. Aku berkata, "Tinggalkanlah anak ini dengan saya sehingga dia besar, kerana saya bimbang nanti dia ditimpa wabak penyakit di Makkah. Kami terus memujuk ibunya sehingga akhir beliau bersetuju untuk mengembalikan anak itu kepada kami. (Lihat: al-Sirah al- Nabawiyyah oleh Ibn Hisham)
#Nabi Muhammad saw tinggal di perkampungan Bani Sa'ad, Taif selama lima tahun. Dalam tempoh itu, tubuh Baginda sihat dan membesar dengan baik. (Lihat: Fiqh al-Sirah oleh al-Ghazali)
#Sewaktu Baginda Nabi saw berada dalam jagaan ibu susuannya, Baginda juga mengalami peristiwa ajaib iaitu dada baginda dibelah oleh malaikat Jibril Alaihissalam sehingga menimbulkan ketakutan kepada keluarga Halimah sehingga menyebabkan mereka menghantar Nabi semula kepada bondanya di Mekah.
#Sayidina Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah saw telah didatangi oleh malaikat Jibril ketika baginda saw sedang bermain-main bersama budak-budak kecil yang lain. Maka, Jibril telah mengambil baginda saw lalu merebahkan baginda saw. Kemudian, Jibril telah membelah dada baginda saw dengan mengeluarkan segumpal darah daripada jantung hati baginda saw sambil berkata: "Ini adalah bahagian syaitan yang terdapat di dalam dirimu". Kemudian Jibril menyucikannya di dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada emas dengan menggunakan air zamzam. Setelah itu, Jibril menjahitnya kembali dan mengembalikan baginda saw di tempat permainannya tadi. Budak-budak kecil yang bermain bersama baginda saw tadi pergi mengadu kepada ibunya dengan mengatakan bahawa: "Muhammad telah dibunuh". Orang ramai menyambut baginda saw yang dalam keadaan pucat kerana baginda masih di dalam ketakutan. Anas berkata: "Aku telah melihat kesan jahitan tersebut di dada baginda saw" (HR Muslim)
♡Nabi Muhammad saw mempunyai dua ibu susuan utama iaitu Thuwaibah Al-Aslamiyyah dan Halimah As-Sa'diyah yang sangat dihormati dan dikenang jasa mereka oleh baginda sepanjang hayat. Contohilah baginda saw dalam memuliakan orang yang berjasa pada Baginda saw♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 526 |
| 10 | ☆Tadabbur Kalamullah 16 Rabiulawal 1448H☆
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٖ مِّن رِّجَالِكُمۡ وَلَٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّـۧنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٗا
"Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi" [Surah al-Ahzab 40]
#Nabi Muhammad saw adalah merupakan Rasul dan Nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah swt kepada umat manusia.
#Ayat diatas menunjukkan bahawa tidak ada nabi lagi sesudahnya. Sekiranya tidak ada lagi nabi selepasnya, maka tidak adanya rasul selepasnya adalah lebih-lebih lagi kerana maqam al-Risalah adalah lebih khusus berbanding maqam al-Nubuwwah. Hal ini kerana setiap rasul itu merupakan nabi, sedangkan nabi belum tentu lagi adalah rasul. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir).
#Bilamana Allah menyebut ‘خَاتَمَ النَّبِيِّينَ’, jelas menunjukkan tiada lagi nabi selepas Rasulullah saw, kerana ia adalah khatam.
#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
أَنَا خَاتَمُ النَّبَيِّينَ، لَا نَبِيَّ بَعْدِي
"Aku adalah penutup segala Nabi-nabi. Tidak ada Nabi lagi selepasku" (HR at-Tabarani)
#Dikatakan bahawa Nabi Isa Alaihissalam adalah nabi terakhir sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw. Dengan sebab itu antara tugas diutuskan Nabi Isa adalah menyampaikan berita gembira akan kedatangan Rasul selepasnya iaitu Nabi Muhammad saw. Firman Allah swt:
وَإِذۡ قَالَ عِیسَى ٱبۡنُ مَرۡیَمَ یَـٰبَنِیۤ إِسۡرَ ٰۤءِیلَ إِنِّی رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَیۡكُم مُّصَدِّقࣰا لِّمَا بَیۡنَ یَدَیَّ مِنَ ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَمُبَشِّرَۢا بِرَسُولࣲ یَأۡتِی مِنۢ بَعۡدِی ٱسۡمُهُۥۤ أَحۡمَدُۖ فَلَمَّا جَاۤءَهُم بِٱلۡبَیِّنَـٰتِ قَالُوا۟ هَـٰذَا سِحۡرࣱ مُّبِینࣱ
"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!" [Surah aṣ-Ṣaff 6]
#Tempoh ketiadaan nabi setelah Nabi Isa diangkat oleh Allah swt ke langit sehingga diutuskan Nabi Muhammad saw adalah selama 600 tahun sebagaimana sabda Rasulullah saw:
فَتْرَةٌ بَيْنَ عِيسَى، وَمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِمَا وَسَلَّمَ، سِتُّ مِائَةِ سَنَة
"Jarak fatrah (ketiadaan Nabi) antara (Nabi) Isa dan (Nabi) Muhammad saw adalah 600 tahun" (HR al-Bukhari)
#Zaman Fatrah ( فترة ) iaitu suatu tempoh masa di antara kewafatan seorang Nabi dengan saat kemunculan Nabi yang baru. Mereka hidup di suatu zaman yang tiada di sana perutusan mana-mana Rasul.
#Golongan ini walaupun melakukan penyembahan berhala, akan tetap terselamat daripada seksaan neraka menurut jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan firman Allah swt:
وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً ....
"....Dan tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan buat mereka seorang Rasul yang menyampaikan seruan Islam" [Surah al Isra' 15]
♡Allah swt mengutus para Nabi dan Rasul adalah untuk menyampaikan hidayah dan risalah kepada umat manusia. Oleh itu, manfaatkanlah segala risalah yang dibawa untuk beroleh hidayah dan petunjukNya agar kita dikurniakan kebahagiaan dan kejayaan didunia dan di akhirat kelak♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 513 |
| 11 | ☆Tadabbur Kalamullah 15 Rabiulawal 1448H☆
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ
"Nabi Muhammad saw ialah Rasul Allah" [Surah al-Fath 29]
#Nabi Muhammad saw ialah nabi dan rasul terakhir dalam agama Islam yang diutus oleh Allah swt untuk membimbing seluruh umat manusia kepada kebenaran.
#Sesungguhnya Allah swt telah menyebutkan di dalam al-Quran dua nama daripada nama-nama Nabi saw iaitu Ahmad dan Muhammad.
#Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan seolah-olah ia merupakan isyarat bahawa kedua-dua nama ini adalah yang paling masyhur antara nama-namanya yang lain dan nama Muhammad adalah yang paling masyhur antara kedua-dua nama ini (Lihat: Fath al-Bari)
#Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan daripada al-Qadi ‘Iyadh bahawa: Rasulullah saw adalah Ahmad (manusia paling terpuji) sebelum menjadi Muhammad (yang dipuji)… kerana penamaannya sebagai Ahmad terdapat di dalam kitab-kitab terdahulu (kitab samawi yang lain). Manakala penamaannya sebagai Muhammad terdapat di dalam al-Quran. Dan perkara itu kerana Nabi saw telah memuji Tuhannya sebelum manusia memuji dirinya. Begitu juga di akhirat kelak, Baginda saw (terlebih dahulu) akan memuji Tuhannya, maka Allah swt akan memberi syafaat kepadanya. Oleh itu, manusia memujinya" (Lihat: Fath al-Bari)
#Imam al-Suyuti juga telah memetik kata-kata al-Qadi ‘Iyadh bahawa kedua nama ini iaitu Muhammad dan Ahmad termasuk salah satu tanda kebesaran Allah swt dan keistimewaan bagi baginda. Allah swt telah menjaga kedua nama tersebut daripada digunakan oleh seorang pun sebelum zamannya (kelahiran baginda). Sebelum baginda lahir, tidak ada seorang pun bangsa Arab mahupun bangsa lain yang menggunakan nama tersebut melainkan setelah tersebar khabar berita bahawa nabi yang akan diutuskan ini namanya Muhammad. Oleh itu, sebahagian kecil bangsa Arab telah menamakan anak-anak mereka dengan nama tersebut dengan harapan merekalah orang yang dimaksudkan. Dan Allah swt Maha Mengetahui kepada siapa yang akan diberikan risalahNya. (Lihat: al-Nahjah al-Sawiyyah fi al-Asma’ al-Nabawiyyah)
#Imam Ibn ‘Asakir telah menyebutkan di dalam kitabnya daripada riwayat Ibn ‘Abbas r.a bahawa: "Apabila Nabi saw dilahirkan, Abdul Muttalib telah melakukan akikah ke atas baginda dengan menyembelih kibasy dan menamakannya Muhammad. Ditanyakan kepadanya: Wahai Abu al-Harith apakah yang menyebabkan engkau memberinya nama Muhammad dan bukan dengan nama nenek moyangnya?. Jawabnya: "Aku ingin agar Allah memujinya di langit dan juga manusia memujinya di bumi" (Lihat: Tarikh Dimashq)
#Dalam Sahih al-Bukhari, Kitab Manaqib al-Ansar, Bab Pengutusan Nabi saw disebut:
مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّه بْنِ عَبْدِ المُطَّلِبِ بْنِ هَاشِمِ بْنِ عَبْدِ مَنَافِ بْنِ قُصَيِّ بْنِ كِلاَبِ بْنِ مُرَّةَ بْنِ كَعبِ بْنِ لؤَيِّ بْنِ غالِبِ بْنِ فِهْرِ بْنِ مَالِكِ بْنِ النَّضْرِ بْنِ كِنَانَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ بْنِ مُدْرِكَةَ بْنِ إِلْيَاسَ بْنِ مُضَرَ بْنِ نِزَارِ بْنِ مَعَدِّ بْنِ عَدْنَانَ
(Nabi Muhammad saw bernama): Muhammad Bin Abdullah bin ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim bin ‘Abdu Manaf bin Qusai Bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib Bin Fihr bin Malik bin Al-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah Bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan. (Lihat: Sahih al-Bukhari)
♡Dengan mengenali Nabi saw, ia akan menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap Baginda saw, kerana "tak kenal maka tak cinta". Moga Nabi saw juga mengenali kita dan memberi syafaatnya kepada kita di Mahsyar kelak. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 537 |
| 12 | *SEKAMPIT BERAS UNTUK ASNAF DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN*
Klik dan Sumbang:
https://toyyibpay.com/SEKAMPIT-BERAS-UNTUK-ASNAF
DANA DIPERLUKAN: RM10,000
Ada insan yang setiap hari memikirkan: “Esok masih ada makanan untuk anak-anak aku?”
Ada ibu yang terpaksa menahan sebak apabila melihat beras di dapur semakin berkurang. Ada ayah yang diam seribu bahasa kerana tidak mampu memenuhi keperluan keluarganya. Mereka mungkin tidak meminta, mungkin malu untuk mengadu… tetapi mereka juga ingin makan dan hidup seperti kita.
Hari ini, kita mungkin pulang ke rumah dengan dapur yang penuh. Tetapi di luar sana, ada keluarga yang hanya mampu berharap kepada sedikit bantuan daripada kita.
Sekampit beras mungkin kecil nilainya di mata kita, tetapi besar maknanya bagi sebuah keluarga yang sedang kelaparan.
Dengan hanya satu sumbangan, kita mungkin menjadi sebab sebuah keluarga dapat memasak nasi untuk anak-anaknya.
Dengan sedikit yang kita hulurkan, mungkin ada seorang ibu yang tidak lagi tidur dalam keadaan menangis memikirkan makanan untuk esok.
Jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Jangan tunggu banyak untuk memberi.
RM10, RM20, RM50, RM100 — setiap ringgit yang disumbangkan insya-Allah akan menjadi sebahagian daripada usaha menyediakan keperluan asas buat golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.
🌾 AYUH KITA ISIKAN DAPUR MEREKA DENGAN REZEKI.
🤲 JADILAH SEBAB SEBUAH KELUARGA MAMPU MENJAMU NASI HARI INI.
Kerana kita tidak tahu…
mungkin beras yang kita hulurkan hari ini, menjadi saksi kebaikan kita di hadapan Allah pada hari yang tiada lagi wang dan harta berguna.
Sumbanglah sekampit.
Bantulah sekadar mampu.
Jangan biarkan mereka berjuang sendirian.
Daripada Sayidina Aisyah r.ha, bahawa Rasulullah saw bersabda:
اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma” (HR Ahmad)
..................
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*
https://toyyibpay.com/SEKAMPIT-BERAS-UNTUK-ASNAF
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SEKAMPIT BERAS UNTUK ASNAF
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/SekampitBerasUntukAsnaf
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SekampitBerasUntukAsnaf
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SekampitBerasUntukAsnaf
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SekampitBerasUntukAsnaf
*ANDA HULUR, KAMI SALUR* | 524 |
| 13 | بدون متن... | 515 |
| 14 | ☆Tadabbur Kalamullah 14 Rabiulawal 1448H☆
فَأَمَّا ٱلۡیَتِیمَ فَلَا تَقۡهَرۡ
"Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya" [Surah aḍ-Ḍuḥā 9]
#Allah swt memerintahkan kita semua agar tidak berlaku sewenang-wenang, kasar, atau menindas anak yatim. Perkataan 'la taqhar' bermaksud jangan menzalimi, memaksa, atau merendahkan anak yatim kerana kelemahan diri mereka.
#Ketahuilah bahawa Nabi Muhammad saw merupakan anak yatim. Baginda telah kehilangan ayahnya, Abdullah semasa usianya baru dua bulan di dalam kandungan. Ada juga pendapat mengatakan ayahnya meninggal dunia semasa baginda baru dua bulan selepas dilahirkan. Manakala ibunya, Aminah pula meninggal dunia semasa usia baginda enam tahun.
#Selepas ibunya meninggal dunia, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib sehinggalah datuknya meninggal dunia ketika baginda berusia lapan tahun. Kemudian, baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib.
#Terdapat beberapa pandangan ulamak tentang hikmah baginda dilahirkan dalam keadaan yatim, antaranya ialah:
1. Syeikh Abdul Hamid Kiysk berkata: "Supaya Nabi saw sentiasa menyebut Tuhannya"
2. Supaya Allah swt secara langsung mentarbiah dan mendidik Rasulullah tanpa campur tangan manusia. Sabda Rasulullah saw: "Aku dididik oleh Tuhanku, yang mendidikku dengan sempurna."
3. Supaya Rasulullah saw hanya bertawakkal dan bergantung kepada Tuhannya.
4. Syeikh al-Buti berkata: "Berlaku keyatiman bukan secara kebetulan, tetapi mengikut takdir Ilahi dan hikmahnya"
5. Antaranya ialah menjauhkan tangan-tangan yang cuba memanjainya, menjauhkan wang, harta kekayaan yang cuba dimewahkan kehidupannya.
6. Dr. Aidh al-Qarni berkata: "Rasulullah saw dilahirkan dalam keadaan yatim untuk menjadi teladan dan contoh bagi anak-anak yatim lain sehingga mereka yakin bahawa keadaan yatim bukanlah 'aib, cacat dan bukan juga kemurkaan dari Allah swt" (Lihat: Makrifah Rasulullah saw)
♡Jom muliakan, hormati anak yatim, memelihara serta memberi bantuan kepada mereka kerana Allah swt memerintahkan kita supaya tidak menindas, tidak menghina dan tidak mencela anak yatim. Nabi saw sangat menyayangi anak yatim. Jom contohi sunnah Baginda saw♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 605 |
| 15 | ☆Tadabbur Kalamullah 13 Rabiulawal 1448H☆
وَمَا تِلۡكَ بِیَمِینِكَ یَـٰمُوسَىٰ * قَالَ هِیَ عَصَایَ أَتَوَكَّؤُا۟ عَلَیۡهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِی وَلِیَ فِیهَا مَـَٔارِبُ أُخۡرَىٰ
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?". Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu" [Surah Ṭā-Hā 17-18]
#Ayat ini menjelaskan tentang Nabi Musa pernah menggembalakan kambing di Madyan sebagai sebahagian daripada mahar (mas kahwin) pernikahannya dan juga sebagai latihan kepemimpinan daripada Allah swt.
#Nabi Muhammad saw menjelaskan bahawa hampir semua para nabi pernah menjadi gembala kambing. Sabda Nabi saw: "Tidaklah seorang nabi pun melainkan dia pernah menggembala kambing". Para sahabat bertanya: "Engkau juga wahai Rasulullah?"
كُنتُ أَرْعَاهَا عَلَى قَرَارِيْطَ لِأَهْلِ مَكَّةَ
Baginda menjawab: "Ya, aku juga pernah menggembala kambing untuk penduduk Makkah dengan upah beberapa Qirath (dinar)" (HR al-Bukhari)
#Ini bermaksud majoriti, bahkan hampir semua nabi, melalui fasa menjadi gembala kambing.
#Rasulullah saw juga pernah menggembala kambing bersama saudara susuannya di perkampungan Bani Sa'ad di mana berlakunya peristiwa dua malaikat yang datang membelah dada Baginda.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Abdillah r.huma, katanya: "Pada suatu ketika, kami bersama Nabi saw di tempat bernama Marr Zahran, kami memetik buah yang matang dari pohon bernama al-Araak. Lalu Nabi saw berkata: "Pilihlah yang berwarna hitam: Kami pun bertanya. "Wahai Rasulullah, seolah-olah Baginda pernah menggembala kambing?" Baginda menjawab: "Ya, tidak ada seorang Nabi kecuali telah menjadi penggembala kambing, atau hampir itulah maksudnya. (Lihat: Sahih Muslim)
#Diriwayatkan juga bahawa sejak usia kanak-kanak lagi, Nabi saw mengembala kambing milik Ibn Abu Mu'ith dengan upah segenggam kurma. Semua nabi yang diutuskan oleh Allah swt memang pernah mengembala kambing.
#Sebahagian ulamak berkata: Terdapat beberapa keutamaan di sebalik pekerjaan mengembala kambing, antaranya ialah: Mengembala kambing dapat menjadikan jiwa seseorang itu menjadi lembut, tabah dan rendah hati. Oleh itu, lazimnya, orang yang pernah bekerja sebagai pengembala kambing, pasti memiliki sifat rendah diri.
#Kedegilan mengatur kambing dapat dijadikan sebagai medan latihan yang nantinya dapat memimpin dan mentadbir kehidupan umat manusia dengan baik. Oleh kerananya, Rasulullah saw berjaya menjadi pemimpin umat manusia dengan berjaya.
#Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: "Hikmah di sebalik pengembalaan kambing sebelum masa kenabian tiba adalah terbiasa mengatur kambing, yang nanti dengan sendirinya akan terbiasa menangani permasalahan umat manusia." (Lihat: Fath al-Bari)
♡Mengembala kambing merupakan antara sebaik-baik pekerjaan. Dan hampir semua Nabi adalah pengembala kambing. Rasulullah saw adalah pengembala kambing dan utusan Allah yang agung♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 629 |
| 16 | ☆Tadabbur Kalamullah 12 Rabiulawal 1448H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ إِنَّاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ شَـٰهِدࣰا وَمُبَشِّرࣰا وَنَذِیرࣰا * وَدَاعِیًا إِلَى ٱللَّهِ بِإِذۡنِهِۦ وَسِرَاجࣰا مُّنِیرࣰا
"Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi" [Surah al-Aḥzāb 45-46]
#Ayat ini menjelaskan tentang pengutusan Nabi Muhammad saw beserta sifat dan tugas utama Baginda sebagai panduan kepada umat manusia.
#Abdul Muttalib, datuk Nabi saw, adalah salah seorang pembesar dan pemimpin Quraisy. Beliau adalah ketua Bani Hasyim dan Bani al-Muttalib, terkenal dengan sifat menjaga janji, seorang yang mulia, dihormati, dan dermawan. Quraisy menamakan beliau al-Fayyadh kerana kemurahannya. Antara anak-anaknya ialah al-Harith, al-Zubair, Hajl, Dhirar, al-Muqawwam, Abu Lahab, al-Abbas, Hamzah, Abu Talib, dan Abdullah.
#Sebelum kelahiran anak-anaknya ini, Abdul Muttalib telah bernazar, jika Allah mengurniakannya 10 orang anak lelaki, dia akan menyembelih salah seorang daripada mereka. Apabila Allah mengurniakannya 10 orang anak lelaki, beliau membuat undian di antara mereka untuk menentukan siapa yang akan disembelih. Undian itu jatuh kepada Abdullah, anaknya yang bongsu dan paling disayangi. Kemudian beliau membuat undian antara Abdullah dan 100 ekor unta untuk menebusnya. Undian jatuh kepada 100 ekor unta, lalu beliau menyembelih 100 ekor unta tersebut bagi memenuhi nazarnya.
#Peristiwa nazar dan tebusan Abdul Muttalib terhadap anaknya Abdullah ini adalah antara peristiwa terkenal sebelum kelahiran Nabi saw. Abdul Muttalib tidak sempat memeluk Islam kerana beliau meninggal dunia ketika Nabi saw berusia 8 tahun.
#Nabi saw bersabda: "Aku adalah anak kepada 2 orang yang hampir disembelih (Nabi Ismail dan datuknya)" (HR al-Hakim)
#Peristiwa nazar Abdul Muttalib untuk menyembelih salah seorang anaknya, kemudian menebusnya dengan 100 ekor unta, menunjukkan bahawa Allah memelihara Abdullah daripada dibunuh. Abdullah membesar dan kemudiannya berkahwin dengan Aminah binti Wahb, yang kemudiannya mengandungkan Rasulullah saw.
#Riwayat sirah juga menceritakan bagaimana Abdul Muttalib mengambil berat terhadap Nabi saw sejak kelahiran baginda, terutama selepas kematian ibunya, Aminah. Antaranya, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Ya‘la, bahawa suatu ketika Abdul Muttalib mengutus nabi Muhammad untuk mencari untanya yang hilang. Baginda pulang agak lewat sehingga Abdul Muttalib sangat sedih. Apabila Nabi saw kembali membawa pulang unta yang hilang itu, Abdul Muttalib bersumpah untuk tidak lagi mengutus baginda bagi sebarang urusan dan tidak akan berpisah dengan baginda lagi.
#Dalam Sirah Ibn Hisham disebut: "Abdul Muttalib memiliki hamparan di bawah naungan Kaabah. Anak-anaknya akan duduk di sekeliling hamparan itu sehingga beliau datang. Tiada seorang pun daripada anak-anaknya duduk di atas hamparan itu kerana menghormatinya. Rasulullah saw, ketika masih kecil, datang dan duduk di atas hamparan tersebut. Bapa-bapa saudara baginda cuba menghalang, tetapi Abdul Muttalib berkata: "Biarkan anakku ini, demi Allah, dia mempunyai kedudukan yang besar". Lalu beliau mendudukkan baginda bersama di atas hamparan, mengusap belakang baginda dengan tangannya, dan gembira dengan perbuatan baginda yang dilihatnya".
#Abdul Muttalib terus menjaga dan melindungi Nabi saw sehingga saat kematiannya. Ketika itu beliau menyerahkan penjagaan cucunya itu kepada Abu Talib. Abdul Muttalib meninggal dunia ketika Nabi saw berumur 8 tahun.
♡Asbab kelahiran Nabi saw dan kemudian diangkat menjadi Rasul, cahaya Islam menerangi kegelapan jahiliah. Memadamkan cahaya kebatilan dan cahaya kebenaran tersebar ke seluruh alam dengan seterang-terangnya. Salam Maulidur Rasul 1448H♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 633 |
| 17 | ☆Tadabbur Kalamullah 11 Rabiulawal 1448H☆
وَمِنۡ ءَایَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَ ٰجࣰا لِّتَسۡكُنُوۤا۟ إِلَیۡهَا وَجَعَلَ بَیۡنَكُم مَّوَدَّةࣰ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِی ذَ ٰلِكَ لَـَٔایَـٰتࣲ لِّقَوۡمࣲ یَتَفَكَّرُونَ
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir" [Surah ar-Rūm 21]
#Ayat ini menjelaskan tentang konsep keluarga sakinah itu kehidupan keluarga yang dihiasi ketenangan, kedamaian, rasa cinta, kasih, dan bara keinginan yang kuat terhadap pasangan, rasa sayang, kelembutan, kepedulian, sikap saling memaafkan serta rasa tenteram jiwa yang diperoleh dalam ikatan pernikahan. Jom hayati kisah keluarga sakinah di bawah ini.
#Sayidatina Fatimah merupakan anak perempuan Rasulullah saw yang paling bongsu. Beliau dilahirkan 5 tahun sebelum Rasulullah saw dilantik menjadi Rasul. Menjadi kebiasaan ibunya, Sayidatina Khadijah apabila melahirkan anak beliau akan menyerahkan anaknya untuk disusukan oleh ibu susuan. Namun apabila beliau melahirkan Fatimah maka beliau sendiri yang menyusukannya.
#Sayidatina Fatimah digelar al-Zahra’ kerana wajahnya yang putih bersinar dan bercahaya sebagaimana bapanya. Beliau juga digelar al-Batul. Asal maksud dari segi bahasa al-Batul ialah memutus dan memotong. Sebab beliau digelar al-Batul kerana beliau memotong dan mendahului wanita pada zamanya dan wanita lain di kalangan umat Islam ini dari segi menjaga kehormatan diri, kelebihan, agama dan silsilah keturunan.
#Perwatakan beliau saling tidak tumpah dengan Rasulullah saw. Khadam Rasulullah saw, Sayidina Anas bin Malik berkata: "Tidak ada seorang pun yang menyerupai Rasulullah saw melainkan Sayidina al-Hasan bin Ali dan Sayidatina Fatimah"
#Sayidatina Aisyah berkata: "Aku tidak pernah melihat seorang pun di kalangan manusia yang menyerupai Nabi dari segi percakapan dan cara duduknya melainkan Sayidatina Fatimah"
#Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar pernah meminang beliau untuk dijadikan isteri namun telah ditolak oleh Rasulullah dengan alasan beliau masih muda. Apabila Sayidina Ali pula meminangnya maka baginda menerima dan mengahwinkannya. Sayidina Ali lebih tua 5 tahun berbanding Sayidatina Fatimah. Sebuah baju besi telah dijadikan mahar perkahwinan yang penuh keberkatan ini.
#Hasil perkongsian hidup bersama Sayidina Ali, mereka telah dikurniakan 5 orang anak; Al-Hasan, Al-Husain, Muhassin, Ummu Kulthum, Zainab.
#Sayidatina Fatimah merupakan ahli keluarga baginda yang paling awal menyusuli baginda. Tempoh antara kewafatan Rasulullah dengan kewafatan Sayidatina Fatimah hanya sekitar 6 bulan. Usia beliau ketika meninggal dunia ialah 29 tahun.
#Jenazah beliau dimandikan oleh Sayidatina Asma’ binti ‘Umais (isteri Sayidina Abu Bakar) dibantu oleh Sayidina Ali. Solat jenazahnya telah diimamkan oleh Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan ada pendapat lain yang mengatakan Sayidina Ali yang mensolatkan jenazahnya. Jenazah dikebumikan di perkuburan Baqi’.
#Sabda Rasulullah saw:
إِنَّمَا فَاطِمَةُ بَضْعَةٌ مِنِّي يُؤْذِينِي مَا آذَاهَا
"Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Sesiapa menyakitinya maka dia menyakitiku" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Sabda Nabi saw:
أَفْضَلُ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ: خَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ ، وَفَاطِمَةُ بِنْتُ مُحَمَّدٍ ، وَآسِيَةُ بِنْتُ مُزَاحِمٍ امْرَأَةُ فِرْعَوْنَ، وَمَرْيَمُ ابْنَةُ عِمْرَانَ
"Sebaik-baik wanita ahli syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim isteri firaun dan Maryam binti Imran" (HR Ahmad)
♡Moga kita juga dikurniakan keluarga bahagia sebagaimana anakanda Rasulullah saw. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 684 |
| 18 | ☆Tadabbur Kalamullah 10 Rabiulawal 1448H☆
إِنَّ ٱلَّذِینَ یَتۡلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ سِرࣰّا وَعَلَانِیَةࣰ یَرۡجُونَ تِجَـٰرَةࣰ لَّن تَبُورَ
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian"
لِیُوَفِّیَهُمۡ أُجُورَهُمۡ وَیَزِیدَهُم مِّن فَضۡلِهِۦۤۚ إِنَّهُۥ غَفُورࣱ شَكُورࣱ
"Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)" [Surah Fāṭir 29-30]
#Ayat ini menjelaskan balasan baik bagi mereka yang sentiasa melazimi bacaan al-Quran dan melakukan amal soleh.
#Imam al-Ghazali rahimahullah sebutkan dalam kitab Ihya' bahawa: "Para salaf, mereka tidak menyukai jika keluar rumah sebelum membaca al-Quran"
#Berkata Abdul Malik bin Umair rahimahullah:
"Satu-satunya manusia yang tidak tua (awet muda) dan tidak pelupa adalah orang yang selalu membaca al-Quran"
"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca al-Quran".
#Berkata al-imam al-Qurtubi rahimahullah:
"Barangsiapa yang membaca al-Quran, maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun"
#Imam Ibrahim al-Maqdis rahimahullah memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim raahimahullah, katanya:
"Perbanyakkanlah membaca al-Quran, jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan dimudahkan sebanyak mana kadar yang kamu baca"
#Berkata Imam Ibnu Solah rahimahullah:
"Bahawasannya para malaikat tidak diberi keutamaan untuk membaca al-Quran, maka oleh kerana itu para malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia"
#Berkata Imam Abu Zanad rahimahullah:
"Di tengah malam, aku keluar menuju Masjid Rasulullah saw, sungguh tidak ada satu rumah pun yang aku lalui melainkan padanya ada yang membaca Al-Quran"
#Berkata sebahagian ahli tafsir:
"Jika kita menyibukkan diri dengan al-Quran maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkatan dan kebaikan di dunia"
#Jom jadikan al-Quran sebagai teman di dunia dan penolong di Akhirat.
♡Kita memohon kepada Allah swt agar memberikan taufiqNya kepada kita semua untuk selalu membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 672 |
| 19 | ☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiulawal 1448H☆
فَمَن یُرِدِ ٱللَّهُ أَن یَهۡدِیَهُۥ یَشۡرَحۡ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِۖ
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam..." [Surah al-Anʿām 125]
#Hidayah atau petunjuk sepenuhnya adalah hak milik dan ketentuan Allah swt. Hidayah Allah menjadikan dada seseorang terbuka luas, tenang dan mudah menerima ajaran Islam.
#Daripada Sayidina Abu Mahzurah menceritakan: "Kami keluar bersama 10 orang rakan, ketika itu Baginda Nabi saw baru pulang dari peperangan Hunain. Lalu ketika itu, muazzin Baginda Nabi saw melaungkan azan dan kami mendengar sambil mengejek laungan azan itu.
Baginda Nabi saw mendengar ejekan itu lalu meminta kami bertemu dengan Baginda. Baginda saw bertanyakan:
أَيُّـكُمْ الَّذِي سَمِعْتُ صَوْتَهُ قَدْ ارْتَفَعَ
"Siapakah dari kalian yang aku mendengar suara yang tinggi-seperti mengejek tadi?"
Mereka semua mengisyaratkan (menunjuk) kepada aku, kemudian aku dihantar kepada kaum muslimin dan mereka menahanku. Baginda Nabi saw berkata:
قُمْ فَأَذِّنْ بِالصَّلَاةِ
" Bangun dan laungkanlah azan solat"
Maka, aku terus bangun untuk azan dan tiadalah langsung bagiku sedikitpun kebencian terhadap diri Baginda Rasulullah saw bahkan tiada sedikitpun benci terhadap arahan itu.
Baginda Nabi saw sendiri yang mengajarkan aku kalimah azan tersebut satu persatu.
Sungguh ajaib, mendengar suara Baginda Nabi saw sahaja terus hilang kebencian dalam jiwanya (terus berubah 360 darjah). Setelah selesai melaungkan azan, Baginda saw memberikan aku seuncang bekas berisi perak, kemudian Baginda saw memegang ubunku, kemudian Baginda mengusap wajahku dua kali dan juga di kepalaku, lalu tangan Baginda menyentuh dadaku, kemudian Baginda saw berdoa:
بَارَكَ اللهُ فِيْكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ
"Moga Allah berkati apa yang ada pada engkau dan memberkati ke atas diri engkau"
Lalu, aku berkata: "Wahai Rasulullah arahkanlah aku untuk menjadi muazzin di Mekah". Baginda saw menjawab:
قَدْ أَمَرْتُكَ بِهِ
"Aku telah memerintahkan engkau dengannya"
Beliau berkata: "Pada asalnya segala kebencianku terhadap Baginda Rasulullah saw sangatlah tinggi, akhirnya terus bertukar menjadi kasih dan cinta kepada Baginda saw"
#Sayidina Abu Mahzurah r.a juga tidak memotong rambut di bahagian ubunnya bahkan tidak membelah rambutnya kerana Baginda Rasulullah saw telah mengusap dengan tangan Baginda yang mulia.
♡Berkat petunjuk dan hidayah Allah swt, dari tukang ejek azan, menjadi muazzin Baginda Nabi saw. Benarlah hidayah Allah mengubah segala-galanya. Moga kita sentiasa dalam petunjuk Allah swt. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 664 |
| 20 | ☆Tadabbur Kalamullah 8 Rabiulawal 1448H☆
أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
"Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) kepada orang yang zalim" [Surah Hud 18]
#Allah swt melarang keras melakukan kezaliman. Golongan yang zalim ini dipastikan akan menerima laknat serta kemurkaan daripada Allah swt.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abi Qatadah r.a menceritakan bahawa Rasulullah saw lalu berdekatan jenazah, baginda Nabi saw bersabda:
مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا المُسْتَرِيحُ وَالمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ قَالَ: العَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللهِ، وَالعَبْدُ الفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ العِبَادُ وَالبِلاَدُ، وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ
"Samada jenazah itu berasa selesa atau makhluk lain selesa dengannya"
Para sahabat bertanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan jenazah berasa selesa atau makhluk lain selesa dengannya".
Jawab baginda Nabi saw: "Hamba yang mukmin akan selesa daripada kehidupan dan kehinaan dunia yang mendatangkan rahmat Allah manakala hamba yang melakukan kezaliman, makhluk lain termasuklah tempat-tempat, pokok-pokok dan segala jenis haiwan akan berasa lega dengan ketiadaannya" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Telah berkata al-Imam at-Thibi rahimahullah: "Alam dan pokok-pokok merasa selesa selepas kehilangannya kerana Allah menurunkan hujan yang lebat dan menyuburkan bumi selepas tertahan dari menurunkan hujan kerana sikapnya yang melakukan kejahatan (kezaliman)".
#Dalam hadis lain, riwayat daripada Sayidina Anas r.a: "Sesungguhnya Hubara (burung berbadan besar dan tengkok panjang) akan mati kekurusan disebabkan oleh dosa-dosa manusia".
#Dikhususkan Hubara kerana sifat burung itu yang terbang jauh mencari rezeki. Jika disembelih akan mendapati terdapat biji hijau di tengkoknya. Di antara tengkok dan ususnya, memerlukan makanan umpama perjalananan yang memakan masa berhari-hari.
#Disebutkan bahawa, haiwan lain juga akan melaknat orang yang melakukan dosa disebabkan hujan tidak turun kerana dosa kesalahan mereka yang zalim.
#Berdasarkan kepada hujjah di atas, dikatakan, tidak menjadi masalah untuk umat Islam berasa gembira dengan kematian atau musibah yang ditimpa ke atas musuh Allah swt. Bahkan, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya‘rawi mengatakan, sesiapa yang menyimpang daripada kehendak Allah pasti akan menyebabkan kerosakan kepada masyarakat, sebagaimana kita melihat masyarakat menderita akibat kekufuran orang kafir dan kedurhakaan orang yang berbuat dosa. Sekiranya manusia mengamalkan syariat Allah, tidak akan berlaku kerosakan di alam ini atau gangguan dalam kehidupan mereka sama sekali. Oleh itu, kita bergembira apabila Allah swt menimpakan balasan ke atas musuhNya dan juga ahli maksiat, sambil berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah merehatkan negeri dan hambaNya daripada mereka" (Lihat: Tafsir al-Sya‘rawi)
♡Marilah kita bertaubat kepada Allah swt dan menyesal atas segala kesalahan kita. Moga kita tidak tergolong dalam golongan hambaNya yang zalim. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah | 678 |
