en
Feedback
The Thinkers

The Thinkers

Open in Telegram

- Pengajian Islam, Agama, Falsafah-Pemikiran, Feqah, Tasawwuf - Al-Quran, Hadith - Dakwah, Fikrah, Isu² Sosial, Kemasyarakatan - Disiplin Ilmu lain : Undang-undang, Ekonomi, Sejarah, dsb - Analisis Ulasan Politik, Isu² Semasa, Kenegaraan ©️TheThinkers

Show more
641
Subscribers
No data24 hours
-37 days
-730 days
Posts Archive
Ada kapitalis yang memang jenis menindas dan hanya fikir untung semata-mata. Tapi ada juga kapitalis yang bertanggungjawab dan mencipta manfaat untuk ummah. Masalahnya sekarang, bila ada jenis orang yang acah-acah pandai, terpaling membaca, dan terpaling kritikal, diorang suka-suka hati nak timbulkan persepsi negatif dekat orang macam KA. Dulu puak ni ramai kat Twitter, sekarang dah ramai berhijrah ke Threads pula. Nampaknya aku pun kena buat akaun Threads ni untuk bersihkan minda budak-budak sana. Nantikan buku SANG KAPITALIS yang akan diterbitkan tahun depan. Aku nak hadiahkan KA satu naskhah juga nanti.

https://www.facebook.com/share/p/1DR5EHv8t9/ Tertarik dengan isu ni. Sebab aku tengah tulis buku SANG KAPITALIS yang memang cerita pasal sejarah kapitalisme. Al-kisah dia, ada budak Threads panggil Khairul Aming (KA) sebagai "kapitalis". Cara dia ulas tu pun poyo nak mam: "Yang kaya tetap kaya, yang miskin tetap kayakan yang kaya." Macam nak kata KA ni kerja nak kayakan diri sendiri saja. Tu yang buat KA terasa kot. Kita semua pun nampak KA ni seorang usahawan yang bertanggungjawab sosial (socially responsible entrepreneur). Sambil mencipta jenama sendiri, beliau juga mencipta value (nilai) kepada masyarakat sekeliling. Kalau KA hanya fokus nak cari untung, dah lama beliau buat benda pelik-pelik demi viral. Tapi beliau tak buat. Memang usahawan teladan. Tapi sebenarnya, KA pun usah lah terasa dengan label "kapitalis" tu. Hakikatnya, dunia dan negara kita hari ni memang beroperasi atas sistem kapitalisme. Kapitalisme ni satu sistem di mana kekayaan dijana melalui pelaburan modal (capital). Kapitalis pula bermaksud pemilik modal. Pemilik modal guna modal dia untuk buka kilang, upah pekerja, dan jana untung. Untung pula akan dibahagikan mengikut syer (bahagian) dalam modal. Kalau 100% modal syarikat tu milik kita, maka kita boleh ambil 100% untung. Kalau 30%, kita dapat 30%. Pekerja bukan pemilik modal, jadi diorang hanya makan gaji yang dibayar oleh pemilik modal. Penjanaan kekayaan dalam sistem lain pula berbeza. Kalau sistem sosialis atau komunis, kekayaan dijana melalui kerjasama ahli masyarakat. Sebab tu nama dia sosial-is atau komun-is. Komun (commune) tu merujuk kepada satu masyarakat ideal di mana ahlinya menggembleng tenaga untuk memenuhi keperluan hidup. Dalam komun tak wujud pemilik modal. Semua ahli komun sama-sama memiliki jentera kilang, sama-sama hasilkan barangan, dan sama-sama membahagikan hasilnya. Sosialis dan komunis ni wujud asalnya sebab nak lawan kapitalis. Diorang anggap sistem kapitalis ni tak adil sebab pemilik modal memeras pekerja dan mengaut semua untung, sedangkan pekerja dianggap paling banyak menyumbang tenaga. Golongan sosialis/komunis inilah yang mempengaruhi cara kita memandang kapitalis hari ni. Kapitalis terus jadi sinonim dengan eksploitasi (pemerasan/penindasan) dan elit jahat yang menindas golongan marhaen. (Istilah marhaen ni pun sebenarnya dicipta oleh Sukarno yang cenderung kepada sosialisme). Tapi bila dipraktikkan, sistem sosialis/komunis ni kadang-kadang jauh lebih menindas. Sebabnya, bukan senang ahli masyarakat nak uruskan ekonomi secara sama rata. Akibatnya, diorang terpaksa lantik orang yang berkuasa (seperti Parti Komunis). Orang yang berkuasa inilah akhirnya jadi "elit baharu" yang lebih kejam dan kuku besi. Ni yang berlaku dekat negara-negara komunis. Secara teorinya rakyat semua dilayan sama rata, tapi pemerintah dia "lebih sama rata" daripada rakyat biasa. Sebaliknya, kapitalisme pun tak 100% negatif. Malah, kebebasan untuk menjana untung melalui modal ni lah yang menjadi motivasi untuk orang bekerja keras, kumpul duit, dan cipta sesuatu yang baharu. Sistem kapitalis menjamin inovasi sebab untuk cari untung maksima, para kapitalis akan sentiasa cari idea dan cara penghasilan kekayaan yang baharu. Benda ni yang kurang dalam sistem sosialis/komunis. Itu pasal banyak negara sosialis/komunis yang asalnya ekonomi diorang kuat, tapi lama-kelamaan jadi statik lalu runtuh. Korea Utara dulu lagi kaya daripada Korea Selatan. Sekarang tengoklah apa jadi. Bukanlah bermaksud rakyat Korea Selatan tu hidup senang-lenang tanpa masalah. Cuma ekonomi diorang jauh lebih dinamik dan tak statik. Akhirnya, banyak negara sosialis/komunis pun terpaksa beralih ke model kapitalis. China contohnya, lebih tepat dipanggil "kapitalisme negara" (state capitalism) sebab cara operasi ekonomi diorang dah hampir tak ada beza dengan kapitalisme, cuma kerajaan bertindak sebagai perancang dan pengagih modal. Jadi, kapitalis bukanlah satu istilah yang mutlak negatif.

𝐑𝐄𝐒𝐎𝐋𝐔𝐒𝐈 𝐌𝐔𝐙𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐍𝐀’𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 Hasil daripada Muzakarah, beberapa resolusi berikut telah dipersetujui: 1. Intipati dan identiti utama sistem pondok adalah berteraskan silibus ilmu turath serta penguasaan ilmu alat. Adapun dari sudut bentuk dan fizikal bangunan, samaada diperbuat daripada kayu, batu atau bahan binaan moden, perkara tersebut tidak menjadi suatu kemestian untuk dikekalkan. Pembinaan dan prasarana pondok boleh disesuaikan serta dimajukan selaras dengan keperluan dan perkembangan zaman, tanpa menjejaskan identiti serta sistem pengajiannya. 2. Setiap pondok hendaklah menjelaskan secara nyata destinasi dan halatuju pendidikan pelajar selepas menamatkan pengajian di pondok, khususnya peluang dan laluan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini penting bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan masyarakat bahawa sistem pondok mempunyai hala tuju yang jelas serta menuju kepada objektif pendidikan yang tersusun. 3. Institusi pondok wajar bersikap terbuka dan bersedia menerima pendekatan, kaedah persijilan dan inovasi baharu yang bersesuaian, selagi tidak menjejaskan prinsip, identiti dan tradisi keilmuan pondok. Kesediaan ini penting bagi memastikan sistem pondok terus relevan, berdaya saing, diiktiraf dan mampu berada dalam arus perdana pendidikan semasa. 4. Menyokong dan bekerjasama dengan semua pihak yang mendokong, memperjuangkan dan mengangkat sistem pondok, sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kerjasama strategik antara semua pihak hendaklah digerakkan secara bersama demi mencapai objektif memperkukuh, memperkasa dan memastikan kelangsungan sistem pendidikan pondok. #nadhatululamamalaysia #naam

Repost from Abdul Hadi Awang
(30) Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka Syurga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas pelamin-pelamin yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah. (31)” [Surah al-Kahfi: 29-31] PAS sedia bermuzakarah dengan ilmu dan berakhlak mencari kebenaran dengan sesiapa sahaja, serta berwawasan dunia sehingga akhirat. Baca selanjutnya: https://harakahdaily.net/2026/09/07/penyatuan-ummah-diwajibkan-berpecah-diharamkan/

Repost from Abdul Hadi Awang
Minda Presiden PAS PENYATUAN UMMAH DIWAJIBKAN, BERPECAH DIHARAMKAN Kita berkeyakinan bahawa ketentuan syurga dan neraka adalah di tangan Allah, sekiranya kita melaksanakan segala arahan dan perintahnya, termasuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar. PAS adalah bahtera yang bersifat jemaah atau parti yang diwajibkan melaksanakan perintah Allah dan menyahut seruan-Nya kerana telah ditetapkan janji-Nya. PAS terus beristiqamah sejak para ulama’ dan pemimpin Islam membina bahtera ini. Ahli PAS diwajibkan wala’ kepada Allah dan Rasul, serta para pemimpin yang setia kepada tujuan PAS ditubuhkan bagi melakukan perjalanan ‘road map’ mengikut ketetapan Allah dengan beristiqamah. Firman Allah SWT: وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٥٣ “Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153] Ramai orang yang tidak bersedia kerana tidak tertahan banyak ujiannya dan banyak bisikan syaitan yang meragukan dengan berbagai-bagai dalih menolak, bukannya dalil. Allah berfirman supaya mengambil teladan daripada para anbiya’ yang percaya kepada janji syurga, bukan percaya kepada ahli falsafah dan pemikir yang tidak beriman yang sangat dibanggakan seperti Mahatma Gandhi, Nelson Mandela dan sebagainya. Allah SWT berfirman menjanjikan syurga: أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ ٢١٤ “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” [Surah al-Baqarah: 214] PAS adalah bahtera perjalanan yang wajib diadakan. Kami percaya kepada bahtera ini dan kompasnya kerana percaya kepada janji Allah dengan syarat-syaratnya, yang tidak sama dengan ramalan semua manusia sama ada dalam kalangan ahli akademik, ahli politik, mahupun mereka yang sekadar berselera dengan politik atau benci akan politik. Firman Allah SWT: وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّـٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَاۚ وَإِن يَسۡتَغِيثُواْ يُغَاثُواْ بِمَآءٖ كَٱلۡمُهۡلِ يَشۡوِي ٱلۡوُجُوهَۚ بِئۡسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتۡ مُرۡتَفَقًا ٢٩ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجۡرَ مَنۡ أَحۡسَنَ عَمَلًا٣٠ أُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهِمُ ٱلۡأَنۡهَٰرُ يُحَلَّوۡنَ فِيهَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٖ وَيَلۡبَسُونَ ثِيَابًا خُضۡرٗا مِّن سُندُسٖ وَإِسۡتَبۡرَقٖ مُّتَّكِ‍ِٔينَ فِيهَا عَلَى ٱلۡأَرَآئِكِۚ نِعۡمَ ٱلثَّوَابُ وَحَسُنَتۡ مُرۡتَفَقٗا ٣١ “Dan katakanlah, ‘Kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu; maka sesiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir.’ Sesungguhnya, Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air, seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelik. (29) Sesungguhnya, mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalannya dengan baik.

Repost from Abdul Hadi Awang
Sejarah umat Islam membuktikan bahawa jatuhnya sesebuah kerajaan tidak bermakna berakhirnya Islam. Genap 100 tahun selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, cahaya Islam tetap tidak dapat dipadamkan. Gerakan Islam terus muncul dan berkembang di pelbagai tempat, kerana Allah SWT telah menjanjikan kebangkitan Islam. Perjuangan menegakkan Islam pula mestilah dilakukan dengan hikmah dan pendekatan yang lembut. Tujuan kita bukan untuk menghapuskan manusia, tetapi untuk menyelamatkan manusia seramai yang mungkin. Rasulullah SAW sendiri menunjukkan bagaimana dakwah dan dialog didahulukan, termasuk terhadap mereka yang paling keras menentang Islam. Dalam perjalanan perjuangan, kita juga mesti mengelakkan perpecahan yang menghilangkan kekuatan umat. Perbezaan perlu diurus dengan ilmu, muzakarah dan sikap saling menghormati, bukan dengan permusuhan dan takfir. Kita perlu menyatukan umat Islam dan terus mendekati mereka dengan pendekatan yang bijaksana. Kemenangan yang kita perjuangkan bukan sekadar untuk mendapatkan kuasa, tetapi untuk mengisi kemenangan dengan petunjuk Islam; menjaga hubungan dengan Allah, menegakkan keadilan, membawa kebajikan dan berlaku adil kepada semua. Maka, jangan bimbang dengan jatuh bangun perjuangan. Islam tidak akan mati walaupun kuasa umat Islam jatuh. Tugas kita ialah terus bekerja, istiqamah dan menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan perjuangan Islam terus berkembang dan kemenangan dapat diisi dengan sebaiknya. [Ucapan Penangguhan Presiden PAS, 5 September 2026, PUTIK, Kelantan]

Repost from Abdul Hadi Awang
Sejarah umat Islam mengajar kita bahawa jatuhnya sesebuah kerajaan tidak bermakna berakhirnya Islam. Selepas kejatuhan Melaka dan Khilafah Uthmaniyah, Islam tetap hidup kerana sentiasa ada ulama, pemimpin dan umat yang mempertahankan agama serta meneruskan perjuangan. Namun, kita juga perlu mengambil iktibar daripada sebab umat Islam menjadi lemah. Perpecahan kerana bangsa, kedudukan, kepentingan dunia dan perbezaan yang tidak diurus dengan baik telah menghakis kekuatan umat. Sedangkan Rasulullah SAW mengajar kita bahawa kekuatan Islam bermula dengan penyatuan umat. Dalam konteks kita hari ini, usaha menyatukan umat Islam mesti dilakukan dengan penuh hikmah. Kita perlu mendekati dan memujuk, bukan terus menjauhkan mereka yang berbeza pandangan, di samping membina kerjasama dalam perkara yang membawa kebaikan. Pendekatan yang damai dan bijaksana perlu menjadi jalan utama dalam menguatkan kembali kedudukan umat. Perjuangan ini bukan untuk kepentingan kita pada hari ini semata-mata. Kita berjuang untuk memastikan Islam terus kuat dan terpelihara agar anak cucu kita pada masa akan datang turut menikmati keselamatan dan kesejahteraan yang lahir daripada kekuatan Islam. Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk terus bekerja, berusaha dan memenangkan Islam melalui jalan yang dibenarkan. [Ceramah Perdana Jubli Intan 75 Tahun PAS, 4 September 2026, PUTIK, Kelantan]

ISLAM TERUS SUBUR DAN MEKAR DI MALAYSIA Ada yang bertanya mengenai perkembangan Islam di Malaysia sebab ada yang mengatakan Islam semakin terancam dan ada juga yang mengatakan syurga milik kumpulan tertentu. Setulusnya saya melihat bahawa Islam makin subur dan mekar di Malaysia dan kita juga ingin sama-sama berusaha masuk Syurga. Majlis Ilmu berkualiti tinggi dan menghidupkan turath dan tradisi serta kontemporari begitu subur dan mekar di Malaysia. Ulama dan umara bergandingan membina negara dan membentuk masyarakat berilmu, berbudi dan berhikmah. Ulama muktabar dan diakui kehebatan keilmuannya peringkat dunia, ulama memimpin organisasi Islam di dunia, para mufti, Syeikhul Azhar dan ramai lagi semuanya menyokong dan mengiktiraf Malaysia. Kita perlu berbangga dan meneruskan usaha ini sedayanya. Alim ulama dan tuan guru-tuan guru, asatizah, masyayikh tempatan yang hebat ilmu dan baik akhlaknya juga bersama beriringan membina negara kita. Langsung tiada unsur kebencian dan hasutan atau tujuan tersirat yang lain. Hanya kebaikan, kasih sayang, hormat menghormati, ilmu, akhlak dan adab yang disebarkan. Secara peribadi dan setulusnya, era inilah saya menyaksikan dan merasakan suasana dan kemeriahan majlis ilmu fasa dan tahap baharu di Malaysia dengan kehadiran dan bimbingan ulama-ulama yang hebat dari seluruh dunia dan juga tempatan. Doakan Malaysia diberkati dan dirahmati serta terus maju, makmur dan sejahtera. Kita terus fokus sebarkan salam sebarkan kebaikan sebarkan kasih sayang..... #MADANIBekerja #SebarkanSalam #kitakawan

Nas al-Quran dan Sunnah bukan slogan politik yang boleh dipetik sesuka hati. Ia mempunyai disiplin pentafsiran, konteks, dilalah bahasa, asbab, prinsip usul dan tradisi kefahaman ulama muktabar. Justeru tidak boleh kerana mahu mempertahankan keputusan parti, seseorang memberikan tafsiran kepada ayat atau hadis yang nyata bercanggah dengan maksudnya atau dengan kefahaman yang telah diterima oleh ulama muktabar. Di sini kritik terhadap “penggunaan agama” memang mempunyai asas. Masalahnya bukan kerana agama dibawa ke dalam politik, tetapi kerana nas agama dimanipulasikan untuk politik. Bezanya sangat besar. Keempat: Kita menolak ekstremisme agama yang membawa kepada takfir, tadlil dan penghalalan darah pihak yang berbeza. Ini bukan lagi sekadar persoalan perbezaan strategi politik. Lebih berbahaya apabila perbezaan politik berkembang menjadi ideologi yang mengkafirkan masyarakat Muslim dan menghalalkan darah mereka. Inilah antara ciri ekstrem Khawarij yang diberikan amaran keras dalam Sunnah. Maka garis pemisahnya perlu jelas. Justeru, menjadikan agama sebagai panduan politik bukan “tunggang agama”. Berijtihad menentukan strategi politik juga bukan “tunggang agama”. Berbeza ijtihad politik dengan kelompok Islam yang lain juga bukan bererti salah satu pihak telah meninggalkan Islam. Yang mesti ditolak ialah apabila seseorang mensakralkan ijtihad politiknya, memonopoli Islam untuk kelompoknya, memesongkan nas untuk kepentingan politik, atau mengkafirkan dan menghalalkan darah pihak yang berbeza dengannya. Sebab itu kita perlu membezakan tiga lapisan: i. Agama ialah petunjuk. ii. Politik ialah medan aplikasi. iii. Strategi politik ialah ijtihad manusia. Yang pertama bersumberkan wahyu. Yang kedua perlu dipandu wahyu. Yang ketiga pula boleh betul dan boleh salah, boleh kekal dan boleh berubah mengikut maslahat, mafsadah, awlawiyyat dan realiti. Oleh itu, jangan kerana tidak bersetuju dengan ijtihad politik manusia, kita menuduh mereka “menunggang agama”. Dan jangan pula kerana kita membawa nama agama, kita menganggap semua ijtihad politik kita adalah agama yang wajib diterima oleh semua orang. Kedua-duanya adalah kekeliruan yang mesti diperbetulkan. Komen ini agak panjang untuk dibaca oleh rakanetizen. Siapa berminat boleh baca. Saya tidak pandai buat peta untuk orang yang penat membaca panjang-panjang. Dr. HK 8.9.2026 @pengikut @sorotan

Jika tidak bersetuju dengan keputusan politik sebuah parti Islam, kritiklah ketepatan ijtihadnya. Kritiklah wasa'il yang dipilih. Kritiklah analisis maslahatnya. Kritiklah pertimbangan awlawiyyatnya. Kritiklah kesan dan ma'alat tindakannya. Tetapi jangan dengan mudah menyimpulkan bahawa apabila agama dijadikan asas pertimbangan, itu adalah “menunggang agama”. Kerana agama memang diturunkan untuk menjadi petunjuk. Yang boleh dipersoalkan bukan hak agama untuk memandu politik, tetapi ketepatan manusia memahami dan menterjemahkan petunjuk agama dalam realiti politik. Jadi, bezakan dua perkara, “Agama ini benar” tidak semestinya bermaksud “semua keputusan politik atas nama agama itu benar”. Tetapi pada masa yang sama, “Keputusan politik itu mungkin salah” juga tidak bermaksud “membawa agama ke dalam politik adalah salah”. Kegagalan membezakan antara wahyu dengan ijtihad, serta antara maqasid dengan wasa'il, akhirnya menyebabkan istilah “tunggang agama” menjadi slogan politik yang kehilangan ketepatan ilmiahnya. APA YANG KITA TIDAK PERSETUJUI? Kita bersetuju bahawa gerakan politik dan sosial yang berteraskan Islam sewajarnya menjadikan hukum syarak, nilai agama dan maqasidnya sebagai asas perjuangan. Tidak munasabah sebuah gerakan Islam diminta memisahkan pertimbangan politiknya daripada al-Quran, Sunnah dan kerangka hukum Islam. Namun persetujuan ini bukan lesen untuk mensakralkan semua keputusan politik yang dibuat atas nama Islam. Ada garis yang mesti dibezakan dengan tegas antara agama yang bersifat wahyu dengan ijtihad politik yang merupakan hasil pemikiran manusia. Pertama: Kita menolak tindakan memuktamadkan kebenaran hanya pada ijtihad politik sendiri. Strategi politik kebanyakannya berada dalam wilayah wasa'il dan siyasah ijtihadiyyah. Apabila ruangnya ijtihad, seseorang boleh berpegang kuat bahawa pandangannya lebih tepat berdasarkan dalil dan pertimbangan yang dimilikinya. Namun dia tidak boleh mengangkat ijtihad tersebut sehingga seolah-olah ia satu-satunya representasi kehendak Allah yang tidak mungkin dipertikaikan. Imam al-Nawawi menjelaskan dalam Sharh Sahih Muslim: إِنَّمَا يُنْكِرُونَ مَا أُجْمِعَ عَلَيْهِ، أَمَّا الْمُخْتَلَفُ فِيهِ فَلَا إِنْكَارَ فِيهِ “Sesungguhnya yang diingkari ialah perkara yang telah disepakati. Adapun perkara yang diperselisihkan, maka tidak dilakukan pengingkaran terhadapnya.” Beliau juga menjelaskan bahawa seorang mufti atau hakim tidak sepatutnya membantah pihak yang berbeza dengannya selagi pandangan tersebut tidak menyalahi nas, ijmak atau qiyas yang jelas. Maka dalam perkara politik yang benar-benar menerima ruang ijtihad, kita boleh mengatakan pandangan kita lebih tepat, tetapi jangan mudah mengatakan hanya pandangan kita sahaja yang Islamik. Kedua: Kita menolak monopoli label “Islamik” sehingga pihak yang berbeza ijtihad dianggap tidak Islamik atau menyeleweng. Perbezaan dalam menentukan wasa'il tidak semestinya bermaksud perbezaan pada maqasid. Dua pihak mungkin sama-sama mahu mempertahankan agama, keadilan, kemaslahatan umat dan mengelakkan kemudaratan, tetapi berbeza dalam menentukan jalan terbaik untuk mencapainya. Satu pihak memilih kerjasama, pihak lain memilih persaingan. Satu pihak memilih pendekatan keras, pihak lain memilih diplomasi. Satu pihak melihat sesuatu tindakan sebagai maslahat, pihak lain melihat mafsadahnya lebih besar. Selagi perkara itu berada dalam lingkungan ijtihad yang muktabar, perbezaan pada wasa'il tidak boleh secara automatik ditukar menjadi pertikaian tentang keislaman seseorang. Tradisi fuqaha sendiri menerima kewujudan ruang ijtihad seperti ini. Al-Nawawi menyatakan bahawa perselisihan dalam perkara cabang telah berlaku sejak zaman Sahabat dan Tabiin tanpa menjadikan setiap perbezaan tersebut sebagai kemungkaran yang mesti diperangi. Ketiga: Kita menolak penggunaan nas melalui takwilan yang batil untuk mengabsahkan kepentingan politik. Menggunakan agama dalam politik adalah sesuatu yang sah. Tetapi memaksa nas supaya memberikan makna yang tidak ditanggung oleh nas adalah perkara yang lain sama sekali.

https://www.facebook.com/share/1CLoYXCQbX/ JANGAN SALAH GUNA ISTILAH “TUNGGANG AGAMA” Ungkapan “tunggang agama” semakin mudah digunakan terhadap parti politik, NGO atau gerakan Islam apabila mereka menggunakan al-Quran, Sunnah, pandangan ulama atau pengalaman politik salaf sebagai asas sesuatu pendirian. Penggunaan istilah ini perlu diperbetulkan supaya kita tidak sampai kepada suatu keadaan yang pelik: apabila agama dijadikan panduan dalam politik, agama pula yang dipersalahkan. Pertama, tidak salah menjadikan agama sebagai panduan politik. Bagi seorang Muslim, tidak ada masalah untuk menjadikan petunjuk al-Quran, Sunnah dan pengalaman generasi terdahulu sebagai kerangka dalam membuat keputusan politik dan sosial. Bahkan persoalan sebenar bukanlah sama ada agama boleh dibawa ke dalam politik, tetapi bagaimana prinsip agama difahami dan diaplikasikan dalam realiti politik yang sentiasa berubah. Justeru, penggunaan hujah agama oleh parti atau NGO Islam tidak dengan sendirinya boleh dilabel sebagai “menunggang agama”. Jika parti yang berasaskan Islam tidak boleh berhujah dengan agama, dengan apakah asas yang mereka sepatutnya berhujah? Kedua, bezakan antara maqasid dengan wasa'il. Dalam hukum Islam terdapat perkara yang menjadi maqasid, iaitu tujuan yang hendak dicapai, dan terdapat perkara yang menjadi wasa'il, iaitu jalan, mekanisme dan pendekatan untuk mencapainya. 'Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam menjelaskan: وَلِلْوَسَائِلِ أَحْكَامُ الْمَقَاصِدِ “Wasa'il mengambil hukum maqasid.” Dalam karyanya Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Imam Izz al-Din turut menjelaskan bahawa kedudukan sesuatu wasilah bergantung kepada kedudukan maslahat dan mafsadah yang hendak dicapai atau dielakkan. Di sinilah kita perlu memahami politik kepartian, strategi pilihan raya, kerjasama politik, tahaluf, pembentukan gabungan, pendekatan dakwah, demonstrasi, rundingan, penyertaan dalam kerajaan atau menjadi pembangkang. Banyak daripada perkara ini bukan maqasid yang bersifat tetap, tetapi wasa'il yang terbuka kepada ijtihad. Satu maqasid yang sama mungkin mempunyai beberapa wasa'il untuk mencapainya. Wasilah yang sesuai hari ini mungkin tidak lagi sesuai lima tahun akan datang. Wasilah yang berkesan di sebuah negara mungkin gagal di negara lain. Sebab itulah al-‘Izz ibn ‘Abd al-Salam sendiri menghubungkan persoalan wasa'il dengan tertib maslahat dan mafsadah, termasuk mendahulukan maslahat yang lebih utama apabila tidak mungkin dihimpunkan semuanya. Ketiga, ijtihad politik bukan wahyu. Apabila sebuah parti atau gerakan Islam memilih sesuatu strategi politik, kita perlu membezakan antara prinsip agama yang menjadi sandaran dengan ijtihad manusia dalam menentukan cara melaksanakan prinsip tersebut. Ini kerana, ijtihad boleh betul dan boleh salah. Tolong fahamkan tabiat ijtihad ini yang boleh jadi betul atau salah kerana ia adalah pemahaman manusia. Rasulullah SAW bersabda: إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ “Apabila seseorang hakim membuat keputusan lalu berijtihad dan betul, baginya dua pahala. Apabila dia berijtihad kemudian tersalah, baginya satu pahala (HR al-Bukhari dan Muslim). Namun hadis ini tidak bermaksud setiap tindakan yang dinamakan “ijtihad” pasti benar atau kebal daripada kritikan. Ijtihad yang dibuat tetap boleh dipersoalkan dari sudut ketepatan membaca realiti, pertimbangan maslahat dan mafsadah, keutamaan, kemampuan serta kesan akhirnya terhadap masyarakat. Imam al-Shatibi memberikan prinsip yang sangat penting dalam al-Muwafaqat katanya: النَّظَرُ فِي مَآلَاتِ الْأَفْعَالِ مُعْتَبَرٌ مَقْصُودٌ شَرْعًا “Penelitian terhadap kesudahan sesuatu tindakan adalah sesuatu yang diambil kira dan dikehendaki oleh syarak.” Maka sebuah keputusan politik mungkin mempunyai maqasid yang baik, tetapi wasa'il yang dipilih boleh sahaja kurang tepat kerana tersalah membaca realiti, tersilap menentukan keutamaan atau gagal menjangkakan natijahnya. Di sinilah kritikan sepatutnya dilakukan.

Itulah maksud jangan pajak otak, yang ramai guna kini. Salam hormat, Liyana Marzuki

https://www.facebook.com/share/p/1GpDtQyk9a/ FEUDAL Seorang Profesor katakan pada saya, majoriti orang Melayu ini feudal. Mereka akan sentiasa nak ada orang di atas mereka. Mereka nak dibela dan dijaga. Mereka nak menumpang setia. Kalau dulu-dulu kita sandarkan taat setia sepenuhnya kepada Raja, zaman moden ini kepada politikus pula. Ada yang mentaksub ulama politik juga. Dengan janji mereka ke syurga. Itu typical. Setiap feudal master akan menjanjikan sesuatu atas setia yang diberi. Ulama politik akan menjanjikan kehidupan selepas dunia ini. The afterlife. Kunci syurga dan neraka mereka pegang. Pangkah mereka ke syurga, lawan mereka anda ke neraka jahanam. Labelnya tersedia untuk kita: liberal, Wahabi, Syiah. Semua ini set pada mereka yang tidak layak cium bau syurga. Bagi politikus bangsawan, janji untuk pangkat dan harta tersedia. Kalau bersama mereka anda akan jadi kaya raya. Berjawatan dan berpangkat. Tak kisahlah sumbernya dari mana. Hatta, mereka buat dana negara seperti dana parti mereka. Ekosistem ini yang disemai berpuluh tahun jua. Maka, jangan diusik, akan dapat bahana. Zaman sekarang, orang mentaksub dan fanatik dengan politikus bangsawan/elit serta ulama politik lebih daripada tumpah taat setia mereka pada Raja. Mungkin sebab itu memang selayaknya ada Kesetiaan kepada Raja dalam Rukun Negara. **** Apabila negara bergerak daripada sistem Raja Mutlak kepada demokrasi, konsep taat setia kepada Raja diteruskan. Ia diterapkan untuk menjadi sebahagian daripada identiti negara. Ia dimaktubkan dalam Rukun Negara. Dan terpahat dalam lagu negara/negeri. Dua kali diulang “Raja kita selamat bertakhta” dalam Negaraku. Sama juga di Negeri Sembilan, “Musuhnya habis binasa, Berkatlah YDB Negeri Sembilan”. Di negeri saya Perak juga ada ending “Allah peliharakan Sultan”. Menarik melihat bagaimana konsep feudal ini terus dipelihara dalam zaman moden. Bukan lagi sekadar bergantung kepada mistik seperti daulat dan tulah, tetapi turut diterjemahkan melalui lagu negeri dan negara. **** Saya selalu percaya, di saat satu pihak feudal masters kita haru-biru, politikus dalam era menjatuhkan dan memburu. Bertukar-tukar lawan dan kawan seperti tukar baju. Kita masih perlukan Raja-Raja Melayu. Supaya Baginda membawa semak dan imbang itu. Tapi saya juga percaya. Kuasa mutlak tidak patut diberi kepada mana-mana pihak. Sama ada Raja atau politikus. Dan kita tak perlu mentaksub individu. Itu sebab tunjang sistem kita ialah Raja Berperlembagaan. Hatta Raja tidak boleh mengatasi undang-undang dan Perlembagaan. Ada hadnya yang mereka tak boleh langgar. Sama sahaja ajaran Tok Nenek Moyang kita. Raja adil Raja disembah. Raja zalim Raja disanggah. Tapi dalam zaman moden ini, adakah ruang menyanggah Raja, tanpa dikenakan 3R? Nasib baik, kita ada 9 Raja-Raja Melayu. Mereka tidak berdiri dalam ruang yang terasing antara satu sama lain. Ada Majlis Raja-Raja, ada Perlembagaan dan ada aturan serta institusi yang menjadi sebahagian daripada sistem Raja Berperlembagaan kita. Dan apabila timbul sesuatu yang menyentuh kepentingan, kedudukan atau hubungan antara institusi Raja-Raja, ada Majlis Raja-Raja sebagai ruang untuk Baginda-Baginda bermuafakat. Di situlah juga wujud semak dan imbang sesama Raja. Royal Brethren itu masih kuat lagi. **** Kerana itu saya percaya, masalah kita bukan Raja. Masalah kita ialah apabila manusia menyerahkan akal dan pertimbangan kepada sesiapa sahaja yang mereka letakkan di atas takhta. Takhta itu boleh jadi takhta istana. Takhta politik. Takhta agama. Demokrasi tidak menghapuskan feudalisme kalau kita sekadar menukar siapa yang kita sembah. Sebab itu Raja perlu dibatasi Perlembagaan. Politikus perlu dibatasi undang-undang. Ulama pula tidak boleh menguasai akal dan iman manusia dengan ketakutan. Dan Rakyat? Rakyat juga perlu belajar bahawa taat setia tidak bermaksud taat membuta tuli. Mungkin cabaran Malaysia hari ini bukan untuk membuang Raja atau tradisi. Tetapi untuk membuang sifat feudal dalam diri kita sendiri.

https://www.facebook.com/share/p/1EnCbPwdou/ saya kira satu sunnah yang semakin dilupakan orang, esp Gen Z sekarang ni, ialah stay dalam satu kerja yang dibukakan Allah sebagai pintu rezeki baginya. sikit2 skip, boring, tukar tempat kerja, selang 3-4 tahun tukar kerja sebab boring atau alasan 'tidak tahan'. Nabi larang perangai begitu, bahkan itu jadi sebab hilangnya keberkatan rezeki. Perhatikan kisah Nafi' rahimahullah ini yang diriwayatkan alBaihaqi dalam kitab Adabnya: نَافِعٌ قَالَ: كُنْتُ أُجَهِّزُ إِلَى الشَّامِ وَإِلَى مِصْرَ، فَكَانَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَرْزُقُ خَيْرًا كَثِيرًا، فَجَهَّزْتُ إِلَى الْعِرَاقِ فَلَمْ يَرْجِعْ رَأْسُ مَالِي، فَدَخَلْتُ عَلَى عَائِشَةَ فَقَالَتْ: يَا بُنَيَّ، الْزَمْ تِجَارَتَكَ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "إِذَا فُتِحَ لِأَحَدِكُمْ رِزْقٌ مِنْ بَابٍ فَلْيَلْزَمْهُ" Nafi' berkata: "Aku pernah menghantar kelengkapan barang dagangan ke Syam dan ke Mesir, dan Allah 'azza wa jalla sentiasa mengurniakan rezeki (keuntungan) yang banyak. Kemudian, aku menghantar barang dagangan ke Iraq pula, tetapi modal asalku tidak kembali (mengalami kerugian). Lalu aku menemui Aisyah radiAllah anha dan beliau berkata: 'Wahai anakku, tetaplah pada (jalan) perniagaanmu, kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam bersabda: "Apabila dibukakan kepada salah seorang daripada kamu pintu rezeki daripada sesuatu jalan, maka hendaklah dia melaziminya (menekuni dan mengekalkan jalan tersebut)." alBaihaqi tabwibkan hadis ini dengan judul 'Bab Man Buurika lahu fi Syai'in Falyalzamhu'. kalau ditanzilkan hadis ini dalam dunia pekerjaan zaman sekarang, betul, terpakai. yes dalam mana2 pekerjaan pun akan ada pros & cons nya. bukan sikap baik suka2 berhenti kerja tanpa sebab munasabah, lagi2 sebab boring. boleh jadi kerja yang so-called boring itulah pintu rezeki yang baik, sementara kerja lain yang belum tentu didapat boleh jadi kerja yang hilang berkatnya. lain isunya kalau dizalimi di tempat kerja. kalau kerjanya bagus, payment ok dan sesuai dengan workload, dan boleh deal kenaikan tahunan dll benefit, kenapa pindah2? kerja dengan baik, dengan harapan Allah berkati rezeki yang kita dapat, lebih utama.

https://www.facebook.com/share/1Q4DZyjTyp/ POLITIK | Zaman sangat idealistik dulu, saya pernah berkata kerjasama politik yang unik patut berlaku misalnya Parti A dan Parti B di Persekutuan tidak semestinya bekerjasama di negeri. Parti A dan Parti B masing-masing boleh bekerjasama dengan Parti C atau lain-lain parti di negeri berbeza. Waktu itu saya percaya ia boleh dilakukan dan sekaligus sedikit-sebanyak akan menggalakkan suasana politik yang lebih harmoni, bertumpu kepada penambahbaikan dasar untuk pembangunan yang lenih bermakna. Saya masih percaya ia boleh dilakukan. Cuma mungkin perlu ada penyesuaian dasar bagi menjadikannya lebih teratur. Kita sudah ada pelbagai parti (multi-party). Malah calon bebas pun ada yang boleh menang. Kita pernah ada pengalaman kerjasama politik antara parti-parti. Meskipun ramai mungkin menganggap ia tidak begitu berjaya, bagi saya ia sudah cukup baik sebagai asas. Yang sedikit tidak teratur, bagi saya ialah kerjasama politik di Malaysia umumnya berlaku sebelum pilihan raya. Jadi, kurang keanjalan untuk pilihan selepas pilihan raya. Itu pun masih OK jika kerjasama ini dijalankan secara rasmi melalui entiti berdaftar seperti PH dan BN - ada mesyuarat agung dan sebagainya. Seterusnya, kita mesti menetapkan parti yang mendapat kerusi terbanyak diberi peluang untuk membentuk kerajaan bersama parti-parti pilihannya melalui satu tempoh rundingan, katakan maksimum sebulan. Sekiranya kerajaan gagal dibentuk, kerajaan akan berjalan sebagai kerajaan minoriti sehingga ada undi tidak percaya dan ia mesti diterjemahkan sebagai panggilan mandat baru melalui pilihan raya. Untuk menjadikannya lebih teratur perlu ada rundingan untuk pembaharuan bahagian Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri yang turut melibatkan kuasa Raja-Raja.

https://www.facebook.com/share/p/14iM7bq6CKs/ Satu tersurat dan satu tersirat boleh difahami melalui kenyataan Presiden UMNO di Melaka semalam. Tersurat, walau dengan siapa UMNO bekerjasama dalam PRN nanti, BN nekad bertanding minimum 21 kerusi. Maksudnya mana2 parti yang hendak bekerjasama dengan UMNO, baki untuk ditandingi hanyalah tujuh kerusi. UMNO kelihatan sangat serius dengan keputusan tersebut, berulang kali ditegaskan. Tersirat, jika tiada parti sedia menerima syarat tersebut, BN bersedia untuk pergi solo dalam PRN Melaka ini. Semalam diulang sebut BN menang besar dalam PRN lepas apabila mereka berani membuat keputusan bertanding solo. Dalam kes ini, dilema paling besar adalah kepada PAS yang sangat obses untuk bekerjasama dengan UMNO. Sedia atau tidak PN yang dipimpin PAS bertanding hanya tujuh kerusi? Daripada tujuh tersebut, hanya tiga berpotensi menang, manakala empat lagi agak mencabar. Berdepan situasi ini, PAS ada dua pilihan. Pertama menggunakan model Negeri Sembilan, iaitu bekerjasama dengan BN dan bertanding hanya tujuh kerusi sahaja. Kedua menggunakan model Johor, iaitu PN bertanding kerusi2 yang mereka target, termasuk bertembung dengan BN di beberapa kerusi. Untuk kerusi2 yang tidak ditandingi PN, ahli dan penyokong diarah mengundi BN. Jika dua pilihan tersebut bukan pilihan, pilihan ketiga adalah PN bertanding semua kerusi. Itu juga ada asas yang kuat. Kerana dalam PRU15 November 2022, sokongan terhadap PN agak kukuh. PN menang undi di 10 kerusi DUN, berbanding BN yang hanya menang undi empat DUN.

Dan menggunakan media sosial bukan sekadar untuk bercerita tentang diri sendiri, tetapi untuk membawa sesuatu kepada masyarakat. Sebab saya percaya kita perlukan lebih ramai wanita yang menulis. Bukan semata-mata untuk menjadi content creator. Bukan untuk mengejar viral. Dan bukan kerana semua wanita perlu menjadi ahli politik atau pemimpin negara. Tetapi kerana separuh daripada pengalaman dunia ini dialami oleh wanita. Kalau wanita tidak menulis, sebahagian pengalaman itu tidak direkodkan. Kalau wanita tidak bersuara, sebahagian perspektif itu tidak didengar. Dan kalau wanita yang baik, berilmu dan waras memilih untuk diam, ruang itu tidak akan kekal kosong. Orang lain akan mengisinya. Sebab itu saya mahu lebih ramai wanita belajar menulis. Tulislah tentang keluarga. Pekerjaan. Masyarakat. Pendidikan. Ekonomi. Agama. Undang-undang. Negara. Tulislah tentang dunia yang kita lihat. Dan kalau ada sesuatu yang tidak kena dengannya, tulislah tentang dunia yang kita mahu lihat. *** Lebih 5,000 tahun dahulu, manusia mencakar simbol pada tanah liat supaya sesuatu tidak dilupakan. Hari ini kita memegang telefon dan mampu berbicara dengan ribuan, malah jutaan manusia. Teknologinya berubah. Tetapi kuasa tulisan tidak. Tulisan membuatkan idea hidup lebih lama daripada orang yang menulisnya. Jadi kepada wanita-wanita yang bersama saya semalam: Cari suara anda. Asah pemikiran anda. Dan gunakan suara itu dengan bertanggungjawab. Mungkin dunia belum mengenali nama anda hari ini. Tidak mengapa. Semua penulis bermula dengan satu tulisan. Wanita menulis. Wanita berbicara. Dan dunia nescaya akan mendengar. Salam hormat, Liyana Marzuki NB: Terima kasih kepada pihak penganjur KPWKM yang sekali lagi mengiktiraf saya sebagai Tokoh Wanita PERANTIS 2026. Masih terasa kerdil menerima pengiktirafan ini. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat 🙏

https://www.facebook.com/share/p/1D8FpjwR3p/ PENULIS Lebih 5,000 tahun dahulu, manusia mula menulis. Antara penulisan terawal yang diketahui manusia ditemui pada kepingan tanah liat di Mesopotamia (sekarang Iraq), sekitar 3400–3200 sebelum Masihi. Tapi jangan bayangkan tulisan pertama manusia itu puisi indah, kisah cinta atau manifesto politik. Ia jauh lebih mundane. Manusia menulis untuk mengira. Berapa banyak gandum disimpan. Berapa ternakan dimiliki. Berapa barangan keluar masuk dan siapa menerima bekalan. Masyarakat semakin besar. Perdagangan berkembang. Ingatan manusia sahaja tidak lagi mencukupi. Maka manusia mencipta satu cara untuk menyimpan ingatan di luar kepala mereka. Tulisan. Daripada simbol yang dicakar pada tanah liat, lahirlah sistem tulisan yang akhirnya kita kenali sebagai cuneiform. Menarik sebenarnya. Manusia sudah bercakap berpuluh-puluh ribu tahun sebelum mengenal tulisan. Tetapi percakapan mempunyai satu kelemahan. Kata-kata hilang selepas diucapkan. Tulisan tidak. Ia boleh tinggal selepas penulisnya pergi. Dan mungkin di situlah bermulanya kuasa seorang PENULIS. **** Bila menyelak sejarah, ramai pemimpin yang kemudiannya mengubah dunia juga merupakan penulis. Sebelum mempunyai kuasa untuk mengubah dunia, mereka menulis tentang dunia sekeliling mereka. Kemudian mereka menulis tentang dunia yang mereka mahu lihat. 🟦Mahatma Gandhi menulis tentang penjajahan dan kebebasan India. 🟦Sukarno menulis tentang nasionalisme dan sebuah Indonesia yang merdeka, lama sebelum menjadi Presiden. Begitu juga dengan Nelson Mandela, Winston Churchill malah Barack Obama. **** Begitu juga wanita. 🟢Raden Adjeng Kartini misalnya menulis tentang pendidikan, kebebasan dan kedudukan wanita Jawa ketika kehidupannya sendiri masih dibatasi adat zamannya. 🟢Virginia Woolf pula menulis tentang pentingnya wanita mempunyai kebebasan ekonomi dan ruang sendiri untuk berfikir, berkarya dan bersuara. Dan sejarah mempunyai satu ironi tentang wanita. Dalam banyak zaman, wanita dianggap terlalu lembut untuk politik. Tidak cukup keras untuk memimpin. Tidak sesuai berada di barisan hadapan. Tetapi apabila negara berada dalam krisis, sejarah berkali-kali menunjukkan cerita yang berbeza. Ketika perang meletus. Ketika diktator tumbang. Ketika demokrasi runtuh. Ketika negara berpecah dan rakyat hilang kepercayaan kepada kepimpinan yang ada. Pada saat-saat begini, ada kalanya wanita yang selama ini berada di pinggir politik tiba-tiba diangkat ke hadapan. ♦️Benazir Bhutto muncul selepas Pakistan melalui pemerintahan tentera dan ayahnya, Zulfikar Ali Bhutto, digulingkan serta dihukum mati. Beliau akhirnya menjadi Perdana Menteri wanita pertama Pakistan. ♦️Corazon Aquino pula bangkit selepas pembunuhan suaminya dalam sebuah Filipina yang bergelut dengan pemerintahan autoritarian Ferdinand Marcos. Seorang wanita yang bukan ahli politik kerjaya akhirnya menjadi wajah kepada gerakan demokrasi dan Presiden negara itu. ♦️Di Indonesia, Megawati Sukarnoputri muncul daripada pergolakan politik penghujung era Suharto dan zaman Reformasi. Ketika Indonesia masih mencari kestabilan demokrasi baharu, beliau akhirnya menjadi Presiden wanita pertama republik itu. Tiga negara. Tiga krisis yang berbeza. Tiga wanita yang muncul ketika negara masing-masing berada di persimpangan. Bukan bermakna wanita hanya layak memimpin ketika krisis. Dan bukan juga bermakna setiap wanita akan menjadi pemimpin yang baik. Tetapi ia mengingatkan kita tentang sesuatu. Jangan sesekali memandang kecil kepada wanita yang berfikir, menulis dan berani bersuara. Kerana kita tidak pernah tahu. Wanita yang hari ini hanya menulis tentang dunia yang mahu dilihatnya, mungkin suatu hari nanti diminta membantu membinanya. **** Semalam saya menghabiskan sehari bersama sekumpulan wanita dalam Kursus Pementoran Penulisan & Pengaruh Media Sosial. Saya mengajar mereka mencari suara sendiri. Bagaimana membina idea. Menulis hujah. Menggunakan fakta. Memahami audiens.

HAJI HADI HARI INI BUKAN HAJI HADI 30 TAHUN LALU Ada juga satu realiti yang tidak perlu diselindungkan. Usia bergerak. Haji Hadi hari ini tentu bukan Haji Hadi 20 atau 30 tahun lalu. Cara menjawab soalan, ketajaman spontan dan kemampuan menghuraikan isu secara panjang tentunya berubah mengikut usia. Itu bukan penghinaan. Itu hukum alam. Malah ada sedikit ironi sejarah. Pada 2016, ketika Yusuf al-Qaradawi mengkritiknya, Haji Hadi sendiri mempersoalkan sama ada kenyataan tersebut benar-benar datang daripada Qaradawi dengan merujuk keadaan ulama itu yang sudah uzur, kurang mendengar dan penglihatannya tidak begitu baik. Hukum usia yang digunakan untuk membaca Qaradawi dahulu tentunya tidak mengecualikan sesiapa. Tetapi isu lebih besar bukan usia Haji Hadi. Isunya ialah: ketika Presiden semakin bergantung kepada lingkungan di sekelilingnya untuk mengurus politik harian, siapa sebenarnya mendapat lebih banyak ruang untuk membentuk PAS? PERANG SEBENAR BELUM BERMULA Sebab itu terlalu awal kalau kita sibuk meneka siapa “pengganti Haji Hadi”. Soalan lebih besar ialah apa yang akan berlaku apabila Haji Hadi sudah tiada sebagai titik tengah. Hari ini semua masih boleh duduk di bawah payung yang sama. Sanusi boleh membina jentera. Samsuri boleh menggunakan kedudukannya dalam PN. Takiyuddin boleh mengendalikan simpang organisasi. Kelompok ulama boleh menegaskan Majlis Syura. Dan semuanya masih boleh mengatakan: kami wala' kepada Presiden. Apabila Haji Hadi sudah tiada, ayat itu tidak lagi menyelesaikan masalah. Pada ketika itu barulah pertembungan sebenar akan menjadi jelas. Siapa mengawal siapa? Siapa menggunakan siapa? Siapa mempunyai kerusi? Siapa menguasai jentera? Siapa mempunyai akses kepada institusi? Siapa mampu menggunakan legitimasi ulama untuk mengabsahkan kemnya? Dan siapa akhirnya berjaya membuat pemain lain bergantung kepadanya? Jangan terlalu cepat membayangkan Sanusi, Samsuri atau Takiyuddin sebagai “pewaris hebat”. Masing-masing sedang bermain permainan kuasa. Masing-masing mempunyai kelemahan. Dan masing-masing memerlukan pemain lain selagi belum cukup kuat untuk berdiri sendiri. Kelompok ulama pula belum mati. Tetapi kalau mereka gagal membina semula pusat kuasa sendiri, mereka mungkin akhirnya bukan lagi pihak yang menentukan siapa memimpin PAS. Mereka hanya akan menjadi pihak yang memberikan legitimasi kepada kem yang berjaya menguasai parti. Itulah perkara paling menarik yang ditunjukkan Muktamar semalam. Bukan siapa paling kuat. Tetapi bagaimana kuasa PAS sudah mula berpecah kepada beberapa tangan. Haji Hadi masih berada paling depan. Masih menjadi payung. Masih menerima hentaman. Tetapi di belakang payung itu, masing-masing sudah mula menyusun buah. Muktamar ke-72 belum menunjukkan siapa akan menang. Tetapi ia sudah menunjukkan satu perkara: PAS selepas Haji Hadi tidak akan ditentukan oleh proses penggantian seorang Presiden semata-mata. Ia akan ditentukan oleh pertarungan tentang siapa akhirnya berjaya mengawal jentera, institusi, akses, kerusi — dan siapa berjaya menggunakan siapa.

Itu sebenarnya satu penegasan semula autoriti. Seolah-olah mahu mengingatkan: jangan sampai orang yang mempunyai jentera, jawatan PN atau rangkaian organisasi merasakan mereka bebas menentukan semuanya. Masalah kelompok ulama ialah kekuatan politik mereka tidak lagi seperti dahulu. Tuan Ibrahim masih Timbalan Presiden, tetapi sukar melihat ruang politiknya berkembang jauh melebihi kedudukan sekarang. Di bawahnya pula Idris Ahmad, Nik Zawawi dan tokoh-tokoh ulama lain belum kelihatan membentuk satu gelombang yang mampu menjadi pusat kuasa dominan. Mereka ada institusi. Tetapi institusi tidak semestinya sama dengan kuasa politik. Dan di sinilah keadaan menjadi lebih rumit. AHMAD YAHYA: ULAMA YANG MEMBERI KELEBIHAN KEPADA SANUSI? Ahmad Yahya mengetuai Dewan Ulama. Di muktamar semalam, beliau menyeru ahli memberikan wala' dan kepatuhan yang tinggi kepada kepimpinan selepas sesuatu keputusan dibuat. Tetapi kedudukan Ahmad menarik kerana beliau sendiri tidak mudah dibaca sebagai tokoh yang sedang membina satu kutub ulama yang benar-benar bebas. Lihat pola sebelum ini. Ketika Sanusi dikritik kerana sesi karaoke sehingga lewat malam, Ahmad Yahya tampil mempertahankan dan memberikan konteks kepada tindakannya, walaupun mengakui terdapat ahli PAS yang tidak selesa. Itu tidak membuktikan Ahmad Yahya ialah “orang Sanusi”. Jangan pergi sejauh itu. Tetapi dalam politik, kesan kadang-kadang lebih penting daripada label. Jika Ketua Dewan Ulama sendiri berulang kali menjadi antara orang yang memberikan perlindungan politik kepada Sanusi, maka secara objektif Sanusi mendapat satu kelebihan. Dia bukan sahaja mempunyai jentera. Dia berpotensi mendapat legitimasi atau perlindungan daripada sebahagian lingkungan ulama. Di sinilah masalah kelompok ulama. Mereka mahu mengambil kembali ruang. Tetapi sebahagian daripada kekuatan mereka sendiri sedang bertindih dengan kem lain. Maka kutub ulama semakin sukar berdiri sebagai satu kem yang benar-benar tersendiri. PRESIDEN PULA SUDAH DIKELILINGI Kemudian lihat siapa yang berada paling hampir dengan Haji Hadi. Di satu sisi ada Takiyuddin dengan organisasi. Ada Samsuri di PN. Ada Sanusi dengan jentera. Dan di pintu institusi Presiden sendiri ada Syahir Sulaiman. Syahir menjadi Setiausaha Politik Presiden PAS sejak 2018, menggantikan Samsuri yang sebelum itu memegang jawatan tersebut. Dalam banyak episod sejak itu, Syahir juga menjadi orang yang menjelaskan pendirian atau tindakan Haji Hadi kepada khalayak. Dalam bahasa politik, kedudukan seperti ini boleh dianggap sebagai gatekeeper. Penjaga pintu. Bukan bermaksud Syahir menerima arahan Sanusi, Samsuri atau Takiyuddin. Tidak ada bukti untuk mengatakan begitu. Tetapi struktur ini penting. Ia menunjukkan bahawa hubungan dengan institusi Presiden tidak lagi sekadar hubungan terus dengan Haji Hadi. Di sekeliling Presiden sudah ada satu lingkungan politik yang mempunyai jaringan, kepentingan dan hubungannya sendiri. Kelompok ulama mungkin mempunyai Majlis Syura. Tetapi pemain lain berada lebih hampir dengan pengurusan politik harian. Itu bezanya. SEBAB ITU SEMUA MASIH PERLUKAN HAJI HADI Di tengah-tengah semua ini, jangan pula menganggap Haji Hadi sudah tidak penting. Sebaliknya, semua blok tadi masih memerlukannya. Bukan semestinya kerana beliau mengawal setiap gerakan mereka. Tetapi kerana Haji Hadi mempunyai sesuatu yang belum dimiliki sepenuhnya oleh Sanusi, Samsuri mahupun Takiyuddin: legitimasi sejarah dan hubungan emosi dengan sebahagian besar penyokong teras PAS. Haji Hadi adalah payung. Dan pada masa yang sama, beliau juga perisai. Apabila kenyataan mencetuskan kontroversi, siapa kena dahulu? Haji Hadi. Media mengejar Haji Hadi. Lawan politik menyerang Haji Hadi. Penyokong rally mempertahankan Haji Hadi. Dalam kekecohan itu, pemain di belakang mempunyai ruang lebih luas untuk terus mengurus jentera, rundingan, kerusi dan jaringan masing-masing. Sebab itu Haji Hadi masih berguna kepada semua pihak. Selagi beliau ada, tidak ada sesiapa perlu membuka perang secara terang-terangan.