cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

The Thinkers

- Pengajian Islam, Agama, Falsafah-Pemikiran, Feqah, Tasawwuf - Al-Quran, Hadith - Dakwah, Fikrah, Isu² Sosial, Kemasyarakatan - Disiplin Ilmu lain : Undang-undang, Ekonomi, Sejarah, dsb - Analisis Ulasan Politik, Isu² Semasa, Kenegaraan ©️TheThinkers

Show more
Malaysia39 908The language is not specifiedReligion & Spirituality90 452
Advertising posts
599
Subscribers
No data24 hours
+17 days
+130 days
Posting time distributions

Data loading in progress...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Publication analysis
PostsViews
Shares
Views dynamics
01
https://www.facebook.com/share/p/b9ZwvjJ3dcuWy8kf/?mibextid=oFDknk SIRI 2: sebelum ini, saya ada tulis dah berkenaan perkara qatie dan zanniy yang ada kaitan dengan subut dan dilalah. saya sambung perbahasan saya. Sesuatu perkara Zanniy; (a) ia kekal zanniy (b) ia boleh jadi Qatie. (c) ia perlu diseragamkan dengan perkara qatie. Salah satunya adalah sebab berikut; Apabila perkara zanniy subut itu banyak yang semuanya mempunyai unsur kesamaan. Dalam ilmu usul al-Fiqh, ia disebut sebagai ISTIQRA' MAKNAWI. asal istiqra' maknawi ini adalah gabungan antara konsep ISTIQRA' NAQIS + MUTAWATIR MAKNAWI. macam mana itu? Saya cuba kupas dalam bahasa yang saya harap orang mudah faham. istiqra' ini ada dua jenis; (a) istiqra' tam (b) istiqra' naqis. contoh mudah nak faham ISTIQRA' TAM adalah seperti dalam sebuah kelas A ada 40 orang pelajar. Lalu, ditest pada setiap seorang pada 40 orang pelajar tersebut dengan membaca. Apabila didapati 40 orang itu lancar membaca, maka disimpulkan bahawa SEMUA PELAJAR DALAM KELAS A DAPAT MEMBACA DENGAN BAIK. Contoh mudah ISTIQRA' NAQIS pula adalah seperti dalam kelas B ada 40 orang pelajar. Lalu ditest pada beberapa orang secara rambang dengan membaca. didapati, dalam bilangan yang mungkin sekitar 5 hingga 10 orang secara rambang itu dapat membaca dengan baik. makanya disimpulkan bahawa SEMUA PELAJAR DALAM KELAS B DAPAT MEMBACA DENGAN BAIK. hal yang dicapai secara ISTIQRA' TAM bersifat QATIE. tetapi, hal yang bersifat ISTIQRA' NAQIS adalah ZANNIY. Amalan ISTIQRA' NAQIS ini, turut diguna pakai dalam mazhab syafie dalam hal melibatkan penentuan kadar lama haid bagi seseorang perempuan. hanya beberapa orang perempuan sahaja yang ditanya berkenaan kadar lama haid mereka, didapati secara rambang itu agak konsisten bahawa kadar paling lama adalah 15 hari. Pendekatan ISTIQRA' NAQIS ini bersifat ZANNIY. ia boleh dibantah dan dikritik. Terutama, apabila kajian EMPARIKAL (hissiyat) mendapati menyanggahinya, maka keputusan itu boleh bertukar. hal ini berlaku dalam kritikan Imam al-nawawi terhadap keputusan makruh menggunakan air musyammas oleh Imam Syafie dengan alasan bahawa ia boleh terkena penyakit sopak. Makanya, al-Imam al-Nawawi simpulkan menggunakan air musyammas adalah HARUS, bukan MAKRUH sepertimana fatwa Imam syafie. kalau keputusan HISSIYAT pun dapat dibantah dengan keputusan HISSIYAT yang baru, sudah pasti keputusan HISSIYAT dapat membantah keputusan ISTIQRA' NAQIS. Hal ini kerana, epistemologi bagi ISTIQRA' NAQIS adalah dari keputusan rasional adalah melihat konsistensi pada HISSIYAT juga. itu adalah istiqra' naqis. lalu, bagaimana pula datang istiqra' maknawi? asal maknawi itu datang dari pendekatan MUTAWATIR MAKNAWI. asal mutawatir maknawi, apabila lebih sepuluh orang memberitahu ayat al-Quran, iaitu lafaz "alhamdulillahi rabb al-Alamin" dengan lafaz begini. Ia diterima turun temurun dari zaman nabi muhammad sehingga sekarang; di semua negara dalam dunia ini, maka ia dianggap sebagai sebutan yang qatie. itu disebut sebagai mutawatir lafzi. tetapi, ada pula contoh berkenaan hadis-hadis yang ahad yang menyebut berkenaan menadah tangan ketika berdoa. Secara lafaz hadis, dalam pelbagai bentuk dan konteks bahawa nabi berdoa dengan menadah tangan. Namun, yang berbezanya adalah konteks doa, sedangkan kesamaannya dalam pelbagai konteks itu, Nabi berdoa dengan menadah tangan. dengan itu, disimpulkan bahawa tadah tangan semasa berdoa adalah perkara yang mutawatir maknawi. Ia tidak dinamakan mutawatir lafzi sebab konteks doa-doa tersebut bersifat ahad. apabila ISTIQRA' NAQIS yang ZANNIY digabungkan dengan MUTAWATIR MAKNAWI yang bersifat QATIE, maka AL-SYATIBI menamakannya sebagai ISTIQRA' MAKNAWI yang ia juga bersifat QATIE. Contohnya bagi ISTIQRA MAKNAWI adalah seperti kaedah usul: ASAL SESUATU SURUHAN ADALAH WAJIB KECUALI ADA NAS YANG MEMALINGKAN MAKNANYA. kaedah ini diasaskan kepada kaedah istiqra' maknawi. kerana pembentukannya kurang lebih seperti berikut;
60Loading...
02
+ dalam al-Quran adalah suruhan solat, maka solat wajib. + dalam al-Quran ada suruhan berpuasa, maka berpuasa adalah wajib. + dalam al-Quran ada suruhan berzakat, maka zakat adalah wajib. dalam al-Quran ada suruhan beriman, maka beriman adalah wajib. = maka kesimpulannya adalah: Setiap suruhan dalam al-Quran adalah wajib. kesimpulan ini, bukan dilihat pada istiqra' secara tam. Tetapi dilihat pada perkara yang lazim sahaja yang disifatkan sebagai dalam ketagori naqis lagi. Dalam tradisi hadis dari aliran Hanafi, ada istilah hadis masyhur yang berbeza dengan hadis musyafidh yang beliau anggap, hadis masyhur yang tidak capai tahap mutawatir pun, keputusannya adalah Qatie juga. lalu, bagaimana pula yang berpaling makna wajib kepada sunat? + dalam al-Quran ada suruhan tulis apabila berhutang dikerana mahu elak berperang. + dalam al-Quran ada suruhan berperang, apabila mendapat serangan dari musuh. + dalam al-Quran ada suruhan laksanakan hukum potong tangan bagi pesalah mencuri, tetapi dalam hadis ada menyebut potong tangan itu jika barangan yang dicuri itu 1/4 dinar (tidak mutlak) = dengan itu difahami, asal hukum wajib itu ada pemalingan makna. kaedah usul ini adalah qatie. Justeru, apabila ada nas-nas al-Quran atau hadis yang bersifat ZANNIY DILALAH, ia perlu diseragamkan dengan hukum usul yang QATIE. berkenaan keseragaman antara USUL YANG QATIE dengan NAS YANG ZANNIY DILALAH ini, memang berlaku khilaf dalam kalangan ulama mazhab pula. Contohnya, Mazhab Maliki anggap amalan ahli madinah sebagai asas kepada keabsahan sesuatu periwayatan adalah sesuatu yang qatie. tiba-tiba ada hadis yang bersifat zanni menyebut berkenaan puasa enam. Pada mazhab maliki, yang qatienya adalah ahli madinah tidak laksanakan amalan puasa 6. Sedangkan hadis yang menyebut amalan puasa 6 itu adalah ahad (zanniy). Penilaian ZANNIY itu cenderung kepada lemah dari sudut dilalah (bukan subut), kerana riwayat tersebut tidak didokong dengan riwayat lain bahawa sahabat pernah bercerita bahawa Nabi ada laksanakan puasa 6, serta tidak ada riwayat yang menyebut bahawa sahabat laksanakan puasa 6 terbabit. Maka dengan sebab itu, beliau simpulkan ia makruh untuk diamalkan. Dalam mazhab Syafie pula, puasa 6 itu adalah sunat, kerana usul ahli Madinah ini tidak menjadi asas dalam mazhab Syafie. Pada mazhab Syafie, kalau ada hadis menyebut Fadhilat, dan sanad hadisnya pula sahih, maka dipercayai bahawa ia diamalkan oleh Nabi, walaupun tak ada riwayat yang menyebut bahawa sahabat ada nampak nabi puasa 6. Ini perbezaan kaedah usul antara mazhab-mazhab. Mungkin susah nak faham kupasan ini. Saya akui, ia tidak mudah nak faham kecuali mereka sudah sekian lama bergelumang dengan ilmu Usul al-Fiqh. Walaubagaimana pun, saya percaya, kalau kita membaca dan fahami perbahasan ini, kita akan faham kenapa ulama usul amat meraikan kewujudan kepelbagaian fiqh mazhab. baca juga kupasan sebelum ini di sini; https://www.facebook.com/share/p/wYE9EfWe2SRhTv16/?mibextid=oFDknk
70Loading...
03
https://www.facebook.com/share/p/NMVzhaaVVkMHu1nk/?mibextid=oFDknk Dalam ungkapan arab, penggunaan kata nama dan kata kerja memberi pemaknaan yang berbeza, walaupun diterjemahkan dengan terjemahan yang sama. Ia bukan sekadar berlaku dalam ilmu tafsir, malah berlaku dalam ilmu hadis. Contoh dalam ilmu tafsir; dalam Al-Quran, ada beza apabila Allah kata الذين امنوا dan المؤمنون, walaupun kedua-dua kata ini diterjemahkan dengan "Orang beriman". Kalau digunakan kata kerja الذين امنوا, sesiapa sahaja yang sudah beriman, walaupun dia ahli maksiat dan dosa juga termasuk. Tetapi, apabila digunakan kata kata nama المؤمنون, ia hanya orang yang beriman yang benar-benar beriman. Sebab itu, dalam Al-Quran, Allah pernah sebut bahawa orang mukmin المؤمنون boleh gementar hati dan menitis air mata tatkala mendengar ayat Allah. انما المؤمون الذين إذا ذكر الله وجلت قلوبهم وهذا تليت عليهم اياته زادتهم ايمانا Sedangkan, kita juga beriman yang ketika sedang lepak di kedai mamak, kedai terbabit pasang bacaan Al-Quran, kita tidak gementar hati dan tidak menitik air mata. Apakah iman kita sudah hilang dari hari? Tidak hilang. Kerana, kita adalah الذين امنوا yang belum capai tahap المؤمنون dalam pemaknaan al-Quran. Demikian juga dalam ilmu usul al-Hadis. Ada perawi-perawi hadis tertentu digelar sebagai Mudallis (digunakan kata nama), tetapi ada perawi itu dia tidak digelar sebagai Mudallis, namun ulama Rijal tetap akui bahawa dia ada lakukan tadlis (kata kerja) Kalau didapati dalam Sanad hadis ada perawi Mudallis, sejak dari awal lagi hadis yang dia riwayat perlu diragui statusnya kecuali dibuktikan dia tidak tadlis pada hadis tersebut seperti dia riwayat secara sima'. Namun, jika seseorang perawi itu hanya disebut melakukan tadlis, maka tidak terus diragui riwayatnya kecuali dibuktikan dalam hadis tersebut dia memang lakukan tadlis. Beza kata nama dan kata kerja ini, analogi saya begini. Saya boleh menyanyi. Tetapi saya tidak disebut sebagai penyanyi. Ini kata kerja. Siti Nurhaliza disebut sebagai penyanyi. Ini kata nama.
90Loading...
04
https://www.facebook.com/share/p/UdWfwrT4YDks6bwh/?mibextid=oFDknk Apabila saya menulis dalam beberapa status FB saya berkenaan metode usul fiqh Mazhab Hanafi dari sudut menilai hadis, bukan bermakna saya bermazhab Hanafi atau kempen orang untuk orang bermazhab Hanafi. Itu adalah tuduhan yang tidak benar sama sekali. Jauh sekali, jika ada tuduhan itu dipersepsikan bahawa saya mahu meremehkan mazhab Syafie. Bagi orang yang pernah ikuti kuliah saya dan penulisan saya berkenaan hukum Fiqh, sejak dahulu lagi saya akan cuba berusaha sedaya mungkin untuk perkenalkan kepelbagaian pandangan ulama terhadap sesuatu isu Fiqh. Kalau saya tahu kupasan ulama kontemporari yang berbeza dengan ulama mazhab awal pun, saya akan kemukakan. Saya ambil sikap sebegitu kerana saya punyai pengalaman yang tidak enak. Mungkin saya akan luahkan dalam tulisan yang serba ringkas ini seperti berikut; Semasa umur belasan tahun, Saya mempunyai pendidikan pondok di Kelantan. Kita semua tahu, pondok adalah institusi pengajian Islam yang amat kuat bermazhab Syafie. Selepas itu, saya menuntut di Pakistan. Kita semua tahu, rata-rata rakyat Pakistan bermazhab Hanafi yang ada banyak perkara, ijtihadnya berbeza dengan mazhab Syafie. Mula-mula sampai di Pakistan, saya berhadapan masalah perbezaan amalan mazhab, iaitu Ketika imam solat jemaah tidak membaca bismillah dalam surah al-Fatihah dan tidak ada qunut subuh. Permulaan, saya agak gelisah. Namun, lama kelamaan dia "kebas" dan terbiasa dengan amalan begitu. Di Pakistan, saya mendapat pendidikan dari aliran deobandi yang kuat berpegang teguh dengan Mazhab Hanafi. Bayangkan, semasa kami belajar kitab Mukhtasar al-Qudhuri, apabila ada perkara yang berbeza dengan mazhab Syafie, Maulana kami selalu sindir pendapat mazhab Syafie sambil tengok muka saya dan gelak-gelak. Sesekali Maulana kami sinis: pendapat Syafie ini ada iras dengan kelompok ghairul Muqallid. Ghairul Muqallid adalah istilah Maulana - Maulana Pakistan yang merujuk kepada kelompok Wahhabi. Sebenarnya, mazhab Syafie tak ada kaitan dengan Wahhabi pun. Tp, itu yang selalu saya yang bermazhab Syafie berhadapan dengan kawan-kawan bermazhab Hanafi di Pakistan. Apabila saya pulang, saya diminta untuk jadi imam untuk tunaikan solat subuh berjemaah. Memandangkan sudah lama tidak qunut subuh, saya terlupa untuk tunaikan sunnah ab'ad dalam mazhab Syafie tersebut. Malah, terlupa juga untuk sujud Sahwi. Saya tidak buat itu bukan disengajakan, tetapi terlupa. Namun, saya mula dipersepsikan sebagai penganut Wahhabi. Walhal, amalan mazhab Hanafi yang ratusan tahun lebih awal kelahiran Muhammad bin Abdul Wahab; sudah sekian lama mazhab itu memfatwakan tidak ada qunut subuh. Dari situ saya belajar satu perkara. Masalah besar pada umat menuduh adalah apabila mereka kekurangan pemahaman terhadap aliran mazhab. Selepas itu, saya menuntut di universiti Al-Azhar, Mesir. Di sana, saya dapat pendedahan fiqh mazhab secara berdalil. Bukan sekadar berdalil dari sudut keputusan fiqh, malah berdalil dalam memahami usul fiqh mazhab empat. Sejak itu, saya selalu sedar bahawa umat bukan sekadar perlu faham fiqh, tetapi lebih penting dari itu adalah faham usul fiqh. Al-Quran dan hadis itu, tidak salah rasanya saya umpamakan seperti bahan mentah. Ilmu usul fiqh dan Maqasid syariah adalah kemahiran memasak terhadap bahan mentah tersebut. Kalau Orang tengok al-Quran dan hadis, umpama mereka melihat daging mentah. Apabila mereka tengok keputusan fiqh dari mazhab-mazhab, itu umpama mereka lihat daging yang sudah dimasak yang sudah sedia untuk di makan. Itu analogi saya yang entah tepat atau tidak. Pada saya, peribadi saya memperkenalkan komentar fiqh dan usul fiqh mazhab Hanafi, saya mahu umat memahami bahawa kita tidak boleh prejudis terhadap aliran yang berbeza dengan kita. Disamping itu, kita belajar kebijaksanaan dari perbezaan tersebut. Beberapa hari ini, saya ada menulis berkenaan usul fiqh mazhab Hanafi. Mungkin lepas-lepas ini, saya akan cuba menulis juga beberapa kaedah usul fiqh dalam Mazhab Maliki pula.
80Loading...
05
Saya kekal dengan bermazhab Syafie, tetapi tetap mengkagumi kaedah dan metode usul mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. Mereka memang lagenda fiqh yang terkemuka.
80Loading...
06
https://www.facebook.com/share/p/FR18jrAUXxDNgGUV/?mibextid=oFDknk Sesuatu keputusan hukum yang qatie, tahapnya tidak boleh disamakan dengan tahap hukum yang diputuskan secara zanni. ekoran itu, hadis yang mutawatir tidak setahap dengan hadis ahad; al-Quran yang mutawatir tidak setahap dengan hadis ahad. Dalam menyebut berkenaan qatie dan zanni pula, diklasifikasikan kepada dua: (a) subut (b) Dilalah. Subut adalah bagaimana periwayatan itu sampai kepada kita. Dilalah pula, bagaimana difahami dari sesuatu ayat al-Quran atau hadis, atau kedua-duanya sekali. Subut itu terbahagi kepada dua: (a) Qatie al-Subut (b) Zanniy al-Subut. Contoh Qatie al-Subut adalah seperti al-Quran. Ia tidak dipertikaikan bagaimana ia sampai kepada kita. tidak ada sebarang keraguan walaupun sedikit bahawa begitu ungkapan yang mula datang dari Nabi sehingga sampai kepada kita. Makanya, ia disebut sebagai Mutawatir. Contoh Zanniy al-Subut adalah seperti hadis-hadis ahad. Memandangkan ia ahad, menyebabkan berlaku klasifikasi kepada diterima dan ditolak; sama ada ia melibatkan sahih, atau hasan atau doif. Berkenaan subut ini, banyak diwacanakan dalam ilmu usul al-Hadis. Dari situ pun, sudah berlaku perbahasan yang panjang cerita. Itu kena belajar banyak-banyak dalam ilmu usul al-Hadis. Tidak cukup belajar hadis, bahkan perlu belajar ilmu usul al-Hadis. DIlalah pula, ia terbahagi kepada dua; (a) Qatie al-Dilalah (b) Zanniy al-Dilalah. Contoh bagi Qatie al-Dilalah adalah seperti kewajipan solat. Hal ini kerana, tidak ada pentafsiran lain dalam menentukan kewajipan solat. Contoh bagi qatie dilalah dalam pentafsiran al-Quran dan Hadis adalah kewajipan solat. Contoh Qatie dilalah dalam pentafsiran Hadis adalah kewajipan rukuk, sujud, qiyam dalam solat. Salah satu Contoh Zanniy dilalah dalam al-Quran adalah pemaknaan bagi 3 kali Quru' bagi orang perempuan yang diceraikan oleh suaminya. Ada ulama tafsirkan sebagai tiga kali suci, dan ada ulama tafsirkan dengan haidh. Salam satu contoh Zanniy Dilalah dalam hadis adalah seperti cara kita sujud dalam solat - mana yang mahu didahulukan; dua tangan dahulu atau dua lutut dahulu. Perbuatan sujud itu adalah Qatie dilalah, tetapi cara nak sujud, itu zanniy al-Dilalah. perempuan yang diceraikan suaminya perlu beriddah, itu adalah qatie dilalah. Tetapi, apakah 3 kali suci atau tiga kali haidh, itu zanniy al-Dilalah. Sebenarnya, banyak hukum-hukum dalam fiqh yang berlaku pergaduhan dalam masyarakat muslim di Malaysia, malah di dunia adalah bersifat Zanniy Dilalah, bukan qatie dilalah. Makanya, ia tidak perlu diperbalahkan. Dah tu dok berbalah tu pasal apa? Sebab tak faham perkara asas bagi usul al-Fiqh ini. Bukan sekadar isu fiqh, malah dalam isu-isu aqidah pun sama. kalau contoh bagi perbahasan aqidah adalah seperti perdebatan dalam kalangan ulama berkenaan status ayah Nabi; apakah ahli syurga atau neraka; itu masih Zanniy al-Dilalah; kehadiran Imam Mahdi, ia masih dalam Zanniy al-Dilalah. Ada berlaku juga, dakwaan bahawa sesuatu hukum itu adalah sepakat ulama, maka terus dianggap sebagai Qatie. Sebenarnya, sepakat ulama itu perlu diperincikan dulu; apakah ia bermaksud Ittifaq atau ijmak? atau ungkapannya adalah Ijmak, tetapi bermaksud ittifaq; atau mungkin sahaja dia adalah ijmak, tetapi hasil dari hal-hal yang hukum ta'lil, bukan ta'abbudi. Nak faham ini pun, perbahasannya amat panjang. apa benda semua ini? ini semua istilah-istilah usul al-Fiqh yang kita perlu belajar kalau mahu faham. kalau kita faham semua ini, insya Allah kita akan tahu kenapa perlu raikan khilaf, dan kenapa orang usul al-Fiqh tidak pernah pening lalat dalam hal perbezaan pendapat dalam kalangan ulama-ulama mazhab. Nanti kita sambung waktu lain pula.
70Loading...
07
https://www.facebook.com/share/aKPJFz9ZgTCnLsSd/?mibextid=oFDknk Perbezaan Orang Berilmu dan Orang Bermaklumat Saya kerap kali mendengar ucapan ini daripada ramai asatizah dan masyaikh. Pada awalnya, saya tertanya-tanya apakah perbezaan antara orang berilmu dan bermaklumat sedangkan kedua-duanya memberi maksud ‘mempunyai pengetahuan’. Namun, apabila semakin berumur, saya mula nampak sedikit sebanyak perbezaan antara kedua-duanya walaupun ia bukanlah perbezaan yang hakiki sebagaimana yang dibahaskan oleh para ulama mantiq. Perbezaan yang paling ketara ialah: Orang berilmu boleh mengajar kitab-kitab sebagaimana yang dia pelajari daripada para gurunya dan mampu melahirkan anak murid rasmi walaupun dia mungkin tidak mengetahui banyak perbahasan yang mendalam berkaitan sesuatu perkara. Orang yang bermaklumat pula, dia mengetahui banyak perkara, bahkan beberapa perbahasan yang agak dalam, namun, kebiasaannya, dia tidak mampu mengajar kitab-kitab untuk melahirkan anak murid rasmi kerana dia tidak pernah melalui sistem sedemikian. Oleh sebab itu, dalam dunia realiti, kita dapat lihat ramai orang bercakap pasal agama, tetapi sedikit yang dapat melahirkan generasi pewaris yang dapat meneruskan kesinambungan pengajian ilmu agama Islam. Wallahu a’lam.
120Loading...
08
https://www.facebook.com/share/p/RLU6CstLHeiLgYRe/?mibextid=oFDknk Mati Kerana Buku! al-Jahiz(w255h), seorang tokoh besar dalam tradisi keilmuan Islam merupakan antara model unggul dalam mencintai ilmu dan buku. Yaqut al-Hamawi menukilkan dari sahabat al-Jahiz bernama Abu Haffan, katanya: «لم أر قطُّ ولا سمعت من أحبَّ الكتب والعلوم أكثر من الجاحظ، فإنَّه لم يقع بيده كتاب قَطُّ إلا استوفى قراءته كائناً ما كان ولا عَجَبَ إذ ذاك في أن يُفْرِد الصَّفحات الطِّوال مرَّات عدَّة في كتبه، للحديث عن فوائد الكتب وفضائلها ومحاسنها» Mafhumnya: Aku tidak pernah melihat atau mendengar seorang pun yang lebih mencintai ilmu dan buku daripada al-Jahiz. Tidak ada buku yang sampai ke tangannya melainkan habis ditelaahnya, walau berapa jilid dan apa-apa jenis kitab sekalipun. Dan tidak hairanlah mengapa beliau menulis bab khas yang panjang dalam banyak karyanya berkenaan faedah buku, kelebihan dan kepentingannya. Bahkan al-Jahiz diceritakan sangat gila buku dan membaca sehingga sanggup menyewa kedai-kedai buku dan kedai menyalin kitab untuk bermalam di dalamnya demi menghabiskan bacaan buku sehingga pagi. Perkara ini berterusan sehingga beliau sudah lanjut usia dan ditimpa penyakit. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau tetap tak boleh terpisah dari buku. Satu ketika, oleh kerana tiada pembantu, beliau bangun dari tilam pembaringannya untuk mengambil sebuah buku di himpunan susunan buku-bukunya (susunan meninggi) seorang diri dalam keadaan uzur. Tiba-tiba beliau dalam keadaan lemah terjatuh dan terlanggar timbunan buku yang melangit hingga segala buku-buku di rumahnya jatuh menimpa dirinya. Dan beliau wafat disebabkan peristiwa tersebut. Wafat dibalik timbunan buku. Rahimahullah Ta'ala. Selamat Hari Buku Sedunia Buat Seluruh Pencinta Buku!
150Loading...
09
Memandangkan Baba tidak berapa sehat, keesokan harinya, baru kami sempat menziarahi beliau. Kami berbincang dan bertanya tentang bagaimana nak mulakan pembaharuan dalam institusi pondok, pembaharuan dalam sistem pendidikan moden, berkenaan metodologi fatwa, pengajian ilmu falsafah di pondok, dan banyak lagi, diakhiri dengan meminta ijazah ammah dan khassah bagi segala karya keilmuan darpada beliau. Alhamdulillah. Semoga Allah memberikan kesihatan yang panjang dan memelihara beliau dari segala keburukan. Amin. Rehlah kali ini adalah sebagai pembuka untuk ziarah-ziarah mendatang insyaAllah. Mungkin elok untuk dikumpulkan para penuntut ilmu, asatizah dan alumni al-Azhar al-Sharif menziarahi pondok beliau memandangkan beliau juga lulusan al-Azhar al-Sharif. InsyaAllah. Survey: Kalau kita buat trip ilmiah ke Fatani ada yang nak join?
130Loading...
10
https://www.facebook.com/share/p/HkKoxfyADpQEeDPq/?mibextid=oFDknk Saya tak pernah belajar di pondok. Namun sejak di Mesir dahulu, saya berkawan dengan sahabat-sahabat lulusan pondok dan pasantren, saya rasa teringin nak mengaji di pondok. Saya kira kalau saya mulakan pengajian dan penguasaan ilmu alat di pondok, nescaya pengajian di Mesir dan al-Azhar ini akan semakin berhasil. Sejak itu saya menanam cita-cita untuk belajar di pondok atau paling tidak pun belajar dengan tok guru dan ilmuwan lulusan pondok terutamanya pondok di Fatani, walau sesibuk mana sekalipun. Syukur baru-baru ini dengan berkat sahabat saya yang juga lulusan Pondok Baba Li Sekam, Ustaz ,خالد سبت عبد الله الأزهري Halid Al-Azhariy saya sempat menziarahi antara pondok terhebat di Fatani yang diasaskan oleh Syaikhul Masyaikh al-Allamah Abdul Qadir bin Wangah, yang dikenali sebagai Ayah Dir Sekam al-Fatani (murid Pak Da Eil) yang kini diwarisi oleh murid dan juga menantu beliau Baba Ghazali Ahmad Sekam al-Fatani al-Azhari rhm. Pondok ini dinamakan al-Ma’had al-Islami di kampung Waqaf Budi daerah Sekam, pekan Palas di Fatani. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Fatani mengambil masa sekitar 10 jam termasuk waktu berhenti rehat. Dalam perjalanan, terserempak dengan beberapa bas yang juga rombongan para tetamu dari Malaysia yang ingin menziarahi pondok-pondok di Fatani. MasyaAllah. Rupanya tradisi menziarahi para ulama di Fatani ini sangat kerap dilakukan oleh orang awam masyarakat kita. Namun tak kerap dilakukan oleh para asatizah terutamanya Azahirah. Sampai sahaja di pondok Baba Li Sekam, kami dijamu makanan yang sangat enak dari para santri di sana. Hampir kesemuanya adalah dari warga Fatani sendiri. Tiada lagi penuntut ilmu dari Malaysia. Minoriti yang dari Malaysia telah pulang ke tanah air dan tiada lagi pelapis baharu. Sayang seribu kali sayang. Ringkas cerita, kami sempat melihat suasana dan tempat pengajian pondok yang masih daif. Tiada kipas atau aircond, tiada karpet, bahkan tingkap masih berlubang dan pecah. Sewaktu hujan dan angin ribut, air akan masuk ke dalam. Menurut cerita Baba Khalid, pernah satu ketika kaki beliau bengkak kerana begitu lamanya duduk bersimpuh dan bertalaqqi. MasyaAllah. Itu belum lagi tentang asrama penginapan mereka yang masih uzur. Ada yang bocor, panas dan sempit. Tempat kolah mandi pula air masih keruh, sedikit berminyak dan bau tidak menyenangkan. Saya tidak tahu bagaimana penuntut ilmu di sini boleh menginap bertahun lamanya dalam keadaan begini. Allahu. Benarlah kata al-Imam Yahya bin Abi Kathir: لا يستطاع العلم براحة الجسد “Tidak terhasillah ilmu itu dengan keselesaan dan kesenangan badan”. Mungkin inilah asbab keberkatan ilmu yang terpahat di sanubari mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka menumpu dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan tidak leka dengan keselesaan dan kemudahan dunia. Saya dapat melihat sekilas rahsia bagaimana pondok ini berjaya melahirkan para ulama’ dan tok guru yang unggul di Fatani semisal Baba Eil Sepanjang dan Baba Li Sekam dan ramai lagi. Bahkan majoriti Tok Guru dan Baba di Fatani adalah murid beliau. Sahabat saya Ustaz Khalid Sabtu menceritakan kepada saya bagaimana mujahadah beliau yang datang dari kota di Selangor ke pondok yang serba daif ini bahkan sewaktu beliau mengaji disini selama 5 tahun dahulu, tempat ini jauh lebih daif. Subhanallah. Beberapa kali beliau berasa tidak tahan dan nak pulang tapi tetap teguh bersabar dalam menuntut ilmu bersama Baba Li. Kerana itu dalam tempoh yang singkat beliau berjaya mengkhatamkan puluhan kitab yang berjilid-jilid dan sukar dalam pelbagai bidang ilmu. Bahkan tiada istilah cuti. Sewaktu hujung minggu, beliau akan mendampingi Baba Li mengajar, berbahas, berdebat dan berceramah ke pelbagai tempat dan negeri. Inilah budaya ilmu yang membentuk para ilmuwan zaman berzaman yang wajar dihidupkan selalu, iaitu Suhbah para guru dan mempelajari cara mereka berfikir, cara mereka menjawab soalan, cara mereka mengeluarkan hukum dan cara mengkaji yang benar.
100Loading...
11
https://www.facebook.com/share/p/WCFJN3zQ2qcTNfoF/?mibextid=oFDknk Malaysia Kiblat Ilmu ASWJ Tahun ini kita dapat lihat puluhan para ulama besar ASWJ dunia dijemput ke Malaysia, sebahagiannya mengambil keputusan berhijrah dan menetap lama disini. Mengapa bumi bertuah Malaysia ini dipilih mereka? Wallahu a’lam. Saya yakin Allah sudah menetapkan harapan besar, kebaikan dan keberkatan di bumi ini. Masa hadapan kita sangat cerah jika mereka benar-benar dimanfaatkan dan diambil peluang. Malaysia boleh menjadi pusat keilmuan dunia. Melihat Malaysia sebagai negara yang stabil dan kukuh akar keilmuannya dalam ASWJ, Guru mulia al-Allamah al-Mutakallim Dr Saeed Fudah hafizahullah, tokoh ilmu kalam dan pemikir unggul dunia kini bersedia untuk melatih dan mengajar ilmu kalam, ulum aqliyah dan falsafah Islam buat penuntut ilmu dan asatizah di Malaysia dalam jangka masa panjang. Beliau menyatakan hasrat untuk mula mengajarkan beberapa karya Ilmu Kalam peringkat pertengahan dan tinggi di Kuala Lumpur, antaranya Sharh al-‘Aqa’id al-Nasafiyah. Beliau menceritakan sebelum ini beliau telah mensyarahkan sebanyak 3-4 kali khatam, setiap huraian menggunakan pendekatan dan metodologi berbeza nan mendalam. Kali terakhir beliau sharahkan bersama sekitar 10-12 orang murid paling senior beliau yang sebahagiannya merupakan pensyarah universiti dan pakar dalam bidang mereka. Antara kaedah huraian beliau: 1. Setiap masalah dalam huraian al-Taftazani akan disharahkan satu persatu dengan sangat mendalam dan dihubungkan dengan analisa kritis cabaran dan permasalahan semasa seperti falsafah dan sains moden. 2. Setiap pelajar wajib mengulangkaji secukupnya sebelum hadir pengajian terutamanya menguasai dua Hasyiah iaitu Hasyiah al-Khayali dan Hasyiah al-Isom. 3. Setiap murid harus serius berinteraksi, bertanya, berbahas, menganalisa dan berfikir dalam setiap pengajian. Tidak boleh sekadar berdiam, mendengar dan tabarruk untuk ijazah. 4. Setiap murid beliau akan diberi tugasan untuk menulis kajian-kajian tertentu dalam permasalahan yang mendalam secara ilmiah. Kali ini, sekiranya Allah izinkan, pengajian akan menjadi lebih dalam daripada sebelumnya, ujar beliau penuh semangat. Beliau tak inginkan kuantiti murid, biar sedikit tapi berkualiti. Allahu. Berpeluh-peluh saya mendengarnya. Terkelu sejenak😅 Tinggi expectation beliau kepada asatizah di alam melayu. Adakah kita telah bersedia untuk menyambut dan menerima ilmu yang sangat mendalam daripada beliau? Berapa ramai yang sanggup luangkan waktu dan tumpukan semangat untuk mengaji bersama beliau? Paling kurang ilmu-ilmu alat, nahu sorof balaghah mantiq, adab bahs dah kuasai dengan itqan. Sudah tentu pengajian-pengajian bersama beliau bukan lagi peringkat permulaan. Boleh belajar dengan ilmuwan lain untuk matan-matan aqidah buat pemula. Saya ingin mengajak para tuan guru, asatizah, pensyarah universiti, professor dan ahli bidang untuk menyertai majlis pengajian peringkat tinggi ini nanti. Mungkin peringkat mahasiswa masih belum bersedia untuk menyertainya. Pengajian akan berlangsung secara online juga secara global. Sebagai persediaan beliau memberikan link rakaman lengkap Syarahan beliau yang lalu bagi ‘Aqaid Nasafiyah sebanyak 45 majlis. Jadi saya ingin membuat tinjauan, berapa ramai yang bersedia untuk menuntut ilmu bersama al-Allamah Dr Saeed Fudah hfz dikalangan asatizah? Mohon sebarkan dan komen di bawah. Saya akan kongsikan link rakaman tersebut sebagai persediaan awal.
110Loading...
12
CEMBURU Semalam pengajian kitab Riyadhussolihin Imam Nawawi sampai kepada hadis ke 344. Menarik hadis ini kerana ia menggambarkan sisi lain Saidatina A’ishah radhiyallahu ‘anha yang juga dikenali sebagai al-sayyidah al-fiqhyiyyah kerana ketinggian ilmunya dalam fiqh dan fatwa. Dalam hadis ini, Saidatina A’ishah cemburu kepada Saidatina Khadijah kerana Rasulullah SAW selalu menyebut dan memujinya. Sehingga beliau berkata: “Seolah-olah tak ada yang lain dalam dunia kecuali Khadijah!” Ada beberapa hadis yang meriwayatkan kecemburuan Saidatina A’ishah. Antaranya disebutkan Saidatina A’ishah cemburu kepada Saidatina Khadijah kerana Rasulullah SAW banyak menyebut namanya dan memujinya. Malah Baginda SAW mengkhabarkan Saidatina Khadijah akan mendapat rumah daripada permata di syurga (Riwayat al-Bukhari, no. 5229) Dalam riwayat lain, Saidatina A’ishah marah kepada Rasulullah SAW dan beliau berkata: “Khadijah lagi??!!” (Riwayat Muslim, no. 4664) Dalam riwayat lain, Saidatina A’ishah menyatakan bahawa Allah SWT telah menggantikan Saidatina Khadijah dengan dirinya yang lebih baik daripada isteri pertama Rasulullah SAW itu. Saidatina A’ishah menggunakan lafaz hamra’ al-shidq (orang yang kemerahan rahangnya) bagi menggambarkan Saidatina Khadijah yang sudah berumur. (Riwayat Ahmad, no. 25504) Dalam riwayat lain, Halah binti Khuwailid, adik Saidatina Khadijah bertemu Rasulullah SAW. Suara Halah yang menyamai Saidatina Khadijah membuatkan Baginda SAW rasa tenang. Sekali lagi Saidatina A’ishah menggunakan lafaz hamra’ al-shidq (orang yang kemerahan rahangnya) untuk menggambarkan Saidatina Khadijah yang sudah berumur, bagi membandingkan dirinya dengan Saidatina Khadijah. (Riwayat al-Bukhari, no. 3820) Dalam Riwayat Ibn Hibban, Saidatina A’isyah nampak air muka Nabi SAW berubah apabila beliau sebut perkataan tersebut. Dan dalam riwayat al-Tabarani, Saidatina A’isyah memohon ampun kepada Rasulullah SAW kerana sikapnya yang membuatkan suaminya tidak selesa. Kesimpulannya, cemburu adalah fitrah bagi wanita. Ia adalah sifat semulajadi wanita, dan tidak mencalarkan sama sekali akhlak Ummahat al-Mukminin. Maka, kita tidak akan menjumpai riwayat Rasulullah SAW menegahnya atau membalas kata-kata Saidatina A’isyah. Inilah sebagaimana yang disimpulkan oleh al-Qadhi ‘Iyadh dalam Ikmal al-Mu’lim. Jika diperhatikan dalam riwayat-riwayat tersebut, Baginda SAW memberikan rasional kepada Saidatina A’isyah mengapa beliau amat menyayangi Saidatina Khadijah. Cemburu seorang isteri tidak dibalas dengan amarah seorang suami tetapi emosi seorang isteri diluruskan dan dikendurkan dengan kata-kata yang jelas dan tegas. ✍🏻 MRMF t.me/raziffuad
150Loading...
13
Syarak menuntut umat Islam berkuasa penuh dan mutlak. Dalilnya ijmak ulama, sebagaimana dinaqalkan oleh Imam an-Nawawi daripada al-Qadhi ‘Iyadh, Ibnul Qaiyim daripada Ibnul Munzir, dan Ibnu Hazmin. Ibnu ‘Ashur pula menyatakan dalil mengenai tuntutan itu mencapai taraf mutawatir maknawi, apabila dianalisis secara induktif semua perkataan dan perbuatan Nabi S.A.W. yang berkaitan persoalan kuasa. Hari ini, realitinya umat Islam terpaksa berkongsi kuasa dengan bukan Islam, atas banyak faktor. Maka tuntutan syarak ketika keadaan memaksa perkongsian kuasa ialah umat Islam dituntut untuk mendapatkan kuasa pada tahap paling hampir dengan kehendak syarak iaitu kuasa mutlak. Keadaan kuasa yang paling hampir dengan kuasa mutlak bolehlah diungkapkan sebagai kuasa dominan. Jika dalil berkuasa mutlak itu ijmak dan mutawatir, dalil agar berkuasa dominan pula terlalu banyak sehingga membentuk beberapa Qa’idah Syarak. Sekadar contoh, sila lihat ayat 16 Surah at-Taghabun, ayat 88 Surah Hud, ayat 8 al-Maidah, ayat 237 al-Baqarah dan lain-lain. Hadith juga banyak. Salah satunya sabda Nabi S.A.W.: فسددوا وقاربوا yang bermaksud “hendaklah kamu tepati dan hampiri”. Sebenarnya, apabila dikatakan “sehingga membentuk beberapa Qa’idah Syarak” sudah cukup memberitahu kita betapa kuatnya tuntutan itu, kalaulah kita ada latar belakang ilmu syarak. Seterusnya, berkuasa dominan dalam konteks Malaysia, ada tiga sudut utama: 1. Bilangan anggota Parlimen dan DUN. Perlu diambil kira juga ideologi individu dan parti, bukan sekadar agama. Contohnya, Syahrezan Johan tidak termasuk dalam perkiraan dominan umat Islam kerana ideologinya dan ideologi partinya yang sekular, khususnya dari sudut Islam sekadar anutan peribadi bukan agama bernegara dan negara beragama. 2. Penjawat jawatan utama tiga badan berkuasa negara; eksekutif, kehakiman dan perundangan, termasuk ketua polis, ketua tentera dan ketua setiausaha. Selain itu, dominasi dalam kabinet menteri, serta kementerian-kementerian penting dalam konteks kuasa bagi tiga badan tersebut. 3. Kuasa ekonomi. Adakah kuasa eksekutif mengukuhkan lagi kuasa ekonomi yang dikuasai bukan Islam, atau mengukuh penguasaan ekonomi umat Islam secara signifikan? Nak bincang satu persatu, boleh, tapi tulisan ini jadi panjang. Point utama tulisan ini ialah: 1) Saya membina pendirian berdasarkan hujah-hujah syarak dan realiti, bahawa kepimpinan UMNO telah mengkhianati umat Islam dari sudut tuntutan dominasi kuasa, apabila memilih PH sebagai rakan kuasa, dalam keadaan PH sudah terbukti dan kekal mendominankan bukan Islam. 2) Ini tidak bermakna PN bagus dan sempurna. Namun Qa’idah Syarak terlalu banyak, seperti Akhaf Dararain dan lain-lain, menunjukkan agar PN sepatutnya memimpin negara. 3) Oleh kerana menanggung beban ilmu (hujah-hujah syarak), saya terpaksa menjauhkan diri daripada pemimpin UMNO dan PH, agar saya tidak dilihat meremehkan tuntutan syarak yang berasaskan dalil yang begitu kuat, melalui tingkah laku mesra yang boleh dielakkan. 4) Bagi ahli ilmu yang ada jawatan rasmi seperti mufti dan sebagainya, mereka mempunyai beban yang amat berat untuk memastikan tuntutan syarak itu tidak kelihatan remeh akibat sokongan secara tak langsung ketika menjalankan tugas rasmi. Bagi saya, patuh kepada tuntutan syarak itu satu beban, memastikan tuntutan syarak tidak dipandang remeh oleh pemimpin negara dan negeri hatta wakil rakyat, satu beban lagi terutamanya ke atas bahu orang yang ada amanah ilmu. Sekian, sekadar menjelaskan pendirian saya. Masing-masing akan menjawab di akhirat nanti. Semoga kita semua berjaya melepasi hisab di akhirat, malah mohon tidak dihisab, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
140Loading...
14
https://www.facebook.com/share/p/9aCKEmvpqYpBs6wr/?mibextid=oFDknk RENUNGAN TENTANG KRITIKAN SESAMA ULAMAK Imam Nawawi RH menyatakan hadis berkenaan Nabi SAW melakukan aqiqah untuk diri Baginda SAW adalah BATIL seperti dalam kitab Majmuk. Syeikh Khotib Syarbini RH dalam kitab Mughni menaqalkan kenyataan itu tanpa membuat ulasan. Catatan tersebut seperti berikut; وما قيل إنه صلى الله عليه وسلم عق عن نفسه بعد النبوة قال في المجموع : باطل. Begitu Syeikh Zakaria al-Ansori RH dalam kitabnya أسنى المطالب. Syeikh Ramli RH dalam نهاية المحتاج pula tidak menyebut tentang aqiqah selepas baligh. Manakala Syeikh Ibn Hajar RH dalam kitabnya تحفة المحتاج menyatakan kenyataan Imam Nawawi RH tentang hadis Nabi SAW adalah batil , adalah tidak tepat. Syeikh Ibn Hajar RH menyatakan وليس الأمر كما قالوا فقد رواه أحمد والبزار والطبراني من طرق. وقال الحافظ الهيثمي في أحدها إن رجالها رجال الصحيح إلا واحدا وهو ثقة ، انتهى. Muhaqqiq kitab Tuhfah cetakan دار الضياء iaitu الداغستاني menaqalkan pendapat al-Hafiz al-Dhiya' iaitu إن صح الخبر ......كان من خصائصه صلى الله عليه وسلم. Pok Amad menyeru semua taulan Pok Amad yang dikasihi, elakkanlah diri dari perbalahan dalam perkara furuk di khalayak medsos terutamanya kerana perbalahan tersebut lebih membawa mudarat ummah ini. Bincanglah secara tertutup dengan tujuan mendalami sesuatu isu . Bicaralah tentang agama kerana Allah SWT bukan kerana yang lain. Suburkan dalam diri masyarakat perasaan menghormati para ulamak. Tiada ruginya saling berlapang dada. Bezakan mana perkara furuk dan mana perkara usul. غفر الله لي ولكم وجنبنا الله غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.
421Loading...
15
https://www.facebook.com/share/ufqf25gwXh8b8KWn/?mibextid=oFDknk SOALAN: Saya ada mendengar video pendek Buya Yahya. Beliau mengatakan tak wajib cari duit utk pegi haji. Yang wajib cari nafkah untuk isteri. Saya keliru, betul ke tak wajib cari duit utk pegi haji??? . JAWAPAN 1-Ya, betul tidak wajib seseorang mengumpulkan duit untuk pergi haji. Tetapi apabila seseorang memiliki harta yang cukup untuk pergi haji, wajiblah dia pergi haji jika telah cukup syarat-syarat yang lain. . 2-Syeikh Muhammad Bin Ismail al-Fathoni menyebutkan di dalam kitabnya al-Bahr al-Wafi juz 2 m/s 414: “Demikian lagi tiada wajib atasnya menghasilkan bekalan naik haji dengan berusaha(bekerja) kerananya dengan berjual beli dan dengan kepandaian kerana qaedah تحصيل الوجوب ليس بواحب yakni menghasilkan yang wujub itu tiada wajib ia” . 3-Contoh untuk mudah faham ialah syarat wajib zakat ialah nisab. Adakah kita wajib mencari duit supaya zakat menjadi wajib keatas kita? Jawapannya tidak. Jadi samalah dengan haji. . 4-Namun sebaiknya kita menguruskan kewangan kita supaya dapat menyimpan di TH dan menunaikan haji. Ni’mat mengerjakan haji luar biasa. . MZMAZ 5/5/2024
130Loading...
16
HUKUM WANITA HAID DAN NIFAS MASUK KE DALAM MASJID Berdasarkan fatwa yang telah diterbitkan pada 30 Ogos 2001 dan telah diwartakan bahawa, wanita yang sedang haid dan nifas tidak dibenarkan duduk diam dalam masjid walaupun dengan tujuan pembelajaran semata-mata. Untuk ketahui lebih lanjut, rujuk fatwa tentang Hukum Wanita Haid Dan Nifas Masuk Ke Dalam Masjid https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/fatwa-tentang-hukum-wanita-haid-dan-nifas-masuk-ke-dalam-masjid/ Ikuti kami di : Laman web rasmi : https://www.muftiselangor.gov.my/ Facebook : https://www.facebook.com/JabatanMuftiSelangor Tiktok : https://www.tiktok.com/@jabatanmuftiselangor Instagram : https://www.instagram.com/jabatanmuftinegeriselangor/ Youtube : https://www.youtube.com/@JABATANMUFTINEGERISELANGOR Telegram : https://t.me/JabatanMuftiNegeriSelangor
120Loading...
17
#53 Taudhih Al-Hukmi : Adat Baraan di Malaysia Baca Lanjut : https://www.muftiselangor.gov.my/2024/05/02/53-taudhih-al-hukmi-adat-baraan-di-malaysia/ Ikuti kami di : Laman web rasmi : https://www.muftiselangor.gov.my/ Facebook : https://www.facebook.com/JabatanMuftiSelangor Tiktok : https://www.tiktok.com/@jabatanmuftiselangor Instagram : https://www.instagram.com/jabatanmuftinegeriselangor/ Youtube : https://www.youtube.com/@JABATANMUFTINEGERISELANGOR Telegram : https://t.me/JabatanMuftiNegeriSelangor
90Loading...
18
https://t.me/FauziAsmuni Penutupan KFC: Mari Berkongsi Keperitan 1. Berita penutupan 108 cawangan KFC saya sambut dengan perasaan bercampur baur. Ada kegembiraan kerana nampaknya rakyat Malaysia makin menolak produk yang ada kaitan dengan AS. Ada sedikit rasa kurang selesa kerana penutupan itu sudah tentu menyebabkan ramai pekerjanya dari rakyat negara ini yang majoritinya orang Melayu Islam akan hilang pekerjaan. Dengan suasana ekonomi yang meruncing sekarang, sudah tentu kehilangan pekerjaan adalah satu yang sukar buat mereka semua. 2. Tapi begitulah harga perjuangan yang kita perlu tanggung jika kita serius ingin terlibat merasai sekali keperitan saudara kita di Palestin dan terlibat di dalam mengaut pahala jihad bersama mereka. 3. Tidak ada siapa yang boleh menafikan boikot memberi kesan kepada Israel dan pembela kuatnya iaitu AS. Mereka perlukan bantuan kewangan yang banyak untuk membunuh rakyat Palestin. Setiap sen yang berjaya dihalang dari sampai ke Israel adalah rahmat dan keringanan kepada warga Palestin. Sen dan ringgit yang berjaya dihalang akan memeritkan Israel ... dan itu adalah jihad kerana ia termasuk di dalam menjejak tempat yang menimbulkan kemarahan musuh. Firman Allah: ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَّيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُم بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ ".... demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka (pahala) amal yang soleh..." (At Taubah: 120) 4. Palestin tidak akan merdeka selagi umat keseluruhannya tidak merasai keperitan yang dirasai oleh warga Palestin. Mereka di sana syahid, kehilangan keluarga, kehilangan rumah, tiada makanan, tiada rawatan, tidak cukup tidur, sentiasa kebimbangan, air mata sentiasa mengalir, masa depan masih kelam dan segala macam kesengsaraan yang sukar untuk kita gambarkan. Jika keperitan itu tidak ditanggung seorang sedikit oleh umat yang lain secara kolektif, bagaimana mampu Israel yang dibangun dan dipertahankan oleh sekutu mereka dari seluruh dunia akan jatuh? 5. Ketika saya dan rakan-rakan dari GSPP bertemu dengan pengurusan McDonald, kami nyatakan bahawa kami yakin bahawa hati dan jiwa pengurusan McDonald bersama Palestin. Kepada pengurusan dan pekerja KFC, saya nyatakan perkara yang sama; jiwa dan hati anda semua saya yakin bersama Palestin. Jadi marilah kita sama-sama melakukan sesuatu untuk Palestin dan bersama menanggung keperitan itu. 6. Saya yakin ada banyak alternatif yang boleh dilakukan oleh pengurusan dan pekerja KFC berdepan suasana ini. Di mana ada kemahuan, di situ sudah pasti ada jalan. 7. Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar tidak menjadikan isu boikot ini sebagai faktor perpecahan kita. Tidak perlu memprovokasi. Tidak perlu mengejek dan menyindir. Jika ada cadangan yang lebih baik bagaimana isu boikot ini dapat dikurangkan mudharatnya kepada warga Malaysia, cadang dan bincangkanlah dengan baik melalui saluran yang betul. Amat rugi jika gerakerja boikot yang disambut baik dan menyatukan sebahagian warga Barat, tetapi di negara kita ianya menjadi faktor perpecahan. Wallahu a'lam Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
100Loading...
19
https://t.me/FauziAsmuni Lintasan hati .... Seruan boikot terhadap produk Denmark berlaku kerana ada aktivis anti Islam di sana bakar al-Quran berkali-kali dan 'dilindungi' setelah pemansuhan undang-undang penghinaan agama oleh kerajaan Denmark. Kesannya beberapa tahun selepas itu Denmark menggubal rang undang-undang pengharaman membakar al-Quran atas alasan keselamatan negara. Seruan boikot terhadap produk AS pula berlaku kerana AS menyokong dan melindungi Israel dalam pembunuhan rakyat Gaza. Bibit-bibit kesannya boleh dilihat sekarang dan akan lebih jelas nanti dengan berlalunya masa. Boikot terhadap produk AS sepatutnya lebih mudah disambut berbanding boikot terhadap produk Denmark. Membunuh puluhan ribu manusia yang tidak berdosa sudah tentu lebih berdosa dari membakar al-Quran. Tetapi kalau boikot produk Denmark atas kesalahan membakar al-Quran (yang terbukti membawa kepada penggubalan ruu) pun tidak boleh diterima, saya tidak mahu komen lebih. Kita kadang kala berkata kita bertindak atas dasar ilmu dan bukan perasaan. Tetapi ilmu tidak pernah terpisah dari sensitiviti jiwa seorang mukmin. Lagi tinggi ilmu dan pengetahuan seseorang sepatutnya lagi sensitif jiwanya terhadap maruah agama. Wallahul Musta'an
100Loading...
20
10. Tak pasti samada Darsa FC terlupa atau bagaimana, singki di tingkat atas hanya ada satu sahaja. Itupun jenis mudah alih. Tak mengapa. Saya terima sahaja tetapi sediakan sekurang-kurangnya dua singki. Baiki segera. Kerusi budak memang bergaya. Nampak selesa. Sebelum terlupa, Darsa FC mungkin boleh buka lagu latar seperti selawat, nasyid atau lagu yang menenangkan agar mood pelanggan yang makan rasa ceria dan tenang sambil bergelak ketawa bersama keluarga. Pendek kata, tingkat atas dan bawah memang selesa sangat. Kekalkan momentum. 11. Secara keseluruhan, saya sekeluarga sangat berbangga dan seronok dengan adanya sebuah restoran ayam goreng 100% milik Muslim seperti DARSA FC. Alhamdulillah. Tahniah dan perbaiki apa yang patut dan kekalkan momentum. Kepada pemilik restoran ayam goreng, baca satu persatu apa yang saya tulis. Cuba ikut dan perbaiki. InsyaaAllah, meletup. 12. Pesanan juga pemilik perniagaan Muslim lain, jangan sombong untuk belajar. Ikhlas je tegur ni sebab kejatuhan sesebuah perniagaan Muslim sebelum-sebelum ini adalah kerana sikap sombong tak boleh ditegur. Semua nak buat ikut tekak sendiri. Perniagaan adalah satu proses menyediakan permintaan pelanggan. Ikhlas, CIKGU IZZAT JOHARI Ikon BMF Malaysia #BMF #malaysia #muslim #sokongBMF
100Loading...
21
https://www.facebook.com/share/p/Zy3D6t3usocT4gie/?mibextid=oFDknk DARSA FRIED CHICKEN Ini komen ikhlas. Terutama kepada semua pemain dan bakal pemain pengganti KFC dan McD di Malaysia mahupun berhajat nak ke luar negara. Panjang saya komen tapi jika ikut, insyaaAllah, lepas ni meletup. Kepada pemilik DARSA FC dan semua pemilik Restoran Ayam Goreng, baca ya.. 1. Sistem giliran automatik iaitu dicetak melalui resit selepas membuat pesanan. Bagus dan sistematik. Kekalkan cara ini. Pelanggan rasa selesa sebab ada nombor giliran yang baik. Tak kisah ramai atau tidak, pelanggan rasa yakin dengan adanya nombor giliran. 2. Panggilan nombor giliran secara manual pula kurang baik. Saya cadangkan, mana-mana pemilik restoran yang nak buat sistem giliran, beli mesin nombor tu terus. Tak perlu menjerit panggil. Mesti nampak kemas. Memandangkan Darsa FC ada dua tingkat, letakkan mesin nombor ditingkat atas juga agar orang yang menunggu boleh turun mengambil makanan bila nombornya terpapar pada skrin. Dalam erti kata lain, kalau tunggu lama pun, tak kisah sebab nombor panggilan nampak jelas. 3. Pelanggan terpaksa menunggu lebih 30 minit juga adalah kurang baik. Cuba buat persediaan atau ketetapan SOP penyediaan menu. Ini perlukan latihan secara kerap. Pelajari teknik penyediaan menu secara tepat dan konsisten. Jangan ‘takut-takut tak habis makanan’ kalau nampak lebih 10 orang menunggu dan 10 orang beratur. Jangan pula sediakan menu berlebihan disaat lagi 30 minit nak tamat waktu operasi. Jika di Darsa FC, ada disediakan ruangan kerusi menunggu. Ini terbaik. 4. Jika semalam di Darsa FC, saya puji cara layanan oleh pekerja. Tak lokek senyuman dan ada usaha nak membantu walau tak berjaya nak bantu. Bagus dan kekalkan momentum melayan pelanggan. Jangan lokek senyuman walaupun pekerja kebersihan. Terbaik! 5. Baik. Kita pergi kepada harga terlebih dahulu. Alhamdulillah. Bagi pandangan peribadi saya seisi keluarga, Darsa FC memberikan harga yang sangat berpatutan. Akan tetapi, risau saya tengok saiz ayamnya besar-besar dan bukan apa, trauma ayam KFC yang masa awalnya besar tetapi akhirnya jadi kecil dengan harga yahudi. Nasihat saya, Darsa FC kena ada satu SOP saiz ayam yang konsisten seiring dengan harganya yang berpatutan. 6. Bab rasa, Darsa FC perlu baiki sikit sahaja lagi. Ayam, rempahnya kurang rasa. Kena cicah sos cili baru ada rasa. Saya tak pasti yang mana original atau pedas tapi berdasarkan ‘keropok’ tepung, keduanya memang sedikit tawar. Kena perbaiki segera. Kentang putar, memang sedap. Anak-anak saya memang suka dan ada sedikit pengubat rindu kentang putar KFC. Sayur salad juga tidak kurang rasanya sedap. Kekalkan kualiti dua produk ini. Ada tambahan, sos mayonis atau anak saya kata macam sos shawarma. Saya respon, betul dah sebab di Darsa FC memang ada menu shawarma. 7. Bab air, saya minta maaf. Kurang sedap. Sebaiknya, Darsa FC atau mana-mana restoran Ayam Goreng boleh elakkan air bergas atau ada pilihan air tidak berkarbornat tanpa perlu tambahan bayaran. Budak-budak kan tak digalakkan minum air berkabornat. Kalau Darsa FC nak buat air coklat, boleh order dengan saya, Chokee, pengganti Milo. 8. Bab suasana restoran, Darsa FC memang memberikan suasana yang amat selesa. Kerusinya sangat selesa. Meja pun teguh. Lantai lawa dan bersih. Aturan meja pun bagus dan nampak selesa. Kepada restoran ayam goreng lain, boleh contohi Darsa FC. Tak salah tiru sebab matlamat kita ialah nak banyakkan restoran ayam goreng bagi menggantikan KFC dan McD. Jadi, kena bersatu hati dan mencontohi antara satu sama lain. 9. Cuma, sediakan tong sampah yang bertutup dan besar bagi memudahkan pelanggan nak buang pinggan dan cawan serta sisa makanan terus. Saya sekeluarga sudah pasti akan kemas meja kami dengan membuang semua sisa makanan ke dalam tong sampah sebelum kami pulang. Jadi, tong sampah yang ada mesti disediakan dengan baik. Saya harap, pelanggan lain juga boleh amalkan. Kena perbaiki segera.
90Loading...
22
https://www.facebook.com/share/p/UP3kpYimMrQGpmmD/?mibextid=oFDknk AYAM GORENG MUIZ, JOHOR AYAM GORENG MEKYAM, KELANTAN 1. Saya belum berkesempatan nak mencuba dua jenama ini atau mana-mana restoran Muslim lain kerana kekangan pergerakan. Niat saya memberi komen adalah memberi galakkan dan dorongan ikhlas serta paling penting ialah komen jujur. 2. Betul dan diperakui, ramai sudah memberikan komen bagi kedua jenama ini tetapi untuk saya sebagai salah seorang penggerak Kempen Utamakan Produk & Perkhidmatan Muslim atau nama pendeknya, BMF, saya wajib memberikan komen jujur agar jenama-jenama Muslim boleh berkembang positif. 3. Sejak 2019, saya banyak berurusan dengan syarikat-syarikat Muslim dalam pelbagai perniagaan tetapi masing-masing belum yakin dengan semangat BMF dikalangan umat Islam. Saya akui, ada penglibatan ahli politik yang gunakan BMF untuk meraih sokongan tetapi saya tetap fokus bersama rakan-rakan umat Islam seluruh negara untuk terus teguh dan berusaha bersama. Siapa nak sokong, terbuka. Lambat laun, umat Islam akan nampak, siapa ikhlas, siapa perguna. Itu sahaja. 4. Sehingga saat ini, saya tetap teguh dan berusaha mahu kedepankan syarikat Muslim yang pelbagai jenis perniagaan tetapi atas faktor kekangan, saya tangguhkan dan buat setakat yang termampu. Berkat sokongan ahli keluarga saya sendiri yang bersemangat mahu bersama meneruskan perjalanan BMF ini, saya terus kuat. Yelah. Semua perlukan modal untuk bergerak. Paling kurang, duit minyak dan tol, kan? 5. Apapun, jangan patah semangat. Jangan peduli apa kata orang. Saya doakan kepada semua pengusaha ayam goreng, terus fokus dan berikan perkhidmatan terbaik. Jaga kebersihan dan kualiti makanan. Berikan senyuman dan bertegur sapa dengan pelanggan agar pelanggan tidak berasa kekok. Cuba tonton Lagi-Lagi Senario, babak Wahid melayan pelanggan datang ke kedai, Hello Sir, May I help you, sir. Walaupun di gerai belakang bangunan…😬 Antara dua jenama ini, yang mana kalian nak saya komen dulu? Tapi bergantung kepada modal pergerakan juga ya… 😂✌️ Ikhlas, CIKGU IZZAT JOHARI Ikon BMF Malaysia #BMF #muslim #malaysia #sokongBMF
80Loading...
23
https://www.facebook.com/share/nTERR8q6QQHZmtKz/?mibextid=oFDknk "Macam lah Syarikat lain tak bayar Zakat." . Ya,betul,Syarikat lain pun bayar Zakat. Cuma, saya kenal ramai pemilik perniagaan yang lebih sanggup bayar firma akaun untuk lakukan 'creative accounting' semata-mata ingin kurangkan bayaran cukai kepada Kerajaan. . Kalau boleh bawa 'lari'-kan duit,mereka akan usahakan. Sebolehnya,nak bayar cukai paling sedikit. Zakat Pendapatan dibayar hanya untuk sedapkan hati sendiri,merasakan diri lebih mulia apabila dapat bayar Zakat dengan duit cukai. . "Daripada aku bayar cukai,baik aku bayar Zakat. Dapat bantu orang Fakir Miskin." . Walhal kalau bayar cukai, duit mengalir untuk perbaiki jalan, bayar bil elektrik Sekolah anak, subsidi minyak yang bakal dihapuskan dan lain-lain. . Saya percaya,kalau perniagaan tidak dicukai,mungkin,Zakat pun tidak dikeluarkan kerana Zakat pendapatan adalah tidak wajib. Ia adalah pilihan. Bayangkan, sekarang bila syarikat bayar Zakat berjuta ringgit,peniaga sanggup tempah Mockup Cheque,tulis nilai besar-besar dan ambil gambar sebagai Marketing. . Nota sampingan, berapa ramai di antara kita yang simpan Emas tetapi lupa untuk bayar Zakat sedangkan ianya satu kewajipan? . Bukan-lah ingin membela KFC sangat,saya pun ada banyak hal yang ingin dipersoalan seperti kualiti makanan. Semalam pun saudara Muhamad Harris Nasril buat siasatan betapa kecilnya Ayam KFC sekarang. Boleh ke Page beliau untuk tonton video tersebut. . Tetapi kalau bab sumbangan kepada masyarakat,saya percaya yang mereka lebih telus dan banyak berbanding syarikat-syarikat kecil. Kalau pun mereka tidak telus sekalipun,faktanya, jumlah CSR mereka jauh lebih besar dari syarikat-syarikat SME yang lain. . Bayangkan, saya berniaga selama tiga tahun, baru dapat bagi sumbangan kepada orang miskin tetapi mereka,syarikat yang sudah sedia ada selama berpuluh tahun, sudah memberi dari dulu, maka sumbangan mereka pasti lebih besar. . Ramai yang berhujah yang orang masih membeli tetapi di kedai Muslim yang lain,ini benar. Tapi anda kena tahu, kedai-kedai ini perlukan masa untuk matang sebelum mampu menyumbang. Nak capai jualan RM1 Juta sebulan bukan lah satu hal yang senang. Bila sudah ada RM1 Juta sebulan,nak keluarkan RM100k untuk bagi sumbangan, lagi lah sukar. . Kalau pun mampu menyumbang,pasti angkanya tidak sama dengan apa yang KFC sudah lakukan. . Saya menilai dari perspektif kebaikan yang dibawa oleh mereka. Saya juga tidak nafikan yang KEMUNGKINAN memang ada duit dari mereka yang mengalir ke Isrxxx. Saya juga tidak nafikan masalah kualiti makanan mereka bahkan saya pun mangsa Ayam sebesar ibu jari mereka. . Tetapi saya sangat sedih kalau mereka tumbang disebabkan boikot yang tidak berfakta. Beratus orang akan hilang pekerjaan, Malaysia juga akan hilang salah satu entiti besar yang membayar Zakat. . Bab hilang pekerjaan,saya cerita pada post berikutnya. Beres.
130Loading...
24
https://www.facebook.com/share/p/jD57LzAPMmUJNTPj/?mibextid=oFDknk Saya sebenarnya malas nak sembang pasal politik ni... Semalam saya berjumpa dengan orang Pas yang bukan ketua cawangan tapi berada dalam lajnah Pas Pusat. Ya la orang lama dia kenal saya.. saya pon kenal dia.. mula2 dia macam agak terkejut. Saya bagi salam dan bersalaman.. tanya itu ini dia tanya Hutang Harakah dah setel kan? Ya la orang pon agak ramai aku pon kata yang mahkamah suruh bayar tu dah setel tapi Baki RM 2 juta lebih belum bayar.. dia diam. Dia mula bercerita mengenai politik yang berlaku dalam Pas sekarang nampak diam tapi bergolak secara dalaman. Aku ajak dia ke cafe berdekatan minum teh 0 sorang secawan... Aku mula korek rahsia apa yang berlaku dalam politik Pas sekarang. Pas kini berpecah kepada tiga puak yang nampak di luar macam tak ada apa yang berlaku tapi sedang bergelora. Tiga puak dalam Pas yang menyokong Haji Hadi, puak Dr Sam dan golongan professional yang nak jadi ustaz. Mereka yang taat setia kepada Haji Hadi kabarnya mahu buang Dr Sam sebagai MB. Golongan professional yang nak jadi ustaz pulak tidak menyokong Haji Hadi kerana amat marah sebab berpakat dengan Tun M dan Tun Daim. Bagi mereka kesilapan besar Ayoh Chik sebab jadikan Tun M rakan karib Pas . Golongan professional ini mahu segera angkat Titm jadi presiden dan ust Dereh dilantik sebagai Tim Pres untuk buat pembersihan dalam Pas . Puak Dr Sam pulak dilihat lebih akrab dengan Azmin Bersatu dan percaya dengan pemimpin Bersatu yang kononnya akan dilantik sebagai PM. Sedangkan Hamzah Bersatu mahu jawatan PM dipegang pemimpin Bersatu jika mereka jadi kerajaan. Puak Dr Sam ni tak disukai puak professional dalam Pas. Puak Dr Sam sedang kuatkan pengaruh dengan melantik orang2 dia di peringkat negeri. Nak habis sembang aku kata kesian Ayoh Chik yang sedang uzur nak dijatuhkan. Kata dia banyak kesilapan yang dilakukan Ayoh Chik sekarang. Fatwa politik beliau selalu berubah. Aku kata sekarang ni fatwa politik memang sentiasa berubah dok kata sebelah sini kawan dengan penyamun sebelah sana pon kawan dengan penyamun jugak tapi jadi bersih sebab jadi ahli parti syurga. Dia kata kami berhati2 dengan Nuar Musa dan Shahidan Kassim.. Aku kata depa dua tu duit banyak kalau depa lobi kuat depa boleh jadi presiden Pas.. Akhir kalam dia kata lepas kami buat pembersihan mai la joint kami... 😁
120Loading...
25
JIKA TIDAK KERANA HADI AWANG Oleh Lebai PRO 1- Jika tidak kerana Hadi Awang mengutip dan memberi sebuah parti kecil kepada Anwar Ibrahim 20 tahun yang lalu, menulis buku membersihkan imejnya, maka PKR tak akan wujud dan Anwar Ibrahim terkial-kial mencari talian hayat atau mungkin kering dalam penjara hilang tak dikenang siapa. 2- Jika tidak kerana Hadi Awang mengerahkan jentera PAS menyokong reformasi, perkataan reformasi hanyalah satu perkataan biasa di kamus dewan tanpa ada catatan sejarahnya sendiri di Malaysia. 3- Jika tidak kerana Hadi Awang membuka persepsi baru PAS dalam politik milenium serta memberi komitmen jitu, Pakatan Rakyat tak akan terbentuk kerana DAP bersifat playsafe opportunist dan tidak pernah konsisten dalam sesuatu pakatan (pernah keluar dari Barisan Alternatif) manakala PKR hanya baru setahun jagung. Pembentukan koalisi pembangkang terkuat dalam sejarah negara adalah dizaman kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang menerajui PAS. 4- Jika tidak kerana Hadi Awang membuat kenyataan berani menyokong kepimpinan Mahathir, takkan Mahathir mendapat insuran dari risiko serangan dalaman PH dan kurang tekanan dalam mentadbir negara. 5- Jika tidak kerana Hadi Awang menekankan "tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah", takkan mati karier blogger penjaja skandal seks dan peniup fitnah dalam kain. 6- Jika tidak kerana Hadi Awang mengambil risiko membuka pintu dengan pendekatan politik baru, tidaklah PAS memperoleh sokongan daripada profesional dan korporat. 7- Jika tidak kerana Hadi Awang membuka pintu seluasnya kepada golongan profesional pada 90 an, PAS masih dilabel pemain politik surau dan masjid. 8- Jika tidak kerana Hadi Awang membuka pintu seluasnya kepada golongan profesional, tidaklah kita tahu ramai profesional yang opportunist, bermasalah inferiority complex dan xenocentric dalam perjuangan Islam. Jika tidak kerana Hadi Awang totok dengan Islamnya, nescaya golongan bermasalah ini mendapat tempat kerana nampak lebih logik sungguhpun idek banyak beza dengan pengamal mazhab Machiavelli yang lain. 9- Jika tidak kerana Hadi Awang berdegil enggan tunduk kepada DAP dan bertanding sendiri, PRU14 tidak akan menyaksikan BN tewas pertama kalinya dalam sejarah selepas 60 tahun. 10- Jika tidak kerana Hadi Awang mengambil risiko ditolak penyokong sendiri dengan membuka pintu kepada UMNO, mendidik ahli yang terluka kerana pernah teraniaya oleh UMNO supaya membuang sifat dendam, nescaya himpunan ICERD dan sejarah penyatuan 2 kelompok besar Melayu yang berseteru selama ini tak akan terjadi. 11- Jika tidak kerana Hadi Awang tegas dalam politik Islam ortodoks sebagai asas dan cermat dengan pendekatan kontemporari, maka makin menjadi-jadi umat terikut-ikut model politik Islam moden mesra kafir atas nama masyarakat majmuk. Sedangkan dalam Islam itu sendiri sudah lengkap dengan kaedah mentadbir berbilang bangsa dan agama serta mempunyai track record kejayaan dalam beberapa tamadun. 12- Jika tidak kerana Hadi Awang, Aceh dan Selatan Filipina masih berkonflik seterusnya perdamaian yang dicapai itu menutup lensa barat untuk terus menuduh ASEAN pusat latihan teroris serta mencari alasan untuk menempatkan tentera mereka. 13- Jika tidak kerana Hadi Awang tegas meletakkan PAS tidak pro atau taksub kepada mana-mana mazhab dan aliran tertentu, nescaya perpecahan umat dek kerana perbezaan mazhab dan aliran makin menjadi-jadi di dalam negara. Mungkin anda benci lebai berserban bernama Hadi Awang ini dan persepsi anda tidak lebih kepada beliau yang hanya sekadar lebai bodoh yang hanya tahu bercakap arab dan menunggang agama. Namun anda tidak boleh menolak fakta bahawa beliau adalah bekas timbalan Ketua Ulama Islam Sedunia dan seorang tokoh politik yang disegani dunia. Kalau anda tidak tahu, itu masalah anda, bukan masalah Hadi Awang.
110Loading...
26
Haji Hadi Awang diakui oleh seorang tokoh gerakan Islam dunia Syeikh Said Hawa sebagai pemimpin ulama muktabar di rantau ini. Diakui oleh Butros Ghali Setiausaha Agong Badan Antarabangsa sebagai ahli politik yang sangat unik dan zuhud. Dr Najmuddin Erbakan, Bekas Perdana Menteri Turki mengatakan beliau seorang yang hebat kerana musuh Hadi Awang sendiri akan berkata "beliau berkata benar". Sementara itu Rabitah Ulama Palestin menjujung kehebatan ilmu Hadi awang dengan mengatakan kalau kamu mahu belajar feqah, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi. kalau kamu mahu belajar politik, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi. kalau kamu mahu belajar sejarah, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi. Mungkin anda pelik kerana banyak kenyataan Hadi Awang tidak begitu menampakkan wow factor, ini adalah kerana beliau bukan pengamal Machiavelli yang semata-mata ingin memuaskan hati orang untuk mendapatkan sokongan. Beliau adalah seorang yang sangat berdisiplin dengan ilmu dan dalam politik, sangat berdisiplin dengan kaedah. Dalam kecelaruan pentadbiran PH, anda boleh melihat dengan mata kepala anda sendiri beliau meletakkan kestabilan pentadbiran sebagai keutamaan dan tidak mengambil pendirian menghentam kerajaan dengan politik kebencian 24 jam. Ramai tidak tahu, pintu belakang rumah PAS sentiasa diketuk oleh parti-parti komponen PH dan bebas kerana ingin bersembang. Kopi dan biskut PAS di pangkin belakang rumah masih menyelerakan. Sekiranya anda ingin mengatakan ingin merendahkan lebai Hadi ini, tanya dulu diri anda, apa pengiktirafan yang anda ada dan apa kapasiti anda untuk merendahkan beliau? Lu sapa? Lots of peoples try to dance with him. While you are trying, he already succeeding. Lihat segalanya dengan mata kiri dan kanan. Dalam nampak biasa-biasa hebat bisanya. Sentiasa berdoa semoga Allah masih mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada kita. Hormatilah ulama kerana mereka adalah penyambung syiar nabi. Sesungguhnya segala yang berlaku adalah kerana kebijaksanaan Allah. Allah juga yang meminjamkan ilmu, kehebatan dan menggerakkan hati TGHH dalam melakukan segalanya. #HeGotWeakness #HeGotStrength #HeGotStyle
100Loading...
27
https://www.facebook.com/share/p/z7vaYy258W6Lkz7i/?mibextid=oFDknk KRITIKAN ILMIAH DALAM KALANGAN PARA ULAMAK ADA PERKARA BIASA Dalam disiplin pengajian , kritikan terhadap ilmuwan dari ilmuwan yang adalah perkara lumrah. Kritikan bukan beerti permusuhan sesama mereka. Adapun kritikan bukan ahli kepada ahli bidang ,maka ianya membawa permusuhan. Saudara Pok Amad yang dikasihi semua, jauhilah dunia perbalahan dalam perkara furuk. Jika masih belum berdikari, maka jauhilah membuat kritikan dan sibukkan diri dengan mengadap guru . Jika sudah mampu berdikari , maka kritiklah secara beradab dan tidak membawa fitnah. Ada perkara perlu dibincang secara tertutup dan ada perkara perlu dibincang secara terbuka. Jika rasa mampu berdikari janganlah rasa teramat hebat sehingga gelocoh dalam membuat kritikan kepada tokoh lain. العجلة من الشيطان والتأني من الله Dalam buku تدعيم المنطق karangan Syeikh Said Faudah, beliau telah mengkritik Imam Suyuti berkaitan ilmu mantik. Imam Suyuti berpendapat ilmu mantiq perlu dijauhi. Pengarang telah membuat kritikan terhadap pendapat Imam Suyuti tersebut dengan panjang lebar. Adakah kita boleh kata pengarang tidak menghormati Imam Suyuti?? Tidak sama sekali. Majoriti masyarakat kita bukan ahli bidang . Maka berpada-padalah dan bijaksanalah dalam menyampaikan ilmu.
140Loading...
28
https://www.facebook.com/share/p9UJnTuJs7WTdW4w/?mibextid=oFDknk BOLEH KE REBRAND MCD KFC STARBUCK? . Boleh. Tapi at certain scenario. . Sebelum tu kena faham struktur syarikat nak bagi faham. Kita ambil KFC lah sebab tengah rancak isu ni kan . Pemilik brand KFC ni adalah Yum Brand. Syarikat fortune 1000 dengan market cap 38b usd. Tersangatlah Besar. Selain KFC dia ada brand lain lagi. Bukan saja Malaysia tapi di 155 buah negara . Kat Malaysia ni, dieorang lantik master franchise. Master franchise ni yang akan runkan operasi dan bagi royalti kepada mereka. Berapa? Rahsia mereka - tapi dalam 3-6% normal practise . Yang pegang Malaysia adalah QSR Brand. Siapa pemilik QSR Brand ni? . JCorp Majority, KWSP pun ada juga dan ada firma dari Singapore . So apa scenario dia? . 1 - Yum Brand tamatkan kontrak . Bagi syarikat besar nak tamatkan kontrak, kena berlaku krisis di peringkat makro. Contohnya perang. Jika Malaysia tengah berperang (nauzubillah) Yum Brand ni akan tarik diri penglibatan mereka . Atau Malaysia putuskan untuk jadi negara tak buat dagangan dengan US, itu pun akan buatkan Yum Brand tarik diri . Atau ada polisi gila Malaysia kenakan tax kepada brand luar 100% jadi tak untung dan tak mesra pelabur mereka akan tarik diri juga . Jadi outlet sedia ada ni, bolehlah ditukar dan rebrand benda lain . Jika ini berlaku, Yum Brand kena bayar ganti rugi sebab mereka tarik diri dan langgar kontrak . 2 - QSR tamatkan kontrak . Jika jualan terus merudum, QSR untuk selamatkan keadaan boleh tamatkan kontrak dengan Yum Brand. Kena tengok juga outlet tu SEWA atau MILIK mana parties jika sewa atas nama master franchise mudahlah sikit nak tukar . Berapa value langgar contract? . Simply 10-20x ganda kerugian . Daripada nak bayar kerugian, baiklah declare loss dengan tutup sementara atau tutup few branches yg tak make money . Tapi tak berhenti situ, Yum Brand akan offer untuk new Master Franchise untuk operate. So KFC still akan ada cuma bertukar pemilik lainlah kalau Yum Brand fikir Malaysia not a good market anymore dan decide nak keluar . . . Jadi, itu 2 scenario nak rebrand rebrand ni . Boleh, tapi macam mustahil . Dia bukan nak rebrand order signboard pastu tukar nama kepci macam tu je
180Loading...
29
https://www.facebook.com/share/BmTfJGvuyHDm9RQF/?mibextid=oFDknk “TUKAR JE LA JENAMA, APA SUSAH.” 1. Ini cadangan lazim bila sesuatu produk itu diboikot. 2. Untuk pengetahuan, pemegang francais jenama² terkemuka akan ada binding agreement, dan di dalam kontrak tersebut ada satu klausa yang disebut ‘non-compete clause’. 3. Klausa ini adalah untuk melindungi pemilik jenama tersebut. Ini bagi mengelakkan pemegang francais menggunakan kepakaran yang dilatih mereka dan rahsia intelek syarikat untuk kegunaan lain yang bersifat bisnes yang sama. 4. Jika dalam english ia berbunyi begini: “A non-compete clause is a standard clause in a franchising agreement, and can be applicable during and after termination or discontinuation of the legal relationship. A clause of this kind is intended to prevent the know-how of the franchisor disclosed to the franchisee being used for purposes other than agreed. If there is no non-compete clause, the franchisee could use the know-how to develop its own competing business or start such a business the day after termination. For obvious reasons, this risk is unacceptable for franchisors.” 5. Mudah cerita, dalam isu KFC, QSR (JCorp) tidak boleh sesuka hati nak menjenamakan semula KFC di Malaysia. Begitu juga hal Mekdi dengan owner Lionhorn di Malaysia. 6. “Tapi di Russia boleh je.” Itu sebab perang…Mekdi di sana keluar secara paksa rela atas sebab Amerika memutuskan hubungan dagang dengan Russia. Hakikatnya owner baru di Russia perlu membayar 1.4 billion dollar kepada Mekdi, baru Mekdi setuju untuk write off pelaburan mereka di Russia. 7. Buat masa ini, kes precedent begini hanya berlaku jika jenama tersebut sendiri nak keluar atas sebab perang dan putus hubungan dua buah negara. 8. Adakah Malaysia perlu memutuskan hubungan dua hala dengan Amerika dan berdepan sekatan ekonomi seperti Russia? 9. Saya rasa boleh. Dengan syarat, kita harus jadi kuasa besar seperti Russia, kaya ekonomi dan kaya teknologi sendiri dan cukup penghasilan keperluan makanan dalam negara. Nak berlawan dengan orang kuat, kita pun kena kuat. 10. Seperkara lagi, kebanyakan pemegang franchise di negara masing² tidak akan melabur dalam dua bisnes yang sama jenis produk. 11. Contohnya, sukar untuk QSR nak melabur dalam Muiz Fried Chicken, atau QSR nak buat jenama ayam goreng sendiri, kerana mereka tertakluk kepada klausa non-compete. 12. Tetapi jika ada syarikat korporat lain yang mahu invest dalam jenama lokal seperti Muiz, atau mereka nak membawa masuk jenama luar seperti Al-Baik, atau mereka nak buat sendiri bisnes ayam goreng from scratch, ya memang boleh sangat. 13. Kita ada banyak lagi syarikat korporat yang bermodal tinggi bertujuan untuk pelaburan, seperti Ekuinas, PNB, PUNB, even Khazanah juga boleh melabur sama seperti mereka membantu menaikkan FarmFresh. 14. Persoalannya kenapa mereka ini tidak berminat? 🐓🍗💰
140Loading...
30
Sekilas pandangan terhadap merenjis air ruqyah ke kereta Saya melihat ada pelbagai sudut yang dibahaskan dalam perihal ini, ada yang mengharuskan, dan ada yang mengharamkan, ada pula tidak mengharamkan tetapi tidak menggalakkan. Saya cuba merungkai beberapa permasalahan ini dari kerangka syarak : "Merenjis air ruqyah kepada kereta DIHARUSKAN dengan wujudnya pelbagai kaedah, dalil dan jalan kira, SELAGI ia tidak dijadikan kelaziman (kemestian) dan tidak pula diangkat menjadi syiar dalam agama" Bilakah ia menjadi bid'ah ? Apabila amalan itu dijadikan kemestian dan syiar (suatu lambang kepada agama), ia boleh berpindah daripada hukum harus kepada hukum bid'ah kerana mengada-adakan satu syiar yang bukan daripada agama. Syiar agama seperti akikah, korban, tahnik dan seumpamanya adalah amalan yang wujud dalam syariah secara nas hadis yang soreh. Ia sememangnya perlu dimasyhurkan dan diangkat sebagai syiar dalam agama. Selain daripada syiar yang diwarisi secara nas, perkara lain yang walau ia sabit secara 'qias', tidak boleh diangkat sebagai syiar seperti "menyambut kehadiran kereta baharu secara khusus dengan upacara yang khusus" dan diwar-warkan kepada seluruh pelusuk masyarakat perkara ini. Selagi ia tidak masuk dalam kategori syiar, ia kekal dalam ruang lingkup HARUS. Bilakah ia menjadi khurafat dan tahyul ? Apabila amalan itu tidak difahami sebab musababnya, dan tidak pula difahami sudut 'logika' sesuatu amalan. Logika sesuatu amalan pula boleh difahami dari pelbagai ilmu, dalil, dan riwayat serta pengalaman. Jika ada dalil syarak, lalu dijadikan masalah merenjis ini sebagai qias, maka selesailah logikanya secara syarak. Jika ada suatu catatan ilmiah dan pengalaman bahawa perkara ini memang memberi kesan yang berbeza dengan jika tidak dilakukan perkara ini, maka selesailah logikanya secara adat kebiasaan. Islam menerima segala perkara yang dilakukan berasaskan ilmu, dan menolak perkara yang berasaskan dakwaan, sangkaan, tekaan dan teka-tekaan. Apakah kategori amalan merenjis air ini ? Kategorinya adalah kategori 'bertabarruk' (mengambil keberkatan orang soleh), 'mengambil sebab' dan 'tafaa'ul' (optimis) sahaja, dan ia adalah SALAH SATU daripada RIBUAN sebab mengapa sesebuah kereta itu boleh selamat dari sebarang bala, kecelakaan atau kemalangan. Ia tetap tidak sempurna tanpa kemahiran pemandu membawa kereta, pematuhan kepada undang-undang lalu lintas, serta pemanduan berhemah para pemandu. Dalam fiqh, apabila seseorang bayi itu di-akikah-kan, antara galakannya kepada kambing yang di-akikah-kan itu adalah tidak memotong tulang-tulangnya, sebagai satu bentuk 'optimis' bahawa akhlak bayi itu akan baik, dan anggota badan bayi itu juga sempurna. Walau demikian, ia tetap hanya sebagai SALAH SATU sebab musabab sahaja, tanpa dinafikan PELBAGAI SEBAB lain boleh menjadi faktor pembentukan peribadi bayi itu pada masa depan. Adakah boleh kita merenjisnya setiap hari dengan bacaan air yasin dan ruqyah ? Apabila perkara yang sangat kecil persennya diutamakan, berbanding sebab musabab yang lebih besar, ia boleh dimasukkan dalam kategori MELAKUKAN PERKARA YANG SIA-SIA dan dikhuatiri boleh membawa kepada KHURAFAT dan TAHYUL. Wallahua'lam bissawaab. ---- Ikut catatan saya di t.me/ustazsyamilesa
160Loading...
31
https://www.facebook.com/share/p/57ZmbkcQ3gQtisdc/?mibextid=oFDknk Berjabat Tangan ____ Di hadits: "Sayyiduna Nabi SAW tidak berjabat tangan dengan kaum perempuannya dalam bai'at". Hukum berjabat tangan antara laki2 & perempuan bukan mahram adalah dosa kecil meskipun dengan syahwat. Yang haram dosa besar adalah zina. Disebutkan di hadits bahwa ada seseorang laki2 pedagang kurma kedatangan pelanggan perempuan cantik.. jadi laki2 itu mengatakan: "Kurma di dalam toko lebih bagus". Begitu perempuan itu masuk, maka laki2 itu pun mencium perempuan itu. Haditsnya diketahui.. Setelah perempuan itu pergi, laki2 itu pun menyesal & jiwanya sadar. { إِنَّ ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ إِذَا مَسَّهُمۡ طَـٰۤىِٕفࣱ مِّنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ تَذَكَّرُوا۟ فَإِذَا هُم مُّبۡصِرُونَ } Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). [Surat Al-A'raf: 201] Dia pun datang ke Sayyidina Nabi SAW sambil menangis.. "Ya Rasulallah, sungguh celakanya aku, telah terjadi begini begini..". Ayat turun; { وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَیِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفࣰا مِّنَ ٱلَّیۡلِۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَـٰتِ یُذۡهِبۡنَ ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّ ٰ⁠كِرِینَ } Dan laksanakanlah salat pada kedua ujung siang (pagi dan petang) dan pada bagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah). [Surat Hud: 114] Ayat itu menunjukkan bahwa yang terjadi itu merupakan dosa kecil, karena hasanat yang bisa menghapus itu adalah untuk sayyiat yang merupakan dosa kecil. Hal itu menunjukkan berjabat tangan dengan perempuan merupakan haram dosa kecil meskipun dengan syahwat. Bagaimana kalau tidak dengan syahwat, seperti yang berjabat tangan sebagaimana kebiasaan orang Mesir yang berjabat tangan santai tanpa ada kepikiran syahwat? Itu hukumnya adakah khilaf al-awlaa (menyalahi hal yang sebaiknya). Jelaskan? Tapi menurut Wahabiah itu tangannya harus dipotong. Berlebihan dalam hukum itu membuat masalah besar bagi sebagian orang. Padahal masalahnya sederhana saja.. jelaskan? Sayyiduna Nabi SAW punya kekhususan; Beliau SAW tidak berjabat tangan dengan kaum perempuan padahal semua umat perempuan merupakan puteri2 bagi Beliau SAW. Beliau SAW lah satu2nya orang yang punya kekhususan untuk berkhalwat dengan perempuan bukan mahram karena Beliau SAW Muktaman (dipercayai) tapi Beliau SAW tidak pernah berkhalwat. Jadi Beliau SAW berhak untuk berjabat tangan tapi Beliau SAW tidak melakukan hal itu... jadi, Beliau SAW sangat menjaga. Maka ketidakberjabatan tangan Sayyidina Nabi SAW itu merupakan wara' Beliau SAW, yaitu kehati2an yang lebih dari semestinya untuk mengajarkan umat Beliau SAW; supaya kalian sangat berhati2 & menjauhi hal yang bisa membuat kalian dicurigai. Faedah dars pagi kamis, 2 Mei 2024M atau 23 Syawal 1445H bersama Maulana Syekh Yusri Rusydi al-Hasani al-Husaini hafizhahullah. ▶️ Tonton video ini https://www.facebook.com/share/v/fJgMeP1CWKDygiHL/?mibextid=jmPrMh
150Loading...
32
https://www.facebook.com/share/dZ31eCBdxQDVuMdf/?mibextid=oFDknk Komentar peribadi berkait singgungan di bawah: Sistem pengajian Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah di Malaysia tidak mendedahkan pelajar kepada rujukan asal hatta kitab ringkas sekalipun seperti Matan Ajjurumiyah. Kebanyakan bidang ilmu yang didedahkan adalah sekadar ringkasan dan olahan semula daripada kitab-kitab asas dalam turath ilmu Islam. Lepasan pelajar di sekolah aliran kebangsaan atau sekolah-sekolah agama negeri mempunyai ilmu dan boleh mencerap pengajaran (silibus) yang diberi. Ukurannya lihat pada keputusan peperiksaan misalnya SMA / peperiksaan kurikulum al-Azhar di peringkat negeri. Namun para pelajar ini tidak didedahkan dengan tasawur am model pengajian Islam dan turathnya. Maka kebanyakan pelajar bila melangkah ke peringkat universiti (asasi / sarjana muda) tercari-cari cara untuk menyelam dalam lautan ilmu Islam yang besar dan dalam. Bagaimana nak menyelam sedang alat dan kemahiran berenang tiada? Nak baca kitab besar, bermuzakarah dan berdiskusi seakan jauh untuk dicapai. Pelajar pengajian Islam di Malaysia khususnya (berdasarkan pengamatan dan pengalaman peribadi) masih tersekat di pagar satu; 1) Takut dengan bahasa Arab. 2) Tak kenal dan tak tahu bagaimana nak bermula 3) Tidak nampak manhaj ilmu pengajian Islam; bermula dengan satu-satu bidang ilmu secara khusus kemudian hubungan antara bidang ilmu. Tambah pula sebahagian pusat pengajian tinggi bidang pengajian Islam bersifat dualism atau bahkan lebih (Pelajar Usuluddin langsung menyerah untuk tidak melibatkan diri dengan sub bidang fiqh - usul fiqh, begitu juga sebaliknya. Apatah lagi pelajar bidang khusus seperti pendidikan Islam, undang-undang, ekonomi Islam dll) 4) Tidak mendapat bimbingan menyeluruh sebaliknya terus dicampak dalam lautan luas. Keempat-empat faktor diatas akan tampak jelas apabila diamati keadaan pelajar ketika ditugaskan membuat risalah akademik. Yang mampu dirujuk ialah olahan yang telah siap, yang telah diterjemah. Bagaimana nak merujuk, kitab dalam bidang pun belum kenal? Walhasil, sebahagian yang kuat keazaman akan mencari usaha untuk survive, sebahagian hanya pasrah diikut ombak. Yang kuat dan bertuah akan berhasil. Mereka akan terus belajar walaupun dirasakan perit pada peringkat awal, sehinggalah pada satu tahap baru akan berasa lega dan 'boleh hidup'. Baru kini nak mengenal tingkatan kitab dalam nahu, baru kini tahu istilah matan, syarah dan hasyiah, baru kini nak mengenal mabadi' asyarah. Di peringkat ini, langkahan pembelajarannya perlu lekas, agar boleh cepat sampai kepada nak membaca kitab. Sebahagian yang pasrah, akan terus mengikut jalan yang dihidang; tiada jaminan pada kualiti hasilnya, namun jalan untuk bergraduasi tetap ada. Hal ini berbeza keadaannya kepada pelajar STAM atau pelajar yang telah terdedah dengan talaqqi secara tersusun. Mereka lebih kuat dan tidak hilang punca apabila memasuki fakulti pengajian Islam di IPT.
140Loading...
33
https://berita.rtm.gov.my/laporan-khas/kolumnis/senarai-berita-kolumnis/senarai-artikel/dari-keriangan-ke-pelaburan-masa-hadapan
120Loading...
34
https://www.facebook.com/share/Q2Z3XS5ZTcsXGntK/?mibextid=oFDknk Isu renjis air pada kereta. 1. Sedarlah kita hanya khilaf pada masalah khilafiyyah yang furu’ sahaja. Bukan khilaf pada usul ijtihad. 2. Ulama terdahulu boleh berlapang dada pada usul ijtihad, maka hasilnya lahirlah feqah Islam yang luas. Sepatutnya kita juga boleh berlapang dada pada usul dan khilaf furu’ jika ingin melihat ilmu feqah berkembang. 3. Keluasan feqah Islam sepatutnya meliputi isu-isu utama umat Islam. Mengemukakan penyelesaian dalam isu-isu politik, ekonomi, jati diri dan lain-lain isu. 4. Alhamdulillah kita dapat lihat sedikit hasil keluasan ijtihad-ijtihad tersebut dalam bidang kewangan Islam, zakat, takaful dan sebagainya. 5. Kita mengalu-alukan ijtihad ulama-ulama pondok, ulama university dan sebagainya untuk berijtihad dalam bidang-bidang seperti ekonomi, teknologi, pemakanan, perubatan politik, pendidikan dan sebagainya. Inilah peranan ulama-ulama yang telah banyak belajar dan mengajar dalam pelbagai bidang khususnya seperti usul fiqh, fiqh, maqasid, dan lain-lain. 6. Manakala bidang Aqidah dan Ibadah sepatutnya menjadi suatu rimbunan yang telah fix. Tidak banyak perubahan melainkan rukhsah, masyaqqah dan untuk tujuan pendidikan. Ijtihad untuk mendidik supaya pandai mengamalkan ibadah dengan sempurna juga digalakkan. 7. Sekiranya terlajak ijtihad dalam ruang ibadah ini boleh jadi bida’ah dan boleh memecahbelahkan umat. 8. Selagi ada usul dalil, maka kita terima sebagai khilaf yang muktabar. Sekiranya tiada usul dalil maka dianggap bida’ah dan khilaf yang tidak muktabar. 9. Dalam isu renjis ini, bagi saya khilaf yang muktabar kerana ada usulnya. Terpulang kepada pandangan masing-masing untuk amalkan atau tidak. Wallahuallam. Mudah mudahan Allah memandu kita semua ke arah lebih memahami dan mengamalkan agama. Dr. Ikram al-Lahari 23 syawal 1445 2 Mei 2024
140Loading...
35
https://www.facebook.com/share/p/2r4wnwFhWJSbdLC7/?mibextid=oFDknk Pelajar Pengajian Islam | Ahl al-‘Ilm (أهل العلم) : al-Idafah Dengan Makna al-Istihqaq Peringatan buat pelajar Pengajian Islam. Tidak kira di mana anda belajar, ingatlah peranan anda dalam bahasa Arab ialah sebahagian daripada keluarga أهل العلم الشرعي. Anda pasti maklum bahawa frasa tersebut merupakan frasa al-Idafah. Al-Idafah disini ialah al-Idafah al-Ma’nawiyyah al-Mahdah di mana mudafnya bukanlah daripada isim mushtaq dan tidak boleh diganti dengan fi’il. Lawannya ialah al-idafah al-lafziyyah ghayr al-mahdah (pseudo idafah) dimana peranannya hanya semata untuk memudahkan tuturan (takhfif). Ibn Hisham al-Ansari dalam Awdah al-Masalik ila Alfiyyah Ibn Malik menjelaskan bahawa dinamakan sebagai idafah ma’nawiyyah kerana ia memberikan faedah perkara yang ma’nawi (abstrak) ataupun dalam erti kata lain satu perkaitan (al-isnad/al-ta’lluq). Oleh itu, apakah makna tersebut? Apakah makna idafah “ahl” kepada “ilm”? Zahirnya ialah dengan makna al-lām. Dalam konteks ini, lām tersebut membawa al-istihqaq (hak yang selayaknya). Oleh itu, mereka yang layak berada dalam keluarga ilmu, digelar pelajar ilmu shar’i ialah mereka yang berhak dan layak untuk membincangkan ilmu, mengangkat perihal ilmu serta bergelumang dengan ilmu. Namun begitu, adakah adat pelajar Pengajian Islam masa kini itu bergelumang dengan ilmu? Bagaimana keadaan kita dengan kitab-kitab ulama Islam? Sejauh mana kita mengenali karya ulama Islam? Sejauh mana kita memahami dan mampu untuk menyebarkan mutiara kandungan karya ulama? Sebaliknya, realiti kini amat menyedihkan. Bila disuruh lakukan “kajian” ataupun carian terhadap isu, hanya berpada dengan apa yang sudah dihidangkan di laman web pejabat dan institusi fatwa. Tidak berani (bahkan tidak mampu) untuk menelaah daripada sumber primer yakni karya ulama Islam meskipun semudah ibarat kitab al-Taqrirat al-Sadidah pun tidak mampu untuk dihuraikan. Daripada aspek ilmu dan kesungguhan dengan ilmu turath pun sudah kita ragui “kelayakan” kita dinisbahkan sebagai “ahli ilmu”, apatah lagi jika dinilai pula dengan neraca ketakwaan. Makin hilang kelayakan untuk menggalas penisbahan tersebut. Hal ini mengingatkan saya kepada sebuah nasihat emas yang keluar daripada bibir guru saya Syeikhuna Dr. Khaleel Elyas Al-Iraqi : لا تتكلم عن الصدق والإخلاص وانت كسلان! Jangan sesekali kalian berceramah mengenai kejujuran dan keikhlasan walhal keadaan kamu itu seorang yang pemalas! Muhasabahlah, bila kali terakhir kita melihat pembudayaan diskusi dan perbincangan kitab ulama di fakulti pengajian Islam dengan skala yang besar? Mengapa yang banyak ialah perbincangan tentang trend tiktok terkini, pencapaian game di smartphone bahkan lebih parah bergosip tentang aib orang lain???
170Loading...
36
https://www.facebook.com/share/p/4aUB8ABwmwgTnYin/?mibextid=oFDknk antara perkara yang penting difahami dalam melihat hadis adalah, hadis diriwayatkan; a. secara lafaz. b. secara makna. Hadis yang diriwayatkan secara makna lebih banyak berbanding hadis yang diriwayatkan secara lafaz. Dalam metode Syafie dan hanbali, hadis riwayat secara makna yang sanadnya sahih atau hasan, sudah boleh dibuat penghujahan fiqh. Namun, dalam mazhab Hanafi dan Maliki, tidak boleh terus dibuat hujah kecuali diteliti terlebih dahulu. Saya fokuskan dalam mazhab Hanafi. Mazhab Maliki, kita kupas waktu lain. Dalam mazhab Hanafi, hadis yang diriwayatkan secara makna tidak boleh diterima sebagai hujah kecuali perawinya adalah seorang yang alim dalam fiqh. Alim dalam fiqh dikenali, apakah dia pernah mengemukakan ijtihad-ijtihad yang diperakui oleh ulama-ulama muktabar. Jika ada ijtihad yang tidak diperakui, maka dia tidak boleh diakui sebagai faqih lagi. Contohnya, ada perawi bernama Shu'bah yang terkenal dengan perawi yang apabila riwayatkan hadis, dia riwayatkan secara makna, bukan secara lafaz. Imam Shu'bah ini, ada ulama hadis anggap dia Amirul Mukmin dalam hadis. Bermakna, ada ulama angkat dia setaraf Imam al-Bukhari. Tetapi, hadis riwayat dia tidak diterima oleh Mazhab Hanafi kerana dia tidak faqih. contohnya, dia ada riwayatkan hadis yang berbunyi: "nabi larang dari memakai za'faran". kalau difahami dari hadis ini, kelihatan lelaki dan perempuan tidak boleh memakai za'faran. Hadis ini ditolak oleh Mazhab hanafi, walaupun ia sanadnya sahih tanpa sebarang keraguan lagi. Kenapa ditolak? kerana, hadis ini diriwayatkan secara makna oleh Imam Shu'bah yang dianggap oleh Abu Hanifah sebagai tidak faqih. Ekoran itu, dibandingkan dengan riwayat lain didapati lafaz hadis yang penuhnya adalah: nabi saw larang dari lelaki memakai za'faran. Ini usul mazhab Hanafi dalam menilai hadis. Usul ini, tidak diguna pakai dalam pendekatan 6 imam hadis yang terkemuka dalam kalangan ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Kalau kita faham yang ini, kita tidak mudah nak kata: ini adalah hadis sahih. maka ini lebih sunnah berbanding yang lain. ilmu hadis memang ada disiplinnya. tetapi, jangan abaikan cara ulama fiqh menilai hadis sama.
130Loading...
37
https://www.facebook.com/share/p/hP8zL8oCbhB6gaYE/?mibextid=oFDknk Imam Hanafi lebih cermat untuk memastikan kesahihan makna yang terkandung dalam sesuatu ungkapan yang disandarkan kepada Nabi. Contohnya, dalam hal melibatkan hadis yang diriwayatkan secara makna dan lafaz. Ulama hadis sebenarnya agak longgar dalam menerima sesuatu hadis. Hanya terbatas kepada sanad sahaja. Apabila sanad sahih, maka terus dijadikan sandaran hujah. itu bukan pendekatan yang salah dan mengaibkan. Ekoran itu, ia diterima sekian ramai ulama. Hal ini berbeza dengan pendekatan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. dalam mazhab Hanafi, sesuatu hadis tidak sekadar dilihat dari sudut sanad sahaja, tetapi matan juga perlu. Apabila disebutkan matan, dalam ilmu hadis akan akui bahawa ada dua cara periwayatan; iaitu riwayat secara lafaz dan riwayat secara makna. riwayat secara makna adalah lafaz hadis digunakan oleh perawi adalah lafaz perawi sendiri, bukan lafaz Nabi. tetapi, makna tersebut perlu bertepatan dengan maksud dan kehendak Nabi saw. Apabila riwayat secara makna, bagi imam hanafi perlu diteliti terlebih dahulu. tidak boleh diterima terus. Sebab, terlalu banyak kes bahawa perawi menggunakan lafaznya, bukan lafaz Nabi yang menyebabkan kefahaman dari lafaz terbabit berbeza dengan maksud yang dikehendaki oleh Nabi saw. Contohnya, ada hadis riwayat secara makna yang disandarkan kepada Nabi yang berbunyi: "Tidak ada wuduk kecuali dengan sebab bunyi atau bau" Dari riwayat hadis ini dengan lafaz perawi, bukan lafaz Nabi menyebabkan ada orang fahami bahawa kalau angin keluar dari zakar dan faraj wanita juga boleh membatalkan wuduk. Mazhab Hanafi tidak terus berdalil dari hadis yang diriwayatkan secara makna ini. Makanya, perlu dilihat pada riwayat lain - iaitu hadis yang diriwayatkan secara lafaz. Dalam hadis riwayat secara lafaz, didapati Nabi saw berkata: "Apabila seseorang kamu dalam solat, lalu dia meragui ada sesuatu berlaku dalam perutnya, maka jangan dia keluar dari solat sehingga dia dengar bunyi atau ada bau". Jelas, dari hadis riwayat secara lafaz bahawa maksud "bunyi" dalam hadis adalah kentut. Justeru, mengistinbatkan dengan umum bunyi terhadap hadis adalah tidak tepat dengan maksud hadis. Hal ini kerana, maksud bunyi dalam hadis adalah dalam makna yang khusus, iaitu merujuk kepada kentut. Atau dalam contoh lain, seperti ada hadis yang diriwayatkan secara makna: "Nabi melarang dari memakai za'faran". kalau difahami dari riwayat dengan makna ini, larangan memakai za'faran ini umum untuk lelaki dan perempuan. namun, apabila diteliti dari riwayat hadis secara lafaz: "nabi melarang za'faran terhadap orang lelaki". jelas, riwayat hadis secara makna boleh membuka ruangan untuk berlaku kesilapan dalam memahami maksud dan kehendak nabi saw. Untuk mengelak dari salah faham ini, Abu Hanifah buat kaedah dan disiplin ilmu dalam menerima penghujahan hadis, bukan semata-mata dari sudut sanad, bahkan perlu teliti juga dari sudut matan. antara pendekatan beliau, sesuatu hadis yang diriwayatkan secara makna, perawi yang meriwayatkan secara makna tersebut perlu dipastikan dia faqih. Hal ini kerana, perawi yang tidak faqih akan membuka ruangan untuk menggunakan lafaz yang tidak berteptatan dengan maksud Nabi saw. Pendekatan Abu Hanifah ini bukan berasaskan kepada hawa nafsu. Ini adalah pendekatan untuk memastikan keabsahan hadis bertepatan dengan kehendak Nabi. Pendekatan ini, tidak menjadi masalah pun dalam kalangan ulama - ulama hadis yang muktabar. Yang jadi masalah, orang - orang yang baru kenal ilmu hadis sehari dua yang dia hanya kenal albani kata sahih dan doif, tanpa dia teliti dan mengkaji metode imam-imam fiqh dalam menilai hadis. Mungkin mereka lupa, asal timbul ilmu usul al-Hadis itu adalah salah satu entiti dari ilmu usul al-Fiqh. Cuma, mereka kenal ilmu usul al-Hadis, mereka terus rasa tidak mahu belajar lagi disiplin-disiplin dalam ilmu usul al-Fiqh lain. Lalu mereka mula nak prejudis kepada disiplin ilmu usul al-Fiqh.
120Loading...
38
https://www.facebook.com/share/p/r9R2GyvR7qT7s26U/?mibextid=oFDknk Syaikh Albani ni, Syaikh Usaimin juga kritik dia. Syaikh Usaimin pernah kata, dia banyak kesilapan dalam menentukan status hadis; Ada yang patut jadi sahih, dia kata doif. Ada yang patut jadi doif, dia kata sahih. kalau Ulama Saudi setaraf Usaimin pun boleh kritik Syakh Albani, inikan pula ulama-ulama dari aliran anti-Wahabi; Sudah pasti lebih dahsyat mengkritik Albani. Sebab itu, kalau kita lihat cara berfikir ulama hadis terdahulu, ada istilah AL-ISTISYHAD. iaitu, sesuatu hadis yang dikemukakan oleh ulama-ulama hadis bukan sebagai sandaran pendalilan, tetapi sebagai menyokong sahaja. Sebab itu, ada hadis-hadis dalam kerangka AL-ISYTISYHAD ini, ada yang bersifat doif, mungkar, malah kadangkala maudu' pun ada. ia bukan hujah, tetapi sebagai memaklumkan ada riwayat palsu yang menyokong hujah itu. Demikian juga, ada istilah AL-I'TIBAR, iaitu sesuatu hadis itu dikemukakan untuk sebagai bandingan sahaja. Ia bukan sumber hujah, tetapi sebagai bandingan dengan hadis-hadis yang sahih sedia ada. Mungkin sikap kita terhadap Syaikh Albani juga sama. Apa yang dia simpulkan itu, bukan kita anggap sebagai MUKTAMAD, tetapi sekadar BANDINGAN atau PENYOKONG sahaja. kalau dia kata sahih pada hadis yang dinilai sahih oleh Imam al-Tarmizi, maka itu sebagai PENYOKONG. Kalau dia nilai Doif pada hadis yang dinilai sahih oleh Imam Tarmizi, maka kita anggap kajian dia tu sebagai BANDINGAN sahaja. Dalam ilmu fiqh pula, merujuk Albani sama seperti kita tanya cara-cara memasak siakap tiga rasa dengan penjual daging di pasar. Bukan dia tidak tahu, tetapi itu bukan ahlinya.
190Loading...
39
https://www.facebook.com/share/p/KAyP4hmKUgaDBSbC/?mibextid=oFDknk Apabila ada kritikan terhadap sesuatu amalan tokoh agama dengan memberikan hujah, itu saya masih anggap ia sebagai sihat. Sebab, kita dapat belajar banyak bahan ilmu atas perbezaan pendapat dan hujah terbabit. Namun, apabila sudah sampai menghina, menganjing, mengutuk, pada saya, kita sudah hilang Adabul Ikhtilaf. Wacana agama di Malaysia sewajarnya membawa kepada kebijaksanaan, bukan permusuhan. Semakin kita ikhtilaf, seharusnya kita menuju kepada pembinaan Tamadun dan Peradaban.
140Loading...
40
https://www.facebook.com/share/p/K2cMyV2THa5ZFgSv/?mibextid=oFDknk Perbezaan sebenar antara Salafiyah-Wahabiyah dan tradisional ASWJ adalah sikap mereka terhadap para ulama. Manhaj Wahabi mengajar penuntut mereka ulama sentiasa salah sehinggakan terbukti benar, manhaj ASWJ mengajar ulama sentiasa benar sehingga dibuktikan salah. Manhaj Wahabi mengajar pengikut mereka setiap sesuatu yang tidak ada dalil dikira sesat, manhaj ASWJ mengajar pengikut mereka setiap yang tidak dalil tidak semestinya sesat dan tidak ada dalil, bahkan ia sekadar tidak diketahui dalil. Manhaj Wahabi mengajar pengikut mereka setiap orang boleh dikritik dan tidak maksum, manhaj ASWJ mengajar pengikut mereka setiap orang boleh dikritik tetapi dengan ilmu, kelayakan dan kefahaman yang lengkap. Manhaj Wahabi mengajar pengikut mereka beberapa kaedah simplistik yang tidak perlu belajar bahasa Arab atau Usul Fiqh mendalam pun boleh hukum ulama besar, manhaj ASWJ mengajar pengikutnya bahawa agama ini terlalu luas dan mendalam sehingga perlu sedar kefahaman dan diri sendiri sebelum mengkritik ulama besar. Manhaj Wahabi mengajar pengikut mereka setiap orang boleh merajihkan dan menentukan kekuatan sesuatu dalil agama, manhaj ASWJ mengajar pengikutnya hanya ulama sahaja yang layak merajihkan dalil kerana hanya mereka yang benar-benar memahami dalil. Manhaj Wahabi menjadikan agama itu subjektif kepada setiap orang, maka dalil yang kuat bagi seorang yang jahil adalah sama kuatnya dengan dalil yang kuat disisi orang alim, manakala manhaj ASWJ agama itu objektif dan kolektif, pendapat dalam agama dikawal oleh mazhab dan muktamad mazhab serta ulama semasa. Manhaj Wahabi mengajar pengikutnya untuk sentiasa bersangka buruk terhadap ulama, setiap ulama perlu dipertikai sehinggalah dia berjaya membersihkan dirinya daripada tuduhan, kemudian apabila dibersihkan mereka akan berlagak seolah tidak ada apa yang berlaku. Manhaj ASWJ mengajar pengikutnya untuk sentiasa sangka baik dengan ulama, setiap aib ulama ditanggung dengan dalil-dalil dan diingat semula kelebihan-kelebihan mereka atas tanda ihsan sepertimana hadis Nabi tentang Ihsan. Manhaj Wahabi menganggap mengikut ulama itu adalah satu ketaksuban, manhaj ASWJ menganggap mengikut ulama itu adalah kemuliaan. Manhaj Wahabi mengajar pengikutnya untuk berhukum dengan common sense diri sendiri, manhaj ASWJ mengajar pengikutnya untuk berhukum dengan ilmu yang diajar oleh para ulama. Manhaj Wahabi menggalakkan pengikutnya untuk membuat hukum dan kefahaman daripada terjemahan-terjemahan al-Quran dan hadis, manakala manhaj ASWJ menggesa pengikutnya untuk mendalami bahasa Arab dan jangan membuat kesimpulan daripada terjemahan. Hakikatnya, Wahabi adalah RUWAIBIDHAH, golongan yang tidak berilmu tetapi bercakap tentang perkara di luar kemampuan mereka. Manhaj mereka mengajak orang yang tidak berilmu untuk sama-sama bercakap tentang perkara di luar ilmu. إنَّ أمامَ الدَّجَّالِ سنينَ خدَّاعةً ، يُكَذَّبُ فيها الصادقُ ، ويصدَّقُ فيها الكاذبُ ، فيخَوَّنُ فيها الأمينُ ، ويؤتَمنُ فيها الخائنُ ، ويتَكَلَّمُ فيها الرُّوَيْبضةُ ، قيلَ: وما الرُّوَيْبضةُ ؟ قالَ الفوَيْسِقُ يتَكَلَّمُ في أمرِ العامَّةِ "Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal, berlalu beberapa tahun yang menipu, didustakan orang yang benar dan dibenarkan orang yang berdusta, dikhianati orang yang amanah dan diamanahkan orang yang khianat, dan berkata-kata pada waktu itu golongan Ruwaibidhoh". Sahabat bertanya, "Siapakah Ruwaibidhah?" Nabi menjawab, "Orang-orang BODOH yang bercakap tentang URUSAN ORANG RAMAI" Manhaj yang mengajar bahawa orang awam pun layak dan sama level dengan ulama-ulama besar, adalah MANHAJ RUWAIBIDHAH. Bahasa Arab tak pandai, Usul Fiqh tak pernah dengar, tapi bercakap tentang hukum-hakam. Tidak terjentik sedikit pun mahu bertanya kepada ulama terlebih dahulu atau menunggu fatwa semasa, tetapi begitu cepat membuat kesimpulan sendiri berdasarkan common sense semata. JAUHI WAHABIYAH!
170Loading...
https://www.facebook.com/share/p/b9ZwvjJ3dcuWy8kf/?mibextid=oFDknk SIRI 2: sebelum ini, saya ada tulis dah berkenaan perkara qatie dan zanniy yang ada kaitan dengan subut dan dilalah. saya sambung perbahasan saya. Sesuatu perkara Zanniy; (a) ia kekal zanniy (b) ia boleh jadi Qatie. (c) ia perlu diseragamkan dengan perkara qatie. Salah satunya adalah sebab berikut; Apabila perkara zanniy subut itu banyak yang semuanya mempunyai unsur kesamaan. Dalam ilmu usul al-Fiqh, ia disebut sebagai ISTIQRA' MAKNAWI. asal istiqra' maknawi ini adalah gabungan antara konsep ISTIQRA' NAQIS + MUTAWATIR MAKNAWI. macam mana itu? Saya cuba kupas dalam bahasa yang saya harap orang mudah faham. istiqra' ini ada dua jenis; (a) istiqra' tam (b) istiqra' naqis. contoh mudah nak faham ISTIQRA' TAM adalah seperti dalam sebuah kelas A ada 40 orang pelajar. Lalu, ditest pada setiap seorang pada 40 orang pelajar tersebut dengan membaca. Apabila didapati 40 orang itu lancar membaca, maka disimpulkan bahawa SEMUA PELAJAR DALAM KELAS A DAPAT MEMBACA DENGAN BAIK. Contoh mudah ISTIQRA' NAQIS pula adalah seperti dalam kelas B ada 40 orang pelajar. Lalu ditest pada beberapa orang secara rambang dengan membaca. didapati, dalam bilangan yang mungkin sekitar 5 hingga 10 orang secara rambang itu dapat membaca dengan baik. makanya disimpulkan bahawa SEMUA PELAJAR DALAM KELAS B DAPAT MEMBACA DENGAN BAIK. hal yang dicapai secara ISTIQRA' TAM bersifat QATIE. tetapi, hal yang bersifat ISTIQRA' NAQIS adalah ZANNIY. Amalan ISTIQRA' NAQIS ini, turut diguna pakai dalam mazhab syafie dalam hal melibatkan penentuan kadar lama haid bagi seseorang perempuan. hanya beberapa orang perempuan sahaja yang ditanya berkenaan kadar lama haid mereka, didapati secara rambang itu agak konsisten bahawa kadar paling lama adalah 15 hari. Pendekatan ISTIQRA' NAQIS ini bersifat ZANNIY. ia boleh dibantah dan dikritik. Terutama, apabila kajian EMPARIKAL (hissiyat) mendapati menyanggahinya, maka keputusan itu boleh bertukar. hal ini berlaku dalam kritikan Imam al-nawawi terhadap keputusan makruh menggunakan air musyammas oleh Imam Syafie dengan alasan bahawa ia boleh terkena penyakit sopak. Makanya, al-Imam al-Nawawi simpulkan menggunakan air musyammas adalah HARUS, bukan MAKRUH sepertimana fatwa Imam syafie. kalau keputusan HISSIYAT pun dapat dibantah dengan keputusan HISSIYAT yang baru, sudah pasti keputusan HISSIYAT dapat membantah keputusan ISTIQRA' NAQIS. Hal ini kerana, epistemologi bagi ISTIQRA' NAQIS adalah dari keputusan rasional adalah melihat konsistensi pada HISSIYAT juga. itu adalah istiqra' naqis. lalu, bagaimana pula datang istiqra' maknawi? asal maknawi itu datang dari pendekatan MUTAWATIR MAKNAWI. asal mutawatir maknawi, apabila lebih sepuluh orang memberitahu ayat al-Quran, iaitu lafaz "alhamdulillahi rabb al-Alamin" dengan lafaz begini. Ia diterima turun temurun dari zaman nabi muhammad sehingga sekarang; di semua negara dalam dunia ini, maka ia dianggap sebagai sebutan yang qatie. itu disebut sebagai mutawatir lafzi. tetapi, ada pula contoh berkenaan hadis-hadis yang ahad yang menyebut berkenaan menadah tangan ketika berdoa. Secara lafaz hadis, dalam pelbagai bentuk dan konteks bahawa nabi berdoa dengan menadah tangan. Namun, yang berbezanya adalah konteks doa, sedangkan kesamaannya dalam pelbagai konteks itu, Nabi berdoa dengan menadah tangan. dengan itu, disimpulkan bahawa tadah tangan semasa berdoa adalah perkara yang mutawatir maknawi. Ia tidak dinamakan mutawatir lafzi sebab konteks doa-doa tersebut bersifat ahad. apabila ISTIQRA' NAQIS yang ZANNIY digabungkan dengan MUTAWATIR MAKNAWI yang bersifat QATIE, maka AL-SYATIBI menamakannya sebagai ISTIQRA' MAKNAWI yang ia juga bersifat QATIE. Contohnya bagi ISTIQRA MAKNAWI adalah seperti kaedah usul: ASAL SESUATU SURUHAN ADALAH WAJIB KECUALI ADA NAS YANG MEMALINGKAN MAKNANYA. kaedah ini diasaskan kepada kaedah istiqra' maknawi. kerana pembentukannya kurang lebih seperti berikut;
Show all...
Herjunot Ali

SIRI 2: sebelum ini, saya ada tulis dah berkenaan perkara qatie dan zanniy yang ada kaitan dengan subut dan dilalah. saya sambung perbahasan saya. Sesuatu perkara Zanniy; (a) ia kekal zanniy (b)...

+ dalam al-Quran adalah suruhan solat, maka solat wajib. + dalam al-Quran ada suruhan berpuasa, maka berpuasa adalah wajib. + dalam al-Quran ada suruhan berzakat, maka zakat adalah wajib. dalam al-Quran ada suruhan beriman, maka beriman adalah wajib. = maka kesimpulannya adalah: Setiap suruhan dalam al-Quran adalah wajib. kesimpulan ini, bukan dilihat pada istiqra' secara tam. Tetapi dilihat pada perkara yang lazim sahaja yang disifatkan sebagai dalam ketagori naqis lagi. Dalam tradisi hadis dari aliran Hanafi, ada istilah hadis masyhur yang berbeza dengan hadis musyafidh yang beliau anggap, hadis masyhur yang tidak capai tahap mutawatir pun, keputusannya adalah Qatie juga. lalu, bagaimana pula yang berpaling makna wajib kepada sunat? + dalam al-Quran ada suruhan tulis apabila berhutang dikerana mahu elak berperang. + dalam al-Quran ada suruhan berperang, apabila mendapat serangan dari musuh. + dalam al-Quran ada suruhan laksanakan hukum potong tangan bagi pesalah mencuri, tetapi dalam hadis ada menyebut potong tangan itu jika barangan yang dicuri itu 1/4 dinar (tidak mutlak) = dengan itu difahami, asal hukum wajib itu ada pemalingan makna. kaedah usul ini adalah qatie. Justeru, apabila ada nas-nas al-Quran atau hadis yang bersifat ZANNIY DILALAH, ia perlu diseragamkan dengan hukum usul yang QATIE. berkenaan keseragaman antara USUL YANG QATIE dengan NAS YANG ZANNIY DILALAH ini, memang berlaku khilaf dalam kalangan ulama mazhab pula. Contohnya, Mazhab Maliki anggap amalan ahli madinah sebagai asas kepada keabsahan sesuatu periwayatan adalah sesuatu yang qatie. tiba-tiba ada hadis yang bersifat zanni menyebut berkenaan puasa enam. Pada mazhab maliki, yang qatienya adalah ahli madinah tidak laksanakan amalan puasa 6. Sedangkan hadis yang menyebut amalan puasa 6 itu adalah ahad (zanniy). Penilaian ZANNIY itu cenderung kepada lemah dari sudut dilalah (bukan subut), kerana riwayat tersebut tidak didokong dengan riwayat lain bahawa sahabat pernah bercerita bahawa Nabi ada laksanakan puasa 6, serta tidak ada riwayat yang menyebut bahawa sahabat laksanakan puasa 6 terbabit. Maka dengan sebab itu, beliau simpulkan ia makruh untuk diamalkan. Dalam mazhab Syafie pula, puasa 6 itu adalah sunat, kerana usul ahli Madinah ini tidak menjadi asas dalam mazhab Syafie. Pada mazhab Syafie, kalau ada hadis menyebut Fadhilat, dan sanad hadisnya pula sahih, maka dipercayai bahawa ia diamalkan oleh Nabi, walaupun tak ada riwayat yang menyebut bahawa sahabat ada nampak nabi puasa 6. Ini perbezaan kaedah usul antara mazhab-mazhab. Mungkin susah nak faham kupasan ini. Saya akui, ia tidak mudah nak faham kecuali mereka sudah sekian lama bergelumang dengan ilmu Usul al-Fiqh. Walaubagaimana pun, saya percaya, kalau kita membaca dan fahami perbahasan ini, kita akan faham kenapa ulama usul amat meraikan kewujudan kepelbagaian fiqh mazhab. baca juga kupasan sebelum ini di sini; https://www.facebook.com/share/p/wYE9EfWe2SRhTv16/?mibextid=oFDknk
Show all...
Herjunot Ali

Sesuatu keputusan hukum yang qatie, tahapnya tidak boleh disamakan dengan tahap hukum yang diputuskan secara zanni. ekoran itu, hadis yang mutawatir tidak setahap dengan hadis ahad; al-Quran yang...

https://www.facebook.com/share/p/NMVzhaaVVkMHu1nk/?mibextid=oFDknk Dalam ungkapan arab, penggunaan kata nama dan kata kerja memberi pemaknaan yang berbeza, walaupun diterjemahkan dengan terjemahan yang sama. Ia bukan sekadar berlaku dalam ilmu tafsir, malah berlaku dalam ilmu hadis. Contoh dalam ilmu tafsir; dalam Al-Quran, ada beza apabila Allah kata الذين امنوا dan المؤمنون, walaupun kedua-dua kata ini diterjemahkan dengan "Orang beriman". Kalau digunakan kata kerja الذين امنوا, sesiapa sahaja yang sudah beriman, walaupun dia ahli maksiat dan dosa juga termasuk. Tetapi, apabila digunakan kata kata nama المؤمنون, ia hanya orang yang beriman yang benar-benar beriman. Sebab itu, dalam Al-Quran, Allah pernah sebut bahawa orang mukmin المؤمنون boleh gementar hati dan menitis air mata tatkala mendengar ayat Allah. انما المؤمون الذين إذا ذكر الله وجلت قلوبهم وهذا تليت عليهم اياته زادتهم ايمانا Sedangkan, kita juga beriman yang ketika sedang lepak di kedai mamak, kedai terbabit pasang bacaan Al-Quran, kita tidak gementar hati dan tidak menitik air mata. Apakah iman kita sudah hilang dari hari? Tidak hilang. Kerana, kita adalah الذين امنوا yang belum capai tahap المؤمنون dalam pemaknaan al-Quran. Demikian juga dalam ilmu usul al-Hadis. Ada perawi-perawi hadis tertentu digelar sebagai Mudallis (digunakan kata nama), tetapi ada perawi itu dia tidak digelar sebagai Mudallis, namun ulama Rijal tetap akui bahawa dia ada lakukan tadlis (kata kerja) Kalau didapati dalam Sanad hadis ada perawi Mudallis, sejak dari awal lagi hadis yang dia riwayat perlu diragui statusnya kecuali dibuktikan dia tidak tadlis pada hadis tersebut seperti dia riwayat secara sima'. Namun, jika seseorang perawi itu hanya disebut melakukan tadlis, maka tidak terus diragui riwayatnya kecuali dibuktikan dalam hadis tersebut dia memang lakukan tadlis. Beza kata nama dan kata kerja ini, analogi saya begini. Saya boleh menyanyi. Tetapi saya tidak disebut sebagai penyanyi. Ini kata kerja. Siti Nurhaliza disebut sebagai penyanyi. Ini kata nama.
Show all...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.