cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

The Thinkers

- Pengajian Islam, Agama, Falsafah-Pemikiran, Feqah, Tasawwuf - Al-Quran, Hadith - Dakwah, Fikrah, Isu² Sosial, Kemasyarakatan - Disiplin Ilmu lain : Undang-undang, Ekonomi, Sejarah, dsb - Analisis Ulasan Politik, Isu² Semasa, Kenegaraan ©️TheThinkers

Show more
Malaysia39 874The language is not specifiedReligion & Spirituality90 722
Advertising posts
597Subscribers
-124 hours
-17 days
-330 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Repost from UMSU Broadcast
[KMUM MENCELA AGENDA DAKYAH ZIONIS SEKERAS-KERASNYA DI UNIVERSITI MALAYA] Melalui kenyataan ini, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) tetap dengan pendirian utuh dan jelas dengan prinsip yang tegas untuk mengecam kenyataan yang telah dikeluarkan oleh ilmuwan tersebut. KMUM ingin menyatakan bahawa kenyataannya di dalam syarahan tersebut merupakan satu perkara yang telah mencetuskan fenomena dalam kalangan Mahasiswa, malah membangkitkan kemarahan ramai pihak terutamanya kami KMUM. Bekerja Untuk Semua, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya 2024. For more info, do visit our: - Instagram: https://www.instagram.com/kmum1905/ Facebook: https://www.facebook.com/kmum1905 X: https://twitter.com/kmum1905 TikTok: https://www.tiktok.com/@kmum_1905?lang=en Telegram: https://t.me/+ZQJ69l43lmA0MjI1
Show all...
Ini buku Yasin, Tahlil dan Doa, susunan baharu. Hampir semua buku Yasin, Tahlil dan Doa yang diguna pakai di seluruh negara menggunakan konsep hadiah; iaitu hadiah pahala dan bacaan. Hadiah kepada Rasulullah SAW, para ulama dan arwah. Konsep ini ada sandarannya. Namun saya lebih cenderung kepada konsep tawassul. Sandarannya lebih kuat. Buku yang saya susun ini berdasarkan konsep tawassul. Bukan konsep hadiah. Konsep tawassul bermakna kita berdoa dan mempersembahkan amalan soleh yang kita lakukan sebelum berdoa sebagai wasilah dan taqarrub bagi mendapatkan perkenan Allah terhadap apa yang didoakan. Seperti yang dilakukan oleh tiga pemuda yang terperangkap dalam gua, masing-masing berdoa dan bertawassul dengan amal soleh masing-masing. Kisah tiga pemuda ini ada dalam riwayat hadith Nabi SAW yang sahih. Susunan baharu ini lebih mudah, kerana ayat-ayat al-Quran disusun menurut urutan dalam mushaf. Jika tidak berniat untuk membaca Yasin, hanya langkau sahaja Surah Yasin, teruskan ke ayat selepasnya, tanpa mengubah apa-apa susunan lain. Doa dimulakan dengan doa pembuka dan diakhiri dengan doa penutup, diselangi dengan beberapa doa untuk dipilih oleh pembaca. Jika tidak berkenaan, doa tersebut boleh dilangkau untuk ke doa seterusnya, tanpa perlu mengubah apa-apa susunan lain. Doa ditulis dalam bahasa Melayu, bertujuan membantu pembaca menghayati makna hajat yang dipanjatkan kepada Allah SWT. Bagaimanapun, doa dalam bahasa Arab turut disertakan di bahagian akhir. Dalam doa penutup disertakan juga doa untuk mujahidin di Palestin, doa untuk pemerintah, doa untuk para pemuda pemudi, yang tak pernah ada dalam buku Yasin, Tahlil dan Doa selama ini. Buku Yasin, Tahlil dan Doa susunan baharu berkonsepkan tawassul dengan amalan soleh ini secara langsung mendidik umat Islam betapa pentingnya mendekatkan diri kepada Allah SWT sentiasa, dengan mengerjakan titah perintahNya dan meninggalkan laranganNya sebagai pra syarat doa dimakbulkan. Semoga dengan yang demikian, fenomena mengabaikan perintah Allah SWT, tapi mengharapkan majlis tahlil untuk menampung kelalaian, atau sebagai adat beragama, dapat dikurangkan dalam masyarakat kita. Jika mahu tempah yang bercetak dan customized, kita boleh runding sampai jadi. Bagi saya, yang penting ialah sebarkan kaedah baharu tahlil berdasarkan konsep tawassul ini. Tak kenal maka tak cinta. Benda baharu, perlu masa dan peluang. Sedikit demi sedikit, kita islah kaedah ibadah masyarakat kita.
Show all...
Show all...
Why was US academic Bruce Gilley even invited?

Our universities have lost interest in the creative process of thinking originally.

Viralkan isu ni biar semua orang tahu dan berhati-hati "PEMBINA MENOLAK SEBARANG NORMALISASI ISRAEL DALAM NEGARA INI" Facebook Pastikan like, share dan komen tanda setuju Instagram Minta semua up di story ig dan repost Twitter Jom retweet ramai-ramai, kasi panas geng diorang Tiktok Minta like, komen, save dan repost
Show all...
𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐑𝐔𝐂𝐄 𝐆𝐈𝐋𝐋𝐄𝐘 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐔𝐉𝐔𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐊𝐒𝐈 𝐙𝐈𝐎𝐍𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 ! Kenyataan Bruce Gilley yang menyatakan bahawa negara yang diketuai oleh pemimpin yang menyokong “Holocaust” ke atas Yahudi tidak akan mampu bersaing di peringkat dunia adalah satu kenyataan yang angkuh dan bebal. Jemputan Bruce Gilley oleh pentadbiran Universiti Malaya ini jelas adalah satu penghinaan terhadap seluruh perjuangan pembebasan Palestin. Bruce Gilley yang merupakan warga Amerika Syarikat dikenali sebelum ini sebagai individu yang cuba menyucikan penjajahan Barat dalam tulisan-tulisannya seperti artikel yang bertajuk “The Case for Colonialism” dan bukunya yang bertajuk “The Last Imperialist”. Kini individu ini cuba membawa idea-idea menormalisasikan penjajahan Israel ke atas tanah suci Palestin di negara yang berdaulat ini. Ini adalah satu penentangan yang jelas terhadap dasar luar Malaysia yang sudah puluhan tahun menolak sebarang normalisasi dengan Israel. Sebagai sebuah universiti yang bertaraf tinggi, pentadbiran Universiti Malaya seharusnya lebih berhati-hati apabila menjemput penceramah dari negara asing lebih-lebih lagi yang memiliki ideologi sebegini. Pembatalan syarahan Bruce Gilley ini semata-mata tidak cukup. Tindakan undang-undang harus diambil terhadap individu ini di bawah Akta Hasutan 1948. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia terutamanya para mahasiswa untuk membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Bruce Gilley ini. Pengajaran harus diberikan kepada golongan sebegini. Saya juga turut menggesa kerajaan Malaysia untuk menghantar notis kepada Kedutaan Amerika Syarikat atas tindakan warga negaranya yang menghina pendirian kerajaan Malaysia dalam perjuangan pembebasan Palestin ini. Kita menyedari bahawa kemunculan aktor dan proksi Zionis seperti Bruce Gilley di negara ini bukanlah suatu kebetulan. Proksi Zionis seperti ini wujud di pelbagai tempat dalam berbagai bentuk. Ia boleh wujud dalam kampus-kampus universiti di negara ini dalam bentuk kumpulan ahli akademik untuk menormalisasikan pandangan umum tentang penjajah Israel. Justeru, saya menyeru kerajaan Malaysia untuk memantau proksi-proksi Zionis yang wujud dalam sekitar institusi pendidikan di negara ini agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. PEMBINA menolak sebarang normalisasi Israel dalam negara ini ! 𝗪𝗮𝗳𝗶𝗾 𝗔𝘇𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
Show all...
https://www.facebook.com/share/p/NaLAYLgbToEsrCRK/?mibextid=oFDknk Isu dengan golongan Wahabi adalah tidak memahami definisi. Kerana mereka tidak memahami sesuatu secara definisi, mereka akan eyeball sahaja untuk menilai sesuatu tanpa kaedah dan ukuran jelas. Sekurang-kurang definisi hari raya Syawal adalah :- - Tidak boleh puasa pada hari tersebut - Sehari sahaja - Berlaku pada 1 Syawal - Sunat takbir raya - Ada solat raya dan khutbah raya Di mana-mana sahaja atau abad ke berapa, definisi ini tidak berubah. Hari Raya adalah hari 1 Syawal sehari sahaja yang haram berpuasa pada hari tersebut, disunatkan takbir raya, solat raya dan khutbah raya pada hari tersebut. Pergilah mana-mana negara pun, itulah definisi hari raya. "Raya sebulan" atau "Raya puasa 6" adalah adat atau sambutan yang dilakukan masyarakat Malaysia. Definisinya hanyalah keraian dan kegembiraan, diperbanyakkan ziarah dan kenduri. Definisi raya sebulan atau raya 6 pula : - Boleh berpuasa siapa ingin berpuasa - Bukan sehari sahaja tetapi berhari-hari - Tidak hanya berlaku pada 1 Syawal tapi inklusif beberapa hari atau sebulan - Tidak sunat takbir raya dan tiada siapa yang kata sunat takbir raya sepanjang raya 6 atau raya sebulan - Tidak ada solat raya atau khutbah raya Semua ini adalah sifat atau definisi raya 6 atau raya sebulan, langsung berlawanan dengan definisi Aidilfitri, bagaimana boleh disamakan antara dua perkara yang definisinya sendiri sudah berbeza? Untuk menyamakan sesuatu perkara dengan satu perkara lain, mestilah paling kurang pada definisi atau konsep ada persamaan. Kalau tidak ada persamaan walaupun pada satu perkara, bagaimana mungkin dikatakan sama? Kesamaan pada nama hanyalah kebetulan sahaja, adat dan budaya. Dalam kaedah agama kita kena jelas, العبرة بالحقائق لا التسميات "Yang diambil kira adalah hakikat sesuatu perkara bukan namanya" Istilah hari raya bukan istilah Arab, ia adalah istilah terjemahan kepada bahasa Melayu. Sekadar menukar istilah "rumah terbuka hari raya" kepada "rumah terbuka Syawal" tidak mengubah apa-apa hukum, kerana hakikat dan apa yang berlaku dalam rumah terbuka Syawal dan rumah terbuka hari raya sama sahaja, tak ada beza. Menukar nama tidak memberi implikasi hukum, hanya memberi implikasi ketepatan penamaan sahaja. Perlu jelas, nama dan ketepatan penamaan dalam fiqh tidak menentukan fiqh. Ketepatan penamaan kadang ditanggung oleh budaya masyarakat. Contohnya meminjam pensel atau pen, mana boleh pinjam pensel dan pen kerana pensel dan pen adalah perkara yang luput. Kalau pinjam pensel dan pen, kita kena ganti balik setiap serpihan karbon daripada pensel yang digunakan dan setiap titik dakwat pen yang dihabiskan. Adakah ini yang kita maksudkan? Tidak, ketepatan "pinjam" telah ditanggung oleh budaya masyarakat yang menggunakannya sebagai istilah "mahu gunakan" pen atau pensel. Tidak ada sesiapa yang bermaksud untuk menuntut kembali karbon atau dakwat yang digunakan. Dalam memahami hukum-hakam, harus dikira adat dan istiadat setempat. Kelebihan Islam adalah kemampuannya untuk menjadi sesuai dengan setiap masyarakat. Bayangkan dunia ini ada banyak budaya dan adat, tetapi Islam tetap relevan dengan budaya dan adat tersebut. Tidak dipertikai sesuatu adat sekiranya ia tidak bercanggah dengan Islam, sepertimana Nabi menonton perlawanan pedang dengan Aisyah di dalam masjid, mungkin tidak sesuai di tempat dan masa kita sekarang, tetapi ia tidak dipertikai pada waktu dahulu. Sepertimana kaedah usul menyebut, العادة محكمة "Adat sesuatu tempat itu diambil kira dalam membuat hukum" Tidak pelik dan kadang bukan salah beberapa orang dalam masyarakat yang terikut-ikut ustaz tertentu yang tidak memahami kaedah-kaedah hukum secara jelas dalam Islam, tetapi keperluan kita untuk membuka hati dan belajar kembali, banding antara kefahaman dan agamawan seterusnya buat penilaian kembali pada diri sendiri. Yang penting adalah sentiasa belajar dan membandingkan antara kebenaran.
Show all...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Mandikan Kereta dengan Air Yasin 🔗 https://maktabahalbakri.com/1750-mandikan-kereta-dengan-air-yasin/ ***************** Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk penyelenggaraan operasi Maktabah Al-Bakri. Salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank 555108341246 atau tekan pautan https://www.billplz.com/medialalbakri
Show all...
Repost from Liqo' Asya'irah
Benarkah al Imam Ibn Kullab bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah sepertimana dakwaan daripada sebahagian golongan? 1) Pertama sekali, kita dan mereka bersepakat bahawa selepas al Imam Abu Hasan al Asy'ari keluar daripada Muktazilah, al Imam berada di atas jalanan al Imam Abdullah bin Said bin Kullab. 2) Tetapi perbezaan kita dengan mereka adalah menetapkan jalanan al Imam Ibn Kullab itu sama dengan jalanan Ulama Salaf ataupun tidak. Oleh kerana itu, mereka mendakwa bahawa perjalanan hidup al Imam Abu Hasan al Asy'ari itu ada tiga marhalah(meninggalkan jalanan Ibn Kullab dan kembali kepada jalanan Salaf) Apakah pandangan Ulama terhadap al Imam Ibn Kullab? 3) Al Imam Tajudin as Subki di dalam kitab at Tabaqat mengatakan : وابن كلاب على كل حال من أهل السنة. ورأيت الإمام ضياءالدين الخطيب والد الإمام فخرالدين الرازي قد ذكر عبد الله بن سعيد في آخر كتابه غاية المرام في علم الكلام، فقال ومن متكلمي أهل السنة في أيام المأمون عبد الله بن سعيد التميمي الذي دمر المعتزلة في مجلس المأمون وفضحهم ببيانه. 4) al Imam Jamaluddin al Asnawi di dalam kitab at Tabaqat asy Syafi'iyyah : كان من كبار المتكلمين ومن أهل السنة 5) Dan banyak lagi pandangan Ulama yang menyatakan bahawa al Imam Ibn Kullab merupakan Ahli Sunnah dan mengikuti jalanan Salaf antaranya al Imam Ibn Hajar di dalam kitab Lisan al Mizan, Ibn Khaldun di dalam Kitab al Muqaddimah yang telah memasukkan al Imam Ibn Kullab daripada pengikut as Salaf dan berada di atas jalan Ahli Sunnah. 6) Maka, beberapa nas yang di datangkan di atas secara jelas menerangkan bahawa al Imam Ibn Kullab merupakan Ulama yang mengikut jalanan as Salaf dan Sunnah. Apakah sebab mereka mendakwa bahawa al Imam Ibn Kullab bukan mengikut jalanan Salaf dan bukan berada di atas jalanan Ahli Sunnah? 7) Tuduhan tersebut adalah timbul daripada isu berkenaan dengan perbahasan Khalq al Quran. Mereka mengatakan bahawa Ibn Kullab menyalahi jalanan Salaf dalam isu ini. 8) Pandangan al Imam Ibn Kullab terhadap isu al Quran : إن القرآن الذي تكلم الله به صفة من صفاته لا يجوز عليه الخلق. وإن تلاوة التالي وكلامه بالقرآن كسب له و فعل له. وذلك مخلوق وإنه حكاية عن كلام الله 9) Pandangan al Imam Ibn Kullab ini juga di sokong oleh Ulama lain seperti al Karabisi, Abu Tsur dan Daud Ibn Ali. 10) Manakala pandangan al Imam Ahmad Bin Hanbal berkata : من قال : لفظي بالقرآن مخلوق فهو مبتدع 11) Oleh kerana itu, para pengikut Imam Ahmad Bin Hanbal membidaahkan dan mengeluarkan mereka yang berpandangan seperti itu daripada jalanan Sunnah dan as Salaf 12) al Imam Ibn Kullab berpandangan seperti ini kerana beliau masuk dalam perbahasan Ilmu Kalam untuk menolak pandangan pihak musuh. Sedangkan al Imam Ahmad Bin Hanbal tidak suka dengan perbahasan Ilmu Kalam dalam menerangkan perkara yang benar. al Imam Ahmad berada dengan jalanan Ulama Salaf. 13) Selain al Imam Ibn Kullab, terdapat sekumpulan Ulama-Ulama yang hebat juga berpandangan seperti Ibn Kullab. Antaranya adalah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Harith al Muhasibi dan Muhammad Ibn Nasr al Marwazi. 14) Isu yang berlaku antara Imam Bukhari bersama gurunya az Zuhli adalah masalah Lafaz sehingga al Imam Bukhari mengarang kitab yang berjudul خلق أفعال العباد bagi menyatakan pandangannya tentang masalah Lafaz itu dan menolak orang yang menyalahinya. 15) Kesimpulan daripada perbincangan tentang Ibn Kullab, adakah beliau terkeluar daripada jalanan Salaf ataupun tidak adalah kerana daripada isu Khalq Quran iaitu tentang lafaz tersebut. 16) Sekiranya kita mendalami isu tersebut dan fahami apa yang berlaku di antara dua pandangan tersebut, kita akan dapati bahawa sebenarnya dua pandangan itu saling kuatkan diantara satu sama lain. Dan ada sebab kenapa al Imam Ahmad berpandangan seperti itu dan begitu juga bagi al Imam Ibn Kullab. Wallahualam. Sedikit perkongsian daripada hasil pembacaan Kitab أهل السنة الأشاعرة شهادة علماء الأمة وأدلتهم Musytaq al Ashari 23/04/2024
Show all...
https://www.facebook.com/share/p/LNXXkeRm4y4k9Bgb/?mibextid=oFDknk Fiqh Ayat Ahkam Fiqh Ayat Ahkam juga dikenali sebagai ayat ahkam atau fiqh kitab. Fiqh ayat ahkam ialah kajian berkenaan ayat ahkam/ hukum di dalam al-Quran al-Karim. Ilmu fiqh ini dimulai dengan ayat al-Quran al-Karim yang berkaitan hukum kemudian disusuli dengan pengertian ayat dan diakhiri dengan hukum yang terkandung dalam ayat tersebut. Hukum yang dikeluarkan pula mungkin selari semua mazhab atau selari dengan mazhab tertentu sahaja. Menurut Syeikh Syarbini RH sebagaimana dalam kitab Iqna' terdapat 500 ayat hukum di dalam al-Quran al-Karim. Maksud ayat hukum ialah ayat yang membicarakan hukum secara jelas seperti arahan pembahagian pusaka, pembatal wuduk dan seumpamanya. Kitab ayat ahkam pula ada dua kategori iaitu kitab ayat ahkam menurut sesuatu mazhab seperti kitab Ayat Ahkam bagi mazhab Hanafi karangan al Jassos yang berjudul أحكام القرآن atau kitab Ayat Ahkam yang meliputi semua mazhab fiqh yang diakui seperti kitab تفسير آيات الأحكام oleh Syeikh Muhammad Ali al-Sayis dan rakan-rakan. Di antara kitab ayat ahkam yang lama ialah: 1.Ahkam al-Quran oleh Imam Syafie. Imam Syafie adalah orang yang pertama menulis secara khusus tentang ayat hukum. 2.Ayat Ahkam oleh al-Sa'di ( meninggal tahun 244 H ). 3.Ayat Ahkam oleh al-Qodi Abi Ishaq ( 282 H). 4.Ayat Ahkam oleh al-Qumi ( 305 H ). 5.Ayat Ahkam oleh al-Jassos ( 370 H). 6.Ayat Ahkam oleh al-Kiyai al-Harras ( 504 H ). 7. Ayat Ahkam oleh Ibn al-Arabi ( 543 H ). Apa yang nyatakan karangan berkenaan ayat ahkam timbul selepas pembentukan mazhab fiqh. Fiqh ayat ahkam perlu dipelajari selepas seseorang mempelajari fiqh mazhab supaya penguasaan ilmunya semakin mantap. Wallahua'lam.
Show all...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.