en
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Open in Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 874
Subscribers
-124 hours
-17 days
-930 days
Posts Archive
Ada Sebab Untuk Anda Datang Awal Seawal jam 1.00 petang, pelbagai pameran, reruai komuniti, aktiviti keluarga dan pengisian menanti anda. Apabila malam tiba, bersama-sama menghidupkan Majlis Selawat dan Doa Munajat dalam suasana penuh mahabbah dan keberkatan. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang Tanamkan niat dan azam untuk hadir. Semoga setiap langkah yang diatur menuju majlis ini menjadi asbab meraih rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Jumpa anda di sana! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sabtu Ini, Kita Bertemu. Dengarkan jemputan istimewa daripada Zack Kaca Mata dan ayuh bersama-sama menghadiri Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Luangkan masa bersama keluarga, sahabat dan insan tersayang untuk menghidupkan malam yang dipenuhi selawat, doa munajat dan ukhuwah. Semoga pertemuan ini menjadi asbab bertambahnya rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ serta menyuburkan semangat mahabbah dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat. 🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕐 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang Insya Allah, kita bertemu di sana. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🚌🚆 PANDUAN PERJALANAN KE MBMD 2.0 Bagi memastikan perjalanan anda lebih mudah dan lancar, para pengunjung boleh memilih salah satu daripada tiga mod perjalanan berikut: 🚆 LRT3 + Shuttle Van Turun di Stesen Taman Selatan dan keluar melalui Pintu B. Perkhidmatan shuttle van disediakan seawal 1.00 petang untuk membawa pengunjung terus ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah. 🚗 Kenderaan Persendirian Pengunjung boleh menggunakan kawasan parkir masjid, kemudahan Park ‘N Ride percuma di Stesen LRT3 Seri Andalas, atau parkir di kawasan komersial Taman Selatan berhampiran Pintu B sebelum menaiki shuttle van. 🚕 Grab Tetapkan lokasi turun di pintu utama Masjid Jamek Ar-Rahimiah. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 ⏰ 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Rancang perjalanan anda lebih awal demi keselesaan dan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sila patuhi arahan pengawal lalu lintas yang bertugas. Jumpa anda di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

4 HARI LAGI Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Peradaban Dibina Bersama Allah SWT berfirman : “Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar (buruk dan keji). Mereka itulah orang-orang yang berjaya.” — Surah Ali ’Imran : 104 Peradaban tidak lahir daripada usaha seorang individu, tetapi dibina melalui kesatuan hati, perkongsian ilmu dan semangat saling membantu dalam melakukan kebaikan. Setiap anggota masyarakat mempunyai peranan untuk menyumbang mengikut kemampuan masing-masing demi membentuk sebuah ummah yang berakhlak dan berdaya maju. Apabila masjid dihidupkan, ukhuwah diperkukuh dan masyarakat bersatu atas nilai yang sama, lahirlah sebuah peradaban yang teguh berteraskan iman, adab dan muafakat. Inilah asas yang telah membina kegemilangan tamadun Islam sejak dahulu dan menjadi amanah yang perlu diteruskan oleh generasi hari ini. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 mengajak seluruh lapisan masyarakat berhimpun dalam semangat mahabbah kepada Rasulullah SAW, memperkukuh muafakat serta bersama-sama membina peradaban yang menjunjung agama, memelihara bangsa dan mengangkat kedaulatan negara. 🗓️ Sabtu | 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang Ayuh hadir bersama keluarga, sahabat dan komuniti. Semoga pertemuan ini menjadi langkah kecil yang menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang bersatu, berakhlak dan diberkati Allah SWT. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Repost from N/a
🕌 Pernah "menjejakkan kaki" ke Masjid Al-Aqsa? Kini anda berpeluang merasai pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa di Booth Bangk
🕌 Pernah "menjejakkan kaki" ke Masjid Al-Aqsa? Kini anda berpeluang merasai pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa di Booth Bangkit Al-Quds sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. 📍 Booth Bangkit Al-Quds 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕖 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang Bawa bersama keluarga dan sahabat. Singgah ke booth kami dan alami sendiri pengalaman yang membawa anda lebih dekat mengenali salah satu daripada tiga kota suci umat Islam. Jumpa anda di Booth Bangkit Al-Quds! #BangkitAlQuds #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #TigaKotaSuci #AlQuds #AlifMimSin

Repost from N/a
🕌 Pernah "menjejakkan kaki" ke Masjid Al-Aqsa? Kini anda berpeluang merasai pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa di Booth Bangk
🕌 Pernah "menjejakkan kaki" ke Masjid Al-Aqsa? Kini anda berpeluang merasai pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa di Booth Bangkit Al-Quds sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. 📍 Booth Bangkit Al-Quds 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕖 7.00 malam – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang Bawa bersama keluarga dan sahabat. Singgah ke booth kami dan alami sendiri pengalaman yang membawa anda lebih dekat mengenali salah satu daripada tiga kota suci umat Islam. Jumpa anda di Booth Bangkit Al-Quds! #BangkitAlQuds #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #TigaKotaSuci #AlQuds #AlifMimSin

🌙 BANGKIT AL-QUDS DI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 2.0 Al-Quds bukan sekadar menjadi saksi sejarah umat Islam, bahkan merupakan salah satu daripada tiga kota suci yang dimuliakan Allah SWT. Bumi yang diberkati ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam akidah, sejarah dan jati diri umat Islam. Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, Sekretariat Bangkit Al-Quds akan membawakan Booth Pameran Bangkit Al-Quds, sebuah ruang yang menghimpunkan pengalaman, ilmu dan penghayatan agar masyarakat dapat mengenali Al-Quds dengan lebih dekat melalui pendekatan yang santai, interaktif dan bermakna. Antara pengisian yang disediakan : • Pengalaman VR Masjid Al-Aqsa • Pameran infografik berkaitan sejarah dan keistimewaan Al-Quds • Perkongsian mengenai kedudukan Al-Quds dalam Islam • Ruang mengenali gerakan Bangkit Al-Quds Sesungguhnya, tidak kenal maka tidak cinta. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya rasa cinta, kefahaman dan tanggungjawab terhadap Al-Quds dalam hati setiap pengunjung. 📍 Booth Bangkit Al-Quds 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang Ayuh singgah bersama keluarga dan sahabat. Semoga kita pulang bukan sekadar membawa pengalaman baharu, tetapi juga membawa pulang rasa cinta yang lebih mendalam terhadap bumi Al-Quds serta kesedaran bahawa ia adalah amanah seluruh umat Islam. Bangkitkan kesedaran. Suburkan kecintaan. Bersama memartabatkan Al-Quds. Oleh : Akmal Hakim & Sekretariat Bangkit Al-Quds Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #TigaKotaSuci #AlifMimSin #PeradabanTimur

Oleh : Akmal Hakim & Sekretariat Bangkit Al-Quds Terbitan : Sekretariat MJMD

🌙 BANGKIT AL-QUDS DI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 2.0 Al-Quds bukan sekadar menjadi saksi sejarah umat Islam, bahkan merupakan salah satu daripada tiga kota suci yang dimuliakan Allah SWT. Bumi yang diberkati ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam akidah, sejarah dan jati diri umat Islam. Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, Sekretariat Bangkit Al-Quds akan membawakan Booth Pameran Bangkit Al-Quds, sebuah ruang yang menghimpunkan pengalaman, ilmu dan penghayatan agar masyarakat dapat mengenali Al-Quds dengan lebih dekat melalui pendekatan yang santai, interaktif dan bermakna. Antara pengisian yang disediakan : • Pengalaman VR Masjid Al-Aqsa • Pameran infografik berkaitan sejarah dan keistimewaan Al-Quds • Perkongsian mengenai kedudukan Al-Quds dalam Islam • Ruang mengenali gerakan Bangkit Al-Quds Sesungguhnya, tidak kenal maka tidak cinta. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya rasa cinta, kefahaman dan tanggungjawab terhadap Al-Quds dalam hati setiap pengunjung. 📍 Booth Bangkit Al-Quds 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang Ayuh singgah bersama keluarga dan sahabat. Semoga kita pulang bukan sekadar membawa pengalaman baharu, tetapi juga membawa pulang rasa cinta yang lebih mendalam terhadap bumi Al-Quds serta kesedaran bahawa ia adalah amanah seluruh umat Islam. Bangkitkan kesedaran. Suburkan kecintaan. Bersama memartabatkan Al-Quds. Oleh : Akmal Hakim & Sekretariat Bangkit Al-Quds Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #TigaKotaSuci #AlifMimSin #PeradabanTimur

🌙 SELAWAT & DOA MUNAJAT Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Bermula daripada Bukit Bintang Berselawat, kemudian diteruskan menerusi Malam Berselawat Menjunjung Daulat di Masjid Bandar Saujana Putra, gelombang mahabbah ini kini kembali menyinari Bandaraya Diraja Klang. Kemuncak Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 ialah saat ribuan hati berhimpun mengalunkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ dan bersama-sama menadah tangan dalam Doa Munajat, memohon rahmat, keamanan, perpaduan serta keberkatan buat agama, bangsa dan negara. Apabila selawat bergema, hati disatukan. Apabila doa dipanjatkan, pengharapan diperteguhkan. Apabila rakyat bermuafakat, daulat terus dijunjung. Marilah bersama keluarga dan sahabat menghidupkan malam yang penuh keberkatan ini. Semoga setiap lafaz selawat menjadi bukti kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, dan setiap doa menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT ke atas tanah air yang kita cintai. 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕖 7.00 malam – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Berselawat bersama. Bermunajat bersama. Menjunjung daulat bersama. صلى الله على محمد ﷺ Oleh : Anis Shazwani & HaRUM Malaysia Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Anis Shazwani & HaRUM Malaysia Terbitan : Sekretariat MJMD

✨ Selawat terus bergema… dari mana sahaja. Ada yang merakam dari rumah. Ada yang dari madrasah. Ada yang di tempat kerja, di dalam kenderaan, bersama keluarga, bersama sahabat dan teman-teman. Walau berbeza tempat, kita dipertemukan oleh satu cinta yang sama — cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ. Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan video selawat sebagai tanda sokongan dan mahabbah. Setiap lafaz selawat yang dikirimkan menjadi penyambung semangat, menghidupkan lagi gelombang Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Semoga semakin ramai yang turut menyahut seruan ini. Mari kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan menjadi sebahagian daripada gelombang mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. Kini, giliran kita pula menjadi sebahagian daripada gelombang mahabbah ini. Ayuh berselawat bersama. Kita bertemu pada 25 Julai 2026 di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang. Oleh : Dr Noor & Sis-Selawat Terbitan : Sekretariat MJMD صلى الله على محمد ﷺ #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Oleh : Dr Noor & Sis-Selawat Terbitan : Sekretariat MJMD

✨ MAJLIS SELAWAT DAN MUNAJAT Kemuncak Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Kemuncak yang paling dinanti bakal menghimpunkan
MAJLIS SELAWAT DAN MUNAJAT Kemuncak Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Kemuncak yang paling dinanti bakal menghimpunkan para pencinta Rasulullah dalam sebuah majlis yang dipenuhi selawat, munajat dan doa, mengajak hati kembali mengingati Allah SWT serta menzahirkan kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad . 🤲 Basahkan lidah dengan selawat ke atas Nabi Muhammad 🤍 Satukan hati dalam munajat dan doa buat agama, bangsa serta negara 🌙 Mengharap rahmat, keberkatan dan kesejahteraan daripada Allah SWT Luangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk hadir mengimarahkan majlis yang penuh mahabbah ini. Semoga setiap langkah yang diatur menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. 🗓️ Tarikh : 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕘 Masa : Selepas solat Isyak 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang ✨ Mari bersama menghidupkan malam dengan selawat, munajat dan doa. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🎤 PENAMPILAN KHAS ZACK KACA MATA! Lebih istimewa, Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 turut menampilkan Zack Kaca Mata un
🎤 PENAMPILAN KHAS ZACK KACA MATA! Lebih istimewa, Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 turut menampilkan Zack Kaca Mata untuk bersama-sama memeriahkan himpunan penuh mahabbah ini. 🎶 Nikmati persembahan istimewa secara langsung ✨ Rasai kemeriahan dalam suasana yang penuh harmoni dan kekeluargaan 🤝 Luangkan masa bersama keluarga serta sahabat di samping menghayati pelbagai pengisian menarik sepanjang program 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 🕔 Masa : 5.15 petang 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 🎤 Hadir • Saksikan • Meriahkan! Ajak keluarga dan sahabat untuk bersama-sama memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Jumpa anda di sana! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #ZackKacaMata #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🍵 JOM BEREHAT DENGAN SECANGKIR TEH BA BAO CHA Setiap hidangan tradisional membawa cerita, setiap budaya menyimpan nilai yang
🍵 JOM BEREHAT DENGAN SECANGKIR TEH BA BAO CHA Setiap hidangan tradisional membawa cerita, setiap budaya menyimpan nilai yang wajar dihargai. Nikmati keunikan Teh Ba Bao Cha, minuman warisan masyarakat Cina yang kaya dengan rasa dan falsafah. Sambil menikmati secangkir teh yang menyegarkan, kenali juga pelbagai sajian tradisional masyarakat Cina dan India serta nilai budaya yang diwarisi turun-temurun. 🍵 Nikmati secangkir Teh Ba Bao Cha yang menyegarkan 🥢 Kenali sajian warisan masyarakat Cina dan India 🤝 Hayati kepelbagaian budaya yang menyemarakkan keharmonian masyarakat Malaysia 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 Masa : 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 🍵 Nikmati • Kenali • Hayati Singgah bersama keluarga dan sahabat untuk menikmati pengalaman yang menggabungkan warisan, budaya dan keharmonian di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #TehBaBaoCha #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

📖 PAMERAN SENI JAWI & AL-QURAN Tulisan Jawi dan Al-Quran bukan sekadar warisan ilmu, bahkan lambang tamadun, budaya dan pera
📖 PAMERAN SENI JAWI & AL-QURAN Tulisan Jawi dan Al-Quran bukan sekadar warisan ilmu, bahkan lambang tamadun, budaya dan peradaban Islam yang terus dipelihara sepanjang zaman. Hayati keindahan Pameran Seni Jawi & Al-Quran yang menampilkan kehalusan seni khat, keunikan tulisan Jawi serta kemuliaan mushaf Al-Quran hasil kerjasama Yayasan Restu. 🖋️ Kenali keindahan seni tulisan Jawi dan khat Islam 📖 Saksikan koleksi kaligrafi Islam serta karya berinspirasikan ayat-ayat suci Al-Quran ✨ Hayati keunikan seni mushaf Al-Quran yang dihasilkan dengan penuh ketelitian 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 Masa : 1 petang – 11 malam 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 📖 Lihat • Hayati • Warisi Hadir bersama keluarga dan sahabat untuk menyaksikan keindahan seni Jawi dan Al-Quran serta menghayati khazanah warisan Islam di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PameranSeniJawiDanAlQuran #MuafakatJelataMenjunjungDaulat