Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
الذهاب إلى القناة على Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
إظهار المزيدلم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
1 843
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-57 أيام
-1430 أيام
أرشيف المشاركات
🔴 𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗦𝗨𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗡𝗔𝗝𝗔𝗧
Kemuncak Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0
Kemuncak yang paling dinanti bakal menghimpunkan para pencinta Rasulullah ﷺ dalam sebuah majlis yang dipenuhi selawat, munajat dan doa, mengajak hati kembali mengingati Allah SWT serta menzahirkan kecintaan kepada Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad ﷺ.
Mari luangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk menontom majlis yang penuh mahabbah ini. Semoga setiap langkah yang diatur menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
🔴 𝗙𝗕 𝘁𝘃𝘀𝘂𝗳𝗶.𝗰𝗼𝗺
https://www.facebook.com/share/v/1Hrbkff42a/
🔴 𝗙𝗕 𝗠𝘂𝗮𝗳𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗝𝗲𝗹𝗮𝘁𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗷𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗔𝗱𝗮𝘁
https://www.facebook.com/share/v/189xjosLyT/
🔴 𝗙𝗕 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗝𝗮𝗺𝗲𝗸 𝗔𝗿-𝗥𝗮𝗵𝗶𝗺𝗶𝗮𝗵 𝗞𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗢𝗳𝗳𝗶𝗰𝗶𝗮𝗹
https://www.facebook.com/share/v/1Lx4hJ35tB/
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
LENSA MBMD 2.0 | “Rasulullah ﷺ Insan yang Paling Saya Sayang ❤️”
Anak-anak bukan sekadar hadir ke satu program, tetapi sedang menyemai cinta kepada Rasulullah ﷺ sejak usia kecil.
Di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, mereka bukan sahaja berselawat, malah mengenali sejarah dan Kesultanan Alam Melayu, menghayati warisan bangsa, menyertai Pertandingan Mewarna, Pertandingan Seni Khat & Kaligrafi, menelusuri reruai pameran, menyaksikan persembahan seni budaya serta mengikuti pelbagai pengisian yang membina jiwa dan jati diri.
Semoga benih mahabbah yang disemai hari ini melahirkan generasi yang mencintai Rasulullah ﷺ, berpegang teguh kepada agama, berakhlak mulia, menghormati ibu bapa, mencintai tanah air serta menjunjung institusi Raja Berdaulat.
Ya Allah, peliharalah anak-anak ini dan jadikanlah mereka generasi yang membawa rahmat kepada agama, bangsa dan negara. Amin.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
🥋 LENSA MBMD 2.0 | Pertunjukan Seni Silat
Sekitar aksi penuh bertenaga dalam Pertunjukan Seni Silat yang mewarnai Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
Para hadirin disajikan dengan persembahan daripada tiga aliran seni silat :
✨ Seni Silat Gayung
✨ Seni Silat Pancaindera
✨ Seni Silat Harimau
Setiap langkah, bunga dan buah silat mencerminkan ketangkasan, disiplin serta keindahan warisan seni bela diri Melayu yang telah diwariskan turun-temurun.
Terima kasih kepada semua pesilat yang telah mempersembahkan seni warisan ini dengan penuh semangat. Semoga khazanah bangsa ini terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
📸 LENSA MBMD 2.0 | Pemberian Bakul Kasih, Menyantuni Mereka yang Memerlukan
Alhamdulillah, semangat kasih sayang dan keprihatinan terus disemarakkan melalui Program Pemberian Bakul Kasih di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
Sebanyak 15 bakul keperluan makanan asas telah disampaikan kepada ahli Masjid Qariah Taman Sri Andalas, manakala 5 bakul lagi diserahkan kepada saudara baharu daripada PERKIM sebagai tanda sokongan, kasih sayang dan ukhuwah.
Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab meringankan beban, mengeratkan silaturahim serta menyemai budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
LENSA MBMD 2.0 | Saringan Kesihatan Percuma
Alhamdulillah, sesi Saringan Kesihatan Percuma yang berlangsung dari 2.00 petang hingga 6.00 petang telah selesai dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Klinik Kesihatan Bukit Kuda yang diketuai oleh Encik Nor Zaidin Ahmad, selaku Penyelia Klinik Kesihatan, atas komitmen menjayakan inisiatif ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Hajah Puan Nadzifah Maarof, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bukit Kuda, atas bantuan dalam menguruskan sesi saringan ini. Selain pemeriksaan kesihatan asas, para pengunjung turut berpeluang menerima suntikan influenza percuma.
Semoga usaha murni ini menjadi manfaat kepada masyarakat dan mencerminkan keprihatinan terhadap kesejahteraan ummah, seiring dengan semangat Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Lensa Demonstrasi Pemakaian Busana Tradisional
Busana bukan sekadar pakaian, tetapi lambang jati diri, adab dan warisan yang diwariskan turun-temurun.
Menerusi Demo Busana Tradisional di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, para peserta memperagakan keunikan pakaian tradisi pelbagai negeri dan budaya, sekali gus mengangkat nilai kesantunan serta keindahan identiti Melayu yang menjadi sebahagian daripada khazanah peradaban.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pengisian ini. Semoga warisan budaya terus dipelihara dan dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
LENSA MBMD 2.0 | Alunan Qasidah Menyentuh Jiwa
Menghayati persembahan qasidah daripada 13 pelajar Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Al-Munirah, Klang yang mengalunkan puji-pujian kepada Rasulullah SAW, sekali gus membawa mesej cinta, adab dan keberkatan buat seluruh hadirin.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Jom Singgah, Terokai Pameran MBMD 2.0
Kami mengalu-alukan kehadiran anda sekeluarga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, sebuah himpunan yang menyatukan ilmu, budaya, warisan dan ukhuwah dalam satu majlis yang penuh bermakna.
Terdapat kira-kira 26 booth yang merangkumi ruang jualan, pameran dan jelajah warisan untuk diterokai sepanjang program.
Di ruang jualan, pengunjung berpeluang mendapatkan Buku Panduan 3 Kota Suci, mengikuti promosi serta penerangan mengenai aplikasi Think Quran, memilih kitab-kitab agama dan wangian berkualiti, di samping memiliki barangan eksklusif Merchandise MBMD 2.0.
Manakala di ruang pameran dan jelajah warisan, pengunjung dapat menyaksikan pameran pelbagai jenis tanjak dan busana tradisional, menghayati keindahan seni tulisan Jawi serta rekaan al-Quran, mengenali Al-Quds melalui pameran My Aqsa, menelusuri warisan serta peradaban Syeikh Jumadil Kubro, selain meneroka keunikan budaya Cina dan India sebagai lambang keharmonian masyarakat Malaysia.
Ayuh bawa bersama keluarga, sahabat dan kenalan untuk menghayati ilmu, menikmati keindahan warisan serta mengeratkan ukhwah. Insya-Allah, kita bertemu di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Jom saksikan karya adik-adik comel yang menceriakan MBMD 2.0 ❤️
Gelagat adik-adik berkarya dengan warna-warni yang berseri serta keindahan seni khat yang penuh ketelitian membuktikan bahawa warisan dan nilai Islam terus subur dalam jiwa generasi hari ini.
Lensa MBMD 2.0 merakam momen indah yang pasti mencuit hati.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
LENSA MBMD 2.0 | Resipi Tradisi, Cita Rasa Perpaduan
Bau harum masakan tradisional mula memenuhi perkarangan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 apabila demonstrasi masakan berlangsung dengan penuh meriah.
Pengunjung berpeluang melihat sendiri penyediaan hidangan tradisional Melayu, Cina dan India sambil mengenali kisah, budaya serta nilai yang diwarisi di sebalik setiap resipi.
Lebih daripada sekadar memasak, demonstrasi ini menjadi bukti bahawa makanan mampu menyatukan masyarakat, mengeratkan silaturahim dan memperkenalkan kekayaan warisan negara kepada generasi masa kini.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjadi sebahagian daripada kemeriahan MBMD 2.0. Kehadiran anda menghidupkan suasana dan menyemarakkan semangat muafakat yang menjadi teras penganjuran program ini.
Masih banyak pengisian menarik menanti anda sehingga malam ini, termasuk persembahan kebudayaan, perkongsian ilmiah dan kemuncak Majlis Selawat Menjunjung Daulat & Doa Munajat.
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
Jom hadir bersama keluarga dan sahabat. Hayati warisan, rasai kemeriahan dan jadilah sebahagian daripada Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
