uz
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Kanalga Telegram’da o‘tish

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
1 858
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+467 kunlar
+5730 kunlar
Postlar arxiv
8 HARI LAGI Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat ❝ Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa un
8 HARI LAGI Menuju Malam Berselawat Menjunjung DaulatPerlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang tidak selaras dengannya adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu. ❞ — Perkara 4(1), Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan menjadi asas kestabilan, keharmonian dan kelangsungan negara. Menghormati peraturan dan perjanjian yang dipersetujui bersama merupakan sebahagian daripada adab serta tanggungjawab dalam kehidupan bermasyarakat. Rasulullah ﷺ bersabda : ❝ Orang Islam terikat dengan syarat-syarat (perjanjian) mereka, melainkan syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram. ❞ — Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi Marilah bersama memelihara amanah, menghormati perjanjian dan menjunjung aturan demi keamanan serta kesejahteraan bersama. 📅 17 Jun 2026 📍 Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

RAHSIA DI SEBALIK TERBINANYA MASJID NEGARA 1. Masjid Negara tidak hanya dibina dengan batu, simen dan besi. Ia dibina atas satu semangat yang lebih kukuh daripada semua itu; semangat perpaduan rakyat Malaysia. 2. Selepas kemerdekaan, rakyat daripada pelbagai kaum, budaya dan latar belakang berganding bahu menyumbang tenaga, idea dan pengorbanan demi mendirikan sebuah mercu tanda yang menjadi kebanggaan negara. 3. Di sebalik setiap tiang yang teguh, tersimpan kisah kerjasama. 4. Di sebalik setiap binaan yang indah, terukir nilai saling menghormati. 5. Di sebalik keagungannya, terpahat semangat bersatu hati. 6. Masjid Negara mengajar kita bahawa perkara yang besar tidak dapat dibina dengan perpecahan, tetapi mampu berdiri megah apabila kita memilih untuk bersatu. 7. Jika generasi terdahulu mampu mengetepikan perbezaan demi membina sebuah simbol negara, mengapa kita hari ini tidak mampu mempertahankan perpaduan yang telah mereka wariskan? 8. Berbeza budaya, berbeza bahasa, berbeza agama, namun apabila hati bersatu, lahirlah sebuah Malaysia yang kuat, aman dan dihormati. "Inilah rahsia sebenar di sebalik terbinanya Masjid Negara : Bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi sebuah lambang bahawa perpaduan adalah asas kekuatan negara." Masjid Negara berdiri megah bukan kerana batu yang menyatukannya, tetapi kerana hati rakyat yang bersatu membinanya. Oleh : Khairul Adzlan Terbitan : Sekretariat MJMD #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PeradabanTimur

Oleh : Khairul Adzlan Terbitan : Sekretariat MJMD
Oleh : Khairul Adzlan Terbitan : Sekretariat MJMD

Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan dan hebahan daripada pihak masjid. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab penyatuan u
Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan dan hebahan daripada pihak masjid. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab penyatuan ummah, penyuburan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ serta memperkukuh semangat muafakat dalam masyarakat. Insya Allah, kita bertemu di Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Daripada masjid, lahirnya ilmu. Daripada masjid, terjalinnya ukhuwwah. Daripada masjid, suburnya cinta kepada Allah dan Rasulullah ﷺ. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #alifmimsin #tigakotasuci #PeradabanTimur

Mungkin persoalannya bukan : “Mengapa masyarakat kita berbeza?” Tetapi : “Sudahkah kita membina jambatan yang menyatukan perb
Mungkin persoalannya bukan : “Mengapa masyarakat kita berbeza?” Tetapi : “Sudahkah kita membina jambatan yang menyatukan perbezaan itu?” Rasulullah ﷺ membina Madinah bukan dengan kebencian, tetapi dengan tauhid, akhlak, keadilan dan kasih sayang. Kepelbagaian bukan penghalang kepada perpaduan. Inspirasi daripada perkongsian FB Aki Zali Daud, CEO ACF.

MISI ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDON (1956) 1. Pada tahun 1956, pemimpin daripada tiga kaum utama Tanah Melayu iaitu *Tunku A
MISI ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDON (1956) 1. Pada tahun 1956, pemimpin daripada tiga kaum utama Tanah Melayu iaitu *Tunku Abdul Rahman, Tun H. S. Lee dan V. T. Sambanthan* telah bersatu dalam satu rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan British bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. 2. Kerjasama antara pemimpin pelbagai kaum ini membuktikan bahawa perpaduan menjadi asas penting dalam perjuangan kemerdekaan negara. 3. Hasil rundingan tersebut, Tanah Melayu berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, menandakan lahirnya sebuah negara yang bebas dan berdaulat. 4. Kemerdekaan tidak dicapai oleh satu kaum, tetapi hasil kesatuan semua kaum. Dari Tanah Melayu ke London, perpaduan menjadi kekuatan yang membawa negara menuju kebebasan. Oleh : Khairul Adzlan Terbitan : Sekretariat MJMD #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PeradabanTimur

Mungkin persoalannya bukan : “Kenapa mereka belum menerima Islam?” Tetapi : “Sudahkah kita memperlihatkan Islam yang mereka b
Mungkin persoalannya bukan : “Kenapa mereka belum menerima Islam?” Tetapi : “Sudahkah kita memperlihatkan Islam yang mereka boleh cintai? Inspirasi daripada perkongsian FB Aki Zali Daud. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PeradabanTimur #MuhammadForAll #IslamForAll

9 HARI LAGI Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat “KEDAULATAN UNDANG-UNDANG” — Prinsip Keempat Rukun Negara Kedaulatan un
9 HARI LAGI Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat “KEDAULATAN UNDANG-UNDANG” — Prinsip Keempat Rukun Negara Kedaulatan undang-undang merupakan antara asas penting dalam membina sebuah negara yang aman, adil dan sejahtera. Apabila keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat, kedudukan atau darjat, maka lahirlah masyarakat yang saling menghormati dan hidup dalam keharmonian. Rasulullah ﷺ turut mengingatkan umatnya tentang pentingnya keadilan dalam sabda Baginda: “Sesungguhnya orang sebelum kamu binasa kerana apabila orang mulia mencuri mereka membiarkannya, tetapi apabila orang lemah mencuri mereka melaksanakan hukuman ke atasnya.” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim Hadis ini mengajarkan bahawa keadilan hendaklah ditegakkan secara saksama tanpa pilih kasih. Inilah antara nilai yang menjadi teras kepada kestabilan negara dan kesejahteraan masyarakat. 📅 17 Jun 2026 📍 Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci

Kadang-kala, satu rakaman pendek mampu mengajar sesuatu yang gagal diajar oleh seribu perbahasan. Dalam sebuah video yang tular, kelihatan seorang warga emas sedang dipimpin melintas jalan. Tidak lama kemudian, datang pula individu daripada latar belakang yang berbeza untuk membantu bersama. Tiada pertikaian. Tiada prasangka. Tiada siapa sibuk melihat perbezaan. Yang ada hanyalah adab, ihsan dan rasa tanggungjawab sesama manusia. Inilah wajah Malaysia yang kita cintai. Sebuah masyarakat yang tidak dibina atas rasa curiga, tetapi atas rasa hormat. Tidak dibina dengan tembok pemisah, tetapi dengan jambatan yang menyatukan, atas dasar kepedulian dan kasih sayang. Inilah juga aspirasi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) untuk memperkukuh muafakat rakyat, memelihara adab dalam bermasyarakat, menyuburkan perpaduan, serta membina sebuah negara yang aman, harmoni dan berperadaban. Momen seperti dalam video tersebut mungkin ringkas, tetapi nilainya sangat mahal. Inilah suasana yang perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi hari ini serta generasi akan datang 🇲🇾 #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MalamBerselawatMenjunjungDaulat

PENGUMUMAN RASMI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) bersama Masjid Bandar Saujana Putra dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran program Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan berlangsung seperti berikut : 🗓 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra Malam Berselawat Menjunjung Daulat bukan sekadar sebuah program memupuk kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, tapi turut mengajak masyarakat memahami peranan Institusi Kesultanan sebagai tiang seri negara dalam menjaga kedaulatan negara, agama Islam, keluhuran perlembagaan, keseimbangan politik dan perpaduan rakyat jelata. Menjunjung daulat bukan sekadar suatu tradisi, tetapi sebahagian daripada usaha memelihara keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan negara untuk generasi akan datang. Sesungguhnya, apabila rakyat dipertautkan dengan kasih kepada Rasulullah ﷺ, diperkukuhkan dengan adab dan dipersatukan dalam semangat muafakat, maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang lebih harmoni, sejahtera dan berperadaban. Justeru, kesatuan dan muafakat rakyat jelata dengan Institusi Kesultanan dapat diperkukuhkan demi mengekalkan negara bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Ayuh hadir bersama keluarga, sahabat dan komuniti bagi memeriahkan program ini. Berselawat Menyatu Ummah. Muafakat Memperkukuh Bangsa. Menjunjung Daulat Memperkasa Negara. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MuhammadForAll Telegram Rasmi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) Sertai Telegram MJMD Facebook Rasmi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) Ikuti Facebook MJMD

DEMOKRASI MALAYSIA BUKAN DEMOKRASI BARAT – INI FAKTA YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG Sering kita dengar suara sumbang yang cuba membandingkan sistem negara kita dengan sistem luar. Tapi, adakah mereka faham akar umbi negara sendiri? Menurut Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, inilah realiti yang perlu kita hadam : 1. Demokrasi Kita Unik : Sistem negara kita bukan meniru model demokrasi Barat berasaskan Westminster. Ia dibentuk berdasarkan sejarah, budaya, tradisi dan falsafah kenegaraan Malaysia sendiri. 2. Raja Bukan Sekadar Simbol : Institusi Diraja memegang amanah besar dalam sistem negara. Raja-Raja Melayu adalah rujukan utama yang berfungsi aktif sebagai salah satu mekanisme semak dan imbang yang membantu memelihara kestabilan negara dan mengelakkan kemelut negara menjadi lebih parah. 3. Sejarah Itu Kunci : Inilah sebab mengapa subjek Sejarah di sekolah & institusi pengajian tinggi itu WAJIB. Tanpa sejarah, golongan muda dan yang 'mantan muda' akan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan naratif palsu yang mengelirukan dan menggugat kedaulatan negara. 4. Keadilan Terjamin : Perlembagaan sudah jelas menjamin kedudukan istimewa orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak, di samping memelihara hak-hak sah seluruh warganegara Malaysia. 5. Peranan Negeri-Negeri Dalam Persekutuan : Tahukah anda? Pemberian taraf kewarganegaraan juga memerlukan restu istana negeri. Setiap negeri mempunyai peranan besar dalam struktur negara kita. Malaysia bukan sebuah negara yang berpusat sepenuhnya di peringkat Persekutuan. Negeri-negeri mempunyai peranan penting dalam struktur kenegaraan, termasuk dalam beberapa urusan yang melibatkan bidang kuasa negeri dan Institusi Diraja. Kesimpulannya, sistem pemerintahan kita sudah cukup matang dan adil. Jangan biarkan naratif luar merosakkan kefahaman kita terhadap kedaulatan negara. Jom SHARE info ini. Biar lebih ramai yang celik sejarah & bangga dengan sistem negara sendiri! #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PeradabanTimur

DI MANAKAH SEBENARNYA BERMULANYA CINTA KEPADA NEGARA? Ramai mungkin akan berkata pada bendera, lagu kebangsaan atau Rukun Negara. Semuanya benar. Namun, anak-anak ini belajar bahawa cinta kepada negara bermula lebih awal daripada itu. Ia bermula dengan tauhid yang membimbing hubungan manusia dengan Allah. Ia diteruskan dengan akhlak dan adab yang membentuk hubungan sesama manusia. Ia diperkukuhkan dengan jati diri, kepimpinan dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. Apabila nilai-nilai ini terbina, lahirlah rasa cinta kepada agama, bangsa dan tanah air. Sebab itulah Rukun Negara bukan sekadar untuk dihafal, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan. Begitu juga prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara, yang memberi kesedaran kepada anak-anak tentang pentingnya menghormati Institusi Raja sebagai payung negara yang berperanan memelihara agama, menjaga keharmonian masyarakat majmuk serta menjadi lambang perpaduan, keamanan dan kestabilan negara. Kerana negara yang kuat tidak dibina oleh bangunan yang tinggi. Negara yang kuat dibina oleh manusia yang beriman, berakhlak, mempunyai jati diri serta sanggup memikul amanah demi agama, bangsa dan negara. Dengarkan sendiri perkongsian anak-anak ini tentang apa yang mereka pelajari dan hayati🇲🇾 #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PeradabanTimur

Oleh : Akmal Hakim Terbitan : Sekretariat MJMD

10 HARI LAGI Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat “KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA” — Prinsip Kedua Rukun Negara Rukun
10 HARI LAGI Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat “KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA” — Prinsip Kedua Rukun Negara Rukun Negara bukan sekadar lafaz yang dihafal, tetapi prinsip yang membentuk jati diri rakyat Malaysia. Islam pula mengajar kita supaya memelihara hubungan yang baik sesama masyarakat, termasuk terhadap pemimpin, melalui nasihat yang ikhlas, doa yang baik dan pendekatan yang berhikmah. Dalam semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, marilah kita bersama memperkukuh muafakat, adab dan perpaduan demi kesejahteraan agama, bangsa dan tanah air. Semoga Allah SWT mengurniakan keamanan, perpaduan dan kesejahteraan buat negara serta memimpin kita semua ke arah kebaikan. 📅 17 Jun 2026 📍 Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

KETIKA BANJIR MELANDA SHAH ALAM, TIADA SIAPA BERTANYA BANGSA Pada Disember 2021, hujan lebat luar biasa telah menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir besar. Antara yang paling teruk terjejas ialah Taman Sri Muda di Shah Alam. Air naik dengan pantas, rumah ditenggelami banjir, kenderaan hanyut dan ribuan penduduk terperangkap menunggu bantuan. Namun di sebalik tragedi itu, muncul satu kisah yang lebih besar iaitu kisah tentang rakyat Malaysia yang bersatu. Pemilik bot dari pelbagai negeri datang membantu. Anak-anak muda tampil menjadi sukarelawan. Masjid, kuil, gereja dan pelbagai pertubuhan masyarakat membuka pintu untuk membantu mangsa. Ada yang menghulurkan makanan, membawa ubat-ubatan, menyediakan tempat perlindungan dan membantu membersihkan rumah selepas air surut. Mereka tidak bertanya, “Melayu, Cina atau India?” Mereka hanya bertanya, “Apa yang boleh saya bantu?” Ketika ramai mangsa berdepan kesukaran mendapatkan makanan dan keperluan asas, ribuan sukarelawan daripada pelbagai kaum turun padang membantu operasi kemanusiaan. Bantuan datang daripada individu, NGO, syarikat swasta dan komuniti setempat. Tragedi itu mengajar kita satu perkara penting. Perpaduan bukan sekadar slogan yang ditulis pada poster atau diucapkan ketika sambutan kebangsaan. Perpaduan sebenar terserlah apabila rakyat saling membantu pada saat paling sukar. Di Taman Sri Muda, air banjir mungkin memisahkan jalan raya dan rumah-rumah. Tetapi ia menyatukan hati rakyat Malaysia. Kerana apabila musibah melanda, kita tidak melihat warna kulit atau keturunan. Kita melihat sesama manusia yang memerlukan pertolongan. Malaysia bersatu dalam kepelbagaian. Itulah kekuatan yang perlu terus kita pelihara. ——— Video berkaitan : https://www.youtube.com/live/r8m08WoY4b8?si=fNBg4woKyt6c5ZHR #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PeradabanTimur

Oleh : Fadzlie Ishak Terbitan : Sekretariat MJMD
Oleh : Fadzlie Ishak Terbitan : Sekretariat MJMD

KENAPA KITA TAK BOLEH PANDANG RINGAN INSTITUSI DIRAJA? Ramai yang keliru. Ada yang menyangka peranan Raja hanya terhad kepada urusan agama dan adat semata-mata. Benarkah begitu? Hakikatnya, tanggapan itu terlalu sempit, menunjukkan bahawa kita masih melihat Institusi Raja melalui kerangka pemikiran yang dibentuk pada zaman penjajahan. Sedangkan Institusi Diraja ialah Payung Negara yang menjadi antara tonggak kestabilan negara. Kenapa ini sangat penting difahami? ✅ Ejen Penyatupadu - Raja menjadi simbol perpaduan dan keadilan yang membantu memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. ✅ Sebahagian Daripada Struktur Tertinggi Negara - Dalam sistem Raja Berperlembagaan, Institusi Diraja mempunyai peranan penting dalam memastikan kelangsungan sistem kenegaraan. ✅ Bukan Keputusan Peribadi - Setiap titah dan tindakan rasmi dibuat menurut proses perlembagaan serta nasihat yang ditetapkan demi kepentingan negara. Kebebasan bersuara? Ya, kita ada. Namun kebebasan datang bersama tanggungjawab. Jangan sampai atas nama kebebasan, kita meremehkan institusi yang menjadi pasak kestabilan negara. Sama-sama kita fahami peranan penting ini. Kongsikan posting ini supaya lebih ramai memahami mengapa kesetiaan kepada Raja dan Negara terus menjadi asas penting dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PeradabanTimur