en
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Open in Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 873
Subscribers
-124 hours
+17 days
-1130 days
Posts Archive
4 HARI LAGI MENUJU MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT Dalam warisan Alam Melayu, kekuatan sesebuah negeri tidak hanya terletak pada kebijaksanaan pemimpinnya, tetapi juga pada kesatuan hati rakyat yang mendukungnya. Sultan Mansur Syah pernah berpesan : ❝Hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala Orang Besar-Besarmu, kerana raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jikalau tiada muafakat dengan segala pegawai, di mana akan dapat ia melakukan bijaksananya itu?❞ (Sulalatus Salatin) Pesanan ini mengingatkan bahawa kejayaan tidak lahir daripada kekuatan seorang insan semata-mata, tetapi daripada muafakat yang menyatukan masyarakat. Rasulullah ﷺ turut bersabda : ❝Orang Mukmin dengan Mukmin yang lain seperti sebuah bangunan; sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.❞ (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Apabila hati disatukan dengan kasih kepada Allah dan Rasul-Nya ﷺ, muafakat menjadi lebih daripada sekadar persepakatan. Ia menjadi asas kepada perpaduan, keharmonian dan pembinaan sebuah peradaban. Semoga kita terus memelihara semangat muafakat yang menjadi kekuatan umat dan negara. Selawat menyatukan hati. Muafakat mengukuhkan negara. Daulat memayungi peradaban. 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih Tuan Ahmad Saifuddin Amran atas perkongsian ini. Semoga ukhuwwah yang terjalin menjadi asbab tersebarnya budaya
Terima kasih Tuan Ahmad Saifuddin Amran atas perkongsian ini. Semoga ukhuwwah yang terjalin menjadi asbab tersebarnya budaya ilmu, adab dan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. Besar harapan agar Malam Berselawat Menjunjung Daulat menjadi medan menyatukan hati dalam selawat, memperkukuhkan muafakat dan menyemarakkan semangat peradaban dalam masyarakat. 🌹 Jumpa di MBMD nanti, insya Allah. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Masjid bukan sekadar tempat ibadah. Masjid adalah pusat penyatuan ummah. Sejak zaman Rasulullah SAW, masjid menjadi nadi kehidupan masyarakat. Ketika peristiwa hijrah ke Madinah, antara perkara pertama yang dibangunkan oleh Baginda ialah masjid. Ini kerana masjid bukan hanya tempat mendirikan solat, tetapi pusat yang menyatukan hati, mengukuhkan ukhuwah dan membina kekuatan umat. Di masjid ilmu disebarkan, akhlak dibentuk, kerohanian diperkasakan dan kesedaran tentang agama serta tanggungjawab terhadap masyarakat dipupuk. Masjid menjadi medan untuk melahirkan insan yang bukan sahaja baik hubungannya dengan Allah, malah prihatin terhadap tanah air dan kesejahteraan masyarakat. Atas semangat inilah Masjid Bandar Saujana Putra dipilih sebagai lokasi Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Program ini bukan sekadar himpunan untuk berselawat dan menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, tetapi turut membawa pelbagai pengisian yang menyemarakkan kefahaman tentang sejarah negara, institusi Raja, jati diri bangsa serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan Malaysia. Ayuh hadir beramai-ramai memeriahkan acara yang berlangsung dari 3 petang - 10.30 malam di Masjid Bandar Saujana Putra. Ikuti saluran rasmi untuk mendapatkan hebahan, jadual program dan pengumuman terkini sebelum hari program. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Oleh : Ustaz Amirulhafidzi Mohamad Zin Terbitan : Sekretariat MJMD Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026, 3.00 petang - 10.30 malam

#TanyaJawabMBMD BILAKAH SAYA PERLU HADIR? Jawapannya, lebih awal lebih baik. MBMD bermula seawal 3.00 petang dengan pelbagai
+1
#TanyaJawabMBMD BILAKAH SAYA PERLU HADIR? Jawapannya, lebih awal lebih baik. MBMD bermula seawal 3.00 petang dengan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga. Anda boleh meluangkan masa mengunjungi pameran sejarah dan peradaban, menyertai aktiviti komuniti, menikmati persembahan seni budaya serta berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan sebelum pengisian utama bermula pada waktu malam. Datang awal juga memberi peluang untuk : • Mendapatkan parkir dengan lebih mudah • Mengelakkan kesesakan menjelang Maghrib • Mengikuti keseluruhan pengisian program • Meluangkan masa berkualiti bersama keluarga Ramai hadir untuk majlis selawat. Tetapi mereka yang hadir lebih awal akan menikmati keseluruhan pengalaman MBMD. 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 Bermula 3.00 Petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra Datang awal. Hayati pengisian. Pulang membawa kenangan. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

#TanyaJawabMBMD 📍 DI MANAKAH LOKASI PROGRAM? Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) akan berlangsung di Masjid Bandar Sau
+1
#TanyaJawabMBMD 📍 DI MANAKAH LOKASI PROGRAM? Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) akan berlangsung di Masjid Bandar Saujana Putra Jenjarom, Selangor. Bagi memudahkan urusan para hadirin, pihak penganjur turut menyediakan panduan lokasi dan kawasan parkir seperti yang ditunjukkan dalam peta. Kami menggalakkan para hadirin hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, memudahkan urusan parkir serta memberi peluang untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang bermula seawal jam 3.00 petang. Antara pengisian yang menanti anda : • Pameran sejarah dan peradaban • Aktiviti keluarga dan komuniti • Persembahan seni budaya • Majlis Selawat & Doa Munajat • Forum Perdana : Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu Mari hadir bersama keluarga bagi memeriahkan sebuah himpunan yang menyatukan selawat, ilmu dan muafakat. 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Media Kit MBMD.pdf15.35 MB

AKSES LINKTREE RASMI MJMD Sebelum hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD), kami menjemput anda mengakses Linktree
AKSES LINKTREE RASMI MJMD Sebelum hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD), kami menjemput anda mengakses Linktree Rasmi MJMD yang menghimpunkan Media Kit Rasmi MBMD. Media kit ini disediakan bagi membantu para hadirin mendapatkan maklumat lengkap mengenai program, termasuk: • Pengenalan MBMD & MJMD • Objektif Program • Pengisian Utama • Forum Perdana • Tentatif Program • Penganjur & Rakan Strategik Luangkan beberapa minit untuk menelusurinya agar anda lebih memahami aspirasi, tujuan dan pengisian program yang bakal berlangsung. 📲 Imbas kod QR atau klik pautan yang disediakan. https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat 📍 Masjid Bandar Saujana Putra 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Sesebuah peradaban yang berjaya tidak terbina hanya dengan kemajuan fizikal semata-mata. Ia lahir daripada gabungan beberapa asas utama yang menjadi tunjang kekuatan sesebuah bangsa dan negara. Pertama, keilmuan yang membentuk masyarakat berfikiran matang, berakhlak dan berwawasan. Kedua, muafakat dalam masyarakat yang menyatukan rakyat dalam menghadapi cabaran serta membina keharmonian bersama. Ketiga, kepimpinan yang berwibawa yang mampu memandu rakyat dengan kebijaksanaan, keadilan dan integriti. Keempat, pemeliharaan warisan adat dan budaya yang menjadi identiti serta akar kekuatan sesebuah peradaban. Apabila keempat-empat elemen ini diperkukuhkan, lahirlah sebuah peradaban yang bukan sahaja maju, malah kekal utuh merentas generasi. Peradaban yang sejahtera juga memerlukan nilai-nilai yang menyatukan hati, mengukuhkan hubungan sesama masyarakat serta memelihara keharmonian negara. Semangat inilah yang turut diangkat melalui Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD), sebuah wadah yang menghimpunkan masyarakat dalam mahabbah kepada Rasulullah ﷺ, memperkukuh muafakat rakyat serta meningkatkan kefahaman terhadap peranan Institusi Raja Melayu sebagai payung agama, perpaduan dan kedaulatan negara. Selawat menyatukan hati, muafakat mengukuhkan negara, daulat memayungi peradaban. Ikuti saluran rasmi untuk mendapatkan pelbagai perkongsian berkaitan pembinaan masyarakat, pengukuhan muafakat rakyat, keharmonian negara serta pembangunan peradaban yang berteraskan nilai, adab dan kebersamaan. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Iddin Terbitan : Sekretariat MJMD Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026, 3.00 petang - 10.30 malam

KALAU DATANG SEORANG, ANDA DAPAT PROGRAM. KALAU DATANG BERSAMA KELUARGA, ANDA DAPAT KENANGAN. Dalam dunia yang semakin sibuk, masa bersama keluarga menjadi sesuatu yang amat berharga. Kadangkala, yang paling kita ingati bukanlah tempat yang kita pergi, tetapi siapa yang berada di sisi kita ketika itu. Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) bukan sekadar sebuah program. Ia adalah ruang untuk keluarga berkumpul, sahabat bertemu dan masyarakat bersama-sama merasai keindahan mahabbah, ukhuwah serta muafakat dalam suasana yang penuh harmoni. Di sini, anak-anak dapat melihat contoh kebersamaan yang baik. Ibu bapa dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Sahabat dapat mengeratkan silaturahim. Masyarakat pula dapat berhimpun dalam satu semangat yang menyatukan hati. Lebih daripada itu, MBMD mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah masyarakat bermula daripada hubungan yang baik sesama manusia, dipandu oleh cinta kepada Rasulullah ﷺ dan disatukan oleh nilai adab, kasih sayang serta perpaduan. Jangan sekadar melihat dari media sosial. Datanglah dan rasai sendiri pengalaman Malam Berselawat Menjunjung Daulat bersama insan tersayang. 📅 17 Jun 2026 📍 Masjid Bandar Saujana Putra Bawa keluarga. Ajak sahabat. Hadirlah bersama. Daripada Mahabbah, Terbinanya Muafakat. Daripada Muafakat, Tertegaknya Daulat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Fadzlie Ishak Terbitan : Sekretariat MJMD
Oleh : Fadzlie Ishak Terbitan : Sekretariat MJMD

“Institusi Beraja ialah benteng kepada agama Islam dan payung penyatuan rakyat.” Demikian antara pandangan yang dikongsikan oleh Nazir Masjid Bandar Saujana Putra, Pak Ngah Sadle, ketika ditemui pasukan Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD). Memahami peranan Institusi Beraja bukan sekadar menghargai sejarah, tetapi juga memahami salah satu tonggak penting yang membantu memelihara keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan negara. Sebagai institusi yang berakar dalam sejarah dan Perlembagaan negara, Institusi Beraja berperanan sebagai lambang perpaduan rakyat, pemelihara agama Islam serta payung yang menaungi masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang. Kefahaman terhadap peranan ini penting dalam usaha membina masyarakat yang beradab, bersatu dan cintakan negara. Ayuh hadir beramai-ramai memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat pada 🗓 17 Jun 2026 ⏰ 3.00 petang – 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra Ikuti saluran rasmi untuk mendapatkan hebahan, jadual program dan pengumuman terkini menjelang hari program. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Angah Tholama Terbitan : Sekretariat MJMD Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026, 3 petang - 10.30 malam

MENJUNJUNG ADAB KESOPANAN DAN KESUSILAAN Peradaban yang hebat tidak dibina hanya dengan bangunan tinggi atau kekayaan material. Ia dibina di atas asas maruah melalui adab yang luhur, kehalusan budi, akhlak yang terpelihara dan rasa hormat sesama manusia. Adab bukan sekadar sopan santun. Adab ialah kemampuan meletakkan sesuatu pada tempatnya; memahami hak dan kedudukan setiap perkara serta berinteraksi dengan penuh hikmah dan penghormatan. Daripada adablah lahirnya akhlak yang mulia dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila kita menghormati ibu bapa, memuliakan guru, menyantuni jiran, menjaga tutur kata dan menghargai perbezaan, ketika itulah kita sedang membina benteng jati diri yang tidak mudah roboh. Inilah sebenarnya intipati Prinsip Kelima Rukun Negara — Kesopanan dan Kesusilaan — yang menjadi tunjang kehidupan bermasyarakat. Ia bukan sekadar prinsip yang dihafal, tetapi nilai yang perlu diterjemahkan dalam tindakan seharian. Dalam tradisi Melayu-Islam, adab terhadap Allah, Rasulullah ﷺ, ibu bapa, guru, pemimpin dan sesama insan sentiasa menjadi asas kepada kesejahteraan, perpaduan dan kelangsungan sesebuah peradaban. Ilmu tanpa adab boleh membawa kesombongan, manakala kuasa tanpa adab boleh membawa kerosakan. Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat dan dalam keberkatan bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti daulat melalui penghayatan adab yang luhur, kesopanan yang terpelihara dan kesusilaan yang menjadi identiti bangsa. Kita berhimpun dalam semangat selawat, mahabbah, perpaduan dan muafakat demi menyuburkan kembali nilai adab dalam kehidupan bermasyarakat. Kerana adab yang dijunjung akan melahirkan akhlak yang mulia, dan akhlak yang mulia akan membina peradaban yang gemilang. Oleh : Mohaniza Muhammad Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Mohaniza Muhammad Terbitan : Sekretariat MJMD
Oleh : Mohaniza Muhammad Terbitan : Sekretariat MJMD

5 HARI LAGI MENUJU MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Kesopanan dan Kesusilaan merupakan Prinsip Kelima Rukun Negara yang men
5 HARI LAGI MENUJU MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Kesopanan dan Kesusilaan merupakan Prinsip Kelima Rukun Negara yang menjadi asas penting dalam membentuk masyarakat yang harmoni, beradab dan saling menghormati. Warisan peradaban yang luhur tidak hanya terletak pada sejarahnya, tetapi juga pada adab yang terus dihidupkan. Justeru, Kesopanan dan Kesusilaan kekal menjadi tunjang keharmonian, muafakat dan kesejahteraan masyarakat serta negara. Rasulullah ﷺ bersabda : ❝ Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. ❞ — Riwayat al-Tirmizi Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat, marilah kita bersama-sama menghidupkan nilai adab, akhlak dan muafakat melalui selawat serta kecintaan kepada Rasulullah ﷺ demi memperkukuh keharmonian masyarakat dan membina peradaban yang sejahtera. 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

KENAPA MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT (MBMD) DIWUJUDKAN? Dalam dunia yang semakin bising dengan perbezaan, kita memerlukan lebih banyak ruang yang mampu menyatukan hati. Ruang yang menyemai mahabbah kepada Rasulullah ﷺ, Ruang untuk memperkukuh adab dalam bermasyarakat dan menghidupkan semangat muafakat. Di saat mahabbah tersemai, hati akan lebih mudah bertaut. Setelah hati bertaut, muafakat dapat dibina demi keharmonian negara yang kita cintai bersama. Daripada Mahabbah, Terbinanya Muafakat. Daripada Muafakat, Tertegaknya Daulat. Dengarkan suara anak muda tentang penganjuran Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat Telegram : https://t.me/MuafakatJelataMenjunjungDaulat Facebook : https://www.facebook.com/muafakatjelata #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Izzat Yusof Terbitan : Sekretariat MJMD Bersempena: Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026, 3 petang - 10.30 malam