Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Открыть в Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
БольшеСтрана не указанаКатегория не указана
1 842
Подписчики
Нет данных24 часа
-57 дней
-1430 дней
Архив постов
Terima kasih diucapkan kepada tuan yang budiman dari Restoran Rimba Salai atas sokongan dan kesudian mengajak orang ramai untuk sama-sama hadir memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Bukan sahaja malam dipenuhi alunan selawat, malah banyak aktiviti dan program menarik yang diadakan seawal jam 3.00 petang.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Terima kasih diucapkan kepada tuan yang budiman dari Restoran Rimba Salai atas sokongan dan kesudian mengajak orang ramai untuk sama-sama hadir memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Bukan sahaja malam dipenuhi alunan selawat, malah banyak aktiviti dan program menarik yang diadakan seawal jam 3.00 petang.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami merafakkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir dan seterusnya merasmikan program “Malam Berselawat Menjunjung Daulat”.
Kehadiran dan sokongan beliau amat bermakna dalam menyemarakkan usaha memartabatkan syiar Islam serta memperkukuhkan semangat menjunjung institusi Kesultanan Melayu.
Justeru, jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada majlis penuh keberkatan ini. Hadir beramai-ramai bersama keluarga!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Refleksi Hijrah :
Membina Ummah yang Sejahtera
Sempena ketibaan Awal Muharram, Tuan Hj Razali bin Daud, Ketua Pegawai Eksekutif Adam Charitable Foundation mengajak kita semua untuk menghayati semangat Maal Hijrah sebagai titik permulaan bagi perubahan yang lebih bermakna.
Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi sebuah kesediaan untuk berubah menjadi lebih baik.
Semoga usaha memupuk kasih sayang dan muafakat antara pemimpin, ulama dan masyarakat akan terus menjadi pemangkin kepada negara yang sejahtera.
Jemput hadir bersama ke
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
Semoga kehadiran kita diberkati oleh Allah SWT
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMSin #TigakotaSuci #PeradabanTimur #MediaACF
BUSANA MELAYU STYLE 🔥
Segak bukan hanya pada pakaian, tetapi pada adab, maruah dan warisan yang dibawa.
Tanjak di kepala, sundang di sisi. Mengingatkan kita kepada kegemilangan bangsa yang kaya dengan budaya dan nilai kepahlawanan.
Warisan bukan untuk dikenang semata-mata, tetapi untuk diteruskan.
Warisan dijunjung, identiti dipertahankan 🇲🇾
Sumber : Perkongsian TikTok Afan Uma
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Setiap sokongan membawa seribu erti
Terima kasih kepada semua yang terus setia memartabatkan khazanah warisan bangsa. Bagi anda yang ingin tampil segak dan anggun dalam persalinan tradisi, Tanjak & Busana Butik Ezah sedia menerima tempahan, jualan dan sewaan pelbagai produk Warisan Melayu terpilih daripada tanjak, busana lengkap, aksesori, hinggalah hiasan serta cenderahati eksklusif.
Ayuh bersama-sama meraikan keindahan budaya, mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat cinta warisan. Jumpa anda di sana!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Penerangan yang kemas daripada Ustaz Abdul Mujib bin Rahim, Imam Masjid Bandar Saujana Putra.
Apa lagi, jom bersama-sama hadir esok dan menjayakan MBMD!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
ULAMA MELAYU YANG MENJADI JAMBATAN ALAM MELAYU DAN KHILAFAH UTHMANIYYAH
Pada penghujung abad ke-19, seorang ulama Melayu dari Patani muncul sebagai tokoh yang disegani di Mekah dan dunia Islam. Beliau ialah Syeikh Ahmad al-Fatani, ilmuwan, penulis, pendidik, dan penggerak jaringan keilmuan yang menghubungkan Alam Melayu dengan pusat dunia Islam.
Kajian akademik menunjukkan bahawa Syeikh Ahmad al-Fatani memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan antara negeri-negeri Melayu dan Kerajaan Uthmaniyyah. Malah, beliau disebut sebagai antara tokoh yang membantu menghubungkan secara rasmi para sultan di Alam Melayu dengan Khilafah Uthmaniyyah.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876–1909), Syeikh Ahmad al-Fatani turut diberikan peranan penting dalam penerbitan kitab-kitab Melayu di Mekah. Melalui sokongan kerajaan Uthmaniyyah, karya-karya Islam berbahasa Melayu dapat dicetak dan disebarkan dengan lebih meluas ke seluruh Nusantara.
Walaupun dakwaan bahawa beliau merupakan “penasihat rasmi Sultan Abdul Hamid II” masih memerlukan penelitian lanjut daripada dokumen primer Uthmaniyyah, hubungan rapat antara kedua-dua tokoh ini diakui dalam pelbagai kajian. Syeikh Ahmad al-Fatani dilihat sebagai antara jambatan yang menghubungkan Alam Melayu dengan pusat pemerintahan Islam ketika itu.
Inilah contoh indah hubungan ulama dan umara’ apabila ilmu dan kepimpinan berganding bahu demi memperkukuh agama, pendidikan, dan kesatuan umat.
“Seorang ulama dari Patani, membawa suara Alam Melayu hingga ke pusat dunia Islam.”
Oleh : Fadzlie Ishak
Terbitan : Sekretariat MJMD
———
Rujukan Alademik :
Shaykh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani : Intelektual Hubungan Dakwah Antarabangsa
https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal-yadim/article/download/35/15/411
Sheikh Wan Ahmad al-Fatani and the Malay Publications in the Middle East
https://ccsenet.org/journal/index.php/ass/article/view/47261
Pemikiran Turki Uthmaniyah Menurut Syeikh Wan Ahmad al-Fatani (Universiti Sains Malaysia) https://eprints.usm.my/43570/1/Abdul-Ramae%20Sulong24.pdf
Polisi Pan-Islamisme Semasa Pemerintahan Sultan Abdul Hamid II
https://journalarticle.ukm.my/11928/1/21597-67922-1-PB.pdf
Profil Sultan Abdul Hamid II dan Pan-Islamisme
https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/download/1456/1152
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
MAAL HIJRAH : HIJRAH DIRI, PERKUKUH PERPADUAN UMMAH
Maal Hijrah bukan sekadar menandakan perpindahan tahun dalam kalendar Islam, tetapi menjadi saat terbaik untuk kita bermuhasabah dan memperbaharui azam ke arah kehidupan yang lebih baik. Hijrah yang sebenar bukan hanya meninggalkan tempat, tetapi meninggalkan sifat-sifat yang memecah-belahkan dan menggantikannya dengan nilai kasih sayang, hormat-menghormati serta semangat persaudaraan.
Dalam dunia yang semakin mencabar, perpaduan merupakan kekuatan terbesar sesebuah masyarakat. Nilai kejiranan yang harmoni, semangat gotong-royong, budaya menuntut ilmu, institusi keluarga, negara dan Kesultanan yang kukuh dan matlamat hidup yang berteraskan akhirat perlu terus dipelihara agar generasi akan datang mewarisi masyarakat yang bersatu dan berakhlak mulia.
Sempena Maal Hijrah 1448H esok, marilah kita berhijrah daripada perpecahan kepada perpaduan, daripada kebencian kepada kasih sayang, dan daripada kealpaan kepada ketakwaan. Semoga setiap tahun yang bertambah usia menjadikan kita insan yang lebih dekat kepada Allah SWT serta lebih erat dalam memelihara keharmonian ummah.
"Hijrah Diri, Perkukuh Perpaduan, Membina Peradaban."
Oleh : Faiz Fahmi
Terbitan : Sekretariat MJMD
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
POHON AGAMA : WARISAN KEILMUAN SULTAN YANG GEMILANG
Ramai mengenali Sultan sebagai pemerintah negeri, namun tidak ramai mengetahui bahawa Sultan Selangor suatu ketika dahulu juga merupakan seorang ulama dan cendekiawan yang menghasilkan karya agama yang bernilai tinggi.
Sultan Ala'uddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa, Sultan Selangor Kelima, telah mengarang kitab Pohon Agama sebagai panduan akidah, ibadah dan akhlak untuk umat Islam.
Karya ini membuktikan bahawa institusi kesultanan Melayu bukan sekadar simbol pemerintahan, bahkan turut menjadi pusat penyebaran ilmu dan pengukuhan agama.
Di saat ramai pemerintah menumpukan perhatian kepada urusan pentadbiran, baginda meluangkan masa mendalami ilmu agama serta menulis kitab yang menjadi rujukan masyarakat.
Ini menunjukkan betapa tingginya kecintaan baginda terhadap ilmu, dakwah dan pembangunan rohani rakyat. Pohon Agama menjadi saksi bahawa tradisi keilmuan Islam pernah subur dalam istana Melayu.
Ia mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah bangsa bukan hanya terletak pada kemajuan material, tetapi juga pada keutuhan ilmu, akidah dan akhlak pemimpinnya.
"Apabila seorang raja mencintai ilmu, maka rakyat akan menghormati ilmu. Apabila seorang pemimpin mendekati agama, maka agama akan terus hidup dalam masyarakat."
Marilah kita menghargai warisan ulama dan cendekiawan Melayu yang telah meletakkan asas kekuatan umat melalui pena, ilmu dan hikmah.
Oleh : Khairul Adzlan
Terbitan : Sekretariat MJMD
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Menjunjung Daulat melalui irama dan seni sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat
17 Jun 2026
Hayati karya-karya istimewa terbitan anak bangsa yang mengangkat semangat muafakat, kecintaan kepada bangsa dan daulat tanah air. Klik pautan dan hayati suara jiwa rakyat yang berpaksikan muafakat, adab dan daulat.
Lagu : Muafakat Berdaulat
Karya : BangTam Forte
https://youtu.be/JThUXfsNZDo?si=fbJEx35ftAiRITh2
Lagu : Gamelan Rindu Baginda
Karya : BangTam Forte
https://youtu.be/WSr3euxDiQo?si=V8-SNoAUj0EnPD9s
Lagu : Alang Ahmad
Video Muzik : Abammard
Terbitan : I-Madina
https://vt.tiktok.com/ZSQLwAqHf/
Lagu : Suara Jiwa Jelata
Karya : Sanggar Sufi
https://vt.tiktok.com/ZSQxPaQGG/
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #TigaKotaSuci
Borang Pendaftaran Pertandingan Mewarna, Khat & Kuiz Kenegaraan
Dijemput kepada semua ibu bapa dan anak-anak untuk hadir memeriahkan Majlis Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan berlangsung esok, di Masjid Bandar Saujana Putra.
🕒 Program bermula seawal jam 3.00 petang dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga, antaranya :
🎨 Pertandingan Mewarna
✍🏻 Pertandingan Menulis Khat
🇲🇾 Kuiz Kenegaraan
🎉 Dan pelbagai aktiviti menarik yang lain
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan dan membawa pulang hadiah menarik.
Daftar sekarang melalui pautan di bawah 👇🏻
https://forms.gle/re7fPE7q8QyCMceG6
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
1 Muharam bukan sekadar detik permulaan tahun baharu, tetapi simbol sebuah perjalanan agung yang mengubah sejarah dunia.
Atas keyakinan dan iman yang teguh,
para Muhajirin dan Ansar bersatu hati,
sanggup berkorban harta dan nyawa demi menegakkan agama Allah.
Daripada peristiwa hijrah inilah lahirnya kekuatan ukhuwwah, perpaduan dan sebuah tamadun yang membawa rahmat kepada dunia.
Hari ini, semangat hijrah itu masih relevan.
Hijrah menuntut pengorbanan. Hijrah memerlukan perjuangan.
Hijrah mengajar erti persaudaraan.
Dan hijrah membentuk perpaduan.
Terima kasih Dendang Sufi Nusantara atas kesudian mempromosikan Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
📅 17 Jun 2026
⏰ 3.00 petang – 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
Ayuh datang beramai-ramai!
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
ESOK
MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT
Menyambut Awal Muharram 1448H Dengan Selawat, Adab dan Muafakat
Tahun baharu Hijrah mengajak kita kembali kepada nilai-nilai yang membina sebuah peradaban.
Peradaban yang berteraskan tauhid.
Peradaban yang memuliakan ilmu dan akhlak.
Peradaban yang memperkukuh muafakat rakyat.
Peradaban yang menjunjung daulat serta menghormati institusi negara dan warisan Kesultanan Melayu.
Esok bermulalah lembaran tahun baharu Hijrah. Marilah kita memulakannya dengan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ, mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat serta menghidupkan budaya adab, muafakat dan kasih sayang demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Saujana Putra mengalu-alukan kehadiran seluruh masyarakat ke program Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Saujana Putra yang sentiasa komited dalam memakmurkan rumah Allah dan menyokong usaha memperkukuh mahabbah kepada Rasulullah ﷺ, perpaduan masyarakat serta penghayatan adab dan peradaban.
Semoga kehadiran dan sokongan semua pihak menjadi asbab kepada kejayaan majlis yang penuh keberkatan ini.
📅 17 Jun 2026
🕒 3.00 petang – 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
Menampilkan :
📸 Gambar 1
Tuan Haji Sadle bin Mak Pon
Nazir Masjid Bandar Saujana Putra
📸 Gambar 2
Tuan Haji Rahman
Ahli Jawatankuasa Media
📸 Gambar 3
Cikgu Aladdin
Setiausaha Masjid
📸 Gambar 4
Bilal Sazali
Bilal Masjid Bandar Saujana Putra
📸 Gambar 5
Bilal Zaki
Bilal Masjid Bandar Saujana Putra
Ayuh bersama-sama mengimarahkan majlis yang menghimpunkan selawat, ilmu, sejarah dan semangat muafakat sempena kedatangan Awal Muharram 1448H.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
SULTAN SIR ALA’UDDIN SULEIMAN SHAH IBNI ALMARHUM RAJA MUDA MUSA IBNI ALMARHUM SULTAN SIR ABDUL SAMAD
SULTAN SELANGOR KE-5 : 1898 – 1938
Kredit : Wangsa Mahkota Selangor
