en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Open in Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 842
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-1430 days
Posts Archive
SULTAN SIR HISAM’UDDIN ALAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN SIR ALA’UDIN SULEIMAN SHAH SULTAN SELANGOR KE-6 : 1938 – 1942 & 1945 –
SULTAN SIR HISAM’UDDIN ALAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN SIR ALA’UDIN SULEIMAN SHAH SULTAN SELANGOR KE-6 : 1938 – 1942 & 1945 – 1960 Kredit : Wangsa Mahkota Selangor

MENJUNJUNG KASIH ATAS SOKONGAN DAN HEBAHAN Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) merakamkan setinggi-tinggi pe
MENJUNJUNG KASIH ATAS SOKONGAN DAN HEBAHAN Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas sokongan serta hebahan yang telah diberikan oleh Wangsa Mahkota Selangor - Pages Rasmi terhadap program Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Sokongan dan perkongsian maklumat yang diberikan amat bermakna dalam membantu memperluaskan penyebaran maklumat program kepada masyarakat, di samping menggalakkan penyertaan pelbagai lapisan rakyat dalam menghayati nilai mahabbah, adab, perpaduan dan kecintaan terhadap warisan bangsa serta institusi negara. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. ——— Ikuti dan sokong halaman Wangsa Mahkota Selangor – Pages Rasmi untuk pelbagai perkongsian berkaitan sejarah, warisan dan institusi Kesultanan Selangor. https://www.facebook.com/wangsamahkota #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih saudara Saharul Ridzwan atas sokongan padu kepada Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Ayuh bersama-sama kita hadir, berselawat, mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat muafakat demi agama, bangsa dan negara. Jangan lupa, ajak keluarga dan rakan-rakan. Kita hidupkan malam yang penuh mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

“Kebaikan tidak cukup sekadar dilihat, ia perlu digerakkan”. Sokongan yang sangat bermakna! Terima kasih Faizal Ismail (FBI) kerana turut bersama menjadi penyokong dan penggerak program Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Jom sama-sama kita hadir dan sebarkan kebaikan ini. Sempena Maal Hijrah, marilah kita membuka lembaran baharu dengan memperkukuh ukhuwwah, menyuburkan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ dan menghidupkan semangat muafakat dalam masyarakat. Lembaran baharu Maal Hijrah pasti lebih bermakna apabila lebih ramai memilih untuk hadir, menyokong dan menggerakkan kebaikan bersama. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

AWAL MUHARRAM BUKAN SEKADAR SAMBUTAN. IA SATU PERMULAAN. Mari mulakan tahun baharu Hijrah dengan menghidupkan cinta kepada Ra
+9
AWAL MUHARRAM BUKAN SEKADAR SAMBUTAN. IA SATU PERMULAAN. Mari mulakan tahun baharu Hijrah dengan menghidupkan cinta kepada Rasulullah ﷺ, mengeratkan ukhuwah, mengenali akar sejarah, budaya dan warisan peradaban kita serta menghayati nilai peradaban yang membina generasi yang beradab dan berjati diri. Semuanya terhimpun dalam Malam Berselawat Menjunjung Daulat : ✨ Pameran Sejarah & Peradaban ✨ Jualan Buku & Produk Komuniti ✨ Pertandingan Kanak-Kanak ✨ Demonstrasi Masakan ✨ Pencak Silat, Dikir Barat & Kompang ✨ Majlis Selawat & Munajat Ayuh hadir bersama keluarga. Pelbagai acara menarik untuk seisi keluarga terhimpun di MBMD. Sila rujuk poster-poster acara yang disertakan untuk maklumat lanjut. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Apa Jawapan Yang Dibawa MBMD? Apabila masyarakat berdepan cabaran perpaduan, identiti dan kefahaman kenegaraan… Kita tidak boleh hanya mengeluh. Kita perlu membina. MBMD hadir membawa lima ikhtiar : 1. Memperkukuh perpaduan masyarakat 2. Meningkatkan kefahaman kenegaraan 3. Menghidupkan penghayatan sejarah 4. Membina jati diri generasi muda 5. Mengukuhkan institusi masyarakat Melalui selawat. Melalui ilmu. Melalui budaya. Melalui keluarga. Melalui muafakat. Lebih bermakna, MBMD berlangsung dalam suasana awal tahun baharu Hijrah. Saat umat Islam memperbaharui azam, memperkukuh jati diri dan menilai arah perjalanan kehidupan. Semoga hijrah yang diraikan bukan sekadar pertukaran angka pada takwim, tetapi menjadi titik untuk membina masyarakat yang lebih bersatu, beradab dan memahami tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Kerana masa depan negara tidak diwarisi secara automatik. Ia perlu dibina bersama. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac Oleh : Uzzair Rose Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Uzzair Rose Terbitan : Sekretariat MJMD Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026, 3 petang - 10.30 malam

Terima kasih Saudara Fitri Naqiuddin dari Dendang Sufi Nusantara yang sudi menyokong dan mempromosikan Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Ayuh semua hadir dan saksikan pelbagai persembahan seni budaya, pameran sejarah Kesultanan di Alam Melayu dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Semua ini menanti anda dari jam 3.00 petang sehingga 10.30 malam. Jangan lupa ajak ibu ayah, abang kakak adik beradik untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil membuat pelbagai aktiviti. Jumpa anda di sana! Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Mohd Zain Ramli (Renggo Arrow) atas kesudian menyampaikan jemputan dan sokongan kepada seluruh masyarakat untuk hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Benar seperti yang dikongsikan oleh beliau, tidak kira adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, mahupun seisi keluarga, jika ada kelapangan masa, ayuh kita hadir dan bersama-sama mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini. Sambil lepak santai, kita basahi lidah dan tenangkan jiwa dengan alunan selawat ke atas Baginda ﷺ. Bukan itu sahaja, banyak pengisian dan aktiviti yang akan membina jati diri dalam semangat muafakat dan menjunjung kedaulatan demi tanah air yang tercinta. ​ Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

​Sollallahu 'Ala Muhammad, Sollallahu 'Alaihi Wasallam. ​Satu seruan yang mendamaikan jiwa dan mengingatkan hati kepada junjungan mulia Rasulullah SAW. Terima kasih buat Tuan Muhammad Izam Arshad (Izam EYE), bekas vokalis utama kumpulan EYE yang pernah mencipta fenomena dalam industri muzik tanah air pada era 1990-an, atas kesudian mengajak masyarakat untuk bersama-sama mengimarahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat handai. Semoga pertemuan ini menjadi asbab untuk kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, mengeratkan silaturrahim, menyuburkan adab serta memperkukuhkan rasa cinta kepada agama, bangsa dan tanah air. ​Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sekalung penghargaan buat YBhg. TunSuzana Hj. Othman atas kesudian berkongsi seruan serta pandangan yang cukup mendalam demi mengajak kita semua ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. ​Menurut beliau, perhimpunan ini merupakan platform terbaik untuk kita kembali menyelami keindahan peradaban Islam yang diterjemahkan melalui budaya bangsa. Di samping itu, ia menjadi ruang untuk menyuburkan kembali kesedaran tentang peranan Institusi Raja-Raja sebagai pasak dan tonggak kedaulatan kita. ​Istimewanya, Bonda TunSuzana juga akan turut hadir memeriahkan majlis ini ❤️ ​ ​Ayuh kita mulakan lembaran awal Hijrah ini dengan langkah yang penuh barakah. Jumpa anda di sana! Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih kepada I-Madina atas sokongan dan perkongsian video ini Tiga Sebab Utama Kenapa Anda Wajib Hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) • Makmurkan jiwa dan negara • Suburkan kembali adab dan kedaulatan • Ruang komuniti seisi keluarga bermula 3 petang pelbagai acara dan pengisian Ayuh bersama-sama mengimarahkan majlis yang menghimpunkan selawat, muafakat dan kasih sayang sesama masyarakat. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Terima kasih kepada Tuan Mohd Rusydan bin Yusof, Pengarah Ekong Auto Sdn. Bhd., atas sokongan dan kesudian membantu menyebarkan hebahan dan berkongsi video promosi Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Melalui jenama EKONG Auto Air Conditioning Services, beliau mengusahakan lima cawangan iaitu tiga di Terengganu, satu di Kuantan dan satu di Bandar Saujana Putra, menawarkan kepakaran dalam perkhidmatan penghawa dingin kenderaan. Buat yang berada di kawasan berkenaan dan memerlukan servis penghawa dingin kereta, bolehlah mendapatkan perkhidmatan di cawangan-cawangan EKONG yang berhampiran. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Biarkan selawat Asyghil bergema. Kerana ada saatnya kita tidak mampu mengubah dunia dengan tangan dan kata-kata. Namun kita masih mampu menadah tangan dan memohon kepada Allah. Moga Allah memelihara keselamatan umat, mengangkat kesusahan mereka yang ditimpa musibah, serta mengurniakan keamanan buat kita dan saudara-saudara kita di Palestin dan seluruh bumi yang sedang bergolak. Selawat bukan sekadar alunan di bibir, tetapi doa yang terbang membawa harapan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih Ustazah Siti Hajar Ghazali atas sokongan dan kesudian menyampaikan jemputan kepada seluruh masyarakat untuk hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Semoga seruan yang penuh kasih dan mahabbah ini menjadi asbab lebih ramai hati terpaut untuk bersama-sama menghidupkan malam yang dipenuhi selawat, ukhuwah dan muafakat. Insya Allah, kita bertemu pada Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

NR Therapy Centre⁠ menjemput seluruh masyarakat untuk hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan di adakan di Masjid Bandar Saujana Putra. Raikan malam yang penuh keberkatan dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sambil mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat muafakat dalam kalangan rakyat Malaysia. Dan yang paling menarik, jangan lupa singgah ke booth kami! 🧠 Dapatkan Pemeriksaan Gelombang Otak secara PERCUMA dan ketahui rahsia disebaliknya dalam hanya beberapa minit. Pelbagai promosi istimewa turut menanti anda di sana. Ayuh, bersama kami! Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 Bermula jam 3.00 petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Terima kasih Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Al Ghazali atas sokongan dan jemputan yang penuh ceria. “Kami tak sabar nak berj
+1
Terima kasih Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Al Ghazali atas sokongan dan jemputan yang penuh ceria. “Kami tak sabar nak berjumpa dengan kawan-kawan serta ibu ayah semua. Semoga kita dapat bersama-sama mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini. Jumpa semua di sana! “ Semangat yang dipamerkan oleh anak-anak ini menjadi gambaran indah bagaimana nilai mahabbah, adab dan muafakat dapat disemai sejak usia muda. Semoga usaha yang baik ini terus melahirkan generasi yang mencintai Rasulullah ﷺ, menghargai keharmonian masyarakat dan menyumbang kepada pembinaan peradaban yang lebih baik. Insya Allah, kita bertemu di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Terima kasih Ustazah Nurul Syahida Arifin atas sokongan dan perkongsian yang sangat bermakna. Perkongsian yang disampaikan telah merumuskan dengan baik aspirasi dan tujuan penganjuran Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Semoga menjadi asbab lebih ramai hadir untuk bersama-sama berselawat, mengeratkan muafakat dan menyuburkan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Masih ingat malam yang menyatukan ribuan hati pada 16 Mei lalu? Bukit Bintang Berselawat 3.0 menjadi saksi kecintaan umat kepada Rasulullah ﷺ, di tengah-tengah kota yang tidak pernah tidur. Daripada momen penuh mahabbah itu, kita melangkah ke sebuah himpunan yang membawa aspirasi baharu. 17 Jun 2026 | Awal Muharram Kita akan bertemu sekali lagi dalam Malam Berselawat Menjunjung Daulat Mengangkat semangat mahabbah, muafakat dan perpaduan. Semoga selawat terus menjadi jambatan yang menyatukan hati-hati kita. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Terima kasih Pak Lang Z (Zack Budak Kacamata). Sokongan dan kesudian para pempengaruh serta penggiat media sosial membantu menyebarkan hebahan program amat kami hargai. Semoga usaha ini menjadi asbab semakin ramai masyarakat hadir menghidupkan majlis selawat, memperkukuh silaturrahim dan menyemarakkan semangat muafakat dalam kalangan rakyat. Jazakumullahu khairan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 Bermula jam 3.00 petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat