en
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Open in Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 874
Subscribers
-124 hours
-17 days
-930 days
Posts Archive
Menzahirkan Kecintaan Kepada Baginda Rasulullah ﷺ Kecintaan kepada Baginda Rasulullah ﷺ bukan sekadar diungkapkan dengan kata-kata, tetapi dizahirkan melalui selawat, mencontohi akhlak mulia serta menghidupkan sunnah dalam setiap aspek kehidupan. Selawat menjadi jambatan yang menghubungkan hati umat dengan insan agung yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, marilah bersama-sama mengimarahkan majlis penuh keberkatan ini dengan alunan selawat yang menyatukan ribuan hati. Hayati pengisian yang mendidik jiwa melalui tazkirah, pameran sejarah dan kebudayaan, persembahan seni warisan Islam, serta perkongsian ilmiah yang mengangkat nilai adab, perpaduan dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ. Inilah medan untuk kita memperkukuhkan ukhuwah, menyuburkan kasih sayang sesama insan, serta menyemai semangat mencintai agama, menjunjung Institusi Raja Berperlembagaan dan memelihara warisan peradaban yang menjadi asas kekuatan ummah. Ayuh hadir dan zahirkan kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, menghidupkan sunnah serta bersama-sama memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Semoga setiap langkah yang diatur menjadi asbab meraih syafaat Baginda ﷺ di akhirat kelak. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang 🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat Oleh : Muhammad ‘Ariff Ryan Abdullah Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Muhammad ‘Ariff Ryan Abdullah Terbitan : Sekretariat MJMD

🌏 Jom Singgah ke Reruai Warisan & Peradaban Nusantara Setiap artifak menyimpan sebuah kisah. Setiap kisah membentuk sebuah peradaban. Di Reruai Warisan & Peradaban Nusantara, anda bukan sekadar melihat bahan pameran, bahkan dibawa menelusuri kisah-kisah yang membentuk tamadun Islam di Alam Melayu serta hubungan eratnya dengan dunia. Antara yang menanti anda : • Pameran Sheikh Jumadil Kubra dan jaringan dakwah Nusantara • Sejarah Wangsa Mahkota Selangor dan legasi pemerintahan Melayu Islam • Khazanah Fathaniyah, pusat keilmuan yang melahirkan ramai ulama besar • Pelita Dhihin, warisan yang menyinari sejarah masyarakat Melayu • Kaligrafi Cina & Buku Tamadun Cina oleh Yusuf Liu, memperlihatkan keharmonian dakwah merentas budaya • Pameran Budaya Cina & India sebagai cerminan kepelbagaian yang hidup dalam masyarakat Nusantara • Seni Jalanan Chow Kit yang merakam denyut nadi budaya masyarakat kota 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang 🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat 🌸 Singgah. Lihat. Bertanya. Hayati. Semoga setiap kunjungan menjadi langkah untuk menghargai perjuangan para ulama, memahami jaringan peradaban Nusantara dan menyambung legasi ilmu kepada generasi akan datang. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

📜 PAMERAN SEJARAH & WARISAN DAERAH KLANG Tahukah anda, Daerah Klang menyimpan sejarah dan warisan yang membentuk identiti Ba
📜 PAMERAN SEJARAH & WARISAN DAERAH KLANG Tahukah anda, Daerah Klang menyimpan sejarah dan warisan yang membentuk identiti Bandar Diraja sejak sekian lama? Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, jangan lepaskan peluang mengunjungi Pameran Sejarah & Warisan Daerah Klang hasil kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). • Kenali sejarah Klang dari dahulu hingga kini. • Jejaki warisan Bandaraya Diraja Klang. • Saksikan koleksi sejarah yang jarang dipamerkan. • Hayati khazanah warisan negeri bersama seisi keluarga. Berselawat, menimba ilmu dan menghargai warisan dalam satu majlis yang penuh keberkatan. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang 🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

2 HARI LAGI Ada kenangan yang kekal kerana kita mengalaminya bersama. Allah SWT berfirman : ”…dan Dia menyatukan hati mereka. Sekiranya engkau membelanjakan seluruh harta yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat menyatukan hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” — Surah al-Anfal : 63 Dalam kesibukan mengejar kehidupan, luangkanlah masa untuk menghadiahkan sebuah pertemuan yang bermakna kepada insan tersayang. Bawalah ibu dan ayah, pasangan, anak-anak, sahabat serta mereka yang dekat di hati untuk bersama-sama merasai suasana yang dipenuhi selawat, ilmu, seni budaya, warisan dan doa. Barangkali inilah saat yang akan terus dikenang, bukan kerana kemeriahannya, tetapi kerana hati-hati dipertemukan dalam mengingati Allah dan mencintai Rasulullah ﷺ. Tinggal 2 hari lagi. Jangan biarkan mereka hadir bersendirian. Ajak insan yang paling bermakna dalam hidup anda, dan hadirkan diri dalam sebuah pertemuan yang mudah-mudahan menjadi asbab bertambahnya kasih sayang, eratnya silaturahim dan turunnya keberkatan daripada Allah SWT. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang 🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🔥 ALHAMDULILLAH… KLANG MAKIN MERIAH! Malam ini, pasukan terus bergerak. Dari satu lokasi ke satu lokasi, banner Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 terus dinaikkan sehingga ke pintu masuk Bandar Puteri dan Sentosa. Semakin banyak kawasan mula dihiasi. Semakin ramai yang mula bertanya. Semakin dekat harinya. Semakin terasa debarannya. Insya Allah, seluruh Klang sedang bersiap untuk menyambut satu malam yang akan menghimpunkan ribuan hati dalam selawat, munajat dan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. Sabtu ini… kita bukan sekadar hadir ke sebuah program. Kita hadir membawa cinta. Kita hadir membawa doa. Kita hadir membawa penyatuan ummah. Ayuh, sebarkan lagi. Kongsi kepada keluarga, sahabat dan jiran. Biar lebih ramai mengetahui dan bersama-sama menjadi sebahagian daripada malam yang penuh keberkatan ini. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang 🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

MBMD 2.0 mendapat perhatian media. Sinar Harian hari ini menyiarkan laporan khas mengenai penganjuran Malam Berselawat Menjun
+3
MBMD 2.0 mendapat perhatian media. Sinar Harian hari ini menyiarkan laporan khas mengenai penganjuran Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, yang bakal berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang. Artikel ini menyentuh tentang objektif penganjuran, pengisian program serta aspirasi memperkukuh mahabbah, perpaduan dan kesedaran kenegaraan melalui pendekatan yang harmoni. Klik untuk membaca laporan penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/788902/edisi/selangor-kl/malam-berselawat-menjunjung-daulat-20-sabtu-ini-di-masjid-jamek-ar-rahimiah-klang Terima kasih atas sokongan dan bantuan semua dalam menyebarkan berita ini. Semoga lebih ramai mendapat manfaat dan bersama-sama hadir pada 25 Julai 2026. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Malam Berselawat Menjunjung Daulat : Menghimpunkan Hati, Menyatukan Ummah Terima kasih kepada Tuan Haji Hushim Haji Salleh, Pengerusi PERKIM Cawangan Klang, atas sokongan dan kebersamaan dalam menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Menurut beliau, program ini bukan sekadar menghidupkan selawat kepada Rasulullah ﷺ, bahkan menjadi medan menyemai cinta kepada Baginda, mengukuhkan ukhuwah dan menyatukan masyarakat dalam semangat Islam serta keharmonian negara. Ayuh warga Klang dan seluruh rakyat Selangor, kita bertemu Sabtu ini. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Ia bukan lagi sekadar hebahan. Ia kini menjadi pemandangan di sekitar kita. Sedikit demi sedikit, suasana Malam Berselawat Me
+5
Ia bukan lagi sekadar hebahan. Ia kini menjadi pemandangan di sekitar kita. Sedikit demi sedikit, suasana Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 mula terasa apabila banner dipasang di sekitar kawasan kariah Masjid Jamek Ar-Rahimiah. Insya Allah, Sabtu ini kita bertemu dalam majlis yang dipenuhi selawat, doa munajat dan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Di sebalik tugas menjaga kesihatan masyarakat, mereka juga memahami bahawa kekuatan sebenar bukan hanya pada jasmani, tetapi turut lahir daripada jiwa yang dipenuhi iman dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ Begitulah antara perkongsian daripada petugas barisan hadapan. Terima kasih buat Fatin Nazirah dan rakan-rakan, para jururawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, atas kesudian menguar-uarkan Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, khususnya kepada penduduk Taman Sri Andalas dan seluruh masyarakat sekitar Bandaraya Diraja Klang. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lebih ramai hadir menghidupkan malam yang dipenuhi selawat, doa munajat dan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sabtu Ini, Mari Bertemu Dalam Mahabbah. Penyanyi Ainan Tasneem mengajak anda untuk bersama-sama menghadiri Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Raikan hujung minggu dengan menghadiri majlis yang menghimpunkan selawat, doa munajat dan ukhuwah dalam suasana penuh keberkatan. Semoga setiap langkah yang diatur menjadi asbab mendekatkan hati kepada Allah SWT dan menambahkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sehari Penuh Pengisian. Satu Malam Yang Akan Dikenang. Ada yang datang kerana pameran. Ada yang hadir membawa keluarga. Ada y
Sehari Penuh Pengisian. Satu Malam Yang Akan Dikenang. Ada yang datang kerana pameran. Ada yang hadir membawa keluarga. Ada yang ingin mendengar perkongsian ilmiah. Dan ada yang datang semata-mata untuk berselawat mencintai Rasulullah ﷺ. Di sinilah semuanya bertemu. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 bukan sekadar sebuah majlis, tetapi sebuah himpunan masyarakat yang menyatukan agama, warisan, ilmu, budaya dan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ dalam satu hari yang penuh bermakna. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang Lihat tentatif penuh dan rancang masa anda. Hadirlah bersama keluarga dan sahabat. Insya-Allah, ada manfaat yang menanti setiap langkah ke masjid. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Anak Muda Pewaris Warisan, Pembina Masa Hadapan Masa depan sesebuah bangsa bermula dengan generasi mudanya. Anak muda yang mengenali sejarah, memahami warisan dan menghargai jati diri akan lebih yakin melangkah ke hadapan tanpa kehilangan identiti. Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat, ayuh bersama menghayati pengisian yang mengangkat warisan, budaya dan peradaban. Saksikan pameran sejarah dan kebudayaan, persembahan dikir barat, seni silat, serta bicara khas bersama tokoh dan ilmuwan yang mengupas sejarah, peradaban dan pembinaan jati diri bangsa. Inilah ruang untuk anak muda menimba ilmu, menghargai warisan, mengeratkan ukhuwah dan menyemai rasa cinta kepada agama, bangsa serta tanah air. Warisan bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk difahami, dipelihara dan diteruskan oleh generasi pewaris. Ayuh hadir dan buktikan bahawa anak muda hari ini bukan sekadar pewaris sejarah, bahkan pencorak masa depan negara. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang Oleh : Wan Mutalib Wan Aris Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Wan Mutalib Wan Aris Terbitan : Sekretariat MJMD

3 HARI LAGI Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Ada pertemuan yang meninggalkan kenangan. Ada pertemuan yang mengubah hati. Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara…” — Surah al-Hujurat : 10 Dalam dunia yang semakin sibuk, ruang untuk duduk bersama, saling mengenali, menimba ilmu dan mengeratkan ukhuwah semakin berkurangan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 hadir bukan sekadar sebagai sebuah program, tetapi sebuah himpunan yang menyatukan masyarakat melalui pengisian ilmu, pameran, seni budaya, aktiviti kekeluargaan serta kemuncaknya Majlis Selawat dan Doa Munajat. Lebih daripada sebuah majlis, inilah ruang untuk mengeratkan silaturahim, menyemai mahabbah kepada Rasulullah ﷺ dan memperkukuh semangat muafakat. Lagi 3 hari. Jangan sekadar melihat dari jauh. Jadilah sebahagian daripada himpunan ini. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Ada Sebab Untuk Anda Datang Awal Seawal jam 1.00 petang, pelbagai pameran, reruai komuniti, aktiviti keluarga dan pengisian menanti anda. Apabila malam tiba, bersama-sama menghidupkan Majlis Selawat dan Doa Munajat dalam suasana penuh mahabbah dan keberkatan. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang Tanamkan niat dan azam untuk hadir. Semoga setiap langkah yang diatur menuju majlis ini menjadi asbab meraih rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Jumpa anda di sana! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat