Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Ir al canal en Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Mostrar másEl país no está especificadoLa categoría no está especificada
1 843
Suscriptores
Sin datos24 horas
-57 días
-1430 días
Archivo de publicaciones
📖 PANDUAN BACAAN SELAWAT MBMD 2.0
Berikut merupakan himpunan selawat yang akan dialunkan sepanjang Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
Jadikan ia sebagai panduan agar kita dapat membaca dan mengalunkan selawat bersama-sama dengan lebih tertib, lancar dan penuh penghayatan.
Mudah-mudahan suara yang bersatu mengalunkan selawat menjadi asbab bersatunya hati-hati kita dalam rahmat Allah SWT. 🤍
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
LENSA MBMD 2.0 | Sedutan Persembahan Syair “Tanah Berdaulat”
Sekitar persembahan syair penuh penghayatan oleh Zack Kaca Mata sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
Melalui syair “Tanah Berdaulat”, para hadirin dibawa menghayati sebuah karya yang sarat dengan mesej tentang keteguhan iman, kecintaan kepada tanah air, amanah warisan serta pentingnya memelihara adab dan akhlak sebagai pedoman hidup.
Bait-bait seperti “Tanah ini tanah berdaulat, jangan digadai sebesar urat” dan “Adab dan akhlak jadi pakaian, pesan Rasul jadi panduan” menyentuh hati para hadirin, mengingatkan kita bahawa sebuah bangsa yang teguh bermula dengan iman, adab dan kecintaan terhadap warisan.
Terima kasih kepada Zack Kaca Mata atas persembahan yang penuh makna dan berjaya menghidupkan kembali keindahan seni syair Melayu di MBMD 2.0.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
LENSA MBMD 2.0 | Persembahan Dikir Barat dan Kompang
Dikir Alunan Dikir Barat yang penuh bertenaga dan Paluan kompang yang bergema telah mewarnai Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 dengan semangat warisan yang kental. Persembahan ini bukan sekadar hiburan, malah menjadi lambang kekayaan budaya Melayu yang terus dipelihara dan diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Setiap rentak dan irama yang dipersembahkan mencerminkan nilai kebersamaan, adab dan identiti bangsa.
Semoga persembahan seni tradisi seperti ini terus mendapat tempat di hati masyarakat sebagai medium menyatukan pelbagai lapisan komuniti serta memupuk rasa cinta terhadap agama, bangsa dan negara. Terima kasih kepada semua kumpulan Dikir Barat, pasukan Kompang dan para hadirin yang bersama-sama memeriahkan acara ini, sekali gus membuktikan bahawa warisan budaya akan terus subur apabila dihargai, dipelihara dan dihayati bersama.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
LENSA MBMD 2.0 | Kehadiran YAD Dato’ Setia Hj Mohammed Khusrin bin Munawi
Alhamdulillah, Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 amat berbesar hati menerima kehadiran YAD Dato’ Setia Hj Mohammed Khusrin bin Munawi, Orang Besar Daerah Klang.
Kehadiran beliau menyerikan majlis serta mencerminkan sokongan terhadap usaha mengangkat syiar Islam, memartabatkan warisan, memperkukuh semangat muafakat dan menjunjung institusi Raja.
Semoga kehadiran para tetamu kehormat menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh perpaduan dan memelihara nilai-nilai peradaban demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
LENSA MBMD 2.0 | Pengisian Ilmiah Menyemarakkan Malam Berselawat
Alhamdulillah, sesi Pengisian Ilmiah telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
Majlis dimulakan dengan aluan daripada pihak Masjid Jamek Ar-Rahimiah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Basyiruddin bin Haji Mahmad Muhtar, sebelum diteruskan dengan Perkongsian Khas bertajuk “Peranan Kesultanan Alam Melayu Dalam Penyebaran Islam di Nusantara” oleh Ustaz Angah Sunan, Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD).
Perkongsian tersebut mengupas peranan institusi Kesultanan Alam Melayu dalam menyebarkan dakwah Islam, memelihara tradisi keilmuan serta membina asas peradaban yang terus diwarisi hingga ke hari ini.
Kini, program diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah, diikuti sebentar nanti Ucapan Perasmian, Majlis Selawat & Doa Munajat, Perkongsian Bicara Khas Kedua, Mahallul Qiyam serta Deklarasi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) sebagai kemuncak majlis.

LENSA MBMD 2.0 | Memanah Bukan Sekadar Sukan 🏹
Sorakan para pengunjung mengiringi Demonstrasi Memanah Sunnah yang berlangsung dengan penuh semangat petang tadi di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
Selain menguji fokus, ketepatan dan disiplin, memanah turut membentuk keyakinan diri, kesabaran serta ketahanan mental. Warisan sunnah ini terus dipelihara dan diperkenalkan kepada masyarakat sebagai satu seni yang sarat dengan nilai dan hikmah.
Para pengunjung turut berpeluang melihat sendiri teknik asas memanah serta mendekati seni yang telah diamalkan sejak zaman dahulu.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan demonstrasi ini. Semoga warisan sunnah ini terus hidup dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

LENSA MBMD 2.0 | Ketibaan Tetamu Kehormat Menyemarakkan Majlis
Alhamdulillah, Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 menerima ketibaan para tetamu kehormat yang hadir bagi bersama-sama memeriahkan serta menjayakan pengisian utama pada malam ini.
Kehadiran mereka disambut dalam suasana penuh hormat, mesra dan muafakat, mencerminkan komitmen bersama dalam mengangkat syiar Islam, memartabatkan warisan serta memperkukuh semangat kebersamaan.
Para hadirin kini bersedia menyambut kemuncak program yang bakal diteruskan dengan sesi perkongsian khas, Majlis Selawat Menjunjung Daulat dan Doa Munajat.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat