en
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Open in Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 873
Subscribers
-124 hours
+17 days
-1130 days
Posts Archive
Hadiah yang tidak disangka. Terima kasih Sanggar Sufi. Alhamdulillah, sebuah lagu khas telah dihasilkan secara sukarela oleh Sanggar Sufi sebagai tanda sokongan dan kebersamaan terhadap usaha yang sedang digerakkan. Kami amat menghargai sumbangan dan tanda kasih ini. Semoga karya ini memberi manfaat, menyemarakkan mahabbah dan menguatkan semangat muafakat dalam kalangan kita semua. 🎵 Selamat mendengar. Lagu : Suara Jiwa Jelata Karya : Sanggar Sufi TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSQxPaQGG/ #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Terlepas posting sebelum ini? Jangan risau. Sekali lagi kami ulang siar untuk kemudahan semua. Untuk mendapatkan info terkini dan segala maklumat berkaitan program, boleh terus rujuk Linktree rasmi kami. Linktree ini juga telah dipin di bahagian atas saluran Telegram ini. PDF maklumat program turut dilampirkan dalam posting selepasnya untuk kemudahan rujukan dan muat turun. Klik pautan di bawah untuk terus ke Linktree rasmi kami. https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Nampak banner ini sekitar BSP? 👀 Alhamdulillah, banner Malam Berselawat Menjunjung Daulat kini mula menghiasi beberapa lokas
+2
Nampak banner ini sekitar BSP? 👀 Alhamdulillah, banner Malam Berselawat Menjunjung Daulat kini mula menghiasi beberapa lokasi sekitar Bandar Saujana Putra (BSP). Jika anda terserempak dengan banner ini, ambillah gambar dan tag keluarga serta sahabat-sahabat anda, juga sebarkan di media sosial. Bantu kami sebarkan jemputan ini. Moga menjadi asbab lebih ramai hadir berselawat, mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat muafakat dalam masyarakat. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 Bermula jam 3.00 petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Nak servis kereta? Boleh singgah MNB Auto Works di BSP 4. Terima kasih MNB Auto Works atas sokongan dan jemputan kepada komuniti untuk hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Jom sama-sama meriahkan majlis ini bersama keluarga dan sahabat-sahabat. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 3.00 petang - 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Setiap premis ada peranannya dalam membina komuniti. Nak potong rambut, boleh singgah ArRumi Barbershop. Terima kasih kepada ArRumi Barbershop yang turut bersama-sama menjayakan kempen Malam Berselawat Menjunjung Daulat dan mengajak komuniti hadir memeriahkan program ini. Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat-sahabat. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 3.00 petang - 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulatl

Bila komuniti bergerak bersama, suasananya terasa berbeza. Terima kasih kepada para usahawan, peniaga dan pemilik premis di s
+1
Bila komuniti bergerak bersama, suasananya terasa berbeza. Terima kasih kepada para usahawan, peniaga dan pemilik premis di sekitar Bandar Saujana Putra yang turut menyokong dan mengajak masyarakat hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab bertambahnya ukhuwwah, kasih sayang dan semangat muafakat dalam komuniti kita. Jom bersama-sama hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat pada 17 Jun 2026, bermula 3 petang, di Masjid Bandar Saujana Putra. Insya Allah, jumpa di sana. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

RAKYAT ITU UMPAMA AKAR, RAJA ITU UMPAMA POHONNYA BERPISAH TIADA Dalam tradisi Melayu-Islam, hubungan antara rakyat dan pemerintah bukan sekadar hubungan kuasa dan pentadbiran. Ia adalah satu amanah yang dipikul bersama. Rakyat menjadi kekuatan yang mengakar, manakala pemerintah menjadi naungan yang memayungi. Apabila kedua-duanya saling menghormati, saling memelihara dan memahami peranan masing-masing, maka lahirlah sebuah negara yang aman, berdaulat dan sejahtera. “Raja tidak teguh tanpa rakyat, rakyat tidak sejahtera tanpa kepimpinan yang amanah.” Apabila rakyat dan pemerintah bergerak dalam semangat amanah, adab dan tanggungjawab bersama, maka lahirlah sebuah peradaban yang mampu bertahan merentas zaman. Oleh : Fifi Noor Hafiza Terbitan : Sekretariat MJMD ——— Rujukan Lanjut : Sulalatus Salatin (PDF) https://www.sabrizain.org/malaya/library/sulatus.pdf Artikel Pengenalan Sulalatus Salatin : https://www.yadim.com.my/v2/sulalatus-salatin-bacaan-wajib-fahami-sejarah-melayu Maklumat UNESCO & Sejarah Melayu : https://en.wikipedia.org/wiki/Malay_Annals #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

3 HARI LAGI MENUJU MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT. RAKYAT DAN RAJA BERPISAH TIADA. Akar yang kuat menjadikan pohon teguh
3 HARI LAGI MENUJU MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT. RAKYAT DAN RAJA BERPISAH TIADA. Akar yang kuat menjadikan pohon teguh berdiri. Begitulah juga sesebuah negara yang dibina atas muafakat, saling menghormati dan kasih sayang antara sesama masyarakat. Kitab Sulalatus Salatin mengingatkan : ❝Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon; jikalau tiada akar nescaya pohon tidak akan dapat berdiri.❞ Manakala Rasulullah ﷺ mengajarkan bahawa orang-orang beriman ibarat satu tubuh; apabila satu anggota sakit, seluruh tubuh turut merasainya. Maka kekuatan sesebuah negara tidak lahir daripada kekuasaan semata-mata, tetapi daripada hati-hati yang bersatu, masyarakat yang bermuafakat dan nilai adab yang terus dipelihara. 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

PERNAH TERBAYANG BAGAIMANA SUASANA DI MASJID AL-AQSA? Bagaimana rupanya kawasan Baitul Maqdis? Bagaimana rasanya berdiri di tanah yang pernah menjadi saksi perjalanan Isra’ dan Mikraj Rasulullah ﷺ? Kini anda boleh merasainya sendiri. Booth Pameran Cinta Al-Quds Dengan kerjasama Sekretariat Cinta Al-Quds & Yayasan MyAqsa 🎧 Pengalaman VR 360° Menelusuri suasana sekitar Baitul Maqdis secara lebih dekat dan interaktif. Bukan sekadar melihat gambar. Bukan sekadar mendengar cerita. Tetapi merasai sendiri pengalaman mengenali bumi yang Allah SWT sebut : “Yang Kami berkati sekelilingnya.” (Surah Al-Isra’ : 1) Singgah ke Booth Pameran Cinta Al-Quds sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Ogos 2026 🕒 Bermula jam 3.00 petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra 👨‍👩‍👧‍👦 Percuma dan terbuka kepada semua. Kerana sesuatu yang dikenali akan lebih mudah dihargai. Dan sesuatu yang dihargai akan lebih mudah dicintai. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #CintaAlQuds

Booth Pameran Cinta Al-Quds Dengan kerjasama Sekretariat Cinta Al-Quds & Yayasan MyAqsa 🎧 Pengalaman VR 360° #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #CintaAlQuds

#TanyaJawabMBMD APAKAH PENGISIAN UTAMA PROGRAM? Pengisian utama MBMD ialah Majlis Selawat dan Doa Munajat serta Forum Perdana
#TanyaJawabMBMD APAKAH PENGISIAN UTAMA PROGRAM? Pengisian utama MBMD ialah Majlis Selawat dan Doa Munajat serta Forum Perdana yang membincangkan sejarah negara, warisan peradaban, Institusi Raja-Raja Melayu dan semangat muafakat masyarakat. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari termasuk pameran, aktiviti kebudayaan dan pengisian mesra keluarga bermula 3 petang. Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat untuk menghayati sebuah malam yang menyatukan selawat, ilmu, adab dan peradaban. 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

#TanyaJawabMBMD APAKAH PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK HADIR KE MBMD? MBMD mengalu-alukan para hadirin hadir dengan pakaian yang so
#TanyaJawabMBMD APAKAH PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK HADIR KE MBMD? MBMD mengalu-alukan para hadirin hadir dengan pakaian yang sopan, kemas dan sesuai dengan suasana masjid serta majlis selawat. Busana tradisional Melayu seperti Baju Melayu, Baju Kurung, Kebaya, Tanjak atau pakaian yang mencerminkan warisan dan identiti budaya bangsa amat digalakkan sebagai tanda penghargaan terhadap khazanah budaya dan peradaban negara. Namun, pemakaian tradisional bukan suatu kewajipan. Apa yang lebih utama ialah adab, kesopanan dan keselesaan sepanjang menghadiri program. Mari bersama memeriahkan suasana Malam Berselawat Menjunjung Daulat dengan penampilan yang mencerminkan nilai hormat, muafakat dan kecintaan kepada warisan bangsa. 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

#TanyaJawabMBMD ADAKAH PROGRAM INI PERCUMA? Ya, penyertaan ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat adalah percuma dan terbuka k
#TanyaJawabMBMD ADAKAH PROGRAM INI PERCUMA? Ya, penyertaan ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Inilah peluang untuk seisi keluarga bersama-sama menghayati majlis selawat, forum perdana, pameran sejarah dan warisan, serta pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang program. Jemput hadir dan menjadi sebahagian daripada semangat “Junjung Daulat, Jelata Muafakat”. 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

5 perkara yang anak muda wajib ambil tahu dan faham ialah sejarah negara, warisan peradaban, kefahaman kenegaraan, Institusi Raja-Raja Melayu dan semangat muafakat masyarakat. Kenapa penting? Sebab lima perkara inilah yang membantu kita memahami siapa diri kita, bagaimana negara ini dibina dan apa peranan kita dalam menjaga masa depannya. Di Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD), anda bukan sahaja dapat bersama-sama berselawat dan menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, malah berpeluang mendengar pelbagai perkongsian yang membuka perspektif tentang jati diri, kenegaraan, Institusi Raja-Raja Melayu dan kepentingan muafakat dalam masyarakat. Jika anda anak muda yang ingin memahami Malaysia dengan lebih dekat, inilah program yang wajar anda sertai. Ayuh hadir beramai-ramai memeriahkan program yang bakal berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 10.30 malam di Masjid Bandar Saujana Putra. Ikuti saluran rasmi kami untuk mendapatkan hebahan, jadual program dan pengumuman terkini sebelum hari program. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Khair & Iskandar Terbitan : Sekretariat MJMD Bersempena : Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026, 3 petang - 10.30 malam

Repost from Media ACF
KEPENTINGAN MEMELIHARA INSTITUSI RAJA DAN KESULTANAN DEMI AGAMA DAN KESTABILAN NEGARA Susulan pertemuan mahabbah antara pihak Adam Charitable Foundation (ACF) dan Dr. Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Politik, Universiti Malaya, beliau berkongsi pandangan mengenai kepentingan Institusi Beraja di Malaysia. Menurut beliau, Institusi Raja dan Sultan mempunyai peranan yang signifikan dalam sistem kenegaraan Malaysia. Selain merupakan tonggak utama negara yang bukan sahaja berperanan sebagai teras pemerintahan, institusi ini turut berfungsi sebagai payung kepada keamanan, perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara yang telah diwarisi sejak sekian lama. Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuhkan usaha penyebaran ilmu, adab, sejarah dan warisan bangsa, khususnya kepada generasi muda. Kefahaman yang tepat mengenai Institusi Raja dan Kesultanan perlu dipupuk agar masyarakat dapat memahami peranannya serta menghargai warisan yang menjadi sebahagian daripada identiti negara. Menurut beliau lagi, pendidikan yang berterusan mengenai sejarah dan warisan bangsa amat penting bagi memastikan generasi akan datang dapat memelihara serta meneruskan legasi yang telah diwariskan oleh para pendahulu. Dalam masa yang sama, beliau menekankan bahawa kelangsungan warisan Kesultanan Melayu perlu terus dipelihara dan dipertahankan selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, dengan Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan panduan utama dalam membentuk kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Beliau turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama menghadiri program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) yang akan berlangsung pada 17 Jun 2026 di Masjid Bandar Saujana Putra. Program ini bertujuan menyemarakkan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ melalui selawat, memperkukuhkan muafakat masyarakat serta mengangkat nilai adab, perpaduan dan peradaban yang menjadi asas kepada keharmonian negara. Ikuti saluran rasmi untuk mendapatkan hebahan, jadual program dan pengumuman terkini Malam Berselawat Menjunjung Daulat Linktree: https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat Telegram: https://t.me/MuafakatJelataMenjunjungDaulat Facebook: https://www.facebook.com/muafakatjelata #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Media ACF Media Peradaban

Repost from Media ACF
KEPENTINGAN MEMELIHARA INSTITUSI RAJA DAN KESULTANAN DEMI AGAMA DAN KESTABILAN NEGARA Susulan pertemuan mahabbah antara pihak Adam Charitable Foundation (ACF) dan Dr. Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Politik, Universiti Malaya, beliau berkongsi pandangan mengenai kepentingan Institusi Beraja di Malaysia. Menurut beliau, Institusi Raja dan Sultan mempunyai peranan yang signifikan dalam sistem kenegaraan Malaysia. Selain merupakan tonggak utama negara yang bukan sahaja berperanan sebagai teras pemerintahan, institusi ini turut berfungsi sebagai payung kepada keamanan, perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara yang telah diwarisi sejak sekian lama. Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuhkan usaha penyebaran ilmu, adab, sejarah dan warisan bangsa, khususnya kepada generasi muda. Kefahaman yang tepat mengenai Institusi Raja dan Kesultanan perlu dipupuk agar masyarakat dapat memahami peranannya serta menghargai warisan yang menjadi sebahagian daripada identiti negara. Menurut beliau lagi, pendidikan yang berterusan mengenai sejarah dan warisan bangsa amat penting bagi memastikan generasi akan datang dapat memelihara serta meneruskan legasi yang telah diwariskan oleh para pendahulu. Dalam masa yang sama, beliau menekankan bahawa kelangsungan warisan Kesultanan Melayu perlu terus dipelihara dan dipertahankan selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, dengan Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan panduan utama dalam membentuk kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Beliau turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama menghadiri program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) yang akan berlangsung pada 17 Jun 2026 di Masjid Bandar Saujana Putra. Program ini bertujuan menyemarakkan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ melalui selawat, memperkukuhkan muafakat masyarakat serta mengangkat nilai adab, perpaduan dan peradaban yang menjadi asas kepada keharmonian negara. Ikuti saluran rasmi untuk mendapatkan hebahan, jadual program dan pengumuman terkini Malam Berselawat Menjunjung Daulat : Linktree: https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat Telegram: https://t.me/MuafakatJelataMenjunjungDaulat Facebook: https://www.facebook.com/muafakatjelata #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Media ACF Media Peradaban

Repost from Media ACF

Di saat ramai mencari apa yang membezakan kita, mungkin sudah tiba masanya kita mengingati apa yang menyatukan kita. Mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. Daripadanya lahir adab. Daripadanya tumbuh muafakat. Dan daripadanya terpelihara keharmonian sebuah negara. Kerana hati yang bersatu sentiasa lebih kuat daripada apa jua yang memisahkan. Ayuh ramai-ramai kita berkumpul di atas dasar cinta kepada Rasulullah ﷺ. Oleh : Uzzair Rose Terbitan : Sekretariat MJMD Bersempena: Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026, 3 petang - 10.30 malam #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur