Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
رفتن به کانال در Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
نمایش بیشترکشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
1 842
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-57 روز
-1430 روز
آرشیو پست ها
🌹 SOROTAN SEMASA
DEMONSTRASI MASAKAN DUMPLING & NASI BRIYANI
Alhamdulillah, suasana di perkarangan Masjid Bandar Saujana Putra semakin meriah dengan berlangsungnya Demonstrasi Masakan Dumpling dan Nasi Briyani yang mendapat perhatian para pengunjung.
Orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri proses penyediaan hidangan istimewa ini secara langsung, sambil menimba ilmu dan tip-tip masakan daripada mereka yang berpengalaman. Aroma masakan yang menyelerakan turut menambahkan lagi kemeriahan program pada petang ini.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan. Jangan lepaskan peluang untuk terus bersama kami kerana pelbagai lagi pengisian menarik menanti sepanjang program Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
🌹 SOROTAN SEMASA
MERIAHNYA PERTANDINGAN MEWARNA BAGI KANAK-KANAK
Alhamdulillah, Pertandingan Mewarna yang berlangsung sempena Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 100 orang anak-anak comel yang hadir bersama ibu bapa dan keluarga.
Pelbagai hasil kreativiti yang menarik dan berwarna-warni berjaya dihasilkan oleh para peserta. Suasana dewan dipenuhi gelak tawa, semangat dan keceriaan anak-anak yang begitu tekun menzahirkan bakat mereka.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang membawa anak-anak menyertai program ini. Semoga aktiviti sebegini dapat memupuk kreativiti, keyakinan diri serta menjadi kenangan indah buat mereka.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
JOM MERIAHKAN GERAI JUALAN DI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT ❤️
Bukan sahaja dapat menghayati alunan selawat yang menenangkan jiwa, malah para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan barangan menarik yang disediakan sepanjang program.
Antara jualan termasuklah ayam gunting, tauhu rangup, Champa beef Bowl, Nasi Lemak Budget, Town Bites, Peneram Boom, Aneka Berbola Goreng, Popia Popis. Selain itu, turut tersedia jualan pakaian kemelayuan, Tasbih Rida dan pelbagai lagi produk menarik untuk anda sekeluarga
Ayuh datang bersama keluarga dan sahabat handai. Sambil mengisi jiwa dengan selawat dan kecintaan kepada Rasulullah SAW, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke gerai-gerai jualan yang meriah sepanjang program.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Busana Melayu disarung.
Samping dililit.
Tanjak diperkemaskan.
Awal Muharam.
Langkah diatur menuju Masjid BSP.
Jika berkelapangan, marilah hadir lebih awal untuk bersama menunaikan Solat Zohor berjemaah sebelum memulakan rangkaian program Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Bersama mengimarahkan majlis yang menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh mahabbah, selawat dan doa.
Moga setiap kilometer yang dilalui menjadi saksi perjalanan menuju keberkatan.
Anda dah di mana?
Kongsikan gambar anda berbusana dan kita hidupkan gelombang media sosial dengan dua hashtag ini :
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Jumpa di sana, insya Allah.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
Perhatian para hadirin.
Sebelum memulakan perjalanan ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat, mohon luangkan sedikit masa meneliti pelan parkir dan panduan pergerakan yang disediakan.
Kerjasama semua dalam mematuhi arahan petugas, menggunakan kawasan parkir yang ditetapkan serta menjaga adab sepanjang program amat dihargai.
Sebarang pertanyaan atau bantuan, sila rujuk nombor urus setia yang tertera pada poster.
Semoga perjalanan dipermudahkan dan pertemuan kita malam ini dihiasi keberkatan serta rahmat Allah SWT.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
📸 RAKAM MOMEN ANDA
Dalam perjalanan ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat nanti, jangan lupa abadikan momen indah bersama keluarga dan sahabat.
Sama ada ketika bersiap di rumah, dalam perjalanan menuju lokasi, atau ketika menikmati pelbagai reruai dan pameran yang disediakan… setiap detik pasti menjadi kenangan yang bermakna.
Kongsikan foto dan video anda di media sosial dengan hashtag :
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Kami lihat semua posting, dan kami menantikan perkongsian anda 🤩
Jumpa di MBMD, insya Allah.
LIVE STREAMING MBMD
Tak dapat berada di lokasi?
Atau nak ikuti suasana dari sudut dan lokasi berbeza?
Di sini kami kumpulkan pautan LIVE daripada team media, creator dan sahabat-sahabat yang akan bersiaran secara langsung sepanjang program berlangsung.
Ada yang akan mula LIVE lebih awal, ada yang akan bersiaran di reruai-reruai tertentu, dan masa siaran juga berbeza… jadi boleh pilih nak ikuti siaran yang mana 😊
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
https://www.facebook.com/muafakatjelata
Masjid BSP
https://www.facebook.com/share/1PMBigxFMP/
Tvsufi
https://www.tiktok.com/@tvsufidotcom
Media ACF
https://www.tiktok.com/@media_acf.2
I-Madina
https://www.tiktok.com/@gagasan_imadina
HaRUM Malaysia
https://www.tiktok.com/@harummalaysia
Syaikh Jumadil Kubra
https://www.tiktok.com/@syaikhjumadilkubra
LAMAN BUDAYA
https://www.tiktok.com/@cahayalamanbudaya
dan
https://www.facebook.com/misran.masseh
Hawa ACF
https://www.tiktok.com/@hawa.acf
Sis Selawat
https://www.tiktok.com/@sisselawat
Saksikan. Sebarkan. Berselawat bersama.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
HARI INI
MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT
Hari yang dinanti telah tiba.
Mari bersama mengimarahkan Awal Muharram dengan alunan selawat, munajat serta doa demi kesejahteraan agama, bangsa, negara dan institusi yang memayungi rakyat.
Rasulullah SAW bersabda :
“Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Semoga setiap langkah menuju majlis ini dihitung sebagai amal kebajikan serta menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan, penyatuan hati dan pengukuhan semangat muafakat dalam menjunjung daulat.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
🎶 Bergema dengan alunan Dikir Barat, dipenuhi semangat latihan dan kesungguhan anak-anak Akademi Al Ghazali dalam mempersiapkan persembahan terbaik.
Dalam masa yang sama, pasukan lapangan terus bertungkus-lumus menyempurnakan setiap perincian melalui mesyuarat dan penyelarasan akhir.
Kini, detik yang dinanti semakin hampir. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum tirai Malam Berselawat Menjunjung Daulat dibuka.
Semoga segala persiapan dipermudahkan dan majlis berlangsung dengan penuh keberkatan serta mendapat sambutan yang terbaik 🤲
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #
🤲🏻 Kurang lebih 24 JAM lagi, insya Allah
MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT
Mari hadir bersama keluarga, sahabat dan seluruh masyarakat untuk sama-sama mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini.
Kami menantikan kehadiran anda semua 😊
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
SALAM MAAL HIJRAH 1448H
Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan lembaran baharu Tahun Hijrah 1448H. Sambutan Maal Hijrah bukan sekadar memperingati peristiwa agung penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, malah mengajak kita untuk melakukan hijrah ke arah kehidupan yang lebih baik dengan memperkukuh iman, memperelok akhlak serta menyemai nilai kasih sayang dan hormat-menghormati sesama insan.
Dalam meniti perjalanan sebagai sebuah negara yang berdaulat, perpaduan rakyat merupakan akar kekuatan negara. Pada masa yang sama, keteguhan Institusi Kesultanan terus menjadi payung yang memayungi keamanan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat, sekali gus menjadi lambang perpaduan serta kesinambungan warisan bangsa.
Marilah kita bersama-sama melangkah ke hadapan dengan tekad dan iltizam yang lebih utuh demi sebuah kebangkitan peradaban yang lebih gemilang.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MaalHijrah
Merafak sembah menjunjung kasih, Daulat Tuanku. Semoga titah dan nasihat Tuanku sempena Maal Hijrah menjadi pedoman buat seluruh rakyat dalam memperkukuh perpaduan, keamanan dan kesejahteraan negara 🤲🏻🙏🏻
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Tengah panjat tangga servis aircond pun sempat lagi nak ajak semua berselawat! 😄
Adem Solution mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama menghadiri Majlis Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Mari luangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk menghayati alunan selawat serta menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam suasana penuh keberkatan.
ADEM SOLUTION
“Sejuk Sampai Genting” ❄️
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Zai'im daripada Ekong BSP atas perkongsian yang sangat bermakna dan kesudian mengajak orang ramai untuk sama-sama memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Seperti kata Saudara Zai'im, memahami sejarah itu penting untuk kita bersedia membina masa depan yang lebih baik. Di program ini nanti, anda berpeluang melihat pameran eksklusif tentang asal-usul kesultanan, keunikan budaya Malaysia, salasilah Syeikh Jumadil Kubra, dan banyak lagi!
Bukan sahaja dipenuhi alunan selawat, malah pelbagai aktiviti menarik dan pameran sejarah akan diadakan seawal jam 3.00 petang.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga dan kawan-kawan!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒 3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Terima kasih diucapkan kepada saudara Arif Ghadaffi daripada Dendang Sufi Nusantara atas alunan bait-bait selawat dan lirik yang sangat mendalam ini.
"Membina ummah teguh berjaya, junjung daulat jelata muafakat... 🎶"
Gema selawat bukan sahaja membawa berkah dan menyatukan ummah, malah menjadi asbab untuk kita membina sebuah peradaban yang penuh martabat.
Ayuh bersama-sama kita hidupkan malam yang penuh keberkatan ini!
Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga dan sahabat handai bagi memeriahkan majlis.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒 3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #DendangSufiNusantara
Terima kasih buat Ainan Tasneem, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Aku Suka Dia, atas sokongan padu dan kesudian beliau bersama-sama menguar-uarkan program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) kepada masyarakat.
Semoga usaha ini menjadi asbab lebih ramai hadir untuk bersama-sama mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini.
Jumpa anda esok!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Bah, warga Sabah yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, jom kita berkumpul beramai-ramai!
Siti Rohmatul Ummah dari Semporna, Sabah ingin menjemput biskita semua untuk hadir dan memeriahkan Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat, sebuah program penuh dengan pengisian bermanfaat untuk seisi keluarga.
Bukan sekadar berselawat, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk para pengunjung!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
Masuk adalah PERCUMA!
Bawa bersama ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan sekampung untuk sama-sama memeriahkan suasana serta mengeratkan ukhuwah.
Jumpa anda di sana! Bah, jangan ndak datang ya! 😉
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Warga Bandar Saujana Putra pasti mengenali Restoran Mohd Chan. Restoran yang bukan saja terkenal dengan masakan cina muslim, tapi juga dikenali dengan para pekerja yang ceria dan sentiasa menyapa baik para pelanggan.
Mereka turut mengajak para penduduk untuk bersama-sama hadir ke program
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
Jumpa anda esok!
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
