en
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Open in Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 874
Subscribers
+124 hours
No data7 days
-830 days
Posts Archive
MUAFAKAT JELATA MENJUNJUNG DAULAT Satu suara. Satu tekad. Satu muafakat. Muafakat Jelata Menjunjung Daulat ialah gagasan yang mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu atas asas agama, peradaban dan institusi Raja Berperlembagaan sebagai payung negara. Dalam tradisi Melayu, jelata bermaksud seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat yang bersama-sama memikul tanggungjawab memelihara keharmonian, perpaduan dan kedaulatan negara. Sejak dahulu, raja dan jelata menjadi dua unsur yang saling melengkapi; Raja memayungi negara, manakala jelata menjunjung daulat dengan kesetiaan, adab dan tanggungjawab. MJMD membawa semangat ini sebagai gerakan kesedaran masyarakat yang memperkukuh muafakat, mengangkat nilai agama dan peradaban, serta menyemai rasa cinta kepada tanah air. Muafakat Jelata, Menjunjung Daulat. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat

MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 2.0 Sehari Menghimpun Warisan, Menyatukan Umat. Dari tengah hari hingga ke penghujung malam, segenap lapisan masyarakat berhimpun dalam sebuah perjalanan yang menyatukan warisan, ilmu, seni, kebudayaan dan mahabbah kepada Nabi Muhammad ļ·ŗ. Inilah rakaman perjalanan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 — sebuah himpunan yang bukan sekadar mengangkat sejarah dan tradisi, malah menyemarakkan semangat muafakat, kenegaraan serta kecintaan kepada agama, Raja dan tanah air. Saksikan sorotan penuh perjalanan program ini. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

KESULTANAN ALAM MELAYU : BENTENG ISLAM DI NUSANTARA ā€œKita masih mampu bertahan hingga ke hari ini kerana dikurniakan para Sultan yang bijaksana, mempunyai jati diri dan berpendirian teguh.ā€ Demikian antara intipati perkongsian Al-Fadhil Ustaz Angah Sunan, Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) ketika menyampaikan Bicara Khas bertajuk Peranan Kesultanan Alam Melayu Dalam Penyebaran Islam di Nusantara sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 (MBMD 2.0). Beliau menjelaskan bahawa Kesultanan Melayu bukan sekadar institusi pemerintahan, bahkan menjadi penaung agama, pusat keilmuan, pusat dakwah, benteng pertahanan umat serta pelaksana undang-undang berteraskan syariat Islam di Alam Melayu. Menurut beliau, sejarah membuktikan para Sultan terdahulu telah mengangkat syariat melalui pelbagai kanun dan perlembagaan seperti Hukum Kanun Kedah, Undang-Undang 99 Perak yang menghimpunkan 99 perkara berkaitan hukum syariat serta Itqan al-Muluk bi Ta'dil al-Suluk yang diisytiharkan pada tahun 1911 oleh Sultan Zainal Abidin III sebagai undang-undang tubuh bertulis Negeri Terengganu yang menegaskan kedudukan Islam dan tanggungjawab pemerintah memelihara keluhuran syariat Allah. Beliau turut berkongsi bahawa beberapa Sultan Melayu turut menghasilkan karya keilmuan Islam. Antaranya "Risalah Iskandar Shah" karangan Sultan Iskandar Shah yang membicarakan ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawuf serta "Pohon Agama" karangan Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah yang menegaskan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau turut mengingatkan agar generasi hari ini meneruskan legasi para pendahulu serta menghidupkan kembali kitab-kitab karangan para Sultan di masjid-masjid agar masyarakat memahami peranan institusi Kesultanan Melayu dalam mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan membangunkan tamadun Islam di Nusantara. Muafakat Jelata Menjunjung Daulat SOROTAN BICARA KHAS Al-Fadhil Ustaz Angah Sunan Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

SOROTAN PERKONGSIAN KHAS Al-Fadhil Ustaz Angah Sunan Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Repost from N/a
Ada perkara yang kita lihat… tetapi belum tentu kita faham. Selepas melihat sendiri pameran di Booth Bangkit Al-Quds, ini pandangan yang dikongsikan oleh Tuan Hj Abu Fakhry, Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD). Bukan sekadar mengenali sebuah tempat, tetapi memahami nilai, sejarah dan tanggungjawab kita terhadap Al-Quds. Semoga lebih ramai membuka mata dan mengenal Al-Quds dengan lebih dekat. ✨ Kenali Al-Quds. Sebarkan kesedaran. #bangkitalquds #masjidalaqsa #malamberselawatmenjunjungdaulat #tigakotasuci #alifmimsin

RAJA, ULAMA DAN RAKYAT — BERPISAH TIADA ā€œHubungan antara Raja, ulama dan rakyat bukanlah sesuatu yang baharu. Ia merupakan sebahagian daripada perjalanan panjang peradaban alam Melayu, dengan Islam sebagai asas yang membentuk jati diri, ilmu, budaya dan kehidupan masyarakat.ā€ Demikian antara intipati perkongsian YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), ketika menyampaikan kupasan bertajuk Raja, Ulama dan Rakyat Berpisah Tiada sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 (MBMD 2.0). Beliau menjelaskan bahawa pengertian Melayu tidak hanya terbatas kepada keturunan atau etnik semata-mata. Alam Melayu merangkumi pelbagai kelompok seperti Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan lain-lain yang dipersatukan oleh akidah, bahasa, budaya serta peradaban Islam. Menurut beliau, proses pengislaman raja-raja Melayu menjadi antara titik penting dalam perkembangan Kesultanan Islam di alam Melayu. Seiring perkembangan tersebut, para ulama memainkan peranan besar dalam membina tradisi ilmu, memperkukuh sistem ketatanegaraan, membentuk undang-undang, memajukan pendidikan serta membimbing akhlak masyarakat. Turut ditekankan bahawa masjid tidak seharusnya berfungsi sebagai tempat ibadah semata-mata, sebaliknya perlu terus diimarahkan sebagai pusat ilmu, pusat kemasyarakatan dan medan penyatuan umat. ā€œMasjid bukan sekadar tempat untuk melaksanakan ibadah khusus, tetapi juga hendaklah menjadi pusat ilmu, pusat kemasyarakatan dan tempat umat membina kekuatan bersama.ā€ Beliau turut mengingatkan bahawa hubungan antara Raja, ulama dan rakyat merupakan kesinambungan peradaban yang perlu terus dipelihara oleh generasi hari ini. Sejarah, ilmu, adab, budaya dan agama hendaklah sentiasa dihidupkan agar jati diri Melayu-Islam kekal teguh berakar pada warisan peradaban. Raja memimpin dengan amanah. Ulama membimbing dengan ilmu. Rakyat menggerakkan peradaban dengan muafakat. Muafakat Jelata Menjunjung Daulat. SOROTAN PERKONGSIAN KHAS YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

RAJA, ULAMA DAN RAKYAT — BERPISAH TIADA ā€œHubungan antara Raja, ulama dan rakyat bukanlah sesuatu yang baharu. Ia merupakan sebahagian daripada perjalanan panjang peradaban alam Melayu, dengan Islam sebagai asas yang membentuk jati diri, ilmu, budaya dan kehidupan masyarakat.ā€ Demikian antara intipati perkongsian YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), ketika menyampaikan kupasan bertajuk Raja, Ulama dan Rakyat Berpisah Tiada sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 (MBMD 2.0). Beliau menjelaskan bahawa pengertian Melayu tidak hanya terbatas kepada keturunan atau etnik semata-mata. Alam Melayu merangkumi pelbagai kelompok seperti Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan lain-lain yang dipersatukan oleh akidah, bahasa, budaya serta peradaban Islam. Menurut beliau, proses pengislaman raja-raja Melayu menjadi antara titik penting dalam perkembangan Kesultanan Islam di alam Melayu. Seiring perkembangan tersebut, para ulama memainkan peranan besar dalam membina tradisi ilmu, memperkukuh sistem ketatanegaraan, membentuk undang-undang, memajukan pendidikan serta membimbing akhlak masyarakat. Turut ditekankan bahawa masjid tidak seharusnya berfungsi sebagai tempat ibadah semata-mata, sebaliknya perlu terus diimarahkan sebagai pusat ilmu, pusat kemasyarakatan dan medan penyatuan umat. ā€œMasjid bukan sekadar tempat untuk melaksanakan ibadah khusus, tetapi juga hendaklah menjadi pusat ilmu, pusat kemasyarakatan dan tempat umat membina kekuatan bersama.ā€ Beliau turut mengingatkan bahawa hubungan antara Raja, ulama dan rakyat merupakan kesinambungan peradaban yang perlu terus dipelihara oleh generasi hari ini. Sejarah, ilmu, adab, budaya dan agama hendaklah sentiasa dihidupkan agar jati diri Melayu-Islam kekal teguh berakar pada warisan peradaban. Raja memimpin dengan amanah. Ulama membimbing dengan ilmu. Rakyat menggerakkan peradaban dengan muafakat. Muafakat Jelata Menjunjung Daulat. SOROTAN PERKONGSIAN KHAS YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

SOROTAN PERKONGSIAN KHAS YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

šŸŽ™ļø TEMU BUAL KHAS | Pandangan Prof. Awang Sariyan Mengenai MBMD 2.0 Dalam sesi temu bual bersama YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), beliau menyifatkan penganjuran Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0 sebagai manifestasi kebangkitan semula kesedaran umat Islam untuk menghayati agama, mensyukuri nikmat Allah SWT serta meneruskan usaha memartabatkan Islam sebagai amanah yang dipikul bersama oleh seluruh umat. Menurut beliau, MBMD 2.0 bukan sekadar sebuah program kemasyarakatan, malah menjadi wadah memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap Institusi Raja-Raja Melayu sebagai kesinambungan sistem pemerintahan Kesultanan Islam di Alam Melayu. Warisan tersebut berkembang melalui kerajaan-kerajaan agung seperti Pasai, Kedah, Aceh, Melaka, Pattani, Banjar dan Demak, yang menjadi asas pembinaan tamadun serta penyebaran Islam di rantau ini. Beliau menjelaskan bahawa warisan ini perlu terus dipelihara agar masyarakat memahami dan mendukung kedudukan Institusi Raja-Raja sebagai payung agama di peringkat negeri dan Persekutuan, sekali gus memperkukuh keamanan, perpaduan dan kesejahteraan negara. Mengulas mengenai peranan media, beliau menyeru agar pelbagai medium komunikasi, sama ada media arus perdana mahupun platform digital seperti media sosial, podcast, forum dan siaran audio, dimanfaatkan secara berkesan untuk menyampaikan ilmu, menyemai kesedaran serta memupuk kecintaan generasi muda terhadap sejarah, agama, Institusi Raja dan warisan peradaban bangsa. Beliau turut menegaskan bahawa hubungan erat antara Raja, Ulama dan Rakyat perlu terus diperkasakan sebagai asas pembinaan jati diri bangsa serta kelangsungan peradaban Islam di negara ini. Muafakat Jelata, Menjunjung Daulat. Sesi Temu Bual bersama : YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pewawancara : Ilham Fahmi, Wakil Media MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sesi Temu Bual bersama : YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

SULTAN SELANGOR PRIHATIN MEMPERKUKUH SYIAR ISLAM DAN KEHARMONIAN RAKYAT ā€œDi bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, pembangunan dan syiar Islam di Negeri Selangor terus diperkasakan melalui pendekatan yang berteraskan ilmu, kesederhanaan, perpaduan dan kesejahteraan rakyat.ā€ Demikian antara intipati ucapan YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Orang Besar Daerah (OBD) Klang ketika menyempurnakan perasmian Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 (MBMD 2.0). Beliau menyeru seluruh rakyat agar terus menjunjung kasih dan menzahirkan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor. Menurut beliau, kepimpinan Baginda sentiasa memberikan perhatian yang besar terhadap usaha memperkukuh kefahaman agama, memelihara kesucian akidah umat Islam, memperkasa institusi masjid serta memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum terus terpelihara. Turut ditekankan bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan aset yang amat berharga. Justeru, rakyat diseru untuk menjauhi budaya permusuhan, kebencian, fitnah dan perpecahan, sebaliknya memperkukuhkan semangat muafakat sebagai asas kepada keamanan dan kemakmuran negeri. ā€œMuafakat bukan sekadar slogan. Muafakat ialah kekuatan sosial yang membolehkan masyarakat hidup bersama dalam suasana aman dan saling mempercayai.ā€ Beliau turut menyifatkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 sebagai wadah yang menyatukan tiga tunjang utama negara iaitu agama, Institusi Raja dan rakyat. Melalui pengisian ilmu, sejarah, warisan, seni budaya dan selawat kepada Rasulullah ļ·ŗ, program ini bukan sahaja mengimarahkan masjid, malah memperkukuh jati diri bangsa, semangat muafakat dan kecintaan terhadap Institusi Raja sebagai payung agama serta kedaulatan negara. Daulat Tuanku. SOROTAN UCAPAN PERASMIAN YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi Orang Besar Daerah (OBD) Klang #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

SOROTAN UCAPAN PERASMIAN YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi Orang Besar Daerah (OBD) Klang

PERANAN MEDIA MEMBINA KESEDARAN, MEMPERKASA JATI DIRI Dalam sesi temu bual bersama Tuan Abu Fakhry, Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), beliau menekankan bahawa media bukan sekadar medium penyampaian maklumat, bahkan merupakan wadah strategik dalam membentuk kefahaman, menyemai kesedaran serta memperkukuh jati diri masyarakat. Menurut beliau, melalui penyebaran kandungan yang bermanfaat, media mampu menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah ļ·ŗ dengan mengangkat nilai selawat, sirah dan akhlak Baginda sebagai pedoman kehidupan. Apabila hubungan dengan Rasulullah ļ·ŗ diperkukuh, lahirlah masyarakat yang beradab, saling menghormati, mengasihi serta mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan bermasyarakat. Pada masa yang sama, media turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh kefahaman terhadap institusi Raja sebagai payung agama, lambang perpaduan serta tonggak kestabilan negara. Kesedaran ini amat penting agar keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam sebuah masyarakat yang menghimpunkan rakyat jelata dapat terus dipelihara serta diwariskan kepada generasi akan datang. Beliau turut menjelaskan bahawa dunia media hari ini berdepan cabaran untuk memperluaskan naratif yang positif kepada seluruh lapisan masyarakat. Justeru, usaha yang berterusan, kreatif dan berhikmah amat diperlukan agar mesej mengenai jati diri, kecintaan kepada Rasulullah ļ·ŗ serta semangat menjunjung institusi Diraja terus meresap ke dalam hati masyarakat demi membina sebuah negara yang bersatu, beradab dan sejahtera, seterusnya melahirkan sebuah peradaban yang disegani. Muafakat Jelata, Menjunjung Daulat. Pewawancara : Ilham Fahmi, Wakil Media MJMD Sesi Temu Bual bersama : Tuan Hj Abu Fakhry Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sesi Temu Bual bersama : Tuan Hj Abu Fakhry Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Pembawakan 3 Nilai Cinta, Satu Jiwa Perjuangan Cinta kepada Allah Cinta kepada Rasulullah SAW Cinta kepada Raja Inilah tiga teras utama yang menjadi roh dan mesej Sekretariat Muafakat Menjunjung Daulat (MJMD) sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0 sebagaimana dikongsikan oleh Ustaz Angah Sunan, Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat. Program ini bukan sekadar menghimpunkan masyarakat untuk berselawat, bahkan membawa satu mesej besar yang menghubungkan hubungan manusia dengan Allah SWT, kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kesedaran untuk menghormati, kasih dan menjunjung institusi kesultanan yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam, penyatuan umat dan pembinaan tamadun Melayu-Islam di Nusantara. Apabila cinta kepada Allah menjadi asas keimanan, hubungan cinta kepada Rasulullah SAW diterjemahkan melalui selawat, sunnah dan akhlak Baginda, serta cinta kepada Raja dizahirkan dengan menjunjung institusi kesultanan sebagai payung agama serta tiang seri negara, maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang bersatu, beradab dan teguh mempertahankan agama, bangsa serta tanah air dalam kehidupan masyarakat majmuk yang sejahtera. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang selaku tuan rumah, seluruh jawatankuasa pelaksana, para urusetia serta semua rakan strategik yang telah berganding bahu menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Semoga setiap sumbangan tenaga, masa dan pengorbanan yang dicurahkan dikurniakan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT. Muafakat Jelata, Menjunjung Daulat. Pewawancara : Ilham Fahmi, Wakil Media MJMD Sesi Temu Bual bersama : Ustaz Angah Sunan Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sesi Temu Bual bersama : Ustaz Angah Sunan Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

PENGHARGAAN DARIPADA PENGERUSI SEKRETARIAT MJMD Alhamdulillah. Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
+4
PENGHARGAAN DARIPADA PENGERUSI SEKRETARIAT MJMD Alhamdulillah. Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), Ustaz Mohd Hanif bin Haji Ibrahim (Angah Sunan) telah berkongsi nukilan penghargaan kepada seluruh pihak yang bersama-sama menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0. Ucapan tersebut dizahirkan sebagai tanda penghormatan dan terima kasih kepada semua agensi, institusi, rakan strategik, sukarelawan, petugas, penaja, pempamer, media serta seluruh masyarakat yang telah menyumbang tenaga, masa, idea dan doa sepanjang penganjuran program. Semoga setiap amal kebajikan diterima Allah SWT dan menjadi asbab kepada lebih banyak usaha memupuk muafakat, memperkukuh ukhuwah serta menyuburkan kecintaan kepada agama, institusi Raja dan tanah air. šŸ“– Juga boleh dibaca versi penuh di sini (FB Angah Sunan) : https://www.facebook.com/share/p/1DzjjH1FKH/?mibextid=wwXIfr #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

LENSA KENANGAN | DETIK KETIBAAN TETAMU Setiap ketibaan diraikan dengan penuh santunan. Senyuman yang mengalu-alukan, salam yang mengeratkan ukhuwah, serta layanan mesra daripada barisan urus setia menjadi permulaan kepada perjalanan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Setiap tetamu turut menerima Buku Program (Media Kit) sebagai panduan sepanjang majlis, agar setiap pengisian dapat dihayati dengan lebih tersusun dan bermakna. Di sebalik sebuah program yang berjaya, terserlah nilai adab, tertib dan penghormatan dalam menyambut setiap insan yang hadir. Kerana muafakat sentiasa bermula dengan layanan yang ikhlas. Terima kasih kepada seluruh urus setia yang telah menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, memastikan setiap tetamu disambut dalam suasana yang harmoni, teratur dan penuh mahabbah. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat