ru
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Открыть в Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Больше
Страна не указанаКатегория не указана
1 857
Подписчики
+424 часа
+497 дней
+5730 день
Архив постов

Hampir 20 reruai menanti kunjungan anda! 🔥 Semuanya terhimpun dalam Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama merasai suasana program Malam Berselawat Menjunjung Daulat bermula jam 3.00 petang hingga 10.30 malam ini • Pameran Sejarah & Peradaban • Jualan Buku & Produk Komuniti • Pertandingan Kanak-Kanak • Demonstrasi Masakan • Pencak Silat, Dikir Barat & Kompang • Majlis Selawat & Munajat Dan pelbagai lagi Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac Jom hadir sekarang dan bawa keluarga bersama! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

*🌙 MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT | SESI PETANG: WARISAN, BUDAYA & JATI DIRI BANGSA 🌙* Bermula jam 5.15 petang, para pengunjung akan dibawa menyelami keindahan seni warisan Melayu melalui pelbagai persembahan kebudayaan yang mencerminkan kekuatan identiti dan peradaban bangsa. Link Live https://vt.tiktok.com/ZS9jCMgUrmHxT-53v6H/ 🥋 Persembahan Silat Sendeng Menyaksikan kehalusan seni bela diri tradisional yang sarat dengan nilai disiplin, adab dan kepahlawanan. 🎶 Persembahan Dikir Barat Hiburan rakyat yang menggabungkan irama, kreativiti dan mesej bermakna dalam suasana penuh kemeriahan. 🥁 Persembahan Kompang Menghidupkan suasana dengan rentak warisan yang menjadi simbol kebersamaan dan perpaduan masyarakat. ⚔️ Persembahan Silat Gayong Menampilkan kehebatan salah satu aliran persilatan Melayu yang terkenal dengan semangat perjuangan dan ketahanan diri. Ayuh hadir bersama keluarga untuk menghayati keindahan budaya yang menjadi akar kekuatan bangsa, sambil mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh muafakat dan kebersamaan. 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕔 Bermula 5.15 Petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra Warisan Dipelihara, Budaya Disemarakkan, Jati Diri Diperkasakan. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

LENSA AKTIVITI 📸 Petang yang penuh warna dan makna. Reruai demi reruai mula menerima kunjungan, anak-anak riang menyertai aktiviti, keluarga berkumpul, dan masyarakat beramah mesra dalam suasana penuh muafakat. Inilah antara wajah-wajah awal Malam Berselawat Menjunjung Daulat sebelum kita berhimpun bersama pada malam nanti. Masih sempat untuk hadir. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac Ayuh bersama keluarga dan sahabat. Kita meriahkan majlis yang menyatukan masyarakat dalam semangat kasih, ukhuwwah dan selawat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

photo content

photo content
+9

photo content
+9

LENSA AKTIVITI Warna-warni MBMD petang ini Kemeriahan dikawasan perkarangan masjid dan ruang legar masjid dengan pelbagai akt
+9
LENSA AKTIVITI Warna-warni MBMD petang ini Kemeriahan dikawasan perkarangan masjid dan ruang legar masjid dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kekeluargaan yang dianjurkan. Jemput datang bagi yang sekitar Lembah Klang ke Masjid Bandar Saujana Putra Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🌹 SOROTAN SEMASA DEMONSTRASI MASAKAN DUMPLING & NASI BRIYANI Alhamdulillah, suasana di perkarangan Masjid Bandar Saujana Putra semakin meriah dengan berlangsungnya Demonstrasi Masakan Dumpling dan Nasi Briyani yang mendapat perhatian para pengunjung. Orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri proses penyediaan hidangan istimewa ini secara langsung, sambil menimba ilmu dan tip-tip masakan daripada mereka yang berpengalaman. Aroma masakan yang menyelerakan turut menambahkan lagi kemeriahan program pada petang ini. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan. Jangan lepaskan peluang untuk terus bersama kami kerana pelbagai lagi pengisian menarik menanti sepanjang program Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🌹 SOROTAN SEMASA MERIAHNYA PERTANDINGAN MEWARNA BAGI KANAK-KANAK  Alhamdulillah, Pertandingan Mewarna yang berlangsung sempena Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 100 orang anak-anak comel yang hadir bersama ibu bapa dan keluarga. Pelbagai hasil kreativiti yang menarik dan berwarna-warni berjaya dihasilkan oleh para peserta. Suasana dewan dipenuhi gelak tawa, semangat dan keceriaan anak-anak yang begitu tekun menzahirkan bakat mereka. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang membawa anak-anak menyertai program ini. Semoga aktiviti sebegini dapat memupuk kreativiti, keyakinan diri serta menjadi kenangan indah buat mereka. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

JOM MERIAHKAN GERAI JUALAN DI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT ❤️ Bukan sahaja dapat menghayati alunan selawat yang menenangkan jiwa, malah para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan barangan menarik yang disediakan sepanjang program. Antara jualan termasuklah ayam gunting, tauhu rangup, Champa beef Bowl, Nasi Lemak Budget, Town Bites, Peneram Boom, Aneka Berbola Goreng, Popia Popis. Selain itu, turut tersedia jualan pakaian kemelayuan, Tasbih Rida dan pelbagai lagi produk menarik untuk anda sekeluarga Ayuh datang bersama keluarga dan sahabat handai. Sambil mengisi jiwa dengan selawat dan kecintaan kepada Rasulullah SAW, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke gerai-gerai jualan yang meriah sepanjang program. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Busana Melayu disarung. Samping dililit. Tanjak diperkemaskan. Awal Muharam. Langkah diatur menuju Masjid BSP. Jika berkelapa
Busana Melayu disarung. Samping dililit. Tanjak diperkemaskan. Awal Muharam. Langkah diatur menuju Masjid BSP. Jika berkelapangan, marilah hadir lebih awal untuk bersama menunaikan Solat Zohor berjemaah sebelum memulakan rangkaian program Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Bersama mengimarahkan majlis yang menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh mahabbah, selawat dan doa. Moga setiap kilometer yang dilalui menjadi saksi perjalanan menuju keberkatan. Anda dah di mana? Kongsikan gambar anda berbusana dan kita hidupkan gelombang media sosial dengan dua hashtag ini : #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat Jumpa di sana, insya Allah. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac

Perhatian para hadirin. Sebelum memulakan perjalanan ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat, mohon luangkan sedikit masa menel
Perhatian para hadirin. Sebelum memulakan perjalanan ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat, mohon luangkan sedikit masa meneliti pelan parkir dan panduan pergerakan yang disediakan. Kerjasama semua dalam mematuhi arahan petugas, menggunakan kawasan parkir yang ditetapkan serta menjaga adab sepanjang program amat dihargai. Sebarang pertanyaan atau bantuan, sila rujuk nombor urus setia yang tertera pada poster. Semoga perjalanan dipermudahkan dan pertemuan kita malam ini dihiasi keberkatan serta rahmat Allah SWT. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

📸 RAKAM MOMEN ANDA Dalam perjalanan ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat nanti, jangan lupa abadikan momen indah bersama ke
📸 RAKAM MOMEN ANDA Dalam perjalanan ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat nanti, jangan lupa abadikan momen indah bersama keluarga dan sahabat. Sama ada ketika bersiap di rumah, dalam perjalanan menuju lokasi, atau ketika menikmati pelbagai reruai dan pameran yang disediakan… setiap detik pasti menjadi kenangan yang bermakna. Kongsikan foto dan video anda di media sosial dengan hashtag : #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat Kami lihat semua posting, dan kami menantikan perkongsian anda 🤩 Jumpa di MBMD, insya Allah.

LIVE STREAMING MBMD Tak dapat berada di lokasi? Atau nak ikuti suasana dari sudut dan lokasi berbeza? Di sini kami kumpulkan pautan LIVE daripada team media, creator dan sahabat-sahabat yang akan bersiaran secara langsung sepanjang program berlangsung. Ada yang akan mula LIVE lebih awal, ada yang akan bersiaran di reruai-reruai tertentu, dan masa siaran juga berbeza… jadi boleh pilih nak ikuti siaran yang mana 😊 Muafakat Jelata Menjunjung Daulat https://www.facebook.com/muafakatjelata Masjid BSP https://www.facebook.com/share/1PMBigxFMP/ Tvsufi https://www.tiktok.com/@tvsufidotcom Media ACF https://www.tiktok.com/@media_acf.2 I-Madina https://www.tiktok.com/@gagasan_imadina HaRUM Malaysia https://www.tiktok.com/@harummalaysia Syaikh Jumadil Kubra https://www.tiktok.com/@syaikhjumadilkubra LAMAN BUDAYA https://www.tiktok.com/@cahayalamanbudaya dan https://www.facebook.com/misran.masseh Hawa ACF https://www.tiktok.com/@hawa.acf Sis Selawat https://www.tiktok.com/@sisselawat Saksikan. Sebarkan. Berselawat bersama. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

photo content

Media Kit MBMD.pdf66.98 MB

HARI INI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Hari yang dinanti telah tiba. Mari bersama mengimarahkan Awal Muharram dengan alu
HARI INI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Hari yang dinanti telah tiba. Mari bersama mengimarahkan Awal Muharram dengan alunan selawat, munajat serta doa demi kesejahteraan agama, bangsa, negara dan institusi yang memayungi rakyat. Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi) Semoga setiap langkah menuju majlis ini dihitung sebagai amal kebajikan serta menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan, penyatuan hati dan pengukuhan semangat muafakat dalam menjunjung daulat. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

+6
🎶 Bergema dengan alunan Dikir Barat, dipenuhi semangat latihan dan kesungguhan anak-anak Akademi Al Ghazali dalam mempersiapkan persembahan terbaik. Dalam masa yang sama, pasukan lapangan terus bertungkus-lumus menyempurnakan setiap perincian melalui mesyuarat dan penyelarasan akhir. Kini, detik yang dinanti semakin hampir. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum tirai Malam Berselawat Menjunjung Daulat dibuka. Semoga segala persiapan dipermudahkan dan majlis berlangsung dengan penuh keberkatan serta mendapat sambutan yang terbaik 🤲 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #

🤲🏻 Kurang lebih 24 JAM lagi, insya Allah MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Mari hadir bersama keluarga, sahabat dan seluruh masyarakat untuk sama-sama mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini. Kami menantikan kehadiran anda semua 😊 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur