Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
الذهاب إلى القناة على Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
إظهار المزيدلم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
1 857
المشتركون
+424 ساعات
+497 أيام
+5730 أيام
أرشيف المشاركات
Hampir 20 reruai menanti kunjungan anda! 🔥
Semuanya terhimpun dalam Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama merasai suasana program Malam Berselawat Menjunjung Daulat bermula jam 3.00 petang hingga 10.30 malam ini
• Pameran Sejarah & Peradaban
• Jualan Buku & Produk Komuniti
• Pertandingan Kanak-Kanak
• Demonstrasi Masakan
• Pencak Silat, Dikir Barat & Kompang
• Majlis Selawat & Munajat
Dan pelbagai lagi
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
Jom hadir sekarang dan bawa keluarga bersama!
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
*🌙 MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT | SESI PETANG: WARISAN, BUDAYA & JATI DIRI BANGSA 🌙*
Bermula jam 5.15 petang, para pengunjung akan dibawa menyelami keindahan seni warisan Melayu melalui pelbagai persembahan kebudayaan yang mencerminkan kekuatan identiti dan peradaban bangsa.
Link Live
https://vt.tiktok.com/ZS9jCMgUrmHxT-53v6H/
🥋 Persembahan Silat Sendeng
Menyaksikan kehalusan seni bela diri tradisional yang sarat dengan nilai disiplin, adab dan kepahlawanan.
🎶 Persembahan Dikir Barat
Hiburan rakyat yang menggabungkan irama, kreativiti dan mesej bermakna dalam suasana penuh kemeriahan.
🥁 Persembahan Kompang
Menghidupkan suasana dengan rentak warisan yang menjadi simbol kebersamaan dan perpaduan masyarakat.
⚔️ Persembahan Silat Gayong
Menampilkan kehebatan salah satu aliran persilatan Melayu yang terkenal dengan semangat perjuangan dan ketahanan diri.
Ayuh hadir bersama keluarga untuk menghayati keindahan budaya yang menjadi akar kekuatan bangsa, sambil mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh muafakat dan kebersamaan.
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕔 Bermula 5.15 Petang
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
Warisan Dipelihara, Budaya Disemarakkan, Jati Diri Diperkasakan.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
LENSA AKTIVITI 📸
Petang yang penuh warna dan makna.
Reruai demi reruai mula menerima kunjungan, anak-anak riang menyertai aktiviti, keluarga berkumpul, dan masyarakat beramah mesra dalam suasana penuh muafakat.
Inilah antara wajah-wajah awal Malam Berselawat Menjunjung Daulat sebelum kita berhimpun bersama pada malam nanti.
Masih sempat untuk hadir.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
Ayuh bersama keluarga dan sahabat. Kita meriahkan majlis yang menyatukan masyarakat dalam semangat kasih, ukhuwwah dan selawat.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
+9
LENSA AKTIVITI
Warna-warni MBMD petang ini
Kemeriahan dikawasan perkarangan masjid dan ruang legar masjid dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kekeluargaan yang dianjurkan.
Jemput datang bagi yang sekitar Lembah Klang ke Masjid Bandar Saujana Putra
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
🌹 SOROTAN SEMASA
DEMONSTRASI MASAKAN DUMPLING & NASI BRIYANI
Alhamdulillah, suasana di perkarangan Masjid Bandar Saujana Putra semakin meriah dengan berlangsungnya Demonstrasi Masakan Dumpling dan Nasi Briyani yang mendapat perhatian para pengunjung.
Orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri proses penyediaan hidangan istimewa ini secara langsung, sambil menimba ilmu dan tip-tip masakan daripada mereka yang berpengalaman. Aroma masakan yang menyelerakan turut menambahkan lagi kemeriahan program pada petang ini.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan. Jangan lepaskan peluang untuk terus bersama kami kerana pelbagai lagi pengisian menarik menanti sepanjang program Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
🌹 SOROTAN SEMASA
MERIAHNYA PERTANDINGAN MEWARNA BAGI KANAK-KANAK
Alhamdulillah, Pertandingan Mewarna yang berlangsung sempena Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 100 orang anak-anak comel yang hadir bersama ibu bapa dan keluarga.
Pelbagai hasil kreativiti yang menarik dan berwarna-warni berjaya dihasilkan oleh para peserta. Suasana dewan dipenuhi gelak tawa, semangat dan keceriaan anak-anak yang begitu tekun menzahirkan bakat mereka.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang membawa anak-anak menyertai program ini. Semoga aktiviti sebegini dapat memupuk kreativiti, keyakinan diri serta menjadi kenangan indah buat mereka.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
JOM MERIAHKAN GERAI JUALAN DI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT ❤️
Bukan sahaja dapat menghayati alunan selawat yang menenangkan jiwa, malah para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan barangan menarik yang disediakan sepanjang program.
Antara jualan termasuklah ayam gunting, tauhu rangup, Champa beef Bowl, Nasi Lemak Budget, Town Bites, Peneram Boom, Aneka Berbola Goreng, Popia Popis. Selain itu, turut tersedia jualan pakaian kemelayuan, Tasbih Rida dan pelbagai lagi produk menarik untuk anda sekeluarga
Ayuh datang bersama keluarga dan sahabat handai. Sambil mengisi jiwa dengan selawat dan kecintaan kepada Rasulullah SAW, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke gerai-gerai jualan yang meriah sepanjang program.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Busana Melayu disarung.
Samping dililit.
Tanjak diperkemaskan.
Awal Muharam.
Langkah diatur menuju Masjid BSP.
Jika berkelapangan, marilah hadir lebih awal untuk bersama menunaikan Solat Zohor berjemaah sebelum memulakan rangkaian program Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Bersama mengimarahkan majlis yang menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh mahabbah, selawat dan doa.
Moga setiap kilometer yang dilalui menjadi saksi perjalanan menuju keberkatan.
Anda dah di mana?
Kongsikan gambar anda berbusana dan kita hidupkan gelombang media sosial dengan dua hashtag ini :
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Jumpa di sana, insya Allah.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
Perhatian para hadirin.
Sebelum memulakan perjalanan ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat, mohon luangkan sedikit masa meneliti pelan parkir dan panduan pergerakan yang disediakan.
Kerjasama semua dalam mematuhi arahan petugas, menggunakan kawasan parkir yang ditetapkan serta menjaga adab sepanjang program amat dihargai.
Sebarang pertanyaan atau bantuan, sila rujuk nombor urus setia yang tertera pada poster.
Semoga perjalanan dipermudahkan dan pertemuan kita malam ini dihiasi keberkatan serta rahmat Allah SWT.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
📸 RAKAM MOMEN ANDA
Dalam perjalanan ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat nanti, jangan lupa abadikan momen indah bersama keluarga dan sahabat.
Sama ada ketika bersiap di rumah, dalam perjalanan menuju lokasi, atau ketika menikmati pelbagai reruai dan pameran yang disediakan… setiap detik pasti menjadi kenangan yang bermakna.
Kongsikan foto dan video anda di media sosial dengan hashtag :
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Kami lihat semua posting, dan kami menantikan perkongsian anda 🤩
Jumpa di MBMD, insya Allah.
LIVE STREAMING MBMD
Tak dapat berada di lokasi?
Atau nak ikuti suasana dari sudut dan lokasi berbeza?
Di sini kami kumpulkan pautan LIVE daripada team media, creator dan sahabat-sahabat yang akan bersiaran secara langsung sepanjang program berlangsung.
Ada yang akan mula LIVE lebih awal, ada yang akan bersiaran di reruai-reruai tertentu, dan masa siaran juga berbeza… jadi boleh pilih nak ikuti siaran yang mana 😊
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
https://www.facebook.com/muafakatjelata
Masjid BSP
https://www.facebook.com/share/1PMBigxFMP/
Tvsufi
https://www.tiktok.com/@tvsufidotcom
Media ACF
https://www.tiktok.com/@media_acf.2
I-Madina
https://www.tiktok.com/@gagasan_imadina
HaRUM Malaysia
https://www.tiktok.com/@harummalaysia
Syaikh Jumadil Kubra
https://www.tiktok.com/@syaikhjumadilkubra
LAMAN BUDAYA
https://www.tiktok.com/@cahayalamanbudaya
dan
https://www.facebook.com/misran.masseh
Hawa ACF
https://www.tiktok.com/@hawa.acf
Sis Selawat
https://www.tiktok.com/@sisselawat
Saksikan. Sebarkan. Berselawat bersama.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
HARI INI
MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT
Hari yang dinanti telah tiba.
Mari bersama mengimarahkan Awal Muharram dengan alunan selawat, munajat serta doa demi kesejahteraan agama, bangsa, negara dan institusi yang memayungi rakyat.
Rasulullah SAW bersabda :
“Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Semoga setiap langkah menuju majlis ini dihitung sebagai amal kebajikan serta menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan, penyatuan hati dan pengukuhan semangat muafakat dalam menjunjung daulat.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒3.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
🎶 Bergema dengan alunan Dikir Barat, dipenuhi semangat latihan dan kesungguhan anak-anak Akademi Al Ghazali dalam mempersiapkan persembahan terbaik.
Dalam masa yang sama, pasukan lapangan terus bertungkus-lumus menyempurnakan setiap perincian melalui mesyuarat dan penyelarasan akhir.
Kini, detik yang dinanti semakin hampir. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum tirai Malam Berselawat Menjunjung Daulat dibuka.
Semoga segala persiapan dipermudahkan dan majlis berlangsung dengan penuh keberkatan serta mendapat sambutan yang terbaik 🤲
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #
🤲🏻 Kurang lebih 24 JAM lagi, insya Allah
MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT
Mari hadir bersama keluarga, sahabat dan seluruh masyarakat untuk sama-sama mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini.
Kami menantikan kehadiran anda semua 😊
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
متاح الآن! بحث تيليغرام 2025 — أهم رؤى العام 
