Dr Ahmad Zahid Hamidi
Open in Telegram
Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
375
Subscribers
No data24 hours
+27 days
+1130 days
Posts Archive
𝟐 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢
Sempena Aidilfitri yang penuh keberkatan, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan penuh sukacita menjemput orang ramai khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.
📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H
⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam
📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk
Raikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, eratkan silaturahim dan semarakkan kebersamaan.
Lagi 2 hari… jumpa anda semua di sana, insya-Allah 🤲🏻
#Aidilfitri2026
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSH6GRtU6/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWnUHEMy5vA/?igsh=bDF4YzAxOXh5ZHg3
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1ATGypoZwm/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝟐 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢
Sempena Aidilfitri yang penuh keberkatan, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan penuh sukacita menjemput orang ramai khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.
📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H
⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam
📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk
Raikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, eratkan silaturahim dan semarakkan kebersamaan.
Lagi 2 hari… jumpa anda semua di sana, insya-Allah 🤲🏻
#Aidilfitri2026
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSH6GRtU6/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWnUHEMy5vA/?igsh=bDF4YzAxOXh5ZHg3
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1ATGypoZwm/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
🔴 𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆
Majlis Perhimpunan Bulan April 2026, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
📆 2 April 2026 (Khamis)
⏰8.00 pagi
📍Dewan Seri Lestari, KKDW
https://www.facebook.com/share/v/1BB7MUiEtX/?mibextid=wwXIfr
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐤𝐞-𝟔𝟎
Enam dekad bukanlah satu tempoh yang singkat. Ia merupakan kisah pengorbanan dan perubahan yang dirasai oleh ribuan keluarga di pedesaan.
FELCRA bukan sekadar membangunkan tanah, FELCRA membina kehidupan. Daripada tanah yang diusahakan.. lahir sumber rezeki, peluang ekonomi dan masa depan yang lebih baik buat masyarakat desa.
Hari ini, peranan FELCRA terus berkembang. Dalam landskap semasa, FELCRA dilihat sebagai ‘strategic nation builder’ yang kekal relevan khususnya dalam agenda keterjaminan makanan serta kesejahteraan luar bandar.
Saya yakin, dengan pengalaman yang dimiliki dan pendekatan yang terus diperbaharui, FELCRA mampu menjadi peneraju dalam transformasi agroekonomi negara.
Insya-Allah, saya mendoakan agar FELCRA terus memperkasa komuniti luar bandar melalui model pembangunan yang inklusif dan mampan, agar manfaatnya dapat dirasai oleh generasi hari ini dan akan datang.
Selamat ulang tahun ke-60 saya ucapkan kepada seluruh warga FELCRA.
#FELCRA60
#FELCRA #KKDW
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1GbYtx4Nq4/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWlQ2bUkmUH/?igsh=MWtsMGs0N3NsNmJscg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2039259212644303055?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWlRmGzj0rY?xmt=AQF0lr7Mx_hfZ12tXYECbyBEwmx7yQI3nVjuqOhQ0h2gsu3xHEicbzrgBHF2xmnogxQbJOw4&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐮𝐬𝐲𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐦𝐟𝐨𝐤𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚
Musyawarah Nasional seperti yang telah diumumkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2025 adalah sebuah wadah penting untuk menghimpunkan pemikiran dan pandangan serta cadangan strategik daripada pelbagai lapisan masyarakat Melayu mengenai hala tuju masa depan umat Melayu dan negara.
Musyawarah Nasional ini bukan sekadar satu wacana biasa, sebaliknya merupakan usaha bersama untuk mencari titik temu, merumus penyelesaian serta membina konsensus nasional dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa yang menyentuh kepentingan agama, masyarakat, ekonomi, pendidikan dan politik orang Melayu.
Musyawarah Nasional ini dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Ghani bin Othman yang mempunyai pengalaman luas dalam aspek pentadbiran kerajaan dan dunia korporat khususnya semasa menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Sime Darby Berhad serta Johor Corporation.
Justeru, bagi memastikan perbincangan berlangsung secara tersusun dan menyeluruh, Musyawarah Nasional akan memfokuskan kepada lima (5) teras utama, iaitu:
1. Teras Agama – dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, yang akan menumpukan kepada usaha memperkukuh kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta memperkasa kefahaman dan pengamalan Islam yang sederhana dan progresif dalam masyarakat.
2. Teras Politik – dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Zainal Abidin bin Sanusi, yang akan menilai dinamika politik semasa serta merumus pendekatan baharu bagi memastikan kestabilan politik, kesinambungan kepimpinan dan kematangan demokrasi negara.
3. Teras Ekonomi – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Hj. Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir Jamalullail, yang akan membincangkan strategi memperkukuh kedudukan ekonomi orang Melayu agar lebih berdaya saing, inklusif dan mampan dalam ekonomi negara.
4. Teras Pendidikan – dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub, yang akan meneliti agenda pemerkasaan pendidikan sebagai asas pembinaan modal insan berkualiti serta peningkatan keupayaan generasi masa depan.
5. Teras Sosial – dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, yang akan memberi perhatian kepada aspek kesejahteraan sosial, perpaduan masyarakat, pembinaan nilai dan budaya, serta pengukuhan institusi keluarga serta komuniti.
Saya yakin dengan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa sebagai pengerusi teras serta penyertaan pelbagai pihak termasuk akademia, pemimpin masyarakat, profesional, golongan muda dan badan-badan bukan kerajaan, Musyawarah Nasional ini mampu menghasilkan rumusan yang konstruktif, realistik dan berpandangan jauh demi masa depan negara.
Akhirnya, saya menyeru semua pihak agar menyertai dan menyumbang pandangan secara terbuka, matang dan bertanggungjawab supaya Musyawarah Nasional ini dapat menjadi satu platform penting dalam memperkukuh kesatuan, memperkasa agenda bangsa dan membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.
AHMAD ZAHID HAMIDI
Pengasas Musyawarah Nasional
📱FB: https://www.facebook.com/share/18XRQk6bD8/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWlCoaMEmw5/?igsh=aDY5bmVxaXV3cnJp
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2039226443167875099?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWlDItHDwTP?xmt=AQF0OVw010rcyyibY3twEpPv9eBJG9N5BiWp2-Lpc_-Z-Vq9NHtPujO8pYFwv6ENBfUVMxsf&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sempena Aidilfitri yang penuh keberkatan, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan penuh sukacita menjemput orang ramai khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.
📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H
⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam
📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk
Raikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, eratkan silaturahim dan semarakkan kebersamaan.
Kehadiran anda semua amat dialu-alukan. Jumpa di sana, InsyaAllah.
#Aidilfitri2026
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1AugGEPGWS/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DWk8DvDErYy/?igsh=ZGJ0YzR5aW5uYjl1
📱X:
https://x.com/i/status/2039212144315809980
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWk8T5Sj_Qu?xmt=AQF0CijN8haAPwc9oKv58shsVgaLdV_70sRondCHpMfJhOjkX1956m8EZpLD9e7HzGJbkerL&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐓𝐌 𝐤𝐞-𝟖𝟎
Selama lapan dekad, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal sebagai “Teman Setia Anda” yang sentiasa mendampingi rakyat dalam setiap detik, sama ada saat gembira mahupun ketika negara diuji.
Daripada siaran radio sehinggalah ke platform digital hari ini, RTM terus memainkan peranan sebagai penyampai maklumat yang sahih dan terkini.
Semoga RTM terus kekal relevan, dipercayai serta menjadi wadah utama dalam menyatukan rakyat Malaysia.
Buat seluruh warga RTM, Selamat Hari RTM ke-80 saya ucapkan.
#RTM80
#TemanSetiaAnda
📱FB: https://www.facebook.com/share/1ArACAaVkk/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWk2GJCEvEY/?igsh=N3V3Ymtnbm00OXc=
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2039198855238156512?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWk2N5PD47E?xmt=AQF0qcMkgn1ME6w_Icct8BypjSw6ZNBokyQKFi7MvC6otl3T3GxuoasEkY05tnjua7X7-5lr&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐂𝐮𝐚𝐜𝐚 𝐏𝐚𝐧𝐚𝐬 & 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧: 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚
Cuaca panas yang sedang melanda beberapa kawasan ketika fasa peralihan monsun ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Suhu di sesetengah tempat dijangka mencecah antara 35°C hingga 40°C, sekali gus memberi tekanan kepada sumber air, sektor pertanian dan kehidupan harian rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya telah mengarahkan supaya kesiapsiagaan di peringkat negeri diperkasa, termasuk pengaktifan Pusat Kawalan Bencana Negeri bagi memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan data dan maklumat semasa.
Dalam masa yang sama, tindakan segera juga sedang giat dilaksanakan. Antaranya penghantaran bekalan air kecemasan ke kawasan terjejas serta pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Perak, Kedah, Perlis dan Johor yang akan bermula pada 6 hingga 9 April ini bagi membantu meningkatkan paras takungan empangan yang semakin menurun.
Dalam kita memperkukuh pendekatan teknikal, keutamaan Kerajaan tetap jelas dalam memastikan setiap bantuan sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, termasuk golongan berpendapatan rendah, warga emas, petani kecil serta komuniti yang bergantung kepada sumber air tempatan.
Saya juga ingin menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara berhemah dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa. Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita akan dapat mengharungi cabaran ini dengan lebih teratur dan berkesan.
#KesiapsiagaanBencana
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1DSnoMw5yw/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWkvQ8skoFu/?igsh=ZWpxZHo4bjVnZncy
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2039183887906267310?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWkvdYcD0P8?xmt=AQF0pYe9b-ARTF0SSTOJzbZXzdfcAUHYyD3xVve6JAEI_tcaqbkpYj8e_z5jaqmEjkv2sWfw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧
Saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi bagi meneliti perkembangan krisis tenaga global serta implikasinya terhadap ekonomi negara.
Dunia ketika ini sedang melalui fasa yang semakin mencabar dan tidak menentu. Keadaan ini menuntut kita untuk sentiasa bersiap siaga serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Alhamdulillah asas ekonomi negara kekal stabil dan berdaya tahan. Kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif berasaskan data dan realiti semasa, termasuk mengambil kira pandangan industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar setiap keputusan yang dibuat lebih menyeluruh dan berkesan.
Saya turut menyambut baik seruan YAB Perdana Menteri agar kita terus menyokong ekonomi domestik. Utamakan barangan tempatan dan sokong usahawan tempatan. Kekuatan dalaman inilah yang menjadi benteng utama dalam mendepani cabaran global.
Insya-Allah, segala usaha ini dilaksanakan dengan satu matlamat yang jelas, iaitu memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1CVTF9b2F2/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWizKBOkk0K/?igsh=MXN0dTd3c2k2NnJxOQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2038911855876559121?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWizoe3j0wM?xmt=AQF0oUeYOACu-Adbp1Y74P1W5Cd4kYxYL3FsainTgJcaecs0Tant16hHb4uLl5DS3wvdmx-m&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
com/@ahmadzahidhamidi/post/DWimzluD9P-?xmt=AQF0yNZLbB5qjaFxULNeVA8Q-sahhcXSeORQXOdyiaCcFRMqLtLoJL91XLjoZgIE8Dg-V_bS&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐣𝐮𝐢 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐉𝐀𝐊𝐎𝐀 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟
Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 atas pencapaian yang amat membanggakan. Prestasi tahun ini amat memberangsangkan apabila seramai 13,779 calon berjaya mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para pelajar, dedikasi luar biasa para pendidik, serta doa dan sokongan berterusan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak.
Sebagai individu yang menggalas amanah terhadap MARA, saya amat berbangga dengan pencapaian seramai 7,636 calon SPM daripada 57 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terus mencipta kecemerlangan termasuk 80 orang calon MRSM yang berjaya memperoleh semua A+ dalam peperiksaan SPM 2025.
Lebih membanggakan, keputusan SPM 2025 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.067 dengan 100% calon layak menerima sijil peperiksaan tersebut. Sebanyak 5 buah MRSM berada dalam kelompok teratas terbaik secara keseluruhan, mengatasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah-sekolah harian lain di seluruh negara. Alhamdulilah, ini menjadi bukti jelas bahawa MRSM kekal sebagai institusi peneraju kecemerlangan pendidikan negara.
Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan MRSM sebagai penanda aras kecemerlangan, khususnya dalam melahirkan bakat-bakat dari luar bandar yang bukan sahaja mampu bersaing di peringkat nasional, malah berpotensi untuk menembusi pentas global.
Hari ini, kita turut menyaksikan satu pencapaian yang amat membanggakan apabila 4 pelajar Orang Asli berjaya memperoleh keputusan 9A, manakala seramai 114 pelajar mencatat keputusan cemerlang 5A ke atas, meningkat daripada 87 pelajar pada tahun lalu.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan JAKOA bersama pelbagai agensi dalam memperkasa pendidikan komuniti Orang Asli, dengan memastikan setiap pelajar mendapat perhatian serta peluang yang saksama tidak kira di mana mereka berada.
Tambahan itu, hasil pelbagai inisiatif berterusan Kerajaan, khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.04 mata berdasarkan Gred Purata Kebangsaan (GPK).
Kementerian akan terus memperkukuh ekosistem pendidikan luar bandar, termasuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif agar setiap pelajar dapat mencapai potensi terbaik mereka.
Apa jua keputusan yang diperoleh, ia bukan penamat tetapi permulaan kepada perjalanan masa depan yang lebih besar. Kerajaan telah menyediakan pelbagai laluan pendidikan, sama ada melalui Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, mahupun melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Melalui institusi seperti TVETMARA, GIATMARA dan lain-lain, para pelajar kini mempunyai ruang yang lebih luas untuk meneroka potensi diri melalui ekosistem UP_TVET yang lebih tersusun dan menyeluruh.
Hari ini, TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya telah menjadi arus perdana baharu dalam membina tenaga kerja mahir, berpendapatan tinggi serta relevan dengan keperluan industri masa hadapan. Malah, seramai 53.9 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih laluan TVET.
Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada semua calon SPM 2025. Gunakan peluang yang terbentang untuk memilih laluan yang selari dengan minat dan potensi anda. Saya yakin, andalah generasi pelakar perubahan yang akan membina Malaysia yang lebih maju, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di pentas dunia.
AHMAD ZAHID HAMIDI
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
31 Mac 2026
📱FB: https://www.facebook.com/share/18HmFgyqeN/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWinBKGkmbX/?igsh=amdkcGcxNjFtbHhr
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2038883614553968667?s=46
📱Threads: https://www.threads.
𝐉𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Dengan penuh kesyukuran atas nikmat Syawal yang kembali menyapa, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk menjemput seluruh masyarakat, khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 seperti butiran berikut:
📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H
⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam
📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk
Marilah kita raikan Syawal ini dalam suasana penuh ukhuwah dan kegembiraan. Kehadiran anda amat dialu-alukan dan pastinya menyemarakkan lagi kemeriahan majlis ini.
Jumpa di Bagan Datuk, insya-Allah.
#Aidilfitri2026
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱FB: https://www.facebook.com/share/1G7LmxDvqP/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWh-3rdElUe/?igsh=MTQyemxqODRiaHFqeg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2038799193423360104?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWiAIoTj6U8?xmt=AQF0bx4Ks2ZrDwAQDHRdhw45smU4rsfDywT4NdlpNWT9pJzSAqNDoAFgmMGxxAsrIpgAGI4&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 & 𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓
Pagi ini pasti ramai yang sedang berdebar menanti keputusan SPM masing-masing.
Buat 413,299 calon yang telah menduduki peperiksaan SPM 2025 di seluruh negara, walau apa jua keputusan yang bakal diterima, take it with an open heart. Ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang.
Yang penting, percayalah you have done your best!
Jangan lupa zahirkan rasa terima kasih kepada ibu bapa, penjaga, keluarga serta guru-guru yang sentiasa menyokong dan membimbing sepanjang perjalanan anda. Kejayaan yang dikecapi hari ini juga merupakan hasil doa dan pengorbanan mereka.
Saya doakan yang terbaik buat semua anak-anak SPM 2025.
Teruskan melangkah ke hadapan.. Choose your path wisely. Insya-Allah, TVET sentiasa membuka ruang untuk anda membina masa depan.
All the best!
#SPM2025
📱FB: https://www.facebook.com/share/18DCy2V3VP/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWhyao7khrU/?igsh=Z3o2ZXByaG1hdnZj
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2038768399879422367?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWhyWOaARyE?xmt=AQF02sSpNiLzOGnL0lq4cgRzbkRw5edNQIt3Mq93gMSqXiJ-0Fj0LsqNodeBL8VSN_v1N6_Y&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Menjunjung kasih atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa ke Putrajaya pada hari ini.
Alhamdulillah, dalam kesempatan tersebut, patik berpeluang mempersembahkan pandangan serta bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan kesejahteraan rakyat, khususnya melibatkan negeri Perak.
Perbincangan turut menyentuh aspek pembangunan ekonomi dan pendidikan, yang memperlihatkan kecaknaan serta keprihatinan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku dalam memperkukuh kemajuan negeri dan membangunkan potensi rakyat secara menyeluruh.
Patik amat menghargai limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bercemar duli berangkat, sekali gus mencerminkan peranan penting institusi diraja dalam mendukung agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
Patik mendoakan semoga Duli Yang Teramat Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam memayungi rakyat dan negeri.
Insya-Allah.
📱FB: https://www.facebook.com/share/1KK6AMrp2T/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWgGxSeEsg8/?img_index=2&igsh=MWxvbGFqc3QyaWdn
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2038531782048666035?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWgGxDej0q3?xmt=AQF0vBHZz6R818-NfB2TtYwD41nSnafp953N-fbElSjgvdlVSmX0zwISoa9hCq4MnHprLN1F&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐞-𝟐𝟏𝟗
Saya kongsikan rangkuman ketika Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 bersama kepimpinan negara bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara.
Sambutan ini menjadi simbol penghargaan kepada komitmen dan dedikasi pasukan keselamatan yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam menjaga kesejahteraan rakyat.
#HariPolisKe219
#PDRM
#PolisdanMasyarakatBerpisahTiada
#MalaysiaMADANI
📱TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZSuwVrvR7/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DWV4MmaSFew/?igsh=MWtlbHMzcWt6Y3Zvcg==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1BQcZuZm5B/
📱YouTube:
https://youtu.be/fqTmkX-8DQY?si=awmdtJwEWzc1J1gu
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐞-𝟐𝟏𝟗 𝐝𝐢 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐏𝐎𝐋 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Tatkala saya melangkah masuk ke PULAPOL Kuala Lumpur tadi, banyak kenangan lama kembali bermain di fikiran.
Di sinilah saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana amanah besar digalas dengan penuh disiplin dan keikhlasan. Pengalaman semasa berkhidmat sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri suatu ketika dahulu benar-benar membentuk kefahaman saya tentang erti pengorbanan seorang anggota polis.
Hari ini, saya mengiringi YAB Perdana Menteri ke Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 bagi menghargai jasa serta peranan besar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara.
Bagi warga PDRM, tugas ini bukanlah pilihan tetapi satu tanggungjawab. Mereka berdiri di hadapan rakyat ketika diperlukan, menjadi benteng keselamatan dalam pelbagai situasi termasuk cabaran baharu dalam dunia digital hari ini.
Apa yang kita nikmati hari ini tidak datang dengan mudah. Ia dibina melalui disiplin dan pengorbanan yang berterusan, diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.
Selamat Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga PDRM. Sampaikan salam Aidilfitri saya kepada seluruh warga PDRM dan keluarga anda semua yaa.
#HariPolisKe219
#PDRM
#PolisdanMasyarakatBerpisahTiada
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1CZ6yQAgLt/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWTVrBXkmXk/?igsh=dWkxNXpjcHY4MTB3
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2036734901337399465?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWTVpvZj79Y?xmt=AQF0fpaCrebL2qgaC-IJVFPy-cTFhn1jRP1ISCYw91F8OIDeZ8HV2SE7dxI7YhhSTW05d00&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐓𝐄𝐍 𝐓𝐞𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥, 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧
Walaupun masih dalam suasana Aidilfitri, Kerajaan tetap komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin, khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Pagi tadi, saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa serta implikasinya terhadap ekonomi dan keselamatan negara.
Dalam mesyuarat ini, tumpuan diberikan kepada tekanan ekonomi global susulan konflik di Asia Barat serta langkah-langkah segera yang perlu diambil bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.
Kerajaan juga turut memberi penekanan terhadap keterjaminan bekalan tenaga negara melalui usaha mempelbagaikan sumber serta meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan.
Dalam suasana yang mencabar ini, semangat kebersamaan menjadi kekuatan kita untuk memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan. Insya-Allah, segala perkembangan akan terus dipantau dengan rapi dan disampaikan secara telus kepada rakyat.
#MTEN
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/174NPbUTxW/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWTNxt7klyW/?igsh=bG5hZTNnbHd4dmF4
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2036717658121642443?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWTN80Lj8ae?xmt=AQF09jXrf3_7NjG3WLPKo0Gjo_mWqT4suCJ-GPOuadx1sVC7bMD6prjU2wcwAd4YvIPqaDFG&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝟐𝟗 𝐌𝐚𝐜: 𝐖𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐂𝐮𝐚𝐜𝐚 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮
Berdasarkan kenyataan rasmi MET Malaysia yang dikeluarkan pagi tadi, Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan berterusan sehingga Mei ini, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2025/2026.
Sepanjang tempoh ini, negara dijangka mengalami cuaca tidak menentu termasuk ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.
Keadaan ini berpotensi mengakibatkan kejadian banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.
Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada, mengelakkan kawasan berisiko serta peka dengan maklumat dan amaran cuaca yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Elakkan berada di kawasan lapang ketika ribut, jauhi pokok besar dan struktur tidak kukuh serta berhati-hati di kawasan yang berpotensi berlaku takungan air.
Insya-Allah, semua agensi berkaitan berada dalam kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Sama-sama kita utamakan keselamatan diri dan keluarga.
Sumber: MET Malaysia
#PeralihanMonsun
#METMalaysia
#KesiapsiagaanBencana
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1GhwBkyVwc/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWTCMvpkhZH/?img_index=2&igsh=NTVueTlid2NwMjlo
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2036692128450146565?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWTCO3Rj2CF?xmt=AQF0gbapgIpK5D8wXzHvoK-TqCupotzYHuQeV8gFNK3IkiCBn9qoR8qbNgyPeSmpof1Umus&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐞-𝟐𝟏𝟗
Selamat menyambut Hari Polis ke-219 saya ucapkan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebagai Menteri yang pernah menerajui Kementerian Dalam Negeri, saya amat memahami cabaran serta tanggungjawab besar yang dipikul oleh setiap anggota PDRM. Ia bukanlah tugas yang mudah. Ianya menuntut keberanian dan pengorbanan yang tinggi. Namun amanah ini terus digalas dengan penuh komitmen demi memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara.
Dalam masa yang sama, kekuatan pasukan ini turut terbina daripada hubungan yang erat dengan masyarakat. Kepercayaan dan kerjasama inilah yang menjadi asas kepada keselamatan yang kita nikmati hari ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga PDRM atas khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga anda semua terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menjalankan amanah ini.
Insya-Allah, kita jumpa sebentar lagi di PULAPOL KL yaa.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
#HariPolisKe219
#PolisdanMasyarakatBerpisahTiada
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1Cn3CxQ9tX/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DWS8HnEEmCJ/?igsh=MWZmejllbmI1dmY5eA==
📱X:
https://x.com/i/status/2036678918128709775
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWS8WWYj8s4?xmt=AQF09LQ07VuC3TZnjIQI5G6Xi0HIQZy96dus77_4D29d2qiAxuTy3UP5WgSEQMDD18_m5fs&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐤𝐞-𝟕𝟒
Tidak semua wira berada di hadapan lensa. Ada yang bergerak senyap, hadir ketika diperlukan dan beredar tanpa mengharapkan perhatian.
Begitulah yang dapat saya lihat pada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Alhamdulillah, hari ini 24 Mac 2026, genap 74 tahun perjalanan APM sebagai pasukan yang sentiasa siapsiaga setiap kali rakyat memerlukan sama ada dalam situasi bencana, kecemasan mahupun saat getir yang tidak dijangka.
Saya melihat sendiri bagaimana anggota-anggota ini turun ke lapangan, membantu tanpa banyak bicara dan melaksanakan amanah dengan penuh disiplin.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga APM atas segala khidmat yang dicurahkan kepada rakyat dan negara.
Selamat Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-74. Teruskan berkhidmat dan berbakti untuk negara tercinta.
#HUTPA74 #APM
#PertahananAwam
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/18KW9kmvgi/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DWQLZCCEtZG/?igsh=MW5rd3F5aWxseGN1Mw==
📱X:
https://x.com/i/status/2036290331084464610
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWQLpVkj8N9?xmt=AQF0Gc3iGJwmtEYj5d8pgMoZ6lsqV2J8rpbqKgsqg5ONjXUqoSu0TWlzGoXFQp80JoRGE_0&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
