Dr Ahmad Zahid Hamidi
Відкрити в Telegram
Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
364
Підписники
Немає даних24 години
+37 днів
+230 день
Архів дописів
𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧
Kuasa Gadget Cabaran Dan Peluang Dakwah
Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia:
Dr. Ahmad Salahuddin M Azizan
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuRp5tUW/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1bMjcCrx2b/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐉𝐢𝐰𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐫
Puasa adalah perisai yang melindungi diri daripada dosa, kemarahan dan perbuatan sia-sia. Ia mengajar kita mengawal emosi serta menjaga tutur kata dalam setiap keadaan.
Apabila diuji dengan kata-kata atau provokasi, ingatkan diri bahawa kita sedang berpuasa. Didiklah jiwa untuk menang dengan kesabaran, bukan dengan emosi.
#RisalahTaalim16
#Ramadan1447H
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuRqT47n/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1CLYsWrdL1/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVicSdnkpmP/?igsh=MThmdGRxbGljejFxcg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029853488671576317?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVicGkjD724?xmt=AQF0EYe7NG_p9XRQ-c6YWMONO3bWVRWyewvyaouIQkGr8_HOBmCT9ArYXlYrZeOd3_IXvRsn&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀
FELDA mempunyai sejarah yang besar dalam pembangunan luar bandar negara. Ia telah mengubah kehidupan ratusan ribu peneroka dan keluarga mereka serta menjadi antara model pembangunan tanah yang berjaya di dunia.
Pagi tadi di Menara FELDA, saya telah mengadakan perjumpaan bersama barisan Pengurusan Tertinggi FELDA bagi membincangkan hala tuju institusi ini ke hadapan.
Dalam pertemuan ini, kami telah menyentuh beberapa perkara bagi memastikan FELDA terus kekal kukuh, berdaya tahan dan mampu menyesuaikan diri dengan cabaran masa depan, tanpa mengabaikan kepentingan peneroka yang menjadi tunjang kepada kewujudan FELDA sejak awal penubuhannya.
Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh FELDA agar ia kekal menjadi tonggak penting dalam agenda pembangunan luar bandar negara.
#FELDA
#SegalanyaFELDA
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1G7B3ktwP2/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DViTUj3EmNX/?igsh=aWk2eW5jcXZtaGFk
📱X:
https://x.com/i/status/2029833825875022078
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DViTi3HD2-j?xmt=AQF0IvGM082a5-ibl4jJLkkIbUE2l19DRHLW34qR0A_IMhs-QNmKBq34nj1P5NAaKR5_ct8&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓
1. Sempena keberkatan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang mengajak umat Islam bermuhasabah, memperbaiki hubungan dan memperkukuh ukhuwah, UMNO melihat kesempatan ini sebagai waktu terbaik untuk mempertautkan kembali tali perjuangan parti.
2. Hakikatnya, sesebuah parti tidak hanya bergantung kepada kekuatan struktur organisasi, tetapi terbina atas sokongan, dokongan dan kebersamaan seluruh ahlinya di setiap peringkat.
3. Atas semangat tersebut, UMNO membuka pintu Rumah Bangsa ini seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannya untuk kembali atau mana-mana individu yang mahu bersama dengan perjuangan ini untuk menyertai UMNO.
4. Dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan dan perbezaan yang lalu dimaafkan sepenuhnya, demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kembali keluarga besar UMNO.
5. Sehubungan itu, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin akan menyelaraskan proses ini dengan segera melalui tatacara yang bersesuaian menurut Perlembagaan UMNO.
6. Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair, serta memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara.
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
6 Mac 2026
📱FB: https://www.facebook.com/share/1DkLkMsAwB/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVh9Kp9ErpG/?igsh=MTM4ZXBlN2dwb24zZQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029784759136911621?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVh8LzWjxcI?xmt=AQF03cjPg9hN47qcromun7j0PO2vYGxnXhKri2U8dv83_piD-UXtEFld6bg8XpT7YpIagdyK&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐚𝐳𝐤𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭: 𝐌𝐢𝐦𝐛𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢
FOMO (Fear of Missing Out) vs Qana'ah
Penceramah:
Dr. Afif Farhi Othman
📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSuRdQfYB/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1HpCZQYae7/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟑𝟎 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀
Alhamdulillah, hari ini genap tiga dekad penubuhan Institut Kemajuan Desa (INFRA), sebuah institusi latihan di bawah KKDW yang sejak tahun 1996 telah memainkan peranan besar dalam membina kapasiti dan kepimpinan masyarakat luar bandar negara.
Sepanjang tempoh tersebut, INFRA telah melatih ribuan pemimpin institusi desa, wanita dan belia luar bandar serta usahawan komuniti melalui pelbagai program latihan yang memupuk kepimpinan, tadbir urus dan keusahawanan. Bagi saya, INFRA memainkan peranan besar dalam membentuk keyakinan, mengasah potensi dan memperkasa komuniti desa.
Dalam dunia pembangunan luar bandar yang semakin dinamik, peranan INFRA terus relevan sebagai pusat kecemerlangan pembangunan desa, hab kepimpinan komuniti serta pemangkin kepada agenda transformasi luar bandar negara. Ke hadapan, kita mahu INFRA terus memperkukuh latihan kepimpinan desa, memperluas program pembangunan modal insan serta melahirkan lebih ramai pemimpin komuniti yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing.
INFRA juga telah diberi mandat baharu bagi meneraju pemerkasaan modal insan pemimpin luar bandar melalui penganjuran program di peringkat Diploma dalam bidang pelancongan dan pengurusan yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Di samping itu, INFRA akan melaksanakan Program Eksekutif kepada pemimpin luar bandar secara kolaborasi strategik dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) serta program SKM Pengurusan Desa Tahap 4.
Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga INFRA dahulu dan kini, serta semua rakan strategik dan masyarakat desa yang telah bersama membina legasi institusi ini selama tiga dekad.
Selamat ulang tahun ke-30 INFRA. Teruskan membitara dan memaju desa demi masa depan luar bandar yang lebih gemilang, insya-Allah.
#JubliMutiaraINFRA
#INFRA30Tahun
#INFRAKKDW #KKDW
#PejuangDESA
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/188NrxvFQu/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVhvSLPkqnY/?igsh=MWF6NGJtZHcxaXJ1bw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029754494549119189?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVhvX6HD1Z2?xmt=AQF0R9lQPpTitm9VnSMsPpUNpJX-iyZGGMBIB_J5_oOqyUMP1smf6k6rYyxJDGCPxXii-lF9&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
*Tadarus Ramadan 1447H*
Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 15 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Al-Isra' ayat 1 sehingga Surah Al-Kahf ayat 74.
Qari:
1. Ustaz Mohd Shukri Shamsudin
2. Ustaz Muhammad Amir Haziq
3. Darius Hazreeq Bin Mohd Nor Azlan
Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah.
#TadarusRamadan
#Ramadan1447H
https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/videos/946863341104889
https://vt.tiktok.com/ZS9dM6r7W43cY-zof3H/
𝐒𝐢𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧-𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Pembangunan negara memerlukan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Apabila kedua-duanya bergerak seiring, dasar dan perancangan akan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun sekali gus memberi manfaat yang menyeluruh kepada rakyat.
Petang tadi saya telah hadir ke Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, Putrajaya bagi menyelaras pengurusan kewangan negara serta memperkukuh kerjasama pembangunan antara Persekutuan dan Negeri.
Kehadiran pimpinan negeri dari seluruh negara mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan hubungan Persekutuan dan Negeri terus kukuh demi kemajuan negara.
Insya-Allah, kerjasama ini akan terus menjadi asas kepada pembangunan yang seimbang serta kesejahteraan rakyat di seluruh Malaysia.
#MajlisKewanganNegara
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/14SktWaXmfq/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVgUFz1Es3D/?img_index=1&igsh=MTM4MWttN3Z0NmZ1Yw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029553881664102692?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVgUHrGj-41?xmt=AQF029bYy7AaAcQSmhPXfit7XBFVy0lmdueyIbONp3Xn1Dsq9IhjxF7crEugHscGw1ueEA4o&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧
Memahami Anak Muda Dalam Perspektif Islam
Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia:
Ustaz Abdul Hadi Basri
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSue6d9JU/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/16vG8BZFQj/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐊𝐞𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧, 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧
Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil.1/2026 yang saya pengerusikan hari ini telah menetapkan sasaran baharu iaitu 70% penyertaan lepasan SPM dalam bidang TVET menjelang akhir RMK13. Setakat Disember 2025, kadar penyertaan telah mencapai 53.9%, menunjukkan perkembangan positif ke arah sasaran tersebut.
Beberapa inisiatif baharu turut dipersetujui termasuk program Digital Freelancing TVET bagi membuka peluang pendapatan melalui ekonomi digital global, program TVETPreneurs untuk melahirkan usahawan muda TVET, serta pengukuhan latihan melalui PERHEBAT bagi membantu anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bakal bersara memasuki sektor pekerjaan baharu.
TVET juga akan diperluaskan ke sektor strategik seperti agromakanan melalui TVET Pertanian, di samping membuka laluan kepada pelajar tahfiz untuk memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 yang setara diploma, sekali gus memperluas peluang kerjaya dalam bidang kemahiran profesional.
Mesyuarat hari ini turut menetapkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 akan berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya sebagai platform menghimpunkan institusi TVET, pemain industri serta komuniti bagi memperluas peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kemahiran.
Insya-Allah, kita mahu TVET terus menjadi pilihan masa depan dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang berdaya saing dan mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara.
#MTVET #TVET
#TVETMalaysia
#JomPilihTVET
📱FB: https://www.facebook.com/share/1F8Fh87ruw/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVfgqnnkrIF/?img_index=1&igsh=MTg2OWVpcXY1ODY3Ng==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029440856525304288?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVfg03qj25n?xmt=AQF0c-v27WTc_lPEgeC_7kRpuIhr16Qtst_5cHhb8GU2TM0tgCLKiJW7fQMH97O7_XQRynkZ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
*Tadarus Ramadan 1447H*
Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 14 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Al-Hijr ayat 2 sehingga Surah An-Nahl ayat 128.
Qari:
1. Ustaz Mohammad Syakir
Asyraf
2. Hj Mohammad Zaki bin Hj Abdullah
3. Hj Mohd Hazwan bin
Hamdan
Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah.
#TadarusRamadan
#Ramadan1447H
https://www.facebook.com/share/v/19cban6iVh/?mibextid=wwXIfr
https://vt.tiktok.com/ZS9dFnSRugGy2-DSKCY/
𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧
Puasa Membawa Laba Kepada Pengamalnya
Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia:
Dato' Zainal Abidin Sakom
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmoVcJVM/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DjpbHtvE7/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐪𝐰𝐚
Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bertujuan membentuk jiwa yang bertakwa. Takwa lahir daripada kesedaran bahawa setiap perbuatan dan niat sentiasa berada dalam pengetahuan Allah SWT.
Mudah-mudahan setiap ibadah yang kita laksanakan menjadi langkah menuju perubahan diri yang lebih baik dan lebih dekat kepada-Nya.
#RisalahTaalim14
#Ramadan1447H
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSmoxMKgp/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1B4RPTxEra/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DVdOwqtklHU/?igsh=MTlkM2kwbmYyeG4wdQ==
📱X:
https://x.com/i/status/2029121662457954571
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVdOp2JAX1T?xmt=AQF0Bib0YCsmSr71p03EOv1UnHr1h_B6-owecQD6-j3IvmMX1vMn02BXzjzIyWvI_BMRvBfA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐊𝐊𝐃𝐖
Memasuki Ramadan yang ke-14 hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW di Putrajaya.
Dalam mesyuarat ini, saya bersama barisan kepimpinan kementerian dan agensi menyelaraskan pelbagai agenda serta memastikan setiap perancangan dapat digerakkan dengan lebih tersusun dan berkesan.
Bagi saya, penyelarasan yang kukuh antara kementerian dan agensi amat penting supaya setiap dasar dan inisiatif yang dirangka benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, khususnya masyarakat desa di seluruh negara.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja sebagai satu pasukan dalam memastikan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
#KKDW
#PejuangDesa
#DesaSejahtera
📱FB: https://www.facebook.com/share/1DjmH9yNuj/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVdLIldEuoj/?igsh=MWV3ZWMyN3pxNGp3Yw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029112171947303363?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVdLQDyD2Mb?xmt=AQF0kKuiq4Fie1qrCPCoaa0BAshQHMCSi-A5KiP72ymX2AhECxL2Spd2PsoViOgfcSO1rT8&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
*Tadarus Ramadan 1447H*
Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 13 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi *Surah Yusuf ayat 53 hingga Surah Ibrahim ayat 52*
*Qari:*
*1. YM Tengku Haphiz Tengku*
*2. Ustaz Wan Ahmad Radzi Wan Ramli*
*3. Ustaz Nurhisam Johari*
Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah.
*#TadarusRamadan #Ramadan1447H*
https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/videos/1499303284866273
https://vt.tiktok.com/ZS9dRykk2Hx7W-S5ZOn/
𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, sejumlah RM 42 Juta telah diperuntukkan bagi menampung kos penyelenggaraan sistem ini. Pendekatan pelaksanaan turut melibatkan penyertaan komuniti setempat bagi memantau operasi dan memastikan sistem sentiasa berada dalam keadaan baik.
Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam menjamin akses bekalan air bersih yang mampan serta memperkasa peranan komuniti dalam menjaga kemudahan awam.
#MalaysiaMADANI
#PembangunanLuarBandar
#KomunitiOrangAsli
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSmKxwqkb/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DVbKOFrkmev/?igsh=MWI2aXFmdXZpaXV4bQ==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/1BGN836qyX/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧
Fiqh Ikhtilaf - Berbeza Tanpa Berpecah
Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia:
Ustaz Adam Iman
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmKNmK3B/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1aZH3gwgjF/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐃𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Johor mempunyai rangkaian institusi TVET yang kukuh melibatkan institusi awam dan swasta di bawah pelbagai kementerian serta kerajaan negeri. Infrastruktur ini menjadi asas penting dalam melahirkan tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri.
Keutamaan Kerajaan ketika ini adalah mempertingkat kualiti penyampaian latihan, mengoptimumkan penggunaan fasiliti sedia ada serta menyelaras program agar sumber yang ada dimanfaatkan sepenuhnya.
Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasa demi memastikan TVET menjadi pemangkin pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat.
#TVET
#Johor
#MalaysiaMADANI
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmKR1wLg/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVaseWTkp0p/?igsh=MTN1cHhkb3FoeXd1eA==
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1GJ77T3niY/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐚-𝐬𝐢𝐚
Tiada satu pun amalan yang terlepas daripada pengetahuan Allah. Setiap sedekah, setiap doa, setiap bantuan yang dihulurkan adalah bekalan untuk perjalanan yang lebih jauh.
Marilah kita terus memperbanyakkan amal dan pada masa yang sama memohon keampunan kepada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
#RisalahTaalim13
#Ramadan1447H
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSmKJQfCg/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1DbFGxzo4R/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DVap4AJEpAu/?igsh=Mzk3cTh6ZjI3Zjkw
📱X:
https://x.com/i/status/2028759606827356323
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVap3epAiTv?xmt=AQF0kAN8b_31lNxkPSFhk3fWeszAMw2iPEquTCX7aSErRnMXeD6pOpQjFkVot0sUjR8DdX76&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Bagi saya, pembangunan tidak boleh terhenti pada kelulusan atau pengumuman semata-mata. Ia mesti dilaksanakan secara tersusun dan benar-benar dirasai oleh rakyat.
Atas komitmen itu, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Bagan Datuk bagi memastikan setiap projek dan inisiatif di kawasan Parlimen ini dipantau secara berterusan serta bergerak mengikut jadual yang ditetapkan.
Untuk tahun ini sahaja, sebanyak 35 projek telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1, RMK-13 melibatkan pelbagai komponen pembangunan termasuk infrastruktur pentadbiran, pendidikan, jalan perhubungan, kawalan hakisan pantai, pembangunan usahawan, pertanian berteknologi serta kemudahan komuniti. Beberapa projek baharu turut berada pada fasa awal pelaksanaan dan perancangan.
Selain itu, projek di bawah KKDW seperti Jalan Perhubungan Desa (JPD), Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Program Ameniti Sosial (PAMS) terus menjadi fokus kerana inilah tunjang utama dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.
Saya turut menekankan kepentingan penyelarasan yang lebih berkesan antara kementerian, agensi, GLC serta semua pihak berkepentingan supaya tiada kelewatan yang boleh menjejaskan pelaksanaan agenda pembangunan.
Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan setiap usaha dipantau dengan rapi dan dilaksanakan sebaiknya. Insya-Allah, kita akan terus bekerja demi kemajuan Bagan Datuk agar setiap agenda pembangunan selari dengan keperluan sebenar masyarakat.
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱FB: https://www.facebook.com/share/1BLXYR3MoA/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVaWtfZEvUy/?igsh=MTV4aTdtZnk2eXNpcw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2028715907359629786?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVaXDfhj1sj?xmt=AQF0y-joFs5sWJ7YzS-Y0Dpe9RPCbGtNaJD53mgVHkWNy58bTbD08dwO_KX-DVu1uKFwW8vV&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Вже доступно! Дослідження Telegram за 2025 — головні інсайти року 
