es
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Ir al canal en Telegram

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada
364
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días
Archivo de publicaciones
𝐒𝐢𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧-𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Pembangunan negara memerlukan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Apabila kedua-duanya bergerak seiring, dasar dan perancangan akan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun sekali gus memberi manfaat yang menyeluruh kepada rakyat. Petang tadi saya telah hadir ke Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, Putrajaya bagi menyelaras pengurusan kewangan negara serta memperkukuh kerjasama pembangunan antara Persekutuan dan Negeri. Kehadiran pimpinan negeri dari seluruh negara mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan hubungan Persekutuan dan Negeri terus kukuh demi kemajuan negara. Insya-Allah, kerjasama ini akan terus menjadi asas kepada pembangunan yang seimbang serta kesejahteraan rakyat di seluruh Malaysia. #MajlisKewanganNegara #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/14SktWaXmfq/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVgUFz1Es3D/?img_index=1&igsh=MTM4MWttN3Z0NmZ1Yw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029553881664102692?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVgUHrGj-41?xmt=AQF029bYy7AaAcQSmhPXfit7XBFVy0lmdueyIbONp3Xn1Dsq9IhjxF7crEugHscGw1ueEA4o&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Memahami Anak Muda Dalam Perspektif Islam Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Abdul Hadi Basri 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSue6d9JU/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/16vG8BZFQj/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐊𝐞𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧, 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil.1/2026 yang saya pengerusikan hari ini telah menetapkan sasaran baharu iaitu 70% penyertaan lepasan SPM dalam bidang TVET menjelang akhir RMK13. Setakat Disember 2025, kadar penyertaan telah mencapai 53.9%, menunjukkan perkembangan positif ke arah sasaran tersebut. Beberapa inisiatif baharu turut dipersetujui termasuk program Digital Freelancing TVET bagi membuka peluang pendapatan melalui ekonomi digital global, program TVETPreneurs untuk melahirkan usahawan muda TVET, serta pengukuhan latihan melalui PERHEBAT bagi membantu anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bakal bersara memasuki sektor pekerjaan baharu. TVET juga akan diperluaskan ke sektor strategik seperti agromakanan melalui TVET Pertanian, di samping membuka laluan kepada pelajar tahfiz untuk memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 yang setara diploma, sekali gus memperluas peluang kerjaya dalam bidang kemahiran profesional. Mesyuarat hari ini turut menetapkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 akan berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya sebagai platform menghimpunkan institusi TVET, pemain industri serta komuniti bagi memperluas peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kemahiran. Insya-Allah, kita mahu TVET terus menjadi pilihan masa depan dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang berdaya saing dan mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara. #MTVET #TVET #TVETMalaysia #JomPilihTVET 📱FB: https://www.facebook.com/share/1F8Fh87ruw/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVfgqnnkrIF/?img_index=1&igsh=MTg2OWVpcXY1ODY3Ng== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029440856525304288?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVfg03qj25n?xmt=AQF0c-v27WTc_lPEgeC_7kRpuIhr16Qtst_5cHhb8GU2TM0tgCLKiJW7fQMH97O7_XQRynkZ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

*Tadarus Ramadan 1447H* Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 14 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Al-Hijr ayat 2 sehingga Surah An-Nahl ayat 128. Qari: 1. Ustaz Mohammad Syakir Asyraf 2. Hj Mohammad Zaki bin Hj Abdullah 3. Hj Mohd Hazwan bin Hamdan Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/share/v/19cban6iVh/?mibextid=wwXIfr https://vt.tiktok.com/ZS9dFnSRugGy2-DSKCY/

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Puasa Membawa Laba Kepada Pengamalnya Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Dato' Zainal Abidin Sakom 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmoVcJVM/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DjpbHtvE7/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐪𝐰𝐚 Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bertujuan membentuk jiwa yang bertakwa. Takwa lahir daripada kesedaran bahawa setiap perbuatan dan niat sentiasa berada dalam pengetahuan Allah SWT. Mudah-mudahan setiap ibadah yang kita laksanakan menjadi langkah menuju perubahan diri yang lebih baik dan lebih dekat kepada-Nya. #RisalahTaalim14 #Ramadan1447H 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSmoxMKgp/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1B4RPTxEra/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVdOwqtklHU/?igsh=MTlkM2kwbmYyeG4wdQ== 📱X: https://x.com/i/status/2029121662457954571 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVdOp2JAX1T?xmt=AQF0Bib0YCsmSr71p03EOv1UnHr1h_B6-owecQD6-j3IvmMX1vMn02BXzjzIyWvI_BMRvBfA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐊𝐊𝐃𝐖 Memasuki Ramadan yang ke-14 hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW di Putrajaya. Dalam mesyuarat ini, saya bersama barisan kepimpinan kementerian dan agensi menyelaraskan pelbagai agenda serta memastikan setiap perancangan dapat digerakkan dengan lebih tersusun dan berkesan. Bagi saya, penyelarasan yang kukuh antara kementerian dan agensi amat penting supaya setiap dasar dan inisiatif yang dirangka benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, khususnya masyarakat desa di seluruh negara. Insya-Allah, kita akan terus bekerja sebagai satu pasukan dalam memastikan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. #KKDW #PejuangDesa #DesaSejahtera 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DjmH9yNuj/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVdLIldEuoj/?igsh=MWV3ZWMyN3pxNGp3Yw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029112171947303363?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVdLQDyD2Mb?xmt=AQF0kKuiq4Fie1qrCPCoaa0BAshQHMCSi-A5KiP72ymX2AhECxL2Spd2PsoViOgfcSO1rT8&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

*Tadarus Ramadan 1447H* Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 13 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi *Surah Yusuf ayat 53 hingga Surah Ibrahim ayat 52* *Qari:* *1. YM Tengku Haphiz Tengku* *2. ⁠Ustaz Wan Ahmad Radzi Wan Ramli* *3. ⁠Ustaz Nurhisam Johari* Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. *#TadarusRamadan #Ramadan1447H* https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/videos/1499303284866273 https://vt.tiktok.com/ZS9dRykk2Hx7W-S5ZOn/

𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, sejumlah RM 42 Juta telah diperuntukkan bagi menampung kos penyelenggaraan sistem ini. Pendekatan pelaksanaan turut melibatkan penyertaan komuniti setempat bagi memantau operasi dan memastikan sistem sentiasa berada dalam keadaan baik. Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam menjamin akses bekalan air bersih yang mampan serta memperkasa peranan komuniti dalam menjaga kemudahan awam. #MalaysiaMADANI #PembangunanLuarBandar #KomunitiOrangAsli 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSmKxwqkb/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVbKOFrkmev/?igsh=MWI2aXFmdXZpaXV4bQ== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1BGN836qyX/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Fiqh Ikhtilaf - Berbeza Tanpa Berpecah Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Adam Iman 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmKNmK3B/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1aZH3gwgjF/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐃𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 Johor mempunyai rangkaian institusi TVET yang kukuh melibatkan institusi awam dan swasta di bawah pelbagai kementerian serta kerajaan negeri. Infrastruktur ini menjadi asas penting dalam melahirkan tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri. Keutamaan Kerajaan ketika ini adalah mempertingkat kualiti penyampaian latihan, mengoptimumkan penggunaan fasiliti sedia ada serta menyelaras program agar sumber yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasa demi memastikan TVET menjadi pemangkin pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat. #TVET #Johor #MalaysiaMADANI 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmKR1wLg/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVaseWTkp0p/?igsh=MTN1cHhkb3FoeXd1eA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1GJ77T3niY/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐚-𝐬𝐢𝐚 Tiada satu pun amalan yang terlepas daripada pengetahuan Allah. Setiap sedekah, setiap doa, setiap bantuan yang dihulurkan adalah bekalan untuk perjalanan yang lebih jauh. Marilah kita terus memperbanyakkan amal dan pada masa yang sama memohon keampunan kepada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. #RisalahTaalim13 #Ramadan1447H 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSmKJQfCg/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DbFGxzo4R/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVap4AJEpAu/?igsh=Mzk3cTh6ZjI3Zjkw 📱X: https://x.com/i/status/2028759606827356323 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVap3epAiTv?xmt=AQF0kAN8b_31lNxkPSFhk3fWeszAMw2iPEquTCX7aSErRnMXeD6pOpQjFkVot0sUjR8DdX76&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Bagi saya, pembangunan tidak boleh terhenti pada kelulusan atau pengumuman semata-mata. Ia mesti dilaksanakan secara tersusun dan benar-benar dirasai oleh rakyat. Atas komitmen itu, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Bagan Datuk bagi memastikan setiap projek dan inisiatif di kawasan Parlimen ini dipantau secara berterusan serta bergerak mengikut jadual yang ditetapkan. Untuk tahun ini sahaja, sebanyak 35 projek telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1, RMK-13 melibatkan pelbagai komponen pembangunan termasuk infrastruktur pentadbiran, pendidikan, jalan perhubungan, kawalan hakisan pantai, pembangunan usahawan, pertanian berteknologi serta kemudahan komuniti. Beberapa projek baharu turut berada pada fasa awal pelaksanaan dan perancangan. Selain itu, projek di bawah KKDW seperti Jalan Perhubungan Desa (JPD), Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Program Ameniti Sosial (PAMS) terus menjadi fokus kerana inilah tunjang utama dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Saya turut menekankan kepentingan penyelarasan yang lebih berkesan antara kementerian, agensi, GLC serta semua pihak berkepentingan supaya tiada kelewatan yang boleh menjejaskan pelaksanaan agenda pembangunan. Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan setiap usaha dipantau dengan rapi dan dilaksanakan sebaiknya. Insya-Allah, kita akan terus bekerja demi kemajuan Bagan Datuk agar setiap agenda pembangunan selari dengan keperluan sebenar masyarakat. #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱FB: https://www.facebook.com/share/1BLXYR3MoA/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVaWtfZEvUy/?igsh=MTV4aTdtZnk2eXNpcw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2028715907359629786?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVaXDfhj1sj?xmt=AQF0y-joFs5sWJ7YzS-Y0Dpe9RPCbGtNaJD53mgVHkWNy58bTbD08dwO_KX-DVu1uKFwW8vV&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

*Tadarus Ramadan 1447H* Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 12 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Hud ayat 6 sehingga Surah Yusuf ayat 52. Qari: 1. Ustaz Mohammad Syakir 2. ⁠Asyraf Darius Hazreeq Bin Mohd Nor Azlan 3. ⁠Ustaz Muhammad Amir Haziq Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/share/v/19AqBQFqfu/?mibextid=wwXIfr https://vt.tiktok.com/ZS9eoESJSBoNX-RuOGF/

𝐌𝐀𝐑𝐀 𝟔𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧: 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐤𝐫𝐚𝐭 Saya kongsikan rangkuman ketika sambutan ulang tahun ke-60 MARA yang menghimpunkan ribuan Gen Huffaz Teknokrat dalam satu majlis penuh makna dan pengisian rohani. Sambutan ini membuktikan komitmen MARA bukan sahaja melahirkan profesional dan teknokrat, tetapi generasi berteraskan al-Quran, ilmu dan akhlak. Ke hadapan, kita terus meletakkan sasaran melahirkan lebih ramai huffaz profesional yang mampu memimpin negara dengan integriti dan nilai yang kukuh, insya-Allah. #MARA60Tahun #GenHuffaz #MARA 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSm3wMP5H/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVYlw-tku_A/?igsh=MWtuajduaXc2ZnowYg== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1GtjPrr8JZ/ 📱YouTube: https://youtu.be/aI7X4ArB8M8?si=FWi3vvo-QOrVu8Yk 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Memahami Anak Muda - Fiqh Dakwah Mengikuti Realiti Generasi Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Mohamad Anas 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSm35WWoq/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/171nJj5wMg/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 Ramadan adalah bulan al-Quran, petunjuk dan cahaya buat seluruh manusia. Inilah waktu terbaik untuk kita mendekatkan diri dengan kalam Allah SWT melalui bacaan dan penghayatan yang berterusan. Jadikan al-Quran teman harian kita dan bukan sekadar dibaca, tetapi difahami dan diamalkan. Semoga ia menjadi cahaya yang memimpin langkah kita. #RisalahTaalim12 #Ramadan1447H 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSm3AaqvN/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1A4dNH3xgZ/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVYFKO4kmuy/?igsh=enJxbnBwYTVkNjQ0 📱X: https://x.com/i/status/2028395259194130573 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVYFETiDiNC?xmt=AQF01leCvVIKY0ImFLS0vT2VoKXq5vhw4B-7DG4qAT7saI-wR9tRycnzuHfUK_JcFgl6eLjx&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐢𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 Rentetan dari Pemukiman KKDW 2026 baru-baru ini, saya telah meminta agar diadakan satu sesi khusus untuk saya duduk semeja bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat di bawah KKDW. Bagi saya, hala tuju kementerian tidak boleh bergerak secara silo. Ia mesti diselaraskan dengan jelas, profesional dan berasaskan strategi yang sama. Alhamdulillah, hari ini kami dapat berkumpul di Parlimen dalam satu pertemuan khas. Saya gunakan ruang ini untuk berbincang mengenai pelan tindakan ke hadapan, keperluan membina sinergi yang lebih kukuh serta memperkemas tadbir urus agar setiap entiti bergerak seiring dengan agenda pembangunan desa yang kita pikul bersama. Saya juga menitipkan beberapa panduan kepada semua Ketua Pegawai Eksekutif bahawa kepercayaan datang bersama tanggungjawab dan prestasi mesti diterjemahkan dalam bentuk hasil yang boleh dirasai rakyat. Insya-Allah, dengan pengurusan yang profesional dan kesatuan haluan, kita mampu memperkukuh peranan anak-anak syarikat KKDW sebagai pemangkin ekonomi desa. #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1D4Q3YJYKv/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVX-NxeEhs5/?igsh=MTFibTBscms5MHYwbA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2028379860796907804?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVX-PRGj04h?xmt=AQF0QUn6JpmTMIyeakNMuT-ji1eWM4CndX6axEkpwZFcx6G_8jHVBod5d_cFY8EI2Ve5OMM&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐢𝐭𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐢 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Alhamdulillah, selesai menyempurnakan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja 2026 di Dewan Negara sebentar tadi. Saya merakamkan penghargaan kepada sembilan Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan serta mengemukakan pandangan, cadangan dan soalan berkaitan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi di bawah seliaan saya termasuk Sekretariat MTVET, NADMA dan FELDA. Dalam penggulungan ini, saya telah menegaskan komitmen berterusan Kerajaan untuk memperkukuh agenda pembangunan luar bandar, memperkasa TVET, meningkatkan kesiapsiagaan pengurusan bencana serta memastikan kebajikan dan masa depan komuniti di bawah tanggungjawab kementerian terus terpelihara. Insya-Allah, segala pandangan yang dibangkitkan akan terus diteliti dan diterjemahkan kepada tindakan yang konkrit demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. #DewanNegara #KKDW #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1QmBLHfoen/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVX6LHUErKT/?igsh=M2l0ZjVzMG5qbTRk 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2028372289197424714?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVX6y1kjxMa?xmt=AQF0AowayJPoJXwKf4mkVu5DApCGMXUF2hQ96TtZ-ujNrP7mJu61ozy1dRuGu3kdUcUYS0fG&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Masih terasa suasana semalam.. lautan putih #GenHuffaz yang memenuhi ruang Masjid Wilayah. Allahuakbar. Rindu pada semangat itu, rindu pada alunan ayat-ayat suci yang menyatukan ribuan jiwa dalam satu niat dan tujuan yang sama. Buat anak-anak Huffaz yang sedang dalam perjalanan pulang, saya doakan semoga selamat tiba ke destinasi masing-masing. Insya-Allah kita jumpa lagi nanti ya. #GenHuffaz #MembinaGenerasiAlQuran 📱FB: https://www.facebook.com/share/1E3TP9MfAH/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVXcX8rEpsS/?igsh=MWVodzVxa2s5MnRkNg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2028305588929831420?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVXcfOrDwIK?xmt=AQF0ZnhQJgsXl7SKH8TUkCrneQEY_Vl7EKJjeie5G_-wPkDUbzvrQcuDFJ44OJgbq0O3TXm2&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel