ch
Feedback
Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻

Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻

前往频道在 Telegram

This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻 For inquiries, directly ask in a discussion group ✨

显示更多

📈 Telegram 频道 Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻 的分析概览

频道 Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻 (@pendidikanislamspmnotes) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 20 516 名订阅者,在 教育 类别中位列第 9 659,并在 马来西亚 地区排名第 1 781

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 20 516 名订阅者。

根据 14 七月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 182,过去 24 小时变化为 12,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 14.77%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻 For inquiries, directly ask in a discussion group ✨

凭借高频更新(最新数据采集于 15 七月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 教育 类别中的关键影响点。

20 516
订阅者
+1224 小时
+1567
+18230
帖子存档
9. Isu: Qada' dan Qadar A) Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Meyakini bahawa setiap baik dan buruk datang daripada Allah SWT dan Allah SWT mengurniakan manusia akal untuk berfikir dengan berikhtiar untuk memilih antara baik dengan buruk
(Aliran yang lain) Muktazilah:
Meyakini bahawa setiap baik dan buruk datangnya daripada manusia semata-mata
B) Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Meyakini bahawa setiap baik dan buruk datang daripada Allah SWT dan Allah SWT mengurniakan manusia akal untuk berfikir dengan berikhtiar untuk memilih antara baik dengan buruk
(Aliran yang lain) Muktazilah:
Meyakini bahawa setiap baik dan buruk datangnya daripada Allah SWT semata-mata (tanpa berusaha)

Jawapan:
Anonymous voting

8. Isu: Pelaku Dosa Besar A) Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Pelaku dosa besar tetap dikira sebagai mukmin bukan kafir dan dihukum fasik jika tidak bertaubat
(Aliran yang lain) Khawarij:
Pelaku dosa besar dianggap dosa besar dan kafir
Muktazilah:
Pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal di dalam neraka
B) Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Pelaku dosa besar tetap dikira sebagai mukmin bukan kafir dan dihukum fasik jika tidak bertaubat
(Aliran yang lain) Syiah:
Pelaku dosa besar dianggap dosa besar dan kafir
Muktazilah:
Pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal di dalam neraka

Jawapan:
Anonymous voting

7. Isu: Melihat Allah SWT A) Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Meyakini bahawa semua orang beriman dapat melihat Allah SWT pada Hari Akhirat kelak
(Aliran yang lain) Muktazilah:
Mengatakan bahawa adalah mustahil makhluk boleh melihat Allah SWT kerana Allah SWT tidak menyerupai makhluk
B) Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Mengatakan bahawa adalah mustahil makhluk boleh melihat Allah SWT kerana Allah SWT tidak menyerupai makhuk
(Aliran yang lain) Muktazilah:
Meyakini bahawa semua orang beriman dapat melihat Allah SWT pada Hari Akhirat kelak
C) Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Meyakini bahawa semua orang beriman tidak dapat melihat Allah SWT pada Hari Akhirat kelak
(Aliran yang lain) Muktazilah:
Mengatakan bahawa adalah harus makhluk boleh melihat Allah SWT pada Hari Akhirat kelak

Jawapan:
Anonymous voting

6. Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan aliran yang bertentangan dengannya tentang beberapa isu Isu: Adakah Al-Quran Makhluk? A) Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Meyakini bahawa Al-Quran merupakan Kalam Allah SWT yang bersifat Hadis (baharu)
Muktazilah:
Mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk yang bersifat Qadim (sedia ada)
B) Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Meyakini bahawa Al-Quran merupakan Kalam Allah SWT yang bersifat Qadim (sedia ada)
Muktazilah:
Mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk yang bersifat Hadis (baharu)
C) Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Meyakini bahawa Al-Quran merupakan makhluk yang bersifat Hadis (baharu)
Muktazilah:
Mengatakan bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang bersifat Qadim (sedia ada)

Jawapan:
Anonymous voting

5. Apakah prinsip utama Muktazilah? A) Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW B) Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan adalah bukti kesempurnaan iman C) Al-Manzilah bainal Manzilatain: Meyakini bahawa pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal di dalam neraka D) Beriktikad bahawa orang yang melakukan maksiat dikira berdosa besar dan kafir

Jawapan:
Anonymous voting

4. Apakah prinsip utama Khawarij? A) Jawatan Khalifah atau Imam hendaklah diserahkan pemilihannya kepada rakyat untuk memilih sesiapa sahaja daripada kaum Muslimin yang lain B) Al-Adl: Meyakini manusia bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan mereka sama ada baik atau buruk tanpa ditentukan oleh Allah SWT C) Meyakini bahawa Imam-Imam adalah maksum, iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar D) Amar Makruf Nahi Mungkar: Meyakini bahawa menyeru kebaikan dan mencegah keburukan adalah wajib ditegakkan dalam apa keadaan sekalipun

Jawapan:
Anonymous voting

3. Apakah prinsip utama Syiah? A) Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib seperti yang diwahyukan dalam Al-Quran dan Sunnah B) Wajib keluar menentang pemimpin atau khalifah yang tidak adil C) Menyanjung Saidina Ali RA secara keterlaluan sehingga disamakan dengan Rasulullah SAW D) Mereka menyatakan bahawa Saidina Ali telah melakukan dosa besar serta kufur kerana bersetuju mengadakan majlis tahkim

Jawapan:
Anonymous voting

2. Apakah prinsip Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah? A) Syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin Tuhannya, termasuklah syafaat Baginda untuk pelaku dosa besar kerana mereka masih dikira beriman B) Menolak ijmak dan qiyas C) Beriktikad bahawa orang yang melakukan maksiat dikira berdosa besar dan kafir D) At-Tauhid: menafikan sifat ma'ani pada Zat Allah SWT

Jawapan:
Anonymous voting

1. Apakah takrif Ahli Sunnah Wal Jamaah? A) Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abu Talib RA dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW dan berkeyakinan bahawa hanya Ahlul Bait sahaja yang lebih layak memegang jawatan khalifah B) Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada Al-Quran dan Sunnah menerusi para sahabat dan Tabi'in serta Tabi' Tabi'in dalam prinsip Akidah, Syariah dan Akhlak C) Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abu Talib RA yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan majlis tahkim D) Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin Ata' setelah berlaku perbezaan pendapat antara beliau dengan guru beliau Hasan al-Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar

Kuiz Bidang: Akidah Tajuk: Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kuiz Bidang: Al-Quran Tajuk: Ciri-Ciri Mukmin Berjaya

selamat menjawab ✨.. moga batch 08 dipermudah untuk menjawab soalan spm nanti.. moga batch 08 dapat banggakan para asatizah, para guru, mak ayah.. moga batch 08 dapat mengekalkan momentum supaya dapat konsisten study setiap hari sehinggalah tamat persekolahan.. doakan kami (batch 07) supaya kami dapat keputusan yang cemerlang 🫶🏻