Media ACF
前往频道在 Telegram
📈 Telegram 频道 Media ACF 的分析概览
频道 Media ACF (@mediaacf) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 10 077 名订阅者,在 宗教与灵性 类别中位列第 9 215,并在 马来西亚 地区排名第 3 667 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 10 077 名订阅者。
根据 09 七月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -235,过去 24 小时变化为 -4,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 6.54%。内容发布后 24 小时内通常能获得 3.54% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 660 次浏览,首日通常累积 357 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Media ACF, Media Peradaban”
凭借高频更新(最新数据采集于 10 七月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 宗教与灵性 类别中的关键影响点。
10 077
订阅者
-424 小时
-367 天
-23530 天
帖子存档
10 077
Repost from tvsufi.com
𝐄𝐒𝐎𝐊 | 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔: 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐃𝐀𝐁𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑
Dunia sedang berubah.
Kuasa-kuasa besar sedang bersaing menentukan arah peradaban baharu. Dalam arus perubahan ini, di manakah letaknya Alam Melayu?
Suatu ketika dahulu, Alam Melayu menjadi pusat penyebaran Islam, melahirkan para ulama, ilmuwan, pendakwah dan pemerintah yang membina sebuah tamadun yang dihormati dunia.
Namun hari ini, warisan itu semakin dilupakan.
𝐀𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞𝐠𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭?
𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢?
Sertai Jelajah Siri 2.0 yang akan menghimpunkan tokoh-tokoh untuk mengupas:
✨ Cabaran perubahan dunia dan masa depan umat.
✨ Sejarah serta warisan Peradaban Nusantara yang semakin dilupakan.
✨ Gagasan Alif Mim Sin sebagai kerangka membina insan dan mengembalikan kebangkitan Peradaban Timur.
📍 Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur
📅 ESOK | 11 Julai 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
🎟️ Masuk adalah PERCUMA . Sumbangan hibah amat dialu-alukan dan boleh diberikan semasa pendaftaran.
📝 Daftar sekarang :
https://forms.gle/ZS7H53sMP6HzhV8WA
Ini bukan sekadar sebuah seminar. Ini adalah ruang untuk memahami sejarah, membaca realiti semasa, dan merangka masa depan umat.
Jangan sekadar menjadi pemerhati kepada perubahan dunia. Jadilah sebasebasebahagianipadaeka yang memahami dan membina kebangkitan Peradaban Timur .
Tempat adalah terhad. Jumpa anda esok, insya-Allah.
#PeradabanTimur #AlamMelayu #AlifMimSin #BangkitPeradabanTimur #JelajahSiri2
10 077
Repost from Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
ALHAMDULILLAH 🤍
Lagu-lagu rasmi perjalanan kita kini berada di Spotify.
Bermula dengan Bukit Bintang Berselawat 3.0, diteruskan melalui Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 1.0, dan kini menuju MBMD 2.0.
Setiap lagu bukan sekadar sebuah karya, tetapi rakaman sebuah perjalanan… menyemai cinta kepada Rasulullah SAW, mengangkat institusi, memperkukuh semangat menjunjung agama, Raja dan watan, serta menyatukan hati-hati umat.
Kini, anda boleh menghayatinya pada bila-bila masa, di mana sahaja.
🎧 Dengar. Hayati. Kongsikan.
Spotify MJMD :
https://open.spotify.com/album/3Zri2KSilryc8nGR6xTgYt?si=7RZUjNyKSymkRGxSCH6UYw
Jangan lupa Follow akaun Spotify MJMD dan kongsikan kepada keluarga serta sahabat agar lebih ramai dapat bersama menghidupkan budaya berselawat melalui karya-karya ini.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat
10 077
Alhamdulillah.
ACF menyokong penuh penganjuran Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0 sebagai wadah menyatukan ummah melalui selawat, memperkasa institusi masjid serta menyemai kecintaan kepada agama, Raja dan watan.
Semoga usaha murni ini menjadi asbab lahirnya masyarakat yang lebih berilmu, beradab dan bersatu dalam membina Peradaban Timur yang berteraskan nilai-nilai Islam.
Insya Allah, kita bertemu di MBMD 2.0.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #BangkitPeradabanTimur #MediaACF
10 077
Repost from Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
RIBUAN TELAH MEMULAKANNYA DI BANDAR SAUJANA PUTRA. KINI, GILIRAN KLANG MENJADI SAKSI.
Alhamdulillah, Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) yang pertama telah menghimpunkan ribuan masyarakat dalam satu semangat yang sama—berselawat kepada Rasulullah SAW, memartabatkan institusi masjid serta menyemai kecintaan terhadap agama, Raja dan watan dan kedaulatan negara.
Kini, perjalanan itu diteruskan.
MBMD 2.0 hadir ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandar Diraja Klang, Selangor dengan pengisian yang lebih menyeluruh, menggabungkan selawat, ilmu, sejarah, warisan, kenegaraan, seni budaya dan pembangunan komuniti dalam satu gerakan yang menyatukan masyarakat.
Berteraskan semangat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat, MBMD 2.0 mengajak masyarakat menghayati bahawa kedaulatan sesebuah negara tidak hanya dipertahankan melalui kekuatan fizikal, tetapi turut diperkukuhkan dengan iman, ilmu, perpaduan, adab serta institusi yang menjadi tiang seri negara.
Kerana membina sebuah peradaban bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menghidupkan kembali nilai yang membentuk sesebuah bangsa serta mempertahankan kedaulatan yang diwariskan kepada kita.
🗓️25 Julai 2026 (Sabtu)
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandar Diraja Klang, Selangor
Pameran Sejarah & Kesultanan • Pameran Al-Quds • Explorace Kenegaraan • Aktiviti Kekeluargaan & Komuniti • Persembahan Seni Budaya • Kuliah Maghrib • Majlis Selawat, Tausiyah & Doa Munajat • Deklarasi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Ayuh bersama menjadi sebahagian daripada gelombang kebangkitan ini.
🔸 Klik “Hadir/Going” di Facebook Event MBMD 2.0 https://facebook.com/muafakatjelata
🔸 Kongsi poster ini kepada keluarga dan rakan-rakan.
🔸 Ajak mereka hadir bersama pada 25 Julai 2026.
Kita bukan sekadar memenuhi ruang masjid, tetapi menghidupkan semula semangat muafakat dalam masyarakat.
Junjung Daulat. Jelata Muafakat.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #BangkitPeradabanTimur
10 077
✨ALAM MELAYU : TERAJU PERADABAN TIMUR
Sempena Hari Peradaban Bangsa Melayu
Dunia sedang berubah dengan pantas, dan paksi global sedang beralih. Persoalannya… adakah kita hanya akan kekal menjadi pemerhati sejarah, atau turut bersiap sedia melangkah ke hadapan untuk memimpin masa depan?
Hari ini, ramai yang membincangkan tentang kemerosotan tamadun, krisis akhlak dan kaburnya identiti generasi muda. Namun, di manakah titik mula penyelesaiannya?
Seminar ini bukan sekadar sebuah wacana teori di atas kertas. Ia merupakan medan kesedaran untuk menyatukan semula titik-titik sejarah, warisan, akidah dan masa depan Alam Melayu sebagai pasak utama pembinaan Peradaban Timur.
3 Kupasan Eksklusif yang Bakal Membuka Minda Anda
1. Strategi & Persediaan
Oleh Tuan Khalid Yahya
Bagaimanakah Alam Melayu membaca dan menghadapi badai perubahan geopolitik dunia?
2. Teladan Agung
Oleh Bonda TunSuzana Othman
Menyingkap kembali kerangka (blueprint) Sayyid Jumadil Kubro_ dalam membina modal insan serta meletakkan asas kepada pembinaan Peradaban Alam Melayu.
3. Rahsia “Alif Mim Sin”*
Oleh Tuan Haji Razali Daud
Membongkar gagasan tersirat serta tunjang Peradaban Melayu yang jarang-jarang dikupas dan masih belum diketahui oleh ramai.
Dengarkan kupasan tuntas daripada tiga tokoh berwibawa yang telah bertahun-tahun mengkaji, menulis dan menggerakkan usaha membina kesedaran umat mengenai sejarah, jati diri dan masa depan Peradaban Alam Melayu.
Jika anda sayangkan agama, bangga dengan warisan bangsa, dan peduli tentang masa depan anak cucu kita, inilah pertemuan ilmu yang sewajarnya anda hadiri.
BUTIRAN SEMINAR
📍 Tempat : Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur
📅 Tarikh : Sabtu, 11 Julai 2026
🕘 Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
🎟️ Penyertaan : PERCUMA
(Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan bagi menyokong kelangsungan dakwah dan penyebaran ilmu)
TEMPAT ADALAH TERHAD
Amankan slot kehadiran anda lebih awal demi keselesaan, dan panjangkan jemputan ini kepada keluarga serta sahabat terdekat.
Pendaftaran :
https://forms.gle/ZS7H53sMP6HzhV8WA
10 077
Repost from tvsufi.com
Dalam dunia yang semakin berubah, ilmu menjadi bekal untuk kita lebih bersedia.
Jom bersama dalam Sesi Bedah Buku 1.0: Persedian Menghadapi Perubahan Dunia bersama penulis buku, En. Khalid Yahya.
📍 Live di TikTok: tvsufi.com
🗓 3 Julai 2026, Jumaat
⏰ 9.15 malam
Buku ini telah terjual 500 naskhah dalam masa 14 hari sahaja.
kini tiba masanya kita bedah isi dan manfaatnya bersama.
Jangan lupa join live malam ini.
#perangperalihandunia
#TigaKotaSuci
#AlifMimSin
10 077
ADAKAH KITA HANYA SEBUAH BANGSA YANG KECIL, ATAU KITA SEBENARNYA GERGASI YANG SEDANG TIDUR?
Dunia tidak berubah secara kebetulan. Setiap zaman mempunyai corak, percaturan dan naratifnya sendiri.
Apabila kita melihat krisis global hari ini, kita sering berasa kerdil. Kita melihat diri kita hanya sebagai sebuah negara kecil bernama Malaysia dengan populasi sekitar 30 juta orang. Namun, itulah kesilapan besar dalam membaca sejarah.
Kita perlu mengubah cara pandang.
Jangan melihat diri kita secara terpencil. Sebaliknya, lihatlah daripada lensa yang lebih luas sebagai sebuah Nusantara atau Alam Melayu yang merangkumi lebih 300 juta jiwa.
Hanya dengan pandangan yang melangkaui sempadan moden ini, kita akan sedar betapa besarnya potensi dan impak yang mampu kita lakarkan dalam perubahan peradaban dunia.
Mengapa geopolitik dan sejarah kita begitu penting?
1. Kedudukan Strategik yang Menentukan Dunia
Jika dunia Arab mempunyai Selat Hormuz yang mampu menggoncang ekonomi global andai ditutup, kita di Nusantara pula mempunyai Selat Melaka. Kepentingan kedua-dua selat ini setara. Kita berada di salah satu laluan paling strategik di dunia.
2. Ancaman Sekularisme
Peradaban kita sedang dihimpit oleh ideologi sekularisme yang cuba memisahkan Tuhan daripada kehidupan, pemerintahan dan sistem pendidikan arus perdana.
Apabila kita jahil tentang jati diri serta akar sejarah sendiri, kita akan kehilangan arah dan prinsip yang diwarisi daripada nenek moyang.
3. Kekuatan Kesatuan Nusantara
Umat Melayu di Nusantara merupakan subset penting kepada umat Islam. Keseragaman pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dibawa oleh para ulama terdahulu menjadi faktor penyatu.
Apabila kesedaran ini dibangkitkan semula, ia mampu membawa perubahan yang sangat besar.
Setiap zaman membawa cabaran. Namun, dalam setiap cabaran juga terdapat peluang untuk bangkit kembali.
Persoalannya, adakah kita mahu terus membiarkan “akar” kita diracuni, atau kita bersedia untuk belajar daripada akar sejarah dan membina semula peradaban?
Perubahan tidak bermula esok. Ia bermula hari ini dengan kesedaran, kefahaman dan tindakan.
Ikuti juga Siri Jelajah Bangkit Peradaban Timur 2.0.
Sudah tiba masanya kita berhenti sekadar menjadi pemerhati, dan mula menjadi generasi yang menyumbang kepada pembinaan masa depan berasaskan ilmu, nilai dan jati diri.
#BangkitPeradabanTimur #PeralihanDunia #AlifMimSin #TigaKotaSuci
10 077
APA KEKUATAN SEBENAR NENEK MOYANG KITA SEHINGGA MAMPU BERTAHAN?
Sejarah bukan sekadar cerita tentang masa lalu yang kaku. Ia adalah cermin yang menunjukkan siapa diri kita hari ini dan bagaimana kita seharusnya meneruskan amanah para leluhur demi kebangkitan peradaban yang indah.
Seawal abad ke-16, tanah air kita telah menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar dunia. Sepanyol, Portugis, British hingga ke Amerika malah kuasa serantau seperti Siam semuanya pernah datang membawa agenda masing-masing. Mereka datang menjarah, menyelidik, dan cuba menghancurkan peradaban kita.
Namun, persoalannya : Bagaimana kita mampu bertahan dan bangkit kembali?
Dalam sesi perkongsian Jelajah Siri 1.0 Bangkit Peradaban Timur, Bonda TunSuzana membawa 3 perkongsian yang membuka minda tentang :
1. Tiga Pasak Kekuatan Hakiki
Kehebatan peradaban Timur suatu ketika dahulu berdiri di atas tiga tiang utama :
• Kekuatan Tauhid
Iman yang Jazam kepada Allah yang membuahkan pertolongan dalam segala aspek kehidupan.
• Peradaban yang Tinggi & Murni
Nilai budi, keilmuan, dan sistem hidup yang sistematik.
• Hubungan Erat dengan Allah & Rasulullah SAW : Menjadikan wahyu dan sunnah sebagai kompas kehidupan.
2. Ancaman Halus "Orientalisme"
Apabila musuh sedar mereka tidak mampu merubuhkan peradaban kita secara fizikal, mereka menukar strategi. British datang, mengkaji kelemahan kita, lalu mencipta jarum Orientalisme. Kesannya? Kita mula kehilangan corak pemikiran asal dan terputus daripada jati diri yang sebenar.
3. Kembali Kepada Jati Diri
Kunci untuk mendepani peralihan kuasa global hari ini bukanlah dengan meniru barat bulat-bulat, tetapi dengan kembali kepada akar kekuatan kita. Kita pernah menjadi bangsa pembina, dan kita mampu kembali ke mercu tersebut jika jati diri kita diperkasakan semula.
Persoalannya, adakah kita mahu terus hanyut dalam pemikiran yang diacukan oleh orang lain, atau kita mahu bangkit membina semula naratif kita sendiri?
Ikuti perkembangan dan perkongsian dalam Siri Jelajah Peradaban Timur 2.0.
Sudah tiba masanya kita memugar kembali kekuatan Tauhid dan jati diri yang telah sekian lama dipendam zaman.
#BangkitPeradabanTimur #PeralihanDunia #AlifMimSin #TigaKotaSuci
10 077
MENYELAMI PERADABAN :
KRISIS DUNIA DAN HARAPAN DARI TIMUR
Dalam siri pembentangan di Seminar Bangkit Peradaban Timur 1.0, naratif yang dibawa bukan sekadar tentang geopolitik atau ramalan masa depan. Ia merupakan satu refleksi mendalam mengenai kedudukan dunia hari ini yang sedang berada di persimpangan jalan—sebuah peralihan zaman yang menuntut kesedaran, bukan sekadar ketakutan.
Dunia hari ini menyaksikan kejatuhan kuasa besar Barat, bukan kerana kekurangan modal atau teknologi, tetapi kerana keruntuhan nilai dan jiwa.
Kita sedang menyaksikan satu kitaran sejarah yang berulang, apabila dunia berada dalam keadaan tenat dan memerlukan suntikan “nafas” baharu.
Namun, apa yang sedang berlaku hari ini—krisis, ketegangan dan ketidakpastian—bukanlah pengakhiran. Sebaliknya, ia merupakan isyarat kepada kelahiran sebuah peradaban baharu.
Menurut pemerhatian serta pembacaan terhadap fakta sejarah dan analisis saintifik, dunia sedang menuju ke arah satu pertembungan besar yang akan mengalihkan tumpuan daripada Barat ke Timur.
Ini bukan sekadar teori kosong, tetapi suatu hakikat yang turut diakui oleh para pemikir geopolitik dunia.
Namun, kebangkitan Timur ini menuntut satu prasyarat yang besar : pembinaan insan.
Kebangkitan yang sebenar tidak akan lahir daripada kekuatan bom, kecanggihan senjata atau dominasi ekonomi semata-mata.
Sebaliknya, ia lahir daripada kebangkitan jiwa manusia yang kembali kepada fitrah. Ia menuntut kesabaran yang digambarkan sebagai ribat—jihad kesabaran yang tinggi—sebagaimana yang sedang dizahirkan oleh penduduk di Asqalan (Gaza).
Peradaban Timur bukanlah sebuah “New World Order” ciptaan tangan manusia yang sarat dengan tipu daya.
Sebaliknya, ia ialah sebuah gagasan yang mengembalikan manusia kepada paksi kebenaran, menelusuri jejak langkah Nabi Muhammad SAW serta para pemimpin agung terdahulu. Ia merupakan usaha mengembalikan maruah, keadilan dan kedaulatan manusia yang berteraskan keinsanan.
Dunia sedang memanggil.
Adakah kita akan terus menjadi penonton dalam babak terakhir sejarah ini, atau kita akan menjadi arkitek kepada peradaban yang bakal dibina semula?
Nantikan Jelajah Siri 2.0 Bangkit Peradaban Timur yang bakal mengupas rahsia ini dengan lebih tuntas.
Kita tidak membina empayar yang menindas. Kita membina insan yang membebaskan.
Bina Insan, Lahir Peradaban.
#BangkitPeradabanTimur #PeralihanDunia
#AlifMimSin #TigaKotaSuci
10 077
Repost from Gagasan ا م س Ibrahim Al Malik ( WIAM)
https://youtu.be/y5oYLb0QvAQ?si=u87D96IasLuRqmR-
Alhamdulillah, dokumentari Safar Sidi Ibrahim Al-Malik ke Tanah Champa 2026 kini siap untuk tontonan.
Sebuah catatan perjalanan selama enam hari yang merakam ziarah ke madrasah, pondok, pertemuan bersama para ulama dan kepimpinan Islam, serta perkongsian ilmu, sejarah dan pembangunan umat di bumi Champa.
Semoga memberi manfaat dan menjadi ibrah buat kita semua.
🎥 Selamat menonton.
10 077
ADAKAH KITA HANYA PEMERHATI ATAU KITA YANG AKAN MENULIS SEJARAH?
Dunia tidak berubah secara kebetulan. Setiap zaman mempunyai corak, percaturan dan naratifnya sendiri.
Segala konflik dan krisis yang kita saksikan hari ini—di Laut China Selatan, Taiwan hinggalah ke rantau kita sendiri—bukan sekadar rentetan berita. Ia menuntut kita memahami gambaran yang lebih besar tentang perubahan dunia yang sedang berlaku.
Dalam sesi perkongsian Jelajah Siri 1 : Bangkit Peradaban Timur, Tuan Khalid Yahya (Che Lid) menegaskan satu perkara yang amat penting:
Kita perlu mengubah cara pandang.
Jangan menjadi seperti “mata belalang” yang hanya melihat satu bab kecil dalam buku sejarah. Sebaliknya, milikilah “mata helang” yang melihat keseluruhan perjalanan sejarah secara menyeluruh.
Hanya dengan pandangan yang lebih luas, kita mampu memahami perubahan besar yang sedang berlaku dan menyediakan diri untuk menghadapinya.
Mengapa perkara ini begitu penting?
1. Peralihan Kuasa Global
Dunia sedang melalui fasa perubahan yang besar. Memahami perubahan ini membolehkan kita bersedia, bukan sekadar menjadi pemerhati.
2. Kekuatan Naratif
Peradaban dibentuk melalui idea, nilai dan persepsi. Jika cara kita berfikir dibentuk oleh ketakutan dan kekeliruan, kita mudah kehilangan arah. Sebaliknya, apabila kita memahami sejarah dan jati diri sendiri, kita mampu membina masa depan dengan lebih yakin.
3. Tiga Kota Suci
Kebangkitan peradaban tidak dapat dipisahkan daripada tiga kota suci :
• Mekah sebagai kota ketauhidan.
• Madinah sebagai kota mahabbah.
• Baitul Maqdis sebagai kota misi dan pemikiran yang berpandukan wahyu.
Inilah asas yang menjadi panduan dalam menghadapi perubahan zaman.
Setiap zaman membawa cabaran, namun dalam setiap cabaran juga terdapat peluang.
Persoalannya, adakah kita sudah bersedia?
Perubahan tidak bermula esok. Ia bermula hari ini… dengan kesedaran, kefahaman dan tindakan.
🎥 Tonton video ini sehingga habis untuk memahami gambaran besar yang dikongsikan dalam sesi ini.
Ikuti juga Siri Jelajah Bangkit Peradaban Timur 2.0.
Sudah tiba masanya kita berhenti sekadar menjadi pemerhati, dan mula menjadi generasi yang menyumbang kepada pembinaan masa depan berasaskan ilmu, nilai dan jati diri.
#BangkitPeradabanTimur #PeralihanDunia #AlifMimSin #TigaKotaSuci
10 077
REKOMENDASI
WACANA ILMUAN MADRASAH
11 Muharram 1448H | 27 Jun 2026
Berdasarkan tinjauan sejarah, kemasyarakatan, dan sistem pendidikan mengenai peranan pondok pesantren atau disebut madrasah sebagai teras akidah, akhlak, dan peradaban umat Islam Nusantara, maka beberapa rekomendasi yang dapat dikemukakan adalah sebagai berikut:
1. Memperkuat Pendidikan Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah
Madrasah hendaknya terus memperkukuh pengajaran akidah yang bersumber daripada Al-Qur’an, Sunnah, dan manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah aliran Asyairah dan Maturidiah agar mampu membentengi umat daripada fahaman ekstremisme, liberalisme, sekularisme, dan pelbagai bentuk penyimpangan akidah yang semakin berkembang pada era digital.
2. Menjadikan Pembinaan Akhlak sebagai Teras Pendidikan
Pendidikan akhlak dan adab perlu terus menjadi keutamaan dalam seluruh sistem pendidikan Madrasah melalui keteladanan guru, kehidupan berjemaah, disiplin harian, dan pembiasaan ibadah sehingga lahir generasi yang berilmu, beradab, dan berintegriti.
3. Memelihara Tradisi Sanad dan Keilmuan Islam
Madrasah perlu mempertahankan tradisi talaqqi, sanad, dan pengajian kitab-kitab turath sebagai mekanisme menjaga keaslian ilmu Islam serta memastikan kesinambungan warisan ulama Nusantara dari satu generasi ke generasi berikutnya.
4. Mengukuhkan Peranan Madrasah sebagai Pusat Kaderisasi Ulama dan Pemimpin Umat
Madrasah perlu melahirkan generasi ulama, pendakwah, murabbi, intelektual, dan pemimpin masyarakat yang memiliki keluasan ilmu, kematangan spiritual, serta kemampuan memimpin umat dalam menghadapi cabaran zaman.
5. Memperkasa Jaringan Peradaban Islam Nusantara
Kerjasama antara pesantren, dayah, surau, pondok, dan institusi pendidikan Islam di seluruh Nusantara perlu diperkukuh bagi membangun jaringan keilmuan, penyelidikan, dakwah, dan pembangunan umat yang berasaskan nilai-nilai Islam dan warisan Melayu Islam.
6. Mengintegrasikan Tradisi Islam dengan Kemajuan Kontemporari
Madrasah hendaklah menggabungkan penguasaan ilmu-ilmu syariah dengan teknologi, ekonomi, sains, bahasa antarabangsa, dan kemahiran profesional agar mampu melahirkan generasi yang kukuh identitinya serta berdaya saing di peringkat global.
7. Menjadikan Madrasah sebagai Pusat Kebangkitan Peradaban Islam Masa Depan
Madrasah perlu diposisikan bukan sekadar sebagai institusi pendidikan, tetapi sebagai pusat pembangunan peradaban yang melahirkan masyarakat berteraskan tauhid, ilmu, akhlak, keadilan sosial, dan pengabdian kepada umat, sehingga mampu menjadi pemacu kebangkitan Islam Nusantara pada masa hadapan.
8. Menyiapkan Model Madrasah Nusantara Sepanjang Masa
Konsep Pondok Nusantara senantiasa disesuaikan dengan perkembangan dan zaman agar menjadi solusi pendidikan Islam sepanjang masa dengan mengintegrasikan antara sistem organisasi, infrastruktur pembangunan dan silabus yang komprehensif. Melalui pendekatan ini diharapkan pondok selalu melahirkan generasi ulama, murabbi, profesional, dan pemimpin yang mampu memimpin kebangkitan peradaban Islam Nusantara sepanjang masa.
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #BangkitPeradabanTimur
