es
Feedback
Media ACF

Media ACF

Ir al canal en Telegram

Media ACF, Media Peradaban

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Media ACF

El canal Media ACF (@mediaacf) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 10 235 suscriptores, ocupando la posición 9 151 en la categoría Religión y espiritualidad y el puesto 3 677 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 10 235 suscriptores.

Según los últimos datos del 17 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -253, y en las últimas 24 horas de -16, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 7.01%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 3.78% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 718 visualizaciones. En el primer día suele acumular 387 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Media ACF, Media Peradaban

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 18 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Religión y espiritualidad.

10 235
Suscriptores
-1624 horas
-697 días
-25330 días
Archivo de publicaciones
Media ACF
10 234
KITA BUKAN BANGSA YANG KECIL Pernah suatu ketika dahulu, dunia datang ke Nusantara bukan sekadar untuk berdagang, tetapi untuk mengenali sebuah tamadun yang disegani. Kita memiliki warisan ilmu, kepimpinan, ekonomi, undang-undang dan akhlak yang pernah menjadi contoh kepada dunia. Namun hari ini, mengapa begitu ramai daripada kita lebih mengenali sejarah bangsa lain berbanding sejarah sendiri? Mungkin sudah tiba masanya kita kembali menggali akar peradaban, agar kita tidak kehilangan jati diri dalam menghadapi perubahan dunia yang semakin pantas. Bangkit bukan dengan kenangan, tetapi dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran. Jika kita ingin memahami siapa kita, dari mana datangnya kekuatan peradaban Nusantara, serta bagaimana sejarah boleh menjadi panduan menghadapi cabaran masa depan, sertailah Seminar Bangkit Peradaban Timur. Bersama barisan panel yang akan mengupas sejarah, geopolitik, pembangunan insan dan kebangkitan peradaban dari perspektif yang lebih luas dan mendalam. 📍 Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur 📅 21 Jun 2026 (Ahad) ⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang 🔗 Daftar sekarang : https://nuranirelief.onpay.my/order/ Tempat adalah terhad. #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #PerangPeralihanDunia #BangkitPeradabanTimur

Media ACF
10 234
photo content

Media ACF
10 234
KENYATAAN SEKRETARIAT MUAFAKAT JELATA MENJUNJUNG DAULAT (MJMD) Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), yang sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Bukit Bintang Berselawat (BBB 3.0), merakamkan rasa syukur dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kelulusan khas pelaksanaan Solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang. Perkembangan ini merupakan satu berita yang amat menggembirakan buat umat Islam, khususnya mereka yang berada di sekitar kawasan Bukit Bintang. Kemudahan untuk menunaikan Solat Jumaat di lokasi yang strategik ini bukan sahaja memudahkan urusan ibadah para pekerja, peniaga dan pengunjung, malah memperkukuhkan syiar Islam di tengah-tengah nadi ibu kota. Ketika penganjuran Bukit Bintang Berselawat 3.0 sebelum ini, kami menyaksikan sendiri sambutan dan kehadiran masyarakat yang dahagakan pengisian kerohanian serta ruang-ruang yang mendekatkan mereka kepada Allah SWT. Justeru, kelulusan ini dilihat sebagai satu langkah yang sangat bermakna dalam usaha mengimarahkan kawasan Bukit Bintang dengan aktiviti ibadah, dakwah dan pembangunan ummah. Kami turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini, khususnya pihak berkuasa agama dan agensi-agensi berkaitan yang telah memainkan peranan penting sehingga hasrat tersebut dapat direalisasikan. Semoga Outreach Oasis Bukit Bintang terus berkembang sebagai pusat dakwah, kebajikan dan pengimarahan Islam yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat serta menjadi mercu tanda syiar Islam yang menyatukan umat di tengah-tengah ibu kota. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) (Dahulunya Sekretariat Bukit Bintang Berselawat 3.0) Bacaan artikel penuh di sini : https://alhijrahnews.com/solat-jumaat-di-bukit-bintang-mulai-hari-ini/ #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Media ACF
10 234
photo content
+1

Media ACF
10 234
Adakah kita sedar, siapa kita yang sebenarnya? Seringkali kita terlupa bahawa Nusantara bukan sekadar tanah yang kaya dengan hasil bumi. Ia pernah menjadi pusat peradaban dunia yang maju, makmur, dan disegani seantero dunia. Kini, tiba masanya untuk kita bangkit! Bagaimana sejarah masa lalu boleh menjadi kunci utama untuk kita mendepani pelbagai cabaran masa hadapan? Sertai kami dalam SEMINAR BANGKIT PERADABAN TIMUR, Kami akan bongkarkan rahsia kekuatan akar umbi warisan kita untuk mengembalikan jati diri bangsa. 📍 Lokasi : Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur 📅 Tarikh : 21 Jun 2026 (Ahad) ⏰ Waktu : 9.00 pagi - 1.00 petang Barisan Panel Penceramah : ✨ Tuan Khalid Yahya – "Dunia Menuju Perubahan - dari Timur ke Baitulmaqdis" ✨ Bonda TunSuzana – "Menelusuri Sejarah dan Warisan Peradaban Nusantara" ✨ Tuan Haji Razali – "Gagasan Alif Mim Sin bina Insan Bangkit Peradaban" Ayuh, bangkitkan kembali jati diri bangsa! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perubahan! Daftar sekarang melalui pautan di bawah : 🔗 Daftar Di Sini : https://nuranirelief.onpay.my/order/ #BangkitPeradabanTimur #Nusantara #JatiDiriBangsa #SeminarKualaLumpur #PeradabanTimur

Media ACF
10 234
Repost from tvsufi.com

Media ACF
10 234
RAKAMAN PENUH MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Alhamdulillah, rakaman penuh Malam Berselawat Menjunjung Daulat kini boleh d
RAKAMAN PENUH MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Alhamdulillah, rakaman penuh Malam Berselawat Menjunjung Daulat kini boleh ditonton di YouTube. Bagi yang tidak berkesempatan hadir, atau ingin menghayati semula forum, deklarasi, selawat, munajat dan detik-detik bersejarah program ini, bolehlah menontonnya melalui pautan di bawah: ▶️ https://youtu.be/prYRwDC7JTI?si=vU9G84kovzNKaz6Z Semoga usaha kecil ini menjadi asbab tersebarnya kecintaan kepada Rasulullah SAW, pengukuhan muafakat rakyat serta penghormatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung negara. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Media ACF
10 234
PETIKAN UCAPAN RASMI “Bersesuaian dengan penganjuran majlis pada malam ini, sebenarnya adalah satu masa yang bertepatan. Ketika institusi kesultanan Raja-Raja Melayu diasak dengan pelbagai tohmahan dan cacian, maka saya amat bersyukur serta berbangga dengan hadirin sekalian, khususnya pihak penganjur yang telah memainkan peranan memupuk muafakat umat Islam untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan Raja.”YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tetamu Kehormat dan Perasmi Malam Berselawat Menjunjung Daulat 17 Jun 2026 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Media ACF
10 234
RIBUAN HADIR MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT, DEKLARASI MUAFAKAT JELATA DIMASYHURKAN JENJAROM, 17 Jun – Kira-kira 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) sempena sambutan Awal Muharram 1448H yang berlangsung di Masjid Bandar Saujana Putra, di sini malam ini. Program anjuran Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) itu telah dirasmikan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Turut hadir ialah Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sebagai panel Forum Perdana, manakala Ustaz Angah Sunan bertindak sebagai moderator. Program yang berlangsung dari jam 3 petang hingga 10.30 malam itu menampilkan pelbagai pengisian termasuk lebih 40 pameran dan reruai komuniti, aktiviti kemasyarakatan, persembahan kebudayaan, forum perdana, majlis selawat dan munajat sempena kedatangan tahun baharu Hijrah. Kemuncak program menyaksikan pemasyhuran Deklarasi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat yang menggariskan komitmen rakyat untuk menjunjung Institusi Raja-Raja Melayu, memperkukuhkan perpaduan nasional, mempertahankan kesucian Islam, memperkasa pendidikan kenegaraan serta menolak budaya fitnah dan perpecahan. Berucap ketika merasmikan program tersebut, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin berkata penganjuran MBMD amat bertepatan pada ketika institusi Raja-Raja Melayu berdepan pelbagai cabaran dan tohmahan. “Ketika institusi kesultanan Raja Melayu diasak dengan pelbagai tohmahan dan cacian, saya amat bersyukur serta berbangga dengan penganjur yang memainkan peranan memupuk muafakat masyarakat umat Islam untuk sama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan Raja,” katanya. Sementara itu, Sekretariat MJMD menyifatkan sambutan yang diberikan sebagai manifestasi kecintaan rakyat terhadap agama, perpaduan nasional serta Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak kedaulatan negara. Menurut sekretariat, MBMD bukan sekadar program keagamaan, malah menjadi platform penyatuan masyarakat yang merentasi pelbagai latar belakang dalam semangat muafakat dan keharmonian. Program berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sukarelawan dan masyarakat setempat dalam menjayakan sambutan Awal Muharram yang bertemakan perpaduan, kedaulatan dan kecintaan terhadap agama, Raja serta negara. “Junjung Daulat, Jelata Muafakat” #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Siaran media ini dikeluarkan oleh : Sekretariat MJMD

Media ACF
10 234
photo content
+1

Media ACF
10 234
Busana Melayu disarung. Samping dililit. Tanjak diperkemaskan. Awal Muharam. Langkah diatur menuju Masjid BSP. Jika berkelapa
Busana Melayu disarung. Samping dililit. Tanjak diperkemaskan. Awal Muharam. Langkah diatur menuju Masjid BSP. Jika berkelapangan, marilah hadir lebih awal untuk bersama menunaikan Solat Zohor berjemaah sebelum memulakan rangkaian program Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Bersama mengimarahkan majlis yang menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh mahabbah, selawat dan doa. Moga setiap kilometer yang dilalui menjadi saksi perjalanan menuju keberkatan. Anda dah di mana? Kongsikan gambar anda berbusana dan kita hidupkan gelombang media sosial dengan dua hashtag ini : #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat Jumpa di sana, insya Allah. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac

Media ACF
10 234
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami merafakkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YAD Senator Dato’ Setia
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami merafakkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir dan seterusnya merasmikan program “Malam Berselawat Menjunjung Daulat”. Kehadiran dan sokongan beliau amat bermakna dalam menyemarakkan usaha memartabatkan syiar Islam serta memperkukuhkan semangat menjunjung institusi Kesultanan Melayu. Justeru, jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada majlis penuh keberkatan ini. Hadir beramai-ramai bersama keluarga! Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) bersamaan 1 Muharam 1448 H 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Media ACF
10 234
Refleksi Hijrah : Membina Ummah yang Sejahtera Sempena ketibaan Awal Muharram, Tuan Hj Razali bin Daud, Ketua Pegawai Eksekutif Adam Charitable Foundation mengajak kita semua untuk menghayati semangat Maal Hijrah sebagai titik permulaan bagi perubahan yang lebih bermakna. Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi sebuah kesediaan untuk berubah menjadi lebih baik. Semoga usaha memupuk kasih sayang dan muafakat antara pemimpin, ulama dan masyarakat akan terus menjadi pemangkin kepada negara yang sejahtera. Jemput hadir bersama ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac Semoga kehadiran kita diberkati oleh Allah SWT #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMSin #TigakotaSuci #PeradabanTimur #MediaACF

Media ACF
10 234
Repost from N/a
Ada kota yang terkenal kerana keindahannya. Ada kota yang dikenang kerana sejarahnya. Tetapi Al-Quds dicintai kerana keberkatannya. Bumi yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam. Bumi yang menjadi destinasi peristiwa Isra' dan Mikraj. Bumi yang disebut keberkatannya di dalam al-Quran. Al-Quds bukan sekadar isu politik. Al-Quds adalah sebahagian daripada akidah, sejarah dan identiti umat ini. Jom hadir ke MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 📆 17 Jun 2026 (Rabu) 🕑 3.00 Petang - 10.30 Malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra Semoga Allah menjadikan hati kita sentiasa terpaut dengan Masjid Al-Aqsa. 🕌🤍 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Media ACF
10 234
ESOK MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Menyambut Awal Muharram 1448H Dengan Selawat, Adab dan Muafakat Tahun baharu Hijrah m
ESOK MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Menyambut Awal Muharram 1448H Dengan Selawat, Adab dan Muafakat Tahun baharu Hijrah mengajak kita kembali kepada nilai-nilai yang membina sebuah peradaban. Peradaban yang berteraskan tauhid. Peradaban yang memuliakan ilmu dan akhlak. Peradaban yang memperkukuh muafakat rakyat. Peradaban yang menjunjung daulat serta menghormati institusi negara dan warisan Kesultanan Melayu. Esok bermulalah lembaran tahun baharu Hijrah. Marilah kita memulakannya dengan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ, mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat serta menghidupkan budaya adab, muafakat dan kasih sayang demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Media ACF
10 234
Apa Jawapan Yang Dibawa MBMD? Apabila masyarakat berdepan cabaran perpaduan, identiti dan kefahaman kenegaraan… Kita tidak boleh hanya mengeluh. Kita perlu membina. MBMD hadir membawa lima ikhtiar : 1. Memperkukuh perpaduan masyarakat 2. Meningkatkan kefahaman kenegaraan 3. Menghidupkan penghayatan sejarah 4. Membina jati diri generasi muda 5. Mengukuhkan institusi masyarakat Melalui selawat. Melalui ilmu. Melalui budaya. Melalui keluarga. Melalui muafakat. Lebih bermakna, MBMD berlangsung dalam suasana awal tahun baharu Hijrah. Saat umat Islam memperbaharui azam, memperkukuh jati diri dan menilai arah perjalanan kehidupan. Semoga hijrah yang diraikan bukan sekadar pertukaran angka pada takwim, tetapi menjadi titik untuk membina masyarakat yang lebih bersatu, beradab dan memahami tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Kerana masa depan negara tidak diwarisi secara automatik. Ia perlu dibina bersama. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac Oleh : Uzzair Rose Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Media ACF
10 234
Oleh : Uzzair Rose Terbitan : Sekretariat MJMD Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026, 3 petang - 10.30 malam

Media ACF
10 234
Biarkan selawat Asyghil bergema. Kerana ada saatnya kita tidak mampu mengubah dunia dengan tangan dan kata-kata. Namun kita masih mampu menadah tangan dan memohon kepada Allah. Moga Allah memelihara keselamatan umat, mengangkat kesusahan mereka yang ditimpa musibah, serta mengurniakan keamanan buat kita dan saudara-saudara kita di Palestin dan seluruh bumi yang sedang bergolak. Selawat bukan sekadar alunan di bibir, tetapi doa yang terbang membawa harapan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Media ACF
10 234
Gamelan Rindu Baginda bukan sekadar sebuah lagu, tetapi luahan rasa cinta dan kerinduan kepada Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad ﷺ. Melalui alunan yang menyentuh jiwa dan bernuansa warisan, karya ini mengajak kita menghayati makna mahabbah, adab dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ yang menjadi asas kekuatan umat sepanjang zaman. Moga setiap alunan menjadi wasilah menyuburkan cinta, melembutkan hati dan menyatukan masyarakat dalam semangat muafakat serta kasih sayang. “Gamelan Rindu Baginda” Karya : BangTam Forte Dipersembahkan oleh Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulatl #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Media ACF
10 234
Repost from N/a
Ramai umat Islam masih keliru apabila ditanya: "Yang mana satu sebenarnya Masjid Al-Aqsa?" Hakikatnya, Masjid Al-Aqsa bukan h
+4
Ramai umat Islam masih keliru apabila ditanya: "Yang mana satu sebenarnya Masjid Al-Aqsa?" Hakikatnya, Masjid Al-Aqsa bukan hanya sebuah bangunan. Ia ialah seluruh kawasan suci berpagar seluas 144,000 m² yang diberkati Allah SWT. Inilah kiblat pertama umat Islam. Inilah salah satu daripada tiga masjid suci dalam Islam. Dan inilah bumi yang masih ramai belum benar-benar kenali. Jika anda baru tahu fakta ini, kongsikan kepada keluarga dan sahabat. Tak kenal maka tak cinta Follow https://www.tiktok.com/@cintaalquds?_r=1&_t=ZS-97Chyw4hqTN untuk lebih banyak fakta dan kisah tentang Al-Quds. #CintaAlQuds #baitulmaqdis #TigaKotaSuci #alifmimsin #takkenalmakatakcinta