ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Sahabat Bangkit Al-Quds

Sahabat Bangkit Al-Quds

前往频道在 Telegram

显示更多
未指定国家未指定类别
504
订阅者
无数据24 小时
+127 天
+1230 天

正在加载数据

相似频道
无数据
有任何问题?请刷新页面或联系我们的客服。
标签云
无数据
有任何问题?请刷新页面或联系我们的客服。
进出提及
---
---
---
---
---
---
吸引订阅者
10月 '26
十月 '26
+504
在4个频道中
日期
订阅者增长
提及
频道
25 十月+2
24 十月0
23 十月0
22 十月+1
21 十月+3
20 十月+1
19 十月+7
频道帖子
Perjuangan Al-Quds tak mampu digerakkan oleh satu pihak sahaja. Ia memerlukan kita semua. 🇵🇸 Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua panelis, rakan kerjasama, para peserta serta seluruh pihak yang telah bersama-sama menjayakan Wacana Jejak Peradaban: Kota Suci Yang Dilupakan. Terima kasih kerana meluangkan masa, berkongsi ilmu, mencetuskan idea dan menyumbangkan perspektif daripada pelbagai bidang demi menghidupkan kembali kesedaran tentang amanah kita terhadap Baitulmaqdis. Daripada sejarah kepada realiti, daripada kefahaman kepada tindakan, setiap perkongsian membawa harapan bahawa perjuangan Al-Quds akan terus hidup dalam masyarakat, bukan hanya ketika konflik memuncak. Wacana ini bukan noktah, tetapi permulaan kepada usaha yang lebih besar. Semoga pertemuan ini menjadi asbab terbina jaringan yang lebih kukuh, langkah yang lebih tersusun dan gerakan yang terus istiqamah. Kerana Al-Quds bukan sekadar untuk dikenang, tetapi amanah yang perlu kita teruskan bersama. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Semoga Allah memberkati setiap usaha dan langkah kita. 🤍 Wacana Jejak Peradaban: Kota Suci Yang Dilupakan Menelusuri Sejarah · Memahami Realiti · Membina Peranan #bangkitalquds #masjidalaqsa #palestine #wacanajejakperadaban #baitulmaqdismilikummah https://t.me/SahabatBangkitAlQuds

2
https://vt.tiktok.com/ZSgx2Kg5s/
https://vt.tiktok.com/ZSgx2Kg5s/
225
3
https://vt.tiktok.com/ZSgfmMhMG/ AL-QUDS SENTIASA DALAM DOA DAN HARAPAN KITA Lagu ini ialah luahan hati dan suara solidariti
https://vt.tiktok.com/ZSgfmMhMG/ AL-QUDS SENTIASA DALAM DOA DAN HARAPAN KITA Lagu ini ialah luahan hati dan suara solidariti buat saudara-saudara kita di Palestin. Walaupun jarak memisahkan, ikatan akidah tidak pernah terputus. Kita di sini tidak rela melihat penderitaan mereka, dan kita akan terus bersama, dengan doa, sokongan dan usaha sedaya mampu. Al-Quds bukan sekadar tanah. Ia amanah yang perlu kita wariskan kepada anak-anak kita supaya mereka tidak lupa. Baitulmaqdis Milik Ummah. Lagu : Amanah Kita Lirik, Gubahan & MV : Bangtam Forte #BangkitAlQuds #BaitulmaqdisMilikUmmah @SahabatBangkitAlQuds
80
4
https://vt.tiktok.com/ZSgfhVgVK/ PALESTIN BUKAN SEKADAR BERITA, TETAPI AMANAH UMMAH. 🇵🇸 Rasulullah SAW mengingatkan bahawa
https://vt.tiktok.com/ZSgfhVgVK/ PALESTIN BUKAN SEKADAR BERITA, TETAPI AMANAH UMMAH. 🇵🇸 Rasulullah SAW mengingatkan bahawa akan sentiasa ada segolongan umat Baginda yang teguh mempertahankan kebenaran. Hari ini, Palestin mengingatkan kita bahawa perjuangan tidak hanya tentang mereka yang berada di sana, tetapi juga tentang kita yang menyaksikannya dari kejauhan. Kita mungkin tidak mampu melakukan segalanya, tetapi kita sentiasa mampu melakukan sesuatu. Berdoa, menyumbang dan menyebarkan kebenaran. Jangan biarkan jauhnya jarak menjadikan kita lupa, dan jangan biarkan diamnya kita menjadi tanda hilangnya kepedulian. 🇵🇸 Palestin dalam doa, kebenaran dalam perjuangan. #Palestin #masjidalaqsa #tigakotasuci https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
73
5
KEKELUARGAAN AL-KUBRA x BANGKIT AL-QUDS Gerak Bersama, Amanah Bersama Ikatan kekeluargaan bukan sekadar menyatukan keturunan, tetapi menghimpunkan kekuatan untuk menyambung amanah perjuangan. Berteraskan legasi dakwah para leluhur dan berpaksikan Maqasid Al-Kubra, Kekeluargaan Al-Kubra membawa tanggungjawab untuk memelihara nilai agama, menyuburkan kasih sayang dan menyumbang kepada kesejahteraan ummah. Semangat ini diterjemahkan melalui pelbagai ruang khidmat, termasuk bersama dengan Sekretariat Bangkit Al-Quds (BAQ) yang menjalankan pelbagai program kesedaran dan menggerakkan usaha mendekatkan ummah kepada Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa. Maqasid Al-Kubra mengingatkan kita tentang arah dan tujuan. Kekeluargaan menyatukan kekuatan, manakala Bangkit Al-Quds menjadi antara medan untuk menterjemahkan kesedaran kepada tindakan. Kerana menyambung amanah bukan sekadar mengenang jasa para leluhur, tetapi meneruskan nilai perjuangan mereka dalam realiti zaman kita. Bersama Menyambung Amanah. Baitulmaqdis Milik Ummah. #MediaAlKubra #KekeluargaanAlKubra #BangkitAlQuds #MaqasidAlKubra #BaitulmaqdisMilikUmmah
69
6
没有文字...
63
7
https://vt.tiktok.com/ZSgMpL5w1/ Palestin bukan isu bermusim. Al-Quds bukan sekadar tajuk berita. 🇵🇸 Perjuangan ini menuntu
https://vt.tiktok.com/ZSgMpL5w1/ Palestin bukan isu bermusim. Al-Quds bukan sekadar tajuk berita. 🇵🇸 Perjuangan ini menuntut ilmu, kesatuan dan usaha yang berterusan. Sejarah perlu dikenal, realiti perlu difahami, dan amanah terhadap Baitulmaqdis perlu terus dihidupkan dalam kesedaran umat. Sekitar Bicara Negara Edisi Khas Taufan Al-Aqsa.. Bicara dan perkongsian tentang perjuangan Palestin, pengalaman dakwah dan tanggungjawab kita terhadap Al-Quds. Namun, usaha ini tidak terhenti di sini. Perjalanan seterusnya: WACANA JEJAK PERADABAN "Kota Suci Yang Dilupakan" 📍 To Be Announced 🗓️ 24 Oktober 2026 Menelusuri Sejarah · Memahami Realiti · Membina Peranan Baitulmaqdis milik ummah. Amanahnya tanggungjawab kita bersama. Simpan dan kongsikan. Biar lebih ramai mengenali apa yang selama ini mungkin jauh daripada perhatian kita. ##bangkitalquds #masjidalaqsa #palestine #taufanalaqsa #tigakotasuci @SahabatBangkitAlQuds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
830
8
Tonton Program Bicara Negara Khas Edisi Taufan Aqsa di TikTok Live Akademi Kepemimpinan Tun Perak 🇵🇸 Pautan: https://vt.tik
Tonton Program Bicara Negara Khas Edisi Taufan Aqsa di TikTok Live Akademi Kepemimpinan Tun Perak 🇵🇸 Pautan: https://vt.tiktok.com/ZS9UawxTRMKUU-q5G8K/
111
9
𝗕𝗔𝗜𝗧𝗨𝗟𝗠𝗔𝗤𝗗𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗔𝗧. Daripada Abu Umamah RA, bersabda Rasulullah SAW: لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم إلا ما أصابهم من لأواء، حتى يأتيهم أمر الله. وهم كذلك، قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس. “Sentiasa berada dalam kalangan umatku dari kalangan yang menyerlahkan diri mereka secara terbuka dan nyata, menegakkan kebenaran, menghadapi musuh dengan gagah perkasa, tidak boleh dimudaratkan (dihentikan) oleh orang-orang yang mengecewakan mereka, sehinggalah datangnya perintah Allah (memenangkan mereka) dalam keadaan mereka terus meneruskan perjuangannya”. Lalu para sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah dan di mana mereka berada?” Sabdanya: “Di Baitulmaqdis dan sekitar Baitulmaqdis”. (HR Ahmad) https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
219
10
https://vt.tiktok.com/ZSbbLExpw/ 7 Oktober 2023. Tiga tahun sejak Taufan Al-Aqsa. Satu peristiwa yang mengubah perhatian duni
https://vt.tiktok.com/ZSbbLExpw/ 7 Oktober 2023. Tiga tahun sejak Taufan Al-Aqsa. Satu peristiwa yang mengubah perhatian dunia terhadap Palestin dan Al-Aqsa. Hari ini, dunia terus bergerak. Berita silih berganti. Isu datang dan pergi. Tapi persoalannya.. Adakah kita juga sudah melupakannya? Tarikh ini bukan sekadar untuk mengenang apa yang berlaku. Tetapi untuk kita berhenti sejenak dan bertanya: Apa yang sudah kita lakukan? Adakah kita sudah buat yang terbaik? Perjuangan itu masih belum selesai. Dunia mungkin sudah beralih perhatian. Jangan sampai kita turut beralih hati. Simpan. Komen, Kongsi. Sebarkan. Jangan biarkan ia tenggelam di media sosial. #taufanalaqsa #masjidalaqsa #palestine #gaza #bangkitalquds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
177
11
https://vt.tiktok.com/ZSbXUHDeX/ 5 & 7 OKTOBER. DUA HARI. LINTASAN DITUTUP. Tebing Barat dan Gaza dikenakan penutupan lintasa+6
https://vt.tiktok.com/ZSbXUHDeX/ 5 & 7 OKTOBER. DUA HARI. LINTASAN DITUTUP. Tebing Barat dan Gaza dikenakan penutupan lintasan pada 5 dan 7 Oktober 2026. Apa yang berlaku bila lintasan ditutup? 🇵🇸 Pergerakan rakyat Palestin terhad. 💼 Permit kerja terjejas. 🚑 Kes perubatan & kemanusiaan perlu kelulusan khas. 🚚 Kemasukan bantuan ke Gaza dihentikan pada dua hari tersebut. Dan ada satu lagi perkara yang mungkin ramai tak tahu, sekatan ini tidak terpakai kepada warga Israel yang menggunakan checkpoint di Tebing Barat. Swipe untuk faham apa yang berlaku. Jangan sekadar nampak berita. Fahami apa yang ada di sebaliknya. 📲 Kongsikan supaya lebih ramai tahu. @SahabatBangkitAlQuds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
197
12
🕌 Jom sambung kembara Yusuf & Khadeejah! Kali ini, mereka nak tahu… “Betul ke Masjidil Aqsa pernah menjadi kiblat pertama umat Islam?”👀 Ya! Sebelum umat Islam menghadap Kaabah dalam solat, Masjid Al Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam. Masjidil Aqsa bukan sekadar sebuah tempat suci, tetapi mempunyai sejarah yang sangat dekat dengan perjalanan umat Islam dan Rasulullah ﷺ. Dalam episod kali ini, Yusuf & Khadeejah belajar tentang kiblat pertama umat Islam dan mengapa Masjidil Aqsa begitu penting dalam sejarah Islam. 🤍 🌿 Ikuti Siri Kembara Yusuf & Khadeejah: Kenali Al-Quds — Episod 4. Jom kembara bersama mereka dan kenali Masjidil Aqsa, satu ilmu pada satu masa. ✨ 📚 Selawat & Sirah — 30 Minit Setiap Hujung Minggu 💻 Online Save, Share & Follow @bangkitalquds untuk ikuti kembara seterusnya! #bangkitalquds #masjidalaqsa #kiblat #didikananak #Palestin https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
198
13
SIRI KEMBARA YUSUF & KHADEEJAH : Kenali Al-Quds Episod 1 https://vt.tiktok.com/ZSqGE8AER/ Episod 2 https://vt.tiktok.com/ZSqG
SIRI KEMBARA YUSUF & KHADEEJAH : Kenali Al-Quds Episod 1 https://vt.tiktok.com/ZSqGE8AER/ Episod 2 https://vt.tiktok.com/ZSqGwAH7g/ Episod 3 https://vt.tiktok.com/ZSbLNXyoT/ Episod 4 https://vt.tiktok.com/ZSbmqku91/
164
14
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarg
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Ali atas pemergian beliau. Pemergian insan yang telah banyak menabur bakti ini pastinya meninggalkan kesan yang mendalam. Segala jasa, sumbangan dan keteladanan beliau akan terus menjadi kenangan serta inspirasi buat generasi akan datang. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kekhilafannya, menerima amal kebajikan beliau serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan dikasihi. Al-Fatihah. 🤲🏻 Sekretariat Bangkit Al-Quds
223
15
https://vt.tiktok.com/ZSbkVdgW6/ Bagaimana kalau sesuatu larangan itu dicabul sedikit demi sedikit, sampai akhirnya ia diangg
https://vt.tiktok.com/ZSbkVdgW6/ Bagaimana kalau sesuatu larangan itu dicabul sedikit demi sedikit, sampai akhirnya ia dianggap biasa dan bertukar jadi undang-undang baharu? ​Isu di Masjid Al-Aqsa ni bukan sekadar soal siapa yang masuk melawat. Tapi bila baru ni ribuan warga Israel mula masuk buat ritual Yahudi yang dilakukan secara terbuka, status quo yang dijaga selama ni makin terhakis di depan mata! Siapa sebenarnya yang sedang memegang kuasa penentu kat sana? ​Jom tonton sampai habis. Jangan simpan sorang-sorang, SHARE video ni supaya lebih ramai ramai yang tahu! #masjidalaqsa #statusquo #palestine #bangkitalquds @SahabatBangkitAlQuds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
164
16
https://vt.tiktok.com/ZSbjBkuhJ/+5
https://vt.tiktok.com/ZSbjBkuhJ/
158
17
https://vt.tiktok.com/ZSbNPtq9D/ PULUHAN NEGARA TERMASUK MALAYSIA WALKOUT SAAT UCAPAN NETANYAHU DI PBB “Jika masih ada pengec
https://vt.tiktok.com/ZSbNPtq9D/ PULUHAN NEGARA TERMASUK MALAYSIA WALKOUT SAAT UCAPAN NETANYAHU DI PBB “Jika masih ada pengecut yang tidak bermoral dan belum keluar dari dewan ni, segera keluar sekarang.” Kata-kata Benjamin Netanyahu di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ini ternyata mengundang reaksi apabila puluhan perwakilan antarabangsa bangun dan melakukan walkout sebaik sahaja beliau memulakan ucapan. Dewan yang tadi dipenuhi perwakilan, mula kelihatan kosong. Netanyahu melabelkan mereka yang keluar sebagai “pengecut”, namun mereka tetap bangun dan meninggalkan dewan sebagai tanda protes. Satu detik yang cukup jelas untuk dilihat dunia. Apa yang berlaku di dewan PBB ini wajar kita ketahui dan fahami. Kebenaran perlu disebarkan. Jom share video ni. Follow Bangkit Al-Quds untuk lebih banyak fakta dan perkembangan tentang Al-Quds, Masjidil Aqsa dan Palestin. #UNGA #netanyahu #israel #freepalestine #bangkitalquds @SahabatBangkitAlQuds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
151
18
🕌 Jom sambung kembara Yusuf & Khadeejah! Kali ini, mereka nak tahu… “Sebenarnya, seluas mana Masjidil Aqsa?” Tahukah anda, keseluruhan kompleks Masjidil Aqsa berkeluasan sekitar 144 dunam, lebih kurang seluas 20 padang bola sepak! ⚽ Dalam episod kali ini, Yusuf & Khadeejah belajar tentang betapa luasnya kawasan Masjidil Aqsa dan mengenalinya dengan lebih dekat. 🌿 Ikuti Siri Kembara Yusuf & Khadeejah: Kenali Al-Quds — Episod 3. Jom kembara bersama mereka dan kenali Masjidil Aqsa, satu ilmu pada satu masa. 🤍 📚 Selawat & Sirah — 30 Minit Setiap Hujung Minggu 💻 Online Save, Share & Follow @bangkitalquds untuk ikuti kembara seterusnya! #BangkitAlQuds #MasjidilAqsa #didikanak #Palestine @SahabatBangkitAlQuds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
162
19
SIRI KEMBARA YUSUF & KHADEEJAH : Kenali Al-Quds Episod 1 https://vt.tiktok.com/ZSqGE8AER/ Episod 2 https://vt.tiktok.com/ZSqG
SIRI KEMBARA YUSUF & KHADEEJAH : Kenali Al-Quds Episod 1 https://vt.tiktok.com/ZSqGE8AER/ Episod 2 https://vt.tiktok.com/ZSqGwAH7g/ Episod 3 https://vt.tiktok.com/ZSbLNXyoT/
123
20
🚨 KRITIKAL 2026! REKOD TERTINGGI 1,678 PENCEROBOHAN YAHUDI DI AL-AQSA! Tahun 2026 telah mencatatkan lonjakan paling kritikal dalam sejarah apabila rekod pencerobohan oleh pendatang pelampau Israel ke atas kompleks Masjid al-Aqsa telah dipecahkan. Berdasarkan laporan rasmi daripada Jerusalem Governorate dan agensi berita antarabangsa, sebanyak 1,678 pencerobohan telah direkodkan dalam tempoh dua hari sahaja sempena perayaan Yom Kippur. Apa yang lebih membimbangkan, ia bukan lagi sekadar lawatan biasa. Laporan lapangan mengesahkan tindakan provokasi yang melanggar status quo sejarah, termasuk: 👉 Penyertaan menteri rejim Israel secara terbuka (Middle East Monitor). 👉 Pelaksanaan ritual keagamaan Talmud, sujud, dan tiupan shofar di dalam kawasan masjid. 👉 Sekatan ketat terhadap jemaah Muslim tempatan. Gelombang kecaman global telah diterima. Jangan sesekali menganggap berita ini sebagai perkara biasa. Normalisasi kehadiran dan ritual Yahudi di tapak suci Islam adalah satu agenda jangka panjang yang perlu ditentang melalui kesedaran dan maklumat yang tepat. Berapa ramai yang baru tahu tentang data terbaharu ini? Sebarkan fakta ini sekarang #masjidalaqsa #FreePalestine #YomKippur #IsuTerkini #bangkitalquds @SahabatBangkitAlQuds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
167