6,405 PELANGGARAN GENCATAN SENJATA, 1,690 RAKYAT PALESTIN DIBUNUH REGIM ZIONIS
Pejabat Media Kerajaan Gaza mendedahkan bahawa regim zionis telah melakukan 6,405 pelanggaran gencatan senjata sepanjang 410 hari, mengakibatkan 1,690 rakyat Palestin dibunuh, 6,120 cedera dan 223 lagi ditahan.
Sekatan bantuan kemanusiaan turut berterusan. Daripada 246,000 lori bantuan yang dipersetujui, hanya 80,937 dibenarkan memasuki Gaza.
Sementara itu, hanya 15,794 orang dibenarkan menyeberangi Rafah daripada 43,200 yang sepatutnya, manakala 91 individu dihalang daripada keluar.
Pejabat tersebut menggesa masyarakat antarabangsa dan PBB meningkatkan tekanan terhadap regim zionis agar menghentikan pelanggaran, membuka pintu sempadan secara berkala dan memenuhi komitmen penghantaran bantuan kemanusiaan.
Sumber: The Peninsula
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
25 نوفمبر, 02:03
