cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Nadir Al-Nuri

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

إظهار المزيد
Advertising posts
267 705المشتركون
-10424 hour
-5987 يوم
-1 94830 يوم

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Untuk makluman tuan/puan, tentera rejim Zionis telah mengebom atau menghancurkan sekurang-kurangnya 11 universiti atau kolej yang berada di Gaza. Antaranya, - Islamic University of Gaza - Al Azhar University - Al-Quds Open University - University College of Applied Sciences - University of Palestine - Al-Israa University - University of Gaza - Al-Aqsa University - Palestine Technical College - Palestine College of Nursing - College of Applied Sciences Pusat pengajian adalah antara medan atau platform yang dapat melahirkan anak-anak Gaza yang bijak pandai untuk mereka berbakti semula membebaskan tanah air mereka. Jika tiada pusat pengajian, bagaimanakah anak-anak Gaza ini akan melawan propaganda Zionis di mata dunia? Ayuh menyumbang untuk membina semula universiti di Gaza! InsyaAllah asbab sumbangan kalian kita akan dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi yang berani dan bijak pandai! Layari https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Baiki Universiti.          #Heroes4Hope    #Emergency4Gaza
إظهار الكل...
247👍 53😢 34🥰 3👏 2
Terjemahan video ucapan Abu Ubaidah, sempena Perang Taufan al-Aqsa Hari ke-200 | Bahagian Kedua. Isi penting: 🛑 Serangan kita terhadap musuh akan berterusan dengan pertolongan Allah dan kita akan mengambil langkah yang progresif dengan taktik-taktik yang pelbagai dan bersesuaian selagi mana berterusannya pencerobohan musuh atau wujudnya mereka di setiap inci tanah kami. 🛑 Salah satu pendustaan kerajaan musuh yang telah berlanjutan sejak beberapa minggu lalu adalah perkaitan yang mereka gelar sebagai kemenangan dalam perang ini dengan ‘pembersihan’ Rafah lalu cuba mengaburi dunia bahawa mereka telah berjaya menghapuskan majoriti mujahidin al-Qassam di Gaza lalu berbaki hanya mujahidin di Rafah. Terjemahan: Penterjemah Cinta Gaza Malaysia #CGMKongsi
إظهار الكل...
265👍 33🔥 15🎉 2
Tahukah anda, ketiadaan matawang rasmi di Palestin menyebabkan negara barakah itu bergantung kepada matawang Israel, tidak lain tidak bukan – shekel. Berbeza dengan negara-negara lain yang turut tidak mempunyai matawang sendiri seperti Scotland, Timor Leste dan Zimbabwe; Palestin terpaksa meneruskan kelangsungan ekonominya menggunakan matawang shekel, dinar Jordan dan dolar Amerika Syarikat (AS) selepas ketumbangan pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Palestin pada era Perang Dunia Pertama (WWI). Artikel penuh: https://www.cgm.com.my/blog/hilangnya-matawang-palestin-dijajah-shekel #CGMKongsi
إظهار الكل...
😢 236👍 14 4
😞
إظهار الكل...
😢 554🔥 8 7👍 3
Bayangkan kalau kita berada di sini, pada saat ini. Roket meledak di depan mata. Kalau tak mati meletup mungkin mati terkejut. Kawasan yang dibom ini, kawasan At-Tuffah di Bandar G adalah kawasan tempat saya tinggal selama dua tahun pertama berada di sana. 201 hari genosid ke atas G. 201 hari.
إظهار الكل...
😢 672👍 12🔥 8🤯 3
Terjemahan video ucapan Abu Ubaidah, sempena Perang Taufan al-Aqsa Hari ke-200 | Bahagian Pertama. Isi penting: 🛑 Musuh penjenayah ini terus cuba memulihkan imejnya yang telah musnah. Sebaliknya mereka hanya berjaya mencapai lebih banyak keaiban dan kehinaan. 🛑 200 hari telah berlalu, rejim Nazi biadab masih berada di bumi Gaza tanpa matlamat, tanpa ufuk, dan tanpa gambaran sebuah kemenangan dan tanpa pembebasan tawanannya. Terjemahan: Penterjemah Cinta Gaza Malaysia #CGMKongsi
إظهار الكل...
👍 370🔥 90 73
Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-199. ▪️ Rejim Israel melancarkan 6 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 54 syahid manakala 104 mangsa yang cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu. ▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. ▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 34,151 syuhada dan 77,084 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu. Sumber: Kementerian Kesihatan di Gaza
إظهار الكل...
😢 291👍 20 10🔥 4😁 1
🆕 BERITA MINGGUAN PALESTIN Dengarkan rangkuman kemaskini mingguan di Palestin melalui Spotify rasmi Cinta Gaza Malaysia. Berita penting minggu ini: Dua buah tapak perkuburan terbesar di Gaza telah ditemui & AS menentang Palestin sebagai ahli tetap PBB. ☘️ https://shorturl.at/mzKPW Jangan lupa follow kami tau! ✌🏻 #podcastCGM #BeritaTerkiniCGM #weareCGM #heroes4hope
إظهار الكل...
👍 88🔥 17 4
Masa untuk kami membina semula masa depan. Jom dapatkan ebook terbaru saya menceritakan apa yang sedang berlaku di genosid Gaza dan pengajaran daripada kesabaran penduduk. Dapatkan ebook 'Healing' Cara Gaza dengan harga seikhlas rasa di https://ezy.la/healingcaragaza 🤲🙏
إظهار الكل...
325👍 36