MAPIM MALAYSIA
Открыть в Telegram
Channel rasmi telegram MAPIM Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini dan update semasa isu dan kerja peduli Ummah dalam dan luar negara www.tabunggaza.com #365HariAkuUntukUmmah #MAPIMMalaysia
Больше4 605
Подписчики
-424 часа
-97 дней
-4930 день
Загрузка данных...
Похожие каналы
Облако тегов
Нет данных
Возникли проблемы? Пожалуйста, обновите страницу или обратитесь к нашему support-менеджеру .
Входящие и исходящие упоминания
---
---
---
---
---
---
Привлечение подписчиков
июнь '26
июнь '26
+4
в 0 каналах
май '26
+11
в 0 каналах
Get PRO
апрель '26
+30
в 0 каналах
Get PRO
март '26
+12
в 0 каналах
Get PRO
февраль '26
+15
в 0 каналах
Get PRO
январь '26
+15
в 0 каналах
Get PRO
декабрь '25
+6
в 0 каналах
Get PRO
ноябрь '25
+41
в 0 каналах
Get PRO
октябрь '25
+170
в 0 каналах
Get PRO
сентябрь '25
+198
в 0 каналах
Get PRO
август '25
+32
в 0 каналах
Get PRO
июль '25
+16
в 0 каналах
Get PRO
июнь '25
+70
в 0 каналах
Get PRO
май '25
+18
в 0 каналах
Get PRO
апрель '25
+18
в 2 каналах
Get PRO
март '25
+45
в 1 каналах
Get PRO
февраль '25
+14
в 0 каналах
Get PRO
январь '25
+26
в 0 каналах
Get PRO
декабрь '24
+71
в 0 каналах
Get PRO
ноябрь '24
+24
в 0 каналах
Get PRO
октябрь '24
+48
в 1 каналах
Get PRO
сентябрь '24
+20
в 0 каналах
Get PRO
август '24
+20
в 0 каналах
Get PRO
июль '24
+20
в 0 каналах
Get PRO
июнь '24
+32
в 1 каналах
Get PRO
май '24
+44
в 0 каналах
Get PRO
апрель '24
+35
в 1 каналах
Get PRO
март '24
+43
в 1 каналах
Get PRO
февраль '24
+48
в 1 каналах
Get PRO
январь '24
+52
в 1 каналах
Get PRO
декабрь '23
+85
в 1 каналах
Get PRO
ноябрь '23
+399
в 2 каналах
Get PRO
октябрь '23
+2 405
в 5 каналах
Get PRO
сентябрь '23
+13
в 0 каналах
Get PRO
август '23
+25
в 0 каналах
Get PRO
июль '23
+10
в 0 каналах
Get PRO
июнь '23
+14
в 0 каналах
Get PRO
май '23
+13
в 0 каналах
Get PRO
апрель '23
+25
в 0 каналах
Get PRO
март '23
+28
в 0 каналах
Get PRO
февраль '23
+58
в 0 каналах
Get PRO
январь '23
+9
в 0 каналах
Get PRO
декабрь '22
+3
в 0 каналах
Get PRO
ноябрь '22
+1
в 0 каналах
Get PRO
октябрь '22
+7
в 0 каналах
Get PRO
сентябрь '22
+6
в 0 каналах
Get PRO
август '22
+17
в 0 каналах
Get PRO
июль '22
+5
в 0 каналах
Get PRO
июнь '22
+1
в 0 каналах
Get PRO
май '22
+4
в 0 каналах
Get PRO
апрель '22
+24
в 0 каналах
Get PRO
март '22
+6
в 0 каналах
Get PRO
февраль '22
+6
в 0 каналах
Get PRO
январь '22
+3 149
в 0 каналах
Get PRO
декабрь '21
+1 602
в 0 каналах
Get PRO
ноябрь '21
+1
в 0 каналах
Get PRO
октябрь '21
+1
в 0 каналах
Get PRO
сентябрь '21
+3
в 0 каналах
Get PRO
август '21
+9 984
в 0 каналах
Get PRO
июль '21
+8
в 0 каналах
Get PRO
июнь '21
+9 971
в 0 каналах
Get PRO
май '21
+16 624
в 0 каналах
| Дата | Привлечение подписчиков | Упоминания | Каналы | |
| 16 июня | 0 | |||
| 15 июня | 0 | |||
| 14 июня | 0 | |||
| 13 июня | +2 | |||
| 12 июня | 0 | |||
| 11 июня | 0 | |||
| 10 июня | 0 | |||
| 09 июня | 0 | |||
| 08 июня | 0 | |||
| 07 июня | 0 | |||
| 06 июня | 0 | |||
| 05 июня | 0 | |||
| 04 июня | 0 | |||
| 03 июня | +1 | |||
| 02 июня | 0 | |||
| 01 июня | +1 |
Посты канала
+2
SALAM MAAL HIJRAH 1448H
Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun baharu Hijrah dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Maal Hijrah mengingatkan kita tentang perjuangan, pengorbanan dan keberanian Rasulullah SAW dalam membawa perubahan ke arah yang lebih baik.
Semoga tahun 1448H menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh iman, memperbanyakkan amal kebajikan serta terus istiqamah dalam menegakkan nilai rahmah, keadilan dan kemanusiaan.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H. Semoga setiap langkah hijrah kita diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
#MaalHijrah1448H #SalamMaalHijrah #MAPIMMalaysia
| 2 | PENEROKA HARAM ZIONIS MUSNAHKAN BEKALAN AIR KAMPUNG UMM SAFA
Penduduk Palestin di kampung Umm Safa, barat laut Ramallah, berdepan krisis air selepas peneroka haram zionis memusnahkan satu-satunya saluran paip yang membekalkan air ke kampung tersebut.
Kejadian berlaku ketika kerja pembinaan jalan baharu bagi menghubungkan penempatan haram dijalankan, sekali gus menyebabkan seluruh kampung terputus bekalan air.
Penduduk Umm Safa juga terus berdepan gangguan daripada tentera dan peneroka zionis yang menghalang akses ke tanah pertanian mereka.
Pada masa sama, kerajaan Netanyahu dilaporkan merancang menyalurkan AS$2 juta kepada kumpulan pelampau peneroka haram Hilltop Youth, yang sering dikaitkan dengan serangan terhadap rakyat Palestin.
Sumber: Laporan media dan agensi hak asasi manusia
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone | 71 |
| 3 | 90 TAHANAN PALESTIN MENINGGAL DUNIA DALAM PENJARA ISRAEL SEJAK OKTOBER 2023
Tahanan Palestin dilaporkan terus berdepan layanan tidak berperikemanusiaan di pusat tahanan regim zionis, termasuk keganasan fizikal, penghinaan, kebuluran, kurang tidur, penafian rawatan perubatan serta dakwaan penderaan seksual.
Menurut pertubuhan hak tahanan Palestin, sekurang-kurangnya 90 tahanan Palestin meninggal dunia dalam tahanan sejak Oktober 2023 akibat keadaan penjara yang teruk dan kegagalan mendapatkan rawatan sewajarnya.
Mangsa terbaharu ialah Imad Rajeh Mustafa Serhan, yang dilaporkan meninggal dunia di Penjara Gilboa.
Kumpulan hak asasi menyifatkan situasi itu sebagai pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.
Sumber: QNN
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone | 161 |
| 4 | RIBUAN MASIH TERTIMBUS DI BAWAH RUNTUHAN GAZA
Di sebalik angka korban yang terus meningkat, masih terdapat antara 10,000 hingga 14,000 rakyat Palestin yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan di seluruh Gaza. Menurut amaran Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), kelewatan operasi pencarian dan pemulihan berisiko menyebabkan identiti ribuan mangsa hilang buat selama-lamanya.
Dengan lebih 61 juta tan runtuhan yang masih belum dibersihkan dan kemusnahan yang menjejaskan hampir 90% infrastruktur awam, usaha mengesan serta mengenal pasti mangsa menjadi semakin sukar dari hari ke hari.
Ini bukan sekadar angka. Di sebalik setiap runtuhan terdapat insan yang mempunyai nama, keluarga dan kisah kehidupan yang belum sempat ditemukan penghujungnya.
Jangan biarkan tragedi ini dilupakan. Teruskan bersuara dan mempertahankan hak rakyat Palestin untuk hidup dengan aman dan bermaruah.
Sumber: TRT World
#MAPIMMalaysia #FreePalestine #Gaza #EyesOnGaza #StandWithPalestine | 158 |
| 5 | Нет текста... | 303 |
| 6 | LEBIH 1,500 PESAKIT GAZA MENINGGAL DUNIA MENUNGGU EVAKUASI PERUBATAN
Lebih 1,500 pesakit di Gaza dilaporkan meninggal dunia ketika menunggu peluang untuk dipindahkan bagi mendapatkan rawatan perubatan di luar wilayah yang dikepung.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, ramai pesakit yang mengalami kecederaan serius, kanser dan penyakit kronik gagal mendapatkan rawatan susulan akibat sekatan berterusan serta proses evakuasi yang amat terhad.
Krisis ini berlaku ketika sistem kesihatan Gaza berada di ambang kehancuran, dengan hospital beroperasi dalam keadaan kekurangan ubat-ubatan, bahan api, peralatan dan tenaga kerja perubatan.
Ribuan lagi pesakit dilaporkan masih menunggu kebenaran untuk keluar mendapatkan rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa mereka.
Sumber: Kementerian Kesihatan Palestin
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone | 325 |
| 7 | 10 AKTIVIS KEMANUSIAAN DITAHAN DI LIBYA KETIKA MISI BANTUAN KE GAZA
Pertubuhan hak asasi manusia menggesa pembebasan segera 10 aktivis kemanusiaan antarabangsa yang ditahan di timur Libya sejak 24 Mei lalu.
Mereka yang berasal dari Sepanyol, Poland, Amerika Syarikat, Argentina, Uruguay, Portugal, Tunisia dan Itali merupakan sebahagian daripada Global Sumud Convoy, misi kemanusiaan yang bertujuan membawa bantuan kepada penduduk Gaza yang dikepung.
Walaupun sebahagian besar peserta konvoi telah dihantar pulang, 10 aktivis tersebut masih ditahan oleh pasukan yang setia kepada komander tentera Libya, Khalifa Haftar.
Aktivis terbabit turut melancarkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap penahanan mereka serta sekatan akses kepada peguam dan keluarga.
Sumber: Middle East Eye (MEE)
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone | 257 |
| 8 | KEPERLUAN KEMANUSIAAN DI GAZA SEMAKIN KRITIKAL
Krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing apabila hanya satu laluan bantuan, Kareem Shalom, dibuka ketika penduduk berdepan kekurangan makanan dan keperluan asas yang semakin serius.
Jumlah makanan yang disediakan turut merosot dengan hanya sekitar 678,000 hidangan sehari, berbanding 1.5 juta hidangan sebelum ini.
Pada masa sama, ribuan keluarga terpaksa berlindung di khemah dan penempatan sementara yang semakin tidak sesuai didiami, terutama ketika cuaca panas melampau.
Puluhan ribu penduduk masih tinggal di pusat perlindungan yang sesak, kawasan terbuka atau bangunan yang rosak akibat serangan berterusan.
Sejak Oktober 2023, lebih 73,000 rakyat Palestin syahid, 173,000 cedera dan sekitar 1.5 juta penduduk kehilangan tempat tinggal daripada keseluruhan 2.4 juta penduduk Gaza.
Sumber: TRT World
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone | 225 |
| 9 | ISRAEL KINI KUASAI 70% GAZA, KRISIS KEMANUSIAAN SEMAKIN PARAH
Regim zionis dilaporkan telah memperluaskan kawalan ketenteraannya sehingga 70 peratus wilayah Gaza, sekali gus memperhebat pemindahan paksa penduduk dan menyekat akses bantuan kemanusiaan.
Menurut laporan terkini, kekurangan bekalan asas terus mengancam perkhidmatan kesihatan dan bekalan air, manakala akses kepada air bersih semakin terhad.
Sejak Oktober 2023, sekurang-kurangnya 72,971 rakyat Palestin dibunuh, termasuk 21,638 kanak-kanak, manakala 173,128 lagi cedera akibat serangan berterusan regim zionis.
Laporan itu turut menyatakan 11,200 rakyat Palestin masih hilang, selain lebih 1,700 petugas kesihatan dan 262 wartawan serta petugas media dibunuh sepanjang tempoh tersebut.
Di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki, 1,171 rakyat Palestin dibunuh termasuk 244 kanak-kanak, manakala 12,666 lagi cedera.
Sumber: Mediacorp
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone | 236 |
| 10 | ISRAEL LANGGAR GENCATAN SENJATA GAZA LEBIH 3,000 KALI
Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025, regim zionis telah melakukan sekurang-kurangnya 3,076 pelanggaran terhadap perjanjian tersebut sehingga 31 Mei 2026.
Pelanggaran berterusan itu mengakibatkan 947 rakyat Palestin syahid, 2,935 cedera dan 82 lagi ditahan.
Antara pelanggaran direkodkan termasuk 921 insiden tembakan ke arah orang awam, 1,109 serangan udara dan bedilan, 97 pencerobohan kawasan kediaman serta 273 kejadian pemusnahan harta benda penduduk.
Regim zionis juga terus menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan selain memusnahkan rumah dan infrastruktur di seluruh Gaza.
Statistik ini menggambarkan bagaimana gencatan senjata terus dicabuli, sementara rakyat Palestin masih berdepan serangan dan penderitaan setiap hari.
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone | 239 |
| 11 | ITALI SIASAT BEN-GVIR, EROPAH TINGKATKAN TEKANAN TERHADAP MENTERI ZIONIS
Pendakwa raya Itali melancarkan siasatan terhadap Menteri Keselamatan regim zionis, Itamar Ben-Gvir, berhubung layanan terhadap aktivis antarabangsa yang ditahan ketika misi flotila bantuan ke Gaza bulan lalu.
Itali menjadi negara Eropah kedua membuka siasatan rasmi selepas Perancis menyiasat dakwaan jenayah perang dan penyeksaan berkaitan insiden tersebut.
Lebih 400 aktivis dari puluhan negara ditahan oleh regim zionis ketika cuba memecahkan sekatan ke atas Gaza melalui flotila bantuan kemanusiaan.
Aktivis yang ditahan menyifatkan layanan diterima sebagai ganas, memalukan dan tidak berperikemanusiaan.
Kesatuan Eropah (EU) juga sedang mempertimbangkan sekatan terhadap Ben-Gvir susulan insiden itu serta peranannya dalam menggalakkan keganasan peneroka di Tebing Barat.
Sumber: Al Jazeera
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone | 256 |
| 12 | IRAQ DAN SYRIA TUTUP RUANG UDARA SUSULAN SERANGAN BALAS IRAN TERHADAP REGIM ZIONIS
Iraq dan Syria mengumumkan penutupan sementara ruang udara masing-masing susulan ketegangan yang kembali memuncak di Asia Barat selepas Iran melancarkan serangan balas peluru berpandu ke atas wilayah yang diduduki regim zionis.
Iraq menutup ruang udaranya selama 72 jam, manakala Syria menutup koridor udara di bahagian selatan negara itu selama 12 jam serta menggantung operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Susulan perkembangan tersebut, pihak berkuasa regim zionis turut menggantung sementara operasi di Lapangan Terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv.
Ketegangan meningkat selepas serangan udara regim zionis di pinggir selatan Beirut yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan 11 yang lain.
Sumber: Anadolu
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone | 283 |
| 13 | Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025, regim zionis dilaporkan telah melakukan 3,076 pelanggaran terhadap perjanjian tersebut sehingga 31 Mei 2026.
Pelanggaran berterusan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 932 rakyat Palestin syahid, 2,859 cedera dan 82 lagi ditahan.
Secara keseluruhan sejak Oktober 2023, serangan regim zionis telah meragut nyawa 72,941 rakyat Palestin dan mencederakan 172,967 orang, menurut data terkini.
Angka ini menggambarkan kegagalan regim zionis mematuhi perjanjian gencatan senjata serta penderitaan berterusan yang dihadapi rakyat Palestin di Gaza.
Sumber: Anadolu
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone | 459 |
| 14 | ISRAEL BINA PANGKALAN TENTERA BAHARU DI GAZA WALAU GENCATAN SENJATA BERKUAT KUASA
Walaupun perjanjian gencatan senjata menetapkan pengunduran tentera israel dari Gaza, imej satelit menunjukkan regim zionis terus membina dan mengukuhkan kedudukan tenteranya di wilayah tersebut.
Analisis Al Jazeera mengenal pasti 40 pangkalan tentera israel di Gaza, termasuk lapan pangkalan baharu yang dibina selepas gencatan senjata bermula pada Oktober 2025.
Netanyahu turut mengakui tenteranya kini menguasai sekitar 60 peratus wilayah Gaza, dengan hasrat memperluaskan lagi kawalan tersebut.
Kebanyakan pangkalan dibina di sepanjang “Garis Kuning” dan Koridor Netzarim yang memisahkan Gaza utara dan selatan, sekali gus mengukuhkan pendudukan jangka panjang.
Sejak gencatan senjata berkuat kuasa, sekurang-kurangnya 929 rakyat Palestin syahid dan 2,811 lagi cedera akibat serangan berterusan israel.
Sumber: Al Jazeera
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MAPIMMalaysia #SaveGaza #StopGenocide | 442 |
| 15 | DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada,
MAPIM Malaysia | 460 |
| 16 | Sudahkah anda membaca 10 ayat pertama surah Al-Kahfi?
Hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.
Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)
Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Insyaallah sama-sama kita kongsikan manfaat ini sesama muslim sempena hari Jumaat yang barakah ini.
#MAPIMMalaysia | 658 |
| 17 | 10 RAKYAT PALESTIN SYAHID TERMASUK 4 KANAK-KANAK DALAM SERANGAN ISRAEL DI BANDAR GAZA
Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin syahid, termasuk empat kanak-kanak, dalam serangan udara intensif tentera regim zionis ke atas sebuah bangunan di tengah Bandar Gaza.
Serangan itu turut menyebabkan 18 lagi cedera serta mencetuskan kebakaran besar yang memusnahkan sebahagian besar bangunan tersebut.
Saksi memaklumkan beberapa mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan ketika pasukan kecemasan bergelut memadam kebakaran dan menjalankan operasi menyelamat.
Tentera Israel mendakwa serangan menyasarkan pemimpin Hamas, namun tiada pengesahan rasmi dikeluarkan setakat ini.
Insiden berlaku ketika rakyat Gaza menyambut Aidiladha dalam keadaan serangan berterusan dan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.
Sumber: Buletin TV3
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MAPIMMalaysia #SaveGaza #StopGenocide | 398 |
| 18 | Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H. Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi asbab mendekatkan diri kepada-Nya. Ingatlah juga saudara-saudara kita yang sedang diuji di seluruh dunia dalam doa dan bantuan kita.
#MAPIMMalaysia #SalamAidiladha | 395 |
| 19 | Hari Arafah adalah hari penuh keampunan, rahmat dan doa-doa yang diangkat ke langit. Rebutlah peluang untuk memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan kebaikan pada hari yang mulia ini.
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita, menerima segala amal ibadah dan membebaskan kita daripada api neraka. 🤍
#HariArafah #MAPIMMalaysia | 450 |
| 20 | SOLIDARITI KETIBAAN AKTIVIS GLOBAL SUMUD FLOTILLA 2.0 @ KLIA T1
Link: https://www.facebook.com/share/v/18rqxH6WtW/ | 430 |
Уже доступно! Исследование Telegram 2025 — ключевые инсайты года 
