Soalan: Disiplin apa yang diperlukan dalam aktiviti menulis atau membangunkan #content di media sosial?
Jawapan: Ada beberapa benda yang #wajib dibuat, sekiranya tak buat, baik fokus benda lain yang serasi dengan kalian. Ia adalah:
1. Membaca sekurang-kurangnya 1 buku sebulan.
- ia akan tambah perkataan dalam kepala
- memberi latihan kepada otak dan menambah cerdas.
- buat minda sentiasa aktif dan sering berfikir.
- menambah rasa yakin dan banyak menghormati perkara baru.
2. Set disiplin berapa banyak perkataan yang perlu ditulis setiap hari.
- contohnya dah set 100 patah perkataan. Jadi kena cuba, saya guna Ms Word di laptop. Senang nak jejak berapa patah.
- tulis apa sahaja, janji 100 patah perkataan.
- saban tahun, naikkan ikut kemampuan diri. Kalian akan lihat sendiri ianya bertambah dengan baik. Disiplin ini mesti dibuat setiap hari.
3. Buang dan susun Aps yang tak berguna di dalam telefon.
- contoh: game dan shopping. Perkara ini akan buat kalian tersasar dari disiplin menulis.
- bagi media sosial lain, maksimum melihat / menggunakan Facebook / Insta / Twitter ialah 20 minit setiap kali mahu tengok. Selepas itu membaca / menulis atau buat kerja lain.
4. Rancang untuk travel.
- wajib untuk keluar dari rumah dan pergi mengembara. Tak kisah dalam atau luar negara. Dekat atau jauh, semua ok sahaja. Janji keluar.
- travel akan beri kita menghargai apa yang kita ada dan bersyukur melihat dunia luar.
- travel adalah aktiviti yang buang duit, duit akan hangus, namun yang dapat adalah pengalaman dan keseronokan belajar tentang dunia luar.
5. Pergi kelas setiap tahun.
- dapat ilmu dan refresh cara baru.
- pergi kelas kena guna duit, duit itulah jadi pelaburan hangus untuk kita dapat networking yang best, berjumpa dengan ramai orang dan belajar teknik yang membahagiakan aktiviti kita dalam membuat duit.
6. Berhenti rasa pandai. Tak boleh rasa hebat. Kena sentiasa merendah diri dan selalu rasa nak repair mana yang boleh. Ini disiplin besar yang perlu ada dalam diri sesiapapun.
- jika kena tegur, ambil dan simpan dalam dada.
- jika nak menegur, ambil itu tegur diri dulu sebelum tegur orang lain.
7. Yakin dengan Allah. Disiplin yang ini ada dalam solat, ada dalam selawat ada dalam bab menghormati emak ayah, adik beradik dan keluarga. Ia kena jadi disiplin bab membantu, bab menolong serta bab support kepada mereka.
- jadikan setiap kali dapat panggilan meminta tolong, bantu tanpa alasan.
- tak boleh persoal kenapa kena bantu.
- Allah takkan sediakan kalian ujian begini jika bukan untuk maju.
*
Dalam apa sahaja yang kita buat, kena campur disiplin kerja dengan disiplin hidup.
2 benda ini kena dikahwinkan supaya perjalanan kita dalam nak buat apa pun, Allah bantu.
Sekiranya sibuknya nak berjaya, bangunkan disiplin diri namun membuang disiplin kebaikan dan kemurahan hati kepada keluarga, kalian akan tetap jumpa jalan buntu.
Ingat ini,
Tidak ada pertolongan dari Allah, tiada juga kejayaan, tiada ujian dan tiada harapan nak buka banyaknya pintu rezeki yang terbentang luas tersebut.
Mula hari ini, tak boleh tangguh lagi okey!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Jom ke Kelas Content Sales Mastery. Belajar bina content untuk jualan / produk kalian. Klik sini
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept