cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Khairul Hakimin Muhammad

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; https://linktr.ee/khairulhakimin

إظهار المزيد
ماليزيا2 234لم يتم تحديد اللغةالتسويق و RR107
Advertising posts
45 929المشتركون
-2424 hour
-1047 يوم
-44930 يوم

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Semalam saya dapat nasihat mudah nak melihat team atau lihat diri sendiri adakah kita akan jadi jutawan satu hari nanti. 1. Kita pupuk minat berniaga. - mungkin dulu tak minat, namun sebab tahu nak kena ubah diri dan keluarga, kita usaha cuba sesuatu yang baru walau benda kecil. Contohnya berniaga pasar malam, jadi droship atau ejen apa-apa bisnes. - semangat dan berjaya buang malu ini pasti buat kita berada dalam liga berbeza dari kerja makan gaji. 2. Kita ada sense dalam urgency. - kita ada speed. Kita ingin selesaikan masalah. Kita tak suka drama. Kita nak penyelesaian. Kalau kita nampak ini dalam diri kita, maka ketahuilah kita akan pergi jauh. - kalau kita hadap masalah dan kita tak berhenti persoal kenapa kenapa kenapa, bermaksud kita masih di tempat sama. 3. Kita konsisten upgrade diri. - kalau dulu tak ada nak solat sunat. Sekarang dhuha tak tinggal, solat sunat sebelum subuh tak pernah miss, tahajjud juga buat selalu. - kalau dulu zikir tah kemana, sekarang sentiasa selawat. - kalau dulu sedekah hanya pada hari jumaat, sekarang hari-hari. * Kawan-kawan, Kita tentukan kita nak jadi apa dan bagaimana kita nak capai, kita yang kena usahakan. Allah akan bantu dan Allah takkan sia-siakan mereka yang berusaha. Bangkit gais! Cuba tengok diri kita sekarang dan diri kita 5 tahun lepas, kalau masih sama, maka kita kena usaha ubah mula hari ini juga! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪
إظهار الكل...
Soalan: Tuan, di FB ini macam ramai orang tua. Makcik Pakcik bawang memang power gila dekat sini. Saya di Instagram tak gitu tuan. Aman damai. Kalau letak OOTD, gambar elok, miming, meniru, joget sikit, tak ada orang kecam pun. Like pun tinggi tuan. Cuma saya tak berani beriya nak berniaga sebab sebelum ini cuba tak pergi sangat jualannya. Jawapan: Semasa di DMWF2019 London, ada yang bertanya soalan sama kepada panel forum. Beliau jawab: Umur 7-20 tahun - Instagram Selepas dia mula bekerja, dia akan rasa dia tak selesa di situ, akhirnya dia akan mula masuk ke dunia Facebook dan tinggalkan Instagram atau buka Facebook dan jadikan ia sebagai medan baru. Sebab itu Mark membeli laman ini. Mark mahu kuasai semua peringkat umur. Instagram = Entertainment. Facebook = Education. Whatsapp = Communication. Mark kuasai semuanya. FB, banyak viral tentang tips, petua, langkah demi langkah, story, inspirasi dan sebagainya. Jadi kuasa beli di sini lebih besar. Insta, banyak repost tentang lawak jenaka, kisah orang kaya, inspirasi dan sebagainya. Dan kalian beringat, apabila asasnya ialah hiburan, maka artis, selebriti, ikon, idola akan jadi hebat di laman ini. Orang sentiasa nak tahu apa yang mereka buat, menggunakan laman ini dengan teliti dan tersusun akan jadikan kalian jauh lebih ramai pengikutnya. 2 medan ini berbeza segmen. Jadi kita sahaja yang pilih yang mana. Kata panel itu lagi “Instagram adalah medan hiburan yang banyak lakonan. Ia sekadar memberi hiburan semata. Beza dengan Facebook, ia berasaskan teks (tulisan), jadi kita membaca. Oleh itu Mark mengajar kita apa sahaja yang kita baca, kita akan memahami konteks dan pelajari apa yang dikongsi melalui #content.” Dua-dua medan okey sahaja. Saya juga ada keduanya. Guna sahaja untuk kebaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak belajar dapat 100,000 pengikut secara organik, jom sertai personal coaching http://www.wasap.my/60122117994
إظهار الكل...
إظهار الكل...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Tips menang melawan syaitan di media sosial. 1. Dia tulis benda sakitkan hati, jangan layan dengan marah. Kau maki ja hina ja benci ja, dia tahu kau dapat dosa sama dengan dia. Ya dia kan syaitan, jadi berjaya recruit kau. Power tak cara dia gais. Ingat dia sangat bijak bab nak ambil orang macam dia buat kerja dia. 2. Tulis balik dengan sabar dan tenang seperti, “Ya Allah, semoga kau kembali kepada Allah dan Allah menerima taubat kau, terus solat dan terus berbuat baik, kau pasti tenang dan tak ganggu sesiapa lagi insya-Allah, Allah maha baik untuk ampunkan kau.” Kau kasi ja ayat ini, syaitan mana pun patah balik. Terus tutup akaun dan pi duduk dekat FB pluto sana. Sekian tips menulis #Content melawan syaitan di media sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM
إظهار الكل...
Duduk dalam dunia HR 10 tahun, saya adalah pengalaman sikit tentang bab team yang tak pandai dan sentiasa perlu dibantu. - memang ada yang dah diajar beribu kali, masih tak pandai, namun mereka orang baik. Jadi kita putuskan kekalkan dia dalam team kita. Kita tahu dia sedang dan sentiasa belajar jadi lebih baik. Kalau dia tak nak belajar baru kita slow talk dan tanya apa hala tuju dia bersama kita. - memang ada sering buat salah. Asal ada task baru, akan ada kesilapan, namun sebab dia baik, kita kekalkan dia dalam team. Kita tahu dia belajar pada setiap kesilapan dia walau berulang kali. Kalau dia tak nak belajar baru kita slow talk dan tanya apa hala tuju dia bersama kita. - memang ada yang dalam setahun rajin, adalah 4-5 hari down, malas, banyak masalah family dan sebagainya. Namun kita kekalkan dia dalam team sebab dia baik. Kita tahu masalah dia itu akan dia selesaikan dan insya-Allah takkan bawa lagi ke pejabat. Kawan-kawan, Apabila saya dah buat bisnes sendiri, pengalaman mendapatkan "orang baik" ini mematangkan saya. Saya tak nak orang hebat bekerja, namun "bijak" dalam curi tulang. Saya tak nak orang power dalam berkomunikasi, namun sentiasa juga dia menipu dan mencuri. Saya tak nak orang terbaik dalam bidang dia, namun dia gunakan itu untuk ambil dan kaut hasil syarikat masuk poket dia. Saya nak orang baik. - tak pandai, boleh diajar. - tak hebat, boleh masuk kelas. - tak power, boleh diberi kekuatan. - tak minat, boleh dipupuk. Janji orang baik. Itu sahaja. Sikap yang ini tak boleh dibeli dengan adanya deans list, dengan adanya anugerah cemerlang langit ke-7 Universiti terbaik dunia. Tak ada. Ia adalah jati diri yang diajar di rumah, adab yang didahulukan dan tertib dalam beragama. Orang ini, saya akan kekalkan dia dalam team. Jadi saudara sampai bila-bila. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Saya pilih yang ada sikap baik.
إظهار الكل...
Soalan: Tuan, saya dah tulis lebih dari 10 #content, share paling tinggi pun 15 ja. Dah give up lah tuan. Jawapan: Tenang. Memang ya akan penat, namun ianya berbaloi. Hari ini 1 share, minggu hadapan 15, boleh jadi bulan depan 50 share, dan naik lagi ke 100. Tak apa perlahan-lahan, janji dapat rentak untuk terus menulis kebaikan. Ingat ini, sebatang pokok yang tumbuh dan membesar, mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Boleh jadi bertahun-tahun. Namun untuk dapat buah tersebut, ia juga bermula dari buah. Jadi kawan-kawan, teruskan menulis kebaikan. Sebarkannya perlahan-lahan. Kita mahu hasil, tanamlah dengan benih yang baik, siram hari-hari, jaga supaya tidak dimakan ulat atau haiwan yang datang, nanti sudah berhasil, jika belum berbuah pun, masih boleh berteduh di bawahnya. Biar lambat, namun beri hasil jangka panjang. Dari cepat, namun tak beri sesen pun hasil, ia lagi penat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak berhenti tulis content.
إظهار الكل...
Bab beristeri dan keluarga ini, banyak dalam sirah, dalam Quran, dalam kisah-kisah para Nabi kita boleh pelajari; 1. Rasulullah SAW adil dan sayang semua isterinya. Semua solehah. 2. Nabi Nuh punya isteri memberontak dan tak mahu mendengar katanya sendiri. 3. Nabi Lut punya isteri yang mengkhianati dirinya sendiri. 4. Nabi Ibrahim mempunyai dua isteri iaitu Sarah dan Hajar, namun menyayangi ke dua-duanya dan dua-duanya solehah. 5. Firaun pula seorang kejam dan sesat namun mempunyai isteri solehah. Semua kisah ini ada. Jadi ambil mana paling baik untuk kita contohi. Paling baik ialah yang suaminya soleh, isterinya solehah. Jika takdir dapat suami tak baik, maka carilah yang baik. Takdir dapat isteri tak baik, maka carilah yang baik. Sedang Nabi pun ada diuji dengan isteri bermasalah, inikan kita. Bercerai bukan tak baik, kadang itu adalah penyelesaian masalah. Kita tak tahu apa mereka alami dan kita hanya boleh cakap serta beri pendapat. Yang alami, yang hadap adalah mereka. Kita aman damai, kita baik-baik sahaja, maka doakan mereka juga sama baik dengan kita. Bersyukur dapat isteri atau suami yang baik. Jangan duk mengata beriya sangat kadang yang itulah Allah uji nanti. Ha beringat okeh. Raya belum habis weh, kita dah bergaduh tentang hal rumah tangga orang. Sudah-sudahlah ya. Mari sambung raya! Haha. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️
إظهار الكل...
Pendirian saya tentang orang yang menggelarkan "anjing" kepada yang tak boikot. Baca di sini. https://www.facebook.com/share/ExvJoAwXy3RxjmPN/?mibextid=WC7FNe
إظهار الكل...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Jumaat mulia, Ramadan mulia, Sama-sama kita bersama menyumbang kepada CGM untuk dihantar segera bantuan ke G@za. Mereka sekarang dah mula makan rumput, mengutip sisa yang jatuh, ambil sahaja air dari mana-mana lopak. Ayuh kita kena bantu. Sudahlah dibadai dengan p3luru serta letupan sana sini, mereka dihujani dengan ujian tiada makanan pula. Ya Rabb. Ayuh kita sumbang, kita hantar makanan, hantar sayur, hantar daging, ubatan dan bekalan air bersih buat mereka di sana. Sangat besar ertinya buat mereka. Klik sini https://swiy.co/khairulhakimin Sama-sama kita bantu ya! Walau RM10, tetap beri erti sangat besar buat mereka di sana.
إظهار الكل...