es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 36 339 suscriptores, ocupando la posición 285 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 912 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 36 339 suscriptores.

Según los últimos datos del 18 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -381, y en las últimas 24 horas de -13, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.44%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.02% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 3 069 visualizaciones. En el primer día suele acumular 734 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 19 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

36 339
Suscriptores
-1324 horas
-987 días
-38130 días
Archivo de publicaciones
Mengapa Surah Yusuf sering dijadikan rujukan untuk menulis novel, artikel, drama dan filem? Haaa klik sini https://vt.tiktok.com/ZSRypfMAT/

Mulakan bisnes dengan RM5,000 - rasa tak cukup. Nak besar lagi, kalau gitu tangguh jelah. Beli telefon dengan RM5,000 - okeylah dapat gunakan untuk entertainment, game bagai. Beli buah, makanan sihat dengan harga RM200 - terasa mahal sangat tak berbaloi. Beli game subscribe berbagai hal dengan harga RM200 - terasa murah dan lantakkan sahaja apa nak jadi. Tonton TV berjam-jam - tak apa, janji isi masa. Masuk kelas 2 jam - mula boring dan buat benda lain. * Lihat balik tahun lalu apa kita pilih dan apa kita jadi hari ini. Pandemik masuk ke negara kita sudah 17 bulan dan kita lihat apa yang kita dah capai. Kita selalu salahkan orang, salahkan sana sini, salahkan itu ini, cuba kita tengok apa kita pilih selama ini berbaloi untuk diri atau tak. Dah sampai masa kita akui kesilapan diri dan perbaiki. Selagi masih bernafas, kita masih boleh repair. Semua orang masih ada masa, masih ada ruang untuk buat semula semuanya. Kita nak berjaya, kita pilih jalan berjaya. Berhenti pilih pintu gagal hanya untuk puaskan diri sementara. Pilih jalan kejayaan, di situ memang akan keluar peluh, keluar air mata bagai, namun hasilnya akan buat kita dan orang lain senyum beratus tahun. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Bismillah.

10 Channel Youtube yang paling disukai oleh orang bisnes seluruh dunia: 1. Gary Vayverchuck. 2. Tony Robbins. 3. Grant Cardone. 4. Valuetainment. 5. Tim Ferris. 6. Brian Tracy. 7. Ted Talk. 8. Marie Farloe. 9. Robin Sharma. 10. Pat Flyn. Mereka ini bercakap tentang strategi, fokus, konsistensi, idea, motivasi dan banyaknya hal tentang perlunya seseorang yang buat bisnes itu ada. #Content mereka hampir sama dengan banyaknya penulisan content di Facebook dan Instagram. Namun mereka lakukannya di Youtube. Mengapa di sana? Kerana hari ini Youtube boleh: 1. Membayar pengguna / pemilik video direct dari akaun yang memuat naik. Ia berbeza dengan media sosial yang lain yang mengambil duit pengguna untuk dibuat ads. 2. Komuniti di Youtube biasanya tertumpu dan sangat rigid dengan apa yang mereka muat naik. Ianya tidak bercampur baur contentnya berbanding media sosial lain yang banyak kisah kehidupan. Biasanya content yang dimuat naik adalah yang sudah disusun mengikut topik dan hanya topik itu sahaja buat seseorang public figure. Melainkan dia adalah artis / selebriti maka Channel Youtube mereka adalah hal kehidupan yang mahu dimuat naik. 3. Membangunkan bakat dengan lebih tinggi fokusnya. Kebanyakan mereka yang membangunkan bakat di laman ini akan disukai dan didekati. Platform ini merupakan jalan pertama sebelum mereka mengikuti akaun media sosial mereka ini. Hari ini Youtube di Malaysia mempunyai minimum 3,000,000 view sehari. Jika kalian ada content, boleh bercakap, bijak menggunakan isu dan sangat teliti dalam mengeluarkan hujah, maka kalian perlu gunakan medium ini sebaiknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Okey jom.

photo content

photo content

Promosi 4 jam sahaja hari ini! Dapatkan link rakaman kelas Content Marketing & Facebook Writing atau Strategic Content Mappin
Promosi 4 jam sahaja hari ini! Dapatkan link rakaman kelas Content Marketing & Facebook Writing atau Strategic Content Mapping dengan harga RM65! Lebih jimat, rakaman kombo 2-2 kelas ini hanya RM100 ja weh! Jimat RM30! Harga kelas akan dinaikkan kepada RM85 pada jam 5 petang nanti. Jom daftar sekarang. Klik link dibawah: https://onecookies.onpay.my/order/form/rkc-og https://onecookies.onpay.my/order/form/rkc-og https://onecookies.onpay.my/order/form/rkc-og

Untuk menjual, #content yang bagus biasanya mempunyai kekuatan luar biasa perkataannya. Biasanya, apabila orang baca, orang akan beli terus. Ia adalah 5 perkara ini: 1. Gunakan panggilan yang sesuai. - awak, kamu, you, you all, anda, kalian. Bergantung kepada stail penulisan masing-masing. 2. Tambah sesuatu perkara dengan beri ia secara percuma. Perkataan percuma itu biasanya memberi nilai yang besar kepada audien. 3. Perkataan “kerana” sangat besar impaknya. Beritahu audien kenapa mereka perlu dapatkan produk / perkhidmatan kalian. 4. Perkataan “tidak rugi, kurang risiko, mudah, cepat, bagus,” akan beri audien rasa selesa. Beritahu audien yang produk / perkhidmatan kalian sangat rendah risikonya. (Namun tolonglah tidak gunakan pada tempat yang betul, mesti masih patuh syariah ya). 5. Beri arahan / perintah seperti “cepat! Lekas! Tinggal dua sahaja! Dapatkan sekarang!” Ini akan meningkatkan urgency dan audien akan membeli dengan segera. Begitulah. Selamat mencuba! Khairul Hakimin Muhammad, Jumpa di Kelas Content Sales Mastery ya kawan-kawan!, daftar di sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept

Dulu masa saya ambil degree, saya ada buat part time di sebuah syarikat katering di Klang, Nidz Catering. Pemiliknya pernah nasihatkan saya tentang bagaimana meletakkan adab untuk menghormati orang lain dan apa kaitan semua itu dengan rezeki. 1. Apabila ada tetamu bertandang, bangun dan pergi ke dapur untuk angkat air dan hidangkan sendiri satu cawan dan satu cawan kepada setiap seorang tetamu. 2. Pastikan tetamu yang datang bertandang di rumah dapat minum atau makan sedikit. Tidak kira mereka dalam tergesa-gesa walau apa keadaan pun (kecuali kecemasan). 3. Sekiranya kita sudah bersiap mahu keluar dari rumah, tiba-tiba ada tetamu datang. Buka kembali pintu rumah dan layanlah tetamu sebaik-baiknya. 4. Sekiranya kita sedang makan di luar, kemudian datang orang meminta sedekah atau menjual barang, pastikan kita beri juga walau sedikit. Jika kita tidak mahu membeli, hadiahkan juga seringgit dua untuk dia dapat minum atau makan. 5. Sekiranya sedang makan atau minum, datang kucing menjengah. Duduk memandang atau terus mengganggu, beri sedikit makanan kepadanya. Apabila kita mendahului semuanya dengan adab. Maka rezeki akan mula menjengah. Adab itu perlu hadir untuk menghormati ejen rezeki. Tetamu = ejen rezeki. Kadang-kadang kita tidak perasan siapa yang pernah menjadi tetamu kita. Kadang-kadang juga, di meja makan restoran pun kita boleh punya tetamu. Tenang-tenang, setiap pertemuan itu Tuhan yang aturkan. Kita sahajalah perlu kawal diri mahu terima atau mahu menolaknya. Cewah. #abangtazkirah. Khairul Hakimin Muhammad Agen Papazola.

1. Terlepas Kelas Content Marketing & FB Writing, boleh beli rakaman di sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo 2. Terlepas Kelas Strategic Content Mapping, boleh beli rakaman di sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm_30ogo 3. Nak belajar membina Content untuk produk / service, siap dapat ebook percuma, mari ke Kelas Content Sales Mastery. Klik sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept

5 buku yang saya rujuk untuk menulis kisah kejayaan / kisah Inspirasi, klik sini ya: https://vt.tiktok.com/ZSRyJBEEf/

Semalam saya ceritakan bagaimana #bankcontent itu terbentuk. Prosesnya panjang, sekali sahaja buat namun akan dapat idea sehingga beribu posting muncul di wall kita semua. Sebab itulah ramainya influencer ada posting yang tersusun di wall mereka. Dari pemilihan topik, kemudian dibawa ke proses menyediakan mapping, layer by layer hinggalah kepada proses plotting, kita akan nampak banyaknya posting boleh dibangunkan. Kita susun siap-siap mana posting untuk nak naikkan #Follower, mana pula posting untuk buat #Sales juta-juta. Itu hari juga saya ceritakan ada suri rumah buat jualan sampai RM2.52 juta dari rumah sahaja dengan menyusun content. Ada kawan kami di Kuching sana, buat jualan cecah RM5 juta juga menyusun content. Iya kawan-kawan, rezeki Allah itu seluas langit. Buat sungguh-sungguh, berusaha betul-betul, gunakan platform dengan baik, Allah beri semula hadiah rezeki itu kepada kita. Tinggal kita nak guna sahaja dengan ilmu atau pakat belasah, kita yang decide. Begitulah. Kita jumpa di Kelas Sales Content Mastery pada 6hb September ini ya. Kelas membina content untuk JUALAN. Klik sini https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

5 teknik mudah untuk kita ini sayangi diri sendiri: 1. Bangun awal sebelum solat subuh - tanda kekuatan mental kita bermula. 2. Mandi, solat sunat sebelum subuh dan solat subuh - solat sunat sebelum subuh dan solat subuh adalah tanda awal kita memanjat kesyukuran kepada Allah. 3. Hargai sarapan yang disiapkan oleh yang tersayang. Jika tiada, buat sendiri. Jika masih tak sempat, pergi beli. Happy sahaja dengan semua pilihan yang masih ada. 4. Sampai tempat kerja, masuk dengan gembira. Sapa semua orang yang kita jumpa dengan memberi salam. Kita akan dapat jawapan salam semula. Doa itu kebaikan yang besar. 5. Letak dalam kepala hari ini pasti dapat belajar lagi perkara baru. * Kita akan dapat perasaan yang kita suka diri kita. Kita tak ganggu hidup orang. Jika ada orang ganggu hidup kita, kita lekas dapat selesaikan. Kita tahu bagaimana nak hadap dan tenang. Kita mudah memaafkan dan mudah juga move on. Kita tak hidup dalam hal lepas, semua itu hanya sesekali sahaja kita pandang untuk kita ambil pengajaran. Yang paling penting ialah masa hadapan. Kita nak bantu lagi ramai orang yang sama kuat macam kita. Jadi kita kena sayangi diri kita, keluarga kita dan masyarakat yang ada sekeliling kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari sama-sama buat.

Soalan: Tuan, saya tak ada "minat" yang boleh dikongsikan di media sosial. Saya suri rumah, kerja saya ialah bangun setiap pagi, siapkan sarapan suami, buat bekal untuk anak-anak. Kemudian apabila semua dah keluar, tinggal saya dengan baby. Sempatlah saya kemas rumah. Dalam tengah hari anak-anak balik, makan tengah hari saya dah prepare siap-siap. Petang suami balik. Dia nak rehat, jadi saya buat bodoh jelah sampai dia kata dia lapar baru saya hidang makanan. Saya nak cerita apa tuan di media sosial kalau hidup saya begini? Saya tak travel, saya tak pergi restoran mahal, saya juga tak ada minat macam orang lain. Hidup saya dekat rumah sahaja. Jawapan: Semua dah ada dalam apa yang Puan tulis. Puan kata, puan konsisten siapkan sarapan suami. Jadi ambil gambar, kongsikan resipi. Puan juga kata puan konsisten siapkan bekal anak-anak. Jadi ambil gambar dan kongsikan idea bekal anak-anak. Puan juga jaga bayi. Boleh juga kongsikan tips bagaimana nak handle bayi sambil boleh kemas rumah. Puan kata juga yang makan tengah hari sentiasa tersedia. Jadi ambil gambar dan kongsi. Ingat, buat bank penulisan. Ambil gambar dulu. Apabila sudah free, tulis di microsoft word. Kemudian emelkan kepada diri sendiri dan buat posting di Facebook dengan tersusun. Contohnya: Isnin, rabu dan jumaat - resipi sarapan suami. Selasa, khamis - resipi bekal anak. Sabtu-ahad, resipi keluarga. Selang selikan juga kisah bayi dan bagaimana nak kemas rumah. Tidak sama sekali ambil gambar dan detailkan semua dan terus nak up. Jangan. Please. Susun dulu. Lihat crowd bagaimana ia akan menaik. Dan pastinya kalian akan mula diminati hasil tulisannya. Jangan lupa 4 kuadran, jangan lupa juga 5 jenis posting. Puan akan mula dapat crowd. Percayalah. #RahsiaPenulisanBerpengaruh. #KHM Khairul Hakimin Muhammad, 🥰

Bulan depan kelas ini harganya RM280 gais. Malam ini hari terakhir kelas dengan harga promo RM65. Bermula september, semua ke
Bulan depan kelas ini harganya RM280 gais. Malam ini hari terakhir kelas dengan harga promo RM65. Bermula september, semua kelas kembali ke harga asal. Kelas content marketing, RM180 Kelas content mapping, RM280. Grab terus kelas malam ini. Berbaloi sangat RM65. Siap ada rakaman mana yang tak sempat tonton live. Lagi 95 seat! Klik sini sekarang. https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm_30ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm_30ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm_30ogo

Kadang-kadang kita ketap bibir sahaja apabila baca orang yang tak tahu content, tak pernah hadir kelas, tak pernah beli ebook, tak pernah beli buku, kemudian duk bercakap tentang dunia #content. 6 status saya up hari ini dia kata 1 je up content dan macam mana boleh jadi guru content? Kemain siap up status cakap ke kita bukan-bukan kemudian yang komen pun jenis yang eja saya dengan sy sy sy. Haih. Okey begini. Saya nak lawan sikit, ajak semua baca. 1. Status pagi tadi - Tips Content. 2. Kemudian Story murah rezeki. 3. Kemudian iklan ebook Japan Method. 4. Kemudian cakap pasal boba milk. 5 Sekali lagi boba milk. 6. Sebelum ini, posting pergi tegur makcik dengan anak dia tersadai bawah pokok. Kita susun, Status nombor 1, To Educate - jatuh bawah Crowd. Nombor 2, story, To Inspire - Crowd juga. Nombor 3, To Convert to Money - RM. Nombor 4, To Entertain gais - Side. Nombor 5, To Entertain juga gais - Side. Nombor 6, rezeki dapat cerita menarik, To Entertain juga, Side. So semuanya content. Crowd = Double Engagement. RM = Engagement jatuh, tapi ada jualan, okey je. Engagement dah jatuh apa kita buat anak-anak? Naikkan engagement dengan posting side, akan dapat banyak like dan komen. Jadi engagement naik semula. Dekat mana content yang tak tersusun gais? Hihihi. Begitulah. Meh datang kelas malam ini, https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm_30ogo Khairul Hakimin Muhammad, Belajar gais!

Soalan: Bagaimana nak pastikan pengikut kita adalah pengikut yang betul? Jawapan: Ia boleh dilihat dengan apa yang kita telah tulis dan paparkan di wall kita sendiri. Jika kita rajin (konsisten) menulis resipi senang, maka kita dapat audien ibu-ibu bekerja yang selalu susah nak ke dapur. Jika menulis hal enjin kereta, dapat audien lelaki yang sukakan dunia pemotoran. Jika rajin kecam-kecam artis, akan dapat juga audien yang suka maki hamun dan berkata nista. Jika rajin tulis gaduh politik, akan dapat audien kaki sembang, kaki perang dan carut-carut sana sini. *** Kebanyakan perkara baik (#content yang bagus) adalah datang dari apa yang kita lakukan dalam hal seharian. Ia adalah titik persamaan yang besar sesama kita. Cuma kita kena tulis untuk: To educate, atau To inform, atau To inspire orang lain. Audien yang bagus dan positif punya kuasa beli yang tinggi. Mereka boleh membeli produk kita tanpa banyak soal dan tanpa alasan. Mereka support dan sering bercakap serta rekomen kepada yang lain. Yang negatif, biasanya kencang di media sosial bab-bab bermusuh, namun tidak banyak berani membeli produk (keluarkan duit). Jadi, bina pengikut ikut apa yang bagus ditulis. Kemudian, baru berniaga. Dan lihatlah bagaimana bisnes berkembang apabila rajin menulis perkara kebaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Daftar kelas sekarang! Malam ini kelasnya, klik sini lekas https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm_30ogo

Kawan-kawan yang ada produk, nak photoshoot sendiri produk kalian tapi tak ada prop, kalian boleh beli di sini, serba serbi ada di kedai Shopee yang ini. Murah dari RM3. Klik sini ya link Shopeenya https://shope.ee/8eqMGD3vKD

Setiap kali menulis #content, saya gunakan formula 50/20/30. 50% #Fakta. 20% #Emosi. 30% #ImpakPositif. Pendapat atau pandangan sendiri, saya ketepikan terus. Ingat, di media sosial, hal ini tak penting. Orang suka baca benda benar, betul dan bermaklumat walau ia sekadar menulis resipi, hal berkebun atau perkara yang boleh buat kita kurus, sihat dan cergas. Yang penting ianya adalah fakta. Dan fakta itu tidaklah sampai ianya seperti rencana. Ia hanya perkara yang benar dan betul sahaja. * Contoh ayat fakta di media sosial: Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Sebut 16 jam, 8 jam, air masak, tanpa susu, tanpa gula, semua itu adalah fakta untuk mereka yang mengamalkan diet intermitten fasting. * Untuk emosi, beritahu dengan jelas dan visualkan semuanya dengan perkataan dan ayat yang betul. Contoh ayat yang ditambah emosi: Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Hah, mesti terkejut kan nak kena puasa 16 jam? Haha. Tenang, kita puasa time tidur, time berjaga kita makan, susun sahaja waktu tersebut. Enjoy puasa sambil berlayar di alam mimpi, gitu drama. Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Namun kita kan puasa masa tidur, jadi tak adalah craving sangat nak makan, relaks sahaja! Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Ha ini kena jaga, sebab dah lapar nanti rasa nak makan macam-macam. Kawal diri okey! Nampak tak penambahan tatabahasa seperti tanda seru, tanda soal, semua itu memberi emosi kepada pembaca. Ada juga penambahan ayat seperti sedang berinteraksi, ada juga divisualkan seperti perkataan lompat bintang. Itu semua emosi yang bagus. * Impak postif pula, ia mesti: - apabila orang baca, orang faham. Atau, - apabila orang baca, orang boleh buat terus. Atau - apabila orang baca, orang boleh beli terus. Jadi dalam kes intermittent fasting ini, kalian boleh tambah di hujung posting dengan menulis: Jika kalian nak bermula, Download aps Body Fast. Ia akan bantu kalian rujuk berapa berat, berapa ukur lilit, dan waktu puasa dan makan kalian. Kemudian, kalau ada bajet ambil coach, tak ada, tak apa. Siap sedia untuk puasa pada hari isnin sampai ahad. Jika nak buat cheat day, susun hari yang sesuai. Minggu pertama akan turun sekitar 2-3kg bergantung kepada jenis orang. Mula makan nasi, jangan terus tak makan nasi. Tenang-tenang. (Sampai habis step). * Itu antara mudahnya menulis menggunakan content. Masing-masing kena set formula dan bagaimana nak tulis supaya sentiasa beri impak kepada audien. Jika tulis suka-suka dan sekadar seronok, ok sahaja. Namun jika nak ianya diklik butang share, atau orang beli apa yang kita nak jual, kena usaha betul-betul jadikan posting kita posting yang terbaik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kelas terdekat pada 30hb! Lekas daftar masih ada kekosongan, klik sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm_30ogo

Siapa rajin di Shopee, ada contest best di sanaaaaa! Siap ada hadiah sampai RM200,000 okeh. Collect Golden Tickets to win up to RM200,000! Jangan bimbang ini link Shopee, jemputlah ke sana. Saya pun terjebak. Haha. Klik sini okeh: https://shp.ee/tqbgq3qxzc7

Cakap kepada diri sendiri 5 baris ayat ini setiap pagi selepas solat subuh: 1. Allah sentiasa bersama aku. 2. Aku selesaikan semua tugas aku hari ini tanpa tangguh sikit pun. 3. Aku wajib belajar 3 benda hari ini. 4. Aku sedekah hari ini. 5. Aku hadap ujian tanpa marah, tanpa gelisah dan resah. Semua itu akan aku hadap dengan baik, hemah dan tenang. * Kawan-kawan, Kita yang putuskan apa yang kita nak fikir, nak buat, nak lakukan, nak cakap, nak pandang, nak apa sahaja. Kita akan jumpa beribu benda negatif setiap hari. Ambil benda itu, sentaplah seminit dua, kemudian lalui dan ubah kepada peluang dan beri ruang untuk diri hadap proses tersebut. Jadikan ia positif semula, jadikan ia sebagai “benda” atau “alasan” nak jadi lebih baik lagi dari hari ini. Kita tentukan semuanya. Hati kita, jiwa kita, otak kita, tubuh kita semua kita yang kawal, bukan orang lain. Jadi wira kepada diri sendiri dahulu. Barulah kita jadi hero untuk keluarga dan masyarakat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pagi gais!

Khairul Hakimin Muhammad - Estadísticas y analítica del canal de Telegram @contentkhm