ar
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 35 303 مشتركاً، محتلاً المرتبة 275 في فئة التسويق و RR والمرتبة 893 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 35 303 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 20 سبتمبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -251، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -2، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 8.63‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً N/A‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 0 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 0 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 21 سبتمبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

35 303
المشتركون
-224 ساعات
-577 أيام
-25130 أيام
أرشيف المشاركات
Kawan-kawan yang ada produk, nak photoshoot sendiri produk kalian tapi tak ada prop, kalian boleh beli di sini, serba serbi ada di kedai Shopee yang ini. Murah dari RM3. Klik sini ya link Shopeenya https://shope.ee/8eqMGD3vKD

Setiap kali menulis #content, saya gunakan formula 50/20/30. 50% #Fakta. 20% #Emosi. 30% #ImpakPositif. Pendapat atau pandangan sendiri, saya ketepikan terus. Ingat, di media sosial, hal ini tak penting. Orang suka baca benda benar, betul dan bermaklumat walau ia sekadar menulis resipi, hal berkebun atau perkara yang boleh buat kita kurus, sihat dan cergas. Yang penting ianya adalah fakta. Dan fakta itu tidaklah sampai ianya seperti rencana. Ia hanya perkara yang benar dan betul sahaja. * Contoh ayat fakta di media sosial: Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Sebut 16 jam, 8 jam, air masak, tanpa susu, tanpa gula, semua itu adalah fakta untuk mereka yang mengamalkan diet intermitten fasting. * Untuk emosi, beritahu dengan jelas dan visualkan semuanya dengan perkataan dan ayat yang betul. Contoh ayat yang ditambah emosi: Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Hah, mesti terkejut kan nak kena puasa 16 jam? Haha. Tenang, kita puasa time tidur, time berjaga kita makan, susun sahaja waktu tersebut. Enjoy puasa sambil berlayar di alam mimpi, gitu drama. Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Namun kita kan puasa masa tidur, jadi tak adalah craving sangat nak makan, relaks sahaja! Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Ha ini kena jaga, sebab dah lapar nanti rasa nak makan macam-macam. Kawal diri okey! Nampak tak penambahan tatabahasa seperti tanda seru, tanda soal, semua itu memberi emosi kepada pembaca. Ada juga penambahan ayat seperti sedang berinteraksi, ada juga divisualkan seperti perkataan lompat bintang. Itu semua emosi yang bagus. * Impak postif pula, ia mesti: - apabila orang baca, orang faham. Atau, - apabila orang baca, orang boleh buat terus. Atau - apabila orang baca, orang boleh beli terus. Jadi dalam kes intermittent fasting ini, kalian boleh tambah di hujung posting dengan menulis: Jika kalian nak bermula, Download aps Body Fast. Ia akan bantu kalian rujuk berapa berat, berapa ukur lilit, dan waktu puasa dan makan kalian. Kemudian, kalau ada bajet ambil coach, tak ada, tak apa. Siap sedia untuk puasa pada hari isnin sampai ahad. Jika nak buat cheat day, susun hari yang sesuai. Minggu pertama akan turun sekitar 2-3kg bergantung kepada jenis orang. Mula makan nasi, jangan terus tak makan nasi. Tenang-tenang. (Sampai habis step). * Itu antara mudahnya menulis menggunakan content. Masing-masing kena set formula dan bagaimana nak tulis supaya sentiasa beri impak kepada audien. Jika tulis suka-suka dan sekadar seronok, ok sahaja. Namun jika nak ianya diklik butang share, atau orang beli apa yang kita nak jual, kena usaha betul-betul jadikan posting kita posting yang terbaik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kelas terdekat pada 30hb! Lekas daftar masih ada kekosongan, klik sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm_30ogo

Siapa rajin di Shopee, ada contest best di sanaaaaa! Siap ada hadiah sampai RM200,000 okeh. Collect Golden Tickets to win up to RM200,000! Jangan bimbang ini link Shopee, jemputlah ke sana. Saya pun terjebak. Haha. Klik sini okeh: https://shp.ee/tqbgq3qxzc7

Cakap kepada diri sendiri 5 baris ayat ini setiap pagi selepas solat subuh: 1. Allah sentiasa bersama aku. 2. Aku selesaikan semua tugas aku hari ini tanpa tangguh sikit pun. 3. Aku wajib belajar 3 benda hari ini. 4. Aku sedekah hari ini. 5. Aku hadap ujian tanpa marah, tanpa gelisah dan resah. Semua itu akan aku hadap dengan baik, hemah dan tenang. * Kawan-kawan, Kita yang putuskan apa yang kita nak fikir, nak buat, nak lakukan, nak cakap, nak pandang, nak apa sahaja. Kita akan jumpa beribu benda negatif setiap hari. Ambil benda itu, sentaplah seminit dua, kemudian lalui dan ubah kepada peluang dan beri ruang untuk diri hadap proses tersebut. Jadikan ia positif semula, jadikan ia sebagai “benda” atau “alasan” nak jadi lebih baik lagi dari hari ini. Kita tentukan semuanya. Hati kita, jiwa kita, otak kita, tubuh kita semua kita yang kawal, bukan orang lain. Jadi wira kepada diri sendiri dahulu. Barulah kita jadi hero untuk keluarga dan masyarakat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pagi gais!

10 kesilapan biasa mengapa peniaga (usahawan) sukar nak naikkan Follower di Facebook. 1. Kesilapan membuat setting di profile, letak gambar iklan di cover picture, profile picture semua bantai bubuh produk, nama syarikat dan mana jawatan. Contohnya pergi letak gambar Coway, Cuckoo, Kad Bisnes Insuran, Hartanah, gambar kad bisnes perunding kewangan. Memang larilah orang. Letak gambar cover, kehidupan biasa seperti travel, keluarga dan dengan haiwan kesayangan. Gambar profile elok gambar seorang yang santai, tak perlu pakai kot bagai. Ini media sosial kawan! 2. Tidak guna nama orang. Pergi letak nama syarikat atau nama produk di akaun personal. Mesti nama manusia, tak kisah nama samaran atau nama komersil. 3. Suka menulis perkara kebencian dan tidak beri impak positif kepada orang lain. Di ruang komen tak berhenti orang bergaduh. 4. Asyik-asyik buat iklan. Nisbah paling baik untuk buat iklan di wall ialah setiap 4 posting biasa, barulah 1 kali iklan. Tak kisah setiap hari atau kiraan mingguan. 5. Asyik-asyik selfie, kalau sesekali tak apalah, ini semua posting dia bantai selfie, live tanpa topik dan berkongsi kisah peribadi yang tiada impak kepada audien. Di media social, sebaiknya apa yang kita kongsikan memberi impak kepada audien. Sekiranya semua benda hanya perkara peribadi, maka tak perlu ada follower. 6. Focus kepada 2-3 perkara yang menjadi forte dan tulis dengan konsisten perkara tersebut. Kalau semua benda nak tulis, nak lawan dan nak ambil perhatian. Akhirnya macam cakap seorang diri sahaja. 7. Tidak menulis dengan ejaan yang betul. Suka sangat ejaan singkatan sampai ke tahap sukarnya nak dibaca dan difahami. 8. Tidak melayan soalan atau komen di ruang komen. Anggap diri diva dan konon kata sibuk tak sempat. Percayalah sekali dua komen tak dibalas itu ok, masuk kali ke 4-5 orang akan mula malas. 9. Suka benar menulis tentang hal politik. Biasanya hal-hal politik akan memberi semak dan rimas kepada yang suka membaca dan bermain media social. Hal politik, biarlah ahlinya yang sertai. Pengundi biasa, nak tulis, tulislah dengan hemah rakyat; bukan bantai bantai bantai. Kita orang bisnes, fokus! 10. Sikit-sikit tak puas hati. Sikit-sikit marah. Sikit-sikit emo. Semua benda nak diluahkan. Ini terus nampak kita ini orang yang negatif dan buruk. Ok cukup 10. Yang lain kalian tambahlah okeh. Semoga bermanfaat. Sila share dengan ejen dan stokis kalian okeh. Kita bina content! Khairul Hakimin Muhammad Content Master Kesayangan Negara. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Malam tadi kami bersembang di dalam Channel Telegram saya bagaimana nak jual produk setiap minit? Hihihi. Ada rakan kami yang dapat jualan hampir setiap minit dan produknya itu berharga RM79. Katanya kerja 8 jam sehari, 1 jam = 60 minit. 60 minit x RM79 = RM4,760/ sejam. RM4,760 x 8 jam = RM37,920/hari RM37,920 x 22 hari bekerja = RM834,240/bulan. Ini normal gais. Hihi. Bagi pengasas, usahawan, jualan RM1 juta atau yang nak cecah RM1 juta sebulan ini perkara biasa sahaja untuk mereka. Dan kalian juga boleh buat perkara ini okey. Ini tips mudah untuk kalian: *** Ada 3 Fasa. Fasa 1 (seminggu) Awareness. - teaser. - reminder. Buat setiap hari jam 11.00 pagi. Posting sebelum itu mesti posting crowd yang ada share, di sini ada Double Engagement. Ia mesti menerangkan produk dengan teks yang lengkap, ringkas, atau poster atau gambar yang sesuai. Fasa 2 (menjual). Buat setiap hari jam 11.00 pagi. Posting sebelum itu mesti posting crowd yang ada share, kekalkan double engagement. Gunakan perkataan yang memberi perintah atau suruhan seperti: Dapatkan segera! Klik link ini sekarang! Tekan butang ini! Terus dapatkannya sekarang! Jangan lengah lagi! Semua arahan ini akan memudahkan orang lain ikut dan klik. CTA kena lengkap dan letak 1 sahaja. Letak lebih dari 1 CTA akan menyebabkan orang keliru dan tak membeli. Fasa 3 (Selepas menjual) Testimoni, kesan dapatkan produk, atau apa sahaja yang dapat memberi tahu keberkesanan produk. Buat jam 5.00 petang setiap hari. Posting sebelum dan selepas posting ini mesti yang ada single engagement iaitu posting side. *** Kalian akan mula dapat sales. Bukan lagi setiap 9 minit, boleh jadi setiap minit dapat! Cubalah! Khairul Hakimin Muhammad, Menjual dan jadi kaya raya dengan kreatif! Nak tips lagi, terus ke https://t.me/ContentKHM

Benda paling saya sayang. Content Mapping saya ini saya mula buat dengan kertas mahjong ja. Kemudian saya pindahkan ke excel.
Benda paling saya sayang. Content Mapping saya ini saya mula buat dengan kertas mahjong ja. Kemudian saya pindahkan ke excel. Sekarang saya sendiri ada lebih 400 tulisan yang saya belum lagi buat posting. Siap siap dah ada. Ia disebut sebagai BANK CONTENT. Semua saya ajar di kelas content mapping nanti. Kita jumpa 30hb ini di kelas content mapping. Nak daftar, klik di sini, hanya RM65 sahaja kalian boleh dapat semua ilmu ini: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm_30ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm_30ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm_30ogo

Bagaimana nak buang perkataan atau ayat negatif atau kata maki, cerca dan hina yang kita pernah terima dalam hidup kita? Ok ini yang saya buat untuk saya sentiasa move on: 1. Saya sering bayangkan sesuatu untuk capai sesuatu. Sebagai contoh, sekiranya saya dihina, saya akan buat sesuatu sebagai sandaran untuk tutup perkara itu selama-lamanya. 2. Contohnya: kalau saya dimarahi tanpa kata kesat. Sekadar marah untuk saya baiki kesilapan. Benar, akan bengkek juga dalam hati kerana dah berusaha beriya. Saya akan tengok jam. Kalau waktu itu 9.45 pagi. Maka saya hanya boleh down 5 minit sahaja. 9.50 pagi saya akan bangun balik dan baiki semuanya. Kalau kena marah lagi tanpa ada kata kesat, maka saya akan buat lagi dan lagi. 3. Sekiranya kena marah namun bercampur dengan kata kesat, body shaming dan sebagainya, normalnya saya akan lawan terus. Saya akan persoal ayat-ayat yang tak perlu dalam kemarahan orang itu. Sama ada orang itu nak buat apa kepada saya selepas itu, lantak. Saya perlu tegur bahagian yang tak perlu dalam kemarahan dirinya. Biasanya selepas itu saya akan down dan masih bengang. Cara saya nak move on ialah saya akan kumpulkan semua sampah di tempat saya, kemudian saya akan bungkus elok-elok. Saya akan keluar dari situ untuk cari tong sampah yang besar-besar. Apabila saya buka ja tong tersebut, saya akan niat dalam hati yang semua masalah saya juga saya campakkan sekali ke situ. Kemudian saya tutup. Saya tak buang dalam bilik saya sendiri kerana saya tak mahu tengok lagi selepas saya buang (takut nanti kalau buka untuk untuk buang sampah yang lain saya ternampak sampah lama). 4. Analogi ini berkesan kepada saya. Saya membayangkan sesuatu akan terhenti apabila saya tutup tong sampah tersebut dan saya boleh buat kerja saya semula. Saya berjaya halang syaitan masuk kot telinga untuk ajak saya bermusuh. Biasanya saya akan selesai dengan orang tersebut kurang 24 jam. Alhamdulillah. 5. Hal ini hanya sesuai dibuat kepada hal-hal perasaan sahaja. Di pejabat, di rumah, di mana-mana tempat termasuk di media sosial. Tak sesuai dengan hal yang melibatkan jenayah okeh. Itu kena report polis! Hehehe. Kawan-kawan, Pilih bagaimana kita nak move on. Bayangkan dan mohon petunjuk dari Allah. Minta supaya Allah bantu. Biasanya masalah ini ada dalam kepala kita kerana kita tak berjaya nak bayangkan bagaimana ia nak keluar dari kepala kita. Jadi boleh mula terus hari ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Bismillah.

Meja cantik untuk buat kerja siap boleh lipat. Bagus untuk ibu-ibu yang bekerja dari rumah. Kalau nak lebih ruang, lepas siap kerja, lipat mejanya. Harga RM39 sahaja. Klik sini ya https://shope.ee/6zi1t6ThEP JANGAN BIMBANG, LINK SHOPEE JE TUUUUU. Hehe.

Ramai tanya bab cari rezeki guna content video, saya pun baru mula. Saya jawab di sini ya saya pakai gimbal apa untuk buat video di memana . Haha saya beli yang murah ja di Shopee. Saya beli yang mini ja sebab nak guna untuk phone. Tak sampai RM30 pun. Ini linknya: https://shope.ee/7exhgKI6LY

Makanan sampai, saya buat muka, dahi saya agaknya nampak sangat saya berkerut. Mulut saya muncungkan. Saya terus cakap “alamak banyaknya. Macam mana ni?” Kawan saya terus sampuk, “makan mana mampu, tak habis, bawa balik dan makan nanti-nanti. Jangan duk merungut”. Saya terus tak balas. Ikut sahaja. Peristiwa ini sangat besar dalam hidup saya. Dan saya takkan buat lagi selepas ia terjadi beberapa tahun lepas. Halnya mudah sahaja, Allah kasi sepinggan pun kita merungut, dan kita boleh cakap hal-hal melawan rezeki di hadapan rezeki tersebut. Ya, kita tahu kemampuan, kita tahu tak boleh habis, yang penting terima, dan jangan merungut. Itu sahaja. Kalau boleh pergi ambil makanan sendiri, kita tahu berapa banyak kita boleh makan. Namun jika benda yang kita tak boleh kawal, ambil sahaja, mana tak habis, bawa balik walau sejemput. Kawan saya duk peringat banyak-banyak kali. Kalau yang kecil kita merungut, bagaimanalah Allah nak kasi yang besar-besar. Sebab itu jugalah kita tak dapat yang besar-besar kerana yang kecil itu pun kita dah merungut. Saya memang termenung teruk lepas kejadian ini. Lebih lagi kawan saya hurai tentang hadith Nabi (selawat) ini: “Barangsiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka dia tidak akan mampu mensyukuri yang banyak.” [HR Ahmad 4/278] Asasnya ialah bersyukur. Pinggan datang ke depan mata, sebut alhamdulillah. Makanan sampai sebut alhamdulillah dulu. Apa sahaja sampai, syukur dulu. Bukan merungut dahulu. Kita yang tentukan rezeki kita esok hari. Kalau hari ini kita merungut 10 kali, 20 kali, bayanglah berapa lama Allah tangguhkan kita untuk dapat rezeki yang lebih banyak lagi pada hari-hari seterusnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Thanks kawan, aku tahu kau baca. Terima kasih sangat. Syukur jadi kawan kau.

Gais sekitar 1 jam lagi kelas akan bermula. Masih boleh mendaftar okeh. Tak dapat tonton live, boleh tonton rakaman. Hanya RM
Gais sekitar 1 jam lagi kelas akan bermula. Masih boleh mendaftar okeh. Tak dapat tonton live, boleh tonton rakaman. Hanya RM65 kalian dapat belajar tentang bagaimana nak gunakan media sosial dengan betul. Jom gais! Bismillah klik sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo Sekiranya ada masalah semasa nak daftar, hubungi customer service di talian ini ya: 0139249877 0139249877 0139249877

1. Siapa pandai bercerita, dia kuasai media hari ini. 2. Siapa pandai bercakap, dia kuasai pentas hari ini. 3. Siapa pandai m
1. Siapa pandai bercerita, dia kuasai media hari ini. 2. Siapa pandai bercakap, dia kuasai pentas hari ini. 3. Siapa pandai menulis, dia kuasai drama dan filem hari ini. 4. Siapa pandai bermain content, dia dikagumi di media sosial hari ini. 5. Siapa pandai membina platform, dia akan kuasai semua orang yang bijak bercerita, bercakap, menulis hari ini. Story-telling adalah industri paling lama bertahan dalam dunia. Semua agama menggunakannya. Al-Quran juga ada kisah, sirah juga menggunakan cerita. Semua dan segalanya dalam sejarah adalah perkisahan. Kuasai ini, anda kuasai segalanya. Mulakanlah dengan membaca buku. Begitulah. KELAS CONTENT MARKETING & FB WRITING malam ini gais! Masih ada kekosongan. Klik sini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo Khairul Hakimin Muhammad, Masih belajar.

Baru faham maksud kalau tak ada apa-apa nak cakap, elok diam, saya tonton temu bual Graham Norton dan Taylor Swift. Mereka cakap begini: Kalau kita cakap 1, orang boleh tambah 2, 3, 4, 5 pasal apa kita cakap. Pandangan, cadangan, persoal dan pertikai. Mereka boleh darab tambah bagai. 1 x 2 = 2 1 x 5 = 5 1 x 10 = 10 Banyak gila boleh tambah dari 1 perkataan sahaja. Namun kalau kita diam sahaja. Maksudnya 0. Maka jika kita diam, orang takkan boleh tambah apa-apa. 0 x 1 = 0 0 x 2 = 0 0 x 5 = 0 0 x 10 = 0. Sungguhlah kan. Kalau tak ada apa-apa, duk diam sahaja. Jadi orang takkan boleh persoal, beri pandangan dari apa yang kita tak cakap. Ha gituhhhh. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Shhhh. Tiber.

Waktu UMe Cikin sebut dia pernah belajar content dengan saya, saya sendiri pun terkejut. Walaupun saya perhatikan susun atur content beliau sangat terancang dengan baik. Malah saya siap sebut dengan team saya, Ume ni belajar content ke eh? Sangat tersusunlah. Tup-tup beliau mengaku dan saya bersyukur sangat ia menjadi dengan baik. Hari ini follower Ume: Facebook: 180,000 Tiktok: 570,000 Sentiasa ada trend menaik dan terus mendapat reach & engagement yang sangat tinggi. Ume fokus menaikkan posting crowd, side dan RM secara tersusun. Ramai tak tahu apa benda 3 perkara ini. Jika kita dah tahu, benda inilah kunci besar bermain dengan dunia content. Sebab itu acar ikan masin beliau boleh habis begitu sahaja. Kawan-kawan, esok rabu 24hb Ogos, ada kelas content. Jemput hadir. Belajar bagaimana bangunkan content seperti Ume bangunkan. Sama-sama kita meriahkan sosial media dengan betul, dengan baik, dengan tersusun tanpa kita buat gimik merepek dan joget sana sini. Mari gais sama-sama, RM65 sahaja kalian boleh dapat ilmu ini, kami dah tambah 250 seat lagi, jom gais! Klik sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo

photo content
+1

Zaman ini, ada 11 halangan yang kita kena tempuh selepas kita mula rancang nak menulis di media sosial dengan serius. Dapat l
Zaman ini, ada 11 halangan yang kita kena tempuh selepas kita mula rancang nak menulis di media sosial dengan serius. Dapat lepas semua ini, kau pasti akan tenang dan duit masuk je pagi petang siang malam. Ia kerana kau dah positif, kau pandang semua cabaran ini dengan tenang sahaja. Waktu segala emak nenek ini datang lagi kepada kau, kau boleh tarik nafas dan lepas dengan jurus “inner peace.” Ingat, tak perlu bertempur ala berperang sampai jadi musuh, lalui halangan dengan tunduk, faham, akur, diam-diam, buat kerja, usaha sungguh, sabar, tekun, konsisten, tak kecoh-kecoh, pekakkan telinga, jalan terus dan telan semuanya. Apabila sampai ke puncaknya itu, kita akan pejam mata dan rasa lega itu Ya Allah, seronoknya. Seperti kata Kung Fu Panda dalam siri ke-2, “You are the master of your destiny: No one and nothing can come in between you and your destiny except you. Take destiny by the horns and have fun.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semua orang ada fasa masing-masing, telan dan jalan terus!

Pentingnya memilih platform yang betul untuk bermain media sosial. Saya beri contoh mudah ini. Tuan Hasanudin Amin, CEO Walter College ini bermain di Facebook dan TikTok. Beliau tahu beliau boleh bercakap dan selesa di hadapan kamera. Lalu beliau bangunkan content di Tiktok lebih bagus berbanding di Facebook. Di sana beliau ada lebih 136,000 follower manakala di Facebook ada 72,000 follower. Jujurnya, kita kena tahu diri kita dahulu. Jika kita selesa dengan kamera, boleh bercakap, boleh tenang dan tak fake, boleh begitu begini di hadapan kamera, maka platform yang sesuai ialah di Instagram atau Tiktok. Jika kita rasa tak selesa, kita nak gunakan teks, sesuailah kita berada di Facebook. Saya akan kongsikan hal ini di kelas content pada 24hb nanti. Kelas di Zoom, hanya RM65 kalian akan dapat banyaknya ilmu dalam bermain media sosial. Dari profiling sampailah ke struktur menulis dan video, semua saya kongsikan. Klik sini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo Jika tak dapat tonton secara live, jangan bimbang kami akan beri rakamannnya ya! Khairul Hakimin Muhammad, 🤲

photo content

Ini 5 kesilapan dalam menulis #Content yang kita buat. Biasanya benda ini menyebabkan orang tak teruskan membaca apa yang kita tulis. 1. Meletakkan tajuk. Biasanya heading yang tidak catchy atau yang “direct” akan menyebabkan orang jump to conclusion. Lebih selamat, tak perlu letak. Terus sahaja ke poin pertama di perenggan pertama. 2. Tidak buat perenggan. Jika tulisan kalian tidak ada perenggan langsung, ia akan menyebabkan kesukaran orang membaca. Walau cerita best, susah, sukar, orang menyampah dan akan skroll ke posting lain. 3. Tidak mengeja dengan betul. Banyak sangat singkatan, kesilapan ejaan dan menggunakan bahasa yang kalian sahaja faham akan menyebabkan orang lari dari wall kalian. 4. Banyak beri pendapat dari menulis fakta. Di media sosial, pendapat kita tak penting. Yang penting ialah perkara benar, kisah yang betul dan ada fakta. 5. Banyak membebel. Nak tahu merepek atau tak, tengok ada tak perkataan berulang dalam 1 perenggan. Contoh: Saya berjalan kaki menuju ke kedai Kak Limah. Kemudian berjalan ke sekolah, lalu saya nampak Makcik Rubi, saya menegurnya. Sudah bersembang saya berjalan lagi menuju ke rumah. 3 kali perkataan berjalan. Boleh sahaja ditukar ke: Saya berjalan kaki menuju ke kedai Kak Limah nak hantar kuih. Dah selesai, saya melangkah pula ke sekolah. Elok nampak Kak Rubi, bertanya khabar sekejap dan selesai sahaja semua, saya berlalu pulang ke rumah. Beza kan? *** Ini antara 5 dari banyaknya kesilapan yang kita buat di media sosial. Tulis panjang-panjang orang tak baca, merungut kenapa tulisan orang lain sedap dan sebagainya. Jujurnya, nak menulis atau nak banyak perkataan dalam kepala, ada 2 sahaja tekniknya. Pertama, banyakkan membaca. Jadikan rutin setiap pagi membuka 10-20 helai buku. Apa sahaja yang kalian suka, janji buat. Ke-2, keluarlah dari rumah. Minda terbuka dengan banyaknya melihat dan mendengar. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita jumpa di Kelas Content & FB Writing 24hb Ogos ini ya. Masih boleh mendaftar, klik sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo