ar
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 35 326 مشتركاً، محتلاً المرتبة 277 في فئة التسويق و RR والمرتبة 892 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 35 326 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 18 سبتمبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -259، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -11، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 8.63‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً N/A‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 0 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 0 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 19 سبتمبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

35 326
المشتركون
-1124 ساعات
-557 أيام
-25930 أيام
أرشيف المشاركات
Infaq ramadan gais. Awal pagi kita mula terus berbuat baik. Klik sini ya https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-promo/93 saling bantu saudara kita yang jauh di sana. Mereka perlukan bantuan kita semua.

Mana yang belum daftar Tiktok, daftarlah ya. Seronok kat sana banyak konten best-best. Masa daftar masukkan kod ni: BE7344074, ini link daftar Klik sini https://vt.tiktok.com/ZS8gjL63u/

"Pernah tak berlaku dalam hidup Khairul perkara begini, Khairul nak makan sesuatu, contohnya nasi goreng USA. Namun Khairul tak ada duit. Tapi di dapur ada sahaja bahan nak masak dan boleh sahaja jadi nasi goreng USA itu. Disebabkan tak ada duit, Khairul sanggup berlapar dan tak apalah tunggu sahajalah esok kot kot ada sesiapa belanja makan, pernah?" Saya jawab "ha ah pernah." "Itulah teruknya mindset orang tak bersyukur. Kita layan perangai malas, kita boleh layan perasaan bodoh, sikap bodoh semata nak juga makan di luar. Sedangkan Allah dah beri rezeki depan mata. Yang kita kena buat ialah Google sahaja resipi, masuk dapur, dan cuba! Apabila kita cuba. Kita masak, kita berpeluh bagai, penat ya amat buat itu buat ini, tangan kita luka masa potong bawang, melecur sikit terkena minyak panas, dan apabila dah siap, kita tak rasa ia sesedap di restoran. Kita pun cakap dalam hati - Ya Allah dapat juga aku masak, dapat juga aku makan, syukur Ya Allah. Pelajarannya ialah aku berjaya buat sesuatu yang kepala aku, jiwa aku, badan aku, mulut aku, perut aku bersatu untuk bersyukur dengan apa yang aku ada Ya Allah. Nampak tak Khairul? Isunya ialah kita kena bersyukur. Orang bersyukur, dia kena tahu, dia kena faham, dia kena paksa diri dia melakukan sesuatu yang dia nak mengikut apa yang dia ada. Kalau ada bahan, buat. Kalau tak ada bahan, tengoklah apa yang ada. Kalau tak ada juga, memang tak ada apa-apa dia dapur, maka keluarlah cari. Mintalah tolong. Orang bersyukur dia akan minta bantuan dari keluarga. Dia buang malu, dia buang segan, dia cakap sahaja dia sedang dalam kesusahan. Orang bersyukur dia tak ego. Orang bersyukur dia buang bongkak dia. Itu orang bersyukur. Kau faham Khairul?" "Faham Tan Sri. Terima kasih banyak-banyak. Saya hargai sangat nasihat macam ni. Kadang-kadang kita lost tak tahu nak buat apa sedangkan menda tu ada ja di tangan kita." ** Beberapa bulan lepas, inilah permulaan OneCookies. Saya hanya buat apa saya pandai. Saya tahu. Saya reti. Iaitu memasak. Jadi, kita buat biskut. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Rupanya kita tak sedar, kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada selama ini. Apabila kita guna benda itu, kita bersyukur, kita yakin Allah beri itu untuk kita kongsi dengan ramai orang, rupanya Allah mudahkan. Ujian memang tetap ada. Namun syukur ia adalah ujian yang masih boleh dihadap. Semoga ujian mendatang juga begitu. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bersyukur.

Cuba tengok diri sendiri pagi ini, kita ada mindset bagus atau kita ada mindset lemah. Senang sahaja nak tahu: 1. Jika sesiapa beritahu tentang kekurangan kita: - jika kita konsisten defensive, kita sering jawab dan pertikai, maka mindset kita lemah. - jika kita terima, dengar, relaks, kita tahu mana perlu repair mana perlu teruskan, maka mindset kita bagus. Kita jadi defensive apabila melibatkan prinsip kita diusik sahaja. Itu bagus. 2. Apabila kita ada masalah: - kita jadi obses kepada masalah tersebut. Setiap saat fikir sampai tak boleh buat apa. Sentiasa runsing, penat, nak tidur, tak mahu keluar rumah, tak mahu jumpa sesiapa, itu tanda kita punya mindset lemah. - kita tahu masalah tersebut, kita tak berhenti berdoa, berharap, cari jalan dan sentiasa berusaha serta yakin Allah akan beri kesenangan selepas itu. Ini tanda kira ada mindset bagus. 3. Apabila kita dapat ilmu baru: - kita tak nak terima, kita rasa diri kita lebih bagus. Sentiasa ada jawapan untuk perkara baru kita jumpa. Ini petanda kita ada mindset lemah. - kita akan buka ruang untuk dengar. Sama ada ia digunakan atau tidak, kita bersyukur kita dapat ilmu itu pada waktu tersebut. Ini tanda besar mindset kita berkembang dengan baik. 4. Apabila berlaku konflik: - kita akan menjurus kepada personal objective. Rasa nak selamatkan diri sendiri sahaja berbanding keseluruhan team. Kita akan sangat jadi personal dan mudah lari. Ini tanda mindset kita sangat kecil dan sangat tertutup. - kita akan pertahankan team, akan teruskan team punya objective. Berusaha sama-sama dalam sebuah kumpulan yang berkesan. Mindset begini akan buat kita lebih kemas dalam ujian mendatang. 5. Apabila senang, kaya dan berharta: - kita akan terlalu nak tunjuk kepada semua orang kita ada itu kita ada ini. Selagi tak tunjuk selagi itu kita resah. Petanda matlamat kita nak cari hasil di dunia ini sekadar sebuah perhatian. Sayang benar mindset begini akan buat kita hancur jika kita diundang masalah. - kita akan bantu lebih ramai lagi dan lagi. Kita tahu kita ada kesenangan hari ini adalah untuk beri manfaat kepada orang lain. Ini tanda mindset besar yang kita boleh kembangkan lagi dan lagi. * Jangan bimbang gais, jika hari ini mindset kita tak betul, mindset kita lemah, mindset kita salah, kita masih boleh betulkan. Tenang tenang ja. Kita manusia bukan lembu yang terpaksa kena cucuk hidung dan ikut sahaja. Kita yang nak tentukan hidup kita bagaimana, jadi kita yang kena berusaha. Ubah kepada lebih baik, syukur. Ubah kepada lebih teruk, lekas bertaubat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

photo content

Ha saya punya TikTok

Terlambat pula nak jemput kengkawan tengok resipi hari ini di Tik Tok saya. Almaklum busy sikit sejak fyp hahahahahahahahahah
Terlambat pula nak jemput kengkawan tengok resipi hari ini di Tik Tok saya. Almaklum busy sikit sejak fyp hahahahahahahahahahaha gitu jangan riak di hari puasa wehhh. Hahahaha. Nah ini linknya: https://vt.tiktok.com/ZS8bDR14k/ Nak buat guane, sini ramai acik-acik, kena berjemput hari-hari weh ke Tik Tok. Tak jemput tak mai. Jemput tau. Selamat berbuka semua! Sayaaaanggg acik acikkkk

Sekiranya kita menulis 5 posting sehari, maka seminggu kita menghasilkan 35 posting, sebulan 150 posting dan setahun 1,825 posting. Sekiranya dari 1,825 posting itu, 30% darinya kita bangunkan posting yang orang suka, yang orang apabila baca, dia boleh buat terus dan posting yang beri impak positif, lalu ianya berjaya dapat 100 orang pengikut (#follower) pada setiap 1 posting, maka: 1,825 x 30% = 547.5 posting. 547.5 x 100 follower = 54,750 pengikut kita dapat setahun. Asasnya ialah menulis dengan konsisten. Dapat 1-2 kali viral, ramai orang share, kemudian terus nak lompat ke 100,000 follower, akan jadikan kalian penat. Hanya bermain dengan #Content. Relaks dan seperti kata orang putih “go with the flow”. Susun semuanya dengan baik, akan dapat hasil yang baik juga. Fokus dengan apa yang kita dah pilih untuk naikkan posting, kemudian konsisten dan sabarlah melihat jumlah pengikut naik perlahan-lahan. Nak cepat-cepat, nak pergi mana kak oi. Lagi 70% posting, esok kita sembang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Fokus + Konsisten + Sabar = 200,000 follower setakat ini.

Dari tahun 2016 waktu aktif menyediakan kelas content, saya jumpa 2 jenis suri rumah. 1. Dia tahu dia suri rumah. Jadi dia tak tahu nak tulis apa di media sosial. - bagi dia, itu kerja hakiki dia. Masak, basuh, sidai, lipat, gosok, kemas, tidur, tonton tv, layan anak, itu sahaja. - bagi dia itulah segala-galanya. - namun dia nak berniaga, dia kata kehidupan dia boring, tak ada kejayaan. Sebab dia suri rumah yang kena urus berbagai hal. 2. Dia tahu dia suri rumah. Jadi dia tahu bagaimana nak tukar semua kerja dia di rumah untuk dijadikan sebagai content power. - setiap kali dia masak sarapan, dia ambil gambar atau dia rakam video. - setiap kali dia dapat idea nak susun atur barang dalam peti ais, dapur, bilik tidur anak, baju dah siap gosok bagai, dia ambil gambar untuk buat posting. - setial kali dapat masak makanan tengah hari, dia ambil gambar untuk dia buat posting resipi. Akhirnya dia berjaya sediakan posting-posting power di media sosial. Dia makin ramai follower. Dari 0 naik 100, dari 100 naik 1,000, kemudian naik ke 10,000 dan seterusnya. Kini dia jual karipap pun habis gitu sahaja. Sebab dia punya "kolam" dah ramai, jual apa pun menjadi. Kita tentukan kita nak buat apa. Ada orang, walau dia suri rumah, walau dia uruskan semua hal di rumah, uruskan 4-5 orang anak keluar masuk sekolah siap ada baby duk kena dukung 24-7, dia tetap dapat jana pendapatan. Sifirnya mudah, sebab dia buat. Dia berusaha. Allah suka orang berusaha. Yang duk cakap tak boleh, tak ada masa, tak sempat, banyak kerja dan sebagainya hanya tahu cakap. Hanya tahu beralasan. Kalau dia buat, dia cuba, Allah pasti bantu. Kerana Allah suka orang berusaha. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita nak, kita usaha. Kita sama sahaja ada 24 jam sehari.

Ramai yang masih tertanya tentang projek Heroes Ramadan CGM kami. Malam ni selepas tarawih saya akan kongsikan semuanya secar
Ramai yang masih tertanya tentang projek Heroes Ramadan CGM kami. Malam ni selepas tarawih saya akan kongsikan semuanya secara online. Terbuka untuk semua yang nak bergerak selangkah ke hadapan dalam membantu Palestin dan ummah. Peluang seumur hidup dengan sumbangan komitmen RM30 dapat belajar tentang fundraising, brand marketing, story telling malah dapat kelas tahsin Al-Fatihah percuma. Kalau ikutkan nilainya, kelas-kelas ini mencecah ribuan ringgit dengan harga biasa. Tapi kami nak berikan ilmu secara percuma, sebab kami nak bina generasi baru pejuang kemanusiaan. Saya pun akan ada sekali inshaAllah. Jom gais bersedia. Klik sini jika nak join ya https://us02web.zoom.us/j/85436996465?pwd=WWwrR0s3OE56dDZzdWF6K3EvUDcyUT09

Menu hari ini, Terung masak lemak ikan masin. Haa senang sangat gais. Resipinya di sini ya: https://vt.tiktok.com/ZS8qCCaP4/
Menu hari ini, Terung masak lemak ikan masin. Haa senang sangat gais. Resipinya di sini ya: https://vt.tiktok.com/ZS8qCCaP4/ Jemput ke sana belaka. Hihi. #ResipiKHM #InspirasiRamadan

Suka diri sendiri. Sayangi diri sendiri. Rindukan diri sendiri. Selagi kita melawan tak suka itu tak suka ini tentang diri sendiri, selagi itulah kita takkan capai apa kita nak. Bersyukur apa kita ada gais. Diri kita sendiri ini adalah anugerah paling tinggi kita ada.

Salam ramadan mubarak kawan-kawan, resipi pertama untuk ramadan tahun ini ialah Ayam Oyster. Untuk tonton videonya, klik sini
Salam ramadan mubarak kawan-kawan, resipi pertama untuk ramadan tahun ini ialah Ayam Oyster. Untuk tonton videonya, klik sini ya: https://vt.tiktok.com/ZS8qAJc3t/ Semoga bermanfaat. Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

Bagaimana #Facebook mengambil segala reaksi kita terhadap satu-satu posting? 1. Kesemua butang react yang dibina (haha, angry, wow, sad, like, love) adalah untuk diambil data terhadap apa yang kalian post juga apa yang audien suka. Kemudian, dari situ analisis terhadap posting kita dan apa yang audien suka diambil. 2. Dari situ, Facebook mengambil tahu kalian suka posting yang bagaimana. 3. Dikatakan ada lebih 160 juta posting dimuat naik pada setiap hari, posting yang ditekan butang “love” dan “haha” adalah lebih 40% sehari. Dua butang ini merupakan butang yang paling digemari oleh manusia yang bermain media sosial. 4. Sekiranya posting anda dapat meraih butang #haha dan #love pada setiap hari, dikatakan engagement anda naik sekitar 3% pada setiap 24 jam. 5. Manakala sekiranya anda dapat butang “angry” di post anda, maka engagement anda turun 3% dalam tempoh 24 jam. Dengan kata lain, setiap posting yang dimuat naik, jika dapat react yang tidak betul, maka ia akan mengganggu engagement untuk 24 jam tersebut. Bina posting yang orang suka, bangunkan #content, bukan hal kita syok sendiri. Marah, gelisah, benci, tolak tepi, tak perlu up di media sosial, kita akan rugi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Love. ❤️

Malam tadi kami duk bersembang bagaimana saya sentiasa ada posting dan alhamdulillah masih menjual dengan mudah. Benar, ia tentang ada ramai #follower. Dan saya bina 100,000 follower yang pertama itu hanya selama 1 tahun sahaja. Semua ilmu, teknik dan tips bagaimana saya buat, saya ceritakan dalam kelas malam ini insya-Allah. Lebih dari itu saya akan kongsi modul baru kepada kaliaj bagaimana membina content dengan sifir emosi yang kemas dan tersusun. Kalian akan bina profile sendiri dengan susunan posting yang berkesan. Dan tengoklah hasilnya. Lekas daftar di sini ya, kelas malam ini jam 8-10, tak dapat join live, ada rakaman disediakan. Klik sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac

Ada 5 perkara tentang penulisan #content di media sosial yang kalian perlu tahu: 1. Lebih 160 juta #posting dimuat naik dalam 1 hari, namun hanya sekitar 8% sahaja ditulis dengan mendapat share yang tinggi. 2. 8% itu datang dari posting to #educate, to #inspire dan to #inform. 3. Menulis di #Page sudah tidak banyak engagement berbanding di personal account. Namun ia boleh dijanakan berkali ganda dengan membayar ads. 4. Memuat naik video atau melakukan live video selama 5-10 minit 1 atau 2 kali seminggu akan menaikkan kepercayaan orang kepada kalian sebanyak 300%. 5. Sosial media hari ini ialah tentang #trust (percaya), #comfort (buat orang selesa) dan #loyal (kesetiaan orang terhadap posting). Untuk dapat 3-3 perkara ini, kalian wajib munculkan diri, menyusun posting kehidupan biasa dan wajar sentiasa berinteraksi dengan pengikut yang ada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis jom!

"Tuan, saya nak berniaga, saya nak jumpa tuan boleh?" Gais, saya sebenarnya takut nak jumpa orang yang saya tak kenal. Nanti jatuh cinta macam mana? Ah gitu hahaha. Bukan, jika kalian nak belajar berniaga, pergilah belajar. Saya ini handal bab cerita di Facebook, dah berjumpa nanti akward. Saya sangat selektif. Kawan saya tak ramai. Sangat sedikit dan kecil. Bukan saya nak menolak untuk berjumpa, namun pergi kelas jauh lebih baik. Sehingga sekarang saya masih ambil kelas belajar buat biskut, belajar buat kek, belajar pastry. Saya juga kembali ambil kelas marketing dari London sana tuuu (buat masa ini secara online). Jadinya pergilah ke kelas. Itu jauh lebih baik. Maaf belaka semua. Sepanjang saya cerita di FB ini tentang bisnes saya, saban hari ramai mesej nak jumpa. Buat masa ini saya tak balas lagi. Bukan sombong, bukan jaga eksklusiviti apa, saya memang segan, memang tak selesa dan memang tak bersedia. Berbeza jika saya kongsi dalam kelas, ia lebih proper. Maaf belaka ya! Jika terserempak, ok jeeee. Nak bersembang mengopi dan pada waktu itu baru nak berkenalan, kena tenang-tenang, saya takutttt. Haha. Sungguh, saya selalu ada perasaan tak best. Maaf sangat semua. Harap semua dapat memahami. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pemalu. Haha.

#StrategiPosting 1. Kuantiti posting tidak akan menaikkan engagement sekiranya posting tersebut tiada content. 2. Jumlah posting sehari yang baik ialah sekitar 4 ke 6 sahaja. 3. 1 untuk #crowd, 1 untuk #RM dan 4 untuk #side itu sudah cukup bagus. 4. Quote dan ucapan merupakan bukan #content. 5. Masa yang sesuai ialah sekitar 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja. 6. Fokus, konsisten muat naik satu-satu jenis content yang dipilih dan buat susunan yang betul mengikut masa akan jadikan pengikut ternanti-nanti posting seterusnya. 7. Setiap satu fakta mesti diserikan dengan emosi yang kuat. 8. Elakkan memberi pandangan tanpa guna fakta sebenar, di media sosial pandangan kita semata-mata tak penting. Begitulah. Kelas Bijak Content dengan modul terbaharu 5 Second Rules pada 20hb ini gais. Lekas daftar di sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac Khairul Hakimin Muhammad, Target 10,000 pengikut March ini kawan-kawan!