ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 355 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 911

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 355 名订阅者。

根据 17 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -383,过去 24 小时变化为 -20,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 7.97%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 898 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 18 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 355
订阅者
-2024 小时
-997
-38330
帖子存档
photo content

Ha saya punya TikTok

Terlambat pula nak jemput kengkawan tengok resipi hari ini di Tik Tok saya. Almaklum busy sikit sejak fyp hahahahahahahahahah
Terlambat pula nak jemput kengkawan tengok resipi hari ini di Tik Tok saya. Almaklum busy sikit sejak fyp hahahahahahahahahahaha gitu jangan riak di hari puasa wehhh. Hahahaha. Nah ini linknya: https://vt.tiktok.com/ZS8bDR14k/ Nak buat guane, sini ramai acik-acik, kena berjemput hari-hari weh ke Tik Tok. Tak jemput tak mai. Jemput tau. Selamat berbuka semua! Sayaaaanggg acik acikkkk

Sekiranya kita menulis 5 posting sehari, maka seminggu kita menghasilkan 35 posting, sebulan 150 posting dan setahun 1,825 posting. Sekiranya dari 1,825 posting itu, 30% darinya kita bangunkan posting yang orang suka, yang orang apabila baca, dia boleh buat terus dan posting yang beri impak positif, lalu ianya berjaya dapat 100 orang pengikut (#follower) pada setiap 1 posting, maka: 1,825 x 30% = 547.5 posting. 547.5 x 100 follower = 54,750 pengikut kita dapat setahun. Asasnya ialah menulis dengan konsisten. Dapat 1-2 kali viral, ramai orang share, kemudian terus nak lompat ke 100,000 follower, akan jadikan kalian penat. Hanya bermain dengan #Content. Relaks dan seperti kata orang putih “go with the flow”. Susun semuanya dengan baik, akan dapat hasil yang baik juga. Fokus dengan apa yang kita dah pilih untuk naikkan posting, kemudian konsisten dan sabarlah melihat jumlah pengikut naik perlahan-lahan. Nak cepat-cepat, nak pergi mana kak oi. Lagi 70% posting, esok kita sembang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Fokus + Konsisten + Sabar = 200,000 follower setakat ini.

Dari tahun 2016 waktu aktif menyediakan kelas content, saya jumpa 2 jenis suri rumah. 1. Dia tahu dia suri rumah. Jadi dia tak tahu nak tulis apa di media sosial. - bagi dia, itu kerja hakiki dia. Masak, basuh, sidai, lipat, gosok, kemas, tidur, tonton tv, layan anak, itu sahaja. - bagi dia itulah segala-galanya. - namun dia nak berniaga, dia kata kehidupan dia boring, tak ada kejayaan. Sebab dia suri rumah yang kena urus berbagai hal. 2. Dia tahu dia suri rumah. Jadi dia tahu bagaimana nak tukar semua kerja dia di rumah untuk dijadikan sebagai content power. - setiap kali dia masak sarapan, dia ambil gambar atau dia rakam video. - setiap kali dia dapat idea nak susun atur barang dalam peti ais, dapur, bilik tidur anak, baju dah siap gosok bagai, dia ambil gambar untuk buat posting. - setial kali dapat masak makanan tengah hari, dia ambil gambar untuk dia buat posting resipi. Akhirnya dia berjaya sediakan posting-posting power di media sosial. Dia makin ramai follower. Dari 0 naik 100, dari 100 naik 1,000, kemudian naik ke 10,000 dan seterusnya. Kini dia jual karipap pun habis gitu sahaja. Sebab dia punya "kolam" dah ramai, jual apa pun menjadi. Kita tentukan kita nak buat apa. Ada orang, walau dia suri rumah, walau dia uruskan semua hal di rumah, uruskan 4-5 orang anak keluar masuk sekolah siap ada baby duk kena dukung 24-7, dia tetap dapat jana pendapatan. Sifirnya mudah, sebab dia buat. Dia berusaha. Allah suka orang berusaha. Yang duk cakap tak boleh, tak ada masa, tak sempat, banyak kerja dan sebagainya hanya tahu cakap. Hanya tahu beralasan. Kalau dia buat, dia cuba, Allah pasti bantu. Kerana Allah suka orang berusaha. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita nak, kita usaha. Kita sama sahaja ada 24 jam sehari.

Ramai yang masih tertanya tentang projek Heroes Ramadan CGM kami. Malam ni selepas tarawih saya akan kongsikan semuanya secar
Ramai yang masih tertanya tentang projek Heroes Ramadan CGM kami. Malam ni selepas tarawih saya akan kongsikan semuanya secara online. Terbuka untuk semua yang nak bergerak selangkah ke hadapan dalam membantu Palestin dan ummah. Peluang seumur hidup dengan sumbangan komitmen RM30 dapat belajar tentang fundraising, brand marketing, story telling malah dapat kelas tahsin Al-Fatihah percuma. Kalau ikutkan nilainya, kelas-kelas ini mencecah ribuan ringgit dengan harga biasa. Tapi kami nak berikan ilmu secara percuma, sebab kami nak bina generasi baru pejuang kemanusiaan. Saya pun akan ada sekali inshaAllah. Jom gais bersedia. Klik sini jika nak join ya https://us02web.zoom.us/j/85436996465?pwd=WWwrR0s3OE56dDZzdWF6K3EvUDcyUT09

Menu hari ini, Terung masak lemak ikan masin. Haa senang sangat gais. Resipinya di sini ya: https://vt.tiktok.com/ZS8qCCaP4/
Menu hari ini, Terung masak lemak ikan masin. Haa senang sangat gais. Resipinya di sini ya: https://vt.tiktok.com/ZS8qCCaP4/ Jemput ke sana belaka. Hihi. #ResipiKHM #InspirasiRamadan

Suka diri sendiri. Sayangi diri sendiri. Rindukan diri sendiri. Selagi kita melawan tak suka itu tak suka ini tentang diri sendiri, selagi itulah kita takkan capai apa kita nak. Bersyukur apa kita ada gais. Diri kita sendiri ini adalah anugerah paling tinggi kita ada.

Salam ramadan mubarak kawan-kawan, resipi pertama untuk ramadan tahun ini ialah Ayam Oyster. Untuk tonton videonya, klik sini
Salam ramadan mubarak kawan-kawan, resipi pertama untuk ramadan tahun ini ialah Ayam Oyster. Untuk tonton videonya, klik sini ya: https://vt.tiktok.com/ZS8qAJc3t/ Semoga bermanfaat. Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

Bagaimana #Facebook mengambil segala reaksi kita terhadap satu-satu posting? 1. Kesemua butang react yang dibina (haha, angry, wow, sad, like, love) adalah untuk diambil data terhadap apa yang kalian post juga apa yang audien suka. Kemudian, dari situ analisis terhadap posting kita dan apa yang audien suka diambil. 2. Dari situ, Facebook mengambil tahu kalian suka posting yang bagaimana. 3. Dikatakan ada lebih 160 juta posting dimuat naik pada setiap hari, posting yang ditekan butang “love” dan “haha” adalah lebih 40% sehari. Dua butang ini merupakan butang yang paling digemari oleh manusia yang bermain media sosial. 4. Sekiranya posting anda dapat meraih butang #haha dan #love pada setiap hari, dikatakan engagement anda naik sekitar 3% pada setiap 24 jam. 5. Manakala sekiranya anda dapat butang “angry” di post anda, maka engagement anda turun 3% dalam tempoh 24 jam. Dengan kata lain, setiap posting yang dimuat naik, jika dapat react yang tidak betul, maka ia akan mengganggu engagement untuk 24 jam tersebut. Bina posting yang orang suka, bangunkan #content, bukan hal kita syok sendiri. Marah, gelisah, benci, tolak tepi, tak perlu up di media sosial, kita akan rugi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Love. ❤️

Malam tadi kami duk bersembang bagaimana saya sentiasa ada posting dan alhamdulillah masih menjual dengan mudah. Benar, ia tentang ada ramai #follower. Dan saya bina 100,000 follower yang pertama itu hanya selama 1 tahun sahaja. Semua ilmu, teknik dan tips bagaimana saya buat, saya ceritakan dalam kelas malam ini insya-Allah. Lebih dari itu saya akan kongsi modul baru kepada kaliaj bagaimana membina content dengan sifir emosi yang kemas dan tersusun. Kalian akan bina profile sendiri dengan susunan posting yang berkesan. Dan tengoklah hasilnya. Lekas daftar di sini ya, kelas malam ini jam 8-10, tak dapat join live, ada rakaman disediakan. Klik sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac

Ada 5 perkara tentang penulisan #content di media sosial yang kalian perlu tahu: 1. Lebih 160 juta #posting dimuat naik dalam 1 hari, namun hanya sekitar 8% sahaja ditulis dengan mendapat share yang tinggi. 2. 8% itu datang dari posting to #educate, to #inspire dan to #inform. 3. Menulis di #Page sudah tidak banyak engagement berbanding di personal account. Namun ia boleh dijanakan berkali ganda dengan membayar ads. 4. Memuat naik video atau melakukan live video selama 5-10 minit 1 atau 2 kali seminggu akan menaikkan kepercayaan orang kepada kalian sebanyak 300%. 5. Sosial media hari ini ialah tentang #trust (percaya), #comfort (buat orang selesa) dan #loyal (kesetiaan orang terhadap posting). Untuk dapat 3-3 perkara ini, kalian wajib munculkan diri, menyusun posting kehidupan biasa dan wajar sentiasa berinteraksi dengan pengikut yang ada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis jom!

"Tuan, saya nak berniaga, saya nak jumpa tuan boleh?" Gais, saya sebenarnya takut nak jumpa orang yang saya tak kenal. Nanti jatuh cinta macam mana? Ah gitu hahaha. Bukan, jika kalian nak belajar berniaga, pergilah belajar. Saya ini handal bab cerita di Facebook, dah berjumpa nanti akward. Saya sangat selektif. Kawan saya tak ramai. Sangat sedikit dan kecil. Bukan saya nak menolak untuk berjumpa, namun pergi kelas jauh lebih baik. Sehingga sekarang saya masih ambil kelas belajar buat biskut, belajar buat kek, belajar pastry. Saya juga kembali ambil kelas marketing dari London sana tuuu (buat masa ini secara online). Jadinya pergilah ke kelas. Itu jauh lebih baik. Maaf belaka semua. Sepanjang saya cerita di FB ini tentang bisnes saya, saban hari ramai mesej nak jumpa. Buat masa ini saya tak balas lagi. Bukan sombong, bukan jaga eksklusiviti apa, saya memang segan, memang tak selesa dan memang tak bersedia. Berbeza jika saya kongsi dalam kelas, ia lebih proper. Maaf belaka ya! Jika terserempak, ok jeeee. Nak bersembang mengopi dan pada waktu itu baru nak berkenalan, kena tenang-tenang, saya takutttt. Haha. Sungguh, saya selalu ada perasaan tak best. Maaf sangat semua. Harap semua dapat memahami. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pemalu. Haha.

#StrategiPosting 1. Kuantiti posting tidak akan menaikkan engagement sekiranya posting tersebut tiada content. 2. Jumlah posting sehari yang baik ialah sekitar 4 ke 6 sahaja. 3. 1 untuk #crowd, 1 untuk #RM dan 4 untuk #side itu sudah cukup bagus. 4. Quote dan ucapan merupakan bukan #content. 5. Masa yang sesuai ialah sekitar 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja. 6. Fokus, konsisten muat naik satu-satu jenis content yang dipilih dan buat susunan yang betul mengikut masa akan jadikan pengikut ternanti-nanti posting seterusnya. 7. Setiap satu fakta mesti diserikan dengan emosi yang kuat. 8. Elakkan memberi pandangan tanpa guna fakta sebenar, di media sosial pandangan kita semata-mata tak penting. Begitulah. Kelas Bijak Content dengan modul terbaharu 5 Second Rules pada 20hb ini gais. Lekas daftar di sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac Khairul Hakimin Muhammad, Target 10,000 pengikut March ini kawan-kawan!

Macam boleh tambah lagi siapa nak review produk. Nak book untuk lepas raya pun boleh. Harga masih harga promo RM890/posting. http://www.wasap.my/60122117994/promopaidreview Posting akan keluar di Wall FB saya. Mana yang boleh dibuat video akan terus dimuat naik di Reels dan Tik Tok

Semalam ada team saya bercerita yang beliau bantu keluarganya. Bantu abang, bantu kakak, bantu emak di kampung. Saya suka tambah pesanan kepada mereka ini dengan cakap "itu rezeki kalian." Jika dah terbiasa guna perkataan tanggungjawab, cuba tukar kepada perkataan rezeki. Tak semua orang dalam dunia ini Allah rezekikan dapat bantu keluarga. Ada yang kaya raya, keluarga di kampung melarat. Ada yang hebat, derma sana sini, keluarga tak dipedulikan. Ada yang disanjung merata, keluarga disisih. Namun kita yang bekerja berhempas pulas, Allah rezekikan kita untuk berkongsi banyak benda. Gaji sekadar RM2,000, duduk di ibu kota, tup tup masih cukup makan, masih berjaya bayar kereta, rumah sewa bagai. Allah rezekikan kesihatan, dapat team best, kawan-kawan best, suasana best. Emak ayah di kampung pun suka doakan kita tengok kita sentiasa berkongsi dengan adik beradik. Kawan-kawan, Tukar mindset. Tukar perkataan tanggungjawab itu kepada perkataan rezeki. Kita akan lebih tenang, lebih seronok, lebih bahagia dan lebih lagi rasa nak berkongsi. Sungguh, cubalah. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Begitulah. 🥰

Apabila kalian nak jadi mana-mana #affiliate, maka kena fokus buat ini. 1. Faham dan hadam tentang produk. Tak faham, takkan dapat jawab soalan pelanggan. Ambil masa sedikit untuk belajar tentang hal tersebut. Jadi master dan kemudian bersedia untuk ditanya. 2. Buat perancangan pemasaran. Bukan sekadar iklan. Kena susun posting supaya semuanya teratur dan mudah untuk pelanggan baca serta buat bayaran. Strategi ini adalah kekuatan membuat jualan menaik hingga mencapai target yang diletakkan. 3. Layan pelanggan dengan baik. Semua pembeli kena dijaga dengan perkhidmatan yang tiptop. Walau kita hanya orang tengah, kita kena bertanggungjawab dengan apa yang kita jual. Kami ada beberapa orang affiliate yang sentiasa dapat jualan sehingga 5 angka sebulan. Sangat konsisten dan tersusun postingnya. Dan mereka ini hanya suri rumah sahaja. Ingat, fokus, strategi dan konsisten. Hilang 3 perkara itu, tak perlulah berharap nak dapat jualan 4-5 angka. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Masih jadi Affiliator produk orang lain dari 2012. Haha.

"Kesilapan kita ialah duk bersedekah dengan niat nak duit itu bertambah. Kita lupa duit itu jadi pahala. Kita tahajjud memohon rezeki, kita lupa kita bangun malam itu paling terutama ialah nak memohon diampunkan dosa. Macam mana nak kaya kalau mindset kita macam tu? Salah tu. Zaman ini lari habis niat. Kena ikhlas. Sedekah ini betullah tak mengurangkan harta. Ia dibawa menjadi sebesar-besar pahala. Tapi kalau dah sedekah tu duk fikir akan dapat lagi banyak, akan dapat itu dapat ini, itu salah! Itu nak balasan dunia! Itu Allah akan beri apabila kita ikhlas! Allah akan beri begitu sahaja. Tak payah fikir. Yang fikir ialah sedekah sahaja dan mohon kepada Allah semoga dengan sedikit memberi itu Allah dapat hapuskan dosa kita. Dosa kita banyak tuan-tuan! Sangat banyak. Dosa ini selagi ada, selagi itu tersangkut nak masuk syurga tuan-tuan." Tak tahu nama ustaz. Duk dengar sat tadi depa ni pasang. Insaf. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Duk terdengar tanpa plan nak dengar ini lagilah syahdu, rasa Allah sedang "pukul" hati kita tepat.

Khairul Hakimin Muhammad - Telegram 频道 @contentkhm 的统计与分析