ar
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 35 326 مشتركاً، محتلاً المرتبة 277 في فئة التسويق و RR والمرتبة 892 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 35 326 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 18 سبتمبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -259، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -11، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 8.63‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً N/A‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 0 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 0 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 19 سبتمبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

35 326
المشتركون
-1124 ساعات
-557 أيام
-25930 أيام
أرشيف المشاركات
Macam boleh tambah lagi siapa nak review produk. Nak book untuk lepas raya pun boleh. Harga masih harga promo RM890/posting. http://www.wasap.my/60122117994/promopaidreview Posting akan keluar di Wall FB saya. Mana yang boleh dibuat video akan terus dimuat naik di Reels dan Tik Tok

Semalam ada team saya bercerita yang beliau bantu keluarganya. Bantu abang, bantu kakak, bantu emak di kampung. Saya suka tambah pesanan kepada mereka ini dengan cakap "itu rezeki kalian." Jika dah terbiasa guna perkataan tanggungjawab, cuba tukar kepada perkataan rezeki. Tak semua orang dalam dunia ini Allah rezekikan dapat bantu keluarga. Ada yang kaya raya, keluarga di kampung melarat. Ada yang hebat, derma sana sini, keluarga tak dipedulikan. Ada yang disanjung merata, keluarga disisih. Namun kita yang bekerja berhempas pulas, Allah rezekikan kita untuk berkongsi banyak benda. Gaji sekadar RM2,000, duduk di ibu kota, tup tup masih cukup makan, masih berjaya bayar kereta, rumah sewa bagai. Allah rezekikan kesihatan, dapat team best, kawan-kawan best, suasana best. Emak ayah di kampung pun suka doakan kita tengok kita sentiasa berkongsi dengan adik beradik. Kawan-kawan, Tukar mindset. Tukar perkataan tanggungjawab itu kepada perkataan rezeki. Kita akan lebih tenang, lebih seronok, lebih bahagia dan lebih lagi rasa nak berkongsi. Sungguh, cubalah. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Begitulah. 🥰

Apabila kalian nak jadi mana-mana #affiliate, maka kena fokus buat ini. 1. Faham dan hadam tentang produk. Tak faham, takkan dapat jawab soalan pelanggan. Ambil masa sedikit untuk belajar tentang hal tersebut. Jadi master dan kemudian bersedia untuk ditanya. 2. Buat perancangan pemasaran. Bukan sekadar iklan. Kena susun posting supaya semuanya teratur dan mudah untuk pelanggan baca serta buat bayaran. Strategi ini adalah kekuatan membuat jualan menaik hingga mencapai target yang diletakkan. 3. Layan pelanggan dengan baik. Semua pembeli kena dijaga dengan perkhidmatan yang tiptop. Walau kita hanya orang tengah, kita kena bertanggungjawab dengan apa yang kita jual. Kami ada beberapa orang affiliate yang sentiasa dapat jualan sehingga 5 angka sebulan. Sangat konsisten dan tersusun postingnya. Dan mereka ini hanya suri rumah sahaja. Ingat, fokus, strategi dan konsisten. Hilang 3 perkara itu, tak perlulah berharap nak dapat jualan 4-5 angka. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Masih jadi Affiliator produk orang lain dari 2012. Haha.

"Kesilapan kita ialah duk bersedekah dengan niat nak duit itu bertambah. Kita lupa duit itu jadi pahala. Kita tahajjud memohon rezeki, kita lupa kita bangun malam itu paling terutama ialah nak memohon diampunkan dosa. Macam mana nak kaya kalau mindset kita macam tu? Salah tu. Zaman ini lari habis niat. Kena ikhlas. Sedekah ini betullah tak mengurangkan harta. Ia dibawa menjadi sebesar-besar pahala. Tapi kalau dah sedekah tu duk fikir akan dapat lagi banyak, akan dapat itu dapat ini, itu salah! Itu nak balasan dunia! Itu Allah akan beri apabila kita ikhlas! Allah akan beri begitu sahaja. Tak payah fikir. Yang fikir ialah sedekah sahaja dan mohon kepada Allah semoga dengan sedikit memberi itu Allah dapat hapuskan dosa kita. Dosa kita banyak tuan-tuan! Sangat banyak. Dosa ini selagi ada, selagi itu tersangkut nak masuk syurga tuan-tuan." Tak tahu nama ustaz. Duk dengar sat tadi depa ni pasang. Insaf. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Duk terdengar tanpa plan nak dengar ini lagilah syahdu, rasa Allah sedang "pukul" hati kita tepat.

Di media sosial, #posting kita adalah untuk beri orang #percaya kewujudan kita. Selepas dia percaya, dia akan rasa #selesa. Selepas di selesa, dia akan #setia. Sekiranya kalian guna fake akaun, tidak guna nama manusia, tidak juga letak gambar sendiri. Asas pertama (percaya) sudah hilang begitu sahaja. Gais, kelas content terdekat ialah pada 20hb Mac. Lekas daftar ya hanya RM65 sahaja! Tak dapat tonton live ada rakaman disediakan. Klik sini segera! https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac

"Apa yang tuan buat sampai orang sanggup cari dan beli produk tuan?" Ini soalan yang agak menakutkan sebenarnya. Kadang kita rasa kita ini hebat sampai lupa semua itu Allah yang beri. Baik, saya buat ini: 1. Berani hantar sample. Buat dan siapkan sample dan ia wajib sama dengan apa yang kita nak jual. Ramai dah tumpas di sini. Awal-awal dah menipu. Sample buat sedap-sedap, masa yang sebenar nak jual, tipu. Buat tak sama dan tak sedap. 2. Apabila dah hantar sample sebenar, berani kena tegur. Tenang dan terima apa sahaja teguran. - manis sangat. - tak sedap. - tak boleh jual. - presentation teruk. Semua kena terima dan tak boleh sentap. Kena hadap dengan sehemah-hemah mungkin. Memang ya akan kena macam-macam. Saya sendiri lalui benda ini, isteri down, saya ok dan kena tenangkan dia. 3. Berani pitching. Siapkan proposal ringkas. Biasanya mereka nak tengok: - siapa ada dalam syarikat (org chart) - syarikat di mana (lokasi) - ada kaitan dengan kena ambil orang kerja dan sebagainya. - apa kekuatan syarikat (kapasiti pengeluaran). - berapa produk boleh dihasilkan (R&D). 4. Sentiasa ada semua akses platform online. Berani invest bab-bab media sosial. - wajib ada Facebook, Instagram bagai. - wajib ada website. Semua ini mereka nak tengok terus. Kalau dah ada sistem ejen lagi bagus. Mereka akan happy punya. 5. Berani muncul di mana-mana. Owner kena ada kekuatan personal branding. Kena rajin tulis / buat content bagus-bagus. - akan jadi bonus besar sekiranya kita sendiri ada follower ramai. * Memang ya semua kita usaha, namun kena beringat, Allah beri belaka. Kita takkan dapat tanpa bantuan dari Allah. Berusaha mesti kena ada tawakal. Berusaha kena ada pengharapan kepada Allah. Berusaha kena sentiasa dengan doa dan perkara kebaikan. Ingat semua itu, kita tak ada kuasa. Allah ada semua. Kita usaha sahaja okeh. Semoga kalian juga Allah beri peluang, ruang untuk tempa kejayaan walau bermula dari rumah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula dari dapur sendiri dulu. Bismillah. Daftar Kelas Bijak Content di sini ya kawan-kawan! https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac

Gais, mana nak cuba hantar kurma ke emak ayah di kampung, baik hantar sekarang. Kasi mereka rasa mana mereka berkenan. Kami a
Gais, mana nak cuba hantar kurma ke emak ayah di kampung, baik hantar sekarang. Kasi mereka rasa mana mereka berkenan. Kami ada 3 jenis. Ada Ajwa Aliah, Safawi dan Mariami. Ada pek kecil 250gm sampai pek 5kg. Ha pilihlah dulu nak rasa sebelum ramadan. Nanti emak ayah dah cuba, mereka akan kasitahu mana yang sesuai dengan mereka, kita beli lagi untuk mereka ya. Ok jom, beli di sini: https://theroyaldates.net/shop/000004 https://theroyaldates.net/shop/000004 https://theroyaldates.net/shop/000004

Dah nak habis Q1 2023, kena ada mindset yang kuat untuk lawan perkara negatif. Anasir buruk ini memang datang kepada kita setiap hari. Ada sahaja yang duk bertandang, cara kita handle sahaja yang boleh buat kita masih di lane yang betul. Antara teknik yang betul melawan negativiti ini ialah: 1. Pura-pura bodoh. Dengar sahaja apa yang mereka cakap, angguk dan biarkan kebodohan itu berlalu. Buat mereka yang cakap bukan-bukan itu bersungguh cerita. Jangan jawab, jangan lawan, jangan pertikai, jangan sambung dan jangan komen. Akhirnya dia akan cakap rugi bercakap dengan kita sebab tak ada respon. Kahkahkah. 2. Teknik ke-2, apabila dia datang lagi nak cerita, kita ignore dia. Kita cakap kita sibuk, kita cakap kita banyak kerja. Dia ajak pi makan kita cakap kita bawa bekal. Aha, dia akan nampak point kita lari-lari dan dia akan mula cakap ke orang lain tentang kita pula. Tenang, tak ada apa pun. 3. Kita terus switch off tentang dia. Kita berjaya fokus apa nak buat. Dia lalu, kita beri salam dan kita terus buat kerja macam biasa. Ini dah level tinggi punya melawan. Haha. Kawan-kawan, ramai yang kata di tempat kerja dia penuh negativiti. Sebenarnya kita kena handle. Itu tempat kita cari rezeki, jadi kita perlu lawan, hadap dan lalui dengan cara kita sendiri. Buat sahaja kerja, siapkan semuanya. Waktu datang, datang awal, waktu balik, happy balik. Ingat, kita bukan pokok, kalau dah tak boleh buat apa-apa, carilah tempat lain. Kita semua multitasking, kita sahaja nak buat ke tak. Minda kita tentukan apa kita nak lalui semuanya esok hari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buang yang toksik itu dalam kepala okeh!

Contoh posting yang boleh buat orang klik butang share: 1. Apabila orang baca posting tersebut, dia terus boleh buat. Contohnya: - DIY berkebun, susun atur dalam rumah, resipi, tips kecantikan, tutorial tudung, tips travel, petua, make up, permotoran, fesyen, hal kebersihan, bersenam dan tekniknya serta hal-hal kehidupan yang mudah untuk diikuti. 2. Apabila orang baca #posting tersebut, dia boleh beli terus. Contohnya: - cerita tentang ada sales di sana sini, kedai makan yang best, lokasi pelancongan yang real dan menarik serta hal-hal produk yang senangnya nak dibeli walau ianya tentang kuih keria. 3. Apabila orang baca posting tersebut, dia dapat relate dengan kehidupannya sendiri, contohnya: - kisah keluarga, kisah sedekah, kehebatan kuasa Allah tentang rezeki, kisah anak-anak, kisah berkawan yang semuanya itu ada pengajarannya yang benar-benar terkena kepada diri sendiri. *** Setiap 1 posting di atas tetap kena guna kuadran asas #Content iaitu #Fakta #emosi #bahasa dan memberi #ImpakPositif kepada pembaca. Tak ada 4-4 perkara tersebut, orang tetap tak #share. Gais, kami ada kelas pada 20hb Mac ini nanti. Jemput datang. Hanya RM65 sahaja kalian dapat belajar bagaimana nak tingkatkan follower dan bagaimana nak menjual secara online tanpa kos! Jom gais daftar sekarang! https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bina posting bermanfaat.

Sekiranya kalian nak positif, tulis perkara baik, sentiasa dalam keadaan yang elok dan bagus untuk membangunkan #content di media sosial, maka kalian memang kena buat semua perkara ini. Medan ini memang banyak negatifnya. Luahan hati, tak puas hati, perli, benci, jahat dan carut, semua ada. Nak tukar segala itu, buat rutin kecil ini, ia adalah: 1. Apa yang kalian buat pada setiap pagi. 2. Apa yang kalian cakap kepada diri sendiri. 3. Apa yang kalian baca. 4. Apa yang kalian tonton. 5. Siapa yang ada akses kepada kalian. 5 perkara ini jika ada negatifnya, maka itulah hidup kalian yang sebenar juga begitu dalam media sosial. Begitu juga jika semuanya baik dan positif. Kita tentukan siapa kita, kita yang boleh kawal diri kita. Nak sentiasa bersangka baik, maka buat yang baik-baik 5 perkara di atas. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Untuk paid review produk ramadan dan syawal nanti, hanya RM890/posting sahaja. Kami akan buat video untuk Tik Tok / Reels IG dan FB, dan ada 1 posting bertulis bersama gambar di FB saya. Tapi ini untuk produk yang boleh dihantar kepada kami. Kalau kalian tak boleh hantar produk atau kalian hanya buat servis, kami tak bolehlah nak shoot video. Dapat 1 posting bergambar sahaja ya. Tiada di reels. Haa faham dah kannnn. Total 3 posting tapi 1 harga sahaja iaitu RM890. Bayar sekali dapat 3 posting gituhhh. Cukup 20 produk, saya stop. Lekas whatsapp di sini ya: http://www.wasap.my/60122117994/promopaidreview http://www.wasap.my/60122117994/promopaidreview http://www.wasap.my/60122117994/promopaidreview

Soalan: Tuan, saya dah tak ada idea nak menulis. Pusing-pusing benda sama sahaja. Tuan tak boleh ke beri jalan bagaimana nak kembangkan idea? Jawapan: Itu disebut sebagai #Content #Mapping. Proses ini panjang, namun dibuat hanya sekali sahaja kemudian dirujuk bertahun-tahun. Ia bermula dari: 1. Pemilihan topik. Proses ini adalah yang paling sukar. Sekiranya tersalah, boleh jadi kita kekeringan idea. Ia bergantung kepada kekuatan pengetahuan kita terhadap topik tersebut. Jika berdegil masih nak pilih topik itu, masih boleh. Ada cara bagaimana nak atasi semuanya. 2. Kemudian mulakan mapping. Map ini dari kiri ke kanan. Ia dipecahkan mengikut layer by layer. Layer 1, topik besar. Layer 2, topik besar yang dibesarkan. Layer 3, topik kecil. Layer 4, layer 5, layer 6, layer 7 hinggalah habis. Dari situ kita boleh rujuk semuanya untuk bina content kita. 3. Proses plotting. Proses ini adalah membahagikan topik yang kita letak dalam mapping ke dalam matlamat posting. Ada 5 matlamat: To educate, To inform, To inspire, To entertain, To moneytize. Terus buat kiraan dan terus tahu ada berapa posting yang boleh dibina pada tahun tersebut. * Jika 1 mapping boleh keluarkan 500 idea posting, dan jika 1 hari 1 posting, maka kita dah dapat lebih 1 tahun content yang boleh disimpan. Bayangkan kalau 5 topik, total dalam 2,500 posting boleh dibina begitu sahaja. Itulah namanya blueprint content. Sebab itu pemain media sosial yang membangunkan teks atau video yang tersusun sentiasa ada apa yang nak dimuat naik. Kerana mereka ini semua ini. Ingat ini kawan-kawan, kita bina jalan kita, kita cipta masa depan kita, tak perlu tunggu orang lain atau guna jalan mereka. Kita sendiri juga boleh susun tar dan batu dan jadikan ia sebagai jalan kita sendiri. Yang penting, buat! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ada 5 mapping content. 80% posting saya adalah yang saya rancang. Hadir kelas di sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac

Minat orang untuk membaca atau melihat keseluruhan "content" kita bermula pada 5 saat yang pertama. Itu yang disebut sebagai
Minat orang untuk membaca atau melihat keseluruhan "content" kita bermula pada 5 saat yang pertama. Itu yang disebut sebagai "5 SECOND RULES". Jika kita gagal untuk tarik perhatian audien dalam tempoh yang tersebut, maka orang akan mula beredar. Lepas tu content kita pun "krik krik krik". Huhu. Sifat media sosial begitulah. Orang nak perkara yang menarik perhatian dan mudah difahami. Walaupun keseluruhan content kita rasa macam bagus, tapi sebab gagal peraturan 5 saat pertama tadi, No engagement. No reaction. No impact. 5 saat itu anda perlu tulis apa? 5 saat itu nak tunjuk apa kepada audien? Itu semua adalah RAHSIA. Namun rahsia ini akan didedahkan kepada anda yang mendaftar KELAS BIJAK CONTENT. "5 second Rules" akan menjadi pelengkap kepada 9 lagi modul asas membangunkan content berkesan. Jumpa nanti ya semua, hanya RM65 sahaja kelas ini. 20hb, jam 8 malam. Klik sini untuk daftar lekas! https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac https://onecookies.onpay.my/order/form/kbc_mac

Hal teknikal menulis di Facebook: 1. Setiap 4 atau 5 baris ayat, buat perenggan yang terputus antara satu sama lain. Ia memudahkan pembacaan menggunakan telefon walau poin perenggan itu adalah sama. Ini maksud perenggan yang terputus (ada space antara nombor 1 dan nombor 2). 2. Elakkan menulis ??? !!!! .... ianya memberi maksud berbeza dengan apa yang kita mahu sampaikan. Boleh jadi emosinya itu teruja, boleh juga marah boleh juga sedang terlalu gembira. Guna ? Atau ! Sahaja. 3. Elakkan menulis tajuk (heading) untuk penulisan di wall sendiri. Kebiasaan mereka yang belum ada pengikut, tulisan mereka akan “jump to conclusion” sekiranya ada header. Namun bagi mereka yang dah ada pengikut, tidak menjadi hal. Ianya persepsi. 4. Gunakan perkataan yang biasa digunakan. Elakkan perkataan sastera, bombastik dan fancy. Contohnya seperti usai, lantera, metafora, dan sebagainya. Di media sosial, bahasanya perlu lebih mudah difahami. Ianya #content yang mudah dan senang. 5. Pastikan mengeja dengan betul. Ejaan yang betul tanpa sebarang short form, sebarang singkatan yang direka-reka akan menjadikan posting itu difahami dan mudahnya orang lain berkongsi (klik share). 6. Sekiranya mahu menulis tentang dialog atau dialek, gunakan “....” ianya akan lebih mudah difahami. 7. Jika posting bergambar, adalah sangat baik pada setiap satu gambar ada captionnya yang tersendiri. 8. Pastikan kata nama khas menggunakan huruf besar di huruf pertama perkataan tersebut. Seperti menulis Allah, Tuhan, nama orang, nama tempat dan sebagainya. 9. Elakkan copy paste mana-mana status orang lain walau memberi kredit. Fungsi copy di #Facebook ini adalah untuk paste di ruang yang bukannya Facebook. Ia mesti dipastekan di blog atau web atau di tempat lain. Sekiranya dilaporkan (report), boleh jadi akaun kalian disekat atau dipadam status tersebut tanpa notis. 10. Penggunaan hashtag yang betul ialah yang berada di dalam #cerita / #posting. Bukannya membuat list di bawah posting. #Hashtag sangat menjadi untuk kempen atau produk atau brand atau sesuatu perkara yang menjadi elemen penting di dalam posting tersebut. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis baik-baik, nak lagi tips jom ke Channel Telegram saya: https://t.me/ContentKHM

Kelas Content datang lagiiii. Alhamdulillah. Gais kali ini saya nak share macam mana dalam tempoh 5 saat orang decide sama ad
Kelas Content datang lagiiii. Alhamdulillah. Gais kali ini saya nak share macam mana dalam tempoh 5 saat orang decide sama ada nak teruskan atau tak membaca posting kita. Juga bagaimana nak pilih topik yang betul untuk kita sentiasa ada posting di wall kita. Sekaligus saya akan kongsikan teknik betul untuk membina content di media sosial secara tersusun. Kelas ini hanya RM65 sahaja! Tak dapat tonton live jangan bimbang masih boleh tonton rakaman ya. Klik sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/44 https://onecookies.onpay.my/order/form/44 https://onecookies.onpay.my/order/form/44

5 perkara yang boleh buat kalian tidak fokus dalam membangunkan #content di media sosial: 1. Membandingkan tulisan atau pembinaan #posting kalian dengan orang lain. Boleh untuk rujuk dan baiki, bukan melihat tanpa belajar sesuatu. 2. Terlalu banyak berfikir tanpa berbuat. Selagi tak mencuba, selagi itulah kalian tak belajar. 3. Melihat jumlah like, share dan komen yang sedikit dan sentiasa merasakan ia sesuatu yang sukar nak dibuat. Sedangkan jika diperhatikan pertumbuhan, ia adalah perkara normal. Tak ada kejayaan yang datang dengan banyak sekaligus. 4. Merasakan orang tak like adalah tak suka. Sedangkan sosial media bersifat persepsi. Tulis sahaja, fokus dan konsisten. Jika kita tahu, suka, mahir tentang hal itu, post sahaja, lambat laun akan ada orang ikuti perkembangan kita. 5. Sentiasa dikelilingi oleh orang yang salah. Di alam realiti bersepah kawan suka kutuk, di media sosial pergi add entah siapa-siapa. Akhirnya terus mendapat komen dan reaksi yang menjatuhkan. Bina persahabatan yang menguat, positif dan saling percaya. * Pelajarannya ialah: - buat sahaja. - tak ok, repair dan buat lagi. - positif. - fokus. - disiplin. - konsisten. - bersungguh-sungguh berusaha. Semua ini ada 1 perkataan yang sesuai, ia adalah “kental”. Jika mahu bermain media sosial, kena ada perkataan tersebut. Hanya jiwa yang ada itu akan ramai follower, akan berjuta jualannya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Siapa yang berusaha, dia akan berjaya. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Ramai tanya boleh ka nak review produk / gerai / bazar ramadan atau produk raya. Boleh-boleh. Saya hanya boleh terima 20 sahaja. Kena hantar awal supaya kami dapat susun untuk shoot video dan gambar semua. Harga asal RM1,599/posting. Kali ini hanya RM890 sahaja, dapat 4 posting. Video di Tik Tok, Reels di Insta dan FB Posting bergambar di FB. Boleh lihat contoh saya dah buat di ruangan komen okeh. 20 review sahaja, siapa cepat dia dapat ya. Klik sini lekas, keutamaan produk raya! http://www.wasap.my/60122117994/promopaidreview http://www.wasap.my/60122117994/promopaidreview http://www.wasap.my/60122117994/promopaidreview Contoh review itu begini ya: Contoh review bergambar: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10230948334557736&id=1409650354&mibextid=qC1gEa Contoh review di reels: https://www.facebook.com/reel/490619706613033?mibextid=0NULKw&fs=e&s=TIeQ9V

Kalian perasan atau tak, tahun 2020 ialah tahun belajar tukar mindset. Dari bekerja kepada tidak. Dari sibuk kerja kepada keluarga. Dari selalu keluar kepada duduk. Dari suka bersukan kepada makan. Dari suka melepak kepada sosial media. Dari tak tahu kisah kepada suka drama. Dari takut socmed kepada berani tulis. Secara tak sedar, kita belajar tukar mindset. Biasanya selepas tukar mindset, kita kena ada 1 lagi perkara iaitu disiplin. Kalau masa 2020 kita kena buang kerja, kemudian dapat berniaga, maka disiplinlah. Bangun awal minta dari Allah. Solat sunat sebelum subuh. Siapkan perancangan harian. Target berapa nak dapat sales. Susun strategi sampai jaya. Belajar ada team. Bina keluarga dan pastikan semua ada bahagiannya. Sentiasa sedekah. Selalu bertanya khabar. Seringnya belanja makan. Dan banyak lagi. Disiplin yang ini ramai tak ada. Kita mungkin pernah disiplin waktu kerja dengan datang awal, siapkan kerja semuanya, namun disiplin itu tak bercampur dengan disiplin kehidupan. Semuanya itu kena ada gais! Baru hidup kita semakin tenang, aman, makmur, hati kita lega. Tengoklah diri kita sekarang, setahun berlalu kita masih survive! Kenapa Allah pilih kita dapat hati bahagia? Sebab kita berjaya ubah mindset dan kita gabungkan dengan disiplin kehidupan. Syukur alhamdulillah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus jadi orang baik gais! Bismillah.

Soalan: Bagaimana tuan handle orang yang suka “stalk” tuan dan berbusuk hati (cakap belakang)? Jawapan: Biarkan sahaja. Fokus tulis kebaikan, keseronokan, kebahagiaan dan kejayaan. Dia akan mati (unfollow) sendiri dalam kekecewaan.

Kalau kita bengang orang cakap kita macam-macam, kita kena berubah. Itu disebut sebagai turning point. Ha gituh speaking. Sungguh gais, 6 tahun lepas, saya disindir teruk oleh rakan saya. Beliau ada bisnes hebat dan kerap cakap saya takkan ke mana-mana kalau setakat jual online. Saya tak bertempur, saya tak lupakan dia sebagai kawan, saya marah pada waktu itu sahaja. Marah dalam diri dan tak terluah pun. Yang saya buat ialah saya pergi belajar dan buat terus. Saya tak ada masa nak drama sedih sana kecewa sini. Semua saya biarkan, saya nak feel the process. Ia semuanya adalah ilmu. Jualan saya tahun lepas mengatasi jualan beliau. 3 kali ganda lebih besar sedangkan ia adalah jualan semasa pandemik Covid-19. Jualan beliau pula kekal 6 tahun dengan purata yang lebih kurang sama. Cuma beliau terkesan akibat covid dan ada pengurangan sedikit tahun lalu. Bulan lepas, kami bermesej-mesej, beliau tanya sistem apa saya pakai, saya buat macam mana dan bagaimana. Saya cerita sahaja semua. Dia kawan saya, saya sayangkan dia. Dia terus call. Menangis teringatkan betapa dia konsisten membantai saya dalam group whatsapp kami bertahun lamanya, sebab saya kawan, saya tak pernah left. Perli dan sindir cakap saya batak perhatian, posting di FB sekadar nak cari like dan share. Dia tak pernah berhenti buat begitu sampailah pandemik sampai ke negara kita tahun lalu. Saya cakap kepada beliau, sikit pun saya tak benci beliau. Sikit pun saya tak ada rasa marah. Saya tahu itulah yang saya nak. Saya perlu "bengang" untuk saya buat lebih baik lagi. Alhamdulillah, doa, letak Allah dekat depan, usaha, syukur semuanya baik-baik sahaja. Saya cakap dekat dia petang tadi saya nak ceritakan kisah ini, dia ketawa sahaja dan cakap "aku minta maaf sangat. Tolong ajar aku macam mana kau boleh hadap aku walau aku buat ke kau macam-macam." Saya hanya jawab, " set mindset sahaja." Kalau atap kita bocor, kita baiki. Esok bocor kat tempat lain, baiki. Lusa kena ribut, tercabut semua, tukar. Yang kita perlu buat ialah konsisten baiki, tukar dan kalau dah tak boleh buat apa, tak payah ada jenis itu. Happy sahaja, kalau tak ada duit nak repair, letak besen. Hahahaha. Kita yang letak apa yang perlu ada dalam kepala kita. Kita yang beri ruang nak fikir apa. Jadi kita enjoy perkara itu." Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ada juga saya left kalau jenis cakap belakang lain depan lain. Tiber. Hahaha.