ar
Feedback
Abdul Hadi Awang

Abdul Hadi Awang

الذهاب إلى القناة على Telegram

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Abdul Hadi Awang

تُعد قناة Abdul Hadi Awang (@hadiawang) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 10 690 مشتركاً، محتلاً المرتبة 4 808 في فئة السياسة والمرتبة 3 456 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 10 690 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 12 يوليو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -58، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -10، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: موثّقة (مؤكدة رسمياً من تيليجرام)
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 7.12‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 3.13‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 761 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 335 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 35.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 13 يوليو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة السياسة.

10 690
المشتركون
-1024 ساعات
-377 أيام
-5830 أيام
أرشيف المشاركات
Buat seluruh rakyat Johor, tunaikan amanah sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor dengan penuh tanggungjawab. Pilih
Buat seluruh rakyat Johor, tunaikan amanah sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor dengan penuh tanggungjawab. Pilihlah kepimpinan yang berintegriti, berprinsip dan mampu menjamin kestabilan demi agama, bangsa dan tanah air. Undilah Perikatan Nasional. Jom Jaga Johor.

Pilihlah wakil rakyat yang berilmu, beramanah dan mampu menjalankan tanggungjawab menegakkan kebenaran serta menegur kerajaan demi kepentingan rakyat. Bagi DUN Endau, marilah kita memberikan sokongan kepada Ustaz Hakimi, Calon No. 1, agar beliau dapat memikul amanah mewakili rakyat dengan sebaik-baiknya.

Kaum lain berusaha menggerakkan pengundi mereka untuk pulang menunaikan tanggungjawab. Umat Islam juga tidak boleh memandang ringan amanah mengundi kerana ia menentukan masa depan kepimpinan dan negara. Jangan biarkan peluang ini berlalu. Tunaikan tanggungjawab mengundi dan bersama memenangkan calon yang mampu memikul amanah untuk rakyat.

Pilihlah wakil PAS di 11 kerusi yang dipertandingkan agar suara amar makruf dan nahi mungkar terus diperkasakan dalam pentadbiran negeri. Kepimpinan yang baik ialah kepimpinan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Memilih pemimpin adalah amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah. Laksanakan tanggungjawab ini dengan penuh kesedaran dan keikhlasan.

Kuasa politik umat mesti dipelihara agar kepimpinan terus berada di landasan yang mampu mempertahankan agama, bangsa dan negara. Perpaduan adalah kunci untuk memastikan kekuatan politik tidak terhakis. Di Johor, kekuatan kuasa politik Melayu perlu terus diperkukuhkan dengan kepimpinan yang berteraskan Islam serta mengutamakan keadilan untuk seluruh rakyat.

Sejarah Singapura menjadi peringatan bahawa apabila kuasa politik diabaikan, umat akhirnya kehilangan kedudukan di tanah air sendiri. Sebab itu, jangan sekali-kali memandang ringan amanah mempertahankan kuasa politik. Ambillah iktibar daripada sejarah agar kesilapan yang sama tidak berulang. Pertahankan agama, hak dan masa depan dengan penuh tanggungjawab.

Perpecahan hanya melemahkan umat dan membuka ruang kepada pihak lain menguasai politik negara. Sejarah membuktikan bahawa kehilangan kuasa politik bermula apabila umat gagal bersatu. Demi mempertahankan masa depan agama, bangsa dan negara, marilah bersama menolak Pakatan Harapan dan memastikan kuasa politik umat terus dipelihara.

Kita memerlukan pemimpin yang melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran. Inilah amanah kepimpinan yang dituntut oleh Islam. Pilihlah pemimpin yang berani menegakkan kebenaran, bukan sekadar mengejar kedudukan atau populariti.

Ilmu merupakan warisan paling berharga yang ditinggalkan oleh para nabi. Justeru, Allah SWT mengangkat darjat orang yang beriman dan mereka yang dikurniakan ilmu, manakala para ulama dimuliakan sebagai pewaris kepada tugas para anbia dalam membimbing umat ke jalan yang diredai-Nya. Al-Quran hendaklah menjadi asas kepada seluruh cabang ilmu. Sesiapa yang memulakan perjalanan menuntut ilmu dengan Al-Quran, Allah SWT akan membukakan pintu kefahaman terhadap ilmu-ilmu yang lain serta mengurniakan keberkatan dalam kehidupan. Kepada para guru, teruskanlah amanah mendidik dengan penuh keikhlasan kerana ilmu yang diajarkan akan menjadi pahala yang berterusan selagi dimanfaatkan oleh generasi yang dididik. Kepada para pelajar pula, tuntutlah ilmu dengan sabar dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, bukan kerana kedudukan atau habuan dunia, kerana keikhlasan itulah yang menjadi kunci kepada keberkatan ilmu. Semoga Allah SWT memberkati seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing, mengurniakan kefahaman terhadap Al-Quran serta melahirkan generasi huffaz, ulama dan pendakwah yang terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. [Ziarah Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing, 10 Julai 2026, Mersing, Johor]

photo content
+3

photo content
+9

Masyarakat Cina di Sabah telah membuktikan bahawa mereka mampu membuat pilihan dengan menolak DAP. Rakyat Johor juga mampu membuat pertimbangan yang sama demi masa depan negeri yang lebih harmoni dan sejahtera. Marilah kita bersama memilih politik yang menyatukan rakyat, bukan yang memecah-belahkan masyarakat.

Islam mengajar hubungan yang adil dan harmoni antara semua kaum, namun pada masa yang sama menolak fahaman politik yang bersifat ekstrem serta menggugat kestabilan masyarakat majmuk. Jangan biarkan politik ekstrem menentukan masa depan negara. Pilihlah jalan yang memelihara perpaduan, keadilan dan keharmonian untuk seluruh rakyat. Tolak politik ekstrem DAP-PH.

Menunaikan tanggungjawab mengundi adalah amanah yang tidak boleh dipandang ringan. Kekuatan politik umat perlu dipelihara agar kepimpinan yang memerintah mampu menjaga agama, rakyat dan kestabilan negara. Jangan abaikan hak mengundi. Setiap undi yang diberikan dengan penuh tanggungjawab adalah sebahagian daripada usaha mempertahankan masa depan umat dan negara.

Sedia Kerjasama BN Pertahan Kuasa Politik Melayu Islam

Highlight Ceramah Mega N32 Endau Johor

Sarapan pagi bersama calon PAS bagi DUN Endau, Ustaz Hakimi, di rumah waris saya di Mersing. Turut bersama, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’ Ustaz Mahfodz Mohamed. Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuhkan, dan diberikan kemenangan dalam PRN Johor kali ini.

photo content
+5

photo content
+9

Pilihan Raya Negeri Johor merupakan satu amanah besar yang akan menentukan hala tuju kepimpinan negeri pada masa hadapan. Kepimpinan yang diterajui oleh orang Melayu Islam perlu terus diperkukuhkan bagi memelihara kedudukan Islam di samping menjamin keadilan serta kesejahteraan kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Atas pertimbangan tersebut, kerjasama antara PAS dan Barisan Nasional di Johor dibentuk bagi mengelakkan perpecahan kuasa politik umat Islam. Perbezaan yang pernah wujud diketepikan demi mencapai matlamat yang lebih besar, iaitu mempertahankan kestabilan negeri serta memastikan kepimpinan terus berada di landasan yang betul. Rakyat Johor diseru agar menggunakan hak mengundi dengan penuh tanggungjawab. Setiap undi yang diberikan bukan sekadar menentukan wakil rakyat, bahkan menjadi sebahagian daripada usaha mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Semoga Allah SWT mengurniakan petunjuk kepada seluruh pengundi untuk membuat pilihan yang terbaik serta mengurniakan kejayaan kepada calon-calon yang berjuang demi agama, rakyat dan masa depan Johor. [Ceramah Mega N32 Endau, 9 Julai 2026, Dataran Mersing Kanan, Johor]

Abdul Hadi Awang - إحصائيات وتحليلات قناة تيليجرام @hadiawang