fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Abdul Hadi Awang

Abdul Hadi Awang

رفتن به کانال در Telegram

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Abdul Hadi Awang

کانال Abdul Hadi Awang (@hadiawang) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 10 471 مشترک است و جایگاه 4 852 را در دسته سیاست و رتبه 3 492 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 10 471 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 15 اکتبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -64 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -10 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید شده (به صورت رسمی توسط تلگرام)
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 11.05% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 4.74% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 1 157 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 496 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 35 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 16 اکتبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته سیاست تبدیل کرده‌اند.

10 471
مشترکین
-1024 ساعت
-167 روز
-6430 روز
آرشیو پست ها
Sidang Media: International Summit 2026, PRN Melaka, Kerjasama Dengan BN

Minda Presiden PAS TAUFAN AL-AQSA TIGA TAHUN BERLALU Taufan al-Aqsa yang dilancarkan oleh Hamas telah menggoncangkan dunia sehingga dianggap sebagai permulaan kepada Perang Dunia Ketiga yang menakutkan masyarakat antarabangsa. Kebimbangan tersebut semakin memuncak apabila tentera Israel yang selama ini diuar-uarkan sebagai tentera yang tidak dapat dikalahkan, mula mendapatkan sokongan dari negara-negara sekutu Barat, khususnya Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, sehingga negara-negara Arab dan Islam turut menjadi makmum berjemaah bersamanya. Amerika mengerahkan bala tentera yang besar bersama beberapa negara bersekutu bagi menentang Taufan al-Aqsa yang tidak boleh dimatikan, dengan mengetatkan kepungan terhadap Palestin, khususnya Gaza yang semakin sempit. Namun begitu, hanya Republik Islam Iran sahaja yang menolong Gaza dan Palestin, diikuti oleh beberapa gerakan Muqawamah Islamiyyah di negara jiran, iaitu Hizbullah di Lubnan dan Ansarullah di Yaman, serta Taliban hari ini selepas berjaya mengalahkan Amerika. Turut bersama ialah jemaah Islam daripada Sunni yang dikepung oleh kerajaan masing-masing atas propaganda kumpulan pengganas yang terpengaruh dengan Revolusi Iran dan Taliban Afghanistan. Setelah Amerika dan sekutunya, dengan sokongan negara Arab dan Islam yang tidak berjihad, gagal mencadangkan perdamaian dan gencatan senjata yang nyata menipu dan zalim dengan syarat melucutkan senjata Hamas, kumpulan Palestin dan Iran. Lalu, Amerika dan Israel menyerang Iran secara langsung dan melampau, seperti serangan terhadap Gaza, sehingga menggugurkan para syuhada’ daripada kalangan pemimpin besar, rakyat termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua serta pesakit di hospital. Baca selanjutnya: https://harakahdaily.net/2026/10/14/taufan-al-aqsa-tiga-tahun-berlalu/

Minda Presiden PAS KALANGAN YANG JAHIL DAN ZALIM MENUDUH MELAYU PERKAUMAN Masih ada kalangan yang mendedahkan kejahilannya melalui lisan dan tulisan dengan berlaku zalim terhadap bangsa Melayu, dengan menuduh bersifat perkauman. Ada orang yang sedar dirinya jahil, maka dia tidak bercakap dalam perkara yang tidak diketahuinya. Ada pula yang jahil murakab, tidak sedar dirinya jahil lalu bercakap dan menulis dengan kejahilannya. Mereka merasa sombong dengan sedikit ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, lalu membuat kenyataan dalam perkara yang di luar pengetahuannya. Antaranya, menuduh orang Melayu beragama Islam bersifat perkauman apabila bertindak membela bangsanya yang dizalimi atau ditipu. Walaupun sebenarnya Melayulah yang paling bersifat kemanusiaan dan terbuka setelah menganut Islam sebelum kedatangan penjajah. Mereka menerima kaum lain kerana Islam mendidik mereka dengan konsep kemanusiaan terhadap seluruh manusia, walaupun pada fitrahnya manusia sayang akan keluarga dan bangsanya sendiri. Sehingga menjadi sifat bangsa Melayu yang beragama Islam tetap berada dalam dirinya, walaupun kedaulatan Islam bersama kuasa rajanya yang berlandaskan syariat telah dibatalkan olah penjajah. Namun, bangsa Melayu tidak bersikap ekstrem terhadap kaum yang dibawa masuk oleh penjajah dengan tujuan yang jahat dan zalim terhadap penganut Islam. Tindakan penjajah British tersebut adalah bagi melumpuhkan kuasa politik Islam yang dipimpin oleh Melayu Islam setelah mereka menganut Islam secara damai dan memerintah negara selama beberapa abad. Kejahilan terhadap agama dan sejarah atau berfikiran luar tabii menjadikan sebahagian kecil daripada orang Melayu Islam hilang kecintaan kepada bangsanya, laksana kacang lupakan kulit. Namun, majoriti Melayu Islam terus memelihara konsep hubungan antara kaum sebagaimana ajaran Islam. Baca selanjutnya: https://harakahdaily.net/2026/10/08/kalangan-yang-jahil-dan-zalim-menuduh-melayu-perkauman/

Menziarahi pusara Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampu
+7
Menziarahi pusara Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya. Al-Fatihah.

Sidang Media: PRN Melaka

Minda Presiden PAS PERPADUAN UMMAH MELAYU MEMIMPIN MALAYSIA Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah mata rantai kesinambungan perjuangan untuk melaksanakan petunjuk Allah kepada manusia selepas tiada lagi para rasul, setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW. PAS berpegang kepada mazhab Sunni bahawa pemimpin bagi negara Malaysia hendaklah daripada kalangan Melayu Islam. PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berpegang kepada prinsip sekular, iaitu memisahkan politik daripada agama, dan gagasan Malaysian Malaysia tanpa rupa bangsa. Fahaman sekular berkonsepkan pemisahan politik daripada aqidah atau iman, menjadikan politik tidak mempunyai roh dan hanya berpandukan akal manusia semata-mata tanpa berpaksikan aqidah, khususnya keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat. Fahaman ini dilihat gagal dalam memimpin masyarakat majmuk serta menangani salah laku seperti rasuah dan lain-lain. Tanpa menetapkan rupa bangsa yang bersifat luar tabii, ketetapan Allah akan dilihat bercanggah dengan fitrah manusia. Sehubungan dengan itu, pemimpin hendaklah daripada kalangan Melayu yang berpegang teguh kepada Islam dan mempunyai pengaruh yang kuat untuk menjamin keadilan kepada semua. Hal ini demikian kerana mereka tidak bersikap fanatik terhadap perkauman seperti sesetengah bangsa lain dalam masyarakat majmuk, walaupun tidak mempunyai kuasa politik. Sikap ini dapat disaksikan dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Betapa kuatnya pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu dapat dilihat apabila seseorang yang memeluk Islam dianggap menjadi Melayu, manakala apabila seseorang itu murtad, dia tidak lagi dianggap sebagai Melayu. Baca selanjutnya: https://harakahdaily.net/2026/10/01/perpaduan-ummah-melayu-memimpin-malaysia/

Minda Presiden PAS PALESTIN: KEBANGKITAN KUMPULAN ISLAM DAN KUMPULAN MENGECEWAKAN Kita sedang menyaksikan pula kebenaran janji Allah SWT dan Rasul-Nya SAW, iaitu kemunculan kumpulan Islam yang gagah berani menentang negara Zionis Israel yang ganas dan semua penjajah selepas kejatuhan kuasa Islam. Zionis merupakan musuh paling zalim dalam sejarah manusia, bersama negara sekutunya (Amerika Syarikat dan Eropah) dan semua negara kumpulan Zionis dengan bantuan umat Islam yang berkhianat. Negara Yahudi Zionis dibantu oleh tentera dan senjata yang bertali arus daripada semua jenis, mendukung penubuhan negara Israel Raya (Greater Israel) yang berpusat di Jerusalem (Bait al-Maqdis tanah suci umat Islam) bagi menakluk dunia dan menjadi kuasa besar tunggal. Lahir kumpulan Islam yang berjihad menentang Zionis yang dijanjikan, walaupun musuh mereka melakukan keganasan paling melampau terhadap kumpulan Islam yang awal berjihad menentang Israel. Mereka lahir dari negara Arab, Turkiye, dan Iran bersama para pemimpin mereka seperti Mufti Amin al-Husayni, Syeikh ‘Izzuddin al-Qassam, ulama’ buangan dari Syria, ‘Abd al-Qadir al-Husayni, dan lain-lain. Turut bersama mereka ialah rakyat Palestin serta negara Arab dan Islam di keliling mereka, termasuk dari Turkiye, Iran, dan lain-lain daripada semua mazhab. Kumpulan Islam bermula sejak penjajahan British yang melaksanakan Perisytiharan Balfour pada 1917 sehingga perisytiharan negara haram Israel pada 1948. Pada masa yang sama, muncul kalangan yang mengecewakan dari negara-negara Arab dan Islam yang ditubuhkan bersama para pemimpin yang terlibat dalam Revolusi Agung Arab yang menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah. Mereka menerima gencatan senjata tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikuasai oleh negara Zionis. Negara habuan yang terlibat dalam menjatuhkan kuasa Islam pada abad yang lalu membalas jasa kuasa besar yang terlibat dengan menyerahkan maruah dan hasil bumi mereka kepada musuh serta membenarkan dibina pangkalan tentera musuh. Baca selanjutnya: https://harakahdaily.net/2026/09/29/palestin-kebangkitan-kumpulan-islam-dan-kumpulan-mengecewakan/

Dukacita menerima berita pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini di Institut Jantung Negara, pada usia 100 tahun. Almarhumah merupakan seorang tokoh perubatan dan kesihatan yang banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara. Sebagai seorang doktor yang pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam, khususnya di Kedah, beliau telah memberikan sumbangan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan serta kebajikan masyarakat, termasuk dalam bidang kesihatan wanita dan kanak-kanak. Dalam perjalanan hidupnya, almarhumah turut memainkan peranan dalam pelbagai usaha kebajikan dan kemasyarakatan, di samping menjadi pendamping kepada suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sepanjang perjalanan panjang khidmat beliau kepada negara. Sesungguhnya pemergian almarhumah merupakan satu kehilangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhumah, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin. Saya merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, seluruh ahli keluarga serta sahabat handai almarhumah. Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah. ABDUL HADI AWANG Presiden PAS

photo content

Islam mempunyai sistem kewangan negara yang tersusun, termasuk sumber hasil yang digunakan untuk mengurus kepentingan masyarakat. Namun, setiap pungutan yang dikenakan hendaklah dilaksanakan dengan adil dan mengambil kira keadaan serta kemampuan rakyat. Khalifah Umar bin al-Khattab RA menunjukkan bahawa urusan cukai bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan tanpa pertimbangan. Apabila keadaan berubah dan sesuatu pungutan memberi kesan kepada kehidupan masyarakat, pemerintah mempunyai ruang untuk menilai semula dan menyesuaikannya berdasarkan maslahat. Keadilan juga mesti dijaga dalam pelaksanaan pungutan. Pernah berlaku pedagang bukan Islam mengadu kerana dikenakan \usyur sebanyak dua kali dalam setahun. Khalifah Umar RA mengambil tindakan supaya perkara tersebut tidak berlaku. Ini menunjukkan bahawa pemerintah tidak boleh mengambil harta rakyat secara sewenang-wenangnya, bahkan setiap pungutan perlu dilaksanakan dengan adil. Pada masa yang sama, usyur tidak boleh disamakan dengan zakat. Zakat merupakan kewajipan ibadah yang telah ditetapkan syarak, manakala cukai merupakan urusan pentadbiran yang boleh berubah mengikut keadaan. Inilah antara bentuk keadilan dan kebijaksanaan Islam dalam mengurus kewangan negara demi menjaga kepentingan masyarakat. [Kuliah Dhuha Jumaat, 13 Rabi‘ al-Akhir 1448H, Masjid Rusila, Marang]

photo content
+9

Minda Presiden PAS MANA MODEL NEGARA ISLAM PERJUANGAN PAS Sudahkah PAS bersedia dengan negara Islam perjuangannya? Inilah soalan paling kerap ditanyakan. Bukan hanya persoalan ke Putrajaya, sehingga ada yang bertanya siapa ketua kerajaannya, Perdana Menterinya, hala tujunya (road map), atau rangka tindakannya (blueprint). Disebabkan jawapannya tidak ada dan tidak kelihatan, maka tidak boleh dipercayai, padahal Rasulullah SAW juga dicabar sepertinya. Rasulullah SAW menolak negara teokrasi bawah kuasa mutlak para agamawan serta menolak slogan “suara rakyat, suara Tuhan” (suara rakyat, suara keramat atau vox populi, vox dei) kerana rakyat akan diperbodohkan, dibeli, dan dibuli. Islam menegaskan Allah Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, dan Maha Menetapkan kepada manusia perkara di luar kemampuan fitrahnya dengan nas yang nyata, namun ada perkara yang diizinkan kepada pemimpin dan rakyat dengan kemampuan akal dan pengalaman berbekalkan ilmu wahyu dan ilmu akal. Demikianlah ajaran Islam yang bersifat wasatiyyah (saksama dan adil). Percayalah bahawa kerajaan yang berprinsipkan iman dan berkonsepkan adil menunaikan amanah dalam memerintah negara, akan datang keberkatan kuasa yang kuat dan harta yang melimpah ruah kerana keberkatannya yang dijanjikan Allah SWT. Pemimpin yang ditarbiah dengan ilmu dan perjuangan, bercirikan peribadi yang berintegriti rabbani (sentiasa beribadat), memimpin masyarakat majmuk pelbagai agama dan bangsa, berkebajikan, kehebatan undang-undang mencegah kemungkaran yang mendidik bukan mendera, serta berwawasan jauh daripada dunia sehingga akhirat. Dibuktikan dengan negara Madinah yang bercirikan madani hidayah (petunjuk Allah), bukan madani jibayah (bergantung dengan kewangan sahaja atau takhta yang berharta). Islam mampu memimpin dunia selama 13 abad mencipta hadarah Islamiah (tamadun Islam) yang berjasa kepada seluruh dunia. Kedatangannya menjadi penyelamat, bukan penjajah. Kehilangannya pula kerana meninggalkan Islam, bukan kegagalan ideologi yang menjadi ajal kepada semua kuasa besar yang tamat pada zaman dahulu mahupun kini. Baca selanjutnya: https://harakahdaily.net/2026/09/22/mana-model-negara-islam-perjuangan-pas/

Perjuangan Islam bukanlah tanggungjawab yang dipikul secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kewujudan jemaah yang menyeru manusia kepada kebaikan, melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran. Inilah antara tuntutan yang disebut dalam Al-Quran dalam membina umat yang terus membawa amanah perjuangan Islam. Jemaah Islam bukan sekadar berkumpul, tetapi mempunyai tanggungjawab untuk mengajak manusia kepada Islam yang sempurna serta menyampaikan kebenaran dengan ilmu dan hikmah. Tugas ini perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan ruang yang ada, sama ada melalui kuasa pemerintahan mahupun dengan teguran, nasihat dan kritikan terhadap kemungkaran. Sebab itu perjuangan Islam memerlukan mereka yang memahami ilmu agama secara mendalam dan mampu menterjemahkannya dalam kehidupan masyarakat. Para ulama pula mempunyai peranan besar untuk membimbing, mentarbiah dan melahirkan mereka yang mampu meneruskan amanah perjuangan ini. Maka, perjuangan Islam perlu digerakkan secara berjemaah dengan ilmu, kefahaman dan kesungguhan. Bukan sekadar mengetahui apa yang benar, tetapi berusaha melaksanakan kebenaran, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam setiap ruang yang diberikan oleh Allah SWT. [Liqa' Fikri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, 19 September 2026, Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (KOMTAQ), Kuala Nerus, Terengganu]

photo content
+9

photo content
+9

Highlight Liqa' Fikri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu

Minda Presiden PAS MAKKAH PERNAH DIGUNAKAN DALAM PERISYTIHARAN REVOLUSI ARAB MENJATUHKAN ‘UTHMANIYYAH Revolusi Agung Kebangsaan Arab (The Great Arab Revolt atau al-Thawra al-‘Arabiyyah al-Kubra) yang berlaku pada tanggal 10 Jun 1916 M (9 Sya‘ban 1334 H) dinobatkan dengan jenama Makkah yang mulia. Revolusi ini dimulakan dengan tembakan senapang oleh Syarif Husain (Raja Hijaz) yang memberontak bagi menjatuhkan khilafah dan mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah yang baharu. Beliau ialah pemimpin berbangsa Arab yang disokong oleh penjajah British bagi menggantikan Khilafah ‘Uthmaniyyah berbangsa Turki yang digulingkan. Makkah merupakan tanah suci dan kiblat kepada umat Islam daripada semua mazhab yang sama rukun Islam dan imannya (Sunni, Syiah, Ibadi dan lain-lain), yang dinamakan semuanya oleh para ulama’ sebagai Ahli Kiblat. Malah, umat Islam juga masih menunaikan haji di Makkah walaupun mereka berkhilaf. Dalam kalangan mereka, ada yang tersalah dalam berijtihad dan ada yang tersesat kerana kejahilan mereka. Maka, Makkah digunakan untuk menarik sokongan umat Islam, termasuk mereka yang tersesat bersama musuh Islam. Di Malaysia, penjajah British bertindak terhadap Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang memimpin rakyat Terengganu menentang penjajah pada tahun 1928 dengan dibuang negeri ke Makkah. Namun begitu, ramai yang mengalu-alukan hukuman itu kerana diasingkannya ke tanah suci Makkah. Kini, jenama Makkah digunakan semula melalui media yang berpihak kepada negara-negara yang diberikan hadiah atas jasa mereka menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah dahulu yang mengecewakan Palestin dan Bait al-Maqdis. Malah, negara-negara ini juga mengadakan normalisasi dengan Israel dan negara-negara yang mendukungnya, serta bersikap merendahkan pihak yang membela Palestin dan menentang Israel. Baca selanjutnya: https://harakahdaily.net/2026/09/21/makkah-pernah-digunakan-dalam-perisytiharan-revolusi-arab-menjatuhkan-uthmaniyyah/

Harta kekayaan negara bukanlah untuk dimonopoli oleh golongan tertentu, sebaliknya perlu diurus dengan adil demi kepentingan seluruh rakyat. Inilah antara prinsip yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab RA ketika mengurus tanah-tanah yang telah dibuka oleh pemerintahan Islam. Apabila terdapat cadangan supaya tanah dibahagikan kepada tentera sebagaimana harta rampasan perang, Khalifah Umar RA tidak bersetuju. Tanah merupakan harta yang tidak boleh dipindahkan dan manfaatnya boleh dinikmati untuk tempoh yang panjang. Oleh itu, tanah dan hasilnya perlu diurus dengan cara yang lebih menyeluruh agar tidak hanya memberi manfaat kepada kelompok tertentu. Islam menetapkan bahawa kekayaan negara hendaklah diurus supaya tidak hanya berlegar dalam kalangan orang-orang kaya. Kepentingan golongan fakir, orang yang berhijrah, masyarakat yang memerlukan serta generasi yang akan datang turut diberikan perhatian. Pemerintah mempunyai amanah untuk mengurus harta tersebut dengan kebijaksanaan, melalui syura dan berdasarkan hukum Allah SWT. Inilah antara bentuk keadilan dan al-Wasatiyyah dalam Islam. Kekayaan yang banyak bukan alasan untuk diberikan kepada kelompok tertentu sahaja, sebaliknya ia merupakan amanah yang perlu ditadbir dengan adil supaya manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat secara lebih menyeluruh. [Kuliah Dhuha Jumaat, 6 Rabi‘ al-Akhir 1448H, Masjid Rusila, Marang]

photo content
+4

photo content
+9