es
Feedback
Abdul Hadi Awang

Abdul Hadi Awang

Ir al canal en Telegram

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Abdul Hadi Awang

El canal Abdul Hadi Awang (@hadiawang) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 10 519 suscriptores, ocupando la posición 4 815 en la categoría Política y el puesto 3 381 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 10 519 suscriptores.

Según los últimos datos del 23 septiembre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -55, y en las últimas 24 horas de 0, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: Verificado (confirmado oficialmente por Telegram)
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 4.06%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 3.09% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 427 visualizaciones. En el primer día suele acumular 325 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 25.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 24 septiembre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Política.

10 519
Suscriptores
Sin datos24 horas
-187 días
-5530 días
Archivo de publicaciones
Minda Presiden PAS MANA MODEL NEGARA ISLAM PERJUANGAN PAS Sudahkah PAS bersedia dengan negara Islam perjuangannya? Inilah soalan paling kerap ditanyakan. Bukan hanya persoalan ke Putrajaya, sehingga ada yang bertanya siapa ketua kerajaannya, Perdana Menterinya, hala tujunya (road map), atau rangka tindakannya (blueprint). Disebabkan jawapannya tidak ada dan tidak kelihatan, maka tidak boleh dipercayai, padahal Rasulullah SAW juga dicabar sepertinya. Rasulullah SAW menolak negara teokrasi bawah kuasa mutlak para agamawan serta menolak slogan “suara rakyat, suara Tuhan” (suara rakyat, suara keramat atau vox populi, vox dei) kerana rakyat akan diperbodohkan, dibeli, dan dibuli. Islam menegaskan Allah Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, dan Maha Menetapkan kepada manusia perkara di luar kemampuan fitrahnya dengan nas yang nyata, namun ada perkara yang diizinkan kepada pemimpin dan rakyat dengan kemampuan akal dan pengalaman berbekalkan ilmu wahyu dan ilmu akal. Demikianlah ajaran Islam yang bersifat wasatiyyah (saksama dan adil). Percayalah bahawa kerajaan yang berprinsipkan iman dan berkonsepkan adil menunaikan amanah dalam memerintah negara, akan datang keberkatan kuasa yang kuat dan harta yang melimpah ruah kerana keberkatannya yang dijanjikan Allah SWT. Pemimpin yang ditarbiah dengan ilmu dan perjuangan, bercirikan peribadi yang berintegriti rabbani (sentiasa beribadat), memimpin masyarakat majmuk pelbagai agama dan bangsa, berkebajikan, kehebatan undang-undang mencegah kemungkaran yang mendidik bukan mendera, serta berwawasan jauh daripada dunia sehingga akhirat. Dibuktikan dengan negara Madinah yang bercirikan madani hidayah (petunjuk Allah), bukan madani jibayah (bergantung dengan kewangan sahaja atau takhta yang berharta). Islam mampu memimpin dunia selama 13 abad mencipta hadarah Islamiah (tamadun Islam) yang berjasa kepada seluruh dunia. Kedatangannya menjadi penyelamat, bukan penjajah. Kehilangannya pula kerana meninggalkan Islam, bukan kegagalan ideologi yang menjadi ajal kepada semua kuasa besar yang tamat pada zaman dahulu mahupun kini. Baca selanjutnya: https://harakahdaily.net/2026/09/22/mana-model-negara-islam-perjuangan-pas/

Perjuangan Islam bukanlah tanggungjawab yang dipikul secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kewujudan jemaah yang menyeru manusia kepada kebaikan, melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran. Inilah antara tuntutan yang disebut dalam Al-Quran dalam membina umat yang terus membawa amanah perjuangan Islam. Jemaah Islam bukan sekadar berkumpul, tetapi mempunyai tanggungjawab untuk mengajak manusia kepada Islam yang sempurna serta menyampaikan kebenaran dengan ilmu dan hikmah. Tugas ini perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan ruang yang ada, sama ada melalui kuasa pemerintahan mahupun dengan teguran, nasihat dan kritikan terhadap kemungkaran. Sebab itu perjuangan Islam memerlukan mereka yang memahami ilmu agama secara mendalam dan mampu menterjemahkannya dalam kehidupan masyarakat. Para ulama pula mempunyai peranan besar untuk membimbing, mentarbiah dan melahirkan mereka yang mampu meneruskan amanah perjuangan ini. Maka, perjuangan Islam perlu digerakkan secara berjemaah dengan ilmu, kefahaman dan kesungguhan. Bukan sekadar mengetahui apa yang benar, tetapi berusaha melaksanakan kebenaran, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam setiap ruang yang diberikan oleh Allah SWT. [Liqa' Fikri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, 19 September 2026, Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (KOMTAQ), Kuala Nerus, Terengganu]

photo content
+9

photo content
+9

Highlight Liqa' Fikri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu

Minda Presiden PAS MAKKAH PERNAH DIGUNAKAN DALAM PERISYTIHARAN REVOLUSI ARAB MENJATUHKAN ‘UTHMANIYYAH Revolusi Agung Kebangsaan Arab (The Great Arab Revolt atau al-Thawra al-‘Arabiyyah al-Kubra) yang berlaku pada tanggal 10 Jun 1916 M (9 Sya‘ban 1334 H) dinobatkan dengan jenama Makkah yang mulia. Revolusi ini dimulakan dengan tembakan senapang oleh Syarif Husain (Raja Hijaz) yang memberontak bagi menjatuhkan khilafah dan mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah yang baharu. Beliau ialah pemimpin berbangsa Arab yang disokong oleh penjajah British bagi menggantikan Khilafah ‘Uthmaniyyah berbangsa Turki yang digulingkan. Makkah merupakan tanah suci dan kiblat kepada umat Islam daripada semua mazhab yang sama rukun Islam dan imannya (Sunni, Syiah, Ibadi dan lain-lain), yang dinamakan semuanya oleh para ulama’ sebagai Ahli Kiblat. Malah, umat Islam juga masih menunaikan haji di Makkah walaupun mereka berkhilaf. Dalam kalangan mereka, ada yang tersalah dalam berijtihad dan ada yang tersesat kerana kejahilan mereka. Maka, Makkah digunakan untuk menarik sokongan umat Islam, termasuk mereka yang tersesat bersama musuh Islam. Di Malaysia, penjajah British bertindak terhadap Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang memimpin rakyat Terengganu menentang penjajah pada tahun 1928 dengan dibuang negeri ke Makkah. Namun begitu, ramai yang mengalu-alukan hukuman itu kerana diasingkannya ke tanah suci Makkah. Kini, jenama Makkah digunakan semula melalui media yang berpihak kepada negara-negara yang diberikan hadiah atas jasa mereka menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah dahulu yang mengecewakan Palestin dan Bait al-Maqdis. Malah, negara-negara ini juga mengadakan normalisasi dengan Israel dan negara-negara yang mendukungnya, serta bersikap merendahkan pihak yang membela Palestin dan menentang Israel. Baca selanjutnya: https://harakahdaily.net/2026/09/21/makkah-pernah-digunakan-dalam-perisytiharan-revolusi-arab-menjatuhkan-uthmaniyyah/

Harta kekayaan negara bukanlah untuk dimonopoli oleh golongan tertentu, sebaliknya perlu diurus dengan adil demi kepentingan seluruh rakyat. Inilah antara prinsip yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab RA ketika mengurus tanah-tanah yang telah dibuka oleh pemerintahan Islam. Apabila terdapat cadangan supaya tanah dibahagikan kepada tentera sebagaimana harta rampasan perang, Khalifah Umar RA tidak bersetuju. Tanah merupakan harta yang tidak boleh dipindahkan dan manfaatnya boleh dinikmati untuk tempoh yang panjang. Oleh itu, tanah dan hasilnya perlu diurus dengan cara yang lebih menyeluruh agar tidak hanya memberi manfaat kepada kelompok tertentu. Islam menetapkan bahawa kekayaan negara hendaklah diurus supaya tidak hanya berlegar dalam kalangan orang-orang kaya. Kepentingan golongan fakir, orang yang berhijrah, masyarakat yang memerlukan serta generasi yang akan datang turut diberikan perhatian. Pemerintah mempunyai amanah untuk mengurus harta tersebut dengan kebijaksanaan, melalui syura dan berdasarkan hukum Allah SWT. Inilah antara bentuk keadilan dan al-Wasatiyyah dalam Islam. Kekayaan yang banyak bukan alasan untuk diberikan kepada kelompok tertentu sahaja, sebaliknya ia merupakan amanah yang perlu ditadbir dengan adil supaya manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat secara lebih menyeluruh. [Kuliah Dhuha Jumaat, 6 Rabi‘ al-Akhir 1448H, Masjid Rusila, Marang]

photo content
+4

photo content
+9

Minda Presiden PAS NEGARA MENJADI HABUAN KERANA MENJATUHKAN KUASA BESAR ISLAM. APAKAH PERANANNYA? Genap satu abad umat Islam kehilangan kuasa besar dunia Islam, iaitu Khilafah ‘Uthmaniyyah pada tahun 1924, akibat kelemahannya sendiri dan pengkhianatan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam yang membantu musuh sehingga membawa kepada kejatuhannya. Kerakusan terhadap kemewahan harta dan perebutan takhta untuk berkuasa telah menimbulkan perkelahian yang memecahbelahkan umat Islam yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan berbeza mazhab. Selain itu, keruntuhan akhlak pula menyebabkan hilangnya kehebatan dan timbul sifat takut akan mati kerana banyak dosa yang dilakukan. Akhirnya, mereka dijajah dan dicatur oleh musuh yang bernafsu melihat kekayaan tanah air umat Islam dan berjaya memperhambakan penganutnya yang mudah diadu domba. Sehinggakan, berlakunya perang antara kaum dan mazhab serta perebutan harta dan takhta. Akibatnya, mereka berpecah mengikut bangsa dari segi asal keturunan dan berpecah mengikut mazhab. Hal ini demikian kerana, kejahilan umat dalam beragama serta kelemahan ulama’ yang tidak bertafaqquh dalam agama. Seterusnya, hilangnya ikatan iman yang menjadikan hubungan persaudaraan laksana hubungan anggota dalam satu jasad. Mereka bersatu dalam rukun Islam dan iman, tetapi berbeza dalam perkara furu‘ (cabang). Satu demi satu tanah air Islam dan umatnya dijajah, sehingga akhirnya dicatur bagi menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah yang lemah dan tidak mampu mentadbir serta memimpin dunia Islam. Ada yang dilobi oleh penjajah supaya mengambil alih kuasa Islam daripada bangsa Turki kepada bangsa lain, khususnya bangsa Arab, sehingga membantu musuh yang menjatuhkan Kerajaan ‘Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama. Selepas kehilangan kuasa besar Islam, wilayah-wilayah Islam dibahagikan dalam kalangan kuasa-kuasa besar penjajah. Hasilnya dirampas dan dicuri, rakyatnya diperhambakan serta para pemimpinnya diperkuda dengan diberikan habuan takhta dan pangkat untuk mentadbir wilayah dengan arahan penjajah masing- masing. Mereka terdiri daripada kalangan penyokong yang membantu penjajah bagi menjatuhkan khilafah kuasa besar Islam. Palestin dan Bait al-Maqdis menjadi habuan Yahudi Zionis yang berjuang menegakkan negara agung Israel (The Greater Israel). Ditubuhkan banyak negeri-negeri baharu yang dibahagikan mengikut perjanjian dalam kalangan negara-negara penjajah, laksana membahagikan pusaka Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang telah berjaya dimatikan. Baca selanjutnya: https://harakahdaily.net/2026/09/18/negara-menjadi-habuan-kerana-menjatuhkan-kuasa-besar-islam/

Sidang Media: Kenyataan Timbalan Presiden UMNO dan Isu Antarabangsa

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa negara ini terbina daripada kepelbagaian negeri, bangsa dan budaya yang disatukan dala
Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa negara ini terbina daripada kepelbagaian negeri, bangsa dan budaya yang disatukan dalam sebuah tanah air. Perpaduan bukan sekadar hidup bersama, tetapi saling menghormati, menjaga keamanan dan melaksanakan tanggungjawab demi kebaikan seluruh masyarakat. Semoga Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, berdaulat dan diberkati Allah SWT, serta rakyatnya sentiasa dipandu dengan nilai agama, ilmu dan akhlak. Selamat Hari Malaysia 2026. Semoga nikmat kemerdekaan dan keamanan yang kita kecapi terus dipelihara untuk generasi akan datang.

Minda Presiden PAS MENGAPA PERPADUAN MELAYU ISLAM Hala tuju (road map) petunjuk Allah yang dilalui oleh para anbiya’ berteraskan kekuatan kaum bersama mereka. Di mana bumi seseorang nabi mula berpijak, kaum bangsanya didahulukan, walaupun risalahnya kepada seluruh manusia. Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan Islam saling bertukar bangsa yang penganutnya mendominasi dari segi iman, akhlak, dan ilmu yang beristiqamah bersama Islam. Di sini menunjukkan bahawa kepimpinan Islam boleh bertukar kepada mana-mana bangsa yang menganut Islam dan di mana-mana saja negerinya. Kepimpinan Islam saling bertukar kepada bangsa Parsi (Iran), Turki, Tatar, dan lain-lain, termasuk rumpun Melayu. Islam mengharamkan kemenangan yang berwala’ kepada bukan Islam dalam ayat yang banyak sehingga menjadi munafiq dan merosakkan iman. Hilangnya kuasa Islam memimpin dunia apabila berlaku perpecahan dan kelekaan disebabkan kemewahan pada masa berkuasa. Diikuti oleh perebutan harta dan takhta serta diikuti oleh kefanatikan bangsa dan mazhab sehingga dimasuki musuh Islam, syaitan yang melagakan umat Islam. Baca selanjutnya: https://harakahdaily.net/2026/09/15/mengapa-perpaduan-melayu-islam/

Highlight Majlis Perasmian Bangunan Baru (Fasa 2) PAS Kawasan Dungun

Perjuangan Islam bukan sekadar berkaitan ibadah individu, bahkan merangkumi tanggungjawab membina masyarakat dan pemerintahan yang berlandaskan ajaran Islam. Atas dasar itu, umat Islam perlu mempunyai satu kumpulan yang meneruskan perjuangan menegakkan agama selepas kewafatan Rasulullah SAW. Islam juga tidak boleh dipisahkan daripada urusan politik. Memimpin, mentadbir dan membangunkan negara merupakan sebahagian daripada tanggungjawab umat yang perlu dilaksanakan berdasarkan petunjuk Allah SWT. Justeru, perjuangan politik tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang terpisah daripada tuntutan agama. Dalam membina kekuatan tersebut, perpaduan umat Islam mesti menjadi asas. Rasulullah SAW terlebih dahulu menyatukan umat Islam sebelum membina kekuatan masyarakat dan negara. Perpecahan hanya akan melemahkan umat, sedangkan penyatuan membuka ruang untuk membina kekuatan yang lebih besar. Perjuangan ini pula mesti diteruskan dengan keikhlasan, kesungguhan dan percaturan yang bijaksana. Kekuatan material bukan segala-galanya kerana kemenangan memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh serta pertolongan Allah SWT. Selagi kita ikhlas dan terus bekerja, insya-Allah pertolongan-Nya akan datang. [Majlis Perasmian Bangunan Baru (Fasa 2) PAS Kawasan Dungun, 12 September 2026, Dungun, Terengganu]

photo content
+4

photo content
+9

Berikut merupakan antara perkara penting yang disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden PAS 2026 dan Ucapan Penggulungan Muktamar PAS Kali Ke-72. Daripada gagasan penyelesaian Islam, penyatuan ummah, pembangunan masyarakat dan pengukuhan organisasi, hinggalah kepada persiapan menghadapi cabaran politik dan masa hadapan. Teliti 15 rumusan utama daripada setiap ucapan melalui poster yang disediakan.

photo content
+1

Pendidikan anak bukan sekadar untuk menjadikan mereka pandai dalam pelajaran, tetapi untuk membentuk iman, akhlak dan keperibadian yang baik. Anak perlu dididik dan diasuh sejak kecil agar apabila dewasa nanti mereka mampu menjadi pemimpin, guru, ketua keluarga dan anggota masyarakat yang mempunyai integriti. Sebab itu pendidikan Islam perlu dimulakan sejak usia awal, termasuk mendidik anak menjaga solat dan membina hubungan dengan Allah. Apa yang ditanam dalam diri anak ketika kecil akan menjadi asas kepada kehidupan mereka apabila dewasa. Anak-anak ini ibarat benih yang ditanam. Benih yang baik perlu disiram, dijaga dan dilindungi daripada perkara yang merosakkan. Begitu juga anak-anak, mereka memerlukan ilmu, didikan, asuhan dan perhatian yang berterusan supaya membesar sebagai insan yang baik. Lebih penting, meninggalkan anak yang soleh dan baik merupakan bekalan yang terus memberi manfaat selepas kita meninggal dunia. Maka, pendidikan anak bukan hanya tanggungjawab untuk membina masa depan mereka, tetapi juga satu amanah dan pelaburan untuk kehidupan kita di akhirat. [Majlis Perasmian Kompleks PASTI Hijau Kuala Berang, 9 September 2026, Kuala Berang, Terengganu]