Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾
إظهار المزيد📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Abdul Hadi Awang
تُعد قناة Abdul Hadi Awang (@hadiawang) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 10 680 مشتركاً، محتلاً المرتبة 4 809 في فئة السياسة والمرتبة 3 448 في منطقة ماليزيا.
📊 مؤشرات الجمهور والحراك
منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 10 680 مشتركاً.
بحسب آخر البيانات بتاريخ 16 يوليو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -67، وفي آخر 24 ساعة بمقدار 1، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.
- حالة التحقق: موثّقة (مؤكدة رسمياً من تيليجرام)
- معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 7.03%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.90% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
- وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 751 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 310 مشاهدة.
- التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 34.
📝 الوصف وسياسة المحتوى
يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾”
بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 17 يوليو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة السياسة.
جاري تحميل البيانات...
| التاريخ | نمو المشتركين | الإشارات | القنوات | |
| 17 يوليو | +1 | |||
| 16 يوليو | +2 | |||
| 15 يوليو | +2 | |||
| 14 يوليو | 0 | |||
| 13 يوليو | +2 | |||
| 12 يوليو | 0 | |||
| 11 يوليو | 0 | |||
| 10 يوليو | 0 | |||
| 09 يوليو | 0 | |||
| 08 يوليو | 0 | |||
| 07 يوليو | +3 | |||
| 06 يوليو | +4 | |||
| 05 يوليو | +2 | |||
| 04 يوليو | 0 | |||
| 03 يوليو | 0 | |||
| 02 يوليو | +1 | |||
| 01 يوليو | +1 |
| 2 | Minda Presiden PAS
PAKATAN HARAPAN MENYEBARKAN PROPAGANDA ISLAMOFOBIA
Kini, di Malaysia ada yang berpihak kepada DAP dengan menggunakan slogan, “Islam Rahmatan lil ‘Alamin” daripada al-Quran. Mereka sanggup menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran yang nyata, termasuk kemungkaran ekonomi yang membebankan kehidupan rakyat. Kemudian, ditaja kempen Jualan Rahmah, tanpa sebarang tindakan terhadap penyangak yang membocorkan harta negara dengan rasuah dan bermacam-macam salah laku yang terpaksa ditanggung kesannya serta menyusahkan rakyat.
Seringkali kita mendengar suara yang berdegar-degar memerangi rasuah, sedangkan dalam bala tenteranya sendiri terdapat penyumbang rasuah yang paling ramai dan penagih rasuah yang tegar, serta mereka membina kekuatan dan pengaruh daripada perbelanjaan yang ditaja oleh penyumbang rasuah itu juga.
Begitulah sifat parti yang berideologikan sekularisme yang tidak mempunyai roh agama yang memandunya, kerana tiada sempadan halal dan haram.
Apa yang merisaukan kami ialah adanya dalam kalangan orang Melayu yang berimamkan DAP dan menumpang di belakangnya bagi memberi kemenangan untuk menguasai politik negara. Sehingga ada orang Melayu Islam yang bebal menuduh rasis terhadap orang Melayu yang bersuara mempertahankan hak Melayu Islamnya yang dizalimi. Sebaliknya, mereka mendiamkan diri dan menjadi syaitan bisu terhadap DAP yang fanatik dan cauvinis kepada kebangsaan Cinanya.
Kemaraan DAP bertopengkan PH memimpin Kerajaan Perpaduan telah memberanikan beberapa tokoh mereka mencabar Perlembagaan Persekutuan, khususnya kedudukan Islam, institusi Raja-Raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, membela murtad dan lain-lain.
PAS mengharapkan sebahagian dalam kalangan UMNO (UMDAP) yang bersekongkol dengan DAP kembali ke pangkal jalan, setelah PAS sedia mengorbankan diri menyokong UMNO di Johor supaya gagal ditawan oleh PH DAP, sehingga dikerahkan ahli dan penyokongnya dari seluruh negara, mengorbankan tenaga dan wang ringgit supaya mengundi BN dan mengetepikan salah laku UMNO terhadap PAS, walaupun hilang kerusinya di Johor sehingga PAS bersedia menjadi laksana lilin yang membakar diri bagi menerangi perjalanan saudaranya. Laksana pokok buah-buahan yang menggugurkan buahnya yang lazat kepada kanak-kanak nakal yang merejamnya dengan batu dan kayu.
Maka, PAS mengajak kepada perpaduan umat Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem daripada semua kaum dan agama. Kita mengambil teladan daripada Rasulullah SAW yang melakukan perpaduan bangsa Arab bersama Islam, diikuti perpaduan penganut Islam daripada pelbagai bangsa, serta perpaduan kemanusiaan bersama bukan Islam yang tidak ekstrem.
Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/2026/07/16/pakatan-harapan-menyebarkan-propaganda-islamofobia/ | 708 |
| 3 | لا يوجد نص... | 176 |
| 4 | لا يوجد نص... | 172 |
| 5 | Minda Presiden PAS
IRAN TIDAK PERLU SENJATA PEMUSNAH KERANA ZIONIS MENYEDIAKANNYA
Adapun negara haram Israel dan sekutu Zionisnya daripada kalangan kuasa besar dan kecil yang bersamanya melakukan serangan paling ganas tanpa sempadan kemanusiaan dan alam sekitar. Di samping menyediakan senjata pemusnah dan membekalkannya kepada Israel secara bertali arus melalui laut dan udara.
Negara haram itu telah membina sistem jana kuasa nuklear di Beersheba sejak tahun 60-an dengan bantuan Amerika Syarikat dan sekutunya Eropah. Malah, diberikan kebebasan untuk bertindak oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah yang memberi perlindungan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa veto yang diberikan hak kepada mereka.
Iran mempunyai kekuatan teknologi yang mampu meletupkan nuklear Israel, namun tetap mempunyai perkiraan yang waras kerana luas lapangan mangsanya terhadap rakyat awam Israel sendiri dengan negara jirannya.
Namun, tindakan melampau Zionis Amerika Syarikat dan Israel terhadap penduduk awam, sehingga kanak-kanak di sekolah dan hospital, serta layanan terhadap tawanan perang Palestin yang berbeza dengan Iran dan semua kumpulan Islam, Hamas, Tanzim Jihad, Hizbullah, Ansarullah dan lain-lain telah melahirkan simpati masyarakat antarabangsa yang lebih berkesan daripada senjata nuklear dan senjata pemusnah.
Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/2026/07/14/iran-tidak-perlu-senjata-pemusnah-kerana-zionis-menyediakannya/ | 687 |
| 6 | لا يوجد نص... | 537 |
| 7 | Highlight Makan Malam Perdana Nismilan Kito Jago | 1 006 |
| 8 | Pengalaman Pilihan Raya Negeri Johor membuktikan bahawa kepentingan agama dan umat hendaklah mengatasi kepentingan parti. PAS mengambil pendekatan bekerjasama bagi memperkukuhkan kuasa politik Melayu Islam, malah sanggup berkorban demi memastikan kepimpinan terus mampu mempertahankan kedudukan Islam serta menjamin kestabilan negeri.
Pendekatan yang sama perlu difahami dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sembilan. Perbezaan politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha menyatukan kekuatan umat apabila berdepan cabaran yang boleh menggugat kedudukan Islam, orang Melayu dan institusi yang menjadi asas kepada negara.
Sejarah turut mengajar bahawa kejatuhan Andalusia bukan berpunca daripada kelemahan tamadunnya, tetapi akibat perpecahan dalam kalangan umat Islam sehingga membuka ruang kepada musuh menguasai negeri mereka. Peristiwa ini hendaklah dijadikan iktibar agar perpaduan sentiasa dipelihara dan kepentingan yang lebih besar didahulukan.
Semoga Allah SWT mengurniakan petunjuk kepada seluruh umat Islam agar terus bersatu mempertahankan agama serta mengutamakan amanah dan maslahat umat dalam setiap keputusan yang diambil.
[Makan Malam Perdana Nismilan Kito Jago, 12 Julai 2026, Casa Lagenda Convention Center, Seremban] | 1 340 |
| 9 | لا يوجد نص... | 523 |
| 10 | لا يوجد نص... | 395 |
| 11 | لا يوجد نص... | 439 |
| 12 | Minda Presiden PAS
PENYUMBANG RASUAH BERSAMA PIHAK YANG PALING BERKUASA
Apabila pihak yang paling berkuasa sama-sama melakukan rasuah, maka ramai yang terlepas daripada tindakan undang-undang kerana sama-sama melanggar undang-undang. Pencuri dan perompak tidak menghukum sesama pencuri dan perompak.
Kenyataan yang berdegar-degar memerangi rasuah laksana pencuri melaungkan seruan, “Pencuri! Pencuri!” bagi melepaskan dirinya yang diburu oleh pihak yang mahu menangkapnya.
Islam menegaskan bahawa pendapatan rasuah termasuk dalam harta haram yang berdosa di sisi Allah, bukan hanya di sisi undang-undang dunia. Rasuah juga termasuk dalam harta buruk atau jahat yang menjadi sebab amalan seseorang itu ditolak oleh Allah.
Mereka yang hanya meletakkan kesalahan rasuah dari segi undang-undang ciptaan manusia dan bukannya hukum Allah menganggap diri mereka bebas dalam kehidupan dunia sahaja, maka harta haram seperti rasuah digunakan untuk amal kebajikan seperti haji, umrah, derma kebajikan, dan sebagainya.
Apabila penyumbang rasuah yang sebenar membiayai pihak yang paling berkuasa memerintah negara, lalu menjadi akar umbi yang menyuburkan rasuah, maka perlu dilihat siapa yang menjadi pihak yang paling berkuasa dalam negara terkini berada dalam musim rasuah yang berlaku.
Harta negara yang berapa banyak sekalipun, hasilnya tidak memberikan keberkatan kepada negara sekiranya pemerintahnya tidak bertaqwa kepada Allah.
Muhasabah terhadap jenayah rasuah wajib dilakukan pada semua peringkat, khususnya terhadap golongan yang paling berkuasa dalam kerajaan terkini. Adapun yang sebelumnya dijadikan iktibar, bukan alasan untuk menyalahkan orang lain tanpa melakukan muhasabah diri sendiri.
Seluruh rakyat wajib menjadi hakim yang adil kalau kerajaan tidak berubah.
Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/2026/07/13/penyumbang-rasuah-bersama-pihak-yang-paling-berkuasa/ | 405 |
| 13 | Takziah atas Pemergian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Bapa Emir Negara Qatar
Saya merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Negara Qatar, serta seluruh kerabat diraja, atas pemergian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Bapa Emir Negara Qatar, yang telah kembali ke rahmatullah.
Almarhum merupakan seorang negarawan berwawasan yang telah mengubah Qatar menjadi antara negara yang disegani di persada dunia. Sepanjang pemerintahan baginda, Qatar mencapai kemajuan yang amat pesat dalam bidang ekonomi, pendidikan, media dan hubungan antarabangsa, di samping memperkukuhkan kedudukannya dalam dunia Islam serta masyarakat antarabangsa.
Legasi almarhum terserlah melalui pembangunan sektor tenaga negara, penubuhan pelbagai institusi strategik, serta usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa yang memberikan manfaat besar kepada pembangunan serantau dan global. Kebijaksanaan serta komitmen baginda dalam membangunkan negara akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Bagi pihak gerakan Islam, saya merakamkan ucapan takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, seluruh kerabat diraja, serta rakyat Negara Qatar atas kehilangan besar ini.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhum, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
------------------------
Message of Condolences on the Passing of His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Father Emir of the State of Qatar
I extend my deepest condolences to the Government and people of the State of Qatar, as well as to the Royal Family, on the passing of His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, the Father Emir of the State of Qatar, who has returned to the mercy of Allah.
The late Sheikh Hamad was a visionary statesman whose leadership transformed Qatar into one of the world's leading nations. During his tenure, he spearheaded remarkable progress in economic development, education, media, and international diplomacy, while strengthening Qatar's standing within the Muslim world and the global community.
His enduring legacy includes the advancement of Qatar's energy sector, the establishment of enduring national institutions, and the promotion of strategic partnerships that have contributed significantly to regional and global development. His foresight and commitment to nation-building will continue to inspire future generations.
On behalf of the Islamic movement, I convey my sincere condolences to His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, the Royal Family, and the people of Qatar during this time of profound loss.
May Allah SWT forgive the late Sheikh Hamad's shortcomings, accept his righteous deeds, bestow His mercy upon him, and grant him a place among the righteous.
Al-Fatihah.
ABDUL HADI AWANG
President of PAS | 863 |
| 14 | لا يوجد نص... | 776 |
| 15 | Sidang Media: Pilihan Raya Negeri Sembilan | 622 |
| 16 | Buat seluruh rakyat Johor, tunaikan amanah sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor dengan penuh tanggungjawab.
Pilihlah kepimpinan yang berintegriti, berprinsip dan mampu menjamin kestabilan demi agama, bangsa dan tanah air.
Undilah Perikatan Nasional. Jom Jaga Johor. | 837 |
| 17 | Pilihlah wakil rakyat yang berilmu, beramanah dan mampu menjalankan tanggungjawab menegakkan kebenaran serta menegur kerajaan demi kepentingan rakyat.
Bagi DUN Endau, marilah kita memberikan sokongan kepada Ustaz Hakimi, Calon No. 1, agar beliau dapat memikul amanah mewakili rakyat dengan sebaik-baiknya. | 658 |
| 18 | Kaum lain berusaha menggerakkan pengundi mereka untuk pulang menunaikan tanggungjawab. Umat Islam juga tidak boleh memandang ringan amanah mengundi kerana ia menentukan masa depan kepimpinan dan negara.
Jangan biarkan peluang ini berlalu. Tunaikan tanggungjawab mengundi dan bersama memenangkan calon yang mampu memikul amanah untuk rakyat. | 570 |
| 19 | Pilihlah wakil PAS di 11 kerusi yang dipertandingkan agar suara amar makruf dan nahi mungkar terus diperkasakan dalam pentadbiran negeri. Kepimpinan yang baik ialah kepimpinan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Memilih pemimpin adalah amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah. Laksanakan tanggungjawab ini dengan penuh kesedaran dan keikhlasan. | 518 |
| 20 | Kuasa politik umat mesti dipelihara agar kepimpinan terus berada di landasan yang mampu mempertahankan agama, bangsa dan negara. Perpaduan adalah kunci untuk memastikan kekuatan politik tidak terhakis.
Di Johor, kekuatan kuasa politik Melayu perlu terus diperkukuhkan dengan kepimpinan yang berteraskan Islam serta mengutamakan keadilan untuk seluruh rakyat. | 350 |
