Untuk Bantu Anak, Sebenarnya Fokuslah Kepada Punca Iaitu Akarnya...
Apa bendasing nak dikeluarkan (remove),
apa nutrien nak ditambahkan (add on).
...
Hmm.. simptom tingkahlaku anak yang nampak berlainan,
Biasanya ibubapa boleh rasa 'sesuatu'.
Maka ibubapa akan bertanya pada pakar, kan?
.
Once dah dapat confirmation dari pakar (jumpa dan diagnosed),
Go for punca akar - remove bendasing yang berkemungkinan buat anak jadi kelainan (contoh anak banyak bergajet, kurangkan pelan pelan bukan off terus),
Atau bertanya pada yang arif dan nampaknya berkemungkinan anak ok saja, normal (contoh anak kemungkinan jenis personaliti introvert, maka dia akan tak berapa bercampur dan main dengan adik dia sahaja di taska),
.
Then tambah stimulasi bersesuaian:
REMOVE (-) ❌
Kurangkan tempoh masa gajet katakan dari 4 jam kepada 3 jam setengah (anak tak berapa perasan pengurangan ini tapi dos ini akan bantu perlahan lahan stimulasi hidup tanpa bergantung gajet dan berganti perkara lain),
.
ADD ON (+) ✔
Tambahkan masa bermain dengan anak tanpa gajet langsung, untuk 30 minit yang dia dah dikurangkan masa bergajet,
.
Buat secara planning, konsisten dalam seminggu,
Review semula,
Untuk pengurangan ini tak nampak anak resah melampau, dia tak perasan malah dia happy juga dapat main dengan parents,
okay,...
Upkan Dos main kepada 30 minit dua kali (1 jam)
Dan Kurangkan Dos gajet kepada 3 jam,
(serentak REMOVE ❌ AND ADD ON ✔)
Buat seminggu lagi.
.
contoh lain,
Untuk anak kurang sosial dengan kawan,
Kurangkan (-) ❌ tiada apa apa bendasing ganggu kecuali akar dia sebab/punca lain, kes camni akarnya ialah just personaliti sahaja, (cuma kurangkan / tinggalkan risau pasal anak bermasalah antisosial ke apa ke, tak perlu label dia apa-apa, anak ini perfectly normal, jenis observe lebih, react kurang),
Tambahkan (+) ✔ planning aktiviti,
Ajak kawan berkerluarga yang ada anak sebaya usia datang makan di rumah,
Katakan anak kita dua orang,
Anak kawan 2 orang,
So dah ada 4 kanak-kanak,
Beri aktiviti bermain untuk mereka berempat ni sesuai dengan usia,
dan observe dari jauh mereka bermain (asal selamat).
.
Ini bantu sebab anak kecil lihat ibubapa dia dan ibubapa budak lain tu berkawan, bersembang, makan sama, gelak bagai,
So budak kecil baru dua orang itu 'can be trust' la 😄.
.
Dia pun mula belajar berkawan dengan kanak kanak lain,
.
Berbanding di taska tu banyak bilangan kanak-kanak dan keluarga (maybe dalam 10 families kan, tak ke haru energi untuk 10 kanak-kanak yang berbeza, berlainan sistem keluarga masing-masing duduk satu tempat, bagi budak introvert benda ni tidak mudah nak 'cope').
KEYnya,
Bila rasa sesuatu tak ok,
Kita perlu bantu anak kecil,
sebab dia kebergantungan tinggi pada kita,
Buat sesuatu (u done something),
You will help your child.
Tak buat apa-apa,
Simptom yang anda bimbang akan bertambah lebih tak ok,
(ingat entropy dan parenting yang pernah saya tulis).
Sebab jika anda bantu awal,
Pasti akan ada perubahan - iaitu positif,
Namanya intervensi.
😃
InsyaAllah, boleh bantu,
Sabar dan berhemah aja,
perlu guna the right strategies... kan.
.
❤
Maznah Ibrahim