Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 718 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 958,并在 马来西亚 地区排名第 2 320 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 718 名订阅者。
根据 02 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -143,过去 24 小时变化为 -7,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.92%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.07% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 616 次浏览,首日通常累积 325 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 03 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
15 718
订阅者
-724 小时
-367 天
-14330 天
帖子存档
15 718
PERNAH GUNA REWARD DAN ANCAMAN?
GUNAKAN APA ANAK MAHU SEBAGAI REWARD UNTUK APA ANDA MAHU
Senang aja. Jika anak suka sangat kelas swimming,
jadikan ia sebagai 'REWARD' selepas anak buat apa anda mahu, seperti mandi awal pagi walau cuti hujung minggu.
Ini untuk mendorong buat permulaan. Lama-lama anak nak dibiasakan rutin mandi awal pagi.
Ini sesuai untuk anak otak ekstorvert, dorong dia dengan penuhi apa dia mahu (kita ni sumber dorongan luaran dia).
Anak saya pertama, Fateh memang sesuai dorongan,
Tidak sesuai sama sekali ancaman,
Nanti memang lagi 'memberontak' dia.
Untuk anak otak introvert, anak ini keras dan hanya akan gerak dari dalaman, mengikut apa dia prefer.
Sesuaikan dengan TIDAK BERI apa dia MAHU.
Contoh dia suka cheese cake,
Kakak tak dapat cheese cake kalau Kakak tak mandi lagi.
InsyaAllah ia akan menjentik rasa dalam hati nya, dan lebih berkesan berbanding dorongan dari luaran.
Anak kedua saya otak introvert, sesuai ancaman kecil-kecilan macam ni,
Dorong luaran mati mati kalau dia tak mahu, tak mahulah dia.
(Anak ketiga tunggu usia 3 genap saya akan test la dia😊)
Macam mana nak tahu anak ni otak introvert atau otak ekstrovert? Boleh test dengan personaliti genetik STIFIN, layari di www.stifinmalaysia.com untuk info lanjut mesin terdekat dengan tempat anda tu.
CARE,
Maznah Ibrahim.
* Mak ayah pun sesuai sangatlah tahu untuk sama sama kenal personaliti pasangan.😁😁
* Boleh test seawal anak usia 3 tahun.
* Ini bukan introvert ekstrovert personaliti sosial tak berapa sosial atau friendly tak berapa friendly tu, tapi ini berkaitan lapisan di otak untuk stimulus rangsangan dalaman dan luaran.
* Setiap anak unik dan tersendiri, faham karektor personaliti dia bantu kita banyak releks dan gunakan kekuatan kelemahan dia untuk kebaikan bersama.
* Kepelbagaian ini buat rumah meriah dan menguji leadership kita sebagai ibubapa 😊👍
15 718
Ramai Tahu Penting EQ ini berbanding IQ,
~ Memikirkan nanti anak kita bekerja sekitar tahun 2040-an,
Kejayaan dia dalam kehidupan dia (keluarga dan kerjaya) bergantung kepada survival skill termasuk EQ skil dia
Bukan IQ dia semata.
Di sini saya kongsikan 3 strategi boleh guna sejak anak kecil untuk develop EQ skill mereka,
Boleh share video ini setelah tamat tonton dengan taipkan 3 strategi itu, ok.
* sebenarnya SQ lah pusat kecerdasan seluruhnya, nanti saya buatkan videonya.
Care,
Maznah Ibrahim
#positiveparenting
#video2minit
#refleksikeibubapaan
#MZParentingStudio
https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/240726746849455/
15 718
Jum bantu sahabat saya Liyana nak clearkan stok kedainya untuk kumpul duit untuk masukkan anaknya baru 4 tahun ke sekolah tahfiz tahun depan,
Perlu confirmation minggu ni nak masuk.
Most of the item memang saya sudah beli dengan sahabat yang baik dan rajin ini.😊
Semua item juga ready stock dan elok bukan reject ke apa..
https://shopee.com.my/aladdinsentral
Mudahan
InsyaAllah
Semua urusan kita juga akan dilancarkan oleh Nya
Asbab kalian semua membantu beliau.
15 718
kanak: Personal Safety, Peraturan Sentuhan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787200204787899&id=477691842405405
.
.
(3) Seksualiti Kanak-kanak, Personal Safety, Peraturan Sentuhan (sambungan)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787215634786356&id=477691842405405
Maznah Ibrahim.
*terima kasih puan kerana sudi soalan jawapan ini di share ke umum.
15 718
BERKENAAN SEXUALISED BEHAVIOUR KANAK-KANAK
=================================
salam puan maznah, boleh tak jelaskan berkenaan seksualised behavior yg penah puan cakap masa puan live aritu... sy mohon diperjelaskan..
sebab banyak kanak2 yg sy nampak cendurung ke arah yg sama... seolah mcm tengah buat seks... sy jadi takut tengok dan nak tegur..
salah 1 contoh, berkenaan baby 2tahun 8bulan pandai bukak pampers sendiri dan mengesel2kan penis secara baring meniarap tue..
kemudian, ada yg sy nmpak bdk perempuan umur 7-8 tahun mengesel2kan kemaluan nya dan mengejangkan kakinya... cukup masa dia stop then buat berulang2 kali...
kemudian, ada yg sy nmpak bdk perempuan umur 7-8 tahun mengesel2kan kemaluan nya dan mengejangkan kakinya... cukup masa dia stop then buat berulang2 kali...
tolong bg solution mcm mana nk tegur parent atau penjaga budak2 ni...
JAWAPAN SAYA :
.
1) Firstly, ia bukan keinginan seksual macam orang dewasa, tetapi sensualiti. Budak rasa pleasure bila disentuh atau sentuh alat sulit dan gesel, dia rasa pleasure. Ia dalam sensori sentuhan. Jarang dibincangkan sebab orang normal tak sentuh suka suka pun.
- kita as adults, betulkan dulu persepsi silap ini ya puan.
.
2) budak 2.8 thn tu, dia gesel di lantai, maybe dia ter explore dan experience sendiri, rasa pleasure, maka ia memang sexualised behaviour.
.
3) Sama budak girl 7-8 thn, juga sexualised behaviour, then jadi masturbation, rangsangan pleasure buat sndiri dalam konteks belum akil baligh. Memang ada budak kecil masturbate macam cucur air ke bahagian sulit dia. (ramai adu kes sebegini)
- masturbation ialah dalam bahasa melayunya Onani, iaitu individu yang rangsang seksual diri dengan alat kelamin sendiri.
.
4) Dua keadaan sahaja kanak-kanak boleh potray/menunjukkan sexualised behaviour,
i. dia melihat, yes, di tv smua tu atau live (terlihat/diperlihatkan/dipaksa lihat) orang dewasa lakukan. Ini namanya copy cat behaviour. Monkey see, monkey do.
ii. ada orang lain buat kat mereka, mereka telah alami, jadi mereka manifestasi dengan lakukan sendiri, lagi, sebab mereka dah rasa seronok, ala ala ketagih, kerana dirangsang - ini memang child sexual abuse & exploitation.
Cuma, observe adakah hingga tak buat aktvt kegemaran lain, hanya buat aksi aktiviti itu sahaja. Jika masih ada minat ke arah aktiviti kegemaran dia yang lain, dia still kategori ok, kategori self exploration saja.
cara:
1) Keep repeating touching rules yang 3 tu. (dlm video saya ada sentuh 3 tu in details, sila tonton yang belum).
Touching Rule No 1:
Tiada sesiapa boleh sentuh bahagian sulit badan saya kecuali untuk kebersihan dan kesihatan, dan tiada sesiapa boleh suruh saya sentuh bahagian sulit badan mereka.
--> Jadi keep beritahu anak yang self explore alat sulit badan dia,
"Adik, tak boleh sentuh alat sulit badan sendiri sebab peraturan sentuhan kata, sentuh HANYA tujuan bersih dan sihat. Adik sentuh tu untuk bersih dan sebab nak sihat ke?"
(struktur ayat peraturan: SEBUT APA TAK BOLEH DISUSULI APA BOLEH)
Touching Rule No 2:
Jika berlaku sentuhan tidak selamat (disentuh bahagian sulit/sentuhan tak selamat lain), saya akan berkata "Tidak/Jangan Sentuh Saya", Kemudian Lari pergi dari situ, dan Beritahu.
Touching Rule No 3:
Saya akan beritahu dan terus beritahu orang yang saya percaya, hingga saya mendapat bantuan.
2) Alihkan perhatian dan masa, minat mereka ke arah aktvt luar beramaian, sosial sihat. Ini kerana mostly yang musturbation ni buat berseorangan di ruang private. Yang buat di tempat awam ni samada terlalu muda, copy cat, tak tahu ia benda salah, atau ada satu jenis ni excessive sexualised behaviour, dah jadi ketagihan, ada budak bawah 6 jadi begini, akibat diperlakukan berpanjangan. Ini kena treatment dengan pakar terlatih dalam topik ini.
.
°°°°°°°°°°°°°
Video FB Live Berkenaan Seksualiti Kanak-kanak yang ditonton puan ini:
.
(1) - Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak, 0-6 Tahun, Apa Ibubapa Perlu Tahu
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787123134795606&id=477691842405405
.
.
(2) Seksualiti Kanak-
15 718
Bila anak minta kita ambil mereka awal,
"jangan lambat tau ibu",
Bila anak senyum gembira melihat kelibat kita,
mahu didukung,
mahu bercerita tak henti,
Petanda baik,
Anak mahu kita,
Anak suka dekat dengan kita,
Anak suka dan rasa best, selamat di rumah kita.
Jadikan Rumah Kita,
Syurga Dunia Anak.
Maznah Ibrahim
15 718
Salam Cuti Hujung Minggu
Personal touch and love reminder,
Refleksi keibubapaan bersama,
Dari saya.
Jum.
Maznah Ibrahim
#refleksikeibubapaan
#happypositiveparenting
#goldenageparenting
#1MinVideo
15 718
Jika ditanya saya seawal usia berapa ajak anak buat kerja rumah,
Saya akan katakan seawal usia 1.
Sebab usia 1, kebanyakan anak kita sudah mula bunga bunga fasa autonomi,
Nak lakukan sendiri,
Cara sendiri.
Usia 1 ini juga mereka sudah boleh laksanakan single instruction,
Contoh :
=> Tolong masukkan baju kotor ini ke dalam bakul baju sana tu
=> Tolong buang tisu ni ke bakul sampah tu.
---------
Namun perjalanan mereka jauh lagi, kan.
Seiring dengan siri pengalaman mereka diberi peluang melakukan 'kerja rumah' ini,
Mereka akan membentuk persepsi terhadap 'kerja rumah' ini,
Sama ada best atau tak best,
Yang bersekali pengalaman ini ialah emosi terbentuk dari pujian / kritikan / kecaman / marah,
Juga bersekali ini adalah kognitif (makna kerja rumah ini dinilai secara pemikiran),
dan ekspektasi ibubapa terhadap 'hasil' 'kerja rumah' ini.
Ikut perkembangan usia mereka,
Maka insyaAllah sebenarnya ia seiring saja,
Tiada paksaan pun.
-------
InsyaAllah soalan2 ditanya oleh Pn Sheela journalist The Star yang saya jawab detail itu akan saya tuliskan semula, versi perspektif saya sepenuhnya.
Silakan.
https://www.star2.com/family/2019/08/23/children-chores/
15 718
VIDEO PARENTING TERBARU
[KESILAPAN BIASA YG BOLEH MATIKAN KREATIVITI ANAK]
.
Perkara ni akan jadi automatik, just nak touchup sedikit, insyaallah akan make different.
.
Kita usahakan sama-sama ye, untuk future generation :)
.
Saya nak buat banyak Lagi Video & Perkongsian sebegini, boleh follow channel telegram saya untuk tak terlepas next video ye
.
p/s: Terima kaseh kepada yang kongsikan pandangan, kisah atau pengalaman anda pada video-video sebelum ini, saya suka membacanya.
insyaallah saya usahakan jawab soalan-soalan jika ada :)
.
.
#tipskeibubapaan
#parentingtips
#parentingguide
#parentingvideo
#keibubapaan
.
.
Video 👇👇👇👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1240623766112205&id=477691842405405
15 718
Abang Fateh : "Cik Na pandai lap sendiri"😱 (terkejut)
Iyer CikNa memang dah pandai lap sendiri dah Bang. Dia lap air masak yang dia sendiri tertumpahkan tadi. Mummy bagi dia kain aja.
(Dah berlaku beberapa kali ni, faham sangat dah kegemaran dia minum air masak pastu celup tangan masuk cawan, kan).
( Mummy pun cepat cepat ambil phone minta lap lagi )
Last tu
Baru CikNa tau alat penyapu dan penyodok tu berat 🤣. (Seolah "Berat ah")
-----------------
Untuk anak kecil 0-7, cuba cuba buat ni semua adalah main pada mereka.
Namun besar maknanya pengalaman ini pada mereka, 'body will remember'.
Bagi peluang dan ruang tu cuma berapa saat aja ... tak rugi support perkembangan pro sosial mereka ini.
Maznah Ibrahim
15 718
Terima kasih Pn Afifah bertanya soalan ini, mudahan semua kita jelas sebab kita guna Self Affirmation / Hypnoscript ini ya 😃.
👇👇👇👇👇👇
15 718
ANAK TAKUT NAK BUAT, JANGAN KONDEM DIA.
Tapi ajarkan anak-anak skrip tegas diri (‘Self Affirmation’) pabila mereka sedang hadapi isu takut atau tidak yakin diri, bermula usia 3 tahun.
Caranya kita sebutkan ayat, minta dia ulang.
Contoh :
🍦Anak nak beli aiskrim dan kurang berani. Maka saat itulah digunakan untuk PECAHKAN BARRIER DALAM DIRI DIA dia sebab dia nak sangat aiksrim tu.
- Ajar dia sebut : “M (nama dia) berani beli aiskrim sendiri” (sambil tepuk dada kiri dia)
- Tunggu dan observe aja.
- Puji bila berjaya.
- Temani bila dia tak berjaya, cakap kat dia: "Tak apa, NANTI M (nama dia) boleh beli lagi.
.
⚽️ Anak kecil kita nak main bola sepak dengan abang besar:
- “Saya berani main bola sepak dengan abang-abang”.
.
🏊♀️ Anak nak berenang tapi takut tenggelam:
- “M berani berenang di kolam besar. M berjaya terapung. M berjaya berenang”.
.
.
Skrip tegas diri ini bantu terapkan yakin diri kerana bermula dengan perkataan ‘Saya’ atau ‘Nama dia’,
dan disusuli dengan perbuatan tingkahlaku spesifik yang mereka mahu,
pada saat mereka sangat mahu,
dan pada lokasi yang sesuai (tepat).
.
Ia lebih berkesan berbanding dipaksa atau disuruh di saat mereka belum bersedia ;)
.
Maznah Ibrahim.
p/s Kongsikan dengan pasangan anda ya, kita saling peringatkan.
.
--------------------------------------------
Cabaran RM1
°°°°°°°°°°°°°°°°
Ini cara kami terapkan pada anak sulong kami, Fateh. Masa usia dia 2 tahun 8 bulan, saya bagi dia peluang beli sendiri bila dia nak sangat beli aiskrim kat kedai runcit, tapi dia pulang dengan RM1 layang-layang.
Setelah kejadian itu, siri kejayaan membeli sendiri berulang dan saya namakan 'Cabaran RM1' dan meningkat ke RM2 dan seterusnya.
.
Kaedah 'Self Hypnoscript'
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Dia mula ada 'rasa' takut bila usia 3 ke atas (sebab usia 3 sudah mula berfikir), maka saya gunakan skrip 'Self Affirmation' ini untuk bantu dia. Next dia boleh train adik dia Khairunnisa' pula. (Gambar lama Julai 2018)
