ru
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 16 272 подписчиков, занимая 969 место в категории Семья и дети и 2 365 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 16 272 подписчиков.

Согласно последним данным от 23 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -121, а за последние 24 часа — -3, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 5.56%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.43% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 904 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 395 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 24 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

16 272
Подписчики
-324 часа
-377 дней
-12130 день
Архив постов
7 LANGKAH KENDALI SAAT SUKAR DENGAN ANAK [SIRI 1] . Saya gunakan ‘term’ ‘TIME IN’ - berhadapan dengan anak, bukan ‘TIME OUT’ – tinggalkan anak dengan aksi mencabarnya tanpa pemantauan. . Beza Time Out ialah, energy marah dia tidak diabsorb oleh manusia, di absorb (serap) oleh benda katakana dia baling barang dan sebagainya, . Kepuasan manusia ialah bila dia dapat lepaskan pada manusia, jika yang dia marah tu ialah manusia. Terutama ibubapa sendiri. . Banyak kes remaja/kanak-kanak/ orang dewasa sekalipun, saya dapati, punca kemarahan adalah kepada ibubapa sendiri. Bukan sedikit, tapi majoriti. . Contoh, marah kepada staf yang menuduh tak kemas barang elok-elok di pantry, hakikatnya ia trigger kerana banyak dikomen dikritik oleh ibu pasal tak kemas elok-elok barang dalam rumah. As simple as that, but BIG IMPACT kini, untuk mental health. . Ini 3 Manfaat Besar Bila Anda Buat 7 langkah Time In dengan anak saat sukarnya, walau ia hanya dalam 5-10 minit maksimum, TAPI kesan baik bertahun-tahun:- . 1) anak akan settled (selesai emosi tak puas hatinya) untuk saat itu, kelebihannya untuk masa depan di point ke dua, . 2) iaitu dia tak mudah trigger dan meletus shoot ke no.10 bila sensitiviti isu sama berulang, dia akan lebih cepat kool down. . Contoh mak ambil lambat lagi, marah kali ni no 6 sahaja berbanding jika tak ‘resolved’, marah dia shoot no 10/10 tu. . 3) Mengajar solusi dari perspektif ibu dan anak, untuk perubahan dan tidak berlarutan, ini skil yang anak boleh guna nanti dalam problem solving dengan rakan atau pasangannya kelak. Iaitu berhadapan isu/masalah, dan selesaikan segera tidak drag ke esok esok seterusnya atau berpuluh tahun (selesai 10 minit lebih mudah dari nak selesaikan isu terpendam 20 tahun) : . . Dari mana idea 7 Steps ini datang? . 7 Langkah ni saya biasa latih staf untuk komunikasi bagi kendalikan customer yang sukar. . Hakikatnya customer yang sukar ini memang sengaja testing staf sebab nak tengok sejauh mana tahap kesabaran kita, dan kedua, bila mereka boleh dikendali dengan baik, mereka boleh turn to jadi customer yang sangat loyal (setia), penyokong setia organisasi anda  . Saya modify untuk situasi dengan anak, yang mana saya selalu guna tanpa sedar dan saya share kan di sini. . Saya teringat nak modify untuk anak sebab bila staf saya berulang kali present 7 steps ini untuk kes berbeza, saya ternampak ia sesuai sekali untuk anak-anak kita sebenarnya. . Bersambung. Maznah Ibrahim.

photo content

Kita Sentiasa Ada Dua Pilihan . Jalan kebaikan untuk dijalani, Jalan keburukan untuk dijauhi. . Ingat pasal Entropi dan Parenting yang saya tulis, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=806427102865209&id=477691842405405 Jika tak buat pilihan, tak buat apa-apa, Confirm mudah aja yang negatif akan masuk, akan menjadi, dan akan kuasai kita. . Sebab itu perlu ada intervensi (buat sesuatu), Barulah boleh jadi positif. . Berusaha, jika tak berusaha apa-apa, Pasti akan jadi negatif, kan. . Rupanya Tuhan sudah buatkan pilihan untuk kita, Bila yang buruk kita jalani dan yang baik kita jauhi, Kita akan rugi, Sebab buat apa yang bukan Tuhan suruh. . Contoh, sembang kosong, fikir kosong, tak buat apa-apa, biar sahaja, Duduk duduk saja pun akan rugi buang masa, Tak pilih channel tv, atau fb membaca, Confirm aja akan terbaca, terlihat yang buruk saja... . Jum, pilih yang baik untuk kita jalani✔✅👍😃 . Dan yang buruk dijauhi atau kata sebenarnya ialah Elak tidak buat / pilih apa-apa. Pilihlah yang baik saja. 😊 . Refleksi, Maznah

Mudahnya Anak Dengar Kata dengan Teknik 'Hypnoscript' Sharekan video ini kepada pasangan dan kenalan anda. https://facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/232861874300686

photo content

Anak Anak Sebenarnya Beri : 'Puzzle' Pada Kita Untuk Bantu Kita Jadi Lebih Kreatif Inovatif dalam Perjalanan Parenting Kita ❤️❤️❤️ Dan Setiap Anak Adalah Berbeza Dalam Menangani Keperluan dan Tuntutan Yang Ditunjukkan Mereka ... Sabar dan Terus Berusaha Untuk Selesaikan dan Sambungkan Pecahan Puzzle Itu Ya 😘 InsyaAllah Skil Keibubapaan Kita Akan Meningkat Seiring dengan Perkembangan Anak ✅ dan Usia Kematangan Kita Juga...😉😇 Short Cut, Tanya Pakar Samada Profesional Atau Yang Lebih BerPengalaman, InsyaAllah Langgar Tembok Tersilap Tu Akan Kurang Bilangannya... ❤️ Selamat Berhujung Minggu dengan Keluarga Tersayang, Maznah Ibrahim

photo content

Makin godek ilmu, makin banyak tak tahu ... Itulah fitrah menuntut ilmu... Ilmu takkan habis diterokai, Ibarat setitis air dari lautan dijadikan dakwat pena, Begitulah ilmu Allah, Sangat luas. Rajinkan diri untuk mencari ilmu, doa agar ilmu nya yang terbaik paling sesuai untuk kondisi kita saat ini. Dan satu perkara yang pasti, Dengan ilmu yang spesifik, Banyak yang kita boleh short cut the process, dan bantu capai impian spesifik, 1⃣ lebih cepat capai matlamat kita 2⃣ kurangkan rasa 'anxiety' kebimbangan yang kita tak ketahui hala tuju dan punca (mungkin) 3⃣ meningkatkan skil baru dalam kehidupan dan peranan kita. . Maka, 'masalah' adalah puzzle, Hanya yang bermotivasi sahaja berminat nak selesaikan 'puzzle' dia, Selalu bertanya kepada Dia pengizin puzzle ini, InsyaAllah ada jalannya... Ikut saya zahirkan rasa dari bait ayat ini bersama sama :- "Ya Fattah, Bukakan jalan untukku, Sesungguhnya daku lemah dan buntu.." -(zikir Asmaulhusna, Prof Dr Wan Maseri) . InsyaAllah jalan, solusi, alternatif, akan terbuka satu demi satu. 😊❤ Maznah Ibrahim.

Selamat berhujung minggu dengan anak anak dan suami serta keluarga anda, Niatkan untuk 5 R, . ✅ Rest - RnR rehat ✅ Release - Lepaskan segalanya, lapangkan segala kekusutan untuk kelancaran matlamat anda, buat aktiviti yang anda suka ✅ Refresh - Aktiviti weekend selain rutin weekdays untuk refresh bonding sekeluarga ✅ Reenergise - Aktiviti khusus untuk masukkan semula energi positif dalam diri kita seperti senaman, panjat bukit, basikal, main lama dengan anak, masak istimewa hujung minggu ✅ Reorganise - Susun semula mana tak cukup buat seperti kisah baju bajuan, cleaning, makanan dan persiapan untuk minggu depannya. . 👨‍👨‍👧‍👦 Maznah Ibrahim

photo content

photo content

Untuk Bantu Anak, Sebenarnya Fokuslah Kepada Punca Iaitu Akarnya... Apa bendasing nak dikeluarkan (remove), apa nutrien nak ditambahkan (add on). ... Hmm.. simptom tingkahlaku anak yang nampak berlainan, Biasanya ibubapa boleh rasa 'sesuatu'. Maka ibubapa akan bertanya pada pakar, kan? . Once dah dapat confirmation dari pakar (jumpa dan diagnosed), Go for punca akar - remove bendasing yang berkemungkinan buat anak jadi kelainan (contoh anak banyak bergajet, kurangkan pelan pelan bukan off terus), Atau bertanya pada yang arif dan nampaknya berkemungkinan anak ok saja, normal (contoh anak kemungkinan jenis personaliti introvert, maka dia akan tak berapa bercampur dan main dengan adik dia sahaja di taska), . Then tambah stimulasi bersesuaian: REMOVE (-) ❌ Kurangkan tempoh masa gajet katakan dari 4 jam kepada 3 jam setengah (anak tak berapa perasan pengurangan ini tapi dos ini akan bantu perlahan lahan stimulasi hidup tanpa bergantung gajet dan berganti perkara lain), . ADD ON (+) ✔ Tambahkan masa bermain dengan anak tanpa gajet langsung, untuk 30 minit yang dia dah dikurangkan masa bergajet, . Buat secara planning, konsisten dalam seminggu, Review semula, Untuk pengurangan ini tak nampak anak resah melampau, dia tak perasan malah dia happy juga dapat main dengan parents, okay,... Upkan Dos main kepada 30 minit dua kali (1 jam) Dan Kurangkan Dos gajet kepada 3 jam, (serentak REMOVE ❌ AND ADD ON ✔) Buat seminggu lagi. . contoh lain, Untuk anak kurang sosial dengan kawan, Kurangkan (-) ❌ tiada apa apa bendasing ganggu kecuali akar dia sebab/punca lain, kes camni akarnya ialah just personaliti sahaja, (cuma kurangkan / tinggalkan risau pasal anak bermasalah antisosial ke apa ke, tak perlu label dia apa-apa, anak ini perfectly normal, jenis observe lebih, react kurang), Tambahkan (+) ✔ planning aktiviti, Ajak kawan berkerluarga yang ada anak sebaya usia datang makan di rumah, Katakan anak kita dua orang, Anak kawan 2 orang, So dah ada 4 kanak-kanak, Beri aktiviti bermain untuk mereka berempat ni sesuai dengan usia, dan observe dari jauh mereka bermain (asal selamat). . Ini bantu sebab anak kecil lihat ibubapa dia dan ibubapa budak lain tu berkawan, bersembang, makan sama, gelak bagai, So budak kecil baru dua orang itu 'can be trust' la 😄. . Dia pun mula belajar berkawan dengan kanak kanak lain, . Berbanding di taska tu banyak bilangan kanak-kanak dan keluarga (maybe dalam 10 families kan, tak ke haru energi untuk 10 kanak-kanak yang berbeza, berlainan sistem keluarga masing-masing duduk satu tempat, bagi budak introvert benda ni tidak mudah nak 'cope'). KEYnya, Bila rasa sesuatu tak ok, Kita perlu bantu anak kecil, sebab dia kebergantungan tinggi pada kita, Buat sesuatu (u done something), You will help your child. Tak buat apa-apa, Simptom yang anda bimbang akan bertambah lebih tak ok, (ingat entropy dan parenting yang pernah saya tulis). Sebab jika anda bantu awal, Pasti akan ada perubahan - iaitu positif, Namanya intervensi. 😃 InsyaAllah, boleh bantu, Sabar dan berhemah aja, perlu guna the right strategies... kan. . ❤ Maznah Ibrahim

photo content

Perkataan Yang Baik dan Tepat Amat Penting Bagi Menangani Puzzle Anak Kita Baru ni saya tonton 1 video orang sukses (lupa nama apa), Cara beliau berfikir dan melihat sesuatu berkaitan 'masalah'. . 'Problem' diganti dengan 'Puzzle'. . Maka di situ kita akan mula fokus kepada bagaimana nak selesaikan 'puzzle' itu, . Ia seperti 'game', ada usaha, ada cara, ada pecahannya. . Minggu lalu kami mula dalam committee sekolah anak, . 'Problem' sekolah diganti dengan 'Puzzle', Pelan pelan, segala isu mula nampak ada jalannya, Ada keratan berbeza yang perlu disambungkan, Dan semua ibubapa dan guru akan main peranan untuk menyambungkan 'Puzzle' ini. . Apa yang saya nak sampaikan ialah, Perkataan perlu tepat dan positif. Ia beri kesan besar pada sistem otak dan emosi kita tatkala mula mendengar dan memikirkannya. . Guru menyatakan sesuatu mengenai si anak saya yang strategis ini, Anak bercakap tidak benar untuk capai hasrat / objektif nya, Kemudian anak mengakui dan meminta maaf kepada guru. Saya fikir, ramai bertanya mengenai ini, Berkenaan 'Anak Menipu', dan saya perasan di rumah anak kerap label kami ibubapa tipu dia. Saya selidik, dia belajar term ini dari rakan rakan seusianya. . 'Tipu' saya minta guru fokus kepada 'Bercakap Tidak Benar' kerana ada perkataan 'Benar' di situ, . Anak kecil tidak perlu dilabel dengan perkataan tidak elok seperti menipu, malas, cuai dan sebagainya, . Namun disebut dengan perkataan lebih baik. . Tidak Benar sekurangnya ada perkataan 'Benar' iaitu kita bermatlamat anak akan berusaha sentiasa bercakap benar kerana Allah suka, Rasul suka, Ibu Bapa suka, Guru suka, Kawan suka. . Perkataan berulang pastinya adalah satu doa, Dan semua kita mahu yang baik baik untuk anak kita. . Dalam Ebook Hypnoscript semuanya saya susun perkataan positif yang nak diucapkan di tatkala anak buat 'puzzle' untuk kita. Hehe. 😊. . Maznah Ibrahim. #EbookHypnoscriptAnak

photo content

Ebook Hypnoscript Sudah Nak Siap...😍😍😍 . Ia merangkumi situasi cabaran kita dalam handle anak kita dari usia 0-18 tahun.. . Sebanyak hampir 60 situasi sepanjang mereka membesar dan lebih 200 skrip ayat... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1081904495317467&id=477691842405405

Fahami psikologi anak kecil yang baru masuk sekolah 👇👇👇👇👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=848820418625877&id=477691842405405

photo content

PABILA ANAK MENANGIS PAGI TAK MAHU KE SEKOLAH, ELAK ❌ 1. Berleter 2. Marah 3. Sindir 4. Pukul 5. Jerit 6. Paksa FOKUS PADA SOLUSI, kerana anda bermain dengan masa pagi yang pantas berlalu. LAKUKAN ✔: 1⃣. Tanyakan dia, apa boleh buatkan dia mahu ke sekolah (Permintaan Dia). 2⃣. Nyatakan permintaan anda pula (contoh: i) siap cepat ke sekolah, ii) gembira ke sekolah) 3⃣. Penuhi Permintaan dia (buat sementara waktu). 4⃣. Hantar dia ke sekolah pantas. (sebab dia dah setuju ke sekolah) - sela masa pantas ini bantu untuk leading anak ke tujuan / matlamat kita. Selepas pulang dari sekolah, waktu tenang: 1⃣. Puji dia dulu kerana telah berjaya ke sekolah hari ini dan nyatakan perasaan anda: “Bagus, kakak berjaya ke sekolah hari ini. Mama bangga”. 2⃣. Beritahu perasaan ada : “Mama bimbang juga bila kakak mula tanda taknak ke sekolah”. 3⃣. Beritahu permintaan anda untuk lain kali : “Boleh Mama nak minta kakak bangun pagi dengan gembira nak ke sekolah. Mudahkan Mama ya sayang”. 4⃣. Boleh juga terokai apa yang buat dia terganggu masa pagi tu, bincang cara solusi. Contoh: “Kakak mimpi la Mama, mimpi kata jangan pergi sekolah tau. Sekolah tak best”. Solusi: “OK, Kakak jangan lupa baca doa sebelum tidur dan fikir elok-elok untuk pagi esok, sekolah best dan kakak gembira ke sekolah”. . Malamnya masa baring baring nak tidur: 1⃣. Hypnoscript anak anak siap siap selalu sebut, yang anak gembira ke sekolah, anak suka sekolah, anak gembira dengan kawan baru dan guru, anak teruja dengan kelas baru dan sebagainya. 2⃣. Tambah usaha spiritual, Doa zikir Ya Allah Ya Bait's, Bangkitkan semangat anak, Ya Aziz Ya Qawiy Ya Matin, Allah perkasakan, perkuatkan dan perteguhkan jatidiri anak untuk menempuh alam persekolah baru dengan baik dan gembira. . Oleh: MI #HypnoscriptAnak

Saya mohon jasa baik sahabat untuk share kepada seramai mungkin kenalan anda, sekiranya anda telah tonton dan rasa ia perlu diketahui ramai orang kerana ia penting. Jzzkh saya dahulukan. ☺️ . (1) - Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak, 0-6 Tahun, Apa Ibubapa Perlu Tahu https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787123134795606&id=477691842405405 . . (2) Seksualiti Kanak-kanak: Personal Safety, Peraturan Sentuhan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787200204787899&id=477691842405405 . . (3) Seksualiti Kanak-kanak, Personal Safety, Peraturan Sentuhan (sambungan) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787215634786356&id=477691842405405